UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEKELILING BENDAHARI Bilangan 6 Tahun 2012 GARIS PANDUAN PEROLEHAN MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN/MINUMAN UNTUK MAJLIS JAMUAN RASMI/ACARA KHAS DAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA to TUJUAN Pekeliling ini disediakan adalah untuk memaklumkan garis panduan perolehan membekal dan menyediakan makanan / minuman majlis jamuan rasmi / acara khas dan perkhidmatan kemudahan latihan secara pakej Universiti Teknologi MARA. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Kuasa Melulus Mengadakan Program di Hotel Semua program UiTM yang melibatkan penggunaan perkhidmatan pakej perhotelan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Naib Canselor. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. (Khas) Tahun 2012 pada 3 Ogos 2012 telah bersetuju menurunkan kuasa kepada Rektor Negeri/Cawangan untuk meluluskan program di luar kampus UiTM dengan bajet maksimum RM20,000. 2.2 Kuasa Melulus Perolehan Majlis Jamuan Rasmi/Acara Khas Kerajaan. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 16 Tahun 2002 telah memberi kebenaran kepada Pegawai Pengawal untuk meluluskan perolehan bagi majlis jamuan rasmi / acara khas Kerajaan bernilai sehingga RM100,000. 1
10
Embed
Minuman Untuk Majlis Jamuan Rasmi / Acara Khas dan Perkhidmatan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEKELILING BENDAHARI
Bilangan 6 Tahun 2012
GARIS PANDUAN PEROLEHAN MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN/MINUMAN UNTUK MAJLIS JAMUAN
RASMI/ACARA KHAS DAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
to TUJUAN
Pekeliling ini disediakan adalah untuk memaklumkan garis panduan perolehan
membekal dan menyediakan makanan / minuman majlis jamuan rasmi / acara
khas dan perkhidmatan kemudahan latihan secara pakej Universiti Teknologi
MARA.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Kuasa Melulus Mengadakan Program di Hotel
Semua program UiTM yang melibatkan penggunaan perkhidmatan pakej
perhotelan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Naib Canselor.
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. (Khas) Tahun 2012 pada 3 Ogos
2012 telah bersetuju menurunkan kuasa kepada Rektor Negeri/Cawangan
untuk meluluskan program di luar kampus UiTM dengan bajet maksimum
RM20,000.
2.2 Kuasa Melulus Perolehan Majlis Jamuan Rasmi/Acara Khas Kerajaan.
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 16 Tahun 2002 telah memberi
kebenaran kepada Pegawai Pengawal untuk meluluskan perolehan bagi
majlis jamuan rasmi / acara khas Kerajaan bernilai sehingga RM100,000.
1
2.3 Kuasa Melulus Perolehan Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara
Pakej
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 tahun 2012 menetapkan
kuasa meluluskan perolehan secara Rundingan Terus bagi perkhidmatan
kemudahan latihan secara pakej mengikut nilai yang ditetapkan seperti
berikut:
BIL HAD NILAI PIHAK BERKUASA MELULUS
1 Sehingga RM50 ribu
Peqawai Penqawal / Pegawai yang
diturunkuasa oleh Pegawai Pengawal
2 Melebihi RM50 ribu
sehingga RM500 ribu
Jawatankuasa Sebut Harga
3 Melebihi RM500 ribu
sehingga RM20 juta
Lembaga Perolehan Agensi
2.4 Takrifan
2.4.1 "Pegawai Pengawal" bagi tujuan pengurusan perolehan di
peringkat Universiti Teknologi MARA adalah Naib Canselor, selaku
Ketua Agensi.
2.4.2 "Latihan" bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan
bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
dalam organisasi. la meliputi mesyuarat, persidangan, konvensyen,