KUMPULAN BELURU 69Norlaila binti Mamat (PPG/11416/12)
Wan sabran bin Wan Nawi (PPG/11495/12)
Wan Mohd Hazman bin Hasan (PPG/13055/12)
Syed Mohd Apandi bin Syed Ahmad (PPG/13049/12)
Rose Shazlee Khan bin Abd Rahman (PPG/11440/12)
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
TEMA : MARI BERTANITAJUK : BUMI HIJAU ( PROSES PENGHASILAN BERAS)
kerbaubendang membajak sawah
Apakah nama binatang ini? Di manakah banyak terdapat
binatang ini ? Apakah kegunaan binatang ini
kepada manusia ?
Proses Penghasilan Beras @ Proses Penanaman Padi
Secara Tradision
al
Secara Moden
Proses Penanaman Padi Secara Tradisional1. Membajak
Menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala, meluku
Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.
2. Menyemai Menanam benih di tempat tertentu
supaya bercambah
Benih padi
Petani sedang
menyemai padi
3. Mengubah Proses memindahkan anak padi
(semaian) dari tapak semaian ke petak sawah
Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita
Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi
4. Merumput Menyabit atau membuang rumput yang
mengganggu tanaman padi di bendang
Rumput yang tumbuh meliar mesti dibuang supaya tidak mengganggu
pertumbuhan pokok padi
5. Menuai Memotong atau mengetam padi dengan tuai
Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).
Renggam iaitu alat
untuk memotong
tangkai padi yang
masak
6. Membanting
Memukul padi untuk memisahkan buah padi daripada tangkai
Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada tangkainya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).
7. Menumbuk Memukul atau menghentak dengan alu supaya hancur atau terkupas
Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah padi bagi menghasilkan beras. Beras yang dihasilkan bercampur dengan antah , sekam dan lain-lain.
Proses menumbuk padi dengan lesung tangan
8. Mengangin Memisahkan padi dari hampanya
dengan menjatuhkannya dari tempat tinggi ketika angin bertiup.
Menganginkan padi dengan menggunakan Nyiru Kerap bagi mengasingkan padi berisi dengan hampas padi.
Digunakan untuk menampi padi bagi mengeluarkan hampas padi.
Proses Penanaman Padi Secara Moden1. Membajak
Menggemburkan tanah supaya benih-benih tanaman dapat tumbuh
jentera
moden yang
dinamakan traktor 4
roda
2. Menyemai Menanam atau menabur benih ditempat
tertentu dan akan dipindahkan ke tempat lain
gulungan semai
3. Menuai Memotong padi
jentera menuai
4. Mengilang
Padi yang dah dihantar ke kilang ,kemudiannya akan diproses untuk menjadi beras
padi akan dimasukkan ke dalam mesin penguraian beras
Setelah beras tu digredkan dan dimasukkan ke dalam bungkusan mengikut timbangan untuk dipasarkan
Kebaikan Proses Penanaman Padi Secara Moden 1. Memudahkan dan
mempercepatkan kerja-kerja pembajakan sawah.
2. Proses penanaman menjadi lebih ringkas.3. Menjimatkan tenaga petani.4. Padi dapat dihasilkan banyak kali dalam
tempoh setahun.5. Dapat meningkat hasil pengeluaran
SISTEM BAHASA(KATA KERJA)
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.
Contoh Kata Kerja membajak menyemai
mengubah merumput menuai membanting
menumbuk mengangin mengilang
Contoh-contoh ayat 1. Petani itu sedang membajak tanah di bendangnya.
2. Mereka sedang bergotong-royong merumput di tepi sawah.
3. Proses mengilang beras akan dilakukan di
kilang itu.
Lembaran Kerja
Apakah yang dilakukah
oleh petani itu….?
Lembaran Kerja 2Bina ayat dengan menggunakan kata kerja di
bawah.
Tulis ayat tersebut dengan tulisan yang cantik.
1. Mengubah________________________________________________________________
2. Menggemburkan__________________________________________________________________
3. menanam____________________________________________________________
4. membaja______________________________________________________________
5. menyiram______________________________________________________________
Aktiviti Permainan Bahasa Cari enam perkataan kata kerja
yang tersembunyiA G S
A J A W T A G N A M E S
B M E M B A J A K O C N M P F
E A E O B E V E U S A W E U C
R S X S A T U P R W G R E J I
G U M E R A L O A D P K D A N
N K A M I A F T S A A M I D A
A J T E W T M E N Y E M A I I
L S E M I A E E O K U D L A T
I
W C B U N G P M T I P U A S
G
I U A I N M A I B I S U L T
N
D U N U M E R U M P U T K A
E
O A T E N N G R I K R O A G
M T A I K S U M M I L D A B R
C J A N U R A E M I L A N G A
K U S G M I I N N I A T O L W