PITO Sejarah 105/2Kuliah 6
·
•Perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajah British•Perkembangan kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu
Perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajah British·
•Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah•Dol Said Pahlawan Naning•Rentap Wira Sarawak•Sharif Masahor Wira Sarawak•Dato’ Maharaja Lela Pejuang Perak•Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang•Mat Salleh menentang SBUB•Antanom Pahlawan Murut•Tok Janggut pejuang jihad•Haji Abdul Rahman Limbong pejuang tani•Yamtuan Antah mempertahankan Seri Menanti
Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah
• 1821• Penjajahan Siam di edah• 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah• Askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang,
menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan supaya dibawa ke Siam sebagai tawanan/ hamba
• Kekejaman Siam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah
• 1823• Tuanku Abdullah menyerang Kedah dengan 3000 orang tentera
tetapi gagal kerana Siam mendapat bantuan British.
• 1831 Kuala Kedah ditawan oleh Tengku Kudin dari Melaka. British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah. Bekalan makanan dan tentera terputus, akhirnya Tengku Kudin terkorban.
• 1836 rancangan Sultan Ahmad Tajuddin untuk menyerang Siam melalui Bruas telah dapat dikesan dan beliau ditangkap
• 1838 Tunku Muhammad Saad menawan Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan masuk ke Songkla tetapi usaha baginda dipatahkan oleh Siam dengan bantuan British
Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah
• Kesan daripada peristiwa ini Tunku Daei dihantar ke Bangkok untuk berunding bagi mengembalikan takhta Kedah.
• Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin pada 1842
• Wilayah Perlis , Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.
Dol Said Pahlawan Naning
• Penentangan ini dipimpin oleh Dol Said Penghulu Naning• British menganggap Naning sebagai jajahan Melaka• British mengenakan peraturan pembayaran cukai 1/10 daripada
hasil petani• Kuasa Penghulu Naning tergugat kerana beliau dilarang oleh British
membicarakan kes jenayah• Dol said menentang British dan beliau diisytiharkan sebagai
penderhaka• 1831 British di bawah Kapten Wyllie ditewaskan kerana Dol Said
mendapat bantuan ketenteraan (daripada Johor, Jelebu, Seri menanti, Muar dan Rembau) dan menggunakan taktik perang gerila
• 1832 Kolonel Herbert mengalahkan Naning dengan bantuan Rembau
Dol Said Penghulu Naning
• Kesan daripadanya, Dol Said diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka dan Naning diletakkan di bawah pentadbiran British British di Melaka
• Perang Naning menghidupkan semangat juang bangsa Melayu
Rentap Wira Sarawak
• Rentap berasal dari Ulu Skrang dan merupakan ketua orang Iban• Nama asalnya Libau bermaksud ‘Penggoncang Dunia’• Rentap tidak suka pemerintahan Brooke justeru Brooke menganggap
Rentap dan orang Iban sebagai lanun• Brooke membina kubu di Nanga Skrang bagi mengawasi orang Iban• Brooke menghapuskan petempatan penduduk Iban di sepanjang
Sungai Skrang dan ini menyebabkan Rentap menyerang kubu Brooke 1853 dan membunuh pegawai Brooke bernama Allan Lee. 1854 kubu Rentap di Sungai lang ditawan dan rentap membina kubu di Saduk. Serangan Brooke gagal pada tahun 1857 &1858. Akhirnya 1863 Rentap ditewaskan . Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di tempat tersebut
• Penentangan rentap membuktikan beliau adalah pejuang bangsa.
Rentap Wira Sarawak
Sharif Masahor wira Sarawak
• Beliau merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang. Beliau dilantik oleh sultan Abdul Mu’mein, Brunei
• Berpengaruh dalam kalangan masyarakat Iban dan orang Melayu
• James Brooke mengambil alih Sungai Rajang dan Sarikei untuk diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
• Pembinaan kubu oleh s Brooke di Kanowit telah menggugat kuasanya sebagai pembesar
• Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor• 1859 Sharif Masahor menyerang Kanowit. 1860 Sharif Masahor , Datu Patinggi Abdul
Ghapur dan Temenggung Hashim membuat pakatan sulit dan menyerang Kucing• Pertempuran antara Charles Brooke dengan Sharif Masahor berlaku di Sungai
Sadong• Akhirnya Sultan Brunei menyerahkan Mukah kepada Brooke dan Sharif Masahor
dibuang ke Singapura
Sharif Masahor Wira Sarawak
Dato’ Maharaja Lela Pejuang Perak
• Beliau merupakan Orang Besar Berlapan Perak dan juga dikenali sebagai Penghulu Pasir Salak
• Pegawai British mengambil hak mengutip cukai pembesar Melayu, mengenakan cukai baru
• ( cukai padi, perahu, atap, senjata, permit balak), setiap rumah dikenakan cukai kelamin sebanyak 2 dolar
• Residen mencabar ketuanan Melayu dengan mengambil alih kuasa sultan
• British juga mencampuri adat resam apabila mengharamkan amalan perhambaan
• Perbincangan antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela memutuskan untuk membunuh Birch
• Nov 1875 Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Sepuntum, Dato’ Sagor, dan Pandak Indut telah membunuh Birch
• British menyerang Pasir Salak tetapi kalah . Akhirnya dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong British berjaya menawan Pasir Salak
• Kesannya:i. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya dihukum gantung
sehingga matiii. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang ke pulau
Seychelles, Raja Ismail dibuang ke Johor
Dato’ Maharaja Lela
Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
• Beliau ialah pembesar Temerloh• Hilang hak mengutip cukai• Menentang E. A. Wise kerana mendirikan balai polis di Lubuk Terua di wilayahnya
tanpa berbincang• British ( Hugh Clifford) meminta Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’
Bahaman• 1891 beliau menentang British dan British memaksa sultan menubuhkan
pasukan tentera untuk menawan 11 kubu Dato’ Bahaman di Bentong• 1892 pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu• Di Terengganu Ulama Tok Ku Paloh meminta pejuang Pahang berjihad
menentang British• 1894 pejuang Pahang menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai- akhirnya
ditawan oleh British• Kesannya British menanggung hutang yang banyak dan Sultan Ahmad dipaksa
membayar 7200 dolar setahun untuk menyelesaikan hutang tersebut
Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
Mat Salleh menentang SBUB
• Mat Salleh sebagai pembesar di Sungai Sugut• Pejuang jihat menentang SBUB• Peraturan British seperti buruh paksa, cukai beras, lesen, dan
perahu membebankan rakyat• 1895 Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan
berunding dengan Gabenor Beaufort iaitu C. V. Creagh tentang masalah cukai dan tindakan keras pegawai SBUB tetapi gagal
• Perkampungan Mat Salleh dibakar dan dianggap mengancam SBUB
• Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan mendirikan kubu di Ranau. Mat Salleh juga menyerang Ambong
Perundingan 1898 antara Mat Salleh dengan Cowie, Pengarah urusan SBUB
• Mat Salleh dan pengikutnya diampuni• Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah
Tambunan• Mat salleh perlu melaporkan pergerakannya
kpd SBUB• Penduduk Inanam yang melarikan diri
dibenarkan balik semula
• 1899 SBUB telah mungkiri janji dan mengambil alih Tambunan
• Mat Salleh rasa tertipu dan meneruskan penentangan tetapi akhirnya terbunuh 1900
• Perjuangan beliau diteruskan oleh Kamunta dan Mat Sator
Mat Salleh menentang SBUB
Antanom Pahlawan Anak Rimba
• Antanom ialah pemimpin orang Murut• Antara faktor-faktor perjuangan menentang SBUB ialah cukai yang
membebankan (cukai tangkapan ikan besar dan memelihara anjing satu dolar seekor). Cukai sebatang pokok kelapa dan minuman tuak 25 sen. Cukai kepala satu dolar seorang
• SBUB tidak membenarkan pembukaan tanah baru .• SBUB memaksa orang Murut membina jalan raya tanpa upah• SBUB menzalimi keluarga dan melanggar kepercayaan
( pencerobohan hutan mengganggu roh nenek moyang)• Mac 1915 Antanom menyerang Persiangan dan bangunan kerajaan
dibakar• Julai 1915 SBUB menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit,
Antanom dan 400 orang pengikutnya terkorban
Kesan penentangan
• Tinadakan tegas terhadap pengikut Antanom, 8 orang kanannya dibuang ke Daerah Kudat
• Orang Murut berpindah ke Kalimantan kerana bersumpah tidak mahu taat setia kepada SBUB
Antanom Pahlawan Anak Rimba
Tok Janggut pejuang jihad
• Kebangkitan berlaku di Pasir Puteh• British mewajibkan petani membayar cukai tanah yang membebankan• British juga mengenakan cukai baru ke atas kelapa, sirih, pinang dan kerbau• Pembayaran cukai menyukarkan kerana pejabat cukai terletak jauh di bandar• Menyahut seruan jihad kerajaan Turki Uthmaniyah menentang British• 1915 berlaku perbalahan apabila Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut• Tok Janggut dan pengikutnya menyerang dan menawan Pasir Puteh. Ungku Besar
Jeram , Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
• British menawarkan 500 dolar ke atas penangkapan Tok Janggut dan pengikutnya. Rumah tok janggut dibakar. Dalam pertempuran tersebut Tok Janggut terkorban. Mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Baharu dan digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam.
• Akhirnya dikebumikan di Pasir Puteh• Peristiwa ini menyemarakkan semangat juang menentang penjajah.
Haji Mat Hassan/ Tok Janggut
Haji Abdul Rahman Limbong pejuang tani
• Beliau membela nasib petani• Pengenalan pas kebenaran membuka tanah
bercucuk tanam, mengutip hasil hutan yang membebankan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk
• Pengaruh pemimpin agama membawa kepada perjuangan
• Peraturan pendaftaran tanah baru $2.50 setiap orang
• Penguatkuasaan undang-undang binatang buas.
• 1922 menentang peraturan baru di Kuala Telemong, petani membersihkan tanah tanpa pas kebenaran
• 43 orang petani telah ditangkap British dan dibicarakan di mahkamah• Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam menegaskan tanah
adalah hak Allah dan bukan hak negeri. Akhirnya petani dibebaskan• 1925- di Kuala Telemong- 300-500 petani membersihkan 200 ekar tanahmilik
tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan• British mendesak Sultan Sulaiman agar mengambil tindakan terhadap Haji
Abdul Rahman Limbong • 1928 British mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang
enggan membayar cukai• 1000 orang petani berhimpun mengisytiharkan perang ke atas British. Petani-
petani menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pertempuan berlaku dan Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut petani
Haji Abdul Rahman Limbong
Yamtuan Antah mempertahankan Seri Menanti
• Berkuasa di Seri Menanti 1875• Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana
menandatangani perjanjian dengan British • Beliau tidak bersetuju dengan campurtangan British dan perlantikan Kapten
Tatham di Sungai Ujong yang menggugat kedudukannya• Beliau tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pembesar Sungai Ujong• Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya• Pertempuran tercetus- 1875 Yamtuan Antah menawan Paroi tetapi
dikalahkan oleh British dengan bantuan NNS• Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor, Yamtuan Antah berdamai dengan
British (William Jervois, Gabenor NNS)• Melalui rundingan dengan British, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti• Kesannya British dapat meluaskan kuasanya ke seluruh Negeri Sembilan
Yamtuan Antah
Perkembangan kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu
• Perkembangan negara luari. Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah- Gerakan
Pan –Islamii. Gerakan Islah di Mesiriii. Revolusi China di bawah pimpinan Dr, Sun Yet Seniv. Kejayaan jepun mengalahkan Rusia 1905v. Perjuangan Jose Rizal di Filipinavi. Perjuangan Mahatma Gandhi di Indiavii. Kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia di
bawah pimpinan Soekarno
Gerakan Islah
• Dipelopori oleh orang Melayu yang berpendidikan di Timur Tengah khasnya Mesir
• Pelajar di universiti Al- Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam di Timur Tengah. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
• Seruan Al- Iman meminta orang Melayu berpeganng kepada Al- Quran dan Hadis
• Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui Suara Benar dan Lidah Benar
Intelektual Mematangkan Perjuangan
• Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripada guru-guru lepasan MPSI yang menjadi pemimpin masyarakat
• Golongan berpendidikan Inggeris memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
Perjuangan nasionalisme melalui penulisan
• Akhbar dan majalah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu antaranya majalah Lembaga Melayu, Pengasuh, Majalah Guru, Al-Ikhwan, Saudara , Warta malaya, fajar Sarawak, Majlis dan Utusan Melayu
• Perjuangan nasionalisme juga dihasilkan melalui penulisan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen
• Syed Sheikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad
Kesepakatan menjamin keutuhan
• Orang Melayu menubuhkan pertubuhan untuk kepentingan perjuangan mereka
• Pada peringkat awal pertubuhan bersifat kenegerian• Pertubuhan tersebut dianggotai oleh orang Melayu
berpendidikan Inggeris – perjuangan bersifat sederhana.• 1926 Kesatuan Melayu Singapura- Mohammad Eunos
Abdullah• 1938 Kesatuan Melayu Muda- Ibrahim Haji Yaakub• KM Perak, KM P.Pinang, KM Melaka, KM Selangor, KM
Pahang dll
• Terima kasih