Top Banner
Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian Nama Ahli Kumpulan : Norainah Binti Rahmatullah D20071029575 Norizan Bte Hassan D20071029606
25

Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

Nov 07, 2014

Download

Education

ucu_izan

Jika terdapat kesalahan dalam maklumat di slide ini, hrp dimaafkan...

Slide ini menceritakan beberapa buku berkaitan kenabian..

Harap maklumat slide ini dapat membantu.. ^_^
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah :

Analisa Khusus Tentang Kenabian

Nama Ahli Kumpulan :Norainah Binti Rahmatullah

D20071029575Norizan Bte Hassan

D20071029606

Page 2: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

PEMILIHAN BUKU

• Kami telah memilih 4 buah buku yang berkaitrapat dengan konsep kenabian.

• Buku-buku tersebut mengandungi isi-isi mengenai kenabian sekaligus menerangkan dengan terperinci mengenai kenabian dan kerasulan.

• Buku yang dipilih ialah :Siapa Itu Nabi-Nabi karya Prof. Madya. Dr. Wan Zailan Kamaruddin Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul karya Abdul Salim MakramMutiara Warisan Nabi S.A.W karya Dr. A’id Abdullah Al-Qarni. Bukti-Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad S.A.W karya Dr. Danial Zainal Abidin.

Page 3: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

BAHAN ILMIAH PERTAMA

LATAR BELAKANG BAHAN• Bahan ilmiah pertama yang dipilih ialah buku yang

bertajuk Siapa Itu Nabi-Nabi. Buku ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin.

• Buku ini diterbitkan oleh PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. dan pertama diterbitkan pada tahun 2004.

• Pengarang buku ini iaitu Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin merupakan pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.

• Karyanya ini mengetengahkan pengenalan mengenai siapa itu para nabi yang telah diutuskan oleh Allah sebagai utusan yang memimpin umat manusia.

Page 4: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

KANDUNGAN BAHAN• Buku Siapa Itu Nabi-Nabi ini mempunyai 18 bab. • Setiap bab menerangkan pengenalan sebelum seorang nabi itu

dilantik menjadi nabi dan rasul. • Bab satu hingga bab ke enam menerangkan pengenalan kepada

nabi dan rasul iaitu dari segi makna, sifat, pemilihan para nabi dan matlamat serta kepentingan nabi dan rasul.

• Manakala bab tujuh hingga bab sembilan menerangkan konsep-konsep yang berkait rapat dengan kenabian seperti konsep wahyu, sifat terpelihara dan konsep maksum menurut pandangan mazhab.

• Dan bab 10 hingga bab 14 menerangkana menganai konsep dan yang berkaitan dengan nabi terakhir.

• Bab 15 dan 16 mengupas mengani mukjizat dan keunikan Al-Quran.

• Dan bab 17 menerangkan mengani konsep ummi dan hubungannya dengan Nabi Muhammad.

• Bab terakhir iaitu yang ke 18 menunjukkan penulis merumuskan semua isi di dalam buku ini secara menyeluruh.

Page 5: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

PENGANALISAAN BAHAN• Menurut pengarang buku Siapa Itu Nabi-Nabi, perkataan

nabi menurut kebiasaan orang-orang arab dari sudut bahasa terdapat dalam dua bentuk.

• Pertama, perkataan nabi yang berakhir dengan huruf hamzah dan kedua, perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf hamzah.

• Berdasarkan bentuk yang pertama, nabi atau al-naba’ dimaksudkan sebagai seseorang yang membawa dan menyampaikan berita.

• Manakala bentuk yang kedua pula berasal daripada perkataan al-nabawwah atau al-nabawah yang bermaksud kedudukan yang tinggi dan mulia daripada sekalian alam.

• Daripada perkataan ini, boleh dimaksudkan bahawa nabi adalah seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia disisi Allah daripadaa sekalian alam

Page 6: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Di dalam bab yang ketiga, penulis atau pengarang buku ini telah menekankan tentang sifat-sifat nabi dan rasul.

• Menurut beliau, para nabi dan rasul mempunyai beberapa sifat wajib yang ada dalam diri mereka.

• Antaranya ialah benar, bersifat amanah, menyampaikan adalah berdasarkan perintah Allah kepada Muhammad, bijaksan ketika menghadapi hujah-hujah pihak lawan dan ketika menyeru menusia kepada agama Allah.

• Sifat-sifat ini perlu ada pada para anbiya’ untuk menjadikan mereka sebagai manusia yang mampu memikul tanggungjawab yang diberi oleh Allah sebagai penyampai berita kepada umat manusia dan untuk membimbing manusia kepada agama Allah.

• Bab kelima pula menyatakan mengenai pemilihan para anbiya’ dan Al-Quran menjelaskan pemilihan tidak terletak kepada manusia. Sebaliknya Allah berhak memilih seorang manusia untuk dijadikan nabi dan rasul

Page 7: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Seterusnya dalam bab ke 16, pengarang telah menfokuskan kepada keunikan Al-Quran yang merupakan mukjizat yang tidak akan luput sampai ke hari kiamat.

• Di dalam bab ini, penulis telah memperincikan mengenai i’jaz Al-Quran yang mana penulis menceritakan mengenai bukti yang menunjukkan i’jaz Al-Quran.

• I’jaz Al-Quran dibuktikan dengan kenyataan orang-orang Arab yang gagal menyahut cabaran.

• Kegagalan itu dapat dijelaskan hanya menerusi pemerhatian kepada ahli-ahli bahasa Arab.

• Mereka tidak berupaya menandingi dengan melakukan pelbagai usaha.

• Penulis juga telah mengutarakan mengenai konsep ummi dan hubungannya dengan Rasulullah S.A.W. menurut penulis, perkataan ummi adalah bermaksud orang yang mengikut keadaan atau pembawaan golongan manusia yang tidak menulis.

• Penulis juga menjelaskan mengenai konsep ummi dari perspektif hadith di dalam bab ini.

Page 8: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

LATAR BELAKANG BAHAN• Salah satu bahan ilmiah yang telah dipilih untuk

analisis tentang kenabian ialah Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul yang ditulis oleh Abdul Salim Makram.

• Buku ini adalah terbitan Pustaka Ilmi dan dicetak oleh Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.

• Buku ini merupakan ketiga pada tahun 2002. Buku ini menceritakan tentang sejarah hidup para nabi dan rasul.

BAHAN ILMIAH KEDUA

Page 9: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

KANDUNGAN BAHAN• Buku ini mengandungi dua puluh empat bab dimana setiap bab

menerangakan kisah hidup nabi bermula dengan Nabi Adam hingga Nabi Isa. Bab pertama menceritakan kisah hidup Nabi Adam, bab kedua kisah Nabi Idris, bab ketiga kisah Nabi Nuh, bab keempat kisah Nabi Hud dan bab keenam mengisahkan kisah Nabi Soleh.

• Manakala bab ketujuh penulis menceritakan kepada kita kisah Nabi Ismail, diikuti dengan kisah Nabi Luth untuk bab kelapan, kisah Nabi Ishak bab kesembilan dan untuk bab sepuluh tentang kisah Nabi Yaakub.

• Bab kesebelas penulis menulis kisah Nabi Yusuf, bab kedua belas kisah Nabi Syuaib, bab ketiga belas kisah Nabi Ayub, bab keempat belas kisah Nabi Zulkifli dan bab kelima belas dan keenam belas masing-masing menceritakan tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Harun.

• Selain itu, di dalam buku ini juga diceritakan kisah Nabi Daud dalam bab ketujuh belas, kisah Nabi Sulaiman bab kelapan belas, kisah Nabi Ilyas dalam bab kesembilan belas dan bab kedua puluh menceritakan kisah Nabi Ilyasa’.

• Bab kedua puluh satu pula penulis menerangkan kisah Nabi Yunus, bab kedua puluh dua mengisahkan kisah Nabi Zakaria, bab kedua puluh tiga kisah Nabi Yahya dan bab terakhir menceritakan tentang kisah Nabi Isa.

Page 10: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

PENGANALISAAN BAHAN• Menurut buku yang ditulis oleh Abdul Salim Makram,

sejarah lengkap para nabi dan rasul ini adalah satu kisah yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang penuh dengan cabaran, dugaan dan ujian. Ini adalah kerana para nabi dan rasul adalah utusan-utusan Allah yang menyampaikan risalah-risalah dan perundangan- perundangan Allah untuk manusia mengikutinya supaya mereka hidup aman damai di dunia ini, khususnya di akhirat kelak.

• Tidak semua para nabi itu rasul, tetapi semua rasul itu adalah nabi. Nabi ialah orang yang menerima wahyu untuk dirinya sendiri manakala rasul disamping menerima wahyu untuk dirinya sendiri, mereka juga wajib menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya. Golongan para nabi dan rasul adalah maksum iaitu terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyekutukan Allah.

Page 11: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Buku ini secara keseluruhannya menceritakan kisah dan sejarah hidup para nabi kita bermula dengan Nabi Adam A.S sehinggalah Nabi Isa A.S. Pelbagai cubaan dan ujian dihadapi oleh para nabi dalam menyampaikan dakwah menyampaikan ajaran suci daripada Allah. S.W.T dan sebagai manusia biasa kita perlulah mengambil iktibar dan teladan daripada pengorbanan nabi kita dalam menegakkan syiar Allah.

• Berrmula dengan kisah Nabi Adam, Abdul Salim Makram menceritakan dalam buku ini mengenai proses kejadian Nabi Adam.

• Sebelum Allah menciptakan nabi Adam sebagai manusia pertama, terlebih dahulu Allah mencipatakan langit dan bumi beserta isinya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, matahati, bulan dan sebagainya. Allah menjadikan langit dan bumi serta isinya selama enam hari. Lihatlah betapa besarnya kekuasan Allah, mampu menciptakan langit dan bumi sekejap sahaja.

• Ini dijelaskan dalam Surah Al-A’raaf ayat 54.

Page 12: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Aqidah dan iman yang sudah mantap dan meresap sangat mempengaruhi tingkah laku, cara berfikir sertai menguasai seluruh perasaan.

• Seseorang yang mempunyai aqidah dan iman yang mantap menganggap segala pengorbanan dan penderitaan yang dialami dalam membela aqidahnya adalah ringan walau seberat manapun ujian yang datang sebagaimana dialami oleh para nabi kita.

• Walaupun mendapat tentangan yang hebat dalam menyebarkan ajaran Allah, mereka tetap tabah dan tidak mudah berputus asa dalam menyampaikan dakwah menegakkan syiar Allah.

• Di dalam buku ini juga, penulis memaparkan perilaku para nabi yang terhindar daripada melakukan maksiat dan perkara- perkara yang dilaknat oleh Allah.

• Kisah Nabi Yusuf telah memberi contoh teladan bagi kemurniaan jiwanya dan keteguhan hatinya tatkala menghadapi godaan Zulaikha yang mengajaknnya berbuat maksiat.

• Beliau dapat menguasai dirinya dan mengekang nafsu kemudaanya menolak ajakan Zulaikha itu kerana takut kepada Allah walaupun Zulaikha masih muda dan cantik. Beliau sanggup dipenjarakan demi mempertahankan keluhuran budinya, keteguhan imannya dan kemurniaan jiwanya.

Page 13: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

BAHAN ILMIAH KETIGA

LATAR BELAKANG BAHAN• Untuk penganalisaan tajuk kenabian ini, antara bahan

ilmiah yang telah dipilih ialah Bukti-Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad S.A.W yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

• Buku ini adalah terbitan PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. yang merupakan terbitan pertama pada tahun 2002.

• Pengarang iaitu Dr. Danial Zainal Abidin adalah penuntut aliran sains jurusan kedoktoran dan lulus daripada Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah Mesir.

• Karyanya ini membentangkan bukti-bukti sejarah dan sains bagi meyakinkan mereka yang berfikiran logical dan kritis bahawa risalah Rasulullah S.A.W.

Page 14: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

KANDUNGAN BAHAN• Buku ini mengandungi sepuluh bahagian. Buku ini

menganalisa sejarah Nabi Muhammad S.A.W di dalam semua kitab agama iaitu Al-Quran, Bible, kitab Hindu, kitab Buddha dan sebagainya.

• Bahagian pertama menceritakan mengenai Muhammad di dalam Al-Quran. Manakala bahagian kedua dan ketiga menekankan kisah Muhammad di dalam kitab Bible.

• Bahagian keempat dan kelima pula menceritakan Nabi Muhammad di dalam Kitab Hindu dan Buddha.

• Bahagian keenam hingga bahagian kelapan menceritakan sifat Nabi Muhammad yang sangat mulia.

• Dan bahagian kesembilan pula menunjukkan bahawa Nabi Muhammad pembawa risalah saintifik.

• Dan bahagian terakhir ialah pandangan paderi-paderi dan tokoh-tokoh Inggeris tentang Nabi Muhammad.

Page 15: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

PENGANALISAAN BAHAN• Dalam karya Dr Danial Zainal Abidin ini, beliau telah mengetengahkan mengenai

kitab Bible yang juga ada menyebut nama Muhammad walaupun kitab Bible ini mempunyai percanggahan.

• Penulis juga telah mengetengahkan dengan sembilan bukti yang menunjukkan terdapat nama Muhammad di dalam kitab Bible.

• Ini bermakna kenabian dan kerasulan Muhammad S.A.W ini sebenarnya diperakui oleh agama lain dan percaya bahawa Rasullullah itu adalah utusan dari Allah.

• Pengarang juga memberi bukti bahawa nama Muhammad terdapat juga di dalam kitab Hindu dan Buddha.

• Menurut beliau, di dalam kitab Hindu, tertulis beberapa perkataan yang berkaitan dengan Rasulullah seterusnya ada tertera nama Muhammad seperti Mamaha dan Ahamiddhi iaitu yang bermaksud Muhammad dan Ahmad.

• Penulis juga menyatakan bahawa perkataan yang disebutkan di dalam kitab hindu ini semuanya mempunyai maksud yang berkaitan dengan Muhammad.

• Di dalam kitab Vedas dan Puranas ini telah mnyebut mengnai seseorang yang diutuskan yang bernama Narashangsa yang bermaksud yang terpuji dan nama Muhammad juga bermaksud yang terpuji.

• Selain itu, beliau juga bernama Ahamiddhi dan nama ini begitu hampir dengan nama Ahmad iaitu salah satu nama bagi Muhammad.

• Bukti ini ternyata sangat jelas. Menurut penulis juga, melalui kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya di dalam bukunya, Muhammad In The Vedas and Puranas berkata,’ Suatu hakikat yang terbukti pada hari ini ialah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab Buddha amat menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu teransang untuk menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak akan digemari oleh sesetengah pihak.’

Page 16: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Pada bahagian keenam pula, penulis telah menekankan kepada sifat Rasulullah yang diperakui oleh musuh-musuhnya iaitu sifat kejujurannya.

• Ini terbukti dengan gelaran yang diberikan oleh kaum Quraisy kepada Rasulullah iaiti gelaran Al-Ameen yang bermaksud orang yang dipercayai.

• Ini bermakna keperibadian Rasulullah sangat bersih di kalangan masyarakat Quraisy.

• Kaum Quraisy juga mengakui kata-kata Rasulullah yang sentiasa benar.

• Dalam Bahagian ketujuh juga, penulis menekankan dan menyatakan mengenai sifat Rasulullah yang hidup tanpa kepura-puraan.

• Baginda sentiasa menjalankan ibadat dengan penuh sabar dan tenang. Segala yang dilakukan Rasulullah adalah bersifat sederhana seperti baginda tidak pernah kenyang, tidak pernah merasai makanan yang enak dan juga baginda seorang pemimpin yang sederhana dan adil.

Page 17: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Pada bahagian kesepuluh iaitu bahagian yang terakhir, penulis telah menmaparkan pendapat paderi-paderi dan tokoh-tokoh Inggeris tentang Nabi Muhammad S.A.W.

• Sebagai contoh, Michael H. Hart yang merupakan seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi ini telah merumuskan bahawa Nabi Muhammad merupakan tokoh sejarah yang peling berpengaruh.

• Beliau merumuskan demikian kerana beliau merasakan bahawa Muhammad adalah tokoh yang berjaya di dalam kedua-dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan.

• Beliau berkata yang Nabi Muhammad yang dari asal-usul yang biasa telah dapat mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul.

• Beliau juga menyatakan bahawa hingga ke hari ini, setelah tiga belas abad kewafatan Rasulullah, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.

• Ini telah jelas bahawa tokoh Inggeris yang berlainan agama juga memperakui keperibadian dan kejayaan Rasulullah dalam perkara yang dilaksanakannya.

Page 18: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

BAHAN ILMIAH KEEMPAT

LATAR BELAKANG BAHAN• Antara bahan ilmiah yang telah dipilih untuk analisis

tentang kenabian ialah Mutiara Warisan Nabi S.A.W yang ditulis oleh Dr. A’id Abdullah al- Qarni dan diterjemah oleh Abu Muhsin .

• Buku ini adalah terbitan PT Sahara Intisains yang merupakan terbitan pertama pada tahun 2004 bersamaan dengan Dzulqa’dah 1425 Hijrah.

• Penulis iaitu Dr. Dr. A’id Abdullah al- Qarni Danial adalah seorang masyhur dalam bidang penulisan, dan beliau hafal Bulugh al- Mahram dan ribuan hadis.

• Di antara penulis-penulis yang ada, beliau merupakan penulis yang paling produktif dan tampil dengan cermat dalam setiap karya penulisannya.

Page 19: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

KANDUNGAN BAHAN• Buku ini mengandungi lapan bahagian. Bahagian

pertama adalah pendahuluan. • Bab kedua bertajuk Sesungguhnya segala amal itu

tergantung pada niat. • Bab ketiga pula menceritakan tentang warisan

Rasulullah dan bab keempat penulis memasukkan beberapa petikan hadis yang bersinar.

• Manakala bahagian kelima pula, dimuatkan tentang adabiyat Al- Bukhari, bahagian keenam syarah empat hadis Al- Bukhari dan bahagian ketujuh menerangkan tentang Al- Jawami’.

• Bahagian yang terakhir pula, meneceritakan kepada kita tentang petunjuk daripada nabi S.A.W.

Page 20: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

PENGANALISAAN BAHAN• Karya Dr. A’id Abdullah al- Qarni secara keseluruhannya menceritakan

mengenai mutiara warisan nabi iaitu Hadis. Hadis[1] merupakan sumber kedua ajaran Islam selepas Al- Quran. Hadis merupakan segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad baik dari segi percakapan, perbuatan dan taqrir ( ketetapan atau pengakuan )

• Hadis daripada Rasulullah membawa banyak sunnah yang boleh dijadikan panduan dalam hidup. Hadis merupakan tafsiran bagi Al- Quran itu sendiri. Di dalam buku ini dinyatakan beberapa pendapat berkaitan hadis daripada Rasulullah berkaitan niat dimana di dalam hadis Rasulullah berkata setiap amalan itu tergantung kepada niat. Ada sesetengah pendapat mengatakan hadis ini adalah hadis sohih yang dirawayatkan oleh al- Bukhari dan ada yang mengatakan ia adalah hadis gharib iaitu hanya mempuyai seorang perawi sahaja.

• Karya Dr. A’id Abdullah ini juga menceritakan beberapa warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk kita antaranya mukjizat Rasulullah, pentingnya solat, silaturrahim, taubat, istighfar dan banyak lagi.

• Mukjizat yang turun kepada Rasulullah menurut para ahli ilmu dalam islam berjumlah lebih dari seribu mukjizat dan setiap mukjizat itu cukup untuk membuat seorang kafir memeluk islam, seorang sombong menjadi tunduk dan seorang yang suka berbuat keji masuk ke dalam agama suci ini iaitu islam. Contoh mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah ialah baginda boleh membelah bulan menjadi dua apabila dicabar oleh Abu Lahab.

Page 21: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Mukjizat yang turun kepada Rasulullah menurut para ahli ilmu dalam islam berjumlah lebih dari seribu mukjizat dan setiap mukjizat itu cukup untuk membuat seorang kafir memeluk islam, seorang sombong menjadi tunduk dan seorang yang suka berbuat keji masuk ke dalam agama suci ini iaitu islam. Contoh mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah ialah baginda boleh membelah bulan menjadi dua apabila dicabar oleh Abu Lahab.

• Rasulullah membawa beberapa perintah Allah kepada kita. Perintah terpenting setelah mengucap dua kalimah syahadah ialah pentingnya solat lima waktu. Solat lima waktu adalah perjanjian antara seorang hamba dengan Allah, merupakan jaminan Allah, tali Allah dan merupakan kunci syurga yang mana luasnya seluas langit dan bumi yang Allah telah sediakan di hari akhirat untuk orang-orang yang melaksanakan solat lima waktu.

• Allah membuat wajah mereka bercahaya dan sentiasa hidup bahagia di dunia dan akhirat. Sesiapa yang meremehkan solat, ia akan sengsara di dunia dan akhirat. Kehidupannya akan sengsara dan tempat tinggalnya nanti adalah neraka jahanam. Mereka akan dibakar sebagai balasan siksaan yang kekal dan selamanya di dunia dan akhirat. Oleh itu, kita mestilah memelihara solat dan tidak sesekali untuk meninggalkannya.

Page 22: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

• Di dalam buku ini juga, penilis menyatakan bahawa Rasulullah mengingatkan kepada kita tentang masalah silaturrahim. Jika seseorang memutuskan silaturrahim, Allah memutuskannya dari tujuh atas langit, dilaknat oleh Allah, ditulikan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka. Seorang yang memutuskan silaturrahim bererti melakukan kejahatan terbesar dalam sejarah hidup setelah kejahatan meninggalkan solat. Silaturrahim termasuk perbuatan yang terpenting dan ia boleh wujud dengan sentiasa melakukan ziarah, saling berhubung, memberi hadiah dan mendoakan.

• Karya Dr. Aid Abdullah ini juga menceritakan beberapa petunjuk daripada Rasulullah iaitu petunjuk tentang pakaian dan kasih sayang terhadap anak- anak. Di dalam pemilihan pakaian Rasulullah mengajarkan kepada kita supaya memilh pakaian yang sederhana sahaja. Rasulullah tidak mengharamkan umatnya memakai pakaian yang bagus kerana Allah itu indah dan menyukai hal yang indah.

Page 23: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

KESIMPULAN

• Konsep kenabian ini penting difahami oleh semua manusia supaya dapat mencontohi peribadi mulia para nabi dan mendidik jiwa menjadi insan yang betul-betul beriman dan sekaligus dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilaknat oleh Allah.

• Seperti yang berlaku dalam senario sekarang, iman dan aqidah seseorang terutamanya dalam kalangan remaja semakin berkurangan kerana terdapat banyak pengaruh negatif yang merosakkan akal dan fikiran seseorang.

• Justeru itu, semua manusia haruslah berusaha memantapkan lagi iman dan aqidah supaya sentiasa berada dalam keredhaan dan keberkatan dari Allah.

Page 24: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

CADANGAN

• Setelah mengkaji keempat-empat bahan ilmiah ini, jelas membuktikan bahawa institusi kenabian adalah penting bagi sesebuah umat untuk membimbing umat manusia ke jalan Allah.

• Kami merasakan bahawa buku mengenai kenabian ini harus diperluaskan supaya semua golongan dapat mendalami ilmu ini sekaligus meningkatkan ibadat dengan beriman kepada nabi.

• Kami mencadangkan agar buku seperti ini dapat diterbitkan dengan lebih banyak untuk tatapan pada semua golongan. Ini dapat membantu semua golongan khasnya golongan muda untuk menimba ilmu yang lebih mendalam mengenai ilmu kenabian

Page 25: Kajian Ilmiah berkaitan Aqidah : Analisa Khusus Tentang Kenabian

SEKIAN …

»TERIMA KASIH