Top Banner
ISI KANDUNGAN TAJUK M/SURAT 1.0 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Masalah Kajian 1.6 Persoalan kajian 1.7 Skop Kajian 1.8 Hipotesis Kajian 2-8 2.0 BAB 2 SOROTAN LITERATURE 9-11 3.0 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Kaedah Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Populasi Kajian 12-16 4.0 BAB 4 HASIL KAJIAN 17 5.0 BAB 5 KESIMPULAN 18 Bibliografi 19 1
26

cProposal contoh kajian ilmiah

Mar 24, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: cProposal contoh kajian ilmiah

ISI KANDUNGAN

TAJUK M/SURAT

1.0

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Kepentingan Kajian

1.5 Masalah Kajian

1.6 Persoalan kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Hipotesis Kajian

2-8

2.0 BAB 2 SOROTAN LITERATURE 9-11

3.0 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Kaedah Kajian

3.3 Instrumen Kajian

3.4 Populasi Kajian

12-16

4.0 BAB 4 HASIL KAJIAN 17

5.0 BAB 5 KESIMPULAN 18

Bibliografi 19

1

Page 2: cProposal contoh kajian ilmiah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)1, Baba adalah

keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan

Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu iaitu termasuk

pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Menurut Kamus Bahasa

Melayu (Arbak Othman, 1999)2 lagi, Nyonya pula adalah panggilan

yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami,

iaitu perempuan Cina dari golongan Baba. Keturunan Baba Nyonya

ini lahir hasil daripada perkahwinan campur antara kaum Cina dan

kaum Melayu.

Menurut Baba Koh Kim Bok (2013)3 masyarakat Baba Nyonya

merupakan kaum minoriti yang terkenal di Melaka. Masyarakat ini

1 Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 90

2 Ibid.

3 Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.

2

Page 3: cProposal contoh kajian ilmiah

mempunyai keunikan yang tersendiri apabila mereka

mengasimilasikan budaya Cina dan Melayu dalam budaya mereka.

Oleh itu, cara hidup mereka mempunyai banyak persamaan dengan

budaya Melayu dan juga budaya Cina. Pertalian darah dengan orang

Melayu ini menyebabkan mereka mempunyai tempat yang tersendiri

dalam kalangan masyarakat Melayu.

Secara ringkasnya, ciri dan identiti masyarakat Baba dan

Nyonya dapat dibezakan dengan masyarakat etnik lain melalui

budaya berpakaian, makanan, pesta dan perayaan, kesenian, bahasa

dan tulisan, kepercayaan dan agama serta adat perkahwinan.

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang

merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain

berbahasa Melayu, mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien yang

merupakan bahasa keturunan mereka. Pertuturan mereka juga wujud

percampuran antara Hokkien dan Melayu umpamanya "mana lu mau pergi,

"ini gua punya", "mak mana, mak ada loteng tidur", Hai yaa hujan lebat, tak pi tutup

jendela,". Selain itu, Baba Nyonya juga masih mengekalkan

kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti

meraikan Tahun Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula,

kebanyakan mereka menganuti agama Buddha, namun telah ramai yang

memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian. Melalui cara

masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi

masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan

3

Page 4: cProposal contoh kajian ilmiah

bagi mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan

santan, bahkan cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu

makan dengan menggunakan tangan.4

Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam

amalan masyarakat Baba, tetapi mereka masih mengekalkan amalan

asal-usul mereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina

yang diharuskan kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah

dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisional

serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan

tradisional Cina. Walau bagaimanapun, kesan modenisasi di abad 21

ini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional

masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan.

1.1 Latar Belakang

Masyarakat Baba Nyonya telah wujud di Melaka sejak abad kelima

belas lagi. Menurut sejarah, Melaka telah menjalankan hubungan

diplomatik dengan negara China sejak kurun ke-15 yakni ketika

pelabuhan Melaka dibuka pada 1402 M.5

Rombongan Laksamana Cheng Ho telah diutus bagi menguatkan

hubungan perdagangan. Selain itu, pada 1459, Raja Cina telah

menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu4 Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press. Hlm.27.

5 Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm. 69.

4

Page 5: cProposal contoh kajian ilmiah

tanda penghargaan kepada Sultan untuk mengahwini Puteri Hang Li

Po tersebut, maka berlakulah perkahwinan campur di kalangan

pemerintahan apabila Puteri Hang Li Po dari China berkahwin

dengan Sultan Mansur Syah.6

Selepas itu, asimilasi ini terus berlaku apabila ramai

pedagang dari China berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum Cina

ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, mereka datang ke

Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya berkahwin

dengan wanita tempatan dan membina generasi mereka.

Sehingga hari ini keunikan etnik Baba Nyonya boleh

dilihat di Perkampungan Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng

Lock Bandar Raya Melaka Bersejarah. Muzium Warisan Baba dan

Nyonya juga terletak berdekatan. Bangunan Muzium ini merupakan

kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Generasi Baba

Nyonya ini bagaimanapun tinggal merata di seluruh Melaka

terutamanya di kawasan perkampungan di pinggir bandar.

1.2 Permasalahan Kajian

Menurut Baba (2013), cara hidup masyarakat tradisi Baba Nyonya

Melaka sangat berkaitan dengan gaya hidup Melayu. Malahan mereka

menjunjung kesenian budaya Melayu Melaka seperti berpantun,

berdondang sayang, mengunyah sirih dan turut mengajar anak mereka

pantang larang Melayu seperti dilarang menyampuk bila orang tua6 Ibid. Hlm. 70.

5

Page 6: cProposal contoh kajian ilmiah

sedang berbual, dilarang menggoyangkan kaki ketika duduk dan

dilarang keluar rumah tanpa izin.

Namun begitu, menurut beliau lagi, kecenderungan

golongan muda generasi di abad 21 ini tidak lagi berminat

menonjolkan identiti sebagai Baba Nyonya. Misalnya golongan muda

ini tidak lagi gemar memakai kebaya, bersanggul dan memakai kasut

manik kebanggaan Baba Nyonya. Soal perkahwinan pula, mereka gemar

mencari pasangan sendiri berbanding menanti calon pilihan

keluarga yang menjadi adat mereka.

Hal ini menyebabkan berlaku lagi perkahwinan campur dalam

kalangan masyarakat Baba Nyonya apabila mereka berkahwin dengan

etnik lain. Hal ini juga menyumbang kepada penyebab terhakisnya

identiti dan budaya Baba Nyonya hari ini.

Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengetahui halatuju

budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi dalam menghadapi

abad 21 ini. Selain itu, kajian ini juga terarah untuk mengukur

sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan adat tradisi

sehingga kini atau telah ditelan arus kemodenan dan hanya

diamalkan oleh generasi terdahulu sahaja. Selain itu, kajian ini

juga mengukur tahap penghayatan dan pengetahuan generasi muda

mengenai adat tradisi peranakan Baba Nyonya di Melaka.

6

Page 7: cProposal contoh kajian ilmiah

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif yang terkandung dalam kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti budaya dan adat masyarakat tradisi Baba

Nyonya di Melaka.

ii. Mengukur tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat

peranakan Baba Nyonya di Melaka.

iii. Menjelaskan kepentingan pengekalan ciri dan identiti

masyarakat minoriti tersebut.

1.4 Kepentingan Kajian

i. Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan

lebih mendalam lagi tentang adat tradisi yang diamalkan

masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka.

ii. Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya generasi muda

masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka agar menghargai

dan mengekalkan adat dan tradisi mereka agar tidak terhakis

pada masa akan datang.

7

Page 8: cProposal contoh kajian ilmiah

iii. Kajian ini juga bersesuaian pada masa kini kerana generasi

senior yang mengamalkan adat Baba Nyonya masih hidup dan

mampu memberi sumbangan kepada kajian ini untuk dijadikan

sumber primer.

iv. Kajian ini juga penting dalam industri Kebudayaan dan

Kesenian Negara.

v. Penyelidikan ini penting kepada generasi baharu Baba dan

Nyonya supaya mengetahui apakah amalan dan pegangan

masyarakat Baba dan Nyonya dahulu yang diambil daripada

masyarakat Melayu.

1.5 Masalah Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan etnik dan

integrasi dalam masyarakat majmuk Malaysia. Oleh itu, terdapat

beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan

kajian.

i. Kurangnya sumber rujukan daripada buku yang ditulis dalam

bahasa Melayu menyebabkan rujukan perlu terjemah di dalam

bahasa Melayu. Hal ini kerana penulis yang pakar dalam

bidang ini berasal dari keturunan baba dan menerbitkan buku

dalam bahasa Inggeris.

8

Page 9: cProposal contoh kajian ilmiah

ii. Selain itu, sukar bagi pengkaji membezakan etnik cina dan

etnik baba nyonya ketika mengedarkan borang soal selidik

kerana etnik Baba Nyonya mempunyai paras muka seperti Cina

juga.

1.6 Persoalan Kajian

Soalan penyelidikan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah:

i. Apakah ciri budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi

di Melaka?

Pakaian

Bahasa pertuturan seharian

Agama dan kepercayaan

Masakan dan makanan

Sambutan dan perayaan

ii. Adakah mereka masih mengekalkan adat dan tradisi tersebut

sehingga hari ini?

Sangat tidak setuju (STS)

Tidak setuju (TS)

Tidak pasti (TP)

9

Page 10: cProposal contoh kajian ilmiah

Setuju (S)

Sangat Setuju (SS)Setuju

iii. Berapa ramaikah generasi muda daripada etnik ini yang masih

mengekalkan ciri dan identiti tersebut?

1.7 Skop Kajian

Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Melaka

merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai kolonis terbesar

masyarakat unik ini. Oleh itu, kajian ini telah memfokuskan

tentang ciri-ciri, identiti budaya dan adat masyarakat peranakan

Baba Nyonya di Melaka serta menilai tahap pengamalannya sekarang.

Melalui kajian ini, kita dapat mengenal pasti aspek budaya yang

semakin dilupakan oleh golongan minoriti ini.

1.8 Hipotesis Kajian

Adat dan budaya tradisi masyarakat Baba Nyonya kurang diamalkan

oleh generasi abad 21.

10

Page 11: cProposal contoh kajian ilmiah

BAB 2

SOROTAN LITERATURE

Kajian mengenai Baba Nyonya ini tidak terlalu banyak dibincangkan

sejak 10 tahun kebelakangan ini. Namun, terdapat beberapa kajian

yang telah dibuat oleh penulisan luar negara dan dalam negara

berkenaan dengan topik Baba Nyonya ini.

11

Page 12: cProposal contoh kajian ilmiah

Menerusi jurnal Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (2010),7

beliau memetik kata-kata Louis Wirth (1945), yang menganggap

komuniti Cina di kawasan kampung tebing Sungai Kelantan sebagai

kelompok yang berasimilasi kerana mereka bukan sahaja menggunakan

bahasa Melayu sebagai alat perhubungan seharian, malah, corak

pakaian mereka seperti pakaian orang Melayu dan juga kerana

kebanyakan aspek kehidupan mereka lebih mirip kepada kehidupan

orang Melayu setempat. Malah mereka menggelarkan diri mereka

sebagai ‘orang Cina-Melayu.’ Kajian beliau telah membuktikan

bahawa masyarakat Baba Nyonya di Kelantan masih lagi menggunakan

bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.

Pendapat beliau boleh disahkan lagi dengan hasil kajian

yang dibuat oleh beliau dalam Jurnalnya Cara Hidup Kemelayuan Masih

Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia.8

Berdasarkan kajian yang dibuat di Kampung Bukit Katil dan Umbai

Melaka pada 2009, beliau menyimpulkan bahawa masyarakat Baba dan

Nyonya masih mengamalkan budaya dan cara hidup Baba Nyonya. Namun

begitu, data yang dikutip menunjukkan pengekalan budaya ini hanya

terhadap kepercayaan pantang larang, makanan, seni bina kediaman

7 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010). Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6; June 2010.

8 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009).Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya diMalaysia. Jurnal Aswara: 27-39.

12

Page 13: cProposal contoh kajian ilmiah

dan sistem mengurus kematian. Sebaliknya terdapat tradisi yang

semakin dilupakan seperti dondang sayang, berpantun dan

berpakaian.

Pendapat mengenai ancaman budaya dan tradisi baba Nyonya

ini juga telah diutarakan sendiri oleh Encik Baba Koh Kim Bok

selaku Presiden Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka semasa

Seminar Wacana Peranakan diadakan di Melaka pada 2013. Menurut

beliau, hari ini, hanya sebilangan kecil orang Baba Nyonya yang

mengamalkan budaya ini. cara pemakaian dan hiasan yang digunakan

dalam upacara adat semakin berkurangan. Hanya segelintir keluarga

yang masih menyimpan alat dan kelengkapan tradisi mereka dan

dijadikan barang antik. Perkakasan rumah seperti pinggan dan

mangkuk yang diperbuat daripada porselin yang cantik dan unik

juga tidak lagi dimiliki oleh semua. Harga untuk mendapatkan

barang tradisi seperti baju kebaya dan kasut manik pula mahal dan

mencecah ratusan ringgit. Selain itu, beliau turut mendakwa

bahawa terdapat segelintir masyarakat Baba yang sanggup menjual

rumah pusaka mereka.

Dalam seminar yang sama, Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong

daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti

Kebangsaan Malaysia juga ada membentangkan kertas kerjanya.9

9 Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium

13

Page 14: cProposal contoh kajian ilmiah

Menurut beliau, masyarakat peranakan Baba Nyonya Melaka adalah

etnik asal yang membentuk masyarakat peranakan atas faktor

sejarah dan demografi. Namun begitu, terdapat generasi yang

menamatkan etnik peranakan ini apabila berkahwin dengan etnik

Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu sepenuhnya dan ada yang

berkahwin dengan etnik cina dan tidak lagi mengamalkan budaya

Baba Nyonya ini. Menurut beliau lagi, terdapat perbezaan tahap

kesedaran masyarakat peranakan yang tinggal di bandar dengan

masyarakat peranakan di kawasan kampung. Etnik peranakan di

kawasan kampung ini lebih cenderung mengekalkan amalan tradisi

nenek moyang mereka kerana suasana kampung yang kurang

dipengaruhi oleh ancaman globalisasi.

Selain itu, terdapat juga beberapa buku yang

mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Baba Nyonya ini.

Misalnya dalam penulisan Jonny Chee (2008),10 beliau telah

menyampaikan beberapa buah pantun Baba Nyonya yang semakin

dilupakan oleh generasi hari ini. Irama pantun Baba Nyonya

tersebut nampak unik apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu dan

Bahasa Hokkien dalam penyusunan pantun. Beliau juga mengulas

tentang kepentingan pengekalan adat berpantun ini dan beliau

membuat perbandingan adat pemakaian busana pengantin masyarakat

Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.

10 Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources. Hlm. 84.

14

Page 15: cProposal contoh kajian ilmiah

Baba Nyonya dahulu dengan sekarang yang lebih moden dan ala

barat.

Oleh itu, budaya dan adat tradisi Baba Nyonya ini masih

diamalkan oleh segelintir masyarakat etnik ini terutamanya bagi

mereka yang tinggal di kawasan kampung. Namun begitu, budaya

mereka turut menerima ancaman apabila berlaku asimilasi.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan tinjauan awal berbentuk kuantitatif yang

bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan budaya dan adat

15

Page 16: cProposal contoh kajian ilmiah

tradisi masyarakat Baba Nyonya dalam kalangan masyarakat etnik

tersebut di abad 21 ini.

3.2 Kaedah Kajian

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam

mengutip data dan mencari maklumat bagi melengkapkan kajian ini.

Antaranya adalah:

3.2.1 Pemerhatian ikut serta: Kaedah ini dijalankan secara

langsung semasa melawat ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan

adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri

yang dikehendaki oleh kajian ini.

3.2.2 Temu bual: Kaedah ini digunakan semasa meninjau corak

kehidupan responden di kawasan kajian. Beberapa soalan temu bual

di ajukan yang berkaitan dengan pandangan mereka terhadap

pengamalan budaya dan identiti kelompok mereka sendiri terhadap

penerimaan dan mengamalkan budaya Baba Nyonya. Temu bual tidak

berstruktur dijalankan kepada golongan tua dan muda.

3.2.3 Keperpustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat

majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan

tambahan bagi membantu kajian.

3.3 Instrument Kajian.

16

Page 17: cProposal contoh kajian ilmiah

3.3.1 Soal Selidik: Instrumen kajian dengan menggunakan borang

soal selidik lebih praktikal dan berkesan kerana penggunaannya

dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang

diberi oleh sampel. Ini kerana jawapan yang diberikan tidak

dipengaruhi oleh tingkah laku ataupun sikap penyelidik. Oleh itu,

borang soal selidik telah dibentuk bagi mengutip data. Borang

tersebut akan di edarkan secara rawak kepada penduduk di kawasan

kajian. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian.

Borang 1: Beberapa soalan tidak berstruktur diberikan bagi

menguji tahap pengetahuan mereka terhadap adat tradisi Baba

Nyonya. Soalan mudah ini berkaitan dengan budaya mereka.

Apakah nama pakaian tradisional yang dipakai oleh Baba dan

dipakai oleh Nyonya?

Bahasa pertuturan seharian masyarakat Baba Nyonya adalah ?

Agama dan kepercayaan tradisional Baba Nyonya pada asalnya

adalah ?

Senarai kan beberapa jenis makanan tradisional Baba Nyonya?

Nyatakan sambutan dan perayaan yang menjadi tradisi masyarakat

Baba Nyonya?

Tuliskan sebuah pantun yang anda masih ingat.

17

Page 18: cProposal contoh kajian ilmiah

Borang 2: Beberapa soalan berstruktur akan diajukan bagi menilai

tahap pengamalan adat tradisi Baba Nyonya dalam kalangan

masyarakat. Setiap item soal selidik pada bahagian ini akan

menggunakan sistem Skala Likert lima peringkat yang berbeza bagi

menunjukkan tahap persetujuan responden daripada ekstrem yang

negatif ke ekstrem positif. Misalnya dalam jadual 1 di bawah.

Skala jenis ini

memberi pilihan daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang lain

dengan memberi jawapan tidak pasti di tengahnya. Skala Likert

dikatakan mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan

mempunyai kelebihan berbanding skala-skala lain. Dalam soal

selidik ini, responden dikehendaki memberi jawapan dengan memilih

salah satu daripada lima aras persetujuan terhadap item-item yang

dikemukakan. Pembahagian skor mengikut lima aras persetujuan

adalah seperti berikut:

Setiap jawapan kemudiannya dikodkan semula daripada lima

pilihan kepada tiga pilihan sahaja. Jawapan bagi skor 1 dan 2

digabungkan menjadi tidak setuju, jawapan bagi skor 3 kekal

sebagai tidak pasti dan jawapan bagi skor 4 dan 5 diambil kira

18

Skor 1 = Sangat tidak setuju(STS)

Skor 2 = Tidak setuju (TS)

Skor 3 = Tidak pasti (TP)

Skor 4 = Setuju (S)

Skor 5 = Sangat Setuju (SS)Jadual 1

Page 19: cProposal contoh kajian ilmiah

sebagai setuju. Ia bertujuan untuk memudahkan analisis data

dilakukan. Antara contoh Jadual penggunaan skala likert dan

borang soalan soal selidik yang digunakan adalah seperti di

bawah:

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM SOALAN BILANGAN RESPONDEN

1 Saya selalu bangga menjadi etnik BabaNyonya apabila ditanya umum.

2 Saya mengamalkan adat tradisi Baba Nyonyadalam kehidupan saya di mana saya berada.

3 Saya seorang yang berpendidikan tinggidan hidup moden.

4 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnikMelayu

5 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnikCina

6 Saya masih menjaga rumah pusaka moyangkami.

7 Jika saya mahu berkahwin, saya akan

19

Page 20: cProposal contoh kajian ilmiah

berkahwin dengan pasangan pilihankeluarga.

8 Saya akan mengadakan upacara perkahwinanmengikut adat moyang kami.

9 Saya sukakan pasangan daripada etnik BabaNyonya

10

Saya tidak kesah asal usul etnik pasangansaya.

11

Saya mempunyai banyak koleksi bajutradisional Baba Nyonya.

12

Saya suka memakai baju tradisional dalamkehidupan seharian saya

13

Saya ada menyimpan koleksi kasut maniktradisional

14

Saya suka makanan tradisional Baba Nyonya

15

Saya pandai memasak masakan Baba Nyonya

16

Saya masih makan menggunakan tangan.

17

Saya beragama Buddha.

18

Saya masih mempercayai pantang larangtradisi keluarga saya.

19

Saya tidak akan keluar rumah tanpakeizinan keluarga

20

Page 21: cProposal contoh kajian ilmiah

20

Saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu

21

Saya juga pandai bertutur bahasa Hokkien

22

Saya pandai berpantun dan mahir membalaspantun

23

Saya juga pernah menyanyikan lagu dondangsayang

24

Saya prihatin terhadap adat dan budayatradisi etnik saya

25

Saya selalu terlibat dalam programkesedaran terhadap budaya Etnik BabaNyonya yang dianjurkan oleh NGO ataukerajaan.

3.3.2 Pita rakaman: Digunakan untuk merakam percakapan dan corak

kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya.

3.3.3 Penganalisisan Data SPSS: Data mentah yang diperoleh

dipindahkan ke dalam program SPSS. Data tersebut dianalisis

dengan menggunakan format mengikut kategori penyelidikan yang

dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif

bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Kemudian graf bandingan akan dibina.

3.4 Populasi Kajian

21

Page 22: cProposal contoh kajian ilmiah

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih bandar Melaka sebagai

tempat kajian. Populasi yang dipilih adalah di kalangan mereka

yang berketurunan Baba dan Nyonya. Bidang kajian tidak mempunyai

batasan umur dan jantina. Pengkaji hanya membataskan kajian ini

mengikut jumlah responden yang dipilih secara rawak. Kira-kira 70

orang responden akan dipilih dari beberapa kawasan yang dikenal

pasti mempunyai kelompok masyarakat Baba Nyonya.

BAB 4

HASIL KAJIAN

Merujuk kepada Hasil penyelidikan terdahulu telah menggambarkan

bahawa masyarakat Baba dan Nyonya telah mengekalkan budaya

tradisi mereka yang condong kepada budaya Melayu. Namun begitu,

tidak sepenuhnya identiti ini dikekalkan. Terdapat juga pendapat

yang mendakwa bahawa identiti dan adat ini tidak lagi bertahan.

Percanggahan idea ini mungkin kerana tempoh kajian dilakukan pada

waktu yang lama dan dalam tempoh itu, generasi muda telah

22

Page 23: cProposal contoh kajian ilmiah

menerima pelbagai proses perubahan budaya, adat dan identiti

baharu.

Antara budaya yang semakin terhakis adalah budaya

kesenian dan muzik. Bagi generasi baharu kini, muzik yang

berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang

popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu

kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana

pelbagai muzik moden telah mempengaruhi generasi kini.

Penyelidikan terhadap unsur makanan Melayu dan permainan

tradisional Melayu mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih

menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Unsur

masakan kemelayuan masih kekal dalam masakan masyarakat Baba dan

Nyonya. Mereka lebih gemar masakan seperti rendang, lemak cili

api, masak lemak, tumis, dan sambal.

Namun begitu, kajian sebenar belum dijalankan dan data

juga belum dikutip bagi mengesahkan hipotesis awal kajian ini.

BAB 5

KESIMPULAN

23

Page 24: cProposal contoh kajian ilmiah

Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi

dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu,

hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti

masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam

cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka

kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah

mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia.

Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah

negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan

rakyat itu sendiri.

Sehingga hari ini, Keturunan Baba dan Nyonya itu masih

wujud terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang.11 Namun begitu, ciri

dan identiti masyarakat Baba Nyonya generasi pertama, kedua dan

ketiga etnik peranakan tidak mampu dikekalkan oleh generasi di

Abad 21 ini atas beberapa faktor seperti modenisasi dan

perkahwinan campur dengan etnik lain. Hakikatnya, kebudayaan

masyarakat Baba Nyonya ini mempunyai keunikan yang perlu

dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya budaya ini

tidak pupus dalam jangka masa panjang kelak.

11 Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm. 4.

24

Page 25: cProposal contoh kajian ilmiah

Dapat disimpulkan bahawa, kewujudan budaya masyarakat

Baba adalah berasal dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari

budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang

berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba.

Pengamalan budaya ini pada hari ini masih ada tetapi tidak sekuat

generasi tradisi moyang mereka.

Bibliografi

Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa

Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian

Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang

Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.

Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

(2010). Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and

Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6;

June 2010.

Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.

(2009). Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan

Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.

25

Page 26: cProposal contoh kajian ilmiah

Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma

Publication Sdn.Bhd.

Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing

Resources.

Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press.

Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan

dan Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar

Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9

Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah,

Duyong, Melaka.

Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar

Bakti.

26