TERLEBIH dahulu, selaku Tuan Rumah Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16, saya mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ingin mengucapkan selamat datang kepada semua rimbawan dari Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kita akan berkampung selama 5 hari di Hotel Renaissance untuk saling bertukar fikiran dan maklumat, serta berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, perancangan dan pembangunan sektor perhutanan di Malaysia. Diharap melalui platform ini, halatuju sektor perhutanan akan dapat diarus-perdanakan bagi mengurus khazanah hutan negara secara berkekalan untuk menjadi pemangkin, bukan sahaja dari aspek penjanaan ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar, malah untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Di samping kita mengeratkan silaturrahim, saya berharap agar semua rimbawan akan melibatkan diri secara proaktif dalam persidangan ini agar kita dapat mencapai resolusi yang lebih mantap. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia yang memberi komitmen dalam menjayakan persidangan kita pada kali ini. Saya turut mempelawa semua rimbawan untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di Negeri Melaka – "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia". Sekian, selamat bersidang dan terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 Sekapur Sirih... Seulas Pinang... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.. ~ Quote of the Day: He that plants trees loves others besides himself. -Thomas Fuller ~
4
Embed
Sekapur Sirih Seulas Pinang - · PDF filekertas kerja, PPM pada kali ini ... Makan Tengah Hari di Botanical Café Lawatan ke Melaka Batik House ... (Bunga Raya Ballroom) Majlis Jamuan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TERLEBIH dahulu, selaku Tuan Rumah Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16,
saya mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ingin
mengucapkan selamat datang kepada semua rimbawan dari Jabatan Perhutanan Sabah,
Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke Negeri Melaka,
Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kita akan berkampung selama 5 hari di Hotel Renaissance
untuk saling bertukar fikiran dan maklumat, serta berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan,
perancangan dan pembangunan sektor perhutanan di Malaysia. Diharap melalui platform ini, halatuju sektor perhutanan akan
dapat diarus-perdanakan bagi mengurus khazanah hutan negara secara berkekalan untuk menjadi pemangkin, bukan sahaja dari
aspek penjanaan ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar, malah untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Di samping kita
mengeratkan silaturrahim, saya berharap agar semua rimbawan akan melibatkan diri secara proaktif dalam persidangan ini agar
kita dapat mencapai resolusi yang lebih mantap. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada semua urusetia yang memberi komitmen dalam menjayakan persidangan kita pada kali ini. Saya turut
mempelawa semua rimbawan untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di Negeri Melaka –
"Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia".
Sekian, selamat bersidang dan terima kasih.
Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T
Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16