i
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI BUKU TEKS DIGITAL DALAM
MEMPERKASAKAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH
NUR FATIN FARIHA BINTI ZARWAWI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2015
v
ABSTRAK
Seiringan dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan pembelajaran melalui buku teks digital untuk memastikan
pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam pendidikan. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru dan cabaran dalam pelaksanaan
pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di
sekolah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan juga untuk mengetahui kecenderungan
guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital. Kajian ini
berbentuk kuantitatif dengan memilih kaedah deskriptif untuk digunakan dalam kajian
ini telah melibatkan guru-guru di sekolah yang melaksanakan pembelajaran melalui
buku teks digital. Borang soal selidik telah disebarkan kepada 75 sampel kajian yang
terlibat. Terdapat tiga buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah
Kebangsaan Telok Kalong, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dan Sekolah Kebangsaan
Kompleks Seberang Takir. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages For The Social Sciences 20.0 (SPSS) dengan menjalankan analisis deskriptif
iaitu nilai min dan sisihan piawai bagi persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga.
Manakala bagi persoalan kajian keempat dianalisis menggunakan analisis korelasi
Spearman untuk mengetahui hubungan antara persepsi guru bagi aspek kesediaan,
penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran melalui buku teks digital. Hasil analisis mendapati pekali korelasi
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, sekaligus menunjukkan HO tidak
diterima. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan
tetapi pelaksanaannya masih ditahap kurang memuaskan dan masih memerlukan
penambahbaikan di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
In tandem with the rapid development of technology, the Ministry of Education has
implemented learning through digital textbooks to ensure students do not left behind in
the development of technology in education. Therefore, this study was conducted to
investigate the perceptions of teachers and challenges in the implementation of learning
through digital textbooks to strengthen teaching in schools. In addition, this study also
conducted to determine the tendency of teachers to engage in learning through digital
textbooks. This research is quantitative descriptive method chosen for use in this study
has involved teachers in schools that implement learning through digital textbooks.
Questionnaires were distributed to 75 samples involved. There are three schools that
participated in this study, Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Sekolah Kebangsaan Paya
Bunga and Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir. Data were analyzed using
Statistical Packages for The Social Sciences 20.0 (SPSS) with descriptive analysis of the
mean and standard deviation of the first, second and third research question. For the
fourth research questions were analyzed using Spearman correlation analysis to
determine the relationship between teachers' perception of the aspects of readiness,
utilization and willingness with the tendency of teachers to engage in learning through
digital textbooks. The analysis found that the correlation coefficient showed a significant
relationship, as well as showing HO is not accepted. In conclusion, this study was able to
achieve the objectives set but the implementation is still at unsatisfactory and still need
improvement in the future.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Tujuan Kajian 11
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Persoalan Kajian 12
viii
1.7 Hipotesis 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Skop Kajian 15
1.10 Kerangka Konsep Kajian 15
1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 18
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 20
2.2 Model - Model Kajian
2.2.1 Model TAM
2.2.2 Model TRA
2.2.3 Model UTAUT
21
21
24
26
2.3 Institusi Yang Dikaji 27
2.4 Teknologi Dalam Pendidikan 30
2.5 Pelaksanaan Buku Teks Digital 33
2.6 Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital 35
2.7 Kajian-Kajian Lepas 36
2.8 Rumusan 39
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Kerangka Operasi Kajian 42
3.4 Lokasi Kajian 44
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 45
3.6 Instrumen Kajian 46
ix
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan
3.7.1 Kesahan
3.7.2 Kebolehpercayaan
3.7.3 Kajian Rintis
48
49
50
51
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 52
3.9 Prosedur Penganalisisan Data 53
3.10 Rumusan 55
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Kajian 57
4.3 Analisis Maklumat Diri Responden
4.3.1 Jantina
4.3.2 Umur
4.3.3 Pengalaman Perkhidmatan
4.3.4 Matapelajaran Yang Diajar
59
59
60
61
62
4.4 Persepsi Guru Aspek Kesediaan, Penggunaan Dan
Kemahuan Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku
Teks Digital
63
4.5 Cabaran Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui
Buku Teks Digital
67
4.6 Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
71
4.7 Ujian Kenormalan 73
4.8 Hubungan Antara Persepsi Guru Dalam Pelaksanaan
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital Dari Aspek
Kesediaan, Penggunaan Dan Kemahuan Dengan
Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
74
4.9 Rumusan 78
x
BAB 5 RUMUSAN, PERBICANGAN DAN CADANGAN
5.1 Ringkasan 79
5.2 Rumusan Kajian
5.2.1 Rumusan Maklumat Diri Responden
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian
81
81
82
5.3 Perbincangan
5.3.1 Persepsi Guru Bagi Aspek Kesediaan, Penggunaan
Dan kemahuan Dalam Pelaksanaan Pembelajaran
Melalui Buku Teks Digital
5.3.2 Cabaran Guru Bagi Aspek Masa Dan Jadual Waktu,
Peralatan Dan Prasarana TMK Serta Matapelajaran
Yang Diajar Dalam Pelaksanaan Pembelajaran
Melalui Buku Teks Digital
5.3.3 Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
5.3.4 Hubungan Antara Persepsi Guru Dalam Pelaksanaan
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital Dari Aspek
Kesediaan, Penggunaan Dan Kemahuan Dengan
Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
83
83
87
89
91
5.4 Kerangka Cadangan Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan
Diri Dalam Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
93
5.5 Cadangan Kajian 97
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 99
5.7 Kesimpulan 99
RUJUKAN 101
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan 45
3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 46
3.3 Kod Skala Likert 48
3.4 Pengesahan Borang Soal Selidik Oleh Pakar 50
3.5 Intreprestasi Skor Α Berdasarkan Bond Dan Fox 51
3.6 Analisis Kebolehpercayaan 52
3.7 Perangkuman Pemberat Likert 54
3.8 Pemilihan Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 55
4.1 Tahap Skor Min Kajian 58
4.2 Pekali Korelasi 59
4.3 Analisa Jantina Responden 60
4.4 Analisa Umur Responden 60
4.5 Analisa Pengalaman Perkhidmatan Responden 61
4.6 Analisa Matapelajaran Yang Diajar Oleh Responden 62
4.7 Jadual Analisis Bagi Item Aspek Kesediaaan Guru Dalam
Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
63
4.8 Jadual Analisis Bagi Item Aspek Penggunaan Oleh Guru Dalam
Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
64
4.9 Jadual Analisis Bagi Item Aspek Kemahuan Guru Dalam
Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
65
xii
4.10 Persepsi Guru Dari Aspek Kesediaan, Penggunaan Dan Kemahuan
Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
Secara Keseluruhan
66
4.11 Jadual Analisis Bagi Item Cabaran Dari Aspek Masa Dan Jadual
Waktu Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks
Digital
67
4.12 Jadual Analisis Bagi Item Cabaran Dari Aspek Peralatan Dan
Prasarana TMK Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku
Teks Digital
68
4.13 Jadual Analisis Bagi Item Cabaran Dari Aspek Matapelajaran
Yang Diajar Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks
69
4.14 Cabaran Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks
Digital Secara Keseluruhan
71
4.15 Jadual Analisis Bagi Item Kecenderungan Guru Dalam
Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
72
4.16 Analisa Ujian Kenormalan 74
4.17 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kesediaan Dengan
Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam Pembelajaran
Melalui Buku Teks Digital
75
4.18 Hubungan Korelasi Antara Aspek Penggunaan Dengan
Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam Pembelajaran
Melalui Buku Teks Digital
76
4.19 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kemahuan Dengan
Kecenderungan Guru Untuk Melibatkan Diri Dalam Pembelajaran
Melalui Buku Teks Digital
77
5.1 Kerangka Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
Dalam Memperkasakan Pengajaran Guru Di Sekolah
96
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Statistik Penggunaan Internet Antara Negara ASEAN 6
1.2 Graf Peratusan Penggunaan Internet Mengikut
Negeri Di Malaysia
7
1.3 Kerangka Konsep Kajian 17
2.1 Model TAM (Technology Acceptance Model) 21
2.2 Model TRA (Theory of Reasoned Action) 24
2.3 Model UTAUT (Unified Theory of Acceptance and
Use of Technology)
25
3.1 Kerangka Operasi Kajian 41
5.1 Kerangka Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Buku
Teks Digital Dalam Memperkasakan Pengajaran
Guru Di Sekolah
96
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTHM : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS : Statistical Packages For The Social Sciences
: Alpha Cronbach
PdP : Pengajaran Dan Pembelajaran
TMK : Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
YB : Yang Berhormat
ID : Identification
ASEAN : The Association Of Southeast Asian Nations
UiTM : Universiti Teknologi Mara
TAM : Technology Acceptance Model
TRA : Theory Of Reasoned Action
UTAUT : Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology
MSC : Multimedia Super Corridor
LCD : Liquid Crystal Display
EMiS : Education Management Information System
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
KS : Kurang Setuju
xv
S : Setuju
SS : Sangat Setuju
JPNT : Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A CARTA GANTT
B BORANG SOAL SELIDIK
C BORANG PENGESAHAN PAKAR
D SURAT KEBENARAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Umar & Jamiat (2011), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) meliputi
semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen,
telefon mudah alih, komputer dan internet. Tambahan pula, selain berfungsi sebagai
penyampai maklumat, TMK juga dapat digunakan dalam teknologi komunikasi sama
ada jarak dekat atau jauh. Othman et al. (2010) berpendapat bahawa TMK merujuk
kepada manipulasi teknologi digital untuk membantu individu, ahli perniagaan atau
organisasi supaya kerja menjadi lebih teratur. Oleh itu, penggunaan TMK kini
digunakan secara meluas termasuklah dalam dunia pendidikan iaitu melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran seringkali
berhadapan dengan situasi yang sukar dan di luar pengalaman para pendidik sendiri,
sehingga situasi atau subjek tersebut sukar untuk diajarkan dan yang lebih malang lagi
apabila sukar difahami oleh para pelajar.
Oleh itu menurut Saraso (2008), visual merupakan salah satu cara yang dapat
dilakukan untuk menjelaskan sesuatu yang sukar difahami. Melalui kesedaran ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu bentuk pengajaran yang
menggunakan teknologi masa kini dengan menghasilkan buku teks digital atau juga
2
dikenali sebagai e-book. Menurut Abdullah & Gibb (2008), e-book atau buku teks
digital yang menyatakan bahawa ada yang mengaitkan buku teks digital dengan
pertukaran daripada teks bercetak kepada bentuk digital bagi membolehkannya dibaca di
atas skrin komputer atau alat mudah alih. Namun begitu, menurut Mustafa (2013) yang
mendefinisikan buku teks digital dalam konteks yang paling mudah iaitu sebagai versi
digital buku yang diterbitkan (www.arl.org). Selain itu, buku teks digital juga
merupakan bahan bacaan berkonsepkan digital yang menggantikan buku teks
konvensional dimana buku yang menggunakan kertas. Malah, selain buku teks digital
dipersembahkan dengan teks dan gambar yang menarik, buku teks digital juga boleh
memainkan video, animasi dan simulasi untuk paparan pelajar supaya lebih mudah
memahami sesuatu pembelajaran.
Oleh yang demikian, menurut laman web rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia (2014), pelancaran buku teks digital atau e-book Kementerian Pendidikan
Malaysia telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan
II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku
teks yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa di
laman 1BestariNet.net. Bahagian Buku Teks merupakan bahagian didalam Kementerian
Pendidikan Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi
buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Pendigitalan buku teks dilakukan dalam
tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.
Pada permulaannya menurut laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
(2014) juga, gelombang pertama iaitu dalam jangka masa 2013 hingga 2015,
kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma
melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru
dan murid. Gelombang kedua pula dalam jangka masa 2016 hingga 2020 dimana
kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi
matapelajaran terpilih yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi
untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Gelombang
ketiga adalah dalam jangka masa 2021 hingga 2025 pula bakal menyaksikan penerbitan
buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.
3
Pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing seperti tablet dan iPad ke
sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks
bercetak.
Walaubagaimanapun menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 20 November 2014 berkata, Kementerian
Pendidikan dijangka melancarkan Buku Teks Digital Interaktif Pintar bermula tahun
2016 hingga 2025 yang merupakan gelombang kedua inovasi dan transformasi buku teks
digital. Beliau berkata lagi, pelancaran buku teks digital itu juga adalah kesinambungan
daripada pelaksanaan gelombang pertama inovasi dan transformasi buku teks digital
yang setakat ini berjaya mengumpulkan 313 judul buku teks di laman 1BestariNet dan
boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru serta ibu bapa. Disamping itu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (2014) dalam Utusan Malaysia juga menyatakan tujuan utama
inovasi e-book iaitu sebagai usaha kementerian untuk menyelesaikan isu beg berat yang
sering dibangkitkan oleh ibubapa ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Inovasi
Kementerian Pendidikan 2014 di Putrajaya pada 20 November 2014.
Dengan kewujudan buku teks digital ini, penggunaannya sangat mudah kerana
dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat
maklumat daripada buku tersebut akan terpapar. Para guru hanya perlu bijak dalam
mengendalikan buku teks digital untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak hilang
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam konteks
penggunaan buku teks digital dalam pengajaran di sekolah, guru atau pendidik adalah
pihak yang memainkan peranan penting untuk menjayakan dasar Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam pendidikan yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada 12
Oktober 2011 yang menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi pada asasnya
untuk pembangunan modal insan secara berterusan, penggunaan teknologi yang
bersesuaian dalam pendidikan dan juga transformasi pendidikan melalui penggunaan
teknologi. Kenyataan ini diperakui oleh Suparlan (2008) yang menyatakan guru dapat
didefinisikan sebagai orang yang berkait tugasnya dalam usaha untuk mencerdaskan
kehidupan bangsa dalam semua aspek seperti emosi, intelek, fizikal dan sebagainya.
Oleh itu, dalam usaha untuk melahirkan insan yang cerdas dari semua aspek, tugas
utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi
4
insan yang berguna selain daripada memberikan ilmu selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penggunaan buku teks
digital dalam pembelajaran ini telah diwujudkan di sekolah khususnya. Hal ini kerana
sekolah dianggap sebagai institusi pendidikan formal untuk pelajar mengalami
perubahan dan perkembangan. Sekolah bukan hanya berfungsi untuk mencapai objektif
dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi
juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawab. Hal ini
disokong oleh Mohd. Dom (2009) yang menyatakan bahawa budaya sekolah yang baik
turut membantu dan menyokong keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah.
Disamping itu, sekolah juga memainkan peranan utama untuk pelajar mendapat ilmu
dan juga sebagai tempat untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan berjaya. Pada masa kini, peranan teknologi adalah penting kerana bukan
sahaja mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga
dapat melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta
keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses memperkasakan pengajaran guru itu
sendiri.
Selain itu, bagi memperkasakan pengajaran guru dalam menggunakan buku teks
digital di sekolah, pelbagai pihak memainkan peranan untuk memastikan keberkesanan
usaha ini. Menurut Hassan & Abdul Rahman (2011), proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan
penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian,
melalui sistem rangkaian, perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui
sistem internet, perisian dan pangkalan data. Disamping itu, penggunaan alat bantu
mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsangkan minda pelajar di
zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, penghasilan buku teks digital ini boleh diandaikan sebagai satu
usaha yang tepat untuk memenuhi keperluan dunia pendidikan masa kini. Melalui
penggunaan buku teks digital ini juga akan menjadikan interaksi antara pelajar dan guru
menjadi lebih positif, disamping dapat mengelakkan stereotaip yang sedia ada dalam
bidang pendidikan sejak dulu lagi. Selain itu, menurut Weniger & Loebbecke (2010)
5
beberapa faktor pendorong dalam penerimaan teknologi baru ini perlu diambil kira
kualiti, penyerapan kognitif, tanggapan kegunaan, tanggapan mudah digunakan,
tanggapan keseronokan, tahap harga, dan niat untuk menggunakan buku teks digital.
Oleh itu, pembelajaran melalui buku teks digital sebagai teknologi baru dalam dunia
pendidikan perlu diketengahkan lagi agar dapat memenuhi keperluan generasi yang
berkualiti dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi pada masa hadapan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menyedari hakikat dunia bahawa kepentingan TMK bukan sahaja dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran, malah untuk pelbagai kegunaan yang memerlukan
teknologi digunakan. Dalam dunia teknologi sekarang, penggunaan teknologi bukan
hanya untuk individu-individu yang berkemampuan malah sekarang mampu digunakan
oleh semua pihak. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan laporan graf statistik
penggunaan internet antara negara ASEAN yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 daripada
laman web rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (2008). Berdasarkan Rajah
1.1, Malaysia berada ditempat yang kedua selepas Singapura dalam penggunaan internet
dalam Negara ASEAN. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia kini makin berkembang
maju dalam aspek teknologi. Sebagai contoh, dunia pendidikan di Malaysia kini semakin
meluas dengan kewujudan buku teks digital untuk kegunaan para pelajar.
6
Rajah 1.1: Statistik Penggunaan Internet Antara Negara ASEAN
(Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, 2008)
Rajah 1.2 pula menunjukkan graf peratusan penggunaan internet mengikut negeri
di Malaysia menurut laman web rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
(2012). Berdasarkan graf dalam Rajah 1.2, negeri Selangor menunjukkan peratusan yang
tertinggi menggunakan internet. Walaubagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan
menunjukkan peratusan yang paling rendah. Faktor ini mungkin dipengaruhi oleh
kawasan yang kecil dan hanya mempunyai populasi penduduk yang kecil berbanding
negeri lain. Hal ini kerana menurut Zainuddin Abu Bakar et, al (2008), sekolah-sekolah
yang berada di kawasan luar bandar terutamanya menghadapi masalah kekurangan
komputer dan perisian yang menyebabkan kebolehcapaian terhadap teknologi semakin
terbatas. Namun begitu menurut pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan di
Putrajaya, negeri yang menggunakan kemudahan pembelajaran melalui buku teks digital
ini adalah di negeri Terengganu. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada sekolah-
sekolah di negeri Terengganu.
Penggunaan Internet Dalam Negara ASEAN
7
Rajah 1.2: Graf Peratusan Penggunaan Internet Mengikut Negeri Di Malaysia
(Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, 2012)
Sehubungan itu, keputusan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia ini telah membuka mata pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan
Malaysia bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi di Malaysia melalui dunia
pendidikan iaitu dengan mengaplikasikan penggunaan buku teks digital dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan buku teks digital yang mempunyai aplikasi
buku digital, komputer dan internet adalah alat bantu belajar yang menarik untuk
digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah pada zaman teknologi
maklumat dan komunikasi. Walaubagaimanapun, tidak ramai para pendidik yang
memanfaatkan internet sepenuhnya sebagai satu alternatif yang menyediakan akses
kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Abu Bakar et. al (2008a), penggunaan pembelajaran elektronik
di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Berdasarkan
8
kajian beliau yang dilakukan di UiTM menunjukkan tahap penggunaan TMK yang
berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar
30%. Menurut beliau lagi, jika kajian ini diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan
memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan
kemahiran.
Selain itu menyedari tentang perubahan sistem pendidikan masa kini yang
memerlukan guru-guru membuat perubahan dalam kaedah pengajaran mereka, kaedah
teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk
meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya
pembelajaran melalui buku teks digital dalam pengajaran. Namun begitu, terdapat
segelintir guru yang masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran
mereka. Terutamanya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia
pendidikan dimana mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran yang lebih
menumpukan kepada penggunaan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka. Walhal menurut Ting & Woo (2005), guru-guru tidak
menyedari bahawa cara tradisional menggunakan kos yang lebih mahal di mana terpaksa
membeli buku, jurnal dan sebagainya.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong kepada
permasalahan ini berlaku, contohnya faktor kesediaan guru dalam menggunakan
pembelajaran melalui buku teks digital dalam pengajaran. Guru mengambil mudah
tentang persediaan proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar turut
mengambil mudah dalam pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga guru yang
berkebolehan dalam mengendalikan pembelajaran melalui buku teks digital dalam
pengajarannya tanpa memberikan pelbagai alasan. Selain itu, faktor yang mendorong
kepada isu ini adalah tahap penggunaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam
pengajaran. Sebagai contoh menurut Mahamid & Embi (2008a), kurangnya bahan bantu
mengajar di sekolah membantutkan kreativiti guru untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran untuk mengalakkan pembelajaran aktif di dalam bilik darjah. Beliau juga
menyatakan bahawa hal ini menyebabkan guru cenderung untuk bergantung kepada
bahan bantu mengajar bercetak seperti buku teks dan buku kerja sebagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
9
Disamping itu, faktor kemahuan turut dijadikan salah satu punca yang
menyebabkan isu berlaku. Terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan
teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu
teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu
bebanan kepada mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Namun menurut
Embong et al, (2012), buku teks digital dikatakan tidak akan menggantikan buku
bercetak dalam masa terdekat ini, dan digunakan untuk melengkapi atau sebagai
tambahan kepada buku bercetak. Malah, majoriti pustakawan dalam kajian Walton dan
Reiner (2013) menyatakan bahawa buku bercetak tidak akan ke mana-mana dan
menolak kemungkinan semua buku di perpustakaan akan ke arah elektronik.
Selain daripada faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan
penggunaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam pengajaran guru di sekolah
ini, terdapat juga cabaran-cabaran yang akan wujud dalam pelaksanaan pembelajaran
melalui buku teks digital dalam pengajaran guru di sekolah. Sehubungan dengan itu, Lee
& Winzenreid (2009) menyokong kenyataan ini dengan menyatakan sesungguhnya
cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran
secara berkesan dalam pengajaran harian mereka. Selain itu juga Mahamid & Embi
(2011b) yang menyatakan bahawa guru juga terbeban dengan tugas lain di luar bilik
darjah seperti mengendalikan program yang melibatkan murid disamping penjadualan
aktiviti guru yang tidak sistematik menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menghabiskan silibus.
Justeru, pembelajaran melalui buku teks digital perlu dipertingkatkan lagi dengan
menghasilkan pendidik yang berkualiti. Selain para pendidik sedia ada, bakal pendidik
juga perlu diberi penekanan dalam bidang teknologi semasa pengajian supaya dapat
dipraktikkan dalam dunia pekerjaan sebenar. Kenyataan ini disokong oleh Abu Bakar et.
al (2008b) dengan menyatakan bakal-bakal guru perlu didedahkan dengan proses
peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam pengajaran pembelajaran
semasa mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Selain itu, beliau juga
berpendapat bahawa perkara ini dapat meningkatkan kemahiran bakal-bakal guru dalam
bidang mata pelajaran masing-masing menggunakan teknologi sebagai alat bantu
mengajar apabila mengajar kelak.
10
1.3 Penyataan Masalah
Pada era serba moden sekarang, penggunaan TMK sudah menjadi seperti kemestian
pada setiap individu. Namun begitu berdasarkan kajian Mohamed Noor et al.(2012),
walaupun penggunaan buku teks digital di dalam bilik darjah menunjukkan kebanyakan
pelajar iaitu 75% pelajar yang suka menggunakan buku teks digital, hanya 41% mahu
menggunakannya di sekolah dan hanya 43% yang lebih menyukai buku teks digital
berbanding buku teks bercetak. Hal ini menunjukkan penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih di tahap rendah.
Disamping itu, perkara ini mungkin berlaku kerana terdapat beberapa faktor yang
mendorong kepada masalah dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah berlaku,
antaranya adalah faktor kesediaan guru itu sendiri. Menurut Daud (2000), guru kurang
menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan
kemahiran menggunakan TMK di bilik darjah. Selain itu faktor penggunaan turut
menjadi satu masalah dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah kerana menurut
Abu Bakar et. al (2008c) juga, penggunaan internet memakan masa yang lama untuk
mengakses bahan pengajaran walaupun para guru berminat untuk menggunakannya.
Melalui masalah ini, pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan kelancaran
capaian internet berada ditahap yang optimum. Disamping itu, faktor kemahuan guru
juga menyumbang kepada masalah ini kerana menurut Abu Bakar et. al (2008d), salah
satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri
untuk sentiasa melakukan perubahan. Oleh itu, kajian ini adalah perlu untuk mengkaji
persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks digital dari aspek kesediaan,
penggunaan dan kemahuan. Disamping itu juga, kajian ini diperlukan untuk
mengenalpasti cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital serta
kecenderungan guru untuk melibatkan diri untuk meningkatkan prestasi pelajar.
11
1.4 Tujuan Kajian
Selaras dengan penyataan masalah yang telah dinyatakan, tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap aspek kesediaan, penggunaan dan
kemahuan guru serta cabaran-cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku
teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah. Selain itu, kajian ini
dijalankan juga untuk mengetahui kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran melalui buku teks digital disamping untuk mengenalpasti hubungan antara
persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks digital dari aspek kesediaan,
penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran melalui buku teks digital.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks digital dari
aspek:
a) Kesediaan
b) Penggunaan
c) Kemahuan
ii. Mengenalpasti cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital.
iii. Mengenalpasti kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
melalui buku teks digital.
iv. Mengenalpasti hubungan antara persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku
teks digital dari aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan
guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital.
12
1.6 Persoalan Kajian
Bagi mendapatkan jawapan dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital
dalam pengajaran guru di sekolah, beberapa persoalan telah dikemukakan. Antara
persoalan kajian adalah:
i. Sejauhmanakah persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks digital?dari
aspek:
a) Kesediaan
b) Penggunaan
c) Kemahuan
ii. Sejauhmanakah cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital?
iii. Sejauhmanakah kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
melalui buku teks digital?
iv. Sejauhmanakah hubungan antara persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku
teks digital dari aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan
guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital?
1.7 Hipotesis
Berdasarkan persoalan kajian yang dibentuk, hipotesis yang boleh dihasilkan adalah:
H0: Tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks
digital dari aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru
untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital.
13
H1: Terdapat hubungan antara persepsi guru dalam pembelajaran melalui buku teks
digital dari aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru
untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital.
1.8 Kepentingan Kajian
Secara amnya, kajian yang dijalankan ini diharapkan agar dapat memberi maklumat dan
sumbangan yang berguna kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak
tentang pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam pengajaran guru di
sekolah. Hal ini kerana pengkaji akan mengupas tentang faktor kesediaan, penggunaan,
kemahuan guru dan juga cabaran-cabaran yang wujud dalam pelaksanaan pembelajaran
melalui buku teks digital dalam pengajaran guru di sekolah. Terdapat beberapa individu
yang diharapkan dapat mendapat manfaat daripada kajian ini iaitu bakal guru, ibubapa,
institusi pendidikan serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di dalam dunia pendidikan sekarang, ramai pelajar aliran pendidikan ataupun
lebih khususnya dipanggil bakal guru yang mengharapkan supaya dapat menjadi guru
yang cemerlang. Dengan adanya kajian ini diharapkan agar dapat memberi panduan
kepada bakal guru menyiapkan diri mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh para
pelajar agar mereka nanti menjadi guru yang disayangi dan dihormati oleh pelajar serta
dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Tambahan pula, dalam senario
pendidikan sekarang yang banyak menggunakan teknologi dalam pendidikan sebagai
contoh adalah penggunaan buku teks digital. Para guru perlulah mahir dalam
mengendalikan buku teks digital kerana buku teks digital dicipta adalah untuk menarik
perhatian dalam pelajar disamping dapat mengurangkan beban pelajar untuk membawa
buku teks yang berat ke sekolah. Oleh yang demikian, tugas bakal guru adalah untuk
merealisasikan harapan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang telah digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).
14
Disamping itu melalui kajian ini juga, diharapkan agar para ibubapa dapat
memahami bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru bukanlah ringan.
Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas sahaja malah adalah sebagai seorang
pendidik dan pengajar yang perlu memiliki kestabilan emosi, mempunyai sifat ingin
memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka serta peka terhadap
perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Dengan wujudnya pembelajaran
melalui buku teks digital ini juga dapat memberi peluang kepada para ibubapa untuk
belajar mengenai teknologi. Hal ini kerana, para ibubapa juga diberikan ID pengguna
serta kata laluan untuk mengakses buku teks digital untuk pelajaran anak-anak mereka
diluar sekolah. Dengan adanya buku teks digital ini juga, ibubapa dapat mengikuti
pembelajaran anak-anak mereka pada bila-bila masa sahaja.
Selain daripada memberi manfaat kepada para ibubapa, kajian ini juga
diharapkan agar dapat memberi manfaat kepada institusi pendidikan serta dapat
digunakan sebagai panduan dan kayu ukur yang berguna setelah pelaksanaan
pembelajaran yang berkesan dikenalpasti, maka tindakan selanjutnya boleh dijalankan
dengan lebih bermakna. Sebagai contoh dalam kajian ini adalah pelaksanaan
pembelajaran melalui buku teks digital, hasil daripada kajian ini diharap agar dapat
membantu memberi cadangan dan panduan kepada pihak institusi pendidikan dalam
merancang apa-apa pelaksanaan lain untuk memperkasakan lagi pengajaran guru di
sekolah.
Disamping itu, pihak yang turut diharapkan agar mendapat manfaat dan kebaikan
dalam kajian ini adalah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Hasil daripada
kajian ini diharap dapat membantu pihak yang berkenaan di Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyediakan monograf yang sesuai untuk memperkukuhkan gaya
amalan pengajaran guru bagi memantapkan lagi mutu pengajaran guru pada masa akan
datang.
15
1.9 Skop Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja
supaya skop kajian tidak terlalu luas. Oleh itu, pengkaji hanya menekankan kepada
faktor kesediaan, penggunaan dan kemahuan seseorang guru serta cabaran dan
kecenderungan guru dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam
memperkasakan pengajaran guru di sekolah.
1.10 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian ini adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Kerangka ini merangkumi aliran responden yang
diperlukan untuk merealisasikan pembelajaran melalui buku teks digital bagi
memperkasakan pengajaran guru di sekolah. Berdasarkan Rajah 1.3 iaitu kerangka
konsep kajian, terdapat beberapa faktor yang dijadikan elemen kajian untuk mengetahui
keberkesanan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran
guru di sekolah. Proses atau komponen yang perlu dikaji adalah seperti kesediaan,
penggunaan, kemahuan guru serta cabaran-cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran
melalui buku teks digital untuk pengajaran guru di sekolah. Komponen pertama yang
dikaji melibatkan kesediaan guru yang mengandungi elemen-elemen seperti
pengetahuan seseorang guru menggunakan TMK dan persediaan seseorang guru
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dari aspek penggunaan pula, elemen yang terlibat adalah seperti kekerapan
seseorang guru menggunakaan buku teks digital dalam pengajaran serta kelancaran
capaian internet ke dalam laman web buku teks digital. Selain itu, komponen kemahuan
yang mengandungi elemen-elemen sikap, minat dan keyakinan seseorang guru
mengendalikan buku teks digital dalam pengajaran turut dikaji. Dalam komponen
kemahuan ini juga terdapat elemen kelebihan buku teks digital dan juga kesedaran
16
inovasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Disamping
itu, komponen terakhir yang dikaji adalah cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran
melalui buku teks digital dalam pengajaran guru di sekolah juga dikaji. Elemen-elemen
yang terlibat adalah seperti masa dan jadual waktu pembelajaran, peralatan dan
prasarana TMK serta kesesuaian matapelajaran yang diajar oleh seseorang guru.
17
Rajah 1.3: Kerangka Konsep Kajian
Adaptasi dan ubaisuai daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM)
(Naqvi, 2012)
18
1.11 Definisi Istilah & Pengoperasian
Definisi konsep dan istilah diberikan dan diperjelaskan supaya dapat menyesuaikan
dengan tujuan dan objektif kajian yang dijalankan. Istilah-istilah ini akan diterangkan
mengikut perspektif kajian ini. Selain itu, definisi operasi diperlukan kerana mampu
untuk menerangkan konsep kajian dalam konteks-konteks tertentu dan akan memberi
lebih penjelasan dan kefahaman kepada pembaca terhadap kajian ini.
i. Pembelajaran
Menurut Trianto (2009), pembelajaran merupakan aspek kegiatan manusia yang
kompleks dan yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya. Menurut beliau lagi,
pembelajaran juga adalah suatu usaha seorang guru untuk memberi ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Dalam konteks kajian ini,
pembelajaran bermaksud aktiviti-aktiviti hands on yang banyak melibatkan
pembelajaran kendiri pelajar mengikut tahap keupayaan diri dengan atau tanpa
kehadiran guru untuk menambah pengetahuan sedia ada pelajar.
ii. Buku Teks Digital
Menurut Adie (2011), buku teks digital atau e-book adalah sebuah buku dalam bentuk
digital atau elektronik berbentuk perisian yang tidak memerlukan ruang yang banyak
untuk menyimpannya. Namun begitu menurut beliau lagi untuk mengakses buku teks
digital, seseorang memerlukan peranti elektronik sebagai contoh komputer. Dalam
konteks kajian ini, buku teks digital adalah satu alat bantu bahan mengajar yang
dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 7 Februari 2014. Buku teks
19
digital mengandungi 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh para pelajar dan guru
serta ibubapa menerusi laman sesawang 1BestariNet.net. Selain itu, Bahagian Buku
Teks di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang bermula tahun
2013 hingga 2025.
iii. Pengajaran
Menurut Nawi (2011), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan
berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah
dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses
belajar. Dalam konteks kajian ini, pengajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan
sistematik yang perlu dilakukan oleh guru untuk proses perkembangan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar.
iv. Guru
Menurut Manan (2010), guru adalah jabatan atau profesion yang memerlukan keahlian
khusus dalam tugas utamanya seperti mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan,
melatih dan menilai pelajar pada pendidikan. Dalam konteks kajian ini guru boleh
didefinisikan sebagai seorang ahli masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk
mengasah dan mendidik pelajar untuk menjadi insan yang gariskan dalam FPK.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan hasil kajian yang pernah dilakukan oleh orang lain. Sumber
kajian ini boleh didapati berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal,
tesis, dan akhbar serta juga boleh didapati melalui media elektronik. Bahan bercetak
seperti buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan. Selain sumber daripada
bahan bercetak, sumber kajian juga boleh didapati melalui media elektronik di dalam
laman-laman web seperti internet. Kajian literatur amat penting kerana ia dapat
memberikan idea dan hala tuju mengenai kajian yang akan dilakukan. Bab ini
menerangkan tentang kajian literatur yang berkenaan dengan topik kajian yang dikaji.
Kajian literatur merupakan aktiviti awal yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini
kerana, pengkaji akan mendapat maklumat secara menyeluruh berkenaan topik yang
dikaji melalui kajian literatur yang dilakukan dengan teliti terhadap topik berkenaan.
21
2.2 Model - Model Kajian
Model-model kajian yang dikaji adalah seperti yang berikut:
2.2.1 Model TAM (Technology Acceptance Model)
Model kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Model Penerimaan Teknologi
(TAM). Model ini diperkenalkan oleh Fred Davis pada 1989 yang secara khususnya
digunakan untuk model penerimaan pengguna terhadap sistem maklumat. Menurut
Davis (1989), kajian yang dilakukan adalah bagi mendapatkan pengukuran yang lebih
baik bagi menjangka dan menerangkan sesuatu penggunaan dan kajian ini juga lebih
menumpukan kepada struktur teoretikal yang telah dibina iaitu kebergunaan dan mudah
digunakan dan kemudian dapat diteorikan untuk menjadi asas bagi menentukan
penggunaan sesebuah sistem. Tambahan pula, banyak kajian bersandarkan teori dan
model tersebut telah dijalankan bagi menerokai kesan terhadap penentuan ke atas
penerimaan pengguna yang rata-rata mendapati terdapat pengaruh yang signifikan
terhadap proses menerima dan mengguna sesebuah penggunaan teknologi baru.
Namun begitu, menurut Lingyun & Dong (2008), TAM merupakan salah satu
teori yang digunakan secara meluas dalam kajian berhubung dengan sistem maklumat
semenjak model ini diutarakan oleh Davis pada tahun 1989. Menurut Kim dan Forsythe
(2008), model TAM secara menyeluruhnya menyokong dalam literatur sistem maklumat
sebagai satu bahan untuk mengenal pasti dan meramal penerimaan pengguna daripada
bidang teknologi. Dalam model ini, terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan oleh
beliau dalam menentukan penerimaan pengguna terhadap sesuatu aplikasi atau teknologi
baru iaitu kemanfaatan dan kemudahan penggunaan. Disamping itu, model TAM
memfokuskan kepada persepsi kemanfaatan dan kemudahan penggunaan dalam
meramalkan sikap atau keinginan seseorang terhadap penggunaan teknologi baru.
Pembolehubah kemanfaatan adalah tahap dimana seseorang itu mempercayai bahawa
22
dengan menggunakan sesuatu sistem tersebut, ia akan mampu mengubah tahap prestasi
pekerjaan yang dilakukan. Manakala pembolehubah kemudahan penggunaan pula
merupakan tahap dimana seseorang mempercayai bahawa dengan menggunakan sesuatu
sistem tersebut, ia akan memberi lebih kesenangan dan kemudahan.
Sehubungan dengan itu, Rajah 2.1 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat di
dalam model kajian TAM. Antara elemen yang terlibat adalah perceived usefulness
(persepsi kemanfaatan), perceived ease to use (persepsi kemudahan penggunaan),
attitudes towards technology (sikap terhadap penggunaan), intention to use technology
(kecenderungan perilaku) dan actual usage of technology (penggunaan sebenar).
Rajah 2.1: Model TAM (Technology Acceptance Model)
(Naqvi., 2012)
23
i. Perceived Usefulness (Persepsi Kemanfaatan)
Persepsi kemanfaatan dimaksudkan sebagai kepercayaan pengguna dalam penggunaan
teknologi akan dapat meningkatkan prestasi kerja seseorang individu. Ini dimana,
individu mempunyai persepsi penggunaan teknologi maklumat di tempat kerja akan
meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti kerja pengguna.
ii. Perceived Ease To Use (Persepsi Kemudahan Penggunaan)
Persepsi kemudahan penggunaan bermaksud pengguna percaya bahawa teknologi
tersebut dapat digunakan dengan mudah dan bebas dari masalah. Ini dimana individu
merasakan komputer mudah dikendalikan untuk melaksanakan tugas-tugas yang
diberikan seperti di tempat kerja dan institusi pelajaran.
iii. Attitudes Towards Technology (Sikap Terhadap Penggunaan)
Sikap terhadap penggunaan sesuatu teknologi sama ada berbentuk penerimaan atau
penolakan apabila individu menggunakan sesuatu teknologi dalam pekerjaannya.
Penelitian daripada kajian lain menyatakan bahawa faktor sikap sebagai salah satu aspek
yang mempengaruhi perilaku individu. Hal ini kerana, sikap seseorang terdiri daripada
unsur kognitif, afektif, dan komponen-komponen yang berkaitan dengan perilaku
seseorang manusia.
24
iv. Intention To Use Technology (Kecenderungan Perilaku)
Kecenderungan perilaku bermaksud kecenderungan perilaku untuk menggunakan
sesuatu teknologi tersebut. Tahap penggunaan teknologi dapat ditentukan melalui
pemerhatian kepada perilaku seseorang individu dalam menggunakan teknologi dalam
kehidupan seharian.
v. Actual Usage Of Technology (Penggunaan Sebenar)
Penggunaan sebenar boleh dinilai dalam bentuk pengukuran terhadap frekuensi dan
tempoh masa teknologi digunakan. Pengguna akan merasa senang dalam menggunakan
sesuatu sistem jika mereka yakin sistem itu mudah untuk digunakan dan dapat
meningkatkan produktiviti kerja pengguna itu sendiri.
2.2.2 Model TRA (Theory of Reasoned Action)
Fishbein dan Ajzen (1975) merupakan pengasas kepada Model Theory of Reasoned
Action (TRA). Model ini adalah asas kepada perhubungan di antara dua komponen
kepercayaan iaitu persepsi terhadap kebergunaan (perceived usefulness) dan persepsi
terhadap kesenangan mengguna (perceived ease of use). Berdasarkan Model TRA dalam
Rajah 2.2, niat menjadi penentu kepada berlakunya sesuatu kelakuan. Di mana,
kepercayaan individu akan mempengaruhi sikap individu dan seterusnya membentuk
niat yang akan menghasilkan sesuatu kelakuan. Model ini menjelaskan bahawa sikap
seseorang terhadap kelakuan dan norma subjektif yang akan menentukan niat kelakuan.
Sikap seseorang terhadap kelakuan merujuk kepada penilaiannya bahawa sama ada
pelaksanaan sesuatu kelakuan adalah baik atau buruk. Manakala norma subjektif pula
RUJUKAN
Abdullah, N. & Gibb F., (2008). How students use e-books – reading or referring?
Malaysian Journal of Library & Information Science, 13 (2): 1-14.
Ab.Hadi, M. Y., Mohamad, B., Hashim, J., & Razzaq, A.R., (2008), Analisis
Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru
Pelatih. International Conference On Communication And Media: Kuala
Lumpur.
Abdul Ghani, F. & Ahmad Kamil, N. R., (2011). Tret Personaliti Dan Faktor Pemilihan
Kerjaya Dalam Bidang Perguruan Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia
Abd Rashid, A. R., (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan
dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Abdul Razak, N., (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in
Malaysian Secondary Schools. Doctor of Philosophy Thesis. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abu Bakar, Z., Rajuddin, M. R., Ibrahim, M. A., Abdul Wahid, N. H. & Hassan, Z.
(2008), Penguasaan Kemahiran ICT Guru-Guru Pelatih, Universiti Teknologi
Malaysia.
102
Adie, S., (2011). Apa Itu Ebook dan Cara Membuat Ebook. (online). Dicapai pada 1 Jun
2011 dari http://dotcomcell.com/kumpulan-artikel/-2011/01/apa -itu-ebook-dan-
cara-membuat-ebook.html.
Ajzen, I. & Fishbein, M., (1975). Belief, Attitude, Intention and Behavior: An
Introduction to Theory and Research. Addison-Wesley, Reading, Massachusetts.
Ali, N. & Ismail, S. N. A., (2011). Tahap Amalan Dan Pengintegrasian E-Book Di Kolej
Komuniti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kolej Komuniti
Segamat.
Al-Muhammadi, A. H., (2009, Mei 15). Manfaat ilmu cara terbaik hargai jasa guru:
pendidik pikul tanggungjawab berat bentuk generasi berdaya saing, pemimpin
masa depan. Berita Harian. ms. 4 l.
Arsat, M. & Khalip, H., (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran
Guru-guru Teknikal.
Ayob, A. M., (2005). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, Edisi Kedua, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baba, I., (2009). Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Badusah J. & Embi M. A., (2006). Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik:
Penulisan Karangan Berbentuk Deskriptif. Jurnal Teknologi Maklumat &
Multimedia. 3: 43-54
Beverly, A. (2000). Instructional and Conitive Impacts of Web Based Educational.
London: Idea Group Publishing.
103
Brush, T., Glazewski, K., Rutowski, K., Berg, K., Stromfors, C., Van-Nest, M. H.,
Stock, L., & Sutton, J. (2003). Integrating technology in a field-based teacher-
training program: The PT3@ASU Project. Journal of Educational Technology
Research and Development, 51(1), 57-72.
Bashid, R. (2007). Kepentingan ICT Kepada Pengurus Sekolah. Dicapai pada 17 Julai
2008, dari http://gurubashid.com/blog/ict/kepentingan-ict-kepadapengurus-
sekolah. html.
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model Fundamental
Measurement in the Human Sciences. 2nd. Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates
.
Carr, C. B., (2007). Effective Learning in School- How to Integrate Learning and
Leadership for a Successful School. London: Pitman Publishing.
Daud, A. R., (2000). Kefahaman Terhadap Konsep Penggunaan ICT Di Dalam Bilik
Darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning,
609-623.
Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease Of Use, And User
Acceptance Of Information Technology. MIS Quarterly. 319-340.
Embong, A. M., Mohamed, Noor A., Mohd Ali, R. M., Abu Bakar, Z. & Mohamad
Amin, A. R., (2012). Teachers’ Perceptions On The Use Of E-Books As
Textbooks In The Classroom. World Academy of Science, Engineering and
Technology,70: 580-586
Gregor, P., Marjan, H. & Ivan, R., (2010). An Emprical Examination of Application
Framework Success Based on Technology Acceptance. Journal of System and
Software. 83: 574-584.
104
Harris, J (2000). In The Kitchen Design For Telecollaboration And Telepresence.
http://ccwf.cc.utexas.edu/jbharris/virtualarchitecture/telecollaboration/more/telec
ollaboration.html
Hassan, J. & Abdul Rahman, F. R., (2011), Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Education, 4 : 22-37.
Idris, N., (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Education.
Ishak, N., Ariffin, S. R., Din, R. & Abdul Karim, A., (2002). Expanding Traditional
Classroom Through Computer Technology: A Collaborative Learning Process.
17-28.
Ismail, Z. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Khan, F. U. & Iyer, S., (2009). ELAM: A Model For Acceptance And Use Of E-Learning
By Teachers And Students.
Kim, J. & Forsythe, S., (2008). Adoption of virtual try-on technology for online apparel
shopping. Journal of Interactive Marketing. 22(2), 45-59.
Konting, M. M., (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R. V. & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement. (30): 607-610.
Lai, D. E. (2008). Latihan ICT dalam sektor awam. (Bahan tidak terbit Bahagian Latihan
dan Penyelidikan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri).
105
Larlen (2013), Persiapan Guru Bagi Proses Belajar Mengajar, 3(1): 81-91, FKIP,
Universitas Jambi
Lee, B. N., (2013), ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-Sekolah
Pendidikan Dan Pembangunan Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi
2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).
Lee, M. & Winzenried A., (2009). The Use Of Instructional Technology In Schools.
Victoria, Australia. Australian Council For Educational Research Ltd.
Lewis, B. R., Templeton, G. F. & Byrd, T. A., (2005). A Methodology For Construct
Development In MIS Research. European Journal of Information Systems 14(4):
388-400.
Lingyun, Q. & Dong, L., (2008). Applying TAM in B2C E-Commerce Research: An
Extended Model. Tsinghua Science and Technology, 13 (3), 265-272.
Mahamid, Z. & Embi, M A., (2008). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori Dan Praktis. Shah Alam:
Karisma Publication.
Mahamod, Z., Nik Yusoff, N. M. R & Ibrahim, J., (2009). Perbandingan Gaya
Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1): 67-92
Mahmud, R., Ismail, M. A. & Ibrahim, J., (2011). Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Universiti Putra
Malaysia.
Manan, I., (2010). Dasar-Dasar Sosial Budaya Pendidikan, Antropologi Pendidikan.
Jakarta: P2LPTK.
106
Marican, S., (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn Bhd.
Maswan, S., (2006), Keberkesanan Pembelajaran Arahan - Kendiri, Institut Perguruan
Tuanku Bainun.
Mohd Dom, A., (2009). Budaya Sekolah Pengaruhi Keberkesanan Pengajaran
Pendidik. Dicapai pada 28 Mac 2009 dari http://pendidik.com.my.
Mohamed Noor, A., Embong, A. M. & Abdullah, M. R. T. L., (2012). E-books in
Malaysian Primary Schools: The Terengganu Chapter. World Academy of
Science, Engineering and Technology 66: 298-301.
Mohamad Nor, K., (2002). Belajar Teknik Belajar: Di Universiti dan Di sekolah.
Pahang. PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd.
Minghat, A. D. & Mansor, N. Z., (2010) Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik
Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia.
Mustafa, S. E., (2013), Buku Elektronik: Ulasan Persuratan Terhadap Kesedaran Dan
Penggunaannya. 15. 1(15): 103–117.
Naqvi, S. J., (2012), M-Services Adoption in Oman using Technology Acceptance
Modeling Approach, Communications of the IBIMA.
Nawi, N. H., (2011), Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-Konsep
Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
107
Nesbit, C. J. & Adesope, O., (2006). Learning with concept and knowledge maps: A
Meta-analysis. Review of Educational Research 76 (3):413-448.
Othman, A. F., (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dan
cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah.
Othman, M. K. & Suhid Malim, A., (2010), Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan SEA.
Journal of General Studies II
Othman, Z. A., Abdullah, N. A., Razak, Z. & Mohd Yusoff, M. Y. (2010). Jawi
Character Speech-to-text for Support in J-Qaf Learning. Research in Islamic
Studies: Addressing Contemporary Challenges and Future Prospects. 950-957.
Kuala Lumpur: Academy of Islamic Studies, Universiti of Malaya.
Padraig, W. & Lawler, M., (2007). Investing in ICTs in educational in developing
countries: An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of
Education and Development using Information and Communication Technology
(IJEDICT). 3(1): 5-22
Puteh, S. N. & Abd Salam, K. A., (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah, Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25- 34.
Rosseni Din, R., Ahmad, M., M Faizal, K. Z., Mohamad Sidek, N., Abdul Karim, A.,
Johar, N. A., Jusoff, K., Zakaria, M. S., Mastor, K. A. & Ariffin, S. R., (2009).
Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya E-Pembelajaran (Else) Versi
8.1 Menggunakan Model Pengukuran Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan
Analisis 5(2) 2009, 15-27.
108
Salman, A. and Hasim, M.S. (2011). Internet Usage in a Malaysian Sub-Urban
Community: A Study of Diffusion of ICT Innovation. The Innovation Journal:
The Public Sector Innovation Journal, 16(2). http://www.innovation.cc/case-
studies/salman%20hasim_internet_usage_suburban_community5rvsd1final_v16i
2a8.pdf [15 Februari 2012].
Shaari, A. S., Romle, A. R. & Kerya, M. Y., (2011). Beban Tugas Guru Sekolaih
Rendah, Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah, Negeri
Sembilan.
Slavin, R. E. (2006). Educational Psychology : Theory and Practice. 8th.ed. United
States of America: Pearson Education, Inc.
Sulaiman, E., (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Saroso, S., (2008). Upaya Pengembangan Pendidikan Melalui Pembelajaran Berbasis
Multimedia. 2 November 2014. www. pintar-board.blogspot.com.
Sugiyono (2009). Metode Penelitian Pendidikan Bandung: Alfabeta. ms. 115.
Suparlan, P., (2008), Pengantar Agama Dalam Analisis Dan Interpretasi Sosiologi,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ting, K. S. & Woo, Y. L., (2005), Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional:
Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT, Universiti
Teknologi Malaysia.
Trianto (2009). Mendesain Model Pembelajaran Inovatif-Progresif. Jakarta: Kencana
109
Umar, I. N. & Jamiat, N., (2011). Pola Penyelidikan ICT Dalam Pendidikan Guru Di
Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific
Journal of Educators and Education. 6(1):1–14.
Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, F.D. & Davis, G.B. (2003). User acceptance of
information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly 27: 425-478.
Walton, L. & Reiner, W., (2013). Perception analysis of scholarly e-books in humanities
at the collegiate level. ACLS Humanities E-Book. 4.
Weiss, T., (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom
Computers and Composition 5(2): 57-70.
Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., Hamdan, A. R. & Syed Mansur Al-Habshi,
S. M. S., (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Teori, Analisis
Dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yassin, F., Sahari, N. & Salim, J., (2011). A Framework of Knowledge Sharing through
ICT for Teachers in Malaysia. International Conference on Electrical
Engineering and Informatics.