BMM3112 2014 1.0 Pengenalan tatabahasa Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa bergabung membentuk ayat. Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil klausa. Dan Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. 1.1 Objektif Kajian Objektif Kajian adalah membandingkan ketiga-tiga pemikiran dan pandangan pelopor tatabahasa di Negara Malaysia iaitu aliran 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BMM3112 2014
1.0 Pengenalan tatabahasa
Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan
ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa bergabung membentuk ayat. Dua
atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil
klausa.
Dan Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-
dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
1.1 Objektif Kajian
Objektif Kajian adalah membandingkan ketiga-tiga pemikiran dan pandangan pelopor
tatabahasa di Negara Malaysia iaitu aliran Tradisional (Za’ba), Aliran Struktural (Asmah
Hj. Omar) dan aliran Transformasi Generati oleh Nik Safiah Karim.
Selain itu, menghasilkan rumusan esei dalam bentuk peta minda i-think atau
Kemahiran Aras Tinggi(KBAT). Dan menterjemahkan petikan ringkas atau artikel
bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.
1.2 Batasan Kajian
1
BMM3112 2014
Batasan Kajian penulisan ilmiah penulis merangkumi penulisan esei tiga aliran dan
pemikiran tatabahasa iaitu tatabahasa tradisional yang dipelopori oleh Za’ba, aliran
tatabahasa Struktural yang dipelopori oleh Asmah Hj. Omar dan akhir sekali tatabahasa
aliran transformasi Generatif yang dipelopori oleh Nik Safiah Karim.Setelah itu, ketiga-
tiga aliran ini perlu dipindahkan dalam bentuk peta yang menggunakan peta kemahiran
Aras Tinggi(KBAT) atau peta i-Think.
Selain itu penulisan ilmiah yang mengterjemahkan penulisan karangan atau
artikel pendek dalam versi Bahasa Inggeris ke versi Bahasa Malaysia perlu
diterjemahkan secara global oleh penulis. Dan akhir sekali penulisan refleksi secara
menyeluruh.
1.3 Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian
perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak
langsung dengan menggunakan laman sesawang.
1.4 Definisi konsep
2.0 Pengenalan Tatabahasa
Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008).
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia
2
BMM3112 2014
menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin
kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi
dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak
gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu
untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia
merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau
salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.
Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu
yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan
penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang
berdasarkan rumus-rumusnya.
Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang
menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya
dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu
melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan
disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala
huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus
disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan
jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu
bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu
sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun
sesuatu ayat dengan betul.
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang
menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah,
tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu
3
BMM3112 2014
dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi
perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis)
Tatabahasa dapat dinyatakan sebagai satu konsep tatabahasa yang mempunyai
peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa umumnya dipecahkan
kepada teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif, dan teori
fungsional. Tiap-tiap aliran dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya.
2.0 Definisi Tatabahasa
Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang
tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.
Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya
bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.
Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu
dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh
pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui
penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah
perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada
peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali
sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu
morfologi dan sintaksis.
Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah
(2008),Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-
caraperkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga
mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.
4
BMM3112 2014
3.0 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh
3.1Aliran Tradisional
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini
menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan
yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan
jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan
Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat
oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.
3.2Aliran Struktural
Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di
Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam
sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti
yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam
buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.
3.3Aliran Tranformasi Generatif
Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang
memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu,
proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang
memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan
pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat
berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu
TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah
Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti
penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza
kecuali atas dasar pemerian masing-masing.
5
BMM3112 2014
4.0 Tatabahasa Tradisional
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.
Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti
kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan
penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan
tepat sepanjang masa.
Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih
penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada
bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini
kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan
secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan
diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum
biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini
menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.
4.1 Pelopor Tatabahasa Tradisional
Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui
berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori Tatabahasa
Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan
fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara.
4.2 Idea Asas Panini
Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat
tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-
Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang
lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi
berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini
mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai
6
BMM3112 2014
peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada
tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di
samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian.
pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Penghasilan
tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang
berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada
caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.
4.3 Kepentingan teori yang dipelopori
Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala
perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau
Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka
jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan
oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang
memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan
kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh
Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran
yang lengkap iaitu ‘Logos’.
Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional
Panini ( Zaman India 2- 200 SM)
Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )
Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )
Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )
Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )
Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )
7
BMM3112 2014
4.4 Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional
Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang
penting iaitu:
Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani)
Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan
Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif
Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional
dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal
dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan
bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap.
Contohnya dalam tatabahasa Melayu, „kata nama‟ didefinisikan sebagai segala
perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun,
bulan….(Za‟ba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk
notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang
menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti
dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa
bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang
lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi
bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang
sama.
Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa,
iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada
model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa
lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan
Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani – Latin. Antara pengkaji terawal
8
BMM3112 2014
ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap
definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu
ini.
Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para
sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli
bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli
bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya
dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang
tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa
itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian
atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.
Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan
saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang
dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan.
Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan
berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa
itu hidup.
Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah:
o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural
o Percampuran teori semantik dan gramatik
o Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur
o Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan
sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah
atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu
boleh diajar atau tidak.
o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟
o Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.
o Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.
9
BMM3112 2014
5.0 Tatabahasa Struktural
Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau
menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran
Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of
London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau
terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari
tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala
tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif
iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan
digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek
morfologi dan sintaksis secara mendalam.
5.1 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural
Fokus pengkajian Tatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa.
Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem
sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian
struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran
struktural ini:
o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan
o Bahasa ialah satu sistem
o Sistem bahasa ialah arbitrari
o Bahasa adalah untuk perhubungan
Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur
tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu
mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam
kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat
sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen
10
BMM3112 2014
dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat
yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan
selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.
Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini