Top Banner
1.0 Pendahuluan Menurut kamus dewan, globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia semakin kecil dari disebabkan kepesatan teknologi maklumat. Malcom waters, mentakrifkan Globalisasi adalah sebuah proses sosial yang pembatasan geografis pada keadaan sosial budaya menjadi kurang penting, yang terjelma didalam kesadaran orang.Globalisasi merupakan satu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi meliputi pelbagai bidang dan merupakan suatu fenomena yang multi- dimensi di mana meliputi ekonomi, politik, budaya, ideologi, bahasa dan segenap aspek dalam hidup masyarakat. Globalisasi juga merupakan satu fenomena yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia masa kini. Setiap perkara yang terjadi sama ada di dalam atau luar negara, kesemua negara- negara di dunia ini akan mendapat akses isu- isu antarabangsa. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi dunia kini. Hal ini telah dikaitkan dengan pengecilan ruang lingkup dunia masa kini serta dianggap sebagai satu era baru dalam sejarah manusia yang membawa kepada terhapus nya kepentingan sempadan. Globalisasi dari perspektif ‘pengantarabangsaan’ dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai keadaan saling bergantung manakala dari segi ‘liberalisasi’ pula dikatakan merujuk kepada proses penyingkiran halangan- halangan kerajaan ke atas pergerakan di antara negara- negara dengan tujuan untuk mewujudkan ekonomi
41

Asgment group impak globalisasi

Jan 24, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Asgment group impak globalisasi

1.0 Pendahuluan

Menurut kamus dewan, globalisasi merujuk kepada fenomena yang

menjadikan dunia semakin kecil dari disebabkan kepesatan

teknologi maklumat. Malcom waters, mentakrifkan Globalisasi

adalah sebuah proses sosial yang pembatasan geografis pada

keadaan sosial budaya menjadi kurang penting, yang terjelma

didalam kesadaran

orang.Globalisasi merupakan satu proses yang meletakkan dunia di

bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan

kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi meliputi pelbagai

bidang dan merupakan suatu fenomena yang multi- dimensi di mana

meliputi ekonomi, politik, budaya, ideologi, bahasa dan segenap

aspek dalam hidup masyarakat. Globalisasi juga merupakan satu

fenomena yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia masa

kini. Setiap perkara yang terjadi sama ada di dalam atau luar

negara, kesemua negara- negara di dunia ini akan mendapat akses

isu- isu antarabangsa. Ledakan teknologi maklumat yang pesat

merupakan medium utama kepada agenda globalisasi dunia kini. Hal

ini telah dikaitkan dengan pengecilan ruang lingkup dunia masa

kini serta dianggap sebagai satu era baru dalam sejarah manusia

yang membawa kepada terhapus nya kepentingan sempadan.

Globalisasi dari perspektif ‘pengantarabangsaan’ dilihat oleh

kebanyakan sarjana sebagai keadaan saling bergantung manakala

dari segi ‘liberalisasi’ pula dikatakan merujuk kepada proses

penyingkiran halangan- halangan kerajaan ke atas pergerakan di

antara negara- negara dengan tujuan untuk mewujudkan ekonomi

Page 2: Asgment group impak globalisasi

dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Oleh itu, sesebuah negara

bangsa perlu berhati- hati terhadap impak yang bakal dihadapi

sekiranya gagal menguruskan negara dengan betul dalam menghadapi

cabaran dan rintangan arus globalisasi. Tegasnya, Malaysia

sebagai salah sebuah negara membangun tidak terkecuali dalam

berhadapan implikasi arus globalisasi yang mendesak dari prospek

politik, ekonomi dan sosial dan terpaksa akur dengan kesan

fenomena tersebut walaupun menghadapi cabaran kritikal demi

pembangunan negara.

2.0  Globalisasi Ekonomi Negara Membangun

Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara

di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit

yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat.

Selain itu, globalisasi ekonomi juga dikenali sebagai dunia tanpa

sempadan dalam perdagangan dunia. Globalisasi dalam ekonomi ini

adalah menerusi ledakan dan kemajuan dalam teknologi ICT kerana

segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran Research and

Page 3: Asgment group impak globalisasi

Development (R&D), informasi pasaran dan perdagangan menembusi

mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had

dan batas-batas tanpa sempadan. Kecanggihan teknologi menjadikan

segala urus niaga menjadi lebih cepat dan mudah. Oleh demikian,

pada dunia hari ini, arus globalisasi bergerak dari negara maju

kepada negara dunia ketiga ataupun negara-negara sedang

membangun.

Namun demikian, globalisasi juga menimbulkan pro dan kontra di

antara negara-negara di dunia termasuklah negara-negara yang

sedang membangun. Sebahagian negara yang mendukung globalisasi

adalah kerana globalisasi dipercayai akan membawa dunia dan

negaranya ke arah kemajuan ekonomi. Harapan negara-negara

tersebut adalah untuk menghapuskan kadar kemiskinan, untuk

meningkatkan kesejahteraan rakyat, meluaskan peluang pekerjaan,

dan memperkecilkan jurang ekonomi antara negara dunia. Sementara

itu, terdapat juga negara-negara yang menentang globalisasi

ekonomi tersebut. Memandangkan wujudnya globalisasi justeru, akan

mewujudkan ketidakadilan, ketidaksamarataan kemakmuran, dan

mengukuhkan lagi jurang ekonomi antara negara-negara maju dengan

negara-negara yang sedang membangun di dunia ini. Selain itu,

globalisasi juga akan meningkatkan kadar kemiskinan di peringkat

negara yang tertindas dan di peringkat dunia. Oleh demikian,

sebab itulah terdapat negara-negara yang tidak mendukung gagasan

globalisasi ini diwujudkan.

Page 4: Asgment group impak globalisasi

Globalisasi ekonomi semakin jelas dalam dunia hari ini kerana

terdapat hubungan kerjasama bebas di pelbagai kawasan seperti

International Monetary Fund (IMF) atau Tabung Kewangan Dunia. IMF

telah ditubuhkan pada 27 Disember 1945 dan telah mula beroperasi

pada 1 Mac 1947 yang berpusat di Washington DC Amerika

Syarikat[2]. Terdapat beberapa tujuan IMF telah ditubuhkan,

antaranya adalah untuk mewujudkan kerjasama kewangan dunia dan

memperluaskan perdagangan antarabangsa. Selain itu, IMF juga

membantu mengadakan sistem pembayaran multilateral terhadap

perjanjian-perjanjian yang sedang berlaku antara anggota dan

memberi bantuan kewangan kepada negara-negara anggota. Kewujudan

Asia Pasific Economic Corporation (APEC) atau kerjasama ekonomi

Asia Pasifik. Dasar penubuhan APEC adalah untuk membawa perubahan

yang cepat dalam bidang ekonomi dan politik di samping memberi

perlindungan kepada negara anggotanya.[3]

2.1 Impak Positif

Globalisasi ekonomi telah memberi impak yang positif kepada

negara-negara yang sedang membangun terutamanya dari segi modal.

Globalisasi ekonomi telah menambahkan keupayaan modal dalam

negara-negara yang sedang membangun dalam sektor ekonomi dan

perdagangan. Negara-negara Asia Pasifik atau lebih dikenali

dengan negara-negara yang sedang membangun tidak mempunyai

keupayaan modal yang secukupnya untuk menggerakkan dan melibatkan

diri dalam sektor ekonomi moden. Oleh demikian globalisasi

ekonomi yang berlaku akan memberi suntikan baru yakni suntikan

Page 5: Asgment group impak globalisasi

modal asing yang membolehkan industri  negara membangun ini

berkembang. Jika industri yang terdapat dalam negara-negara

membangun ini berkembang maka ia secara langsung akan mewujudkan

peluang pekerjaan, mengurangkan pengangguran, meningkatkan taraf

hidup serta memutuskan lingkaran kemiskinan yang  terdapat dalam

negara-negara membangun.

            Selain itu, globalisasi ekonomi juga akan

menggalakkan pemindahan teknologi dari negara maju kepada negara

yang sedang  membangun. Melalui globalisasi teknologi moden dan

pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan struktur

ekonomi moden negara membangun. Dalam pemindahan ekonomi ini,

rakyat akan diajar kaedah pengendalian teknologi melalui latihan

lanjutan dan usaha sama dalam konteks kajian dan pembangunan

(R&D) tenaga manusia. Latihan yang dijalankan akhirnya akan

melahirkan rakyat tempatan yang dapat mengusai kepakaran asing

dan memajukan negara sendiri. Keadaan ini dapat kita lihat

sendiri dalam teknologi HITEC di Malaysia yang bergantung

pemindahan teknologi dari Jepun, teknologi reka bentuk, kawalan

mutu, teknologi komunikasi serta kepakaran dalam pengurusan yang

lain.

Impak positif kesan daripada globalisasi ekonomi yang seterusnya

adalah ia akan memperluaskan pasaran. Perluasan pasaran yang

dimaksudkan adalah penghapusan Perlindungan dan Sekatan Tarif

(GATT), penghapusan stok penimbal serta provokasi pasaran akan

memberikan peluang kepada produk negara yang sedang membangun

Page 6: Asgment group impak globalisasi

menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Keadaan

ini berlaku kerana globalisasi ekonomi memberi kuasa mutlak

kepada pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dalam urus

niaga barangan dan perkhidmatan. Di Asia Tenggara pengenalan

kepada Asean Free Trade Agreement (AFTA) iaitu perjanjian yang

berorientasikan perdagangan bebas di Asia Pasifik yang termeterai

pada tahun 2003. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara

ASEAN akan dapat memasuki pasaran negara-negara anggota dengan

lebih mudah dan mendapatkan faedah pasaran bersama dalam kalangan

anggota.

2.2 Impak Negatif

Selain dari memberi impak yang positif, globalisasi ekonomi juga

telah membawa kesan negatif ke atas negara-negara yang sedang

membangun. Antara kesan yang nyata ekoran daripada globalisasi

ekonomi adalah kegawatan ekonomi. Kegawatan ekonomi ini berlaku

apabila aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke

dalam negara serantau Asia Pasifik atau negara sedang membangun

akan menyebabkan kewangan negara serantau tersebut menjadi lebih

mudah berubah. Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak

dengan hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dengan

hanya menekan computer sahaja. Oleh demikian, dengan penarikan

keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara, maka

sesebuah negara tersebut akan menjadi muflis. Ekoran daripada

itu, operasi industri boleh terhenti dan ini akan meningkatkan

pengangguran serta meningkatkan beban hutang. 

Page 7: Asgment group impak globalisasi

Kesan yang seterusnya akibat globalisasi ekonomi adalah serangan

spekulator. Maksudnya di sini adalah kegawatan ekonomi berpunca

daripada kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat

mainan spekulator. Apabila nilai mata wang jatuh, maka keyakinan

pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal

untuk menggelakkan kerugian kepada diri mereka dalam jangka masa

panjang. Contohnya adalah krisis kewangan Asia pada tahun 1997

yang mana telah membuka mata seluruh dunia apabila George Soros

spekulator kewangan yang terkenal telah memanipulasikan nilai

Pound Sterling sehingga menyebabkan kejatuhan Bank of England dan

sejarah hitam yang sukar dilupakan oleh pelabur saham iaitu Black

Wednessday pada tahun 1992. Kesan daripada ini, negara yang sudah

mundur akan muflis dan berterusan bergantung kepada negara maju

untuk menjalankan ekonominya. Oleh itu, kesan dari kegawatan, ia

akan memaksa negara yang terlibat mengenakan kewangan yang ketat,

menaikkan kadar faedah dan perniagaan akan menjadi lemah,

pelaburan domestik akan merosot dan permintaan domestik akan

terjejas.

Globalisasi ekonomi yang terlampau juga akan memberi tekanan

ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Pendapatan negara-

negara terlibat akan merudum, kemiskinan meningkat dan mereka

yang berkenaan dalam aktiviti perdagangan pada hari ini sangat

berkurangan seperti 20 tahun lalu, contohnya adalah Afghanistan

dan Republik Demokratik Congo. Kesan dari tekanan ini,

globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan

dan subsidi kepada golongan miskin yang diamalkan untuk

Page 8: Asgment group impak globalisasi

melindungi rakyat sebelum ini. Apabila subsidi dihapuskan maka

berlakunya peningkatan dalam harga barangan, perkhidmatan dan kos

sara hidup. Keadaan ini akan menyebabkan yang miskin akan terus

menderita dan membolehkan berlakunya kegawatan politik. Isi rumah

terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan

kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan

kerajaan. Justeru, akan wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh

syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.

Kesan seterusnya globalisasi ekonomi ke atas negara membangun

adalah penjajahan baru ekonomi. Pembukaan pintu ekonomi dan

pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.

Keadaan ini sering berlaku terhadap negara-negara maju ke atas

negara-negara yang sedang membangun. Kekayaan ekonomi sedang

membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing. Setelah negara

maju mengaut keluar ekonomi negara sedang membangun maka, mereka

juga akan mengeksploitasikan tenaga kerja tempatan dengan kadar

upah yang rendah. Oleh demikian keadaan ini dinamakan penjajahan

ekonomi negara maju terhadap negara sedang membangun.

2.3 Globalisasi dan krisis ekonomi

Peningkatan proses globalisasi dalam dua dekad ini telah mengubah

secara asas struktur dan pola antara perdagangan dan kewangan

Page 9: Asgment group impak globalisasi

antarabangsa. Dengan pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang

tinggi, maka semakin besarlah perkembangan pasaran modal

antarabangsa dalam pengagihan modal langsung untuk meningkatkan

pergerakan kemasukan modal portfolio swasta.[4] kemasukan modal

portfolio swasta adalah merupakan fenomena penting yang

menunjukkan era baru hubungan antarabangsa antara negara-negara

maju dengan negara-negara membangun. Di samping itu, interaksi

berskala antara perusahaan-perusahaan multinasional melalui

pelbagai agensi tambahan semakin bertambah, antaranya adalah

joint venture, subcontracting, licensing, dan persekutuan antara

perusahaan (interfirm agreement) dan banyak lagi yang telah

menandatangani pola baru dalam hubungan aktiviti industri

antarabangsa (international inter-industrial linkage).

Perkembangan ini mengkehendakan liberalisasi, reformasi ekonomi

dan kewangan sebuah negara tersebut untuk memasuki dan menjadi

bahagian dalam jaringan hubungan global yang efisien dan berdaya

saing untuk memanfaatkan peluang bagi kepentingan kesejahteraan

nasional. Perkembangan globalisasi juga telah menghasilkan suatu

lingkungan perdagangan antarabangsa yang mempunyai aras hubungan

antara negara-negara untuk mewujudkan persaingan yang semakin

hebat di pasaran dunia. Laluan liberalisasi modal antarabangsa

yang semakin tinggi telah memberi ruang yang besar untuk

kemasukan dana antarabangsa dalam membiayai projek-projek

pembangunan untuk mendukung program pertumbuhan yang tinggi,

namun begitu, ia juga akan mengakibatkan tingginya pendedahan

kewangan sesebuah negara terhadap arus pulangan modal luar negara

Page 10: Asgment group impak globalisasi

yang setiap masa boleh terjadi dan boleh menjurus ke arah krisis

mata wang dan kewangan.

Krisis ekonomi yang dialami oleh beberapa buah negara di Asia

sejak pertengahan tahun 1997 sebenarnya disebabkan oleh tingginya

pendedahan ekonomi negara-negara tersebut. Impak awal krisis

kewangan yang bermula dengan krisis pertukaran nilai adalah kesan

kepada laluan pulangan modal luar negara. Oleh itu kepercayaan

mula hilang terhadap mata wang antarabangsa dari penduduk negara

yang berkenaan seperti di Indonesia. Dalam membendung masalah

krisis mata wang dan kewangan ini, pendekatan berdasarkan

mekanisme pasaran yang dibuat memberi perhatian dari segi efisien

untuk meminimumkan korupsi pasaran dengan memberi peluang yang

adil terhadap usaha ekonomi kecil dan sederhana. Keadilan

merupakan sesuatu yang sukar dilakukan ekoran krisis ekonomi,

oleh itu, hal tersebut akan bertentangan dengan mereka yang

mengkaji penerapan konsep ekonomi yang berterusan.

2.4 Tahap Globalisasi Ekonomi

Dunia manusia kelihatan telah mencapai tahap global dan perlu

diketahui bahawa kita terpaksa mengikuti haluan baru ini[5]. Kita

perlu bersiap sedia untuk menghadapi persaingan dalam pasaran

global baru ini. Kita boleh membaca dan mendengar kenyataan ini

hampir setiap hari menerusi mana-mana media komunikasi yang

terdapat dalam negara ini. Globalisasi ini telah menjadi pegangan

yang baru bagi perniagaan transnasional dan perlu dilihat bahawa

fenomena ini merupakan ulangan Darwinism sosial abad lalu dengan

Page 11: Asgment group impak globalisasi

ukuran dan nilai tidak demokratik yang sama (Hurtig 1991).

Retorik mengenai ‘padang permainan sama rata’ yang seolah-olah

menggambarkan keadilan sering digunakan.[6] Oleh demikian,

perdagangan antarabangsa diibaratkan sebagai gelanggang permainan

sukan yang memberi kelebihan kepada pasukan lawan jika melandai

ke arah bertentangan. Dalam konteks ekonomi dan perniagaan

transnasional contohnya, gelanggang ini dianggap memberikan

kelebihan kepada sebuah negara apabila subsidi diberikan kepada

sesebuah industri bagi membolehkannya mengurangkan harga eksport.

Walau bagaimanapun dalam konteks sebenar, keadilan telah

dipersendakan seperti kata Barnet dan Cavanaugh (1994), subsidi

itu ditakrifkan secara sangat meluas untuk meliputi program

seperti program pembangunan wilayah, faedah insurans pengangguran

yang lumayan, malah penjagaan kesihatan pembiayaan awam[7].

Selain itu, perlu diteliti dengan jelas apa yang dimaksudkan

dengan istilah Globalisasi. Kita perlu mengkaji istilah ini

dengan kritis supaya kita melihat di mana kita akan dibawa oleh

gagasan global. Terdapat sedikit unsur kelicikan dalam penggunaan

istilah ini dan kita wajar berwaspada terhadap ‘globaloney’ iaitu

istilah ciptaan Clare Booth Luce yang bermaksud cakap karut

mengenai globalisasi.

Zaman ini telah disebut zaman globalisasi yakni terlalu banyak

kuasa sosial-sosial yang menjurus kepada satu sama lain untuk

menjadikan dunia ini semakin kecil. Globalisasi transnasional

mendatangkan sesuatu yang bertentangan dengan kekayaan yang

Page 12: Asgment group impak globalisasi

didakwa dihasilkannya di dunia ini. Kita dapat melihat bahawa

perkembangan semasa dalam penyusunan semula ekonomi global

menyebabkan semakin meluasnya golongan bawahan kekal yang terdiri

daripada mereka yang kehilangan hak dan harta benda (Nozick

1992). Inilah dunia ekonomi dan perniagaan transnasional.

Tumpuannya hanya pada ekonomi dan perdagangan serta kelebihan

kompetitif dalam setiap jenis barang yang mampu difikirkan

manusia

            Globalisasi merupakan satu ideologi politik

kapitalisme baru yang dirangka oleh negara kaya dan negara maju.

Ini menimbulkan masalah ketidaktentuan ekonomi, krisis ekonomi,

pengawalan ekonomi global, ketidakseimbangan pertukaran asing dan

merupakan satu order baru politik oleh negara kaya seperti

Amerika Syarikat, Britain dan Negara Eropah yang memberi kesan

buruk kepada perkembangan ekonomi dan politik global.

 

 

 

 

 

 

 

Page 13: Asgment group impak globalisasi

 

 

 

3.0 Globalisasi Politik Negara Membangun

Globalisasi dalam konteks politik sering dikaitkan dengan aspek

sosial dan ekonomi iaitu jika fenomena globalisasi dicetuskan

oleh mekanisme pasaran, maka reaksi politik adalah penting. dalam

konteks politik-ekonomi ini, globalisasi mungkin difahami sebagai

tindak balas politik terhadap perkembangan kuasa pasaran

(Mittelman, 2000:12). Proses pendemokrasian semakin jelas berlaku

kesan daripada globalisasi. Demokrasi ialah suatu

bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan

struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem

demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil

yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang

mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan

demokratik. Proses pendemokrasian ini membawa kesan positif dan

kesan negatif kepada negara-negara membangun.

3.1 Kesan Positif

Page 14: Asgment group impak globalisasi

            Dari aspek politik, globalisasi akan menyebabkan

pemerintahan sesebuah negara menjadi lebih liberal. Liberalisme

menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam

fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal"

mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi

secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip

berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara,

batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak

individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan

sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem

kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan

terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di

bawah undang-undang.[8]

            Dalam konteks demokrasi, kerajaan bertindak balas

mendengar dengan baik dan mempunyai sistem politik yang tulus dan

mudah. Negara tidak boleh menyimpan rahsia daripada dirinya

sendiri dari konteks kerakyatan. Negara yang bermasyarakat

terbuka tidak mempunyai nilai autokratik dan semua pengetahuan

diketahui oleh semua. Kebebasan berpolitik dan hak-hak asasi

manusia merupakan asas kepada masyarakat ini Bermula pada tahun

1980-an perubahan ideologi dalam arena politik dunia telah

melahirkan dan mengembangkan sistem ekonomi terbuka yang

demokratik serta berlandaskan pasaran bebas antarabangsa. Sebagai

contoh, negara China yang merupakan negara komunisme telah

melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan begitu juga dengan Vietnam

sebuah negara membangun telah membuka dasar mereka melalui

Page 15: Asgment group impak globalisasi

kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN. Hal ini

memperlihatkan negara yang mempunyai fahaman seperti Vietnam

turut melaksanakan ekonomi terbuka untuk bersaing dengan negara-

negara lain.

            Kebebasan bersuara negara-negara membangun merupakan

kesan positif dalam aspek politik. Peranan negara-negara

membangun seperti negara-negara Selatan yang semakin berani

menyuarakan pandangan dalam mesyuarat antarabangsa. Contohnya,

dalam mesyuarat Cancun pada bulan September 2003, negara-negara

Selatan enggan meneruskan perundingan kerana pandangan dan

permintaan mereka tidak di ambil berat dalam agenda WTO. Beberapa

negara Selatan juga mendakwa negara maju memeras ugut dan tidak

adil terhadap negara sedang membangun. Kelantangan suara bekas

Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad juga kedengaran

dalam sidang kemuncak APEC tahun 2003 apabila beliau mendakwa

perdagangan bebas tidak sama dengan perdagangan adil, dan

perdagangan adil boleh menjadi perdagangan bebas. Beliau mendakwa

negara Selatan memerlukan perdagangan yang adil mengambil kira

situasi negara-negara mundur. Tidak lama kemudian beliau

menggegarkan dunia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

dengan menyatakan bangsa Yahudi sedang mempengaruhi Amerika

Syarikat dan sedang menguasai dunia.[9] 

3.2 Kesan Negatif.

Bagi kesan negatif pula, negara-negara membangun menghadapi

ancaman kumpulan pendesak yang telah mempengaruhi konsep negara

Page 16: Asgment group impak globalisasi

bangsa negara tersebut. Peralihan zaman memperlihatkan konsep

negara bangsa moden bukan lagi menuntut kekuasaan mutlak tetapi

keseimbangan dan sempadan antara kedaulatan, wilayah kekuasaan,

perundangan dan juga demokrasi. Konsep kedaulatan dalam negara

bangsa moden ialah autoriti politik sesebuah komuniti dalam hal

hak menentukan kerangka kerja pentadbiran dan dasar dalam wilayah

kekuasaan dan kebebasan pentadbirannya.  Maka, kerajaan bebas

berhak membentuk dasar makroekonomi untuk tujuan mencapai

matlamat ekonomi domestik tertentu seperti pertumbuhan keluaran

negara, mengurangkan pengangguran, mengawal inflasi dan memajukan

sektor-sektor ekonomi tertentu.

Namun, dasar makroekonomi terbuka tertakluk kepada kekangan

domestik dan antarabangsa. Contohnya, peningkatan kebebasan

aliran kewangan antarabangsa dipercayai merendahkan dasar

kewangan. Jika bank pusat merendahkan kadar bunga untuk merancang

ekonomi, pelabur akan memindahkan wang mereka dengan mudah untuk

disimpan di negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi.

Pasaran ekonomi dan kapitalisme global dikatakan lebih

berpengaruh dalam dunia ekonomi tanpa sempadan. Peranan kerajaan

dihadkan sekadar sebagai pentadbir dan institusi penyelaras untuk

mekanisme pasaran. Kawalan negara bangsa akan digantikan dengan

masyarakat global.[10]

Globalisasi ekonomi akan membina satu bentuk organisasi sosial

yang baru yang akan menggantikan negara bangsa yang tradisional

sebagai unit ekonomi dan politik asas kepada masyarakat dunia.

Page 17: Asgment group impak globalisasi

Globalisasi dianggap pemesatan integrasi ekonomi dan keperluan

dana global menekankan kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi.

Tekanan kapitalisme global ini menyebabkan politik bukan lagi

penggerak untuk memajukan negara tetapi lebih ke arah amalan

pengurusan ekonomi yang cekap. Kesannya, negara-negara membangun

harus bijak menentukan pengurusan ekonomi mereka dengan

menyesuaikan diri dalam persaingan globalisasi.

Walau bagaimanapun, negara-negara membangun mempunyai risiko yang

tinggi dalam campur tangan politik daripada negara-negara yang

berkuasa dalam era globalisasi. Pencerobohan Amerika Syarikat dan

sekutunya di Iraq telah mencetuskan kemarahan dunia. Serangan

Amerika Syarikat terhadap Iraq adalah untuk menguasai ekonomi

minyak di samping faktor agama. Agenda cetusan negara barat iaitu

demokrasi dan globalisasi masih rancak. Berdasarkan ideologi yang

dipertahankan, barat masih mencengkam ekonomi global,

mempengaruhi budaya politik dan berkuasa dalam arena politik

global.

Dunia tidak pernah berhenti daripada diancam masalah peperangan.

Kesan peperangan di Afghanistan belum berakhir, dan kesan Perang

di Iraq mempengaruhi politik di seluruh dunia. Peperangan boleh

disebabkan oleh pencarian kuasa, kepentingan diri sendiri,

nasionalisme, mahupun ketamakan akibat penambahan senjata.

Kemiskinan dan ketidakadilan juga boleh menyebabkan konflik

peperangan. Keganasan dan ketidakstabilan politik ada kalanya

disebabkan faktor demografi sesebuah negara, seperti negara

Page 18: Asgment group impak globalisasi

miskin yang mencatatkan populasi yang tinggi. Rangkaian

komunikasi peringkat global juga mendedahkan semangat

materialistik. Kemajuan teknologi memaparkan bagaimana kehidupan

negara kaya dan menaikkan rasa tidak puas hati negara miskin yang

merasakan negara kaya khususnya Barat menikmati kekayaan dan

kesenangan atas penderitaan mereka semasa mereka dijajah.

Globalisasi yang menghapuskan sempadan ini memudahkan lagi

pertembungan ideologi politik dan kepentingannya untuk negara

maju.

Usaha sama antarabangsa merupakan harapan terbaik untuk mengawal

masalah akibat globalisasi. Peranan PBB sebagai penjaga keamanan

dunia mesti diberikan penekanan sebagai alternatif utama dan

jalan penyelesaian yang terdahulu dalam mengekalkan keamanan.

Pembangunan di negara-negara miskin dan sedang membangun mesti

mendapat layanan yang saksama bagi keamanan dunia.

 

4.0  Kesan  Globalisasi terhadap Budaya Tempatan Negara

Membangun.

Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja

menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelosok dunia, tetapi

juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Walaupun kita tetap

kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini

simbol budaya luar akan datang kepada kita melalui perantara

media. Masyarakat tempatan akan terdedah kepada proses integrasi

Page 19: Asgment group impak globalisasi

dan disintegrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima

dalam budaya tempatan di samping ia juga mengdisintegrasikan

budaya yang sedia ada. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi

oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar.

Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau

berpendapat bahawa dalam proses globalisasi, budaya tempatan atau

introvert culture yang telah wujud begitu lama dan dibayangi ke

belakang oleh budaya luar atau translocal culture akan secara

beransur-ansur dibayangi ke belakang oleh budaya luar yang

mengandungi pelbagai unsur secara beransur-ansur menonjol ke

hadapan. Adalah sukar untuk meletakkan nilai moral dalam

asimilasi budaya luar dengan budaya tempatan. Ini disebabkan

nilai moral itu adalah subjektif berdasarkan ruang dan masa.

Namun begitu, setiap generasi ingin mengekalkan ciri-ciri budaya

positifnya untuk diwarisi. Ciri-ciri budaya ini ada kalanya

berkaitan dengan adat resam dan ada juga yang berkaitan dengan

pegangan agama. Mungkin sesuatu generasi itu ingin mempertahankan

apa yang dianggap teras dalam gaya hidupnya.

Apa yang kurang disenangi oleh masyarakat tempatan dalam arus

globalisasi ini kemungkinan wujud satu budaya yang homogen iaitu

yang berteraskan budaya Barat. Ini disebabkan representasi

simbolik yang diterima adalah melalui kebanyakannya adalah

berpangkalan di Barat. Tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya

arus globalisasi ini songsang daripada Timur ke Barat di mana

gaya hidup Timur diterima sebagai gaya hidup Barat. Tetapi

Page 20: Asgment group impak globalisasi

kekerapannya adalah terlalu jarang. Walaupun terdapat hanya

sedikit kesan positif kepada budaya tempatan negara membangun,

tetapi ia memberi faedah yang sangat berguna kepada negara-negara

tersebut. Contohnya, Malaysia mempraktikkan budaya kerja dan

sebahagian cara hidup masyarakat Jepun di dalam kehidupan mereka.

Generasi muda kini lebih terbuka, suka mempersoalkan sesuatu dan

juga lebih kreatif. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh

jaringan teknologi seperti komputer dan media interaktif.

Selain mengancam ekonomi, globalisasi seperti yang diertikan oleh

Barat juga mencengkam budaya. Globalisasi akan meninggalkan kesan

seperti proses sejarah walaupun terhad dan tidak luas dari segi

ruang dan tidak mendalam seperti sekarang ini. Bagaimanapun,

proses globalisasi sekarang dan maknanya berbeza dan

disengajakan. Teknologi canggih yang dimanipulasikan Barat, bukan

sekadar satelit dan teknologi maklumat, bahkan penemuan sains

lain yang sentiasa diusahakan seperti mencipta klon supaya

membawa perubahan kebudayaan dalam kalangan manusia[11].

Masalah ini merupakan suatu masalah yang kompleks kerana struktur

dan peranan persekitaran ke atas masyarakat kita hari ini.

Masyarakat hari ini bukan lagi sebuah masyarakat yang

tradisional. Erti tradisional di sini ialah ia berkembang dengan

kadar yang perlahan sehingga untuk menerima perubahan memakan

masa bertahun-tahun. Pada hari ini informasi maklumat bergerak

secepat kilat atau a click of the mouse. Kita boleh mendapat

mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku di Amerika dengan

Page 21: Asgment group impak globalisasi

merujuk ke internet sahaja. Berita informasi berada di webpage

BBC News berubah setiap minit. Beberapa detik, tragedi World

Trade Centre tersebar luas. Malangnya bukan hanya informasi

berita yang cepat sampai ke pelosok dunia, bahkan informasi

muzik, filem dan pelbagai hiburan juga sepantas kilat disampaikan

kepada generasi muda melalui internet.

Pemasaran dan penyerapan budaya asing ini adalah secara senyap

tetapi membunuh. Akhirnya tanpa disedari ia sudah mempengaruhi

cara berfikir dan bertindak generasi muda. Budaya lepak dan

budaya black mental yang hangat diperkatakan pada hari ini

bukanlah suatu budaya yang mengejutkan sebenarnya. Sebaliknya ia

adalah suatu budaya yang sepatutnya dijangka oleh para pemikir di

negara. Ia adalah hasil daripada muzik Barat yang dipakej bersama

dengan budaya si penyanyi itu sendiri. Pada hari ini, dunia Barat

terutamanya Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan

pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol

yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup,

kepercayaan, cita rasa dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia

dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan

individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi

perbatasan negara.

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah

masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu, manusia dalam

sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan

budaya hidup mereka yang dicemari atau dicerobohi oleh pihak

Page 22: Asgment group impak globalisasi

lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahasakan adalah

cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan

yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng

sosiobudaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka

segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses

globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan

belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi

yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan

transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan

apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai

sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses

penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar

gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini

sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat

budaya hidup Barat. (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23).

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah

menerusi kesan-kesan globalisasi budaya iaitu dalam aspek budaya

makan, budaya fesyen, budaya kerja, budaya hidup, budaya muzik

dan hiburan serta budaya bahasa. Dalam aspek budaya makan,

pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin

popular di seluruh dunia seperti spaghetti, pasta, minuman bergas

seperti Coca Cola. Budaya fesyen pula, anak-anak muda semakin

ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berjenama seperti

Maybeline, Christian Dior, Versace, Bonia dan lain-lain menjadi

Page 23: Asgment group impak globalisasi

pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros

et aI 2000 : 84).

 

Manakala dalam aspek budaya muzik dan hiburan, muzik jazz, rock,

disco dan yang terkini muzik ‘black mental’ telah menguasai

dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar

dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo

Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan

Euro Disneyland (1992).[12]

Budaya Bahasa iaitu bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan

komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara global.

Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh

Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke

seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of

Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu

disebarkan seluas-luasnya supaya lahir penyeragaman budaya dan

gaya hidup.

Unsur-unsur budaya luar yang menghasilkan translocal culture ini bukan

sahaja disebarkan secara langsung melalui rangkaian media global

atau internet dalam bentuk program, periklanan, radio dan

sebagainya tetapi juga melalui rangkaian media tempatan yang

memperagakan bahan-bahan yang diimport. Begitu juga ada kalanya

budaya luar ini juga disajikan kepada khalayak tempatan melalui

watak-watak tempatan tetapi membawa mesej daripada budaya luar.

Page 24: Asgment group impak globalisasi

Bagi generasi muda yang sering meminati program media luar, sudah

tentu secara sedar dan tidak sedar terdedah kepada unsur-unsur

budaya luar dan seterusnya mendatangkan implikasi yang negatif

kepada nilai-nilai dalam diri generasi muda.

 

Satu perkara yang mengghairahkan berlaku pada hari ini, hasil

perkembangan globalisasi dan teknologi penyiaran moden, lahir

satu generasi remaja yang terdiri dari seluruh dunia, yang amat

taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat di

Barat. Daripada cara berhibur, berlanjutan ke cara berpakaian,

yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan amalan

seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan bertindak ikon-ikon

tersebut, ditiru dan diaplikasikan pula di dalam kehidupan

generasi terbabit. Hasilnya, kita melihat betapa berleluasa

gejala sosial yang melanda remaja hari ini. Dadah, arak, zina,

pil khayal dan rokok serta pendedahan aurat, juga pengguguran

haram menjadi mainan kehidupan mereka. Ketaksuban mereka meniru

segalanya, memungkinkan dan membenarkan mereka menderhaka kepada

ibu bapa, guru dan pemimpin, seperti yang berlaku hari ini.

Kerosakan semua ini berpunca dari tersalah memilih hiburan yang

tidak berpaksikan keTauhidan kepada Allah, dan lari dari fitrah

manusia. Akibat dari itu, ada di antara mereka yang sesat terlalu

jauh akibat dipandu syaitan, sehingga mereka menyembah dan memuja

musuh manusia dan Allah itu, seperti yang berlaku kepada Black

Metal dan JIT (Jangan Ikut Tuhan).

Page 25: Asgment group impak globalisasi

Segala bentuk hiburan yang melalaikan dan merosakkan, nampak

sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan

vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang

menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Tidak ada

unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar, lalu

terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan. Akhirnya

memerangkap dan menjerat diri, hingga menyebabkan sukar untuk

melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata

ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan

alasan sekadar untuk 'release tension' tapi, akhirnya apabila

sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibatkan kerosakan

yang cukup besar dan kronik.

 

 

 

 

 

5.0   Globalisasi Pendidikan Negara Membangun

5.1 Pengantarabangsaan pendidikan

Antara kesan globalisasi terhadap pendidikan di negara- negara

yang sedang membangun ialah berlakunya pengantarabangsaan

pendidikan. Hal ini kerana, era globalisasi mewujudkan trend yang

Page 26: Asgment group impak globalisasi

berbeza tentang bentuk baharu pengantarabangsaan pendidikan

tinggi, kesan kewujudan persaingan hebat antara negara dan

kewujudan pelbagai blok wilayah dan perdagangan. Negara- negara

membangun sedar bahawa rakyat harus mempunyai daya saing yang

tinggi agar mereka mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Daya saing yang tinggi ialah prasyarat penting jika mereka

melibatkan diri dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu,

untuk menyesuaikan diri dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi,

universiti perlu membentuk satu kurikulum akademik yang akan

menyediakan tenaga mahir hingga ke peringkat antarabangsa dan

seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing

seiring dengan proses globalisasi dunia sekarang.

Pengantarabangsaan pendidikan tinggi telah membawa kesan yang

amat positif. Kehadiran pelajar antarabangsa di sesebuah

universiti bukan sahaja mempengaruhi budaya sosial dan tempatan

tetapi juga memberi pemahaman  dan perspektif yang lebih luas

kepada mereka tentang pentingnya kerjasama antara pelbagai

bangsa. Namun begitu, pengantarabangsaan pendidikan juga boleh

menjejaskan kualiti pendidikan. Hal ini kerana negara maju

memperoleh lebih banyak faedah berbanding dengan negara membangun

kerana negara maju mempunyai kelebihan dalam pendidikan tinggi.

Contohnya  negara- negara maju ini mempunyai tempat pengajian,

peralatan terkini untuk pelajaran dan penyelidikan serta

mempunyai sumber kewangan dan manusia yang mencukupi.

Page 27: Asgment group impak globalisasi

Kini fenomena pengantarabangsaan semakin luas dalam bidang

pendidikan selaras dengan usaha yang dijalankan oleh World Trade

Organization (WTO) yang berhasrat untuk mengurangkan halangan

terhadap perdagangan antarabangsa, turut memasukkan elemen

pendidikan salam rundingan yang dinamakan General Agreement on

Trade and Services (GATS).[13] GATS telah dibentangkan di Uruguay

Round dan telah ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah payung WTO,

mempunyai 145 negara ahli dan bertujuan untuk meningkatkan

liberalisasi perdagangan antarabangsa merangkumi pendidikan

sebagai satu sektor perkhidmatan. Melalui perdagangan pendidikan

ini boleh membawa inovasi melalui sistem penyampaian yang baharu

serta kemasukan pelajar yang lebih besar dan nilai ekonomi yang

baik.

5.2 Pengajaran Berasaskan Penyelidikan

Arus globalisasi juga membawa kepada autonomi pendidikan yang

merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran tanpa

sempadan yang meliputi pengajaran berasaskan penyelidikan. Di

arus globalisasi ini, negara- negara membangun perlu menyediakan

pendidikan kurikulum dan sukatan program yang berasaskan maklumat

terkini hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh ahli

akademik tempatan atau antarabangsa. Pendekatan pengajaran

berasaskan penyelidikan menekankan usaha penyampaian maklumat

terkini dan merangsang penjanaan ilmu baharu. Melalui pengajaran

berasakan penyelidikan ini, negara- negara membangun akan

mendapat manfaat di mana banyak penemuan baru yang berbentuk ilmu

Page 28: Asgment group impak globalisasi

akan dapat ditemui melalui penyelidikan dan pembangunan ini.

Dengan adanya ilmu ini, negara- negara membangun boleh

mempertingkatkan taraf pendidikan serta kualiti hidup.

Melalui penyelidikan ini juga, bidang pendidikan di negara-

negara membangun akan terus berkembang di mana melalui penemuan-

penemuan teori baru akan menyebabkan penyelidik dan pelajar dari

negara- negara maju datang belajar ke negara membangun. Di

samping itu juga, mereka akan melaburkan untuk penyelidikan yang

telah dilakukan dan hal ini akan memberi kemudahan yang sempurna

untuk memudahkan penyelidikan kerana telah mempunyai dana yang

mencukupi untuk menjalankan penyelidikan. Selain melaburkan dana,

pelabur akan membawa sekali sumber dan kepakaran untuk membantu

melicinkan penyelidikan tersebut dan hal ini sekali gus akan

dapat memajukan negara- negara yang sedang membangun dalam arus

globalisasi kini.

Penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan ini biasanya di

lakukan oleh pusat pengajian tinggi seperti dalam bidang

bioteknologi. Dalam bidang ini, penyelidikan amat diperlukan

supaya dapat mempertingkatkan lagi ilmu-ilmu sains dalam bidang

pendidikan dan mendapat penemuan-penemuan baru yang akan

mempertingkatkan tahap pendidikan negara sekali gus dapat

dimanfaatkan dalam bidang ekonomi negara-negara yang sedang

membangun bagi membolehkan negara- negara ini bersaing di persada

arus globalisasi dan bergerak seiring dengan negara- negara maju.

5.2 Transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan

Page 29: Asgment group impak globalisasi

Konsep transnasionalisme ini merujuk kepada perkaitan aktiviti

dan saling tindak yang menghubungkan manusia dengan mana- mana

institusi lain tanpa had sempadan negara.[14] Aktiviti tersebut

mungkin dijalankan oleh sebuah kerajaan, Multinational

Corporations( MNC) atau orang perseorangan seperti pendatang

asing dan aktiviti ini tidak terhad kepada aktiviti ekonomi

sahaja tetapi termasuklah politik, budaya dan agama. Sistem

pendidikan yang bercorak transnasional dan tanpa sempadan ini

juga diistilahkan sebagai suatu pergerakan, sama ada secara

hakiki atau maya dalam kalangan individu seperti pelajar, guru

atau pensyarah. Sistem pendidikan ini melibatkan program akademik

berbagai-bagai- bagai disiplin daripada satu negara kepada negara

lain. Perkaitan yang rapat antara globalisasi dan

transnasionalisme juga membawa kepada perkembangan yang pesat

dalam urusan antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk

kehidupan. Pada masa yang sama juga sistem pendidikan ini juga

membayangkan bahawa sempadan antara negara menjadi semakin nipis,

akibat kewujudan yang rapat.

Selain itu, melalui transnasionalisme dan pendidikan merentasi

sempadan ini juga telah membawa perubahan dalam sistem

pendidikan. Hal ini kerana bidang pendidikan telah mengalami

evolusi merentasi sempadan di mana konsep pendidikan merentasi

sempadan ini merujuk kepada aktiviti rangkaian hubungan akademik

yang terbentuk melalui persetujuan, projek pembangunan,

bantuan/pembiayaan antarabangsa dan inisiatif antarabangsa. Hal

ini juga akan mewujudkan perdagangan dalam perkhidmatan

Page 30: Asgment group impak globalisasi

pendidikan yang boleh dikategorikan sebagai subset kepada

pendidikan merentasi sempadan, yang juga merupakan aktiviti

dengan matlamat perdagangan dan keuntungan. Hal ini juga kan

turut memberi impak positif kepada bidang pendidikan di negara-

negara membangun di samping mendapat keuntungan daripada sektor

perkhidmatan pendidikan membantu menjana ekonomi negara.

 

5.3 Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Dalam era globalisasi ini, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa

antarabangsa. Dalam sistem pendidikan di negara- negara

membangun, bahasa Inggeris telah banyak digunakan di mana- mana

institusi pendidikan sebagai bahasa penghantar dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Untuk menyediakan siswazah yang

berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik mereka,

seperti keupayaan berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu

dilaksanakan. Disebabkan oleh arus globalisasi kini, Untuk

menyediakan siswazah yang berdaya saing, usaha meningkatkan

kemahiran generik mereka, seperti keupayaan berkomunikasi dan

pembinaan jati diri perlu dilaksanakan. 

Penggunaan bahasa Inggeris merupakan suatu  pendekatan yang

selari dengan usaha mengantarabangsakan pendidikan tinggi di

Page 31: Asgment group impak globalisasi

negara- negara membangun supaya dapat menghasilkan modal insan

yang berdaya saing dengan negara- negara maju. Penggunaan bahasa

Inggeris boleh menarik pelajar dan ahli akademik luar negara

datang belajar dan berkhidmat di negara membangun dan hal ini

akan menggiatkan lagi perkembangan pendidikan di negara- negara

membangun di peringkat global.  Contohnya di Malaysia terdapat

banyak IPTA dan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

penghantar dan terdapat ramai pensyarah serta pelajar luar negara

datang belajar di Malaysia. Hal ini seperti yang telah diketahui

akan dapat memperkembangkan lagi perkongsian ilmu dan

memperkukuhkan lagi institusi pendidikan di negara membangun

seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, trend ini tidak akan sama

sekali menafikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara dan peranannya sebagai bahasa ilmu.

5.4 Universiti Intensif Penyelidikan

Impak daripada globalisasi ke atas negara membangun dalam aspek

pendidikan ialah, universiti atau institusi pendidikan kini telah

memasuki era baharu dengan kewujudan universiti yang

berorientasikan penyelidikan. Universiti yang menekankan

penyelidikan ini mengutamakan penyelidikan dalam aktiviti

akademik. Universiti penyelidikan ini juga memberi keutamaan

terhadap penawaran program pengajian pada peringkat pascasiswazah

yang dijangka akan menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan.

Penyelidikan yang dijalankan di universiti- universiti ini

haruslah berbentuk sepanjang hayat dan hasil penyelidikan

Page 32: Asgment group impak globalisasi

biasanya digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Oleh hal yang demikian, penyelidikan sebagai kaedah untuk menjana

ilmu pengetahuan baharu harus dilakukan secara berterusan.

Penyelidikan ini harus ditafsirkan sebagai aktiviti sepanjang

hayat selaras dengan proses globalisasi era kini yang

dilaksanakan untuk menjana sumber ilmu pengetahuan baharu. Ilmu

pengetahuan akan dapat dikembangkan melalui pemantapan ilmu

pengetahuan sedia ada dan penemuan sumbangan ilmu baharu yang

disokong oleh penemuan baharu dalam penyelidikan. Penyelidikan

ini harus dijalankan secara kerjasama pintar dengan berbagai-

bagai pihak, khususnya sektor industri serta antara institusi

pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kerjasama ini akan

dapat membuahkan hasil penemuan dalam berbagai-bagai- bagai

disiplin atau penemuan baru yang unik dan memantapkan lagi sistem

pendidikan di negara membangun.

Selain itu, melalui universiti intensif penyelidikan impak ke

atas negara membangun juga adalah mempunyai satu trend baharu

yang akan di perkukuhkan termasuk aspek pengkomersialan hasil

penyelidikan. Oleh hal yang demikian, penyelidikan yang

dijalankan oleh ahli akademik mesti menekankan potensi

pengkomersialan walaupun teknologi yang digunakan masih rendah.

Pengkomersialan tidak terhad kepada produk atau proses

berteknologi tinggi sahaja tetapi menekankan juga produk atau

proses yang dapat diketengahkan sebagai komoditi perniagaan.

Melalui universiti intensif penyelidikan ini juga, negara- negara

Page 33: Asgment group impak globalisasi

membangun akan dapat memantapkan proses yang sedia ada untuk

menghasilkan produk serta dapat menambah nilai produk tersebut

dengan kos pemprosesan yang rendah.

6.0 Kesan Teknologi kepada negara Membangun Teknologi

Globalisasi sebagai suatu cara untuk menjadikan dunia ini semakin

mengecil kerana segala urusan harian manusia dalam sesebuah

negara atau berlainan negara menjadi lebih mudah dan cepat.

Dengan kata lain, globalisasi juga menjadikan jaringan hubungan

sosial manusia semakin aktif dalam keadaan yang maksimum.

Teknologi merupakan wadah utama dalam menjayakan agenda

globalisasi ini. Kemajuan dalam bidang teknologi menjadikan akses

hubungan, maklumat serantau menjadi lebih cepat. Maka dengan itu

masa boleh dijimatkan oleh manusia dalam sesuatu urusan.

            Daripada globalisasi ini, negara membangun akan

banyak menerima impak sama ada impak positif mahupun negatif.

Pengaruh utama dalam bidang teknologi dilengkapkan dengan adanya

Internet[15] sebagai rangkaian yang berperanan aktif dalam

menyediakan sistem perhubungan tanpa wayar yang membolehkan akses

maklumat boleh dilayari di mana-mana sahaja. Kemudahan yang

sangat relevan ini menjadi satu trend terkini yang membolehkan ia

diterima oleh semua pengguna di seluruh dunia.

            Bukti negara membangun menerima impak daripada

revolusi internet ini boleh dilihat apabila benua Asia merupakan

benua yang paling ramai[16] pengguna Internet berbanding benua-

Page 34: Asgment group impak globalisasi

benua lain dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2003. Dalam

kajian tersebut Benua Asia yang banyak terdiri daripada negara

membangun telah mencatatkan penggunaan internet tertinggi iaitu

seramai 250 juta mengatasi gabungan Amerika Utara dan Amerika

Selatan. Ia membuktikan bahawa globalisasi sangat mempengaruhi

negara-negara membangun di Asia terutamanya Malaysia, Indonesia,

Thailand, Singapore dan sebagainya.

Pemindahan teknologi.

Globalisasi yang rancak berlaku dalam revolusi ekonomi kini telah

menggalakkan perkongsian teknologi dalam kalangan negara

membangun daripada negara-negara maju. Malaysia contohnya

mengambil inisiatif untuk melakukan kerjasama Strategik dengan

Jepun dalam bidang teknologi dan kebanyakan kerjasama tersebut

berkait rapat dengan industri automobil. Hal ini disebabkan oleh

Malaysia yang memiliki perusahaan automobil tersendiri iaitu

Perbadanan Automobil  Nasional (Proton). Proton telah mengadakan

kerjasama strategik dengan Mitsubishi, Toyota, Nissan dan

sebagainya dari negara Jepun. Dalam kerjasama strategik tersebut

pelbagai model kereta Inspira yang memperlihatkan kejayaan Proton

menghasilkan produk bermutu dengan 40 peratus komponen dalam

penghasilan Proton Inspira adalah komponen tempatan.

 

Selain itu, Proton juga telah memeterai Memorandum Persefahaman

(Mou) bersama Nissan  untuk sama-sama mengendalikan kajian

Page 35: Asgment group impak globalisasi

kemungkinan menilai peluang-peluang baru dan ia juga bertujuan

untuk mengukuhkan lagi daya saing bersama dalam pasaran global.

Kerjasama tersebut akan memberi tumpuan kepada perkongsian

teknologi dan ia seiring dengan daya saing global pada masa

sekarang.

Di sini dapat dilihat kebaikan globalisasi terhadap negara

membangun seperti Malaysia kerana tidak perlu mengeluarkan kos

yang tinggi dalam menghasilkan produk yang bermutu. Pemindahan

teknologi akan memberikan kelebihan iaitu dengan hanya membeli

teknologi yang sedia ada serta dimanfaatkan dalam produk

tempatan.

Kajian sendiri boleh dilakukan oleh sesebuah negara sebenarnya

tetapi ia memerlukan perbelanjaan besar di samping persaingan

sengit dari produk lain di serata dunia dan hal tersebut akan

merugikan sesebuah negara kerana barangan yang dikeluarkan akan

berhadapan dengan krisis kualiti di mana kualiti adalah suatu

aspek yang sangat dipentingkan oleh pengguna.

Dalam pada itu juga, globalisasi memberikan impak kepada

peredaran maklumat di seluruh dunia. Dengan adanya proses

globalisasi bidang teknologi semakin maju dan maklumat bolen

tersebar di seluruh dunia dengan jangka masa beberapa saat

sahaja. Hal ini memberikan impak positif terutamanya kepada

negara membangun. Penyebaran maklumat yang cepat dan tepat ini

membolehkan kegiatan ekonomi dan jaringan sosial negara membangun

setanding dengan negara maju yang lain. Jika dahulu perhubungan

Page 36: Asgment group impak globalisasi

hanya melalui surat-menyurat, tetapi sekarang ia nyata lebih

efektif dengan penggunaan e-mel, laman sosial, blog dan

sebagainya akan mempercepatkan penyebaran maklumat contohnya

maklumat mengenai bencana alam seperti Tsunami di Indonesia,

gempa bumi di Haiti dan sebagainya. Maklumat tersebar menyebabkan

bantuan dihulurkan dengan cepat kerana negara-negara lain mudah

menerima maklumat dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Hal

ini akan mewujudkan satu lagi globalisasi bencana dan globalisasi

bantuan bencana.

 

 

 

7.0 Kesimpulan

Page 37: Asgment group impak globalisasi

Secara keseluruhannya, globalisasi ini bukan sahaja memberi impak

yang positif terhadap negara- negara membangun seperti Malaysia

malah turut meninggalkan impak negatif terhadap bidang ekonomi,

politik, sosial, pendidikan dan bidang- bidang lain dalam

kehidupan manusia. Dalam aspek positif, globalisasi telah

menyumbangkan peningkatan kepada pertumbuhan serta perkembangan

bidang ekonomi, politik, pendidikan, budaya di Malaysia. Namun di

sebalik peningkatan dan kemajuan yang di nikmati dalam arus

globalisasi kini pelbagai masalah- masalah yang telah di hadapi

oleh negara- negara sedang membangun. Terdapat pelbagai isu- isu

yang timbul akibat perkembangan pesat globalisasi kini dan ia

banyak meninggalkan impak yang negatif kepada Malaysia seperti

kegawatan ekonomi, penjajahan ekonomi baru, iklim politik dan

budaya tempatan. Oleh itu, tranformasi ekonomi negara perlulah

dilakukan seacara holistik melalui langkah yang pragmatik bagi

mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi memantapkan ekonomi

negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain

itu, aspek tadbir urus negara haruslah dimantapkan dalam

mengharungi arus globalisasi bagi mewujudkan amalan pentadbiran

yang telus, cekap malah lebih tersusun dalam meneruskan agenda

pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti yang

terkandunng dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). PIN bermatlamat

untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna

kuasa, memantapkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan demi

menjadikan malaysia sebagai kuasa baru asia yang berpendapatan

Page 38: Asgment group impak globalisasi

tinggi, berdaya saing dan produktif dalam mengharungi arus

globalisasi.

 

Bibliografi 

 

Abd.Rahim Abd Rashid, 2006. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia

dan Kerjaya.   

Kuala lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd.

Edmund O’Sullivan, 2007.PEMBELAJARAN TRANSFORMASI: Wawasan Pendidikan

Abad Ke-

21. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd

Hadi Soesastro, Aida Budiman, Ninasapti Triaswati, Armada

Alisjahbana dan Sriadiningsih.

2005. Pemikiran dan Permasalah Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad

Terakhir.

Yogyakarta: Penerbit Kanisius (Anggota IKAPI)

Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, 2007. Globalisasi Media dan Budaya Antara

Hegemoni Barat

Dengan Kebangkitan Asia,  Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Page 39: Asgment group impak globalisasi

Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, 2004. Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan

Cabaran, IBS

BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.

Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan,

Penerbit

Universiti Malaya.

http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm

pt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

[1] Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, (2004). Globalisasi Dalam Perspektif:

Isu dan Cabaran, IBS BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.

 

[2] Sri Murtono, Hassan Suryono dan Martiyo 2006. Pendidikan

Kewarganegaraan. Hlm 68

 

[3] Ibid I

 

Page 40: Asgment group impak globalisasi

[4] Hadi Soesastro,et.al, 2005. Pemikiran dan Permasalahan Ekonomi di

Indonesia dalam Setengah Abad Terakhir. Hlm 48.

 

[5] Edmund O’Sullivan, 2007. Pembelajaran Transformasi : Wawasan

Pendidikan Abad Ke-21, hlm 136.

 

[6] Ibid I hlm 136

 

[7] Ibid II hlm 136

 

[8] http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

 

[9]  Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Globalisasi Media dan Budaya Antara

Hegemoni Barat Dengan Kebangkitan Asia,  Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala

Lumpur,2007,hal 52

 

[10] Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Op.cit. hal 42

 

Page 41: Asgment group impak globalisasi

[11] Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu

Kemasyarakatan, Penerbit Universiti Malaya, hlmn 7.

 

[12] http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm

 

[13]

http//pt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdf

 

[14] Ibid

 

[15] singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network

ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa

rangkaian. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet.

Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini

dinamakan internetworking.

 

[16] Globalisasi Media dan Budaya, Lim Kim hui dan Har Wai Mun

hlm. 423

http://globalisasi12.blogspot.com/2012/12/kesan-globalisasi-

ekonomi.html