730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
SEMESTER : MEI 2013
TUGASAN KURSUS INDIVIDU
NAMA : ROSNAIDA BINTI MUHAMMAD NOR
NO MATRIK : 730620115402002
NO.KP : 730620115402
NO.TEL : 0199760277
EMAIL : [email protected]
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH
24050 KEMAMAN, TERENGGANU
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN KURIKULUM
MURID – MURID PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF
2013
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
ABSTRAK
Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke
dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana
merekamemasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana
danmengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di
sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang
terlibatsecara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun
implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif
kertaskerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan
programinklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan
yangdihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah
perlumemainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif
yangdilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan
peranansetiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering
diutarakanialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu
kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh
guru, ibu bapa,sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di
sekolah
PENDAHULUAN
Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar
bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan
khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan
menuju ke arah inklusif bukanlah mudah.
Menurut John Charema(2010), ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai,
perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini
melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk
berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat
(John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang
kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula
diinklusifkan.
Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah
pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga
mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan
akademik seperti kemahiran asas kehidupan seperti komunikasi, kemahiran motor dan
kemahiran kefungsian hidup.
Oleh itu, adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan
mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan
inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan
inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan
pendidikan inklusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
LATAR BELAKANG
Sebelum abad ke 19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh
diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke 19, Thomas H,.Gallandet
(1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah
penglihatan dan masalah pendengaran. Pada pertengahan abad ke 19, organisasi politik telah
bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.
Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika
dan menyebabkan kemunculan pendidikan segregated. Golongan pendidik dan keluarga
mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada
tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif
bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan falsafah pendidikan
khas iaitu “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
insan yang berkemahiran, berhaluan, beriman, berupaya, berdikari, mampu merancang dan
meneruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.” (Sabilah, 2006)
Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia
di persidangan dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua
mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang
demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu
menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar
secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek tertentu seperti
intelek, rohani, jasmani, emosi, social, bakat, nilai-nilai moral dan estetika. (Mohd Najib, 2006)
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti bersama murid normal.
Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif:
i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas
bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang
normal dan menyertai aktiviti yg disediakan.
iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid
normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang
telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Objektif Pendidikan Inklusif Secara Ringkas:
i) Semua murid boleh belajar
ii) Bersifat individu
iii) Berteraskan penghasilan
iv) Penghargaan bagi semua
v) Kurikulum yg merentas
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
vi) Pembelajaran aktif
vii) Mempelbagai reka bentuk penilaian
viii) Strategi pengajaran berteraskan penyelidikan pembelajaran
ix) Menyemai peningkatan prestasi melalui kaedah `child centered`
SENARIO BERKAITAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA YANG DIJALANKAN
OLEH BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN.
Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga bertindak
dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak dipinggirkan sewenang-
wenangnya.
Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan
jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya
pelajar bermasalah pembelajaran.
Di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas telah
di tubuhkan. Ianya telah di tukar menjadi sebuah jabatan pada tahun 1995 an di gerakkan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Unit ini berperanan bagi menyediakan program dan latihan dalam pendidikan khas untuk
guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan
pengetahuan guru-guru dan para kakitangan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas di
samping menyedikan khidmat-khidmat pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas dalam sistem
pembelajaran inklusif.
Seiring dengan keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru
(LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil
Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran).
Atas misi menghapuskan jurang di antara pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran
dengan pelajar-pelajar berarus perdana, Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek
yang di namakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia). Jabatan Pendidikan
Khas menjalankan projek ini. Senario projek ini adalah untuk mengenalpasti murid yang tercicir
kemahiran 3M (Mengeja, Membaca, Menulis).
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
Di samping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak
berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan
buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang
menghadapi simpton-simpton tersebut.
Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan
kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas dan khususnya
secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.
Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan
memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya di New York
sebuah pertubuhan yang di namakan ‘Resources For Children With Special Needs’ atau dengan
nama singkatan RCSN telah di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari
segi sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan pertubuhan ini
memainkan peranan penting untuk menolong mana-mana kanak-kanak berkeperluan khas untuk
mengenalpasti dan menguasai potensi mereka.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri bantuan dalam
membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak yang
berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk anak-
anak mereka.
Dalam menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini
di Malaysia satu kempen yang di namakan ‘Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open
Minds telah dilancarkan oleh Procter & Gamble 1999. Ianya bagi membantu lebih kurang
314,000 orang pelajar sekolah rendah yang mengalami ‘disleksia’.
Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 2
April pada setiap tahun sebagai ‘Hari Autisme’ sedunia bermula pada tahun 2008. Jika di lihat di
negara Brunei, pihak kerajaannya telah mewujudkan ‘Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC)
yang mana berfungsi untuk menguruskan kanak-kanak autisme. CPC menyediakan penyelidikan,
penilaian dan penyelarasan rawatan.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat profesional untuk ibu bapa,
guru-guru dengan kerjasama UPK dan Kementerian Pelajaran. Program pendidikan inklusif
merupakan ‘Program Percantuman’ atau ‘Integrated’yang di amalkan sejak tahun 1962 lagi.
Bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran seiring dengan murid normal
Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dan membuka sebilangan sekolah dengan program
rintis disleksia. Sekolah-sekolah tersebut di buka setiap negeri seperti Sekolah Sultan Yusof Batu
Gajah dan Sekolah Kepayang, Ipoh di Perak. Manakala Sekolah Fakeh Abd Samad di Kuantan,
Pahang dan banyak lagi.
Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori ini
untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari setengah jam hingga satu
jam (bergantung kepada subjek).
Selain pihak kerajaan, media massa juga menyebarkan peranan mereka dengan mengutarakan
banyak isu tentang pendidikan inklusif. Melalui pendedahan dalam laman-laman di internet dan
cetakan buku-buku member ruang kepada kita untuk menambah pengetahuan tentang keperluan
murid-murid dan mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pendidikan khas.
Rentetan scenario ini, banyak pertubuhan diwujudkan bagi membela murid-murid yang
berkeperluan khas. Mereka menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk murid-murid
berkeperluan khas selepas waktu persekolahan. Dengan rasa tanggungjawab juga, “Protect &
gamble” telah melancarkan satu kempen iaitu Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas
Open Mind. Program ini bertujuan untuk membantu lebih kurang 314,000 orang murid
bermasalah disleksia.
POLISI KPM
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya
fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down,
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini
telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan
khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya
berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-
mana agensi.
Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses
kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:
▪ Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang
upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);
▪ Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas
khusus untuk murid berkeperluan khas; dan
▪ Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid
berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.
Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam
program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di
sekolah pendidikan khas.Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan,
kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan.
Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar
pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan
khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid
bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah
pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti
autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin
lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup
berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus
perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat
pendengaran dan mesin taip Braille. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan
dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.
Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini.
a. GELOMBANG 1
Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Kementerian akan
melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap
kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan
pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid
berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid
berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan
khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran
asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan
proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan
mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha
meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti
refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur
dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat
khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM
dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang
berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus
mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan
pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000
menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program
pendidikan inklusif.
b. GELOMBANG 2
Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar
bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan.
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah
kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya
supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan
mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan
penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka
kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan
agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas.
Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan
bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti
dalam bidang audiologi dan terapi.
c. GELOMBANG 3
Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam
melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti
Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education
(SEAMEO-SEN). Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang
telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada
masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada
pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi
pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam
program inklusif menjelang 2025.
MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER
PUTEH, KEMAMAN.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh,
didapati ada seorang murid yang layak dipertimbangkan utnuk mengikuti kelas pendidikan
inlkusif. Nazrol Amin bin Nasir ialah murid tahun 6 di sekolah saya. Murid ini menghadapi
masalah pembelajaran memandangkan pada tahap umur 12 tahun, dia masih belum menguasai
3M. Nazrol Amin tidak menunjukkan tingkah laku yang ganjil yang boleh menjejaskan
komunikasi dengan guru mata pelajaran. Dia juga tidak menganggu pengajaran dan pembelajran
dalam bilik darjah. Saya akan berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapanya
untuk ditempatkan di kelas pendidikan inklusif.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
KEPERLUAN LOGISTIK
Untuk mewujudkan kelas pendidikan di sekolah, banyak perkara yang perlu diambil kira. Ianya
meliputi banyak aspek. Di sini saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu ada.
Tenaga Pengajar Yang Terlatih
a. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)
Di antara peranan yang dimainkan oleh guru pendidikan khas dalam PdP adalah :
- Mengajar murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos
sebelum dan selepas sesi PdP.
- Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid
sebelum PdP. Aktiviti pengukuhan dan pengayaan juga mudah dan senang untuk
dilaksanakan.
- Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan
berkaitan setiap perkembangan semasa program pendidikan inklusif dijalankan.
- Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudah cara di program inklusif
bagi aktiviti amali dank o-akademik untuk mata pelajaran dan topic tertentu.
- Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran.
- Waktu PdP guru pendidikan khas (guru pembimbing) boleh dianjalkan mengikut
keperluan pembelajaran murid dan jumlah waktu yang diperuntukkan.
- Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran
perdana dan mengikut keperluan dan kesesuaian.
b. Peranan Guru Besar
Guru Besar perlu menitik beratkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut
untuk menjamin Program Pendidikan Inklusif dapat ditadbir dengan sempurna. Di
antaranya adalah :
- Mempengerusikan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di sekolah.
- Memastikan guru pembimbing yang dilantik terdiri dari personalia terlatih dalam
bidang pendidikan khas.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
- Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) menumpukan seluruh tenaga,
kepakaran dan kemahirannya untuki meningkatkan keberkesanan PdP.
- Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) melaksanakan senarai tugas
serta menggunakan Garis Panduan Inklusif di Program pendidikan Khas Integrasi
secara optimum.
- Memastikan guru pendidikan khas (guru pembimbing) membimbing murid khas
mengikuti matapelajaran tertentu terutama matapelajaran teras.
- Jadual waktu pendidikan khas mestilah diselaras mengikut perjalanan jadual waktu
aliran perdana mengikut keperluan.
- Membuat pemantauan program pendidikan inklusif serta memastikan semua
peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan dipatuhi.
Pihak Pengurusan
Di antara peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan adalah :
a. Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.
b. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk diguna pakai mengikut jadual waktu yang
sesuai.
c. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat pendidikan dan
pengetahuan kepada murid-murid pendidikan khas serta membantu dari segi hal ehwal
kebajikan dan kesihatan.
Bilik Resos
Adalah bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas
program pendidikan inklusif. Ia juga dijadikan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan
tambahan PdP pendidikan khas. Kita hendaklah mengetahui cirri-ciri rekaan resos bagi
menentukan peralatan yang disediakan dalam bilik resos sesuai.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
CIRI-CIRI REKABENTUK RESOS
Rakan pembimbing
Rakan pembimbing memainkan peranan penting dalam membantu rakan-rakan pendidikan khas
di kelas mereka dengan menerima dan bergaul dengan baik akan kehadiran pelajar berkeperluan
khas di dalam bilik darjah mereka. Mereka juga bertindak sebagai rakan pembimbing dan
menjadi role model kepada murid inklusif di kelas mereka. Murid pendidikan inklusif akan rasa
diterima dan dihargai serta merasa termotivasi dengan situasi yang wujud itu seterusnya akan
meningkatkan rasa penghargaan kendiri mereka.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
Ibu bapa
Di antara peranan yang dimainkan oleh ibu bapa murid pendidikan inklusif adalah :
a. Memberi sokongan dan motivasi kepada murid berkeperluan khas
b. Membantu mengulang kaji di rumah
c. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif
PENUTUP
Matlamat utama pendidikan inklusif ini ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar
berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Prospek untuk melanjutkan
pelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran yang berumur 14 tahun dan tamat di
sekolah rendah Program Kanak-kanak Khas lebih luas kerana mereka boleh meneruskan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan matapelajaran pra vokasional dan dititik beratkan
seperti yang di rujuk dalam surat KP (BS-PK) 8501/PPP-KBP/Jld.JLD.IV/(4) bertarikh 3
Disember 1991 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri.
Untuk ini mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi borang-borang BPKKK
(Pindaan 2003-Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas)
berumur 0-18 tahun. Borang-borang ini boleh di peroleh daripada hospital kerajaan, unit
pediatrik, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cawangan Persatuan Disleksia. Kesimpulan Guru
dan ibu bapa mestilah menjadi penganjur dan pelopor kepada kanak-kanak yang memerlukan
pendidikan inklusif dengan lebih berkesan lagi.
Walaubagaimanapun, segala usaha kearah ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen
dari pihak-pihak lain. Kesedaran untuk mengambil tindakan seperti ini amatlah penting kerana ia
akan memberi kesan dan implikasi yang berpanjangan ke atas perubahan sosial di masa hadapan.
Ini kerana anak-anak istimewa hari ini adalah pemimpin masyarakat, guru, penulis, ahli
politik, doktor dan sebagainya. “Life is like a box of chocolate, you wouldn’t know what you
might get, until you open and eat them.” – Forrest Gump
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
Disediakan oleh: disahkan oleh
.............................................. .....................................................
(ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR) (ZAKARIA BIN SALLEH)Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh,24050 Kemaman, Terengganu. 24050 Kemaman, Terengganu.
730620115402002 ROSNAIDA BT MUHAMMAD NOR
BIBLIOGRAFI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi
Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak
diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robertson, K., Chamberlain, .B & Kasari, C. (2003). General Education Teachers’ Relationships
with Included Students with Autism. Journal of Autism and Development Disorder, 33(2).
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian
Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di
sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.