(PSV 3110) SEJARAH DAN APRESIASI SENI
(PSV 3110) SEJARAH DAN APRESIASI SENI
ISI KANDUNGANBILTAJUKSENARAI SEMAK
1.Kolaborasi
2.Kertas soalan
3. Pengumpulan maklumat dan penyediaan pengurusan grafik\ Seni
barat Seni Oriental Seni Malaysia
4.Penulisan apresiasi karya seni dan refleksi
5.Penulisan apresiasi 2 karya
6.Refleksi
7.Rujukan
2.0 Karya Imitasi dan ApresiasiBagi soalan sub tugasan kedua
iaitu menghasilkan karya imitasi bersaiz A2 sama ada dari karya
Barat, Oriental atau Malaysia saya telah memilih salah satu karya
Oriental China yang bertajuk (Flowers were drunk)" oleh Karl Bang.
Saya memilih karya ini kerana ianya mempunyai ciri keunikannya
tersendiri dan mempunyai nilai estetik catan cina yang tinggi.
2.1 Tentang Tokoh Karya-karya seni dalam koleksi Karl Bang
dengan mudah boleh dipanggil Goddess Central. Karl dilahirkan
sebagai Bong Ka di Shanghai pada tahun 1935. Beliau secara rasmi
dilatih oleh pakar-pakar artis lukisan Cina dan beliau juga secara
rasmi dilatih dalam tradisi lukisan Eropah di Perancis dan Belgium.
Gaya latihan beliau yang pelbagai ini telah membawa Karl Bang
kepada pengadunan pelbagai budaya disiplin seni tradisional Cina
dengan gaya peribadi ekspresif Eropah dan kemudiannya juga termasuk
tradisi dari seluruh dunia. Gabungan gaya silang budaya ini telah
mengiktiraf beliau dengan gelaran " Master of Contemporary
Eclecticism ". Seninya dipamerkan oleh Balai Richardson Fine Art,
dan semua sumber cetakan eksklusif serta lukisan asli oleh Karl
Bang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbitan Chantelle. Wakil seni
yang mendapat MBA atau ijazah seni sejarah sering bekerjasama
dengan artis-artis antarabangsa seperti Karl Bang.
Semasa Revolusi Kebudayaan Mao Tse-tung di China, Karl wajib
untuk mengecat hanya imej propaganda yang dituntut oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1984 beliau dibenarkan untuk
berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana Karl bebas untuk berkarya
mengikut minat dan identitinya tersendiri iaitu wanita cantik,
dewi, dan pola asas feminin daripada pelbagai kaum dan budaya.
Wanita menjadi tema utama kepada semua hasil karya Karl Bang. Bagi
Karl, kecantikan luaran wanita mendorong beliau untuk menjadikan
wanita sebagai tema dalam karya-karya beliau. Beliau melihat wanita
sebagai manusia yang mempunyai naluri kelembutan, kesantunan,
kebenaran, dan kekuatan dalaman. Dalam beberapa tahun Karl Bang
menjadi salah seorang artis yang paling terkenal di China. Kini,
beliau menjadi salah seorang artis yang paling terkenal di Amerika
dan dikenali ramai kerana hasil karyanya mengenai pancaindera
wanita.
"To me, women depict peace of mind, natural beauty, and variance
of emotions."Karl Bang
"Painting women is in keeping with traditional Chinese art.
Women depict peace of mind and natural beauty. I try to make them
different because I'm thinking of the inner soul of the person I
draw, what they're thinking and not merely how they look." - Karl
Bang
2.2 Koleksi Karya Karl Bang
(Lotus Pond)
(Feng Lin Tong)
(Angin musim panas)
(Lotus bayang-bayang)
(Autumn Dewi)
(teh Creek)
( Kuil wanita)
(Qiongdao Man Wu)
(Reveries)
(Chun Yun)
buluh
(Gunung Lion Lady)
(salji harimau)
(bermimpi istana)
() (Mood untuk Cinta (D))
(Mesir Yan Sinica)
() (Mood untuk Cinta (C))
() (Mood untuk Cinta (II))
(A non-american)
(Female leopard)
"Rituals"
"Felines"
"Winter's Majesty"
"Lioness"
"Huntress"
"Autumn Mistress"
"Spring Enchantress"
"A Mother's Love"
"Queen's Ransom"
Title Unknown
Title Unknown
Parade
Title Unknown
Title Unknown
Reverie (Silver Foil)
Samba
(Ku Yutang)
(Deer interest)
(White Tiger Queen)
(Love of horses)
(Play)
(Palace Rhyme)
() (Mood for Love (A))
(Maternal love)
(Maya Yu Festival)
()(Samba dancers (two))
(Flowers were drunk)
(Associated with the wolf)
(Mayan Goddess)
(Zebra)
(Snow leopard)
(Kindred Spirits)
"Winter"
Aurora
And pink clouds flying
Pengdaoxianwu
2.3 Apresiasi Hasil KaryaSetelah saya melihat dan meneliti
setiap hasil karya Karl Bang seperti di atas, saya telah memilih
Karya (Flowers were drunk) untuk saya membuat imitasi karya bagi
melengkapkan kehendak tugasan kali ini. Di bawah merupakan karya
(Flowers were drunk) yang telah saya pilih:
(Flowers were drunk)By Karl Bang
2.3.1 Apresiasi karya (Flowers were drunk) oleh Karl BangKarya
catan Karl Bang yang bertajuk (Flowers were drunk) ini merupakan
hasil karya catan yang bersifat oriental di mana Karl Bang
mengadunkan pelbagai budaya disiplin seni tradisional Cina dengan
gaya peribadi ekspresif Eropah. Hal ini adalah disebabkan latar
belakang beliau yang secara rasmi dilatih oleh pakar-pakar artis
lukisan Cina dan beliau juga secara rasmi dilatih dalam tradisi
lukisan Eropah di Perancis dan Belgium. Gaya latihan beliau yang
pelbagai ini telah membawa Karl Bang kepada pengadunan pelbagai
budaya disiplin seni tradisional Cina dengan gaya peribadi
ekspresif Eropah dan kemudiannya juga termasuk tradisi dari seluruh
dunia. Keunikkan hasil pengadunan budaya yang beliau terapkan di
dalam karya ini membuatkan saya tertarik untuk membuat imitasi
terhadap karya yang unik dan tersendiri ini. Latar belakang
CatanKarya (Flowers were drunk) ini merupakan hasil karya catan
oleh Karl bang. Bentuk aliran karya adalah lebih kepada seni catan
oriental iaitu catan tradisional cina dan jepun. Karya ini
bertemakan wanita yang mempunyai gaya ekspresinya tersendiri. Stail
pada karya ini lebih kepada stail catan cina yang menggunakan
teknik basah atas basah yang ketara ditonjolkan pada latar belakang
catan.Falsafah di sebalik KaryaKarya catan (Flowers were drunk) ini
merupakan karya catan hasil penggabungan pelbagai budaya iaitu
budaya Cina, Jepun dan Eropah. Hasil pengadunan budaya timur dan
barat ini menjadikan karya catan ini mempunyai nilai estetika dan
keunikkannya tersendiri. Identiti kebudayaan Cina jelas dapat
dilihat pada latar belakang karya ini yang dipenuhi ragam hias
seperti daun buluh dan plum blossom. Mengikut falsafah dalam catan
cina, pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran dan
kebenaran manakala plum blossom pula melambangkan kecantikan dan
lanjut usia. Identiti kebudayaan Jepun pula jelas ketara pada
pakaian tradisional Jepun yang dipakai oleh subject matter dalam
karya ini iaitu seorang wanita yang mempunyai raut wajah wanita
Eropah. Pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono yang dipakai oleh
wanita ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur-unsur kebudayaan
negara Jepun. Kimono (), Kimono secara literal bermaksud "sesuatu
yang dipakai merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian
rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada
setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan
secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan
kaim perempuan, lelaki dan kanak-kanak.Kimono selalu berbentuk T,
jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta
kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang
wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang
digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai,
dalam majlis-majlis tertentu.Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh
badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya
(kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan
diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di
mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya
dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori
sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki
(tabi).Selain daripada Kimono, perhiasan pada rambut wanita di
dalam karya di atas seperti cucuk sanggul dan pin rambut juga
menunjukkan ciri-ciri identiti budaya masyarakat tradisional Jepun.
Bukan itu sahaja malah gaya dandanan rambut yang disanggul tinggi
pada bahagian atas kepala juga merupakan antara ciri identiti
tradisional wanita Jepun.Penerapan unsur identiti Eropah dapat
dilihat pada subject matter di dalam karya ini. Hal ini adalah
kerana raut wajah wanita di dalam karya di atas jelas menunjukkan
raut wajah seorang wanita berbangsa Eropah dan gaya ekspresif yang
ditonjolkan oleh wanita tersebut juga menunjukkan identiti
kebaratan. Unsur penerapan kebudayaan Eropah diperkuatkan lagi
dengan Jambangan Bunga Lili yang dipegang oleh wanita tersebut.
Bunga Lili merupakan bunga yang mempunyai lagenda pada zaman Yunani
dan Rom. Lily merupakan bunga yang popular dalam peradaban Yahudi
kuno.Bunga ini disebutkan dalam perjanjian lama dan juga dalam
perjanjian baru. Bersamaan dengan perkembangan agama Kristian, Lily
menjadi symbol kesucian dan kebajikan. Lili kerap dihubungkan
dengan Perawan Suci Maria, salah satu contoh dimana perlengkapan
agama Pagan diangkat oleh ibu Kristus. Melalui hubungannya dengan
keperawanan, bunga Lily juga menjadi symbol pahlawan suci dan
sejumlah santa. Asas seni reka pada CatanDalam penghasilan sesuatu
karya, perkara paling asas dan amat penting dalam menonjolkan
kualitinya adalah asas seni reka yang merangkumi unsur-unsur seni
dan perinsip rekaan. Begitu juga dengan karya catan potret Radha
ini. Pelukis karya ini berjaya mengaplikasikan penggunaan asas seni
reka dalam karya catan beliau.Antara unsur-unsur yang dapat
dikenalpasti ialah: Garisan- garisan beralun pada bahagian latar
belakang karya yang menunjukkan seolah-olah ada pergerakkan.-
Garisan tebal untuk outline subject matter yang ingin ditonjolkan.
Rupa- dapat dilihat pada rupa daun Buluh, Plum Blossom dan corak
pada Kimono Bentuk- dapat dilihat pada bakul bunga yang diletakkan
di sebelah wanita tersebut. Warna - Ton warna pada tangan dan muka
wanita tersebut melahirkan bentuk 3D yang menampakkan subject
matter tersebut tampat realistik. Ruang- terdapat unsur ruang di
antara subject matter (wanita) dengan latar belakang karya.
Imbangan - imbangan tidak simetri jelas dapat dilihat pada karya
ini kerana pemberatan objek lebih tertumpu pada bahagian kanan.
Kontra- prinsip kontra dalam karya ini kurang jelas kerana warna
latar belakang dan subject matter seakan akan sama. Penegasan-
prinsip penegasan amat ketara pada bahagian rupa corak baju yang
bertaburan pada Kimono dan juga daun pokok buluh yang seolah-olah
jatuh kebawah. Harmoni- penyatuan warna, rupa corak dan objek yang
dipersembahkan di dalam karya menimbulkan kesan yang harmoni. Irama
dan pergerakan prinsip irama dan pergerakan dapat dilihat pada rupa
latar belakang karya yang berwarna ungu kebiru-biruan serta rupa
putih yang dicorak seolah-olah ada pergerakan.
2.3.2 Refleksi Hasil KaryaKarya yang bertajuk (Flowers were
drunk) oleh Karl Bang merupakan sebuah karya yang amat mencabar
bagi saya untuk saya membuat imitasi daripada karya tersebut. Hal
ini adalah kerana karya catan ini bersifat figura yang realistic
dan naturalis. Seperti yang kita tahu, karya yang berbentuk
figuratif amat rumit untuk digambarkan kerana ianya bersifat
realistik. Jika tersalah teknik ketika melukis atau mewarna, bentuk
figura yang ingin digambarkan tidak dapat dipersembahkan dengan
baik.
Sepanjang saya membuat karya imitasi ini, perkara yang amat
mencabar buat saya adalah ketika mewarna figura wanita di dalam
karya tersebut. Hal ini adalah kerana saya memerlukan penelitian
terperinci tentang warna yang digunakan pada tangan dan raut wajah
figura wanita tersebut bagi menampakkan seolah-olah figura tersebut
tampak hidup dan berbentuk 3 dimensi. Warna putih banyak membantu
untuk menimbulkan ton gelap dan terang pada tangan, muka dan bahu
figura wanita tersebuit. Selain itu, saya juga buntu dalam membuat
pemilihan warna yang tepat sepertimana warna di dalam karya asal.
Warna ungu kebiru-biruan memerlukan saya membuat kajian warna
berulang-ulang untuk mendapatkan warna yang tepat sepertimana dalam
karya asal.
Saya kurang berpuas hati dengan raut wajah figura yang saya
hasilkan kerana kerana raut wajah wanita di dalam karya asal lebih
nampak ayu dan manis jika dibandingkan dengan karya imitasi saya
yang saya hasilkan. Namun begitu, saya berbangga kerana dapat
menyiapkan hasil tugasan dan karya saya ini dalam tempoh waktu yang
ditetapkan dan saya berpuas hati terhadap karya imitasi yang saya
hasilkan walaupun hanya 90 peratus sama dengan karya asal.
1.0 Apresiasi Karya Seniman Tanah Air
1.1 Karya Bumi Bahagia Lombong bijih Timah Malaya1960 oleh
Abdullah Ariff
Rajah 3.1.1: Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960, Cat
AirKoleksi Balai Seni Visual Negara
Karya di atas merupakan hasil karya catan air oleh seniman tanah
air yang merupakan perintis kepada catan air di Malaysia iaitu
Abdullah Ariff. Jenis karya yang saya pilih seperti pada rajah
3.1.1 di atas ialah karya catan air landskap yang menggambarkan
aktiviti ekonomi masyarakat negara Malaysia ketika baru mengecapi
kemerdekaan. Karya ini menjadi rujukan ahli-ahli sejarawan sebagai
dokumentasi sejarah negara.
Tentang Tokoh
Rajah 3.1.2: Abdullah Ariff, artist
Abdullah Ariff dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1904.
Beliau adalah seorang artis yang belajar sendiri tanpa bimbingan
guru dan seorang guru seni di Sekolah Anglo-Cina, Pulau Pinang
(kini dikenali sebagai Methodist Boy School). Dalam tahun 1920-an,
tidak ada kumpulan seni tempatan dan satu-satunya kumpulan seni
yang dianjurkan pada masa itu terdiri daripada ekspatriat Eropah
(suri rumah kebanyakannya Bahasa Inggeris), yang telah memanggil
diri mereka "Impressionists Pulau Pinang". Asia tidak dibenarkan
untuk menyertai kumpulan eksklusif yang mana mencerminkan
imperialisme colonialistic semasa. Namun begitu, Abdullah Ariff
telah dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut dalam pertengahan 30-an
kerana perkhidmatan beliau sebagai pengajar seni diperlukan."Pulau
Pinang Impressionists" yang dibubarkan sebelum permulaan Perang
Dunia ke-2, tidak boleh diperbaharui.
Abdullah Ariff telah diakui dengan Yong Mun Sen, sebagai
perintis lukisan cat air di Malaysia. Beliau terkenal dalam
pengendalian media cat air. Berbanding dengan Mun Sen, karya-karya
beliau lebih menampakkan ciri-ciri 'Eropah' dalam pandangan dan
pendekatan, dan lukisan beliau kelihatan mempunyai butir-butir yang
padat dan penuh. Seorang guru yang berdedikasi, beliau dihormati di
kalangan masyarakat seni di negeri-negeri utara.
Beliau pergi ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja
sebagai kartunis The Straits Echo.Beliau kembali ke Pulau Pinang
pada tahun 1947 dan bergiat aktif dalam politik dan ahli
jawatankuasa UMNO. Pada tahun 1955, beliau telah berkhidmat sebagai
ahli majlis bandar dan diberi pengiktirafan iaitu dinamakan satu
jalan raya di Pulau Pinang sempena namanya (Jalan Abdullah Ariff).
Pada tahun 1955, beliau menubuhkan Agensi Pengiklanan Ariff.
Pada tahun 1955, beliau mengambil bahagian dalam "United
Persatuan Artis" kumpulan pameran di galeri Royal Society of
British Artis, London. Di sana, beliau telah dipilih untuk
Fellowship Royal Society of Art (FRSA) England. Pada tahun 1956,
beliau telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam "Le Salon"
Persatuan Artist Perancis di galeri di Grand Palai des
Champs-Elysees, Perancis. Pada tahun 1957, salah satu lukisan
beliau telah dipilih sebagai hadiah peribadi untuk dipersembahkan
kepada Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia
sempena sambutan Merdeka.
Abdullah Ariff meninggal dunia pada tahun 1962, meninggalkan
legasi lukisan cat air yang sangat baik. Menurut salah seorang
bekas pelajar, Tan Lye Hoe, falsafah seni Abdullah Ariff " ialah
"Art knows no barriers".
Pemilihan alat, bahan, teknik dan ukuran karya.Karya Bumi
Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 merupakan karya catan cat
air yang berukuran 36.4 x 54.1 cm. Abdullah Ariff menggunakan media
seperti cat air yang disapu ke atas kertas lukisan menggunakan
teknik wash bagi menggambarkan karya catan beliau seperti rajah 3.2
di atas. Beliau bergiat aktif dalam catan cat air dan beliau
merupakan perintis cat air yang tidak menerima pendidikan seni
secara formal.
Hal benda dan temaKarya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah
Malaya1960 ini menggambarkan sifat-sifat identiti serantau iaitu
Bijih Timah yang merupakan sumber pendapatan hasil bumi masyarakat
negara ini pada waktu itu yang membawa kekayaan. Gaya yang
dipersembahkan oleh Abdullah Ariff dalam karya ini ialah sapuan cat
air yang member kesan warna lut sinar dan harmoni serta kaya dengan
jalinan. Teknik dalam karya ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
sikap dan konsep romantik Inggeris. Karya cat air ini member nilai
baik kepada masyarakat dahulu hingga kini kerana mampu menjadi
dokumen budaya tentang kehidupan masyarakat pada zaman itu.
Terminalogi dan konsep yang ingin disampaikan.Berdasarkan kepada
karya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 ini, saya dapati
bahawa Abdullah Ariff mengaplikasi konsep unsur seni iaitu ruang
yang jelas tampak ketara. Beliau mempersembahkan 3 latar ruang
iaitu latar hadapan, latar tengah dan latar belakang menampakkan
suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah
mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen
diletakkan di ruanagan tengah tersebut. Contohnya unsur cahaya,
eksplorasi kecairan wash yang terserlah dan prinsip penegasan
diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah.
Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada cahaya yang
datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan
diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan
sesuai dengan penggunaan cahaya yang sangat dititikberatkan. Latar
depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga
figura sedang mencangkul dan mengandar bijih timah.Selain itu,
penonjolan teknik wash atau kecairan yang mempunyai daya kekuatan
yang unik telah memberi kesan yang baik ke atas karya catan cat air
ini. Kekuatan yang unik ini adalah sifat wash itu sendiri yang
aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya
yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu
kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk
kecairan itu sesuai dan tepat iaitu pada komposisi tengah lombong
bijih timah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila
permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang
dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi
kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Elemen cahaya itu sendiri
sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.
Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan
air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna
nisbah air, jenis kertas yang digunakan.
Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini dan membantu satu
ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada
kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan
titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di
belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan
air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang
diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya
penarik.
Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan
kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik
kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati
keindahan alam.
Kekuatan dan kelemahanKelebihannya yang menyerlah dalam karya
Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 ini ialah dari segi
eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang
dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu
cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status
diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip
gaya lukisan catan air Barat.
3.2 Karya Pantai Timur 1 oleh Khalil Ibrahim.
Rajah 3.2.1: Pantai Timur 1,1978, BatikKoleksi Balai Seni Visual
Negara
Karya di atas merupakan hasil karya seniman tanah air iaitu
Khalil Ibrahim. Beliau cukup terkenal dengan batik, cat minyak dan
akrilik yang cantik dengan gaya figuratif organik. Jenis karya yang
saya pilih seperti pada rajah 3.2 di atas ialah imej figuratif
masyarakat pantai timur di Malaysia yang kaya dengan budaya, adat
resam dan nilai kemasyarakatan yang baik.
Tentang Seniman
Rajah 3.2.2: Khalil Ibrahim
Khalil Ibrahim dilahirkan pada tahun 1934 dan merupakan salah
seorang artis Malaysia yang terkenal. Hasil karya beliau tertumpu
kepada lukisan, cat air, dan akrilik . Gaya dan aliran karya yang
dipelopori beliau adalah bersifat realistik dan kemudiannya kepada
abstrak.
Kerjaya seni Khalil Ibrahim telah menjangkau lebih 50 tahun.
Beliau telah mempamerkan karya-karya beliau di Malaysia, Indonesia,
Singapura dan Switzerland pada tahun 1968 hingga 2002 serta
menyertai pameran kumpulan di negara-negara lain iaitu Australia,
Belgium, Bosnia & Herzegovina, Brazil, Canada, China, Croatia,
France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, Jordan, Korea,
Malaysia, New Zealand, Seychelles, Philippines, Singapore, Sweden,
Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey, UK, USA dan Vietnam.
Ibrahim memperoleh Diploma Rekabentuk Kebangsaan, dan
kemudiannya menghadiri Central Saint Martins College of Art and
Design di London, England. Beliau adalah Naib Pengerusi Pertubuhan
Watercolour Malaysia 2002-2003.
Pemilihan alat, bahan, teknik dan ukuran karya.Karya Pantai
Timur 1, 1978 merupakan karya catan batik yang berukuran 123cm
80cm. Khalil Ibrahim menggunakan media seperti batik dan
warna-warna fabrik bagi menggambarkan karya catan beliau seperti
rajah 3.2 di atas. Beliau sering mencuba pelbagai media untuk
mencapai cita-citanya yang ingin menyalurkan daya kreativiti dan
sensitiviti menerusi mana-mana media.
Hal benda dan temaKarya Pantai Timur 1, 1978 ini merakamkan
corak kehidupan kaum nelayan pantai timur di Semanjung Malaysia.
Imej figura disusun dalam satu kelompok yang melakukan pelbagai
aktiviti dalam pergerakan, mengamalkan hidup bergotong- royong dan
harmoni. Garis-garis kontur yang terdapat pada karya menggerakkan
ilusi dan fikiran. Nilai yang terdapat pada karya ini ialah nilai
yang mencerminkan budaya tempatan.
Terminalogi dan konsep yang ingin disampaikan.Berdasarkan karya
Pantai Timur 1, 1978 pada rajah 3.2 di atas, saya dapati bahawa
Khalil Ibrahim menggunakan warna-warna yang sesuai dengan tema,
mesej dan imej figura yang digambarkan. Penggunaan warna yang cerah
dan menarik seperti warna neutral menambahkan nilai estetik pada
karya ini. Semangat kaum nelayan yang digambarkan diperkuatkan
dengan penggunaan warna jingga, kuning dan merah.
Khalil Ibrahim juga mewujudkan garisan atau outline pada imej
yang difokuskan. Penggunaan ruang pada karya digunakan sepenuhnya
oleh beliau dengan melukis objek-objek seperti pukat dan tali sauh
bagi memenuhi ruang pada karya. Unsur seni seperti rupa dan bentuk
juga diwujudkan dengan melukis objek dan figura dengan pelbagai
aksi serta pergerakan yang berbeza.
Prinsip rekaan juga dapat dilihat pada karya ini melalui
penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat
difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Konsep keseimbangan
dilihat melalui cara beliau memanfaatkan figura manusia sebagai
simbol imbangan. Selain itu, idea yang sama dan menyeluruh pada
karya beliau telah mewujudkan konsep kesatuan.
Kekuatan dan kelemahanKekuatan yang ada pada karya Pantai Timur
1, 1978 ini ialah keaslian karya yang digambarkan oleh Khalil
Ibrahim berdasarkan kepada pengalaman beliau tentang kehidupan
serta kegiatan masyarakat di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Gubahan pada karya beliau adalah berdasarkan kepada alam serta
budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, karya ini mempunyai mesej tertentu iaitu menyedarkan
masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan
suasana harmoni.
RUJUKANChua Yan Piaw,Panduan Revisi Esensi Pendidikan seni
Visual SPM, Longman 2009Johor Astist Exhibition,Pameran Karyawan
Seni Johor, Yayasan Warisan Johor,1996Kathleen Chee,Focus ACE SPM
Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Snd Bhd 2009Muliyadi
Mahamood,Seni Lukis Moden Malaysia Era Perintis hingga era pluralis
(1930 1990), Utusan Publications & Distributors Snd Bhd,
2001Pekan seni Ipoh,Rupa Kata, Yayasan Kesenian Perak,1997T.K
Sabapathy, Redza Piyadasa,Modern Artist of Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983Zailani Yaacob, Azimah A. Samad,Teks
lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar 2004SUMBER
INTERNEThttp://junanteola.wordpress.com/2007/03/11/the-women-of-karl-bang/http://pangkaart.blogspot.com/http://iasos.com/artists/karlbang/http://pangkaart.blogspot.com/http://iasos.com/artists/karlbang/http://www.nngallery.com.my/cof/76/http://wareyzseni.blogspot.com/http://senivisual1.blogspot.com/2009_11_01_archive.htmlhttp://www.foundus.com/t15/t15.htmhttp://www.sensual-arts.com/inspiration/variousartists/modernarts/bang/bang.htmhttp://melissaacer.tripod.com/bang/kbang.htmlhttp://marialaterza.blogspot.com/2011/08/karl-bang-1935-shanghai.htmlREFLEKSI
Pertama sekali saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
s.w.t kerana dengan limpahNya serta keberkatanNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini iaitu di bawah kursus Sejarah dan Apresiasi
Seni (Psv 3110). Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Azizah binti Suleiman iaitu pensyarah saya kerana beliau
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan
sebaiknya.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini banyak pengetahuan baru
dapat saya pelajari dan perolehi serta saya juga dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam menghasilkan karya terutamanya dalam teknik
catan cat air.Berdasarkan sub tugasan yang pertama iaitu mengumpul
dan memproses maklumat dalam bentuk penulisan pengurusan grafik
yang berkaitan tentang stail, teknik dan proses berdasarkan hasil
karya Seni Barat, Oriental dan Malaysia, banyak ilmu pengetahuan
baru yang saya perolehi contohnya berkaitan dengan prinsip dalam
menghasilkan catan Cina iaitu Shi-Vitalize Spirit. Terdapat enam
kriteria yang ditekankan dalam prinsip ini iaitu salah satunya
ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah karya China.
Selain itu, melalui pengumpulan dan pemprosesan maklumat yang saya
laksanakan ini ianya dapat membantu saya sebagai langkah persediaan
untuk saya menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Bagi sub tugasan kedua pula iaitu menghasilkan satu karya
imitasi sama ada dari seni barat, oriental atau Malaysia, saya
telah memilih untuk membuat imitasi karya catan cat air cina iaitu
karya pelukis Karl Bang yang bertajuk Flowers were Drunk. Sepanjang
menyiapkan karya catan yang bagi saya sangat mencabar ini, saya
dapat meningkatkan kemahiran menggunakan cat air dalam mengawal
penggunaan air dan warna agar potret wanita yang saya lukis
tersebut dapat dilihat seolah-olah ianya hidup. Saya berasa cukup
berpuas hati kerana dapar menghasilkan karya tersebut dengan
sebaiknya walaupun pada hakikatnya ianya tidak seratus peratus sama
dengan karya yang asli. Seterusnya bagi sub tugasan ketiga pula
iaitu membuat penulisan apresiasi bagi 2 karya oleh seniman tanah
air, saya telah memilih karya Pantai Timur 1,1978 oleh Khalil
Ibrahim dan Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 oleh
Abdullah Ariff. Bagi saya tugasan sebegini sangat sesuai diberikan
kepada saya dan rakan-rakan yang lain kerana ianya merupakan
langkah awal untuk kami menghadapi peperiksaan kelak. Melalui
tugasan sebegini dapat melatih saya untuk membiasakan diri dengan
penulisan apresiasi dengan baik berdasarkan sesuatu hasil
karya.
Namun begitu terdapat juga kekangan dalam melaksanakan tugasan
ini iaitu kekangan masa dan masalah teknikal. Memandangkan tugasan
ini diberikan kepada kami sebelum kami menjalankan paktikum selama
sebulan di sekolah, saya terpaksa menangguhkan tugasan ini buat
seketika memandangkan saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya
terhadap tugasan sewaktu praktikum. Namun begitu saya berusaha
untuk mencari ruang dan waktu untuk menyiapkan tugasan ini walaupun
kerja-kerja lain perlu saya siapkan. Selain itu, masalah teknikal
juga membantutkan kerja-kerja saya iaitu seperti masalah laptop,
printer dan sebagainya. Bagi saya masalah yang saya hadapi
sepanjang menyiapkan tugasan ini merupakan cabaran untuk saya dalam
mematangkan diri untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan
berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Secara keseluruhanya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sebaiknya mengikut spesifikasi yang dikehendaki
dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya yang sentiasa senyum iaitu Puan Azizah binti Suleiman kerana
beliau cukup bersabar dengan kami walaupun tempoh penghantaran
tugasan telah lama berlalu.