1.0FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANKurikulum Prasekolah Kebangsaan
2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti
berikut : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.1.1MATLAMATPendidikan Prasekolah bertujuan untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan
bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan
bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah kelak.1.2OBJEKTIFKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial,
intelek dan rohani seperti berikut : 1.2.1 Membina kecergasan
badan1.2.2 Mempunyai tubuh badan yang sihat1.2.3 Mempraktikkan
amalan kesihatan yang baik1.2.4 Mempraktikkan langkah-langkah
menjaga keselamatan diri1.2.5 Menguasai kemahiran motor halus dan
asas motor kasar1.2.6 Mempunyai kematangan emosi1.2.7 Mempunyai
konsep kendiri yang positif dan jati diri1.2.8 Berani menyuarakan
pandangan dan perasaan1.2.9 Berkebolehan berinteraksi degan orang
lain1.2.10 Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja
secara berkumpulan1.2.11 Menghormati perasaan serta hak orang lain
dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang
dewasa serta rakan sebaya1.2.12 Mengamalkan nilai-nilai murni1.2.13
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam1.2.14 Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan
harian1.2.15 Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses
sains asas1.2.16 Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah1.2.17
Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran dan kehidupan seharian1.2.18 Mengembangkan daya
kreatif dan estetika1.2.19 Menghargai keindahan alam dan warisan
budaya2.1Penerangan Modul Kebangsaan Konseptual Kurikulum
PrasekolahKurikulum Prasekolah Kebangsaan ini digubal
berasaskanempat prinsip utama iaitu :
2.1.1Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu memberi
fokus kepada penyuburan potensi individu yang menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi
muridhendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek
perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu
yang seimbang dan harmonis memiliki :i. Kepercayaan kepada Tuhanii.
Ilmu pengetahuaniii. Kemahiran asasiv. Akhlak muliav. Emosi yang
stabilvi. Kesihatan dan kecergasan
2.1.2Pembelajaran yang menggembirakan memberi penekanan kepada
minat dan bersemangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat
dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik,
selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk
belajar dengan sendirinya memupuk semangat cintakan ilmu
pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan
terbuka.2.1.3Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi
penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti
sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan
pengalaman kehidupan seharian. Usaha ini akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna.2.1.4Pendidikan sepanjang
hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk pemerolehan dan
pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pengalaman
pendidikan prasekolah yang menggembirakan dan bermakna akan dapat
mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang sejak
kecil hingga ke akhir hayat.
Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen
pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut
adalah seperti berikut :i. Bahasa dan Komunikasiii. Sains dan
Teknologiiii. Kerohanian, sikap dan nilaiiv. Ketrampilan Diriv.
Perkembangan Fizikal dan Estetikavi.
Kemanusiaan3.0PengenalanMenjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat
untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu
mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial,
keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda
penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan
bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaranmempunyai
tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara
yangbersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain
daripada melahirkan warganegara yangberpengetahuan dan
berkemahiran.Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem
pendidikan yang berkualiti danbertaraf duniapelbagai dasar dan
perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi
menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi,
pengantarabangsaan danperkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Bagi membolehkanbidang pendidikan dapat berdiri
selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan,dan
perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan
pencapaian matlamat pendidikan negara. Tujuan utama sistem
perundangan pendidikan adalah untukmenentukan tahap pendidikan
berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan
dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah
mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam
pendidikan termasuk mewartakanperundangan pendidikan yang telah
dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.Profesion perguruan atau
bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenispekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan
negara.Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di
dalam proses penyerapan ilmupengetahuan kepada individu dan
masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan gurumenjadi
semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabatperguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke
tahap yang lebih tinggi dandihormati seterusnya dapat
merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh
Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melihat profesion
perguruan sebagai berdiri sama tinggi dan duduksama rendah dengan
profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah
melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000).
Bidang pendidikan pada masa kini telahpun berhadapan dengan masa
depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,sistematik dan
holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan
negara serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu
untuk meningkatkan lagiprofesionalisme guru demi memantapkan lagi
sistem pendidikan di negara kita. Sistem danperundangan pendidikan
yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelaspertama
walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan
profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem
pendidikan di negara kita. Melalui peningkatanprofesionalisme guru
ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan
dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah
ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa
membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai
sumberutama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru
sebagai pemudahcara dalampengajaran dan pembelajaran, agen
perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif
dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran
danpembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.
Kerajaan dan guru itu sendirimemainkan peranan penting dalam
meningkatkan profesion perguruan. Oleh itu, perundangan pendidikan
yang mantap dan berkesan dapat memberi impakyang sangat besar dalam
profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan
keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan
profesion peguruan juga,perundangan pendidikan seharusnya digubal
dengan penuh teliti dan mengambil kiraperedaran zaman dan masa
supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan
aruspermodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini,
peranan guru amatlahpenting untuk membentuk sahsiah dan
keperibadian yang sempurna kepada anak bangsayang bakal meneraju
masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam
memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin
kelancaran untuk masa depan negara.
4.0Latar Belakang KurikulumKurikulum memegang peranan penting
dalam pendidikan, sebab berkaitan dengan penentuan arah, isi dan
proses pendidikan yang pada akhirnya menentukan macam dan
kualifikasi lulusan suatu lembaga pendidikan. Seiring dengan
perkembangan jaman dan tuntutan dari masyarakat, maka dunia
pendidikan harus melakukan inovasi dalam pendidikan. Inovasi
pendidikan akan berjalan dan mencapai sasarannya jika progam
pendidikan tersebut dirancang dan di implementasikan sesuai dengan
situasi.Sebagai implikasi dari pentingnya inovasi pendidikan
menuntut kesadaran tentang peranan guru. Seabagai tenaga
professional, guru merupakan pintu gerbang inovasi sekaligus
gerbang menuju pembangunan yang terintegrasi. Hal ini dikarenakan
pembangunan dapat terlaksana jika dimulai dari membangun manusianya
terlebih dahulu. Tanpa manusia yang cakap, terampil,
berpengetahuan, cerdas, kreatif dan bertanggung jawab maka
pembangunan yang terintegrasi tidak akan dapat terlaksana dengan
baik. Oleh karena itu, setiap guru dan tenaga kependidikan lain
harus memahami kurikulum dengan sebaik- baiknya.Kurikulum dan
pembelajaran merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Sebagai
suatu rencana atau program, kurikulum tidak akan bermakna manakala
tidak diimplementasikan dalam bentuk pembelajaran. Demikian juga
sebaliknya, tanpa kurikulum yang jelas sebagai acuan, maka
pembelajaran tidak akan berlangsung secara efektif. Persoalan
tentang bagaimana mengembangkan suatu kurikulum, ternyata bukanlah
hal yang mudah, serta tidak sesederhana yang kita bayangkan. Dalam
skala makro, kurikulum berfungsi sebagai suatu alat dan pedoman
untuk mengantar peserta didik sesuai dengan harapan dan cita-cita
masyarakat. Oleh karena itu, proses mendesain dan merancang suatu
kurikulum mesti memerhatikan sistem nilai (value system) yang
berlaku beserta perubahan-perubahan yang terjadi di masyarakat itu.
kurikulum berfungsi mengembangkan seluruh potensi yang dimiliki
oleh peserta didik sesuai dengan bakat dan minatnya. Oleh kerana
itu, proses pengembangannya juga harus memperhatikan segala aspek
yang terdapat pada peserta didik. Persoalan-persoalan tersebut yang
mendorong begitu kompleksnya proses pengembangan kurikulum.
Kurikulum harus secara terus menerus dievaluasi dan dikembangkan
agar isi dan muatannya selalu relevan dengan tuntutan masyarakat
yang selalu berubah sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan
teknologi.4.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAHGaya
dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah
pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat
memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti
itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif
pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah
pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan
aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan minda
kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana,
pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat
prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang
pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Menurut Kamarudin &
Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis
dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus
menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan
keupayaan murid. Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian,
guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami
tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan
aktiviti sains yang akan diperkenalkan kepada mereka. Antaranya
adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi komputer.
Alat bantu mengajar ini memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut berfungsi untuk
menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid
dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana, pembelajaran
berasakan komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide
show atau grafik, membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk
bertanya. Selain itu juga, penggunaan komputer juga dapat
mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang ingin disampaikan,
misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran sebenar
dan seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak
tersebut.Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al,
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di peringkat
prasekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran
aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran
sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan
memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan
aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia sebenar
dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat
menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian
mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat
kanak-kanak yang secara semulajadinya sukakan benda-benda yang
menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan secara
teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia
juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan
kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang
menarik dan pelbagai.Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi ,
penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio,
video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang
dipilih adalah Mengenal Haiwan. Dengan animasi ataupun video, murid
sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi
jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan
sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam
kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan
yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat
pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak
langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.
Rajah : bahan bantu mengajar dalam penggunaan komputer bagi
kanak-kanak prasekolahSelain itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah
melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara
amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan
kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak tampa menimbangkan
hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain
bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu.
Bermain juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi
bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhirnya atau tujuan
tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah ia
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ).
Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan
dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Dari aspek psikoanalisis
Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh
perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu
kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus,
1990). Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting
kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990).
Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif
kurikulum, main atau bermain itu bukanlah bermain bebas tanpa
perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main
terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi keperluan
kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat banyak contoh aktiviti
bermain. Antara aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau
bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor
halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa
seronok, gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang
dijalankan. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang
membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan boleh
berdikari. Selain itu juga, aktiviti bermain seperti Selain itu,
dapat memudahkan guru menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger,
2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock,
2003). Selain itu juga, aktiviti seperti membina istana dengan
pasir misalnya juga akan membolehkan mereka lebih berimiginasi dan
meningkatkan keupayaan otak mereka untuk berfikir.
Rajah : contoh aktiviti main dalam belajar bagi kanak-kanak
prasekolah
Selain itu juga, antara permainan pembelajaran bagi sains awal
ialah permainan yang melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung
rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan
motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak
berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan
bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Hal ini
secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak
tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam bukan
sahaja menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan
manusia
Rajah : aktiviti main dalam belajar bagi sains awal (
bersenam)
Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon dan bernyanyi
juga merupakan aktiviti belajar dalam bermain yang lazimnya telah
dipraktikkan oleh guru di tadika. Misalnya, guru menyuruh
kanak-kanak berlakon sebagai guru dan pesakit seperti situasi
sebenar dan dalam situasi begini kanak-kanak akan didedahkan dengan
bagaimana cara untuk merawat pesakit, mengenal ubat-ubatan dan
sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara
tidak langsung dalam permainan ini.Seterusnya, gaya pengajaran guru
prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran dan pembelajaran
secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan
sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk
menyelesaikan masalah secara unik. Contohnya guru boleh
mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan
menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau tanah liat,
kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas
pasir atau menggunakan lidi di atad doh atau tanih liat. Kaedah ini
bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga
akan turut membina pemikiran kreatif mereka bagi menghasilkan
sesuatu yang menarik dengan menggunakan cara mereka sendiri. Oleh
itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak akan lebih
berminat untuk belajar menulis.
Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan
pasir.
Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan
tertekan sekiranya guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca.
Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan
kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk
menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara
yang bermakna. Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap
kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan keadaan sekeliling
lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka
lebih berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini
sedikit sebanyak akan dapat menarik minat mereka.Guru-guru
prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan atau
belajar secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran
secara kumpulan kecil bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam
kumpulan ( pembelajaran koperatif ). Teknik pembelajaran dengan
cara ini harus di praktikal bagi kanak-kanak prasekolah. Hal ini
kerana, cara ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar
bersama-sama disamping dapat mewujudkan hubungan yang baik antara
mereka. Selain itu juga, berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan
untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran.
Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan
yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas
perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam
satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga
seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja
berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar
Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai
dilakukan dalam masa sependek yang boleh.Misalnya, apabila mereka
telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, guru akan
menceritakan atau menyampaikan sesuatu cerita samada secara lisan
atau bekan lisan, seterusnya guru mungkin boleh menyertakan
aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak-kanak melibatkan diri
secara aktif didalam kumpulan mereka semasa cerita dijalankan,
membunyikan bunyi-bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk
tangan pada tempat-tempat sesuai. Dalam P&P sains pula, guru
boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk,
saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di
makan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat bekerjasama dalam
kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut
pemahaman sendiri. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan
komunikasi antara mereka.Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru
juga perlu memahami aras pemikiran kanak-kanak. Pemikiran
kanak-kanak didapati masih belum berkembang seperti orang dewasa
(Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada peringkat ini terdapat
beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di antara pemikiran
orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru memberikan
penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan menganggap
mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru
seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut
dan menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak,
guru-guru seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan
contoh-contoh yang konkrit.Contohnya seperti, guru-guru mahu
menerangkan bahawa kanak-kanak mesti berhati-hati apabila makan,
baca doa sebelum dan selepas mkan dan juga basuh tangan sebelum
makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak sepatutnya
berkait dengan perkara yang mereka sendiri alami seperti tidak
tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut, tidak
memudharatkan diri mereka dan seterusnya mereka tidak buruk
dipandang orang. Semua keadaan ini dapat di pupuk dalam diri setiap
kanak-kanak kerana ibarat kanak pepatah, kanak-kanak umpama kain
putih dan kita yang akan menyorakkannya. Melalui sebab-sebab yang
diterangkan dan di jelaskan dan ditunjukkan, kanak-kanak akan lebih
memahami apa yang guru sampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.5.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAHSeperti
yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang
penting dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman
persekolahan dan pembelajaran yang menarik, berkesan dan bermakna
dapat mengembangkan kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak.
Kemahiran seperti peningkatan keyakinan diri dan sikap yang positif
akan menjadi satu persediaan yang baik bagi diri kanak- kanak untuk
memasuki alam persekolahan yang lebih formal. Sehubungan dengan
itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah mengambil
kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada
peringkat prasekolah. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya
pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori Pembelajaran Sosial
(Bandura,1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah
melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Model
percontohan dan permodelan adalah amat baik untuk kanak-kanak pada
peringkat ini dalam mencapai matlamat yang abstrak.Selain itu,
menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program prasekolah
yang menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanak-kanak
mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini
akan menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan
menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini
selari dengan dapatan kajian oleh Katz (1985). Beliau menyatakan
bahawa pendedahan akademik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak
di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat
belajar kanak-kanak.Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan
dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan
sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu
bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar
sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget,
1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku
kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang
dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk
kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat
umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar
yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan
lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget
(1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine
(1986).Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat
prasekolah banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada
amalan dan pelaksanaan pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani
(1992) mendapati pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak
menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan
kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran.
Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah
mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti
pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian
akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan. Walau
bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di
tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16
orang kanak-kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan
pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60%
guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka
berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses
pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya kesemua guru tadika
yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak
ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran
setiap hari dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi
tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain
cumalah mengisi masa yang terluang sahaja.
RUJUKAN
Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras
Transformasi.Diperoleh pada Februari 20 daripada
http://eprints.utm.my/2286/1
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget,
1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar
Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.
1