TERLEBIH dahulu, selaku Tuan Rumah Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16,
saya mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ingin
mengucapkan selamat datang kepada semua rimbawan dari Jabatan Perhutanan Sabah,
Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke Negeri Melaka,
Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kita akan berkampung selama 5 hari di Hotel Renaissance
untuk saling bertukar fikiran dan maklumat, serta berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan,
perancangan dan pembangunan sektor perhutanan di Malaysia. Diharap melalui platform ini, halatuju sektor perhutanan akan
dapat diarus-perdanakan bagi mengurus khazanah hutan negara secara berkekalan untuk menjadi pemangkin, bukan sahaja dari
aspek penjanaan ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar, malah untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Di samping kita
mengeratkan silaturrahim, saya berharap agar semua rimbawan akan melibatkan diri secara proaktif dalam persidangan ini agar
kita dapat mencapai resolusi yang lebih mantap. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada semua urusetia yang memberi komitmen dalam menjayakan persidangan kita pada kali ini. Saya turut
mempelawa semua rimbawan untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di Negeri Melaka –
"Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia".
Sekian, selamat bersidang dan terima kasih.
Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T
Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16
Sekapur Sirih... Seulas Pinang... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
~ Quote of the Day: He that plants trees loves others besides himself. -Thomas Fuller ~
DARI MEJA
KETUA PENGARANG
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
SAYA selaku pengerusi Jawatankuasa Kecil Publisiti,
Program dan Penerbitan (JKKPPP) bagi Persidangan
Perhutanan Malaysia Ke-16 ingin mengucapkan
selamat datang kepada semua rimbawan, terutamanya dari Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan
Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia ke Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Adalah menjadi harapan saya agar seisi
warga rimbawan yang hadir dapat melibatkan diri secara aktif dalam persidangan kali ini
supaya objektif persidangan kita dapat dicapai. Untuk makluman semua, kami akan
menerbitkan Buletin Harian sepanjang persidangan yang merangkumi peristiwa-peristiwa dan
makluman-makluman penting kepada warga rimbawan. Saya berharap agar Buletin Harian ini
akan memberi manfaat kepada semua. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Buletin
Harian. Selamat bersidang dalam penuh keharmonian dan keceriaan.
Enjoy your reading.
KOH HOCK LYE
KETUA PENGARANG BULETIN HARIAN
TAHUKAH ANDA ? Negeri Melaka
Gelaran Negeri Bandaraya Bersejarah
Keluasan Tanah (ha) 165,200
Populasi 2010 (orang) 788,706
HSK (ha) 5,079
Tanah Kerajaan (ha) 228
Tmn Hidupan Liar (ha) 20
Jum Kawasan Berhutan (ha) 5,327
Kawasan Berhutan (%) 3.20
SATU sesi wawancara bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd.
Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan
Semenanjung Malaysia, selaku Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur PPM Ke-16 telah diadakan dalam rancangan
Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1 pada 30 Nov 2011.
Wawancara yang disiarkan secara langsung ini bertujuan
untuk mewar-warkan kepada masyarakat mengenai PPM
Ke-16 yang bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan
Masyarakat”. Dalam wawancara tersebut, YBhg. Dato’ Dr. menyatakan komitmen berterusan JPSM,
Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam memastikan kawasan Hutan Simpanan Kekal
diuruskan secara mapan demi kepentingan negara dan
kesejahteraan masyarakat. Objektif dan kepentingan PPM
Ke-16 ialah untuk menyelaras pengurusan dan penggunaan
sumber hutan yang dirancang secara efektif demi
pembangunan negara. Selain melibatkan pembentangan
kertas kerja, PPM pada kali ini turut merangkumi lawatan luar
semasa persidangan, pameran dan lawatan ahli keluarga.
Sambil bersidang, YBhg. Dato’ Dr. turut mempelawa para
peserta untuk melawat tempat-tempat menarik di Negeri Melaka.
16th MFC On Air !
Melaka River Cruise More information: Melaka River &
Coastal Development
Corporation :
06-2814322 / 23
http://ppspm.gov.my
Menara Taming Sari More information: Melaka Taming Sari
Berhad :
06-288 1100 www.menaratamingsari.com
Lawatan Ahli Keluarga
6 Dis 2011(9.00am-3.00pm)
Lawatan ke Ayer Keroh Melaka
Makan Tengah Hari di
Botanical Café
Lawatan ke Melaka Batik House
Lawatan ke Kota Fesyen
Majlis Perasmian Persidangan
Perhutanan Malaysia Ke-16
5 Dis 2011 (2.00 pm)
Perasmi: YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali
Mohd Rustam, Ketua Menteri Negeri
Melaka
Hotel Renaissance
(Bunga Raya Ballroom)
Majlis Jamuan Makan Malam
YBhg. Dato’ Dr. KPPSM
5 Dis 2011 (8.00pm)
Hotel Renaissance
(Bunga Raya Ballroom)
Peserta termuda !
PPM is so happening
even the Mat Salleh
want to join us!
JPSM boleh!!
Dr. Robert, updating
your fb status??
Mana nama saya??
Cantik tak? Cantik tak?
SABAH JUARA!
Melaka, 4 Dis 2011 : Satu pertandingan golf sempena PPM Ke-16
telah diadakan di Orna Golf & Country Club dan telah disertai oleh
32 orang peserta. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan dari
Jabatan Perhutanan Sabah diikuti dengan Jabatan Hutan Sarawak dan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Manakala bagi acara
individu telah dimenangi oleh En. Ahmad Fadzil bin Abd Majid dari
JPSM. Senarai penuh keputusan pertandingan golf adalah seperti
berikut:
SUKAN & RIADAH
PEMENANG MATA
1 ST AHMAD FADZIL BIN ABD MAJID 37
2 ND WILFRED S. LANDONG 37
3 RD TN. HJ. ALI BIN YUSOP 36
4 TH RAUBIN GAMPILOK 36
5 TH PILIS MALIM 36
6 TH JUPIRI TITIN 36
7 TH JEFLUS S. SINAJIN 36
8 TH TING CHEK HIENG 35
9 TH TN. HJ. KHAIRUDIN BIN MOR 35
10 TH BASRI BIN ABD MANAF 35
11 TH MUHAMAD BIN ABDULLAH 34
12 TH AJIS SITIN 34
13 TH WONG TIN CHUNG 34
14 TH PAUL LEO LOHUJI 33
15 TH KOH HOCK LYE 33
Acara Golf
NOVELTIES HOLE PEMENANG MATA
LONGEST DRIVE
(HOLE #11) JUPIRI TITIN 225m
(HOLE #3) NOR ZAIDI BIN JUSOH 226.9m
NEAREST TO THE PIN
(HOLE#2) HII TOW PECK 8’ 4”
(HOLE #17) AJIS SITIN 2’ 9”
NEAREST TO THE LINE
(HOLE#7) PAUL LEO LOHUJI 5’ 1”
(HOLE#13) TN. HJ. ROSLEE BIN JAMALUDIN 2’ 8”