1 Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke 21: Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah 1 . Salehudin Sabar Mohd.Ismail Mustari ([email protected]) Abstrak: Para ilmuan Islam telah berjaya merealisasikan kegemilangan ummah dalam bidang pendidikan Islam sehingga berjaya membawa satu dimensi baru berkaitan dunia pendidikan, bukan hanya mampu menghadapi cabaran semasa bahkan telah menjadi contoh dan rujukan masyarakat dunia. Kegemilangan sistem pendidikan berkait rapat dengan dua faktor utama iaitu sahsiah para pendidik dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kertas kerja ini membincangkan secara ringkas pengertian kalimah hikmah dan juga akan memberikan tumpuan terhadap sifat-sifat guru yang berhikmah dalam pengajaran serta ciri-ciri bil-Hikmah dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Kehebatan akhlak Baginda dan kepelbagaian kaedah dan cara Baginda dalam menyampaikan mesej kepada manusia, adalah aplikasi pendidikan bil-Hikmah yang telah berjaya melahirkan para pendidik muslim yang unggul dan sewajarnya menjadi rujukan utama kepada para guru masakini dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya merealisasikan kegemilangan pendidikan Islam pada abad ke - 21. Kata kunci : Pendidikan Islam, Hikmah dan Bil-Hikmah, Pendidikan Bil-Hikmah, abad ke- 21,Pengajaran dan Pembelajaran. Pendahuluan Pendidikan amat penting dalam pembinaan kehidupan manusia yang bertamadun.Lipatan sejarah kegemilangan tamadun Islam merupakan suatu bukti jelas mengenai kepentingan peranan pendidikan dalam menjana kegemilangan sesebuah tamadun.Era kegemilangan tamadun Islam telah menyaksikan pencapaian cemerlang para sarjana dalam pelbagai bidang termasuk falsafah dan sains. Ketokohan para 1 Kertas Kerja ini “Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke-21: Aplikasi Pendidikan Bil- Hikmah” dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 di The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan tarikh 3-6 Julai 2012.
25
Embed
Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke 21 Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke 21: Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah1.
Para ilmuan Islam telah berjaya merealisasikan kegemilangan ummah dalam bidang pendidikan
Islam sehingga berjaya membawa satu dimensi baru berkaitan dunia pendidikan, bukan hanya
mampu menghadapi cabaran semasa bahkan telah menjadi contoh dan rujukan masyarakat dunia.
Kegemilangan sistem pendidikan berkait rapat dengan dua faktor utama iaitu sahsiah para
pendidik dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kertas kerja ini
membincangkan secara ringkas pengertian kalimah hikmah dan juga akan memberikan
tumpuan terhadap sifat-sifat guru yang berhikmah dalam pengajaran serta ciri-ciri bil-Hikmah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Kehebatan akhlak Baginda dan kepelbagaian kaedah dan cara Baginda dalam menyampaikan
mesej kepada manusia, adalah aplikasi pendidikan bil-Hikmah yang telah berjaya melahirkan
para pendidik muslim yang unggul dan sewajarnya menjadi rujukan utama kepada para guru
masakini dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
seterusnya merealisasikan kegemilangan pendidikan Islam pada abad ke - 21.
Kata kunci : Pendidikan Islam, Hikmah dan Bil-Hikmah, Pendidikan Bil-Hikmah, abad ke-
21,Pengajaran dan Pembelajaran.
Pendahuluan
Pendidikan amat penting dalam pembinaan kehidupan manusia yang bertamadun.Lipatan sejarah
kegemilangan tamadun Islam merupakan suatu bukti jelas mengenai kepentingan peranan pendidikan
dalam menjana kegemilangan sesebuah tamadun.Era kegemilangan tamadun Islam telah menyaksikan
pencapaian cemerlang para sarjana dalam pelbagai bidang termasuk falsafah dan sains. Ketokohan para
1 Kertas Kerja ini “Pendidikan Islam Mendepani Cabaran Abad Ke-21: Aplikasi Pendidikan Bil-Hikmah” dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 di The Royale Bintang Resort &
Spa, Seremban, Negeri Sembilan tarikh 3-6 Julai 2012.
2
saintis muslim berterusan selama 350 tahun, senario yang hanya dalam tangan orang Islam dari bangsa
Arab, Afghanistan dan Turki. Menurut Mohammad Ilyas (2003: 12-13), hanya selepas tahun 1100M,
barulah nama tokoh-tokoh Barat muncul seperti Gerard, Roger Bacon dan Jacob Anatoli. Namun,
kejayaan mereka masih dikongsi bersama tokoh saintis muslim dari Andalus seperti Ibn Rushd dan Ibn al-
Nafis.Kecemerlangan tamadun Islam adalah bertunjangkan kepada kefahaman, pengamalan dan
penghayatan masyarakat terhadap ajaran Islam itu sendiri. Kecemerlangan ini mempunyai kaitan yang
amat rapat dengan proses pendidikan dan pengajian ilmu yang merangkumi ilmu syariah dan sains secara
seimbang dan saksama. Pencapaian ketamadunan yang tinggi dalam masyarakat Islam turut berkait rapat
dengan keperihatinan mereka terhadap penguasaan ilmu dan perkembangan institusi pengajian yang
menjadi nadi utama kepada kemajuan dan keharmonian kehidupan.Oleh itu, tidak hairanlah jika umat
Islam pada masa itu menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat dunia dalam bidang keilmuan,
mereka menjadi pemain utama yang mencorakkan dunia pada abad itu dan mampu mendepani segala
cabaran semasa. Diantara cabaran abad ke-21 adalah seperti pernyataan berikut:
“ Challenges of 21st Century TeachingGreater Need for Education in Society and Economy Higher
Standards for LearningMore Diverse Students with Greater Educational NeedsGreater Expectations of
Schools for Ensuring Success”
Justru itu proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam mestilah berubah kepada ciri-ciri
berasaskan murid, pembelajaran kolaboratif,kemahiran prosespemikiran aras
tinggi,praktikal,kemahiran hidup,berkumpulan komuniti,pentaksiran formatif danbelajar untuk
kehidupan. Sehubungan dengan itu, para guru perlumenyediakan projek yang autentik dengan
kehidupan yang sebenar,murid mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar dan
sejagatserta meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid. Pendidikan Islam pada abad ke-21
mestilah mampu melahirkan murid yang boleh berfikir,menaakul,membuat keputusan yang
bijak,bekerja sebagai ahli pasukan,mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan sebenar.
Ta’arif Hikmah atau Bil-Hikmah
Menurut Imam al-Qurtubi dalam Tafsir al-Qurtubi: 7/5141, menegaskan al-Hikmah ialah segala apa yang
benar berkaitan dengan iktikad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan. Ibn Abas
mentafsirkan al-Hikmah sebagai akal dan kefahaman, manakala al-Mujahid mengatakan bahawa al-
Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.Menurut Tafsir al-Manar pula, al-
Hikmah ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah Azzawajalla dan mendalami segala hukum-
hukumnya, mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hukum tersebut.Bukan
setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada
kebaikan dunia dan akhirat.Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan al-Hikmah sebagai berakhlak dengan
akhlak Allah Azzawajalla, maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah
Azzawajalla sekadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.Kata “ Hikmat” itu kadang-
kadang diertikan orang dengan filsafat, padahal dia adalah inti yang lebih halus dari filsafat. Filsafat
hanya dapat difahamkan oleh orang-orang yang telah terlatih fikirannya dan tinggi pendapat logiknya.
3
Imam Fakhrulrazi berkata, ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu teori dan
praktikal.Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara iaitu pertama, mengenali kebenaran
dan beriman dengannya dan yang kedua mengetahui kebenaran untuk beramal.Perkara pertama diasaskan
pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian, manakala perkara kedua diasaskan pada
perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat. Ibnu Abbas mengatakan: “ Hikmat itu
ialah kesanggupan memahamkan al-Quran.” Artinya bila seseorang sudah dapat memahamkan
(memfiqhikan) dari dalam al-Quran mana yang hudan (petunjuk) dan mana yang hukum, mana yang
disuruh (wajib) dan apa sebab wajibnya dan mana yang ditegah (haram) dan apa sebab ditegah, lalu dapat
membandingkan atau mengqiyaskan yang furu‟ (cabang) kepada yang asal (pokok), itulah dia orang yang
diberi hikmat.Sebab itu maka orang yang oleh ahli Fiqhi disebut Mujtahid, menurut tafsiran Ibnu Abbas
itu patutlah disebut al-Hakim juga.
Menurut Tafsir Quran Perkata (2009), perkataan hikmah bermaksud perkatan yang tegas dan benar yang
dapat membedakan antara yang hak dan yang bathil. Menurut tafsir al Azhar (1984:321), Nabi S.A.W.
memegang tampuk pimpinan dalam melakukan dakwah itu. Kepadanya dituntunkan oleh Allah bahawa di
dalam melakukan dakwah hendaklah memakai tiga macam cara atau tiga tingkat cara. Pertama Hikmah
(kebijaksanaan), iaitu dengan cara bijaksana, akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih
menarik perhatian orang kepada agama, atau kepercayaan terhadap Tuhan. Contoh-contoh kebijaksanaan
itu selalu pula ditunjukkan Tuhan.Didalam tafsir mukhtasar Ibnu Katsier jilid 1 halaman 486, Allah
memberi ilmu hikmat iaitu pengertian terhadap al Quran, nasikh mansukhnya, muhkam dan
mutasyabihnya, halal dan haramnya serta perumpamaannya. Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran: 4/2022,
Menjalankan dakwah secara berhikmah ialah dengan melihat keadaan dan situasi yang sedang dihadapi.
Perlu dinilai kemampuan dan keupayaan diri mereka agar dakwah yang diutarakan tidak menjadi suatu
bebanan ke atas mereka.Perlu juga dipelbagaikan teknik dan uslub dakwah iaitu bukannya sentiasa
berkobar-kobar dan bersemangat, terlalu mengikut perasaan dan menzahirkan kemarahan.
Kamus Al-Bahr al-Muhit: 7/186 iaitu, wahyu yang diturunkan kepada para anbia. Kata-kata yang diceduk
daripada alim ulama dan menjadi pengajaran untuk manusia. Menurut kamus lisan al-Arab: 12/14
hikmah bermaksud mengetahui suatu yang afdal dengan ilmu yang termulia, atau mengawal jiwa dan
naluri ketika marah. Kamus al- Muhit:1415:1978, al-Hikmah dengan huruf ha‟ berbaris bawah bermaksud
adil, ilmu, lemah lembut, kenabian, al-Quran dan Injil. Mukhtar al-Sohah: 69:1990, al-Hikmah dari ilmu
dan al-Hakim bermaksud berilmu dan orang yang mempunyai hikmah, ia juga bererti orang yang sangat
teliti dalam sesuatu perkara. Daerah M‟aarif al-qarnul „esyrin: jilid.3:473: (TT), al-Hikmah bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya, ilmu, lemah-lembut dan kenabian.jamak hikmah ialah hikam, dari
kata dasar hakama, yahkumu dan hikmatan membawa kepada hakiman yang bererti berilmu pengetahuan.
Arraed mu‟jam lugahwi asri: jilid.1:583:1986, dari kata dasar hakama, yahkumu, hikmatan yang
membawa kepada hakiman yang bermaksud berilmu pengetahuan. Al Mu‟jam Al-Wasit:
jilid.1:197:1972,al-Hikmah bererti mengetahui kelebihan atau rahsia sesuatu perkara melalui
kajian,ilmu,pemikiran yang tajam dan al-Quran.Ia juga bermaksud adil atau hikmah ialah ucapan atau
percakapan yang ringkas tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan luas.Mu‟jam Fasih al-
„Ammah: 142:1990, al-Hikmah kebanyakan orang menggunakannya dengan maksud akal,ilmu,melihat
sesuatu dengan cermat dan berhati-hati dalam memberikan hukum ke atas sesuatu seperti kata mereka,
sipulan itu mempunyai hikmah atau dia itu sangat terkenal dengan hikmahnya.kadang –kadang mereka
menggunakannya dengan erti pembaikan (islah) atau penyelesaian sesuatu seperti kata mereka, cara
4
penyelesaian hakim itu lebih baik daripada hakim yang lain. Kalimah al-Hakim juga digunakan dengan
maksud doktor (tobib), seperti kata mereka hakimuna fulan iaitu doktor kami fulan. Saya kata menurut
bahasa al-Hakim ialah orang yang mempunyai hikmah, dan hikmah ialah umpama mengetahui sesuatu
rahsia atau kelebihan sesuatu melalui ilmu pengetahuan,dikatakan juga mereka yang pakar bidang
penciptaan dan bersifat dengan al-hakim seperti dalam lisan arab. Kamus dewan edisi empat: 2005,
hikmah bermaksud kebijaksanaan dan kecerdikan daripada Allah SWT.
Menurut Abd.Aziz Mohd.Zain (2008: Metodologi Dakwah), Adalah satu perkara yang sangat sukar
untuk menentukan makna hikmah secara teorinya. secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Ghazali
Darussalam ( 1996), maksud firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 ialah, dalam berdakwah
kebijaksanaan seseorang itu terletak pada berbuat sesuatu kena pada tempatnya, teliti memilih masa,
tempat, kata-kata dan cara mengemukakannya. Syeikh al-Tabarasi pula menjelaskan al-Quran ialah satu
hikmah kerana, isi kandungan al-Quran mempunyai hukum-hukum yang menjadi panduan hidup manusia
untuk memperoleh sya‟adah di dunia dan akhirat. Prof.Dr Toha Yahya Umar,M.A.,menyatakan bahawa
hikmah bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan berfikir,berusaha menyusun dan mengatur
dengan cara yang sesuai keadaan zaman dengan tidak bertentangan dengan larangan Tuhan. Al-Hikmah
diertikan pula sebagai al „adl (keadilan), al-haq (kebenaran),al-hilm (ketabahan), al „ilm(pengetahuan)
dan an-Nubuwwah (kenabian).Ibnu Qoyim berpendapat bahawa pengertian hikmah yang paling tepat
adalah seperti yang dikatakan oleh Mujahid dan Malik yang mendefinisikan bahawa hikmah adalah
pengetahuan tentang kebenaran dan pengamalannya, ketepatan dalam perkataan dan pengamalannya.
Hal ini tidak mungkin dicapai kecuali dengan memahami al-Quran dan mendalami syariat-syariat Islam
serta hakikat iman.
Imam Abdullah bin Ahmad Mahmud An-Nasafi pula menyatakan erti hikmah ialah:
“ Dakwah bil-hikmah adalah dakwah dengan menggunakan perkataan yang benar dan pasti, iaitu
dalil yang menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan”.
Menurut Syekh Zamakhsyari dalam kitabnya “ al-Kasyaf”, al-Hikmah adalah perkataan yang
pasti dan benar. Ia adalah dalil yang menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan atau
kesamaran. Selanjutnya, beliau mengatakan hikmah juga diertikan sebagai al-Quran yakni
ajaklah mereka (manusia) mengikuti kitab yang memuat hikmah. H.M.Yunan Yusuf dan panel
penulis buku “ Metode Dakwah” mengatakan bahawa, hikmah bukan hanya sebuah pendekatan
satu metode, akan tetapi beberapa pendekatan yang multi dalam sebuah metode.Dalam dunia
dakwah ; hikmah bukan hanya bererti mengenal strata (tahap) mad‟u, akan tetapi juga bila harus
bicara, bila harus diam. Hikmah bukan hanya mencari titik pertemuan, akan tetapi juga toleran
(tolak ansur) yang tanpa kehilangan sibghah. Bukan hanya dalam kontek memilih kata yang
tepat, akan tetapi juga cara berpisah dan akhirnya pula bahawa, hikmah adalah uswatun hasanah
serta lisan al-Haal.Berdasarkan ta‟arif atau pengertian-pengertian tersebut, kalimah bil-hikmah
atau hikmah dapat dibahagikan kepada dua komponenutama seperti dalam Gambar Rajah 1 di
bawah.
5
Rajah 1: Komponen kalimah hikmah atau bil- Hikmah
Sifat-Sifat SahsiahGuru Yang Berhikmah Dalam Pengajaran
Komponen
Hikmah atau
Bil-Hikmah
Sahsiah
Berakhlak mulia.
Menghayati al-Quran.
Mengamalkan sunnah.
Mengamalkan ajaran
agama.
Adil.
Berilmu dan
mengamalkannya.
Mencontohi para Nabi.
Sentiasa berkata betul,
tegas dan benar.
Kurang bercakap-perkataan
yang ringkas tetapi luas
maksudnya.
Pengajaran dan
Pembelajaran
Bijaksana.
Berilmu pengetahuan.
Berakal (mena’kul).
Falsafah (berfikir secara logik
dan rasional).
Berpengalaman.
Mampu memahami yang
tersirat (melihat masa depan).
Mengajar ilmu yang benar /
kebenaran.
6
Berdasarkan ta‟arif perkataan hikmah atau bil-hikmah dan sejumlah hadis yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran, berikut adalah diantara ciri atau sifat guru yang berhikmah
dalam pengajaran Pendidikan Islam:
1.Berakhlak Mulia
Sebahagian ahli falsafah mentakrifkan al-Hikmah sebagai berakhlak dengan akhlak Allah
Azzawajalla, maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT sekadar
yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya. Diantara akhlak mulia yang dimiliki
oleh seorang guru yang berhikmah ialah:
a). Bersifat tawaduk
Imam Muslim dan Abu Daud (hadis berasal dari Imam Muslim) meriwayatkan dari Jabir ibn
Abdullah RA,dia berkata: “ Rasulullah SAW pernah mendatangi kami di suatu masjid. Kami
melihat saat itu Baginda membawa serabut pohon kurma. Dengan serabut itu Baginda
membersihkan (menggosok) dahak (air ludah) yang melekat di kiblat(mimbar) masjid.
Setelah itu Baginda menemui kami dan berkata: „ siapakah diantara kalian yang ingin
ditinggalkan oleh Allah ?, kami tidak menjawab dan hanya menundukkan kepala kami.
Kemudian Baginda berkata lagi: „ siapakah di antara kalian yang ingin ditinggalkan olah
Allah?, kami akhirnya menjawab: „tidak ada satu pun di antara kami yang ingin ditinggalkan
oleh Allah wahai Rasulullah.‟Nabi lalu berkata: „ sungguh, pada saat kalian mengerjakan