1
Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke 21: Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah1.
Salehudin Sabar Mohd.Ismail Mustari
Abstrak:
Para ilmuan Islam telah berjaya merealisasikan kegemilangan ummah dalam bidang pendidikan
Islam sehingga berjaya membawa satu dimensi baru berkaitan dunia pendidikan, bukan hanya
mampu menghadapi cabaran semasa bahkan telah menjadi contoh dan rujukan masyarakat dunia.
Kegemilangan sistem pendidikan berkait rapat dengan dua faktor utama iaitu sahsiah para
pendidik dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kertas kerja ini
membincangkan secara ringkas pengertian kalimah hikmah dan juga akan memberikan
tumpuan terhadap sifat-sifat guru yang berhikmah dalam pengajaran serta ciri-ciri bil-Hikmah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Kehebatan akhlak Baginda dan kepelbagaian kaedah dan cara Baginda dalam menyampaikan
mesej kepada manusia, adalah aplikasi pendidikan bil-Hikmah yang telah berjaya melahirkan
para pendidik muslim yang unggul dan sewajarnya menjadi rujukan utama kepada para guru
masakini dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
seterusnya merealisasikan kegemilangan pendidikan Islam pada abad ke - 21.
Kata kunci : Pendidikan Islam, Hikmah dan Bil-Hikmah, Pendidikan Bil-Hikmah, abad ke-
21,Pengajaran dan Pembelajaran.
Pendahuluan
Pendidikan amat penting dalam pembinaan kehidupan manusia yang bertamadun.Lipatan sejarah
kegemilangan tamadun Islam merupakan suatu bukti jelas mengenai kepentingan peranan pendidikan
dalam menjana kegemilangan sesebuah tamadun.Era kegemilangan tamadun Islam telah menyaksikan
pencapaian cemerlang para sarjana dalam pelbagai bidang termasuk falsafah dan sains. Ketokohan para
1 Kertas Kerja ini “Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke-21: Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah” dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 di The Royale Bintang Resort &
Spa, Seremban, Negeri Sembilan tarikh 3-6 Julai 2012.
2
saintis muslim berterusan selama 350 tahun, senario yang hanya dalam tangan orang Islam dari bangsa
Arab, Afghanistan dan Turki. Menurut Mohammad Ilyas (2003: 12-13), hanya selepas tahun 1100M,
barulah nama tokoh-tokoh Barat muncul seperti Gerard, Roger Bacon dan Jacob Anatoli. Namun,
kejayaan mereka masih dikongsi bersama tokoh saintis muslim dari Andalus seperti Ibn Rushd dan Ibn al-
Nafis.Kecemerlangan tamadun Islam adalah bertunjangkan kepada kefahaman, pengamalan dan
penghayatan masyarakat terhadap ajaran Islam itu sendiri. Kecemerlangan ini mempunyai kaitan yang
amat rapat dengan proses pendidikan dan pengajian ilmu yang merangkumi ilmu syariah dan sains secara
seimbang dan saksama. Pencapaian ketamadunan yang tinggi dalam masyarakat Islam turut berkait rapat
dengan keperihatinan mereka terhadap penguasaan ilmu dan perkembangan institusi pengajian yang
menjadi nadi utama kepada kemajuan dan keharmonian kehidupan.Oleh itu, tidak hairanlah jika umat
Islam pada masa itu menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat dunia dalam bidang keilmuan,
mereka menjadi pemain utama yang mencorakkan dunia pada abad itu dan mampu mendepani segala
cabaran semasa. Diantara cabaran abad ke-21 adalah seperti pernyataan berikut:
“ Challenges of 21st Century TeachingGreater Need for Education in Society and Economy Higher
Standards for LearningMore Diverse Students with Greater Educational NeedsGreater Expectations of
Schools for Ensuring Success”
Justru itu proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam mestilah berubah kepada ciri-ciri
berasaskan murid, pembelajaran kolaboratif,kemahiran prosespemikiran aras
tinggi,praktikal,kemahiran hidup,berkumpulan komuniti,pentaksiran formatif danbelajar untuk
kehidupan. Sehubungan dengan itu, para guru perlumenyediakan projek yang autentik dengan
kehidupan yang sebenar,murid mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar dan
sejagatserta meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid. Pendidikan Islam pada abad ke-21
mestilah mampu melahirkan murid yang boleh berfikir,menaakul,membuat keputusan yang
bijak,bekerja sebagai ahli pasukan,mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan sebenar.
Ta’arif Hikmah atau Bil-Hikmah
Menurut Imam al-Qurtubi dalam Tafsir al-Qurtubi: 7/5141, menegaskan al-Hikmah ialah segala apa yang
benar berkaitan dengan iktikad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan. Ibn Abas
mentafsirkan al-Hikmah sebagai akal dan kefahaman, manakala al-Mujahid mengatakan bahawa al-
Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.Menurut Tafsir al-Manar pula, al-
Hikmah ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah Azzawajalla dan mendalami segala hukum-
hukumnya, mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hukum tersebut.Bukan
setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada
kebaikan dunia dan akhirat.Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan al-Hikmah sebagai berakhlak dengan
akhlak Allah Azzawajalla, maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah
Azzawajalla sekadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.Kata “ Hikmat” itu kadang-
kadang diertikan orang dengan filsafat, padahal dia adalah inti yang lebih halus dari filsafat. Filsafat
hanya dapat difahamkan oleh orang-orang yang telah terlatih fikirannya dan tinggi pendapat logiknya.
3
Imam Fakhrulrazi berkata, ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu teori dan
praktikal.Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara iaitu pertama, mengenali kebenaran
dan beriman dengannya dan yang kedua mengetahui kebenaran untuk beramal.Perkara pertama diasaskan
pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian, manakala perkara kedua diasaskan pada
perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat. Ibnu Abbas mengatakan: “ Hikmat itu
ialah kesanggupan memahamkan al-Quran.” Artinya bila seseorang sudah dapat memahamkan
(memfiqhikan) dari dalam al-Quran mana yang hudan (petunjuk) dan mana yang hukum, mana yang
disuruh (wajib) dan apa sebab wajibnya dan mana yang ditegah (haram) dan apa sebab ditegah, lalu dapat
membandingkan atau mengqiyaskan yang furu‟ (cabang) kepada yang asal (pokok), itulah dia orang yang
diberi hikmat.Sebab itu maka orang yang oleh ahli Fiqhi disebut Mujtahid, menurut tafsiran Ibnu Abbas
itu patutlah disebut al-Hakim juga.
Menurut Tafsir Quran Perkata (2009), perkataan hikmah bermaksud perkatan yang tegas dan benar yang
dapat membedakan antara yang hak dan yang bathil. Menurut tafsir al Azhar (1984:321), Nabi S.A.W.
memegang tampuk pimpinan dalam melakukan dakwah itu. Kepadanya dituntunkan oleh Allah bahawa di
dalam melakukan dakwah hendaklah memakai tiga macam cara atau tiga tingkat cara. Pertama Hikmah
(kebijaksanaan), iaitu dengan cara bijaksana, akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih
menarik perhatian orang kepada agama, atau kepercayaan terhadap Tuhan. Contoh-contoh kebijaksanaan
itu selalu pula ditunjukkan Tuhan.Didalam tafsir mukhtasar Ibnu Katsier jilid 1 halaman 486, Allah
memberi ilmu hikmat iaitu pengertian terhadap al Quran, nasikh mansukhnya, muhkam dan
mutasyabihnya, halal dan haramnya serta perumpamaannya. Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran: 4/2022,
Menjalankan dakwah secara berhikmah ialah dengan melihat keadaan dan situasi yang sedang dihadapi.
Perlu dinilai kemampuan dan keupayaan diri mereka agar dakwah yang diutarakan tidak menjadi suatu
bebanan ke atas mereka.Perlu juga dipelbagaikan teknik dan uslub dakwah iaitu bukannya sentiasa
berkobar-kobar dan bersemangat, terlalu mengikut perasaan dan menzahirkan kemarahan.
Kamus Al-Bahr al-Muhit: 7/186 iaitu, wahyu yang diturunkan kepada para anbia. Kata-kata yang diceduk
daripada alim ulama dan menjadi pengajaran untuk manusia. Menurut kamus lisan al-Arab: 12/14
hikmah bermaksud mengetahui suatu yang afdal dengan ilmu yang termulia, atau mengawal jiwa dan
naluri ketika marah. Kamus al- Muhit:1415:1978, al-Hikmah dengan huruf ha‟ berbaris bawah bermaksud
adil, ilmu, lemah lembut, kenabian, al-Quran dan Injil. Mukhtar al-Sohah: 69:1990, al-Hikmah dari ilmu
dan al-Hakim bermaksud berilmu dan orang yang mempunyai hikmah, ia juga bererti orang yang sangat
teliti dalam sesuatu perkara. Daerah M‟aarif al-qarnul „esyrin: jilid.3:473: (TT), al-Hikmah bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya, ilmu, lemah-lembut dan kenabian.jamak hikmah ialah hikam, dari
kata dasar hakama, yahkumu dan hikmatan membawa kepada hakiman yang bererti berilmu pengetahuan.
Arraed mu‟jam lugahwi asri: jilid.1:583:1986, dari kata dasar hakama, yahkumu, hikmatan yang
membawa kepada hakiman yang bermaksud berilmu pengetahuan. Al Mu‟jam Al-Wasit:
jilid.1:197:1972,al-Hikmah bererti mengetahui kelebihan atau rahsia sesuatu perkara melalui
kajian,ilmu,pemikiran yang tajam dan al-Quran.Ia juga bermaksud adil atau hikmah ialah ucapan atau
percakapan yang ringkas tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan luas.Mu‟jam Fasih al-
„Ammah: 142:1990, al-Hikmah kebanyakan orang menggunakannya dengan maksud akal,ilmu,melihat
sesuatu dengan cermat dan berhati-hati dalam memberikan hukum ke atas sesuatu seperti kata mereka,
sipulan itu mempunyai hikmah atau dia itu sangat terkenal dengan hikmahnya.kadang –kadang mereka
menggunakannya dengan erti pembaikan (islah) atau penyelesaian sesuatu seperti kata mereka, cara
4
penyelesaian hakim itu lebih baik daripada hakim yang lain. Kalimah al-Hakim juga digunakan dengan
maksud doktor (tobib), seperti kata mereka hakimuna fulan iaitu doktor kami fulan. Saya kata menurut
bahasa al-Hakim ialah orang yang mempunyai hikmah, dan hikmah ialah umpama mengetahui sesuatu
rahsia atau kelebihan sesuatu melalui ilmu pengetahuan,dikatakan juga mereka yang pakar bidang
penciptaan dan bersifat dengan al-hakim seperti dalam lisan arab. Kamus dewan edisi empat: 2005,
hikmah bermaksud kebijaksanaan dan kecerdikan daripada Allah SWT.
Menurut Abd.Aziz Mohd.Zain (2008: Metodologi Dakwah), Adalah satu perkara yang sangat sukar
untuk menentukan makna hikmah secara teorinya. secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Ghazali
Darussalam ( 1996), maksud firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 ialah, dalam berdakwah
kebijaksanaan seseorang itu terletak pada berbuat sesuatu kena pada tempatnya, teliti memilih masa,
tempat, kata-kata dan cara mengemukakannya. Syeikh al-Tabarasi pula menjelaskan al-Quran ialah satu
hikmah kerana, isi kandungan al-Quran mempunyai hukum-hukum yang menjadi panduan hidup manusia
untuk memperoleh sya‟adah di dunia dan akhirat. Prof.Dr Toha Yahya Umar,M.A.,menyatakan bahawa
hikmah bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan berfikir,berusaha menyusun dan mengatur
dengan cara yang sesuai keadaan zaman dengan tidak bertentangan dengan larangan Tuhan. Al-Hikmah
diertikan pula sebagai al „adl (keadilan), al-haq (kebenaran),al-hilm (ketabahan), al „ilm(pengetahuan)
dan an-Nubuwwah (kenabian).Ibnu Qoyim berpendapat bahawa pengertian hikmah yang paling tepat
adalah seperti yang dikatakan oleh Mujahid dan Malik yang mendefinisikan bahawa hikmah adalah
pengetahuan tentang kebenaran dan pengamalannya, ketepatan dalam perkataan dan pengamalannya.
Hal ini tidak mungkin dicapai kecuali dengan memahami al-Quran dan mendalami syariat-syariat Islam
serta hakikat iman.
Imam Abdullah bin Ahmad Mahmud An-Nasafi pula menyatakan erti hikmah ialah:
“ Dakwah bil-hikmah adalah dakwah dengan menggunakan perkataan yang benar dan pasti, iaitu
dalil yang menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan”.
Menurut Syekh Zamakhsyari dalam kitabnya “ al-Kasyaf”, al-Hikmah adalah perkataan yang
pasti dan benar. Ia adalah dalil yang menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan atau
kesamaran. Selanjutnya, beliau mengatakan hikmah juga diertikan sebagai al-Quran yakni
ajaklah mereka (manusia) mengikuti kitab yang memuat hikmah. H.M.Yunan Yusuf dan panel
penulis buku “ Metode Dakwah” mengatakan bahawa, hikmah bukan hanya sebuah pendekatan
satu metode, akan tetapi beberapa pendekatan yang multi dalam sebuah metode.Dalam dunia
dakwah ; hikmah bukan hanya bererti mengenal strata (tahap) mad‟u, akan tetapi juga bila harus
bicara, bila harus diam. Hikmah bukan hanya mencari titik pertemuan, akan tetapi juga toleran
(tolak ansur) yang tanpa kehilangan sibghah. Bukan hanya dalam kontek memilih kata yang
tepat, akan tetapi juga cara berpisah dan akhirnya pula bahawa, hikmah adalah uswatun hasanah
serta lisan al-Haal.Berdasarkan ta‟arif atau pengertian-pengertian tersebut, kalimah bil-hikmah
atau hikmah dapat dibahagikan kepada dua komponenutama seperti dalam Gambar Rajah 1 di
bawah.
5
Rajah 1: Komponen kalimah hikmah atau bil- Hikmah
Sifat-Sifat SahsiahGuru Yang Berhikmah Dalam Pengajaran
Komponen
Hikmah atau
Bil-Hikmah
Sahsiah
Berakhlak mulia.
Menghayati al-Quran.
Mengamalkan sunnah.
Mengamalkan ajaran
agama.
Adil.
Berilmu dan
mengamalkannya.
Mencontohi para Nabi.
Sentiasa berkata betul,
tegas dan benar.
Kurang bercakap-perkataan
yang ringkas tetapi luas
maksudnya.
Pengajaran dan
Pembelajaran
Bijaksana.
Berilmu pengetahuan.
Berakal (mena’kul).
Falsafah (berfikir secara logik
dan rasional).
Berpengalaman.
Mampu memahami yang
tersirat (melihat masa depan).
Mengajar ilmu yang benar /
kebenaran.
6
Berdasarkan ta‟arif perkataan hikmah atau bil-hikmah dan sejumlah hadis yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran, berikut adalah diantara ciri atau sifat guru yang berhikmah
dalam pengajaran Pendidikan Islam:
1.Berakhlak Mulia
Sebahagian ahli falsafah mentakrifkan al-Hikmah sebagai berakhlak dengan akhlak Allah
Azzawajalla, maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT sekadar
yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya. Diantara akhlak mulia yang dimiliki
oleh seorang guru yang berhikmah ialah:
a). Bersifat tawaduk
Imam Muslim dan Abu Daud (hadis berasal dari Imam Muslim) meriwayatkan dari Jabir ibn
Abdullah RA,dia berkata: “ Rasulullah SAW pernah mendatangi kami di suatu masjid. Kami
melihat saat itu Baginda membawa serabut pohon kurma. Dengan serabut itu Baginda
membersihkan (menggosok) dahak (air ludah) yang melekat di kiblat(mimbar) masjid.
Setelah itu Baginda menemui kami dan berkata: „ siapakah diantara kalian yang ingin
ditinggalkan oleh Allah ?, kami tidak menjawab dan hanya menundukkan kepala kami.
Kemudian Baginda berkata lagi: „ siapakah di antara kalian yang ingin ditinggalkan olah
Allah?, kami akhirnya menjawab: „tidak ada satu pun di antara kami yang ingin ditinggalkan
oleh Allah wahai Rasulullah.‟Nabi lalu berkata: „ sungguh, pada saat kalian mengerjakan
solat,Allah SWT menghadapkan wajah-Nya kea rah kalian. Maka, janganlah kalian meludah
di depan wajah-Nya ataupun di sebelah kanan-Nya. Hendaknya (jika kalian terpaksa meludah
di dalam solat) kalian meludah ke sebelah kiri tepat di bawah kaki kalian. Namun jika kalian
tergesa-gesa untuk segera meludah,maka lakukanlah dengan cara seperti ini (Baginda
mempraktikkan cara membersihkan ludah dengan menggunakan kain/baju). Kemudian
hendaknay kalian melipat kain/baju tersebut.‟ Menurut riwayat Abu daud: „ hendaknya
kalian memasukkan kain/baju ke dalam mulut kalian lalu menggosokkannya.‟ Rasulullah
SAW kemudian berkata lagi: „ Berikanlah „abir (sejenis wangian) kepadaku.‟ Maka salah
seorang ( pemuda ) di antara kami segera bergegas mengambilkan wangian dari rumahnya
untuk Baginda. Baginda kemudian mengambilnya dan menyapukannya pada kayu serabut
yang ada di tangan Baginda kemudian menggosokkannya pada dahak/air ludah tersebut
hingga bau yang tidak sedap menjadi lenyap.”
b).Penyayang
Salah satu contoh ialah bila mana Baginda mencium cucunya Hasan ra., di sisi Baginda
seorang sahabat yang bernama Aqra‟ bin Habas ra., hairan dengan perbuatan Rasulullah
7
SAW kerana beliau memiliki sepuluh orang cahaya mata tetapi tidak pernah mencium
mereka, lalu Rasulullah SAW bersabda:
“ barangsiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”
( Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim)
c).Sabar
Menurut kamus lisan al-Arab: 12/14 hikmah bermaksud mengetahui suatu yang afdal dengan
ilmu yang termulia, atau mengawal jiwa dan naluri ketika marah.Mohd Sani Ibrahim (2002),
menyenaraikan beberapa ciri guru yang berkualiti dari sudut peribadi iaitu, seperti baik hati,
jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan berkepimpinan.
d).Pemaaf
Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 134 yang bermaksud;
“ iaitu orang-orang yang menderma dalam waktu senang dan susah, orang-orang yang
menahan marah dan member maaf kepada manusia. Allah SWT adalah sangat kasih kepada
orang-orang yang bebuat baik”.
DalamTafsir Al-Azhar juzu‟ 4:107, pada suatu hari Imam Musa Al Kazim hendak berwuduk
akan solat subuh. Disuruhnya hambanya mencucurkan air wuduk dari cerek yang telah
disediakan air di dalamnya.Rupanya si hamba masih mengantuk, lalu disiramkannya air wuduk
itu; seharusnya ke telapak tangan beliau, tetapi karena mengantuknya telah tersiram badan beliau
dan basah baju beliau.Beliau kelihatan sudah hendak marah, tetapi hamba itupun sadar akan
dirinya dan hilang ngantuknya melihat wajah beliau membayangkan marah itu, segera budak itu
membaca: “ wal kazhiminal ghaiza”, Beliau serta merta sedar mendengar ayat itu, lalu beliau
berkata: “ telah aku tahan marahku kepadamu”. Lalu kata budak itu pula: “ wal „afina „anin nas”.
Serentak pula beliau jawab, “aku beri maaf kesalahanmu, buyung”, lalu budak itu melanjutkan
membaca ayat sampai ke hujungnya “ wallahu yuhibbul muhsinina”. Beliau menyambut: “ anta
hurrun liwajhillah”. Demikianlah besarnya pengaruh ayat al-Quran kepada orang yang beriman.
e). Ikhlas
Ibnu Shahnun (dalam Gamal 2002) menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang
guru, iaitu ikhlas, taqwa, bertanggungjawab dan bersopan – santun. Satu sifat lain yang penting
8
ialah guru tersebut perlu ghairah dan bersemangat dengan tugasnya. Kesungguhan dan
kerajinannya akan menjadikan pelajar bersungguh-sungguh dan tertarik dengan pengajarannya.
2.Bijaksana
Menurut tafsir al Azhar (1984:321), Nabi S.A.W. memegang tampuk pimpinan dalam
melakukan dakwah itu. Kepadanya dituntunkan oleh Allah bahawa di dalam melakukan dakwah
hendaklah memakai tiga macam cara atau tiga tingkat cara. Pertama Hikmah (kebijaksanaan),
iaitu dengan cara bijaksana, akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih
menarik perhatian orang kepada agama, atau kepercayaan terhadap Tuhan. Contoh-contoh
kebijaksanaan itu selalu pula ditunjukkan Tuhan. Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran: 4/2022,
Menjalankan dakwah secara berhikmah ialah dengan melihat keadaan dan situasi yang sedang
dihadapi. Perlu dinilai kemampuan dan keupayaan diri mereka agar dakwah yang diutarakan
tidak menjadi suatu bebanan ke atas mereka.Perlu juga dipelbagaikan teknik dan uslub dakwah
iaitu bukannya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat, terlalu mengikut perasaan dan
menzahirkan kemarahan. Menurut Abd.Aziz Mohd.Zain (2008: Metodologi Dakwah), Adalah
satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah secara teorinya. secara mudah,
hikmah bererti bijaksana. Ghazali Darussalam ( 1996), maksud firman Allah dalam surah al-Nahl
ayat 125 ialah, dalam berdakwah kebijaksanaan seseorang itu terletak pada berbuat sesuatu kena
pada tempatnya, teliti memilih masa, tempat, kata-kata dan cara mengemukakannya.
3.Mempunyai kepakaran
Mukhtar al-Sohah: 69:1990, al-Hikmah dari ilmu dan al-Hakim bermaksud berilmu dan orang
yang mempunyai hikmah, ia juga bererti orang yang sangat teliti dalam sesuatu perkara. Daerah
M‟aarif al-qarnul „esyrin: jilid.3:473: (TT), al-Hikmah bermaksud meletakkan sesuatu pada
tempatnya, ilmu, lemah-lembut dan kenabian.jamak hikmah ialah hikam, dari kata dasar hakama,
yahkumu dan hikmatan membawa kepada hakiman yang bererti berilmu pengetahuan.Ini bererti
seorang yang berhikmah mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu
bidang yang dipelajarinya.Menurut Kamarul Azmi Jasni dan Ab.Halim Tamuri (2012:71), antara
ciri professional guru yang dapat dirumuskan ialah mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam bidangnya dan cekap serta pakar dalam bidang pendidikan.
4.Adil
9
Prof.Dr Toha Yahya Umar,M.A.,menyatakan bahawa hikmah bererti meletakkan sesuatu pada
tempatnya dengan berfikir,berusaha menyusun dan mengatur dengan cara yang sesuai keadaan
zaman dengan tidak bertentangan dengan larangan Tuhan. Al-Hikmah diertikan pula sebagai al
„adl (keadilan), al-haq (kebenaran),al-hilm (ketabahan), al „ilm(pengetahuan) dan an-Nubuwwah
(kenabian).
5.Berpengalaman(khibrah)
Menurut Kamarul Azmi Jasni dan Ab.Halim Tamuri (2012:75), guru atau pendidik perlu
menyampaikan ilmu secara berkesan melalui kemahiran, teknik dan kaedah mengajar yang
sesuai dalam setiap sesi pengajaran. Guru juga perlu mewujudkan suasana P&P yang berkesan
dan sedar akan setiap keperluan dan jenis anak muridnya sama ada lemah, sederhana ataupun
pintar. Untuk melaksanakan perkara tersebut, seseorang guru perlulah mempunyai pengalaman
yang luas dalam bidang pendidikan.
6.Memahamidan menghayati maksud al-Quran dan As-Sunnah
Menurut Tafsir al-Manar pula, al-Hikmah ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah
Azzawajalla dan mendalami segala hukum-hukumnya, mengenali segala maksud dan rahsia yang
tersirat di sebalik hukum-hukum tersebut.Bukan setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan
mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat.Ibnu Abbas
mengatakan: “ Hikmat itu ialah kesanggupan memahamkan al-Quran.” Artinya bila seseorang
sudah dapat memahamkan (memfiqhikan) dari dalam al-Quran mana yang hudan (petunjuk) dan
mana yang hukum, mana yang disuruh (wajib) dan apa sebab wajibnya dan mana yang ditegah
(haram) dan apa sebab ditegah, lalu dapat membandingkan atau mengqiyaskan yang furu‟
(cabang) kepada yang asal (pokok), itulah dia orang yang diberi hikmat.Sebab itu maka orang
yang oleh ahli Fiqhi disebut Mujtahid, menurut tafsiran Ibnu Abbas itu patutlah disebut al-Hakim
juga.
Ciri-ciri bil-Hikmah dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1. Teladan Akhlak yang mulia (tunjuk cara)
Di antara metode terpenting, agung dan nyata yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dalam
proses pendidikan adalah melalui teladan akhlak (budi pekerti) yang baik. Baginda adalah
orang pertama melakukan sesuatu sebelum menyuruh orang lain (muridnya) melakukan
sesuatu itu, sehingga orang lain pun akan dapat mengikuti dan melakukan sebagaimana yang
mereka lihat dari tindakan Baginda. Akhlak Baginda adalah al-Quran, dan al-Quranlah yang
10
menjadikan baginda selalu berada di puncak tertinggi akhlak-akhlak terpuji. Tidak dapat
disangsikan lagi bahawa pengaruh kaedah pendidikan melalui contoh teladan sebagaimana
yang dilakukan oleh Rasulullah SAW akan lebih kuat bersemayam (melekat) di hati dan
memudahkan pemahaman. Di samping itu juga, metode tersebut sangat membantu seorang
guru dalam usaha mengajar dan mendidik anak murid berbanding model pendidikan melalui
ceramah-ceramah dan huraian kata-kata. Metode pendidikan seperti itu merupakan metode
yang amat bersesuaian dengan fitrah pendidikan itu sendiri.
Di dalam kitab al-Ishabah fi Tamyiz al-Shahabah karya Ibnu Hajar disebutkan, diriwayatkan
dari Ibn Ishaq bahawasanya Rasulullah SAW pernah mengutus Amr bin „Ash kepada al-
Julanda Malik „Uman Watsimah untuk mengajaknya memeluk agama Islam, ia lalu berkata:
“ Sesungguhnya dia (Amr bin „Ash) telah menunjukkan kepadaku seorang Nabi yang ummi.
Sungguh,Baginda tidak pernah menyuruh suatu kebaikan sebelum Baginda sendiri
melakukannya. Sebaliknya, Baginda tidak pernah melarang suatu kejahatan sebelum Baginda
sendiri meninggalkannya.Sungguh, Baginda tidak sombong meskipun memiliki
kekuasaan.Sebaliknya, Baginda tidak mengeluarkan kata-kata kotor sekalipun Baginda
dikalahkan.Baginda sentiasa memenuhi dan melaksanakan janji.Saya bersaksi bahawa
Baginda adalah benar-benar seorang nabi”.
Dakwah dengan uswatun hasanah adalah dakwah dengan memberikan contoh yang baik
melalui perbuatan nyata yang sesuai dengan kod etika dakwah.Bahkan uswatun hasanah
adalah salah satu kunci kejayaan dakwah Rasulullah SAW.Keteladanan yang aplikatif
(amaliyah) mempunyai pengaruh yang besar dan sangat kuat dalam penyebaran prinsip dan
fikrah.Ia boleh dilihat dengan jelas, dicontohi dan diikuti.Berbeza dengan kata-kata dan
ceramah atau tulisan, boleh jadi sebahagian pendengar dan pembaca tidak memahami semua
itu, bahkan mungkin tidak mengerti maksud dan tujuannya. Ini ditambah lagi dengan kaedah
didikan yang paling tinggi dan berkesan dalam pendidikan akhlak Islam adalah melalui
kaedah contoh ikutan (Ab. Halim Tamuri et al. 2004), Para pelajar akan lebih mudah
terkesan terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyayangi mereka serta memberi
tunjuk ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran serta sangatberpegang teguh kepada ilmu
dan agama sama ada dari segi aspek kebiasaan harian, ibadat, adab-adab dan panduan agama.
2. Al-Tadarruj (berperingkat-peringkat)
Dalam menjalankan aktiviti pendidikan, Baginda sentiasa mengambil berat tentang tahap
pembelajaran.Baginda mengajar hal-hal yang penting sedikit demi sedikit (secara
bertahap)sehingga semua perkara yang Baginda ajar dapat diterima (difahami) dengan mudah
dan tersimpan kemas di dalam setiap hati orang yang belajar dengan Baginda, baik secara
hafalan mahupun pemahaman.Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya meriwayatkan dari
11
Muhammad ibn Fudail, dari „Atha‟ (ibn al-Saib), dari Abi „Abd al-Rahman (al-Sulamiy al-
Muqri‟), dia berkata: “ Telah bercerita kepada kami orang yang pernah belajar kepada
Sahabat Rasulullah SAW, sesungguhnya mereka (para Sahabat) pernah mempelajari 10 ayat
al-Quran dari Rasulullah SAW. Mereka tidak mengambil (mempelajari) 10 ayat al-Quran
yang lain sebelum mereka dapat memahami setiap ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam
ayat-ayat tersebut lalu mengamalkannya.”
3. Pendidikan Rasulullah SAW dilakukan dengan memerhatikan situasi dan keadaan anak
didik
Dalam proses memberikan pendidikan kepada para Sahabat, Rasulullah SAW sentiasa
memerhatikan waktu dan keadaan yang tepat, untuk disesuaikan dengan waktu dan keadaan
mereka. Hal ini Baginda lakukan agar mereka tidak bosan. Baginda juga selalu berusaha
menjaga tujuan dan keseimbangan dalam proses pendidikannya.Rasulullah SAW mengajar
secara selektif dan disesuaikan dengan kemampuan anak didik.Program pendidikan
Rasulullah SAW sangat menitikberatkan keadaan kemampuan atau potensi yang dimiliki
oleh setiap pelajar. Baginda mendidik mereka sesuai dengan kadar pemahaman dan
kedudukan mereka serta menjaga perasaan (menghanrgai) para pelajar baru. Baginda tidak
mengajar para pelajar baru sesuatu hal yang Baginda ajarkan kepada pelajar lama. Baginda
pintar menyusun jawapan bagi setiap pertanyaan sesuai dengan keadaan orang yang bertanya.
Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya meriwayatkan dari „Abdullah bin Amr bin al-
„Ash, dia berkata: “ Ketika kami sedang berkumpul bersama Nabi, seorang pemuda
datang dan bertanyakan sesuatu kepada Baginda: „Wahai Rasulullah SAW, bolehkah
saya mencium isteri saya ketika saya sedang berpuasa?‟. Nabi menjawab: „Tidak boleh.‟
Setelah itu datang seorang lelaki tua dan bertanya tentang hal yang sama: „ Bolehkah saya
mencium isteri saya ketika saya sedang berpuasa?‟. Nabi menjawab : „ Ya boleh.‟ Maka
kami pun saling berpandangan (merasa hairan), Rasulullah SAW pun lalu menjelaskan: „
saya tahu kenapa kalian saling berpandangan. Ketahuilah sesungguhnya orang tua itu
lebih dapat mengekang hawa nafsunya „.
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Amr, dia berkata: “
seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah SAW agar diizinkan ikut berjihad
(berperang). Nabi bertanya: „ Apakah kedua orang tuamu masih hidup?‟ Lelaki itu
menjawab: „ Ya‟. Nabi kemudian bersabda: „ Berjihadlah (berbakti) kepada keduanya.‟
Jadi, meskipun Rasulullah SAW sangat mendorong umatnya berjihad dan melakukan
hijrah, namun Baginda tetap mengambil kira berbagai keadaan dari setiap orang yang
ingin turut berjihad. Contoh atau gambaran lain tentang masalah ini adalah kepelbagaian
12
wasiat Baginda terhadap orang yang meminta wasiat. Baginda memberikan suatu wasiat
kepada seseorang, yang isinya berbeza dengan wasiat yang Baginda berikan kepada
orang lain. Perbezaan pemberian wasiat itu tentunya tidak lepas dari perhatian Baginda
akan perbezaan keadaan diri individu yang meminta wasiat.
Imam Ahmad dan al-Tirmidzi (dengan lafaz hadis berasal dari Imam Ahmad)
meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata: “ Aku pernah berkata kepada
Rasulullah SAW, berilah aku nasihat? “ Baginda pun menjawab: „ Bertakwalah kepada
Allah SWT di manapun kamu berada, dan ikutilah suatu perbuatan buruk dengan
perbuatan baik, kerana ia akan menghapus perbuatan buruk tersebut, serta bergaullah
sesama manusia dengan akhlak yang baik.‟
Imam al-Bukhari dan al-Tirmidzi (dengan lafaz hadis berasal dari keduanya)
meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata: “ Sesungguhnya seorang lelaki pernah
berkata kepada Rasulullah SAW: „Berilah aku satu wasiat sahaja (tidak terlalu banyak)
agar aku dapat mengingat dan memikirkannya.‟ Baginda kemudian berkata: „Janganlah
engkau marah.‟ Baginda mengulang-ulang sabdanya itu beberapa kali, dan semua yang
Baginda katakana adalah: „ Janganlah kamu marah.‟Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah (dengan
lafaz hadis berasal dari al-Tirmidzi) meriwayatkan dari „Abdullah bin Busr: seorang
lelaki pernah berkata: “ Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya syariat Islam telah
banyak atasku ( aku telah melakukan semuanya), maka beritahulah kepadaku tentang
sesuatu di mana aku dapat bergantung kepadanya.” Nabi menjawab: “ Hendaknya
lisanmu selalu basah kerana berzikir kepada Allah SWT.”
Imam Muslim, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah (dengan lafaz hadis berasal dari Imam
Muslim ) meriwayatkan dari Sufyan bin Abdullah al-Tsaqafi, dia berkata: “ Aku pernah
berkata kepada Rasulullah SAW: „ Wahai Rasulullah SAW, terangkan kepadaku tentang
Islam, di mana aku tidak perlu lagi menanyakan hal itu kepada siapapun setelah engkau‟,
Nabi menjawab: “ Katakanlah, aku beriman kepada Allah SWT, lalu beristiqamahlah.”
4. Mempunyai variasi dalam memberikan pelajaran (al-Tanwi‟ wa al-Taghyir)
Menurut Prof.Dr Muhamad „Ajjaj Al-Khatib, metode variasi ini, baik dalam materi
pelajaran dan banyak dipakai oleh lembaga-lembaga pendidikan masakini agar pelajar
lebih mantap dalam menerima pelajaran.Rasulullah SAW juga sering menjelaskan
sesuatu dengan cara melukis (menggambarkan sesuatu) di atas tanah. Di antara beberapa
hadis yang menukilkan hal itu adalah hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya
13
dari Jabir dan Ibnu Mas‟ud ra dan Abu „Abdillah al-Marwazi di dalam kitabnya al-
Sunnah dari Jabir dan Ibnu „Abbas ra, seperti berikut;
Jabir pernah berkata: “ Ketika kami sedang duduk dekat dengan Nabi, Baginda membuat
garis di atas tanah di hadapan Baginda duduk dengan menggunakan tangannya, kemudian
bersabda: „Ini adalah jalan Allah „Azza wa Jalla.‟ Lalu Baginda membuat dua garis di
sebelah kanannya dan dua garis lagi di sebelah kirinya, dan bersabda: „ Ini semua adalah
jalan-jalan syaitan.‟ Setelah itu Baginda meletakkan tangannya di atas garisan yang
berada di tengah sambil membacakan ayat 153, al-An‟am :
“ Dan sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut dan
janganlah kalian mengikuti jalan-jalan yang lain kerana ia akan membuat kalian terpisah
dari jalan-Nya (jalan-Ku). Demikianlah Allah SWT telah mewasiatkan kepada kalian
dengannya supaya kalian bertakwa.”
Pandangan tersebut dikukuhkan oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
( penterjemah Hj Shuhadak Mahmud), di dalam mendidik, Baginda menghimpunkan dua
kaedah serentak iaitu dengan memberikan penerangan di dalam bentuk perkataan dan
sekaligus menunjukkannya dengan menggunakan kedua-dua tangan. Hal ini bertujuan
member penjelasan tentang maksud perkara yang hendak disampaikan dan mengingatkan
para pendengar akan pentingnya perkara tersebut. Roziah dan rakan-rakan
mengatakan(2008), dalam proses pendidikan, kaedah pengajaran adalah antara rukun
terpenting kerana dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan antara guru dengan
murid dalam menyampaikan ilmu, fikiran dan kemahiran. Kaedah yang baik dapat
menghilangkan rasa jemu ketika belajar.Kepentingan kaedah ini sememangnya diberi
penekanan oleh ahli-ahli pendidikan Islam pada zaman silam.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Musa Al-Asyari, bersabda Rasulullah SAW: “
Hubungan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ibarat satu binaan yang
saling memperkukuhkan antara satu dengan yang lain. Kemudian Baginda pun
menyilang antara jari jemari Baginda”.
Daripada Sayyidina Sahl bin Saad As Sai‟di beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah
SAW: “ Daku dan orang yang membela anak yatim menjaga kemaslahatannya di dalam
syurga kelak adalah seumpama ini. Sambil Baginda menunjukkan kepada dua jari
Baginda iaitu jari telunjuk dan jari tengah, dan merenggangkan sedikit antara keduanya”.
Sharifah Alwiah Alsagof (1983), Variasi rangsangan ialah tindakan-tindakan guru yang
dirancang atau yang berlaku secara sepontan untuk membentuk dan memastikan
perhatian murid dalam sesuatu pelajaran dengan cara mengubah-ubah atau
14
memberivariasi kepada penyampaiannya.Dalam bentuk yang paling mudah, rangsangan
yang divariasikan atau diubah-ubah ialah pergerakan, bunyi dan gambaran visual pada
masa-masa tertentu.Dalam penyampaian pengajaran guru, variasi rangsangan adalah
berfungsi untuk memusatkan dan memastikan perhatian murid, menegaskan perkara-
perkara penting dalam penyampaian dan mengubah kecekapan atau tempo
pelajaran.Teknik-teknik yang digunakan untuk member variasi kepada rangsangan ialah
seperti pergerakan guru, memusatkan interaksi, memindahkan interaksi, hentian atau
senyap dan memindahkan deria.Robiah (1994), menyatakan bahawa terdapat beberapa
kelemahan yang masih dihadapi oleh guru dan antaranya adalah dalam penyampaian ilmu
yang dinyatakan masih lagi kurang berkesan, membosankan dan tidak terancang. Ketika
berkomunikasi, seseorang guru bukan sahaja mencari perkataan yang tepat untuk
menyampaikan makna tetapi perlu menggabungkan elemen-elemen lain seperti intonasi,
pertembungan mata (eye-contact) dan komunikasi bukan lisan bagi memberikan kesan
maksimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Kauffman, Mostert, Trent &
Hallahan 1998). Walau bagaimanapun, dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru
berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad
Mahdzan (1993), bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang disayangi oleh seorang
pelajar. Dalam hal ini, komunikasi interpersonal perlu diberi perhatian yang meliputi
unsur-unsur seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan badan, gerak isyarat
atau air muka, pakaian dan perawakan, suara, kepelbagaian bahasa dan berhenti sejenak
serta penglibatan pendengar. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, guru seharusnya
menguasai pelbagai bentuk kemahiran merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik
darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan dan teratur. Shukri
(1997), Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P), komunikasi pengajaran
merupakan instumen penting kerana sifat komunikasi dalam rutin bilik darjah itu sendiri
melibatkan proses pertukaran maklumat dari seorang individu kepada seorang individu
yang lain atau dari satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain. Abdullah & Ainon
(2002), Ini bermakna guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yang baik
dapat menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kenneth
(2007), tanpa komunikasi, pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Barker
(1982), Memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan
komunikasi, timbul persoalan tidak semua guru boleh berkomunikasi dengan baik dan
guru haruslah memahami apakah yang dikatakan sebagai komunikasi, mendalami ilmu
komunikasi dan seterusnya mempraktikkan ilmu komunikasi dalam memperbaiki teknik
pengajaran.
5. Pengajaran secara interaktif (Dialog / soaljawab)
15
Diantara metode-metode lain yang sering digunakan Rasulullah SAW dalam program
pendidikannya adalah melalui metode interaktif (dialog / soaljawab). Metode sebigini digunakan
oleh Baginda dalam rangka menghadirkan tumpuan dan perhatian terhadap anak didik, sekaligus
untuk memberikan dorongan atas jiwa dan akal mereka untuk dapat menjelaskan apa yang telah
mereka ketahui. Ahmad Mohd Salleh (2008), Rasulullah SAW menggunakan kaedah dialog atau
perbincangan dalam pengajaran Baginda. Baginda pernah berdialog dengan sekumpulan pemuda
Bani al-Marith bin Ka‟ab bertujuan supaya mereka menerima Islam dengan prinsip yang betul.
Baginda berbincang dengan mereka agar penerimaan Islam mereka bukan kerana kebaikan
Khalid bin al-Walid yang telah dihantar kepada mereka. Dalam hal ini, mereka dengan tegas
telah menjawab kepada Rasulullah SAW; “ Kami sekali-kali tidak memujimu dan juga tidak
memuji Khalid”. Lantas Baginda bertanya: “ Siapa lagi yang kamu puji?” Mereka menjawab; “
Kami memuji Allah SWT yang member petunjuk kepada kami mengikutmu wahai Rasulullah
SAW”. Baginda berkata; “ Kamu benar”.Muhammad Afif al-Za‟bi (1977), corak pengajaran
yang sempurna ini adalah berbentuk dua hala, iaitu daripada pihak guru dan pihak murid.Rashidi
Azizan dan Abd.Razak Habib (1995), Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran.
Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara
guru dengan murid.Menurut Salihan Siais (1993) pula, kaedah menyoal dapat membangkitkan
kecerdasan dan menggalakkan berfikir.Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan
fikiran terhadap apa yang sedang diingati. Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan
perkara lain.Menurut Norliza Abd.Majid (T.T), Pengajaran yang dilakukan dengan menarik dan
menyeronokkan, dapat mendorong pelajar menyalurkan fikiran dan pandangan secara berkesan.
Kemahiran guru mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat
mewujudkan suasana kemesraan, berkongsi perasaan, kasih sayang dan sikap yang prihatin.
Perbincangan kajian ini merumuskan bahawa tugas guru bukan sahaja untuk menyampaikan
pengetahuan semata-mata, tetapi kemahiran komunikasi perlu dikuasai oleh seseorang guru
untuk meningkatkan perkembangan sosial pelajar. Ruang interaksi yang luas dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat dan menghilangkan tekanan. Dapatan
kajian ini disokong oleh Abd. Rahim (2003), yang menjelaskan bahawa pengajaran yang
merupakan suatu proses komunikasi di antara guru dan pelajar bukan sahaja melibatkan
penyampaian pengetahuan atau maklumat, tetapi juga melibatkan hubungan dan pengawalan
sosial di dalam bilik darjah.
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim (dengan lafaz hadis berasal dari Imam Muslim)
meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “ Bagaimanakah
pendapat kalian jika seseorang itu mandi sebanyak 5 kali dalam satu hari?, masih tersisakah
kotoran di tubuh orang tersebut?”. Mereka menjawab: “ Tentu tidak aka nada kotoran yang
tersisa di tubuh orang tersebut.” Baginda kemudian menjelaskan: “ Demikianlah perumpamaan
16
orang yang melakukan solat lima waktu. Dengan solat itu Allah SWT akan menghapus
kesalahan-kesalahan – kesalahan yang ada dalam diri seseorang.”
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW pernah
mengajukan suatu pertanyaan kepada para sahabat: “ Apakah kalian tahu siapakah orang yang
dikatakan muflis itu?”, Mereka menjawab: “ Di antara kami yang dikatakan sebagai orang yang
muflis adalah orang yang tidak mempunyai wang atau kekayaan.” Baginda kemudian bersabda: “
Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang pada hari kiamat memiliki
banyak pahala solat, puasa dan zakat. Namun, di sisi lain ia suka mencaci dan menfitnah orang
lain, memakan harta yang tidak halal, serta menumpahkan darah (membunuh) dan berbuat
kekerasan kepada orang lain. Maka, amal kebaikan (pahala) orang tersebut akan dilimpahkan
oleh Allah SWT kepada orang-orang yang pernah ia sakiti. Kemudian , jika amal kebaikan
(pahala) orang tersebut telah habis dibahagikan kepada mereka, diambil pula kesalahan-
kesalahan (dosa) mereka lalu ditimpakan kepada orang tersebut sehingga akhirnya dia
dilemparkan ke dalam api neraka.”
Razali Saaran (2010:49), kaedah bersoal jawab merupakan satu kaedah pengajaran yang
berpusatkan murid, di mana guru bukan sekadar bertanya dan murid menjawab, malah situasi
sebaliknya boleh juga berlaku iaitu murid yang bertanya dan guru pula menjawab. Teknik ini
merupakan kaedah yang baik bagi menarik minat pelajar untuk turut serta dalam proses
pengajaran guru semasa di dalam kelas. Antara kebaikan kaedah soal jawab ialah menggalakkan
percambahan idea di kalangan pelajar, menggalakkan budaya berfikir secara kreatif dan kritis,
menimbulkan rasa ingin tahu, mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar, bersoal jawab
membawa kesedaran, dapat mempelbagaikan kaedah penyampaian kepada pelajar dan bersoal
jawab merupakan permulaan proses berfikir.
6. Mengulang-ulang (al-Takrir wa al-Muraja‟ah)
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya;
“ Apabila Rasulullah SAW memberitahu sebuah pernyataan, Baginda mengulanginya
sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkatannya dengan
baik dan setiap kali Nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu)
tiga kali dan mengucapkan salam.”
( Riwayat imam Bukhari)
17
Menurut As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2001:220), Baginda mengulangi kata-katanya
bagi menguatkan dan menegaskan isi kandungan ucapannya. Ianya peringatan kepada audiens
akan kepentingannya dan dapat memahami serta mencerna apa yang disampaikan oleh Baginda.
Razali Saaran (2010:100), terdapat beberapa kebaikan dalam teknik pengulangan antaranya,
meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar, menguatkan lagi
ingatan pelajar terhadap isi pengajaran guru dan member peluang kepada pelajar membezakan
sesuatu perkara mengikut keutamaannya. Pengulangan sebanyak tiga kali akan melengkapkan
sebarang kekurangan pada tindakan pertama dan kedua. Maka pengulangan kali ketiga sudah
cukup memadai dan memberikan keyakinan kepada diri pelakunya bahawa sesuatu perkara itu
telah sempurna dan tidak ada keraguan lagi terhadapnya.Ia adalah ubat bagi penyakit keraguan
dan was-was dalam hati. Kenapa tidak empat atau lima?, kerana Islam benci sesuatu yang
melebihi batas maka, tiga adalah jalan yang paling selamat dan sederhana.
7. Pengajaran dan pembelajaran melalui pertanyaan (Berfikir secara rasional)
Metode berikutnya yang biasa digunakan Rasulullah SAW dalam program pendidikannya adalah
dalam bentuk pertanyaan.Baginda menggunakan metode ini untuk menyedarkan (memberi
pemahaman) seseorang tentang suatu kebenaran agar mudah diungkap melaui logik fikiran.
Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya dan al-Tabrani ( dengan lafaz hadis berasal dari Imam
Ahmad) meriwayatkan dari Abi Umamah al-Bahili RA, ia berkata: “ Sesungguhnya seorang
pemuda telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: „ Wahai Rasulullah SAW, izinkan
aku melakukan zina.‟ Lalu semua yang berada disitu menuju kepadanya dan mengherdiknya
sambil berkata: Hentikanlah !permintaanmu itu, hentikanlah !. Lalu Baginda bersabda:
Hampirkannya padaku. Lalu pemuda itu menghampiri Baginda dan duduk, Rasulullah SAW
bersabda: Adakah kamu suka jika ia (zina ) berlaku pada ibumu? Jawabnya: tidak!. Demi Allah
SWT, wahai Rasulullah SAW dan semoga Allah SWT menjadikan diriku sebagai tebusanmu.
Sabda Rasulullah SAW: Demikianlah manusia yang lain juga tidak menyukai perkara yang keji
ini berlaku kepada ibu-ibu mereka. Rasulullah SAW bertanya lagi: Adakah kamu suka ia (zina)
berlaku kepada anak perempuanmu? Jawabnya: Tidak!. Demi Allah SWT, wahai Rasulullah
SAW. Sabda Baginda : Demikianlah manusia yang lain, mereka juga tidak menyukai perkara
yang keji ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka. Rasulullah SAW bertanya lagi:
Apakah kamu menyukai ianya (zina) berlaku kepada adik perempuanmu? Jawabnya: Tidak!,
demi Allah SWT, wahai Rasulullah SAW. Sabda Baginda: Demikianlah manusia yang lain juga
tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada saudari perempuan mereka. Rasulullah
SAW bertanya lagi: Apakah kamu menyukai ianya (zina) berlaku kepada ibu saudaramu (sebelah
bapa)?, jawabnya: Tidak!. Demi Allah SWT, wahai Rasulullah SAW. Sabda Baginda:
Demikianlah manusia yang lain, mereka juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku
kepada ibu saudara mereka. Rasulullah SAW bertanya lagi: Apakah kamu menyukai ianya (zina)
berlaku kepada ibu saudaramu (sebelah ibu)?.jawabnya: Tidak!. Demi Allah SWT, wahai
18
Rasulullah SAW. Sabda Baginda: Demikianlah manusia yang lain, mereka juga tidak menyukai
perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara mereka. Kata Sayydina Abi Umamah:
Rasulullah SAW meletakkan tangan Baginda yang mulia ke atas pemuda tersebut lantas berdoa:
“ Ya Allah, ampunkan dosanya, sucikan hatinya dan peliharalah kemaluannya (dari
maksiat)”.
Sayyidina Abi Umamah berkata: selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi berkeinginan untuk
melakukan perkara terkutuk itu. Perhatikanlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang
pemuda yang ingin terjebak melakukan perzinaan melalui dialog, psikologi dan pertimbangan
akal yang waras tanpa membacakan ayat-ayat yang mengharamkan zina dan ancaman kepada
para penzina (lelaki dan perempuan).Ini kerana Baginda mengetahui bahawa Baginda mampu
membuang perbuatan terkutuk itu daripada jiwa pemuda tersebut berdasarkan penelitian Baginda
yang memandang dengan mata hati.Menurut Hj Shuhadak Mahmud, para pendakwah agar
menggunakan idea yang bernas pada waktu yang sesuai dan pada manusia tertentu apabila
keadaan memerlukan. Ini jelas ditunjukkan oleh keadaan pemuda ini, yang disucikan oleh Nabi
SAW akan hatinya daripada zina dengan menggunakan idea yang terarah lagi bernas. Para daie‟
juga perlu menguasai ilmu psikologi dengan baik kerana Rasulullah SAW merupakan seorang
ahli kaunseling yang berjaya.
8. Membuat peneguhan (al-Taqyim)
a).Tutur kata yang baik
Ahmad Mohd.Salleh (1995), manis tutur kata merupakan satu perkara yang tidak kurang
pentingnya. Perkataan para pendakwah merupakan alat penghubung antaranya dengan orang
ramai, ia juga merupakan alat untuk menyampaikan sesuatu maksud dan fikrah. Oleh itu, kiranya
para pendakwah dapat memelihara lidahnya, menguasai percakapannya, berupaya untuk memilih
perkataan-perkataan yang baik-baik dan susunan kata yang indah, bererti beliau telah mampu
menarik hati orang ramai dan sekaligus beliau Berjaya masuk ke dalam diri mereka.Tetapi jika
beliau tidak mampu berbuat demikian, bererti beliau telah membina sendiri benteng yang
memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah ditembusi, malah dengan itu
menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai. Guru yang
mempunyai tutur kata yang kesat dan tingkah laku yang kasar menimbulkan rasa kurang hormat
19
dan rasa benci pelajar terhadapnya dan mereka akan menjauhkan diri daripadanya. Dengan itu
sukar bagi kedua-dua pihak tersebut berhubung erat dan berkasih saying dan ini akan
mengakibatkan kegagalan bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu bahkan dalam pendidikan
dan pembentukan keperibadian muslim yang sempurna.
b.)Kata-kata pujian
Sharifah Alwiah Alsagof (1983), peneguhan ialah teknik yang dapat mengubahsuai atau
mengubah tingkahlaku. Peneguhan yang positif( dengan member ganjaran) atau negatif (dengan
menahan ganjaran, membetulkan maklum balas daripada murid dan dendaan).Peneguhan yang
biasa dikenali ialah “ bagus!” dan “betul”.Peneguhan seperti ini dapat member maklumat atau
maklum balas mengenai perlakuan murid dan dengan itu dapat membetulkan tingkahlakunya.
Peneguhan negatifjenis dendaan tidak menimbulkan pengubahan tingkahlaku yang tahan lama
dan kekal. Peneguhan lisan biasa dikenali di bilik darjah sebagai kata-kata pujian daripada
guru.Pujian dan pertolongan daripada guru seperti ini dapat mengubah tingkahlaku murid,
disamping membina yakin diri murid serta imej diri murid yang positif.Peneguhan bukan lisan
boleh berbentuk senyuman, mengangguk kepala, melihat terus ke mata murid, menaikkan bulu
kening, menunjukkan tangan kepada murid.Guru yang berkesan dan Berjaya dalam
pengajarannya ialah guru yang peramah, mesra dan rasa seronok mengajar. Sifat-sifat guru yang
berkesan ini menunjukkan bahawa ia menggunakan pujian dan peneguhan yang positif.
Tengku Asmadi Tengku mohamad (2010), jika kita mahu lahirkan insan cemerlang sama ada dia
seorang anak, rakan mahupun orang bawahan, maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri
mereka. Salah satucara menyuburkan kebaikan adalah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang
sudah dilakukan supaya mereka seronok mengulangi lagi kebaikan itu. Orang yang dipuji itu
tahu apa yang dibuat olehnya itu betul dan tidak berasa ragu-ragu bagi mengulanginya lagi.
Pandangan ini dikukuhkan lagi oleh Hasan Mohd.Ali (1996), apabila anak-anak dapat
membuktikan dan menunjukkan sesuatu yang baik kepada kedua ibu bapa, bererti sesuatu
perkara yang baik telah muncul yang mungkin boleh menjadi kebanggaan ibu bapa. Bagi
membolehkan setiap sesuatu kejayaan dan kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak itu
berterusan dan berkekalan, ibu bapa perlu memberi dorongan yang baik terus-menerus seperti
member penghargaan atau pengiktirafan kepada setiap kebaikan yang anak-anak mereka
lakukan. Bentuk pengiktirafan atau penghargaan tidaklah semestinya dalam bentuk hadiah yang
mahal-mahal tetapi sebaliknya cukup sekadar yang termampu sahaja.Sekurang-kurangnya
berilah ucapan tahniah sebagai tanda kegembiraan terhadap sesuatu pencapaian mereka.
Penghargaan dan pengiktirafan daripada ibu bapa di atas kejayaan anak-anak amatlah penting
sebagai pendorong kepada anak-anak supaya terus berusaha. Dengan sokongan seperti ini anak-
anak akan bertambah berminat untuk berusaha dan terus berusaha.
20
Ainon Mohamad (2005), dalam satu peristiwa seorang petani miskin datang menemui Nabi
Muhammad SAW. Di depan Baginda petani itu menyembunyikan kedua-dua belah tangannya.
Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad SAW dia memberitahu dia malu dengan keadaan
tangannya yang keras dan kasar kesan kerja-kerja berat yang terpaksa dilakukannya sebagai
orang miskin. Nabi Muhammad SAW meminta petani itu menunjukkan tangannya lalu Baginda
memegang kedua-dua belah tangan petani itu sambil bersabda, “ inilah tangan yang paling
disukai Allah SWT.” Pujian adalah sejenis ganjaran yang amat berpengaruh pada estim.Individu
yang menerima pujian berasa dirinya memiliki keistimewaan.Mereka yang memiliki estim tinggi
lebih mudah menerima pujian disebabkan pujian-pujian itu selari dengan anggapan mereka
terhadap diri mereka sendiri. Ibnu Khaldun dalam Ghazali Darusalam (2001), menegah para
guru menggunakan kekerasan lisan dan fizikal terhadap murid-muridnya. Kekasaran dan
kekerasan katanya boleh meninggalkan kesan buruk terhadap perkembangan psikologi kanak-
kanak, merosakkan jiwa dan bila mereka besar nanti mereka akan memiliki sifat dendam, agresif,
hilang keyakinan diri sendiri dan kadang kala menjadi seorang kanak-kanak yang penakut serta
pemalu.
c.)Gurauan / Kecindan
Razali Saaran (2010:73), terdapat beberapa hadis menunjukkan Rasulullah SAW juga
menggunakan teknik gurauan. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi menceritakan
seorang wanita tua bertemu Rasulullah SAW serta bermohon kepada Baginda agar di akhirat
kelak dapat menghuni syurga bersama Baginda Rasulullah SAW. Mendengar permohonan
wanita tua itu, Nabi SAW berkata kepadanya;
“ Wahai hanba Allah, sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki oleh orang tua.”
Mendengar sabda Nabi SAW yang demikian itu, wanita tua itu pergi sambil menangis
dengan sedihnya. Melihat wanita tua itu menangis sedemikian rupa, Rasulullah SAW
memanggilnya kembali dan bersabda; “ Engkau tidak boleh masuk syurga dalam keadaan
tua bangka, kerana Allah SWT akan membangkitkan kembali para wanita tua dalam usia
yang masih muda. Tidakkah kamu membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami ciptakan mereka bidadari-bidadari dengan langsung,
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh kecintaan,lagi sebaya umurnya.”
(al-Waqiah:35-37)
Wanita tua itu ahkirnya ketawa riang mendengarkan senda gurau Rasulullah SAW
tersebut.Diriwayatkan bahawa wanita tua itu adalah ibu saudara Rasulullah SAW sendiri
yang bernama Sofiyah.
d.) Sentuhan
Razali Saaran (2010:81), jika kita membaca buku-buku berkaitan kaedah mengajar,
jarang sekali penulis-penulis menyebut tentang teknik sentuhan ketika mengajar. Dalam
21
sejarah hidup Rasulullah SAW, Baginda pernah menggunakan teknik ini apabila
menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabatnya. Abu Mas‟ud r.a. sahabat Nabi
SAW berkata, suatu hari ketika hendak solat berjemaah, Nabi SAW menyentuh setiap
bahu kami sambil bersabda;
“ Luruskan safmu, jangan bengkang-bengkok. Saf yang bengkang-bengkok akan
menyebabkan hatimu berpecah-belah.”
( Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda;
“ Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang
yang sedang melalui di jalan (pengembara).”
( Riwayat Imam Bukhari)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa dalam situasi tertentu kita digalakkan
menyentuh pelajar semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. Pelajar akan merasakan
kasih sayang gurunya sedang meresap dalam dirinya melalui sentuhan guru itu. Secara
tidak langsung ia akan menimbulkan semangat di dalam diri pelajar. Apatah lagi jika
pelajar yang disentuh itu merupakan pelajar yang agak bermasalah dan sering dipandang
serong oleh kebanyakkan guru yang mengajarnya.Ramai orang beranggapan bahawa
untuk memujuk cukup sekadar dengan member nasihat semata-mata.Namun begitu,
memujuk dengan kata-kata di samping sentuhan pada anggota badan juga mampu
member impak yang baik terhadap tingkah laku manusia. Member nasihat sambil
memeluk bahu pelajar atau sambil memegang tangannya akan memberi kesan yang lebih
pantas ke dalam hati mereka berbanding hanya dengan kata-kata semata. Dari Abu Zarr
r.a. katanya, saya berkata kepada Rasulullah SAW;
“ Wahai Rasulullah SAW, mengapa tidak melantik saya (memegang jawatan
pemimpin).”
Lalu Baginda menepuk bahu saya dengan tangannya kemudian bersabda;
“ Wahai Abu Zarr, awak seorang yang lemah. Ia adalah amanah dan di akhirat nanti ia
membawa kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar
dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya.”
( Riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bagaimana berhemah dan bijaksananya Rasulullah SAW di dalam
menyatakan perkara yang agak sensitif kepada sahabat yang dikasihinya iaitu Abu Zarr r.a.
Mesejnya begitu jelas, iaitu perlu menyatakan sesuatu yang hak supaya tidak berlaku sebarang
kesulitan di masa hadapan. Namun begitu caranya perlulah berhemah dan bijaksana. Menyatakan
22
kebenaran dengan menyentuh bahu Abu Zarr r.a. dilihat sebagai pendekatan yang sangat baik
kerana sentuhan Nabi SAW satu rahmat yang besar kepada sahabat pada waktu itu.
Secara rumusannya aplikasi pendidikan bil-Hikmah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan Islam memerlukan dua komponen utama iaitu, ciri atau sifat guru yang
berhikmah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bil-Hikmah seperti dalam rajah 2 di bawah:
Rajah 2: Model Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah
Kesimpulan
Demikianlah konsep aplikasi pendidikan bil-hikmah dalam pengajaran dan
pembelajaranPendidikan Islam dapat dihayati daripada sirah junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Baginda adalah merupakan Uswatun Hasanah dalam bidang pendidikan.
Semoga kita dapat mencontohi Baginda dalam usaha melahirkan generasi Qurani yang
berkualiti dan bertaqwa, bukan hanya mampu menghadapi cabaran abad ke-21 tetapi turut
menjadi contoh dan pemain utama dalam pembinaan Tamadun Islamdan seterusnya
mencapai alfalah di dunia dan di akhirat.
Ciri atau Sifat Guru
Berhikmah
Kaedah Pengajaran
Dan Pembelajaran
bil-Hikmah
Aplikasi
Pendidikan bil-
Hikmah
23
Rujukan
Ahmad Muhammad Al-Hufiy (2000).“ Keteladanan Akhlaq Nabi Muhammad SAW”. Bandung,
Indonesia: Pustaka Setia
Ahmad Hasan Mohd.Nazam (2009). “ Wasiat Luqman Al-Hakim”.Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn. Bhd.
Ahmad Abu Saat (1990).” Mu‟jam Fasih Al-Amah”. Lubnan Beirut: Darul ILmi Lil Malayin
Ahmad Mohd Salleh (2008). “ Pengajian Agama Islam Dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan”.Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Hj Shuhadak Mahmud), (2001).” Nabi Muhammad Guru
Dan Pendidik Terulung”. Seremban, Negeri Sembilan: M Khari Enterprise dan Al Azhar
Media Ent.
Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari (2009). “ Psikologi Rasulullah SAW Dalam Berinteraksi
Dengan Masyarakat”. Batu Caves,Selangor: Al-Hidayah Publications.
Fadhl Ilahi ((Nurul Mukhlisin Asyraf),(2006).” Muhammad SAW ,Sang Guru Yang Hebat”.
Surabaya,Indonesia: Pustaka La Raiba Bima Amanta (eLBA)
Fairuz Abadi ( 1978). “ Al-Kamus Al-Muhid”. Beirut: Darul Raiyyan Lit Turath
Fuad Kauma (2002).” Senyum-Senyum Rasulullah”. Yogyakarta, Indonesia: Mitra Pustaka
Ghazali Darusalam (1996). “ Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah”. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Haddad Alwi (2011). “ Uswatun Hasanah, Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah”. Batu Caves,
Selangor: PTS Millennia Sdn.Bhd.
Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). “ Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamka (1982).“ Tafsir Al-Azhar Juzu‟ 3.” Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Singapura
Hamka (1984).“ Tafsir Al-Azhar Juzu‟ 13-17.” Jakarta,Indonesia: Pustaka Panjimas
H.Munzier Suparta dan H.Harjani Hefni (2009).” Metode Dakwah.” Jakarta: Fajar Interpratama
Offset.
Imam al-Tirmizi (2008).” Syamail Muhammad SAW,Keperibadian Rasulullah SAW”. Sri
Damansara, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.
24
Jabran Mas‟aud ( 1986).” Araid Mu‟jam Lugahwi Asri Jilid 1”. Lubnan, Beirut: Darul Ilmi Lil
Malayin
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2012).“ Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran”. UTM Johor Bahru: UTM Press
Muhammad Fuad Abdul Baqi (1986). “ Al Mu‟jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran Al-Karim”.
Beirut: Darul Fikr
Muhammad Abi Bakar bin Abd.Qadir Ar-Razi ( 1990). “ Mukhtar Al-Sohah”. Beirut: Darul
Qutub Ilmiah
Muhammad Farid Wajdi (T T).” Daerah Ma‟arif Qarnul „Isyirin”. Lubnan,Beirut: Darul
Maarifah
Nurazmallail Marni dan Zulkiflee Haron (2008).“ Institusi Pengajian Syariah & Sains, Era
Kegemilangan Tamadun Islam”. UTM Johor Bahru: UTM Press
Nurazmallail Marni (2010). “Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam”.UTM Johor
Bahru: UTM Press
Razali Saaran (2010). “ Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik”. Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur: Mustread Sdn.Bhd.
Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2011). “ 40 Strategi Pendidikan Rasulullah”. Bangi,
Selangor: Pelima Media Sdn. Bhd.
Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Abdul Salam Al-Sulami (Abdul Basit Abd Rahman),(2011). “41
Kelebihan Rasulullah SAW”. Sri Damansara, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.
Sheikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi (2009).“ Teladan Sepanjang Zaman, Peribadi Nabi
Anugerah Suci”. Batu Caves, Selangor: Thinker‟s Library Sdn.Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). “ Ilmu Pendidikan: Pedagogi”. Petaling Jaya, Selangor:
Heinemann (Malaysia) Sdn.Bhd.
Syeikh Muhammad Bin Jamil Zainu (Nabhani Idris),(1995).” Akhlak Dan Keperibadian
Rasulullah SAW”. Jakarta, Indonesia: Gaya Media Pratama
Syed Qutb (1986). “Tafsir Fi Zilal Al-Quran Jilid. 1 :312”. Kaherah, Mesir: Dar Syuruk
Syed Qutb (1986). “Tafsir Fi Zilal Al-Quran Jilid. 4 :2301”. Kaherah, Mesir :Dar Syuruk
Zulkiple Abd.Ghani (2006).“ Cabaran Dan Prospek Pengurusan Dakwah Di Sarawak”. Kuching,
Sarawak : Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
25
Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6 (2008), “Pendidikan Islam
Teras Pembangunan Modal Insan”. UKM dan MIS serta JPNS
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo; “ Ulama
Penggerak Pembangunan Masyarakat”, Kerajaan Negeri Sarawak dan Fakulti Pengajian Islam
UKM: 14-15 Julai 2003, Holiday Inn ,Kuching. Sarawak
Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan Dan Pendidikan Islam; “ Pengajaran Dan
Pembelajaran Realistik Dalam Pendidikan Islam Penerokaan Terhadap Kandungan Dan
Kaedah”. UTM, KUPUSB dan MARSAH: 8-9 Mac 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai.
Johor Bahru.