Top Banner
PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT) Oleh: Anis Sakinah Binti Mohd Abd Rahim Noor Hanisah Binti Abdul Halim PENDAHULUAN Dewasa ini, dunia Islam sering diuji oleh ideologi-ideologi yang menimbulkan konspirasi dan berlakunya salah faham terhadap agama Islam. Munculnya pemikir-pemikir Barat iaitu orientalis yang berusaha memerangi Islam dengan mendalami ilmu al-Quran dan hadis dan seterusnya menjalankan agenda mereka dengan menyelewengkan agama Islam dengan cara pemikiran yang liberal serta membawa pendekatan mentafsir al-Quran secara hermenuetik. 1 Bagi yang mula mendekatkan diri dengan Islam, bahayanya fahaman ini kepada mereka kerana mereka menerima secara terbuka tanpa merujuk ahli a’lim ulama yang lebih faqih tentang ilmu agama. Dan malangnya, mereka yang yang mempunyai jati diri yang lemah ini sangat mengagung-agungkan pemikiran Islam liberal. Tidak boleh 1 Maksud Hermeneutik adalah suatu pendekatan baru dalam pentafsiran al- Quran dikalangan pemikir liberal. Sebenarnya pendekatan Hermeneutik ini digunakan dalam mentafsirkan kitab Bible oleh golongan ahli teologi Yahudi dan Kristian, kerana mereka mendapati Bible banyak kekeliruan dan perlu kepada metode analisis teks yang menekankan pengaruh sosiobudaya dan sejarah. Kesimpulannya , hermeneutic ini digunakan dalam untuk mencari nilai kebenaran Bible dan makna yang dikehendaki pengarangnya. Kaedah inilah yang cuba dilakukan oleh modernis Muslim terhadap al- Quran. Mereka mahu melakukan kritikan terhadap al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh ahli teologi kristian terhadap Bible. . (Tengku Intan Zarina, Mazlan Ibrahim. 2013)
30

PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Apr 23, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEHIRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Oleh: Anis Sakinah Binti Mohd Abd Rahim

Noor Hanisah Binti Abdul Halim

PENDAHULUAN

Dewasa ini, dunia Islam sering diuji oleh ideologi-ideologi

yang menimbulkan konspirasi dan berlakunya salah faham

terhadap agama Islam. Munculnya pemikir-pemikir Barat iaitu

orientalis yang berusaha memerangi Islam dengan mendalami

ilmu al-Quran dan hadis dan seterusnya menjalankan agenda

mereka dengan menyelewengkan agama Islam dengan cara

pemikiran yang liberal serta membawa pendekatan mentafsir

al-Quran secara hermenuetik.1 Bagi yang mula mendekatkan diri

dengan Islam, bahayanya fahaman ini kepada mereka kerana

mereka menerima secara terbuka tanpa merujuk ahli a’lim

ulama yang lebih faqih tentang ilmu agama. Dan malangnya,

mereka yang yang mempunyai jati diri yang lemah ini sangat

mengagung-agungkan pemikiran Islam liberal. Tidak boleh

1 Maksud Hermeneutik adalah suatu pendekatan baru dalam pentafsiran al-Quran dikalangan pemikir liberal. Sebenarnya pendekatan Hermeneutik inidigunakan dalam mentafsirkan kitab Bible oleh golongan ahli teologiYahudi dan Kristian, kerana mereka mendapati Bible banyak kekeliruan danperlu kepada metode analisis teks yang menekankan pengaruh sosiobudayadan sejarah. Kesimpulannya , hermeneutic ini digunakan dalam untukmencari nilai kebenaran Bible dan makna yang dikehendaki pengarangnya.Kaedah inilah yang cuba dilakukan oleh modernis Muslim terhadap al-Quran. Mereka mahu melakukan kritikan terhadap al-Quran sebagaimana yangdilakukan oleh ahli teologi kristian terhadap Bible. . (Tengku IntanZarina, Mazlan Ibrahim. 2013)

Page 2: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

di pandang ringan kerana bahawa fahaman ini semakin serius

merebak kepada pelajar dalam pengajian Islam dan para ilmuan

sendiri. Hal ini menyebabkan orang umum khususnya menjadi

keliru akan ajaran agama Islam yang sebenar.

Liberalisasi agama adalah satu wabak yang merbahaya apabila

ia dilihat sebagai satu tuntutan kepada masyarakat. Tambahan

lagi, disebabkan fenomena ini, para pendakwah khususnya

perlu membekalkan diri dengan kefahaman yang jelas dan

mantap terutamanya dalam memahami maqasid syariah serta

meletakkan nas dan aql ditempat yang sepatutnya bukan

mengikut logik akal semata. Akibat ketidakseimbangan ini,

menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi, telah melahirkan golongan

yang bergantung secara berlebihan terhadap maqasid syari’ah

secara menggugurkan nas-nas di dalam al-Quran dan al-Sunah,

mentakwilkan al-Quran secara berlebihan dengan memegang

kepada mutasyabihat serta meninggalkan muhkamat dalam

menyeru ke arah pembaharuan mengikut perspektif mereka.

(Muhammad Rumaizuddin Ghazali 2012)

Menurut Dr.Marzuki Mohamad (2009) beberapa faktor yangmenyebabkan penyebaran fahaman liberal iaitu;

Pertamanya, Semakin tinggi tahap pendidikan moden dikalangan

masyarakat telah membuka minda golongan terpelajar mencetus

idea-idea yang baru dan moden, terutamanya dari Barat yang

Page 3: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

disalurkan sama ada melalui institusi pendidikan mahupun

media massa.

Kedua, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang

membuka lebih banyak ruang kepada penyebaran dan pertarungan

idea dalam masyarakat. Professor Syed Muhammad Naquib Al-

Attas dalam bukunya Islam and Secularism menggelar fenomena ini

sebagai fenomena ralat ilmu (error of knowledge) bilamana

capaian maklumat yang terlalu pantas dan bebas di alam siber

ini menyebabkan masyarakat tidak dapat membezakan di antara

ilmuan dan bukan ilmuan sebaliknya menerima sesuatu

pandangan berdasarkan retorik dan emosi semata-mata. Fahaman

liberal ini cuba menyamaratakan golongan ulama dan bukan

ulama dalam membahaskan perkara-perkara asas Islam.

Ketiga, realiti masyarakat majmuk di Malaysia menyuburkan

lagi fahaman Islam Liberal yang mendapat dokongan

terutamanya dari masyarakat bukan Islam.

Mutakhir ini, wujudnya gerakan pemikiran liberalisasi satu

badan bukan kerajaan yang semakin berani menyebarkan fahaman

mereka dan mereka juga merupakan badan yang lebih

berpengaruh berbanding gerakan lain yang menggelarkan diri

mereka sebagai Islamic Renaissance Front (IRF) oleh kerana

faktor fahaman mereka yang menuntut kebebasan dan

kesemarataan secara halus dan dalam masa yang sama mereka

Page 4: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

mengambil kesempatan mempromosikan ideologi mereka yang

bersadurkan ayat Quran yang dipetik di luar konteks dan

menumpang nama-nama ilmuan yang ikhlas justeru mencetuskan

pengikut-pengikut dari kalangan muda-mudi dan para ilmuan

itu sendiri yang bersetuju akan fahaman mereka. Oleh itu,

di dalam artikel ini, menyedari akan ancaman daripada IRF

(Islamic Renaissance Rront) ini, penulis memfokuskan kepada

pengaruh liberalisme dalam pentafsiran ayat al-Quran oleh

IRF (Islamic Renaissance Rront) dan penyelewengan yang

dilakukan.

Page 5: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

LATAR BELAKANG ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF)

Islamic Renaissance Front atau IRF yang berpusat di Kuala

Lumpur merupakan satu gerakan intelektual dan pemikir yang

menyasarkan kepada pembangunan belia. Pada masa yang sama,

mereka sangat menggalakkan penganjuran wacana intelektual

Islam. Daripada penganjuran wacana-wacana sebegini, IRF

dilihat sebagai satu pertubuhan yang dapat membuka minda

supaya lebih bersikap terbuka dan dapat membebaskan

pemikiran umat Islam daripada pemikiran yang jumud dan

konservatif.

Secara rasminya, IRF telah ditubuhkan pada 12 Disember 2009

oleh Prof Dr Tariq Ramadan. Tujuan gerakan pertubuhan ini

adalah sebagai pemulihan dan pembaharuan pemikiran serta ke

arah penghayatan Islam supaya umat Islam di masa kini dapat

mendepani cabaran globalisasi semasa dengan lebih bermakna

kearah kemajuan dan kebahagiaan semua. Bagi merealisasikan

gerakan ini, IRF dilihat telah mengambil langkah besar bagi

melibatkan diri dalam perbincangan sama ada di dalam atau di

luar negara untuk menggalakkan demokrasi, kebebasan dan

keadilan sosial.2 Salah satu platform penyebaran dan

penyampaian wacana pemikiran mereka adalah melalui penulisan

artikel di dalam internet.

BIOGRAFI TOKOH ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF)2 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Projek Liberalisme : Dimensi dan Mekanisme pada tanggal 20 Disember 2014.

Page 6: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Seterusnya, pengenalan kepada pengasas dan pengerusi Islamic

Renaissance Front (IRF) iaitu Dr Ahmad Farouk Musa yang

merupakan ahli akademik yang menyertai Sekolah Perubatan dan

Sains Kesihatan Jeffry Cheah di Universiti Monash pada

Januari 2007. Pada tahun 2000, Dr Ahmad Farouk telah

memperolehi Ijazah Sarjana Perubatan dalam Pembedahan.

Seterusnya, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah dan

pakar bedah di Universiti Sains Malaysia sebelum sub-pakar

dalam bidang Pembedahan Kardiotorasik di Institut Jantung

Negara. Beliau telah bekerja di Jabatan Pembedahan

Kardiotorasik, Pusat Perubatan Monash, Melbourne pada tahun

2007-2008. Beliau juga secara aktif terlibat dalam kerja-

kerja penyelidikan dan telah membentangkan kertas kerja di

seluruh Asia dan Eropah. Hasil daripada pencapaian yang

cemerlang dalam penyelidikannya, beliau telah memenangi

beberapa pingat di peringkat Negara dan Antarabangsa.

Penyelidikan utama beliau adalah dalam bidang pembedahan

invasif minimum dan fibrilasi atrium. Selain itu, beliau

juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja NGO dan banyak

menyampaikan ceramah-ceramah di universiti-universiti dan

pusat pendidikan yang lain di Malaysia.

(http://www.med.monash.edu.my/staff/academic/surgery/ahmad-

farouk-musa)

Page 7: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Dr Farouk menubuhkan IRF pada tahun 2007 semasa bekerja di

Melbourne, Australia. Walaubagaimanapun, pertubuhan ini

dilancarkan secara rasmi dua tahun kemudian setelah beliau

pulang ke Malaysia. Sepuluh bulan selepas melancarkan IRF,

Dr Farouk telah di jangkiti penyakit meningitis dan beliau

telah di masukkan ke hospital selama enam bulan, dua bulan

beliau dalam keadaan koma.

Selain itu, beliau juga sebelum ini merupakan pengasas

penubuhan sebuah lagi NGO iaitu Muslim Professional Forum

(MPF). Beliau menubuhkan MPF ini setelah perpindahannya

daripada Universiti Sains Malaysia di Kota Baru ke Kuala

Lumpur pada tahun 2002 dan seterusnya bekerja dengan

Institut Jantung Negara (IJN). Perpindahan beliau ini

dilihat sebagai platform terbaik untuk menubuhkan MPF kerana

kemajuannya yang lebih maju kehadapan berbanding Kelantan.

Dan ia merupakan satu tempat yang sesuai untuk mengembangkan

idea dan pemikiran beliau.

Setelah berjaya menubuhkan Muslim Professional Forum (MPF),

tiga tahun kemudian, beliau telah menarik diri daripada

pertubuhan tersebut akibat tidak bersetuju dengan dengan isu

Lina Joy iaitu seorang wanita Islam yang memeluk agama

Kristian yang ingin mempertahankan agama Kristian yang

beliau anuti. Dalam kes ini, Dr Farouk dan rakan-rakannya

telah berselisih pendapat. Beliau secara kerasnya menentang

Page 8: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

terhadap penentangan Lina Joy kerana beliau percaya

sepatutnya kita perlu ada kebebasan mengikut naluri sendiri

(freedom of conscience). Malah, beliau telah menggunakan dalil

tanpa melihat tafsiran yang sebenar dengan melihat ayat

tersebut dari segi zahirnya sahaja. Beliau menggunakan ayat

" ن� ي�� د ي� ال������� راه ف ك������� "لا ا� dengan membawa maksud “Tiada paksaan dalam

Agama” bermakna baginya kita tidak boleh memaksa orang lain

menerima agama kita, sepertimana kita tidak boleh menghalang

orang yang beragama lain meninggalkan agamanya. 3

VISI DAN MISI IRF

Berikut adalah visi dan misi yang di bawa oleh IRF:

VISIIslamic Renaissance Front (IRF) adalah sebuah organisasi

yang bertujuan untuk:

1. Menggalakkan idea-idea Islam pembaikan (Islah) dan

pembaharuan (Tajdid) untuk dunia majmu’ yang moden.

2. Menggiatkan semula kedinamikan wacana intelektual Islam

di Malaysia.

3. Menyumbang kepada penubuhan Negara yang inklusif dan

hanya di Malaysia.

3 http//www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/Malaysia-perlu-muslim-berfikir-kata-aktivis-dr-ahmad-farouk-musa

Page 9: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

MISI

1. Menawarkan Malaysia dengan maklumat mengenai isu-isu

yang bersesuaian dengan visi IRF.

2. Menyediakan analisis dasar yang terbaik ke arah

mempromosi keamanan dan keharmonian

3. Meningkatkan pemahaman IRF terhadap simpati dan

demokratik Islam.

4. Mengekal, memupuk dan mengembangkan rangkaian IRF

seperti individu yang berfikir, entiti korporat, NGO,

kerajaan dan badan-badan lain ke arah memastikan

penyebaran analisis dan kedudukan IRF yang berkesan.

5. Meningkatkan pemahaman antara budaya dan memupuk dialog

moden di dalam dan di luar Malaysia.

Page 10: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

BUKU TERBITAN IRF:

Berikut adalah buku Islamic Renaissance Front (IRF) yang

telah diterbitkan :

1. Risalah Al-Quran

2. Wacana Pemikiran Reformis – Jilid I

3. Wacana Pemikiran Reformis – Jilid II

Page 11: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Pemikiran IRF Dalam Pentafsiran Ayat Al-Quran

IRF membawa sebuah cara sudut pandang yang baru dalam

melihat Islam dengan alasan untuk membebaskan pemikiran

manusia dari keadaan jumud dan konservatif. Sudah tentulah

merupakan tuduhan yang besar kepada ulama-ulama silam

mahupun kontemporari. Sebagai rujukan, kita boleh melihat

pemikiran dan agenda IRF di laman web rasmi mereka.4

Apabila kita melihat pemesongan cara berfikir ini adalah

kerana mereka merujuk kepada pemikiran dan falsafah serta

karya ilmuwan barat itu adalah tanpa dibataskan oleh

kerangka syarak. Selain itu, pemikiran mereka juga

dipengaruhi oleh pemikir liberal dari ilmuwan Islam seperti

Qasim Amin dan Nasr Hamid Abu Zaid yang turut terpengaruh

dengan pandangan hidup dan falsafah barat yang mambawakan

pemikiran dan cara berfikir yang jelas bertentangan dengan

Islam.

IRF mencedok fahaman barat dan sesuaikan dengan Islam, ini

adalah merupakan perkara yang akan mengelirukan akidah umat

Islam sendiri. Bagaimana mereka menafsirkan dan mengeluarkan

hukum dari al-Quran sangat aneh. Jika kita melihat pandangan

IRF dalam isu feminisme, agama dan negara, pandangan hak

asasi. Intipati utama perjuangan IRF adalah menjadikan hujah

4 http://irfront.net/about/introduction/

Page 12: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

dalam sesuatu berurusan dengan sesuatu isu adalah meletakkan

hak asasi manusia mendahului syariat Islam.

Pendekatan dan metodologi yang IRF gunakan dalam menafsirkan

sesuatu ayat al-Quran adalah lebih cenderung dengan

pendekatan Hermeneutik. Mereka bukanlah menafsirkan ayat al-

Quran secara keseluruhan, tetapi mereka banyak menulis di

dalam artikel di intenet dan ada yang sudah dibukukan yang

jelas menampakkan sisi pengaruh liberal mereka. Kaedah atau

manhaj ini sama sekali bertentangan dan bercanggah dengan

kaedah yang digunakan oleh mufassirin (ahli tafsir) dalam

menafsirkan ayat al-Quran. Kaedah inilah yang paling banyak

digunakan oleh golongan yang beraliran Islam Liberal yang

mendokong kebebasan menggunakan akal dalam menafsirkan ayat

al-Quran.

Disini penulis membawakan dua isu yang boleh

dibangkitkan untuk menjelaskan sisi- sisi pengaruh pemikiran

liberal IRF dalam menafsirkan ayat al-Quran dengan

pendekatan hermeneutik.

1. Kebebasan beragama

Dalam satu artikel yang telah ditulis oleh pengasas IRF

sendiri iaitu Dr. Ahmad Farouk Musa, berkaitan

ketidaksetujuan beliau dalam isu penentangan terhadap

kes Lina Joy yang ingin murtad kerana beliau percaya

bahawa sepatutnya ada kebebasan mengikut naluri sendiri

(freedom of conscience).

Page 13: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Beliau mengatakan hujah tersebut berdasarkan ayat dalam

firman Allah :

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah

jelas jalan kebenaran (Islam) dari jalan kesesatan (kufur). oleh itu,

sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada

Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali

agama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha

Mendengar, lagi Maha mengetahui”.5

Beliau mengatakan “Tidak ada paksaan dalam agama..’ bermakna

kita tidak boleh memaksa orang lain menerima agama kita, sama seperti

kita tidak boleh menghalang orang yang beragama meninggalkan

agamanya”.6

2. Poligami

5 Al-Quran. Surah Al-Baqarah 2 : 256. 6 http://www.themalaysiainsider.com/bahasa/article/malaysia/-perlu-muslim-berfikir-kata-dr-ahmad-farouk-musa

Page 14: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Antara perjuangan utama mereka adalah menuntut hak

persamaan gender antara lelaki dan perempuan, seperti

mana pemikiran yang dibawa oleh golongan feminisme,

contoh yang wujud di Malaysia ialah SIS (Sisters in

Islam).

Dalam isu poligami, Dr. Ahmad Farouk Musa juga

membangkitkan kekeliruan dan kesesatan yang nyata.

Beliau berpendapat amalan poligami adalah dilarang

mengikut konteks zaman sekarang. Jelas sekali beliau

tidak bijak menafsirkan ayat al-Quran, dan berhujah

mengikut akal fikiran beliau sendiri. Berikut adalah

antara contoh tulisan beliau mengenai isu persaman

gender dan poligami dalam kehidupan rumah tangga.7

Artikel ini juga dimuatkan dalam buku ‘Wacana Pemikiran

Reformasi’ jilid 1, yang mana ia adalah antara himpunan

artikel yang ditulis oleh ahli-ahli pemikir (think

tanker) dalam IRF.

Telah berkata Dr. Ahmad Farouk Musa,

“Dengan dasar fitrah juga, setiap wanita harus dihormati. Kerana itu,

monogami adalah undang-undang perkahwinan yang asas. Dalam

poligami harus dilarang berteraskan kepentingan awam (maslahah

mursalah). Pendapat Abduh tentang hukum poligami berkait rapat

dengan pandangannya tentang kedudukan wanita dalam Islam. Beliau

percaya bahawa tidak ada melayakkan Islam untuk diangkat sebagai7 http://irfront.net/post/articles-malay/feminisme-persamaan-gender-dan-al-quran/

Page 15: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

agama dunia yang moden selain daripada pengikhtirafannya yang tinggi

terhadap wanita. Dalam semua aspek penting, wanita adalah sama taraf

dan kedudukannya dengan lelaki. Dalam menegaskan kenyataan, ‘Abduh

memetik ayat berikut:

“Aku tidak akan melupakan usaha setiap seorang daripada kamu

berjuang (di jalanKu), baik lelaki atau wanita: setiap kamu adalah

pendukung terhadap lain.8

Beliau menafsirkan ayat ini dengan makna bahawa lelaki dan wanita

adalah setanding antara satu sama lain di hadapan Tuhan. Pentafsiran

yang sama juga dikemukan oleh Muhammad Asad dalam komentarnya

terhadap ayat tersebut.

Berdasarkan ayat surah Ali-Imran ayat yang ke 195

itu juga, Dr Ahmad Farouk menyimpulkan bahawa Allah SWT

memuliakan wanita dan lelaki secara sama rata. Maka

poligami adalah suatu penghinaan terhadap kaum wanita.9

Selain itu, terdapat artikel lain yang menyokong

kepada tuntutan reformasi atau perjuangan mereka

tersebut, ditulis oleh salah seorang intern dari IRF.10

Muhammad Nazreen Jaafar bertarikh 20 Disember 2011 ada

menyokong hujahan idea reformis dan pemikir liberal

dari kalangan intelektual Islam, iaitu Qasim Amin.

8 Al-Quran Karim. Surah Ali-Imran 3 : 195.9 http://irfront.net/post/articles-malay/feminisme-persamaan-gender-dan-al-quran/10 http://irfront.net/about-at-irf

Page 16: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Qasim Amin berasal Kaherah, Mesir dan mendapat

pendidikan di Perancis iaitu di Universiti Montpelliar

dan kembali semula ke Mesir pada tahun 1885. (Tengku

Intan Zarina, Mazlan Ibrahim. 2013) Beliau merupakan

seorang figura yang memperjuangkan tuntutan reformasi

politik, sosial dan pendidikan. Antara isu yang

ditentang adalah berkenaan isu poligami. Dalam sebuah

artikel yang diulas oleh Muhammad Nazreen Jaafar ada

menyebut bahawa :

“Qasim Amin menentang keras poligami atas sebab bukanlah ia

didasarkan kepada hukum agama tetapi kebiasaan terjadi adalah

penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita. Pendapat ini tertuang di

dalam buku Tahrir al-Mar’ah.

Qasim Amin mengatakan:“Tidak terbantah, poligami merupakan bentuk

penghinaan yang keras terhadap wanita, kerana anda tidak akan pernah

mendapatkan perempuan yang rela melihat wanita ikut mencintai

suaminya. Seperti hanya seorang lelaki tidak ada rela ada lelaki lain ikut

mencintai isterinya. Cinta jenis ini merupakan kudrat bagi perempuan

seperti ia juga menjadi kudrat bagi lelaki…”11

Hujah Menolak Dakwaan IRF

Sudah jelas di sini, pemikiran dan cara berfikir dikalangan

ahli IRF banyak terpengaruh dengan fahaman dan falsafah11 http://irfront.net/post/articles-malay.qasim-amin-feminis-muslim-yang-mendepani-wacana-perempuan/

Page 17: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

barat yang jelas bertentangn dengan prinsip dan akidah Islam

kerana dalam penulisan artikel mereka banyak mengeluarkan

hujah yang merujuk kepada buku-buku dari pemikir liberal

dari intelektual barat dan Islam. Ingin ditegaskan disini,

sejarah dan keadaan di Malaysia tidak sama dengan bangsa

eropah.

Disini ada beberapa hujah yang boleh menjawab dakwaan

IRF di dalam dua isu ini dalam menafsirkan ayat al-Quran :

Kebebasan agama

Bagi isu yang pertama berkenaan dengan kebebasan agama,

merujuk kepada Jumhur Ulama mengatakan kebebasan beragama

adalah tidak mutlak dan dan seseorang itu dilarang keras

keluar dari agamanya (murtad) demi menjaga integriti agama

Islam itu sendiri.

Berdasarkan surah al-Baqarah ayat 256, “Tidak ada paksaan

dalam (memasuki) agama (Islam)”, Ibnu Kathir mengatakan janganlah

kalian memaksa seseorang memasuki agama Islam. Kerana

sesungguhnya dalil-dalil dan bukti-bukti itu sudah demikian

jelas dan terang, sehingga tidak perlu pada permaksaan

terhadap seseorang untuk memeluknya. Tetapi barangsiapa yang

diberi petunjuk oleh Allah SWT dan dilapangkan dadanya serta

diberikan cahaya bagi hati nuraninya, maka ia akan

memeluknya. Dan barangsiapa yang dibutakan hatinya oleh

Allah SWT, dikunci mati pendengaran dan pandangannya, maka

Page 18: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

tidak akan ada manfaat baginya paksaan dan tekanan untuk

memeluk Islam. (Ibnu Kathir. 2004)

Para ulama menyebutkan bahawa sebab turun ayat ini

adalah berkenaan dengan beberapa orang kaum Ansar meskipun

hukumnya berlaku secara umum. (Ibnu Kathir. 2004).

Ibnu Jarir meriwayatkan, dari Ibnu Abbas, ia

menceritakan, ada seorang wanita yang sukar mempunyai anak,

berjanji kepada dirinya, jika anak lelakinya hidup, maka ia

akan menjadikan anaknya Yahudi. Dan ketika Bani Nadhir

diusir, dan di antara mereka terdapat anak-anak kaun Ansar,

maka mereka berkata, “Kami tidak mendakwahi anak-anak kami.”

Maka Allah SWT menurunkan ayat, “Tidak ada paksaan untuk

(memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan kebenaran (Islam)

dari jalan kesesatan (kufur).” Dalam hadith yang diriwayatkan Imam

Nasa’ie secara keseluruhan. Juga diriwayatkan Ibnu Abi Hatim

dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya. (Ibnu Kathir. 2004).

Ulama yang lainnya mengatakan : “ Ayat tersebut telah

dinasakh (dihapus) dengan ayat qital (perang), dan

bahawasanya kita diwajibkan mengajak seluruh umat manusia

memeluk agama yang lurus, iaitu Islam. Jika ada salah

seorang menolak memeluknya dan tidak mahu tunduk kepadanya,

atau tidak mahu membayar jizyah, maka ia harus dbunuh. Dan

inilah makna pemaksaan.” (Ibnu Kathir. 2004).

Page 19: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

"Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) Yang sangat kuat

gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam

(secara damai)”.12

Kemudian Syed Qutb dalam kitabnya mengatakan pula,

“dalam dasar ini ternyata bagaimana Allah SWT memuliakan

manusia dan menghormati kemahuannya, fikirannya dan

perasaannya. Allah SWT menyerahkan kepada mereka kebebasan

membuat keputusan terhadap perkara aqidah yang menentukan

hidayah dan kesesatan dan menyerahkan kepadanya

tanggungjawab amalan-amalannyadan hisab dirinya.”

Syed Qutb melanjutkan lagi, “ inilah ciri kebebasan

manusia yang paling utama, iaitu kebebasan yang sedang

ditindas di abad dua puluh ini oleh berbagai-bagai aliran

pemikiran atau isme-isme yang sewenang-wenangnya dan sistem-

sistem hidup yang menghinakan manusia.” (Syed Qutb. 2000)

Ini menunjukkan anjuran kebebasan agama adalah pengaruh

pemikiran daripada barat dan fahaman-fahaman yang mereka

12 Al-Quran. Surah Al-Fath 29 : 16

Page 20: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

agungkan. Serangan pemikiran yang mereka lancarkan amatlah

bahaya jika kita tidak bentengi dengan ilmu yang secukupnya.

Dr Farouk mengatakan juga,”kita tidak boleh menghalang orang yang

beragama meninggalkan agamanya.” Ini bererti umat Islam ada

kebebasan untuk keluar dari agama Islam dan meninggalkan

segala perintah daripada Allah SWT. Hukum keluar dari agama

Islam (murtad) adalah haram dan berdosa besar.

Daripada Ibnu Abbas R.A. berkata, bersabda Rasulullah

SAW: “Barangsiapa yang menukar agamanya (Islam) , hendaklah

dia dibunuh”.

Kesimpulannya, konsep kebebasan agama dalam Islam telah

termaktub di dalam ayat al-Quran seperti di dalam surah al-

Baqarah ayat 256.

Poligami

IRF jelas berpendapat amalan poligami adalah dilarang kerana

ia adalah satu penghinaan terhadap kaum wanita.

Kelihatan Dr. Farouk menggunakan dalil ayat 195 dalam

surah al-Imran sebagai hujah untuk menolak amalan poligami

kerana beliau berpendapat dalam ayat ini Allah SWT

memuliakan wanita dan lelaki secara sama rata.

Sebenarnya, beliau telah salah memberi tafsiran

terhadap ayat ini. Menurut pendapat para mufassirin, antaranya

Ibnu Kathir dalam kitabnya, telah menyatakan Allah SWT

Page 21: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

berfirman : ﴾ .. اب� ج� ت� اس�������������� هم ف� ب)� هم ر Maka “﴿ ل� mereka

memperkenankan permohonannya.” Maksudnya, maka Tuhan mereka

mengabulkan mereka. Sebagaimana yang diungkap sorang penyair

:

ب� ي� اك�2 م�ج� د ذ ه ع�ن ب� ج� لم ي��ست9 داء ف� لى ال�ن ب� ا� ي� ج� ا م�ن� ي�� *وذاع ذع�ا: ي��

Seorang hamba berseru; “Wahai Tuhan yang mendengar

seruan.” Maka pada saat itu tidak ada seorang pun dapat

menjawabnya.

Sa’id bin Manshur berkata, telah menceritakan kepada

kami Sufyan, dari ‘Amr bin Dinar, dari Salamah, seorang dari

keluarga Ummu Salamah, ia mengatakan, Ummu Salamah pernah

berkata: “Ya Rasulullah, kami tidak mendengar Allah SWT

menyebut kaum wanita sedikit pun dalam hijrah.” Maka Allah

SWT menurunkan ayat,

ي﴿ Jث ن) Mو ا Mر ا ك������� ن� ذ م م� ك ن ل م� ام������� ل ع� م������ ع ع� ي� ض������� Mى� لا ا ن� Mهم ا ب)� هم ر اب� ل� ج� ت� اس������� ف�… ﴾

Kaum Ansar berkata: “ Ummu Salamah adalah wanita yangpertama kali datang kepada kami.”13

13 Al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala Sahihain. Bab Surah ali Imran.

Page 22: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Hadith ini juga diriwayatkan al-Hakim dari Sufyan bin

‘Uyainah. Ia (al-Hakim) mengatakan, hadith ini shahih sesuai

dengan syarat al-Bukhari, tetapi al-Bukhari, dan Muslim

sendiri tidak mengeluarkannya. (Ibnu Kathir 2003)

﴾ Yث ن� Mو ا Mر ا ك� ن� ذ م م� ك ن ل م� ام� مل ع� ع ع� ي� ض� Mى� لا ا ن� Mا ﴿…

Kemudian ayat diatas , Ibnu Kathir menafsirkan , “Penggalan

ayat ini merupakan penafsiran dari pengabulan doa. Dengan

kata lain Allah SWT, memberitahukan kepada mereka bahawa

Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan amal seorang dari

kalian, bahkan Allah SWT akan memberikan balasan kepada

setiap orang dari kalian dengan sempurna sesuai dengan amal

perbuatannya, baik lelaki atau perempuan.” (Ibnu Kathir

2003)

Jelas sekali Dr. Farouk salah menafsirkan ayat ini

apabila mengaitkannya dengan larangan amalan poligami kerana

tiada kaitan langsung dengan ayat ini. Ini melihatkan

penyelewengan penafsiran ayat al-Quran oleh beliau.

Poligami menurut Islam

Page 23: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Hukum asal poligami adalah harus. Hal ini dalam firman Allah

SWT :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-

perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka

berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari

perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian

jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-

isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau

(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang

demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu

tidak melakukan kezaliman”.14

Ayat diatas menjadi sumber rujukan dan panduan para ulama

dalam menetapkan keharusan amalam poligami dalam Islam.

Islam menetapkan bilangan wanita yang boleh dikahwini oleh

seorang lelaki sehingga empat orang sahaja, dan diharamkan

bagi seorang lelaki mengahwini lebih daripada itu. (Sayyid

Sabiq 2008)

Ini dikuatkan lagi dengan hadith :

14 Al-Quran. Surah an-Nisa’ 4 : 3

Page 24: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

“Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepada Ghailan Bin Umayyah

ath-Thaqafi dimana ketika memeluk Islam, dia mempunyai

sepuluh orang isteri. Melihat itu, beliau bersabda

kepadanya: ‘Pilihlah empat orang sahaja antara mereka, dan

ceraikanlah yang lain”.15

Dalam kitab Abu Daud dari al-Harith Bin Qais, dia

berkata:

ك2 ل��� لث� ذ ق� ه وس�لم، ف� ي� ص�لي ال�له ع�لب� ث� ب� ال�ن ي� ن)� Mا ، ف� سوه� مان� ي� Yدي� ث� س�لمب� وع�ن Mاعا. رب)� Mهن� ا ت�ر م�ن ال: اخ ق� له، ف�

“ Ketika memeluk agama Islam, aku memiliki lapan orang

isteri, lalu aku menceritakan perkara itu kepada Nabi SAW.

Mendengar itu, beliau bersabda : ‘Pilihlah empat orang

sahaja antara mereka”.’16

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menjadikan riwayat

ini penguat riwayat-riwayat sebelumnya. Jadi riwayat sahabat

beristeri lebih dari empat lalu Nabi SAW memerintahkan untuk

15 Riwayat at-Tirmizi. Sunan Tirmizi. Kitab an-Nikah. Bab Ma Ja’a fi ar-Rajul Yuslim wa ‘Indahu ’Asyru Niswah (Bab : Suami Masuk Islam Memiliki dan Memiliki Sepuluh Orang). 16 Diriwayatkan Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah.

Page 25: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

memilih empat sahaja dan menceraikan selebihnya adalah

riwayat yang boleh dijadikan hujjah dalam pembahasan hukum

Syarak sehingga memberi batasan jumlah maksimum empat. (Ibnu

Kathir 2003)

Maksud keadilan yang sebenar

Namun keharusan ini mestilah didasari oleh syarat yang

membolehkan amalan poligami dipraktikkan iaitu dengan

keadilan. Dalam firman Allah SWT :

ل ���� من� ل ال� وا ك����� ل���� من� لا ث�� م ف� ت� رض����� و ح� اء ول����� س���� ن� ال�ن ي� وا ب�� دل� ع���� ن� ب�� Mعوا ا ي� ط ت� س���� ولن� ي��ه�� ق� معل ال� ا ك� روه� د� ت� ف�

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di

antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh

(hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung

dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu

sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain terkatung-

katung…”17

Kesimpulannya, asas pengamalan poligami adalah terletak

kepada kemampuan unruk si suami untuk berlaku adil dari segi

nafkah zahir dan batin beserta menyediakan tempat tinggal

dan bukan mudah untuk dilaksanakan jika tidak mampu kerana

takut berlaku penganiayaan terhadap isteri. Menurut Dr.

17Al-Quran. Surah an-Nisa’ 4:129.

Page 26: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Muhammad al-Bahi yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh

(Fathurrahman 1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang

wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh

menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami

hanya merupakan perkara harus dan satu (keringanan) dalam

keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang

digunakan di dalam diatas didalam surah an-Nisa ayat 3

berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib

dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia bukanlah membawa kepada

makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh

membawa kepada tegahan dan haram hukumnya jika suami yang

berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan

penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Page 27: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

PENUTUP

Di era globalisasi ini, seiring dengan kemajuan yang di

lalui Malaysia, dakwah islam semakin hari semakin tercabar

dengan penularan pihak berfahaman liberalisme yang sudah

hilang kepercayaannya terhadap Islam. Mereka yang menuntut

kebebasan dan kesamarataan agama dan menganggap syariat yang

Islam telah gariskan adalah satu pemikiran yang jumud dan

dilihat sebagai pemikiran ortodoks. Justeru, perubahan perlu

dilakukan selari dengan kemajuan globalisasi.

IRF atau Islamic Renaissance Front dilihat membawa sebuah

cara sudut pandang yang baru dan lebih fleksible dalam melihat

Islam. Dengan pembaharuan yang dibawa ia dilihat dapat

membebaskan pemikiran manusia mengikut peredaran semasa dan

dapat membentuk sebuah negara yang lebih inklusif yang hanya

di Malaysia. Berdasarkan pemikiran dan pandangan mereka ini,

kita dapat lihat bahawa ia merupakan tuduhan yang besar

kepada ulama-ulama silam mahupun kontemporari yang mengikut

syariat Islam sebagai landasan utama dalam melahirkan Islam

yang syumul. Sebagai rujukan, kita boleh lihat agenda dan

metodologi yang di bawa oleh mereka di dalam buku-buku

terbitan IRF dan di laman web rasmi mereka.

Daripada dapatan kajian ini, kami dapati sisi pandang

pemesongan cara berfikir oleh IRF adalah di sebabkan mereka

Page 28: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

menjadikan pemikiran, falsafah serta karya ilmuan barat

sebagai rujukan utama mereka tanpa di kawal oleh kerangka

syara’ yang telah di tentukan oleh Allah. Hasil daripada

penulisan-penulisan yang dibuat oleh mereka, cara mereka

berfikir melalui hujahan-hujahan mereka kebanyakkannya

mengunakan hujahan pemikir barat seperti John Locke,

Immanuel Kant, John hick dan lain-lain yang mana pemikir-

pemikir ini sememangnya terang-terangan dilihat sebagai

pemikir yang liberal.

Di dalam penulisan artikel atau mengeluarkan hujahan, ahli-

ahli IRF dilihat banyak merujuk kepada pemikir liberal dari

ilmuan islam sendiri. Jadi, bagaimana mungkin pemikir

liberal ini yang dilihat menolak agama diambil hujahannya?

Ini yang berlaku kepada IRF yang mana mereka telah mengambil

fahaman barat dalam suatu perkara dan disesuaikan dengan

Islam. Tindakan ini sewajarnya tidak boleh dipandang ringan

ini kerana kekeliruan akan berlaku kepada masyarakat umum

khususnya. Perlu difahami bahawa terdapat perbezaan

diantara menggunakan dalil daripada Al-Quran dan Al-sunnah

yang berpegang teguh dengan akidah Islam dengan menggunakan

dalil daripada Al-Quran dan Al-sunnah yang berdiri dengan

fahaman liberal. Kedua-dua ini wujudnya perbezaan yang

besar.

Page 29: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Sebagai ahli pemikir yang bijak, kita sepatutnya melihat

Allah menetapkan syariat Islam yang utama adalah bagi

menjaga kemaslahatan manusia itu sendiri dari ditimpa bala

dan kerosakan. Dan ini adalah jaminan yang Allah telah

tetapkan. Justeru, sikap izzah kepada agama adalah amat

penting bagi membentuk jati diri seseorang.

Page 30: PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)

Rujukan

Muhammad Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf Al-Qaradawi dan

Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Bandar Baru Nilai,

Penerbit USIM.

Marzuki Mohamad. 2009. Islam Liberal, Isu dan Cabaran. Editor –

Abdul Karim Ali dan Mohamad Roslan Mohd Nor. Petaling Jaya.

Persatuan Ulama Malaysia.

Ibnu Kathir. 2004. Tafsir Ibnu Kathir. Lubaabut Tafsir Min Ibnii Kathir.

Terj. Abdul Ghaffar. Bogor.Pustaka Imam asy-Syafi’i.

Syed Qutb. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Terj. Yusoff Zaky Haji

Yacob. Kota Bharu. Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

As-Sayyid Sabiq. 2008. Fiqh Sunnah. Jil. 4. Terj. Nor

Hasanuddin & Aisyah Saipuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah

Publications.

Al-Hakim. Al-Hakim al-Naisaburi. 405 H. Al-Mustadrak ‘ala

Sahihain. Beirut: Dar al-Kutub Al-‘Ilmiah.