FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER :MEI 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ( T1A1 ) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected]PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER :MEI 2013
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
( T1A1 )
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ
seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi
perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar
memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama
seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis dan
menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses
psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
11
Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca,
menulis,megeja ataupun mengira.
Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar
pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.
Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara
masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran
akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi,
metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka
di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini
akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-
murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini
diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan
jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif
pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan
segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid
hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang
ringkas.
4. KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
INKLUSIF
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang dengan teliti dan
bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kaedah yang berkesan
adalah kaedah Intervensi
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
12
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi
membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka.
Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu
satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-
kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan
kolaborasi pelbagai disiplin
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.
Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada
bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur
disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang
tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.
Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi
seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan
kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian,
terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat
membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak
menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid
berkeperluan khas ini.
Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah
intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup
belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,
menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara
tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
13
Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan
masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi
adalah:
i. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang
digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.
ii. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan
kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul
supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkan masa.
Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat
menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh:
imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.
Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan
daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini
guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan
menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-
murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.
Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan
kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti
yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa
kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.
Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan
penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku,
psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan
berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
14
melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid
mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk
membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin,
dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap
tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif
berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh
membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu
gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari
dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-
kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk
menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah
menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan
murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif
untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang
pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan
hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan
berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil
pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan
wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif dan membuat ulasan.
Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti
membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai
kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
15
murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat
membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya.
5. KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi
memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima
pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan
‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan
inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan
khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem
pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan
pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.
5.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi
Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap
kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta
Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan
dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
16
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak
bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah
suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar
memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama
menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.
Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini
dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan
kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.
5.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik
untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana
pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan
pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan bekeperluan khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
17
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga
sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.
5.3 Keperluan Sosial
Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut
dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk
mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami
terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu
mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan
jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi
ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan
kepada orang lain.
6. KEPERLUAN INSFRANSTUKTUR DAN PERALATAN
Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang
pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK).
Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
18
berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita
kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan
pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.
Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.
Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah.
Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar
belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru
mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan
meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang
kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan
khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,
perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau
kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah
pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi
penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi
menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan
ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak
boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang
demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian
yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan
bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi
pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga
berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi
terhadap ketidakupayaan mereka.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
19
Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan
infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-
sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti
bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang
standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai
infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan
khas.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik
darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di
peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat
duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah
sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang
berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot
seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan
menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,
ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter
persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar
mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi
menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung
kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith
(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan seseorang pelajar.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
20
7. PENUTUP
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk
mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa
dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang
terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah
dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia
untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada
yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas
perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai
berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama
semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan
Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan
bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di
persada dunia.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
21
RUJUKAN
Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.
24. No. 1 (pp. 3-6)
Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. ,
Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.
(1998). Issues and practices in speacial education.
Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.
Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal, 83(4), 427–452.
Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.