Email: [email protected] Website: http://psr.jpa.gov.my Laman Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam Pasukan Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Email: [email protected] Website: http://psr.jpa.gov.my
Laman Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam
Pasukan Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
v1.0
1
BAB 1 : PENGENALAN .................................................................................................... 2
BAB 2 : AKSES KE FORUM .............................................................................................. 3
BAB 3 : KAWALAN SEBAGAI MODERATOR .................................................................... 8
ISI KANDUNGAN
v1.0
2
BAB 1 : PENGENALAN
Laman Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam
Laman Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyokong usaha Kerajaan menambah baik tadbir urus perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Kerajaan baharu. Pembaharuan ini merangkumi struktur organisasi, skim perkhidmatan, perkhidmatan dan kemajuan kerjaya, pembangunan bakat, saraan, pencen, perhubungan majikan-pekerja dan penyampaian perkhidmatan. Dalam hal ini, Perkhidmatan Awam merupakan segmen pembaharuan (reform) terpenting dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 dalam mencapai Wawasan 2020.
v1.0
3 BAB 2 : AKSES KE FORUM
Akses Pengguna
1. Bagi mengakses masuk ke dalam Forum Laman Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam, sila layari http://psr.jpa.gov.my dan klik pada perkataan “Forum” dalam menu di atas sebelah kanan.
2. Kemudian, klik pada “Log Masuk” dan seterusnya sila masukkan No. Kad Pengenalan
dan Kata Laluan yang sama seperti sistem HRMIS. Seterusnya pula, klik pada butang “Log Masuk”.
v1.0
4
Beri komen / idea / pandangan
3. Selepas anda berjaya log masuk, klik pada mana-mana tajuk kategori yang anda berminat untuk memberi komen / idea / pandangan / pertanyaan.
v1.0
5
4. Sekiranya anda ingin memberi komen / idea / pandangan / pertanyaan yang sedia ada di bawah mana-mana kategori, klik pada tajuk topik tersebut.
5. Kemudian, klik pada butang “Komen Segera” untuk memberi komen / idea / pandangan / pertanyaan anda berkaitan topik tersebut.
v1.0
6
6. Tulis dan masukkan komen / idea / pandangan / pertanyaan anda pada ruangan kotak seperti di bawah dan klik butang “Hantar” setelah selesai memberi komen / idea / pandangan anda.
Topik Baru
7. Sekiranya anda mempunyai komen / idea / pandangan yang baru, klik pada perkataan “Topik Baru” di menu tengah.
v1.0
7
8. Dalam paparan Topik Baru, sila pilih “Kategori” yang berkaitan dengan idea /
pandangan / cadangan baru anda. Seterusnya, masukkan tajuk idea / cadangan anda pada ruangan “Subjek”. Kemudian, masukkan butiran lanjut bagi idea / cadangan anda pada ruangan “Mesej”. Setelah selesai semuanya, klik pada butang “Hantar”.
v1.0
8 BAB 3 : KAWALAN SEBAGAI MODERATOR
Peranan Moderator
Sekiranya anda adalah moderator bagi sesuatu kategori, anda mempunyai peranan yang sangat penting untuk mengawal komen-komen atau idea-idea yang diberikan oleh pengguna. Kawalan tersebut adalah bertujuan untuk mengawal komen / idea / pandangan di dalam forum supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kritikan yang tidak membina, mencaci, menghina, menulis perkataan yang tidak senonoh dan sebagainya. Fungsi Tambahan
Moderator mempunyai beberapa fungsi tambahan untuk kawal / moderat (moderate)semua topik di bawah kategori yang dalam kawalannya. Antara kawalan (moderation)yang berfungsi adalah memadam, memindah dan menutup sesuatu topik. 1. Untuk memadam sesuatu topik, klik pada butang “Moderat” dan kemudian klik
perkataan “Padam”.
v1.0
9
2. Untuk memindah sesuatu topik ke kategori yang lain, klik pada butang “Moderat”
dan kemudian klik perkataan “Pindah”. Kemudian klik pada tab “Pilihan Perpindahan” untuk semakan dan pilihan sasaran kategori yang baru. Setelah selesai,klik butang “Hantar”.
v1.0
10
Ban / Sekat Pengguna
Moderator juga mempunyai keupayaan menyekat (ban) pengguna sekiranya didapati pengguna tersebut melanggar peraturan umum seperti kritikan yang tidak membina, mencaci, menghina, menulis perkataan yang tidak senonoh dan sebagainya. 4. Untuk menyekat seseorang pengguna, klik pada nama pengguna yang hendak disekat
dan kemudian klik tab “Sekatan Baru”. Seterusnya, lengkapkan borang sekatan tersebut dan klik butang “Sekatan Baru” setelah selesai.
3. Untuk menutup sesuatu topik, klik pada butang “Moderat” dan kemudian klik perkataan “Tutup”.
v1.0
11