SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KRL 3043 LATIHAN ILMIAH TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM PENSYARAH/PENYELIA : PROFESOR MADYA DR. ADENAN BIN AYOB KUMPULAN : UPSI 06 (A151 PJJ) TARIKH SERAH : 16 OKTOBER 2015 1 PEMARKAHAN PENILAIAN KEBERKESANAN KAEDAH KONVENSIONAL BERBANDING INTERNET BAGI MENGUKUR PENGUASAAN KATA HUBUNG DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRL 3043 LATIHAN ILMIAH
TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
PENSYARAH/PENYELIA : PROFESOR MADYA DR. ADENAN BIN AYOB
KUMPULAN : UPSI 06 (A151 PJJ)
TARIKH SERAH : 16 OKTOBER 2015
1
PEMARKAHAN
PENILAIAN KEBERKESANAN KAEDAH KONVENSIONAL
BERBANDING INTERNET BAGI MENGUKUR PENGUASAAN
KATA HUBUNG DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Isi Kandungan .......... 2-3
BAB 1: PENGENALAN
PENDAHULUAN .......... 4
LATAR BELAKANG KAJIAN .......... 4
PERNYATAAN MASALAH .......... 6
OBJEKTIF KAJIAN .......... 7
SOALAN KAJIAN .......... 7
KEPENTINGAN KAJIAN .......... 8
BATASAN KAJIAN .......... 9
DEFINISI OPERASIONAL .......... 9
RUMUSAN .......... 10
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
PENDAHULUAN .......... 12
TEORI DAN KONSEP .......... 12
KAJIAN LEPAS BERKAITAN .......... 15
RUMUSAN .......... 17
BAB3: METODOLOGI
PENDAHULUAN .......... 19
REKABENTUK KAJIAN .......... 19
PERSAMPELAN .......... 20
INSTRUMEN KAJIAN .......... 21
PROSEDUR ANALISIS DATA .......... 22
RUMUSAN .......... 22
RUJUKJAN .......... 24
LAMPIRAN .......... 26
3
PENILAIAN KEBERKESANAN KAEDAH KONVENSIONAL BERBANDING
INTERNET BAGI MENGUKUR PENGUASAAN KATA HUBUNG DALAM
KALANGAN MURID TAHUN ENAM
BAB 1
PENGENALAN
Pendahuluan
Dalam bab 1 ini pengkaji akan menyentuh serba sedikit tentang latar belakang secara umum
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan masa
kini. Di dalam pernyataan masalah pula, pengkaji menekankan aspek-aspek penilaian sebagai
kayu ukur dalam menentukan sejauh mana keberkesanan sesuatu pengajaran itu dilaksanakan.
Turut disentuh adalah aspek objektif kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian untuk
renungan dan penilaian pihak-pihak tertentu. Manakala bagi aspek batasan kajian pula,
dinyatakan lokasi, kaedah kajian serta golongan yang terlibat dalam melaksanakan kajian
tersebut. Seterusnya, beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan di bawah sub
tajuk definisi pembolehubah.
Latar belakang kajian
Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin global, pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan menjadi semakin relevan dan menjadi
keutamaan. Internet merupakan salah satu daripada teknologi ICT yang paling pesat
berkembang dan menjadi begitu dominan dalam konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini
membawa kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah-sekolah dan institusi pendidikan.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke
arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan masa
4
kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,
maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara
hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa
kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan
juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan
multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni
atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah
menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru
dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan
murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Melalui
portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid
dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang
lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh dalam proses
penilaian di mana sesuatu penilaian itu hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa
serta memerlukan guru untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat
dalam penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam sesuatu
portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan murid belajar secara
kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan kefahaman.
Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara interaktif
dapat disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran dalam talian atau
e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang menyenang dan menyeronokkan.
Pembelajaran ini membolehkan pelajar, belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran
secara maya ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan
digital atau laman web. Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran
yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Pelajar dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi
dua hala dan penemuan kendiri.
5
• Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya.
• Pelajar boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya.
• Pelajar bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan tahap pencapaian dan
pengetahuan.
Justeru, dalam kajian ini apa yang cuba ditunjukkan adalah perkaitan antara proses
pembelajaran bebas sebagai pemboleh ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pemboleh
ubah bersandar(bergerakbalas). Strategi pembelajaran yang akan digunakan dalam kajian ini
ialah kaedah penilaian interaktif melalui internet dan kaedah penilaian konvensional. Kedua-
dua kaedah penilaian ini akan dinilai keberkesanannya berdasarkan kepada hasil yang akan
diukur dalam bentuk pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya satu tinjauan
melalui proses temu bual akan dilakukan terhadap guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
tentang kelebihan penggunaan internet berbanding konvensional dalam aspek penilaian.
Pernyataan Masalah
Dalam proses pembelajaran murid-murid, ianya tidak berakhir dengan penyampaian pelajaran
oleh guru sahaja malah di akhir sesuatu pembelajaran kita ingin mendapat maklumat tentang
pelajar, melihat keberkesanan pembelajaran dan dapat mengenal pasti aspek yang boleh
diperbaiki. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat ini ialah melalui proses penilaian.
Proses penilaian sering dianggap sesuatu yang merunsing dan menakutkan murid-
murid atau sesiapa sahaja yang akan menempuhinya. Terdapat tanggapan bahawa penilaian
itu sinonim dengan peperiksaan atau ujian yang tidak terlepas dari proses menjawab soalan
dengan menanda, membulat, menggaris, mengisi tempat kosong dan lain-lain gerakbalas
sehingga boleh menimbulkan kebosanan atau kejemuan terhadap proses penilaian
konvensional ini, dan seterusnya murid menjadi kurang berminat atau timbul sikap sambil
lewa dengan proses penilaian tersebut. Keadaan ini menimbulkan tanggapan atau perasaan
tidak seronok murid-murid dalam menjadikan penilaian itu sebagai proses pembelajaran
berkesan.
Sebenarnya maksud penilaian lebih luas, McMillan (2001) mentakrifkan penilaian
sebagai pengumpulan, pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk menolong guru membuat
keputusan yang lebih baik dalam bilik darjah. Justeru itu, melihat kepada perkembangan
6
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini, kajian ini cuba membuktikan bahawa
penilaian melalui internet adalah berkesan dan dapat menarik minat murid menjadikan
penilaian ini suatu proses pembelajaran kendiri bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Manakala penilaian konvensional adalah sistem penilaian yang biasa digunakan oleh
guru dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Prosedur-prosedur penilaian konvensional
dilakukan dengan menguji "bits and pieces". Contoh-contoh format penilaian
tradisional/konvensional antara lain: multiple-choice, matching, true-false, dan paper and
pencil test. Dengan mengkaji kenyataan mengenai perapan penilaian konvensional dalam
pembelajaran, nampak ada ketidak sesuaian antara pembelajaran di sekolah dengan sistem
penilaian yang digunakannya. Apa yang jelas proses penilaian yang biasa dilakukan guru
selama ini belum dapat mencapai keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran
sepenuhnya.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mendapat maklum balas tentang sejauh mana
keberkesanan dan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian berbanding dengan
penilaian yang dijalankan secara konvensional bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, fokus
kepada tatabahasa iaitu penggunaan Kata Hubung dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 6.
Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah untuk:
a) Menentukan keberkesanan murid-murid menjawab soalan melalui internet berbanding
secara konvensional.
b) Menentukan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian berbanding kaedah
konvensional.
Soalan Kajian
Kajian yang dijalankan merangkumi perkara seperti berikut:
7
a) Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara kaedah penilaian
menjawab soalan melalui internet dengan kaedah penilaian secara konvensional.
b) Apakah terdapat kelebihan kaedah penilaian melalui internet bagi guru berbanding
penilaian secara konvensional.
Kepentingan Kajian
Kajian yang dibuat mempunyai kepentingan untuk renungan dan penilaian pihak-pihak
berikut:
a) Kepada Guru Dan Pelajar
Menyedarkan para guru tentang kelebihan penggunaan internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya proses penilaian serta memberi rangsangan,
motivasi dan minat untuk murid-murid menggunakan proses penilaian yang berterusan
sebagai suatu proses pembelajaran secara kendiri.
b) Kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri memberi penekanan terhadap kepentingan
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam
aspek penilaian dan tidak hanya terikat dengan penilaian secara, konvensional semata-
mata. Di sini JPN boleh menggunakan soalan-soalan terkumpul (bank soalan) bagi
menghasilkan suatu laman interaktif secara online atau pun offline.
c) Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Diharap pihak KPM dengan menggunakan segala kepakaran yang ada atau dengan
kerjasama pihak tertentu, dapat menghasilkan suatu laman interaktif melalui internet
secara percuma atau dengan bayaran yang minimun iaitu laman penilaian atau latihan
menjawab soalan mengikut sukatan pelajaran terkini bagi membantu murid-murid
membuat latihan secara kendiri di samping dapat menggunakan kemudahan internet
yang dibekalkan secara optimun.
8
Batasan Kajian
Kajian ini menumpukan aspek tatabahasa iaitu berkaitan penggunaan Kata Hubung dalam
ayat Bahasa Melayu. Dalam kajian yang dibuat, ianya melibatkan dua buah kelas Tahun 6
dengan mengumpul 30 orang murid daripada keseluruhan murid Tahun 6 yang terhad kepada
sebuah sekolah sahaja di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka ini merupakan sampel
perwakilan sebenar untuk sebuah sekolah yang ingin dikaji. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar Tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara.
Dalam kajian yang akan dibuat ini, 30 orang murid terlebih dahulu akan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mereka ini akan melalui pula proses
penilaian. Di sinilah murid-murid eksperimen ini akan melalui dua kaedah penilaian yang
berbeza iaitu pertamanya, melalui kaedah konvensional dan keduanya kaedah penilaian
melalui internet untuk dibuat perbandingan keberkesanan dua kaedah tersebut. Dalam kajian
ini akan wujud beberapa kesukaran dari segi kemudahan peralatan ICT iaitu bilangan
komputer terhad yang terdapat di makmal komputer sekolah. Begitu juga dengan talian
internet yang kemungkinan mengalami gangguan talian atau berlaku talian yang tidak dapat
menampung kepada akses yang banyak. Oleh itu beberapa pendekatan akan diambil, seperti
menjalankan eksperimen dalam kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat dalam jangka
masa yang sama.
Definisi pembolehubah/ operasional
Beberapa istilah yang digunakan dalam kajjian ini diperjelaskan bagi menerangkan dengan
lebih terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
i. Penilaian
Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) juga, “penilaian” didefinisikan
sebagai perihal perbuatan menilai atau pentaksiran. Dalam konteks kajian ini, penilaian
adalah proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
mentaksir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian proses pembelajaran, kemahiran atau sikap.
9
ii. Kata Hubung
Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), “kata hubung” juga dikenali kata
penyambung ayat iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan
ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai
ayat majmuk.
iii. Bahasa Melayu
Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan melengkapkan murid dengan ketrampilan
berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu (KPM,
2003). Dalam konteks kajian ini, Mata Pelajaran Bahasa Melayu adalah merujuk kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada masa berkenaan.
iv. Melalui Internet
Internet atau WWW (World Wide Web) merupakan satu sistem rangkaian kawasan
meluas (WAN) yang membolehkan komputer berkomunikasi antara satu sama lain
melalui pelbagai media komunikasi. Dalam konteks kajian ini, “melalui internet” adalah
merujuk kepada sistem pembelajaran interaktif melalui internet iaitu dengan
menggunakan laman web, www.zoom-a.com.
v. Berbanding
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan “berbanding” ialah
dibandingkan. Oleh itu, dalam konteks kajian ini berbanding adalah merujuk kepada
perbandingan antara kaedah penilaian secara konvensional dengan kaedah penilaian
menggunakan internet.
vi. Konvensional
Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan “konvensional”
mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh kovensi, biasa atau sebagaimana
kebiasaannya. Dalam konteks kajian ini, konvensional adalah merujuk kepada proses
penilaian yang biasa dilakukan iaitu mengedar kertas soalan dan kertas jawapan
kemudian pelajar menanda kertas jawapan dengan pensel.