1 1.0 PENGENALAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Struktur kata membawa maksud susunan bunyi ujaran atau sebutan dan lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna manakala bentuk kata pula merupakan rupa unit tatabahasa. Bentuk kata yang terdapat dalam morfologi dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bentuk tunggal atau pengakroniman, pemajmukan, penggandaan dan pengimbuhan. Penggolongan kata pula ialah proses yang menjeniskan perkataan mengikut persamaan bentuk dan fungsi dengan aspek lain dan dengan golongan yang sama. Kata tunggal atau pengakroniman ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata lain seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Contoh daripada kata tunggal yang dapat dilihat ialah kasut, baju, tiang dan sebagainya. Kata akronim pula ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau digabung mengikut keselesaan sebutan lidah. Contoh kata akronim adalah seperti Mara, Perkeso,MABBIM dan sebagainya. Seterusnya proses pengimbuhan ialah proses yang merangkaikan bentuk imbuhan kepada kata dasar. Perletakan imbuhan ini akan menerbitkan perkataan yang berlainan makna dan fungsi nahunya. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan juga dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Proses pengimbuhan dapat berlaku dalam semua golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0 PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk, dan penggolongan kata. Struktur kata membawa maksud susunan bunyi ujaran atau
sebutan dan lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna manakala bentuk kata pula
merupakan rupa unit tatabahasa. Bentuk kata yang terdapat dalam morfologi dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu bentuk tunggal atau pengakroniman, pemajmukan,
penggandaan dan pengimbuhan. Penggolongan kata pula ialah proses yang menjeniskan
perkataan mengikut persamaan bentuk dan fungsi dengan aspek lain dan dengan golongan
yang sama.
Kata tunggal atau pengakroniman ialah perkataan yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata lain seperti pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata,
empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Contoh daripada kata tunggal yang
dapat dilihat ialah kasut, baju, tiang dan sebagainya. Kata akronim pula ialah singkatan yang
terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau digabung mengikut
keselesaan sebutan lidah. Contoh kata akronim adalah seperti Mara, Perkeso,MABBIM dan
sebagainya.
Seterusnya proses pengimbuhan ialah proses yang merangkaikan bentuk imbuhan
kepada kata dasar. Perletakan imbuhan ini akan menerbitkan perkataan yang berlainan makna
dan fungsi nahunya. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata
dasar. Imbuhan juga dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Proses pengimbuhan dapat berlaku dalam semua golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
2
kata adjektif dan kata adverba.
Proses pemajmukan pula merupakan proses yang merangkaikan dua kata dasar
menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses ini juga boleh berlaku
dalam banyak bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.
Proses seterusnya yang berkaitan dengan bidang ini merupakan proses penggandaan
iaitu proses yang mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau sebahagian dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Proses penggandaan
juga terbahagi kepada penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses morfologi mempunyai empat proses yang dapat
digunakan untuk membentuk sesuatu kata. Walau bagaimanapun, proses yang dinyatakan ini,
tidak akan diperjelaskan secara keseluruhannya sebaliknya akan berfokus kepada proses
penggandaan sahaja.
2.0 Objektif
Kajian dibuat merujuk beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut adalah
seperti berikut:
2.1 Mengumpul data daripada kata yang bermula dengan huruf A yang mengalami proses
penggandaan penuh.
2.2 Menganalisis proses penggandaan penuh berdasarkan data yang dikumpul.
2.3 Menghurai aspek makna yang terdapat dalam kata ganda penuh.
3
3.0 Konsep Kajian
Secara umumnya, penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu digandakan
mengikut rentak bunyi tertentu.
Dalam proses penggandaa ini, terdapat ramai sarjana yang mengemukakan pendapatnya
yang tersendiri. Anataranya ialah Harimurti Kridalaksana, Asmah Haji Omar, Arbak Othman,
Abdullah Hassan, dan Nik Safiah Karim. Menurut Harimurti (1989), penggandaan kata penuh
ini juga disebut sebagai pengulangan leksem, iaitu pengulangan suatu kata terkecil dalam
sesebuah bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (1986) pula, kata ganda jenis ini merujuk
penggandaan secara seluruh kata dasar. Pendapat ini tidak jauh perbezaan dengan
pengetahuan secara umumnya. Arbak Othman (1981) juga berpendapat bahawa penngandaan
jenis ini merujuk kepada pengulangan seluruh kata dasar. Menurut Abdullah Hassan (1986)
pula kata ini dirujuk sebagai penggandaan penuh. Walau bagaimanapun, dalam analisis yang
dibuat hanya akan berfokus kepada satu teori atau pandapat sarjana, iaitu Nik Safiah Karim.
4.0 Teori Kajian
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya sama ada
gandaan penuh, gandaan separa atau gandaan berentak. Menurut Nik Safiah Karim(2008),
kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata
dasar sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian
tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berdasarkan konsep penggandaan yang
4
dipegang oleh sarjana bahasa ini, penggandaan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Menurut Nik Safiah Karim lagi penggandaan penuh merupakan pengulangan kata
dasar sama ada dalam bentuk tunggal atau terbitan. Penggandaan ini juga boleh berlaku pada
golongan kata nama, kata kerja, dan kata sifat. Sebagai contohnya ialah penggandaan yang
melibatkan kata tunggal ialah gula-gula, murid-murid dan sebagainya manakala penggandaan
kata terbitan pula seperti pelajar-pelajar, pengadil-pengadil, dan sebagainya.
Seterusnya penggandaan separa pula merupakan proses yang menggandakan
sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh meruapakan kata tunggal atau terbitan. Penggandaan
ini juga boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya adalah seperti jejari,
pepohon, berlari-lari dan besar-besaran.
Penggandaan seterusnya merupakan penggandaan berentak iaitu proses yang
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam
penggandaan berentak seluruh kata dasar digandakan dengan bunyi-bunyi tertentu sama ada
diulang atau diubah. Penggandaan berentak ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan
penggandaan berentak bebas.
Menurut Nik Safiah Karim juga terdapat lima makna dalam penggandaan kata iaitu
gandaan sebagai penanda jamak iaitu jumlah yang banyak. Contohnya seperti murid-murid.
Seterusnya gandaan sebagai penama haiwan, contohnya seperti anai-anai. Selain itu, gandaan
makna serupa dan contohnya seperti gula-gula. Makna penggandaan seterusnya ialah gandaan
sebagai penanda pelbagai jenis contohnya kuih-muih. Akhir sekali gandaan sebagai penanda
5
tidak tentu, sebagai contoh mana-mana, bila-bila dan sebagainya.
5.0 Batasan Kajian
Batasan kajian yang ditetapkan iaitu menganalisis salah satu proses penggandaan dan kajian
ini lebih tertumpu kepada proses penggandaan penuh. Penggandaan penuh merupakan proses
yang menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan pada bentuk asal.
Penggandaan penuh boleh dilakukan dalam bentuk tunggal atau terbitan. Contohnya seperti
rakan-rakan dan pelajar-pelajar. Proses penggandaan boleh berlaku pada golongan kata nama,
kata kerja dan kata sifat. Kajian proses penggandaan penuh ini dikaji dibataskan hanya untuk
perkataan yang bermula dengan abjad A.
6.0 Bahan Kajian
Bahan kajian yang digunakan ialah kamus ekabahasa bahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan
Edisi Keempat. Kamus ini merupakan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007..
Perkataan ini diambil dan dianalisis untuk menunjukkan proses pembentukkan kata ganda
khususnya kata ganda penuh yang bermula dengan abjab A. Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat dipilih bagi membantu kajian ini kerana kamus ini mempunyai data entri kata ganda
yang terkini dan sesuai dengan keperluan kajian ini.
7.0 Analisis Kajian
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau mengulangi
kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh iaitu penggandaan penuh yang melibatkan
6
kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal dan kata ganda yang
melibatkan kata terbitan. Berdasarkan bahan kajian yang diperoleh melalui pencarian data
dalam kamus ekabahasa iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dapat menjelaskan proses
penggandaan penuh secara terperinci.
7.1 Penggandaan Penuh Kata Nama
Penggandaan kategori ini dapat dibahagikan kepada kata nama tunggal, terbitan dan kata
nama majmuk.
7.1.1 Penggandaan Kata Nama Tunggal
Data tersebut merupakan kata nama tunggal yang menerima proses penggandaan penuh
kata tunggal. Data yang diambil sebagai contoh analisis merupakan perkataan yang
tergolong dalam kata nama. Apabila data ini digandakan, makna yang terhasil dan
golongan kata juga tidak berubah. Hal ini dapat diperjelaskan daripada contoh aci. Aci
merupakan kata yang tergolong dalam kata nama yang dimaksudkan sebagai batang
logam tempat roda berpusing. Apabila kata ini digandankan menjadi aci-aci golongan
katanya juga tidak berubah dan tetap tergolong dalam kata nama. Hal ini dapat dibuktikan
dengan maksud kata aci-aci yang merupakan kayu panjang utk menggulung layar.
Daripada proses penggandaan jenis ini, contoh lain juga dapat dilihat seperti kata abah
dan abuk yang masing-masing apabila digandakan menjadi abah-abah dan abuk-abuk.
7.1.2 Penggandaan Kata Nama Terbitan
Penggandaan penuh kata nama terbitan mempunyai tiga bahagian iaitu, awalan, akhiran
Aci aci-aci Abah abah-abah Abuk abuk-abuk
7
dan apitan.
7.1.2.1 Imbuhan Awalan
Berdasarkan data yang dikumpul, perkataan adil membawa makna meletak
sesuatu pada tempat yang betul atau menyebelahi pihak yang benar. Perkataan ini
merupakan perkataan daripada golongan kata nama. Setelah itu perkataan adil menerima
proses pengimbuhan, iaitu daripada morfem peN- pada pangkal perkataan kata dasar,
perkataan tersebut sekaligus mengubah makna pada perkataan. Perkataan pengadil pula
membawa maksud orang yang mengadili sesuatu perkara dan perubahan makna ini tidak
sama sekali mengubah golongan kata tersebut. Seterusnya, perkataan ini menerima proses
penggandaan penuh kata nama terbitan, iaitu kata yang diimbuhkan sebelumnya telah
digandakan. Penggandaan ini juga tidak mengubah golongan katanya. Selain daripada
contoh yang diberi terdapat beberapa data kajian yang mempunyai proses yang sama.
Antaranya ialah pengajar-pengajar, pelajar-pelajar, pengadun-pengadun, dan
pengaduk-pengaduk.
7.1.2.2 Imbuhan Akhiran
Contoh di atas hampir serupa dengan proses sebelumnya. Namun begitu, data yang
diambil ini merupakan kata dasar yang menerima imbuhan pada akhir kata. Perkataan acu
membawa maksud membuat gerak laku untuk mengancam dan menakut-nakutkan.
(peN-)adil pengadil pengadil-pengadil
acu(-an) acuan acuan-acuan
8
Perkataan ini jelas daripada golongan kata kerja. Apabila menerima imbuhan, iaitu
imbuhan akhiran –an pada akhir kata dasar tersebut. Kata tersebut telah berubah menjadi
acuan yang bermaksud bekas yang mempunyai bentuk dan golongan katanya juga
berubah menjadi kata nama. Perkataan acuan yang terhasil daripada proses tersebut
kemudiannya digandakan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang perubahan bentuk
asal.walau bagaimanapun, golongan katanya tetap sama dan tidak berubah iaitu kata
nama juga. Yang berubah hanyalah daripada aspek makna kata ganda tersebut. Di dalam
data yang dikaji terdapat juga beberapa perkataan lain yang mempunyai proses yang
sama. Contohnya seperti ajaran-ajaran, adunan-adunan, dan agihan-agihan.
7.1.2.3 Imbuhan apitan
Perkataan ajaib membawa maksud sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik.
Berdasarkan data, perkataan ini menerima proses pengimbuhan iaitu imbuhan apitan.
Imbuhan yang dimaksudkan ialah imbuhan ke-…-an. Imbuhan ke-..-an ialah imbuhan
yang ditambah pada pangkal dan akhir kata. Kata ajaib ini merupakan kata yang
tergolong dalam golongan kata adjektif. Apabila diimbuhkan dengan imbuhan apitan ini,
kata tersebut berubah menjadi keajaiban dan golongan katanya juga berubah menjadi
kata nama. Keajaiban pula membawa makna keganjilan dan keluarbiasaan. Kata terbitan
keajaiban digandakan dalam proses penggandaan penuh menjadi keajaiban-keajaiban
dan penggandaan kata ini tidak mengubah bentuk golongan katanya, iaitu kata nama.
Selain itu terdapat juga contoh lain menerima proses yang sama. Antaranya
(ke-)ajaib(-an) keajaiban keajaiban-keajaiban
9
keanehan-keanehan, pengajaran-pengajaran, pengakuan-pengakuan, dan
perangkaan-perangkaan.
7.2 Penggandaan Penuh Kata Kerja
Penggandaan penuh bagi kata kerja hanya boleh dilakukan dalam bentuk tunggal kata dasar.
Hal ini demikian bermaksud, gandaan penuh kata kerja tidak boleh ditambah dengan sebarang
imbuhan pada sesuatu kata dasar tersebut. Berikut merupakan antara contoh yang terdapat
dalam data kajian yang melibatkan penggandaan penuh kata kerja.
Berdasarkan rajah diatas, angkat merupakan kata dasar daripada golongan kata
kerja yang membawa maksud meninggikan atau menaikkan sesuatu ke atas.. Apabila kata
dasar ini digandakan dengan gandaan secara penuh, perkataan tersebut akan berubah dan
menjadi angkat-angkat bermaksud sesuatu yang boleh atau dapat diangkat-angkat.
Penggandaan kata dasar ini jelas tidak mengubah golongan kata tersebut, iaitu kata kerja juga.
Contoh lain yang dapat dilihat dalam penggandaan penuh kata kerja ini adalah pada perkataan
agah bermaksud mengusik atau bergurau dan apabila digandakan menjadi agah-agah
golongan kata dasar tersebut masih sama seperti yang asal, iaitu kata kerja. Berdasarkan
kedua-dua contoh menunjukkan penggandaan penuh kategori kata kerja hanya boleh
dilakukan dalam bentuk tunggal atau kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan.
angkat angkat-angkat
agah agah-agah
10
Daripada data entri yang dikaji, iaitu daripada abjab A, penggandaan penuh kata kerja hanya
dapat dilihat pada dua contoh yang dinyatakan di atas sahaja.
7.3 Penggandaan Penuh Kata Adjektif
Penggandaan penuh kata adjektif merupakan bentuk yang paling mudah, iaitu dengan
menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna sifat yang menyeluruh. Kata
adjektif juga sama seperti kata kerja kerana tidak menggandakan perkataan dalam bentuk kata
terbitan.
Berdasarkan rajah di atas, perkataan abu bermaksud kalah khasnya dalam permainan congkak.
Hal ini jelas menunjukkan abu merupakan kata adjektif. Apabila digandakan perkataan abu
tersebut akan berubah menjadi abu-abu. Perkataan ini membawa maksud warna kelabu yang
juga merupakan jenis kata adjektif. Penggandaan secara penuh ini tidak mengubah golongan
kata adjektif tersebut sekaligus bertepatan dengan konsep kata ganda yang apabila digandakan
tidak akan mengubahkan golongan katanya selain makna kata tersebut.
Rajah yang seterusnya kata dasar yang diambil merupakan kata daripada golongan adjektif.
Ampai bermaksud panjang dan ramping. Perkataan ampai merupakan golongan kata adjektif
bentuk iaitu jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Setelah digandakan perkataan ampai menjadi ampai-ampai. Penggandaan kepada kata
ampai-ampai telah mengubah golongan kata kepada kata nama yang bermaksud sejenis
abu abu-abu
ampai ampai-ampai
11
binatang laut. Walau bagaimanapun, kata ini tidak bertepatan dengan teori penggandaan
penuh yang sepatutnya tidak akan mengalami perubahan golongan katanya. Dalam data yang
diambil daripada abjab A, tidak terdapat contoh lain yang dapat mengambarkan proses ini
selain perkataan abu-abu.
7.4 Penggandaan Penuh Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, tempat. Kata adverba juga boleh mengalami proses
penggandaan, dan bentuk kata adverba yang boleh digandakan ialah dalam bentuk tunggal
untuk proses penggandaan penuh.
Rajah berikut pula menunjukkan gandaan penuh bagi golongan kata adjektif. Kata adverba
dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya
kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan.
Berdasarkan data yang diperoleh, iaitu daripada kata dasar akhir. Kata tersebut
menunjukkan apabila perkataan akhir digandakan akan menjadi akhir-akhir. Hal ini akan
menunjukkan perkataan yang digandakan berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata
yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi
nama. Hal ini menunjukkan perkataan akhir-akhir merupakan kategori kata adverba jati
sekaligus tidak mengubah golongan kata tersebut.
akhir akhir-akhir
akan akan-akan
12
Seterusnya rajah diatas pula menunjukkan perkataan akan apabila digandakan menjadi
akan-akan. Akan-akan membawa maksud hampir mirip atau serupa. Perkataan yang
digandakan ini merupakan golongan kata adverba yang digunakan sebagai penerang kepada
beberapa golongan kata. Terdapat juga beberapa data lain yang memiliki ciri yang sama
dengan kata gandaan yang tergolong dalam golongan kata adverba ini. Contohnya ialah
adang-adang, asyik-asyik, anggar-anggar, dan akal-akal.
7.5 Aspek Makna
7.5.1 Kata Nama
Daripada penghuraian proses kata ganda jenis kata nama ini, terdapat beberapa aspek
makna yang wujud. Antara aspek makna tersebut ialah:
7.5.1.1 Gandaan sebagai penanda jamak iaitu yang menandakan jumlah yang
banyak.
Pada jadual diatas menunjukkan beberapa data digunakan untuk menunjukkan perubahan
makna yang berlaku setelah perkataan tersebut digandakan. Pengadil bermaksud orang
yang mengadili sesuatu perkara. Apabila digandakan menunjukkan lebih dari seorang
yang menjalankan tugas mengadili sesuatu perkara, perkara yang sama turut berlaku
kepada perkataan anak-anak dan pengasuh-pengasuh.
7.2.1.2 Gandaan sebagai nama haiwan
pengadil pengadil-pengadil anak anak-anak
pengasuh pengasuh-pengasuh
anai anai-anai aji aji-aji
ambu ambu-ambu
13
Perkataan-perkataan yang disenaraikan ini merupakan gandaan penuh kata nama yang
membawa makna sebagai nama haiwan. Contoh pertama iaitu anai, anai tiada ada
maksud di dalam kamus namun apabila digandakan perkataan ini membawa maksud
serangga kecil yang tinggal dalam tanah atau kayu. Perkataan aji pula bermaksud harga
atau nilai setelah digandakan makna perkataan tersebut berubah iaitu ikan laut. Begitu
juga dengan perkataan ambu yang tidak membawa apa-apa maksud namun setelah
digandakan membawa makna ikan laut atau ikan kurik.
7.2.1.3 Gandaan sebagai penanda tidak tentu
Apa bermaksud kata untuk menanyakan nama, manakala apa-apa bermaksud barang apa,
segala apa atau segala sesuatu, manakala ada bermaksud boleh didapati. Ada-ada pula
bermaksud selalu berlaku sesuatu dan timbul perkara baru.
7.5.2 Kata kerja
Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa
makna tertentu, antaranya:
7.5.2.1 Perbuatan Berulang-ulang
apa apa-apa ada ada-ada
acak acak-acak angkat angkat-angkat
14
Acak tidak membawa apa-apa makna namun setelah digandakan acak-acak membawa
maksud perbuatan yang terburu-buru. Angkat pula bermaksud menaikkan sesuatu ke atas
setelah penggandaan penuh berlaku angkat-angkat membawa maksud sesuatu yang boleh
diangkat-angkat. Berdasarkan maksud pada gandaan menunjukkan data-data tersebut
mempunyai aspek makna perbuatan yang berulang-ulang.
8.0 Kesimpulan
Proses morfologi dalam bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan mengandungi empat,
iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman atau bentuk tunggal.
Walau bagaimanapun, kajian hanya berfokus kepada proses penggandaan.
Secara keseluruhannya, proses penggandaan dapat dikatogerikan kepada tiga jenis,
iaitu penggandaan secara penuh, penggandaan separa, dan penggandaan secara berentak.
Pengkhususan hanya diberikan kepada kategori penggandaan secara penuh. Sememangnya
penggandaan secara penuh ini mempunyai pelbagai teori dan pendapat yang tersendiri
daripada sarjana-sarjana tempatan, namun begitu kajian atau analisis yang dibuat akan
hanya mengikut teori sarjana Nik Safiah Karim. Penggandaan ini boleh terbentuk daripada
pelbagai golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan juga kata adverba.
Walau bagaimanapun, hanya penggandaan daripada golongan kata nama yang dibahagikan
kepada penggandaan secara tunggal dan secara terbitan dan golongan kata yang lain hanya
melibatkan secara tunggal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggandaan penuh sangat
mempengaruhi proses pembentukkan kata dalam morfologi bahasa Melayu.
15
9.0 Bibliografi
Abdullah Hassan, 1986. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :Fajar
Bakti.
Abdullah Hassan,2006. Morfologi Siri Pembelajaran dan Pengajaran. Penerbit : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.
Asmah Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ibrahim Ahmad, 2012. Morfologi Bahasa Melayu Memahami Asas Dan Teori. Kuala Lumpur:
Akademi Bahasa dan Budaya Melayu.
Kamus Dewan Edisi Keempat,2010. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kridalaksana, Harimurti, 1989. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : PT.
Gramedia.
Nik Safiah Karim et.al, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sulaiman Masri, 2006. Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
16
10.0 Lampiran
aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman)
dll: .Satu ...,. ~ Wit dr kerusinya.
abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali
perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun. abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh