7/30/2019 Pentafsiran r.i
1/24
DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Seterusnya, maklumat yang diperolehi hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut
peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan
pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir
pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,
lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Pentaksiran adalah
proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal
selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.(Akta 550) Penaksiran mengikut Ronald L.
Taylor ( 2000 ) merujuk kepada proses mengumpul maklumat yang berkaitan untuk membantu
individu membuat keputusan. Menurut Raymond (2000) pula penaksiran digunakan sebagai alat
membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas atau
pun tidak. Manakala David Lambert & David Lines (2000) menyatakan penaksiran adalah
proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon
pelajar kepada tugas pendidikan. Sementara itu , Mc Cluhan ( 1994 ), mendefinisikan
pentaksiran adalah satu proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan
bertujuan untuk membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan
peruntukan perkhidmatan khas. Manakala Pierangelo, R. & Giuliani, G. (2006) pula menyatakan
penaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan mengintepretasikan data untuk
tujuan keputusan intervensi dan penempatan pelajar-pelajar khas. Pentaksiran memberikan
murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut
peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan
pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir
pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,
lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data
tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk
1
7/30/2019 Pentafsiran r.i
2/24
penempatan. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan,
potensi murid bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan perkembangan mereka serta
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan
potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
KONSEP PENTAKSIRAN
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Mengikut pakar
dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya
Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran ialah
satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang diperolehi menjadi bukti tentang prestasi pelajar
dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman ialah proses pertimbangan tentang
pencapaian pendidikan pelajar. Seterusnya produk yang dihasilkan ialah pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Pentaksiran ialah
satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek
pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.
Secara kesimpulannya, penaksiran boleh merujuk kepada satu proses yang sistematik dalam
mengumpul data dan maklumat, menterjemah, merekod dengan menggunakan alat dan teknik
yang tertentu dalam membuat keputusan berkaitan dengan matlamat dan objektif yang
bersesuaian, strategi pengajaran dan program penempatan serta sebagai satu alat untuk
membuat klasifikasi bagi menentukanseseorang individu itu berkeperluan khas atau sebaliknya.
2
7/30/2019 Pentafsiran r.i
3/24
TUJUAN PENTAKSIRAN
Pelaksanaan pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Pentaksiran bertujuan untuk
mendapatkan gambaran mengenai prestasi seseorang dalam pelajaran. Ini bermakna
pentaksiran dapat membantu para guru untuk melihat pencapaian pelajar mereka dalampelajaran. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh yang paling ketara ialah melalui peperiksaan.
Pentaksiran juga bertujuan bagi mengesan keberkesanan pengajaran dan menjalankan
tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Selain itu, pentaksiran juga membantu guru
dalam merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan
murid serta mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.Tambahan lagi pentaksiran
digunakan bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa
ke semasa dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Pentaksiran
merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran juga merupakan satu
proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu
subjek atau aktiviti pembelajaran dengan menjalankan aktiviti pentaksiran ini secara berterusan.
Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini dapat membantu guru melihat tahap
keberkesanan aktiviti yang dijalankan ke atas murid. Pentaksiran turut menyumbang maklumat
secara berterusan mengenai P&P seseorang guru tersebut. Melalui maklumat yang diperolehi,
ianya dapat membantu guru untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan kepada murid.
Tujuan seterusnya adalah untuk membantu guru merancang aktiviti P&P yang lebih
tersusun dan sistematik dan bersesuaian dengan keupayaan murid tersebut. Pentaksiran juga
membolehkan guru merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang lebih
berkesan. Ini dapat dilaksanakan setelah tujuan yang dinyatakan sebelum ini mencapaiobjektifnya.
Dalam konsep pentaksiran, terdapat tiga komponen penting iaitu pengujian, penilaian
dan pengukuran. Tiga istilah ini sering disilap taksir oleh sesetengah individu. Ketiga-tiga istilah
3
7/30/2019 Pentafsiran r.i
4/24
tersebut mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti.
Para guru perlulah memahami perbezaan diantara ketiga-tiga istilah tersebut.
Pengujian merupakan satu proses penyerahan satu set terpiawai soalan-soalan yang
perlu dijawab atau instrumen bagi mengukur satu sampel tingkah laku atau perubahansebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu. Pengujian merupakan satu
kaedah dalam pengukuran dan dijalankan secara sistematik. Pengujian boleh dilakukan untuk
menilai tingkah laku seseorang individu. Pengujian boleh dilakukan sebelum, semasa dan juga
selepas waktu P&P.
Ujian yang diberikan sebelum proses P&P bertujuan untuk mengumpul maklumat
tentang tahap pelajar mengetahui sesuatu pengetahuan tersebut. Ini bertujuan untuk
membanding beza hasil pelajaran pada hari tersebut. Ujian secara lisan atau bertulis sering
menjadi pilihan untuk diberikan oleh guru kepada pelajar sewaktu P&P sedang berjalan. Ujian ini
adalah bertujuan untuk mengetahui kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar.
Pengukuran mengambarkan konsep yang lebih luas jika dibandingkan dengan
pengujian. Pengujian merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam aspek pengukuran.
Pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diberi iaitu
pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan
satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor
untuk mewakili maklumat yang diperolehi dengan ringkas dan mudah.
Pengukuran merupakan sesuatu ciri yang dapat dilaksanakan walaupun tanpa
pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah
contoh di mana maklumat boleh diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian.
Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Maklumat yang diperolehi haruslah
sah dan terbukti benar merupakan satu syarat yang amat penting dalam pengukuran.
Aspek ketiga iaitu penilaian. Penilaian telah didefinisikan dengan pelbagai maksud. Terry
D. TenBrink (1974:8) menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan. Stufflebeam et. al. (1971) menyatakan penilaian sebagai the
process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives.
4
7/30/2019 Pentafsiran r.i
5/24
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah
mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian
berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa
atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran
spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.
PRINSIP PENTAKSIRAN
Terdapat lima prinsip bagi pentaksiran. Prinsip pertama ialah skor. Pentaksiran memerlukan
suatu alat atau secara tepat lagi bahan yang boleh dijadikan panduan semasa melakukan
proses pentaksiran. Skor biasanya diperolehi daripada hasil dapatan ujian akedemik pelajar.
Ujian akedemik tersebut boleh terdiri daripada ujian lisan, amali mahupun ujian bertulis. Skor ini
akan menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Melalui skor ini, para pentaksir akan
mendapat hasil pentaksiran yang berlandaskan skor pelajar tesebut. Kelemahan atau kelebihan
pelajar dapat dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi daripada skor tersebut.
Prinsip yang kedua ialah instrumen. Instrumen di sini membawa maksud alat yang
digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut. Instrumen ini dapat
membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi. Sebagai
contoh, alat ini boleh terdiri daripada borang soal selidik mahupun sebagainya.
Prinsip yang ketiga ialah kumpulan yang mentaksir. Jika di sekolah, kebiasaannya
kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang bersekolah di sekolah tersebut. Murid-murid ini
akan ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan mahupun pencapaian semasa mereka.
Murid-murid amat penting dalam proses pentaksiran kerana tanpa mereka , maka tiada bahan
atau sasaran yang ditaksir. Ini kerana hasil pentaksiran akan digunakan untuk kebaikan pelajar
juga.
Prinsip seterusnya ialah respon iaitu daripada kumpulan yang ditaksir. Tindakbalas
diperolehi daripada pelajar yang ditaksir. Tindakbalas yang dimaksudkan boleh dikategorikan
dari segi pencapaian. Ini kerana apabila hasil pentaksiran diperolehi, para guru akan meneliti
hasil tersebut dan seterusnya akan membuat tindakan susulan daripada hasil tersebut.
5
7/30/2019 Pentafsiran r.i
6/24
Perubahan dapat dilihat dari segi pencapaian pelajar pada pentaksiran yang akan dilakukan
seterusnya.
Prinsip yang terakhir ialah kumpulan yang mentaksir. Bagi melaksanakan proses
pentaksiran memerlukan satu kumpulan yang dapat melakukan tugas menjalankan prosespentaksiran ke atas kumpulan yang ditaksir. Kumpulan ini amat penting dalam proses ini, kerana
tanpa kumpulan ini, proses pentaksiran tidak akan dapat dijalankan seperti yang dirancang.
PENILAIAN PENDIDIKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), padaasasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran
dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses
sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan
kuliah dan makmal dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih
dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan
terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran
terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun,
perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran
pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian
terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal
dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.
Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif
dan tidak kukuh.
Terdapat beberapa jenis ujian iaitu yang pertamanya ialah ujian formatif. Ujian formatif
dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang
6
7/30/2019 Pentafsiran r.i
7/24
pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh pengajar untuk
menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan
jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek). Contoh ujian
jenis ini adalah seperti kuiz-kuiz pendek yang diadakan di akhir setiap topik pengajaran. Rujuk
instrumen ujian jenis ini pada Lampiran 1.
Kedua ialah ujian sumatifdigunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam
keseluruhan pembelajaran. Ujian sumatif merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk
menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran yang telah diajar dalam jangkamasa
panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Ujian sumatif biasanya dilakukan
pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan
penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya
lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahanawal pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang digunapakai di IPTA bagi ujian jenis
ini boleh dilihat di ruangan Lampiran 2
Penilaian juga dapat dilakukan melalui pemerhatian, penilaian melalui pemerhatian
adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan
sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran
yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar. Tujuan utamanya adalah
untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses
tersebut.
Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur
pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah
ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin
diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu
panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang
perlu dilakukan. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang
diperlukan atau ditentukan bagi membantu pendidik dalam mendapatkan maklumbalas tentang
keberkesanan P&P dimana ia meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor. Selain itu juga,
boleh menggunakan senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil. Pemerhatian berlaku
antara pendidik, dan antara pelajar dengan pelajar dan pemerhatian juga dibuat oleh pendidik
terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi
7
7/30/2019 Pentafsiran r.i
8/24
persekitaran. Antara perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian ialah kualiti
pemerhatian, bentuk perancangan, merekod penilaian pemerhatian, jenis pemerhatian, strategi
pelaksanaan dan akhir sekali fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Pertamanya ialah kualiti pemerhatian, seorang pendidik mestilah berpengetahuanmendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. Pendidik juga perlu
peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan serta yakin dengan keputusan yang
dibuat dan keputusan yang diambil. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang
diambil terhadap sesuatu perkara serta tekad dan stabil dalam penilaiannya. Kemudian
perancangan hendaklah dibentukdengan sebaiknya seperti menyediakan alat yang relevan dan
menentukan kaedah untuk mentadbirnya, menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod
dan melapor dan merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian. Ketiga pula ialah merekod penilaian pemerhatian. Rekodpemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari
segi pendekatan, yang pertamanya kaedah individu atau berkumpulan sebagai contoh semasa
menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu
direkod dengan jelas. Kedua ialah menjalankan tugasan seperti cara individu mengendalikan
tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat. Ketiga cara merekodkan
dapatan dan rumusan seperti dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang
betul dan akhir sekali tindakan susulan dimana rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan
tindakan susulan hasil yang akan dicapai.
Seterusnya ialah rekod anekdot. Rekod anekdot boleh digunakan untuk menilai
kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti kecekapan linguistik (bidang
bahasa), kecekapan muzik, kecekapan (body khanisthetic), kecekapan intrapersonal dan akhir
sekali kecekapan interpersonal. Pertama kecekapan linguistik merupakan keupayaan
menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu, untuk menambat hati, menyakinkan dan
merangsang. Kedua ialah melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentuseperti keupayaan
memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan
kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang. Ketiga iaitu muzik, keupayaan
mencipta muzik dan mengubah lagu. Kecekapan (body khanisthetic) iaitu berkemahiran sukan,
seni lakon, seni tari atau seni lukis. Selain daripada itu juga kecekapan intrapersonal adalah
antara salah satu elemen penting dalam penilaian melalui pemerhatian yang membawa maksud
keupayaan memahami perasaan dan emosi diri dan juga kecekapan interpersonaliaitu
keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
8
7/30/2019 Pentafsiran r.i
9/24
Terdapat pelbagai jenis pemerhatian dan setiap jenis mempunyai tujuan dan aspek
tersendiri yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). Pertama, melaporkan apa saja
yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. Keduanya ialah memerhati apa-apa yang
telah dirancang dan secara open ended. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan dan
terakhir ialah memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
berterusan. Seterusnya ialah strategi pelaksanaan. Strategi ini telah disusun secara
berperingkat-peringkat. Pertamanya ialah pelaksanaan dilakukan secara berterusan mengikut
keperluan yang telah dikenalpasti dan dirancang. Setiap pemerhatian yang dilakukan haruslah
menggunakan senarai semak. Mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dan
jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan. Menerima maklum
balas daripada pendidik dan pelajar serta refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan
sebagai pemerhatian. Akhir sekali ialah fungsi kaedah pemerhatian. Pendidik berpeluang
memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Selain daripada itu juga,
penilaian kendiri terhadap keberkesanan P&P sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah
cara dan pendidik dapat dibuat.
Seterusnya kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran. Dalam usaha menggalakkan
pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak
dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan
juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedahyang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. Kontrak
Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan
atau kontrak yang dibuat di antara pendidik dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung
dengan sesuatu tugasan, secara bertulis. Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang
berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu bentuk akhir tugasan yang
dihasilkan, bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan samaada dilakukan secara secara
individu atau berkumpulan. Input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat, tempoh
masa dan bila tugasan itu perlu disiapkan juga hendaklah dikenalpasti. Akhir sekali, konsekuenyang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya,
penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu
kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.
9
7/30/2019 Pentafsiran r.i
10/24
Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan
syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria
di atas. Kriteria ini ditetapkan agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. Fungsi
kontrak pembelajaranamat penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap
keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan
objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil
untuk mencapai matlamat tersebut, menetapkan jangka masa pelaksanaan dan
penghasilannya, mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai,
menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan
akan dinilai. Selain daripada itu juga, menentukan matlamat pembelajaran masing-masing
mengikut minat dan keupayaan sendiri dan menghasilkan kerja yang terancang. Akhir sekali
membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya
iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.
Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar
dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan. Antara cara-cara
penggunaan kontrak pembelajaran ialah dengan adanya penilaian objektif tugasan.Objektif
ditentukan oleh pendidik sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya, atau pelajar
boleh memilih pilihan objektif yang bersesuaian, ataupelajar merangka beberapa objektif, dan
kemudiannya akan dipersetujui. Keduanya ialah hasil pembelajaran,pelajar yang berkenaan
bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran dalam membentuk tugasannya sama ada
dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dan sebagainya. Selain daripada itu juga, jenis
atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru/pendidik. Ketiga ialah
penilaian, dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan, dan sistem
penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan atausistem
penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh
pendidik ataugred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara pendidik dan pelajar
tersebut. Berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu, penilaian dibuat oleh individu
berkenaan dan rakan sebaya. Pendidik hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin
kesahan dan kebolehpercayaannya. Pendidik juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya
mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan sahaja.
Akhir sekali ialah format atau bentuk, keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh
dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang
terlibat. Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal, yang
10
7/30/2019 Pentafsiran r.i
11/24
prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak
yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga
boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. Seperkara lagi, dalam kontrak
pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal
oleh pendidik agar kesahannya tidak terjejas. Selain itu juga, bagi setiap kontrak pembelajaran,
senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga
dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan,
ataupun ditetapkan dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum
mematrikan kontrak tersebut. Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus,
tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat. Akhir sekali, untuk
membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan
dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula
kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam
proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan
dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini
kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya,
tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu
dibuatnya.
Keempat ialah penilaian melalui ujian atau soal jawab. Penilaian seharusnya memberi
peluang kepada pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan
pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar,
penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara
supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh
mengambil ujian yang sama. Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan
kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat
dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai
ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui
kaedah bukan ujian seperti pemerhatian, portfolio, projek dan sebagainya.
Seterusnya ialah perancangan ujian, aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa
menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan
celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk
mengambil peperiksaan seterusnya. Sebelum mentadbirkan ujian, perancangan perlu diambil
kira supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh
11
7/30/2019 Pentafsiran r.i
12/24
dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif. Sebagai contoh, langkah 1 dengan
mengetahui tujuan ujian. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar kemudian
menilai kemahiran prasyarat dan menilai tahap penguasaan ilmu dan merancang program
pemulihan dan pengayaan. Manakalalangkah 2 mengenai bidang yang dinilaiiaitu aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.
Kelima ialah penilaian melalui projek, penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang
memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran
dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989). Terdapat beberapa ciri-ciri penilaian projek yang dapat
dikenalpasti sebagai contoh projek atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual,
kinestetik). Selain daripada itu juga penilaian melalui projek menggunakan jangka panjang untuk
menyiapkannya dan dapat menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar bukan semata-
mata pada teori tetapi dipraktikkan juga. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaianalternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar. Selain dari apa yang dinyatakan pelajar
dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara
berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Dalam menjayakan
penilaian melalui projek dapat kita lihat dimana pelajar boleh menjalankan tugasan secara
individu atau berpasukan, sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran dan
guru juga berpeluang menilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran
merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
Penilaian melalui projek juga dapat memberi peluang kepada pelajar menunjukkan
kebolehan mengkaji atau membentukkan sesuatu perkara dan pelajar sendiri melaksana dan
menghasilkan sesuatu. Selain daripada itu juga pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan
pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah.
Antara jenis-jenis penilaian projek ialah latihan dan soalan open-ended untuk pelajar
meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan). Selain daripada itu Extended tasks
assignmentiaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
Selain daripada apa yang dinyatakan, portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang
membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi
sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
12
7/30/2019 Pentafsiran r.i
13/24
Kaedah penilaian terakhir ialah penilaian melalui kertas kerja merupakan hasil usaha
tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan
atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar (Abd Rahman Abd Rashid,1996). Kertas
kerja juga dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan
penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Menurut kamus dewan edisi
keempat pula kertas kerja membawa maksud markalah bertulis yang mengandungi
perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.
Diantara ciri-ciri kertas kerja ialah hendaklah memenuhi tema dan objektif program dan
kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan. Selain daripada itu, panjang
setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah perkataan dan setiap muka surat kertas kerja
hendaklah diberi nombor. Muka surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama
penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis. Selain dari apa yang dinyatakan,setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama dan jangan
menggunakan singkatan dalam penulisan. Serta setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.
DEFINISI, KONSEP DAN CIRI ROHANI
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang
berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanandengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata
kasar. Menurut Macmillan Dictionary, spiritual is related to your spirit instead of the physical
world
Konsep rohani
Rohani merangkumi beberapa ciri iaitu menyedari akan kewujudan Pencipta di dunia ini,
menyemaikan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberian dan kurniaan
Pencipta dan memiliki akhlak dan disiplin diri yang tinggi.
DEFINISI, KONSEP DAN CIRI INTELEK
13
7/30/2019 Pentafsiran r.i
14/24
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, intelek membawa maksud kemampuan (daya)
berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Mengikut Macmillan Dictionary,
intellect is the ability to think in an intelligent way and to understand difficult or complicated
ideas and subjects
Konsep Intelek
Intelek meliputi beberapa ciri iaitu keupayaan untuk membaca, menulis dan mengira
(3M), berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, berusaha memperkembangkan daya
pemikiran dengan mengkaji, mencari dan menganalisa serta mengemukakan idea-idea yang
bernas dan seterusnya mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dengan
memperkembangkannya untuk manfaat masyarakat seluruhnya.
Contoh pentaksiran atau penilaian yang digunapakai di IPTA
Prinsip Pentaksiran Pengajian Politeknik
1. Pengenalan
Pentaksiran pengajian politenik adalah proes penilaian hasil pembelajaran pelajar dari segi
pengetahuan dan kemahiran termasuk kemahiran insaniah. Tujuan utama pentaksiran
merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), untuk member maklumbalas
kepada pelajar dan pensyarah bagi tujuan memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
b) Pentaksiran terhadap pembelajaran (assessment of learning) untuk mengukur apa dan
sejauh mana yang telah dipelajari oleh pelajar, dan seterusnya boleh digunakan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran kursus dan program.
c) Pentaksiran untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan jaminan kualiti dan akauntabiliti
sistem pengajian politeknik.
2. Prinsip-prinsip Pentaksiran
2.1 Pentaksiran yang mempunyai nilai kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan pentaksiran menitikberatkan kepada pentaksiran yang tepat yang
sentiasa memberikan hasil keputusan yang sama. Ini melibatkan proses
14
7/30/2019 Pentafsiran r.i
15/24
penggubalan dan penyaringan soalan,pemarkahan,penggredan dan moderasi
pentaksiran yang jelas dan selaras.
2.2 Pentaksiran yang mempunyai nilai kesahan
Kesahan memastikan aktiviti dan criteria pentaksiran yang dilaksanakan dapat
mengukur hasil pembelajaran yang berkesan dan relevan.
2.3 Maklumat mengenai pentaksiran yang telus dan mudah dicapai
Maklumat yang jelas, tepat dan seragam mengenai aktiviti dan prosedur pentaksiran
disediakan dan disampaikan kepada pelaajar, pensyarah dan penilai luar dalam
jangka masa yang ditetapkan.
2.4 Pentaksiran yang adil dan fleksibel
Politeknik memastikan aktiviti dan prosedur pentaksiran dilaksanakan tanpa
mendiskriminasikan mana-mana individu samada berlainan etnik,kaum,jantina atau
orang kurang upaya malah dapat memenuhi keperluan setiap individu.
2.5 Pentaksiran yang memenuhi matlamat program dan hasil pembelajaran
Aktiviti pentaksiran yang disediakan merangkumi domain-domain pembelajaranberikut :a) Pengetahuan
b) Kemahiran praktikal
c) Kemahiran komunikasi
d) Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
e) Kemahiran sosial dan tanggungjawab
f) Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
g) Kemahiran keusahawanan
h) Profesionalisme,etika dan moral
i) Kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan
2.6 Pengurusan jadual pelaksanaan dan bilangan aktiviti pentaksiran yang
terancang
15
7/30/2019 Pentafsiran r.i
16/24
Pengurusan jadual pelaksanaan dan bilangan aktiviti pentaksiran yang terancng dan
teliti menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran yang sah dan bolehpercaya tanpa
membebankan pensyarah mahupun pelajar.
2.7 Pentaksiran formatif dan sumatif terangkum dalam setiap tahap dan program
Pentaksiran formatif merupakan penilaian yang dilaksanakan secara berterusan
sepanjang tempoh pengajian dan pentaksiran sumatif merupakan penilaian di akhir
suatu tempoh tertentu bagi menilai pencapaian hasil pembelajaran pelajar.
2.8 Maklumbalas merupakan antara bahagian utama proses pentaksiran
Maklumbalas yang jelas, lengkap dan terperinci bagi setiap aktiviti pentaksiran
disediakan dan disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang ditetapkan.
2.9 Setiap program/tahap merangkumi pelbagai kaedah pentaksiran
Pelbagai kaedah pentaksiran dirancang dan dilaksanakan untuk menghasilkan
aktiviti pembelajaran yang berkesan dan pengukuran hasil pembelajaran yang
sewajarnya.
2.10 Kawalan plagiat melalui rekabentuk aktiviti pentaksiran
Plagiat dikawal dan diminimumkan melalui rekabentuk dan pemantauan aktivti
pentaksiran yang teliti.
Prinsip Pentaksiran Di Universiti
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan Negara adalah untuk
menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal
berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu,aktiviti pengajaran dan
pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain
utama iaitu kognitif(pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif dan sosial. Justeru,
penerapan kemahiran insaniah (KI) dalam kurikulum di IPTA amat perlu bagi melahirkan
mahasiswa bersifat insan kamil yang seimbang dari aspek rohani mahupun intelek.
Kemahiran Insaniah (soft skills) dalam kalangan mahasiswa bukan lagi merupakan isu
baru.Malah ia sudah pun menjadi isu global.Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan telah
menjadikan elemen Kemahiran Insaniah semakin diperlukan. Keazaman terhadap
pembangunan kemahiran insaniah pelajar telah menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft-skills) untuk Institusi Pengajian
16
7/30/2019 Pentafsiran r.i
17/24
Tinggi Malaysia sebagai rujukan kepada IPT di Malaysia. Berteraskan tujuh kemahiran insaniah
yang wajib dimiliki, melalui pendekatan terapan dan matapelajaran mandiri dalam aktiviti formal
pengajaran dan pembelajaran. Secara lebih meluas, terapan kemahiran insaniah dibangunkan
melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan perancangan serta pelaksanaan program
pelajar.(Kementerian Pengajian Tinggi,2006)
Definisi Kemahiran Insaniah (KI)
Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills. Walaubagaimanapun,
soft skills adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai
mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif.(http://en.wikipedia.org/wiki/soft
skills.capaianpada 12 Jun 2008).
Elemen KI untuk IPT ditentukan berdasarkan kepada pandangan pakar, kajian dan pandangan
IPT yang telah melaksanakannya.Tujuh elemen utama telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT
merangumi kemahiran berkomunikasi, pemikian kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.(KPT, 2006)
Kini, KI tidak lagi dianggap kurikulum tersembunyi yang dilaksanakan secara selektif
berdasarkan pertimbangan individu. Ia perlu dilaksanakan secara nyata dan ditaksir mengikut
17
http://en.wikipedia.org/wiki/soft%20skills.capaianhttp://en.wikipedia.org/wiki/soft%20skills.capaianhttp://en.wikipedia.org/wiki/soft%20skills.capaianhttp://en.wikipedia.org/wiki/soft%20skills.capaianhttp://en.wikipedia.org/wiki/soft%20skills.capaian7/30/2019 Pentafsiran r.i
18/24
sistem pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Integrasi KI perlu
dilaksanakan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain daripada berasaskan program
sokongan dan berasaskan kehidupan di kampus. Contoh modul yang digunapakai di UiTM bagi
penerapan kemahiran insaniah dalam kurikulum pengajian pelajar boleh dirujuk pada Lampiran
3.
Terapan KI boleh dilakukan menerusi lima kaedah penyampaian iaitu, kuliah, kajian kes, viva,
kerja makmal dan kerja kumpulan.
Pentaksiran kemahiran insaniah
Pembangunan kemahiran insaniah adalah satu proses berterusan. Kemahiran insaniah
perlu ada pada semua mahasiswa sepertimana yang digariskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT, 2006) adalah developmental objectives (Gronlund, 1973) dan merupakan
kemahiran-kemahiran yang terus berkembang sepanjang hayat. Oleh itu, prosedur pentaksiran
yang paling sesuai adalah berdasarkan penilaian berterusan. Penilaian berterusan mempunyai
beberapa kelebihan, iaitu:
lebih adil kepada pelajar yang dinilai.
menghasilkan kesan washback yang lebih baik kerana pelajar akan sentiasa
menitikberatkan perkembangan kemahiran insaniah.
membolehkan pihak berkenaan memantau pencapaian pelajar dan mengambil tindakan
remedialjika perlu.
Prosedur Pentaksiran
Secara keseluruhannya, penilaian boleh dilakukan di sepanjang pengajian pelajar di
Universiti .Prestasi atau tahap pencapaian setiap pelajar akan dinilai pada setiap semester mulai
semester pertama. Penilaian akan dilakukan oleh:
1. Pensyarah/jurulatih/tutor yang mengajar kursus yang diikuti oleh pelajar pada semester itu.
2. Pegawai universiti yang mengendalikan aktiviti yang disertai pelajar pada semester itu.
Penilaian itu akan dibuat pada penghujung semester dan setelah semua aktiviti dijalankantamat. Pencapaian yang diperolehi setiap pelajar akan direkodkan secara online dan slip
keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan sesebuah universiti. Penilaian
pencapaian kemahiran insaniah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, Memuaskan, Baik,
dan SangatBaik . Mata gred 1, 2 dan 3 akan diberi berdasarkan tahap pencapaian.
18
7/30/2019 Pentafsiran r.i
19/24
( Penilaian yang diberikan ini adalah cadangan daripada penulis dan pihak universiti bebas
menggunakan kaedah pentaksiran tersendiri)
Tindakan Kuratif
Jika prestasi seseorang pelajar adalah kurang memuaskan, pelajar itu akan diwajibkan
menghadiri kursus atau bengkel mandiri yang diadakan khas oleh pihak universiti untuk
membantu pelajar mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran insaniah.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melaksanakan Program Bakti Siswa Perdana. Oleh itu
satu kajian telah dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan
kemahiran insaniah.
Dapatan kajian menunjukkan, pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap Program Bakti
Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga
mendapati bahawa elemen berkomunikasi dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi
pelajar berbanding elemen-elemen yang dikemukakan.
Dalam konteks ini, Program Bakti Siswa Perdana yang telah dilakukan di UniMAP telah
berupaya meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terutamanya kemahiran seperti
berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan serta pemikiran kreatif (Hanum Hassan et. Al,
2008)
19
7/30/2019 Pentafsiran r.i
20/24
Lampiran 1
Contoh soalan-soalan kuiz pendek di akhir setiap bab pengajaran bagi subjek Pendidikan Moral
Di Universiti.
20
7/30/2019 Pentafsiran r.i
21/24
Lampiran 2
Contoh kertas soalan akhir semester bagi subjek Asas Pendidikan Jasmani,Kesihatan &
Kokurikulum.
21
7/30/2019 Pentafsiran r.i
22/24
Lampiran 3
Contoh Modul Kemahiran Insaniah yang diguna pakai oleh UiTM
22
7/30/2019 Pentafsiran r.i
23/24
Rujukan
David Lambert & David Lines (2000) - Lambert, David & Lines, David (2000) Understanding
Assessment: Purposes, Perceptions, Practise London: Routledge Falmer
David Payne (2003)Applied Educational Assessment
Gronlund, N.E (1973). Preparing criterion-referenced test for classroom instruction, New York:
Macmillan
Hanum Hassan, Razli Ahmad, Lt. Kol. (B) Azzudin Bahari.(2008) Kemahiran Insaniah dan
Kepentingannya dalam program BaktiSiswa Perdana UniMAP
http://en.wikipedia.org/wiki/soft_skills ( 12 Jun 2008)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah
(SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kemeterian Pengajian Tinggi Malaysia, (2006). Perangkaan sepintas lalu pengajian tinggi 2005.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
L. Thorndike and E. P. Hagen. Measurement and evaluation in psychology and education. (4th
edition) New York: Wiley, 1977
Pierangelo, R. & Giuliani, G. (2006). Learning disabilities: A practical approach to foundations,
assessment, diagnosis, and teaching.Boston: Allyn and Bacon.
Ronald L. Taylor (1989),Assessment of Exceptional Students Education, Prentice Hall, Florida
Atlantic University
Stufflebeam, D. et al. 1971. Educational Evaluation and Decision Making. Itasca, Ill:Peackock.
Terry D. Ten Brink.(1974) Evaluation: A practical guide for teachers. McGraw-Hill, Inc.
23
http://en.wikipedia.org/wiki/soft_skillshttp://en.wikipedia.org/wiki/soft_skills7/30/2019 Pentafsiran r.i
24/24
Wiggins, 1989 Wiggins, Grant (1990). The case for authentic assessment. Practical
Assessment, Research & Evaluation,2(2).
24