RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAHMata Pelajaran Sejarah
KelasTahun 4 Cerdik
Bilangan 39 orang
Tema
TajukMari Belajar Sejarah
Masa07.50 08.50 pagi
Tarikh 21 April 2015
Standard Kandungan
1.3 Sekolah Kebanggaan Saya
Standard Pembelajaran
1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap1.3.2
Mengenal pasti lokasi sekolahK 1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri
sebagai warga sekolah
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1.
Menulis nama dan alamat sekolah dengan betul dan lengkap.1. Melukis
pelan lokasi sekolah dari rumah dengan betul.1. Menyenaraikan
tanggungjawab diri sebagai seorang warga sekolah terhadap
sekolah.
Aktiviti1. Menunjukkan dua gambar yang mengenai sekolah.1.
Menerangkan mengenai jenis-jenis sekolah.1. Menerangkan asal-usul
sekolah dan elemen-elemen yang terkandung dalam nama alamat.1.
Menyusunkan elemen-elemen yang terkandung dalam nama alamat dengan
betul.1. Melukiskan pelan lokasi sekolah dari rumah dan labelkan
petunjuk.1. Menjawab soalan berkaitan dengan tanggungjawab diri
sebagai warga sekolah dalam bentuk peta buih.
EMKKPS :1. Meneroka bukti1. Membuat rasionalisasi1. Membuat
interperestasi1. Membuat penjelasan
Nilai murni : Elemen kewarganegaraan : 1. Perasaan kekitaan 2.
Bangga 3. Bertanggungjawab
Bahasa : kemahiran membacaDimensi Kewarganegaraan perkongsian
nilaiTMK: belajar dengan TMK
Bahan Bantu BelajarKomputer riba, LCD, slaid powerpoint, kertas
sebak, pen marker, buku latihan
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
AktivitiPedagogi EMKCatatan
Set induksi 7.50 7.55 pagi (5 minit)
Guru menunjukkan dua gambar yang mengenai sekolah. Guru bertanya
murid-murid beberapa soalan secara rawak. Manakah satu gambar
adalah sekolah anda semua? Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk pelajaran hari ini.
Kemahiran berfikir
Gambar
Langkah 1 7.55 8.15 pagi (20 minit)
Guru menerangkan mengenai jenis-jenis sekolah . Guru bertanya
murid-murid beberapa soalan secara rawak Apakah jenis sekolah ini?
Kenapa sekolah ini merupakan jenis ini? Guru juga menerangkan
asal-usul sekolah dan elemen-elemen yang terkandung dalam nama
alamat. Guru mengedarkan beberapa kad perkataan yang merupakan
elemen-elemen dalam nama alamat. Murid-murid dibahagikan kepada 8
kumpulan untuk menyusunkan elemen-elemen yang terkandung dalam nama
alamat dengan betul. Guru memilih murid secara rawak untuk
mendapatkan jawapan.
KPS Membuat penjelasan
KB Menjana idea
Nilai murni Berani Bekerjasama
Kad perkataan
Langkah 2: 8.15 8.35 pagi (20 minit)
Guru mengambil satu contoh pelan lokasi sekolah dari rumah Azli
dalam kertas mahjung. Guru menerangkan petunjuk yang terdapat di
atas pelan lokasi itu. Guru-guru menyedarkan kertas putih kepada
murid-murid untuk melukiskan pelan lokasi sekolah dari rumah dan
labelkan petunjuk.
Kertas putih, Kertas mahjung
Langkah 3: 8.35 8.45 pagi (10 minit)
Sambil melihat paparan yang disediakan, murid dikehendaki
menjawab soalan berkaitan dengan tanggungjawab diri sebagai warga
sekolah dalam bentuk peta buih. Murid dipilih secara rawak untuk
mengisi jawapan di whiteboard kelas yang ditayangkan pada skrin.
Guru membuat penjelasan terhadap jawapan murid.
Slaid powerpoint
Penutup: 8.45 8.50 pagi (5 minit)
Guru membimbing murid-murid untuk merumuskan kembali pelajaran
hari ini. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk lebih menguasai
tajuk pengajaran hari ini.
Nilai Murni-Kerajinan
KBKK -menjana idea-menghubung kait-merumus
Negeri Sembilan71500Sekolah Kebangsaan Yamtuan HitamTanjung
IpohTerachi