TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2013
KOD KURSUS ESP 313
NAMA KURSUSSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN
NO. MATRIK E30209121175
NAMA FASILITATORAKADEMIK CIK ASMIDAR BINTI ARANI
PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU)
1
BAHAGIAN A
Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh
bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina
mahupun bahasa Melayu. Proses penyerapan atau peminjaman
bahasa asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang
mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat
dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang
berperaturan dan sistematik. Peminjaman bahasa berlaku apabila
suatu bahasa bertembung dengan bahasa lain . Bahasa yang
berpengaruh atau berbudaya tinggi akan saling melengkapi antara
satu sama lain apabila bertembung dengan bahasa yang kurang
berpengaruh atau berbudaya rendah .
Bynon (1994) mengatakan bahawa pertembungan antara bahasa
boleh mempengaruhi bahasa yang berlainan berbanding dengan
kelainan geografi dan sosial bahasa yang sama. Pertembungan
sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan
perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan
bentuk ayat atau sintaksis. Akibat dari pertembungan bahasa dan
budaya ini berlakulah peminjaman kata dalam masyarakat
tersebut.
Maka, kata pinjaman merupakan satu produk dari pembangunan
bahasa dan kontak budaya yang mana bahasa merupakan satu
perkara yang penting kepada hubungan sesama manusia dan satu
tindak balas perhubungan sosial yang mengalami perubahan yang
pantas dalam sejarah (Yingying 2009). Sapir (1994) berpendapat
2
sesuatu bahasa yang menggunakan bahasa lain dinamakan sebagai
peminjaman yang mana ia berlaku secara semulajadi dalam kontak
bahasa yang menekankan impak yang mendalam terhadap kedua-dua
kosa kata yang saling memahami budaya. Ini menyebabkan kedua-
dua bahasa tersebut saling mempengaruhi dalam menggunakan
perkataan-perkataan tersebut untuk merujuk kepada beberapa
perkara, proses dan cara pemikiran.
Faktor-Faktor Yang Mendorong Peminjaman Kata.
Terdapat faktor luaran yang mempengaruhi kata pinjaman. Faktor
luaran dalam perhubungan antara dua bahasa yang berbeza
merupakan satu dorongan yang penting dalam kata pinjaman.
Menurut Sapir (1921) perhubungan mungkin berlaku melalui
persahabatan atau permusuhan. Ia juga mungkin berlaku secara
lazimnya melalui perancangan perniagaan dan hubungan
perdagangan atau ia mungkin mengandungi peminjaman atau
pertukaran ke arah yang positif seperti seni, sains, agama. Yun
Yan (2009) menyatakan kata pinjaman adalah satu perkara yang
biasa berlaku di bawah faktor luaran seperti keadaan geografi
kejiranan, politik, ekonomi, budaya, ketenteraan dan aktiviti
di antara negara yang berbeza.
Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan
teknologi moden ke negara kita telah mencetuskan kekangan dalam
kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa
asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa
asing yang membawa kepada sesuatu teknologi dalam masyarakat .
Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial , keuntungan
3
, atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui
beberapa patah perkataan asing dalam pertuturan mereka .
Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu dianggap mempunyai
kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan
perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .
Menurut Weinreich ( 1968) dalam buku Bahasa Melayu STPM
Kertas 1 dan 2 edisi kedua , terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan sesuatu bangsa meminjam perbendaharaan kata bahasa
lain seperti :
a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep
yang baharu dalam sesuatu bahasa . Peminjaman ini dilakukan
kerana sukar untuk mencari perkataan yang sama dengan apa yang
ingin disampaikan dalam bahasa natif dan dirasakan lebih
ekonomi menggunakan bahasa yang dipinjam .
b. Untuk mengatasi masalah sinonim . Contohnya , perkataan
nikah dipinjam daripada bahasa Arab untuk maksud yang lebih
sopan dan rasmi bagi perkataan kahwin .
c. Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi
berbanding dengan penggunaan perkataan itu dalam bahasa penutur
natif menyumbang kepada bahasa pinjaman ini lebih banyak
digunakan dalam kehidupan seharian .
d. Untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat, maka
kata pinjaman diambil daripada bahasa lain . Contohnya , dalam
bahasa Melayu telah ada perkataan buruk, tetapi untuk
mengungkapkan sesuatu yang lebih buruk digunakan perkataan
dahsyat yang dipinjam daripada perkataan Arab untuk
menggambarkan situasi yang lebih teruk .4
Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam
proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa
Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat
sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan
seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan,
hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-
tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan
dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan
kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan
keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan
seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk.
Contoh: :
a. Agama dan falsafah
Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara
b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan
Amra, angsana, cempaka, melati, penaga
c. Istilah Abstrak
Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa,
usaha,
d. Hubungan dan kekeluargaan
Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru
d. Alam semula jadi
5
angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala
e. bahagian tubuh badan
anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi
f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan
desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri
g. penyakit
selesema, demam, kusta,
h. Haiwan dan Margastua
angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat
i. perdagangan dan barangan
arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat
Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga
meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kesannya, pengaruh bahasa
Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-aspek keagamaaan,
tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.
Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu
ialah;
a. Berkenaan agama
Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah,
baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.
b. berkenaan ilmu
ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fi
kir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas, huruf, baki
c. Berkenaan fikiran dan Perasaan
Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib,
hajat, hawa, ilham, musibah
d. Berkenaan hukuman dan peraturan
Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali,kadi, makam, sultan, wakaf, waz
6
ir, mansuh, uzur, daftar
e. Adat dan pergaulan manusia
kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan,
mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah
f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan
Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,kubur, jubah, kubah, dunia, alam
, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat .
Kedatangan kuasa-kuasa Barat merupakan langkah pertama ke
arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Keperluan terhadap
ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak
perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu.
Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa
Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan
istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi.
Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu
ialah ; saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil,
lokap, kompas, biskut, setokin, drebar,mesin, telefon, biro dan banyak lagi.
Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk
ke dalam bahasa Melayu ialah:
baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, me
ntega, keju, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, alma
7
ri, nanas, tembakau, tangki, pita
Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya
ialah:
engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor,
kamar, peleser, permisi, dansa, super
Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-
unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.
Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma,
macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma,
percuma, nelayan, koko Perkataan pinjaman daripada bahasa
Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi,
Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir,
bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma,
lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung,
Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng,
laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong,
taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh.
Unsur bahasa asing dipinjam oleh bahasa Melayu yang terdiri
daripada aspek bunyi , bentuk morfem dan sintaksis .
Pinjaman Bunyi
Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu , iaitu 6 vokal , 3
diftong , dan 18 konsonan . Contoh beberapa bunyi konsonan yang
dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris adalah
seperti berikut :
Bahasa Sanskrit: 8
ContohSy -
syurgaSw - swasta
Bahasa Arab:
kh - khairat, bakhil, fasakh
gh - ghaib, maghrib, baligh
sy - syarikat, masygul, Quraisy
F - fikir, fatsir, takrif
z - zahir, azab, lafaz
q - Quran, furqan
Selain itu, peminjaman bunyi juga berlaku seperti dh dan th ,
tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu , masing-masing
diubah bentuk menjadi d dan s sahaja .
dh - dharab (darab), fardhu (fardu)
th - Thalatha (Selasa) , Ithnin (Isnin) , hadith (hadis)
Bahasa Inggeris:
f - filem, fokus sy - syif
v - vokal, variasi , novel,
levi
z - zoo, zink
Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu
ialah bahasa Inggeris. Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan
sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.
Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ” ialah” dan ”
9
adalah” daripada bahasa Inggeris, iaitu bentuk kopula is.
Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu , tetapi diterima
sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri
kerana pernah dihuraikan oleh Za’ba melalui bukunya , Ilmu
Mengarang Melayu.
Contoh : Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa
Inggeris)
Ali penoreh getah. Bentuk ialah dan adalah
tiada dalam bahasa Melayu klasik.
Pinjaman Bentuk Majmuk
Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris,
untuk memenuhi keperluan melengkapkan istilah.
bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau (green
book) ; bulan madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ; gajah putih
(white elephant) ; kepala surat (letter head) ; nota kaki (footnote) ;
pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold war).
Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman
daripada bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa Eropah yang
lain,penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai peraturan
khas seperti berikut :-.
1. Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu Huruf
BahasaInggeris Bahasa Melayuc - scent, cylinder - sen,
silinderc,cc - k carbon, classic - karbon, klasik,sc -
skscooter, telescope - skuter,telesko,pq - kquality, tecchnique
- kualiti, teknik,x - ksexpress,taxi - ekspres, teksi.
2. Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan
huruf konsonan yang sama. Huruf Bahasa Inggeris -10
Bahasa Melayu(b, bb - bbarbecue, lobby - barbeku, lobi), (f, ff
- f factor, traffic -faktor, trafik), (m, mm - mmammal –
mamalia), (p, pp - ppassport, apple - pasport, epal), (t, tt -
ttractor, battery - traktor,bateri)
3. Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa
Inggeris Bahasa Melayu : (ie - icalorie –kalori), (oa -
o cardboard, coat - kadbod, kot), (oe -
efoetus, gonorrhea - fetus,gonorea), (ou - ucoupon, serious -
kupon, serius), (ea - ibeaker,grease - bikar, gris)
5. Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa
Inggeris Bahasa Melayu: (ae - aeaerial, aerograph -
aerial,aerograf), (au - auautomatic, auditorium -
automatik,auditorium), (io - ioiodine –iodin), (iu -
iupremium, stadium -premium, stadium), (ue - ueduet - duet)
Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain dalam bahasa Melayu dilakukan mengikut
peraturan-peraturan berikut :-
1. Mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk
visualnya.
2. Terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikan daripada
peraturan sistem keselarasan huruf vokal.
3. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris
dikekalkan bentuknya.
4. Kata-kata asing yang sudah diserap dan telah mantap
( selainejaan gugus konsonan ) dan dieja Melayu tidak diubah
ejaan.
11
5. Huruf “g”diucap sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris
ditulis dan disebut /g/ dalam bahasa Melayu.
6. Kata pinjaman yang berakhir dengan - sion , - tion , -
tional dan sional menjadi -syen , - si , - sional dan - sen .
7. Kata pinjaman yang berakhir dengan - ism menjadi - isme.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan
bahasa kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah
mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai bidang.
Konsep pinjam terjemah dipinjam daripada bahasa lain ,
kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa
sasaran . Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat
terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda,
vliegtuig, manakala frasa kapal udara adalah pinjam terjemah
daripada kata bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan
kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi ungratte-ciel
dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penutur bahasa
Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud
"dog hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan
sejenis makanan . Kata bahasa Inggeris honeymoon menjadi lune
de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa Perancis dan
"bulan madu" dalam bahasa Melayu. Selain itu, berlaku juga
penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu
bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan
, frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada
soil, biak baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.
Oleh kerana Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk
mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama
12
dengan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan
ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui peminjaman dan
kaedah ini dilaksanakan dalam pembentukan istilah dalam banyak
bahasa di dunia. Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh
penggubal istilah bahasa Melayu dalam bidang yang khusus. Ada
bentuk pinjaman yang tidak diasimilasikan , iaitu tidak
disesuaikan secara ortografi iaitu dari aspek sistem ejaannya .
Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun
maknanya dalam bahasa asal , seperti istilah "lamina", "orbit"
dan "organ".
Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara
penyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti
terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik)
daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang
diasimilasikan sepenuhnya, seperti rizab (reserve) dan resit
(receipt). Bentuk lain yang wujud ialah kata dasar yang
merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu, seperti
"kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan"
(neutralise).
Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap
merendahkan martabat bahasa Melayu tetapi sesungguhnya masih
banyak makna kata dalam bahasa Melayu yang tidak sejajar dengan
makna konsep dalam bahasa Inggeris, dan ada kalanya istilah
bahasa Melayu harus digandingkan dengan istilah pinjaman untuk
membentuk istilah tersebut. Hasil daripada penyediaan istilah
ini telah membawa perubahan dalam leksikon iaitu kamus bahasa
Melayu . Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai
13
kosa kata dalam bahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam
daripada bahasa lain untuk melangsungkan komunikasi.
Pinjaman unsur daripada bahasa asing mempunyai kesan
positif dan negatif .
Kesan positif peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan
makna konsep yang hendak diperkatakan atau diperjelaskan . Hal
ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden
lain . Sebaliknya , menurut Za’ba menggunakan perkataan
daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat
menimbulkan kerugian kerana akan memburukkan rupa dan bunyi
bahasa Melayu itu sendiri , dan membanyakkan perkataan yang
tidak akan difahami oleh para pembaca . Kemungkinan besar akan
terjadinya pencemaran bahasa . Hal ini terjadi sekiranya
peminjaman dibuat sesuka hati.
Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan
teknologi moden ke negara kita telah mencetuskan kekangan dalam
kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa
asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa
asing yang membawa kepada sesuatu teknologi dalam masyarakat .
Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial , keuntungan
, atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui
beberapa patah perkataan asing dalam pertuturan mereka .
Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu dianggap mempunyai
kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan
perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .
Sebagai rumusan, peminjaman bahasa merupakan satu proses
bahasa yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Gejala
14
peminjaman ini berlaku tanpa disedari oleh sesebuah masyarakat
akibat dari pertembungan bahasa dan budaya. Oleh itu, kata
pinjaman adalah sesuatu bahasa atau penuturan bahasa pertama
meminjam perkataan perkataan dari bahasa yang lain dan
menjadikannya sebagai sebahagian dari perbendaharaan katanya.
Apabila peminjaman bahasa itu berlaku, maka perubahan akan
berlaku dari sudut linguistik iaaitu yang bersifat sistematik
seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sekali
gus, peminjaman kata memberi impak kepada masyarakat yang mana
ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi
kebahasaan. Dengan demikian, peminjaman bahasa asing memberi
pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata
bahasa Melayu. Oleh yang demikian, memandangkan begitu
banyaknya perkataan bahasa pinjaman yang masuk ke dalam bahasa
Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan
sahaja memperkayakan khazanan perbendaharaan kata bahasa
Melayu. Malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
bahasa lingua franca di Nusantara.
15
Bahagian B
SEJARAH kegemilangan zaman lampau Bahasa Melayu, kedudukannya
sebagai bahasa pribumi, fungsinya sebagai lingua franca, sifatnya yang
sangat lentur dan senang dipelajari menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara.Oleh itu, pembinaan bahasa dimaksudkan
sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya
iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras
bahasa. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem
bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang
mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang
untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun
proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang
penggunaannya sangat meluas dan bilangan penuturnya sangat
besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh
16
bertutur dalam bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan
perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu
pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara,
khususnya pada zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Pada
hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan
Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu
ialah bahasa rasmi negara.
Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa
Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang
terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini
direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-
mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai
bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan
negara daripada cengkaman penjajahan.Selama hampir setengah
abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi
salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga
fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan
berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar
generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan,
tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik
serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya
didominasi oleh bahasa Inggeris.
17
Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk
menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama
kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka
martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi
dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa
Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai
salah satu tonggak pembinaan negara.
Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan
semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek,
iaitu aspek taraf dan mutunya.Kemerosotan dalam aspek taraf
bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-
bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan
kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk
bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi,
khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran,
penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan
(yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah
linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di
Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi
rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra
sebagai bahasa budaya tinggi.
18
Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan
hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas
jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan
tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi
pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan
bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard). Senario
kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang
terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota
masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang
berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu..
Oleh itu, wajarlah usaha memartabatkan Bahasa Melayu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai
pihak termasuk dalam kalangan ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan
juga orang-orang Melayu sendiri. Usaha pemartabatan Bahasa Melayu
bukanlah usaha minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah
wujud serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963.
Toleransi kerajaan pada 1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan
bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun rupanya telah membawa petaka
kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah berjaya membina
nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan
perundangan terutamanya.
Namun begitu, usaha memartabatkan Bahasa Melayu kini hanya
dilihat secara formaliti dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh
kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai tujah yang berkesan lantaran
perjuangan bahasa ini sekadar bertindak sebagai gula-gula dalam politik‘ ’tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu
seperti DBP, usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan
sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik dan pendeta kebangsaan seperti
Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun usaha-usaha
peribadi tidak memberi kesan dalam masyarakat.
Bahasa Melayu dalam perundangan Malaysia
19
Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu juga perlu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan
kepada keharmonian kaum di Malaysia. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai
perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha menghegemonikan
bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti
dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara
besar sekalipun. Selain itu bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai lingua
franca yang akan membawa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum,
industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Bahasa Melayu
pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan
melayu terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sudah sewajarnya
bahasa Melayu sejak lama dulu digunakan dalam sistem perundangan
Malaysia.
Kata pendeta Za ba,’“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya
merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah
dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti
yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu
dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih
tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga
menjalankan kerja kehakiman”.
Bahasa menjadi utama kuasa ekonomi dan politik.
Satu teori umum berkenaan survival bahasa adalah apabila ianya
mengiringi pembawaan kuasa ekonomi dan politik sesuatu tamadun. Bahasa
Greek dan Latin pernah menjadi pengantar kepada tamadun Gangsa.
Bahasa Melayu pula telah diinstitusikan sebagai bahasa utama, bahasa epik
dan bahasa adat apabila Kesultanan Melayu Acheh, Melaka dan Johor
Lama membina empayar. Akibatnya bahasa ini turut mempengaruhi
bangsa-bangsa pedagang asing untuk turut menyebar dan menggunakan
bahasa melayu di tempat asal mereka.
20
Dr. Gerry Knowles (Pensyarah Linguistik University Of Lancaster UK)
pernah membentang kertas kerja yang menyatakan bahawa bahasa boleh
berkembang maju dan menjadi bahasa dunia disebabkan dua faktor utama,
iaitu kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan. Bahasa yang mempunyai salah
satu kuasa atau kedua-dua kuasa tersebut mampu berkembang maju dan
menjadi salh satu bahasa utama dunia. Kita mendapati bahawa Bahasa
Inggeris meningkat dan meluas akibat bertapaknya hegemoni dan
globalisasi tajaan British. Kemudian klonnya yang terkemudian iaitu
Amerika Syarikat pula telah melengkapkan lagi hegemoni bahasa tersebut
walaupun tedapat beberapa perubahan dielek dan sebutan tertentu. Sejarah
juga merakamkan bahawa bahasa juga berkemungkinan akan jatuh serentak
dengan kejatuhannya kerajaan dan empayar berkenaan seperti empayar
Perancis, Jerman dan Uthmaniyyah sendiri.
Nilai inklusif menyelamatkan survival bahasa.
Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu adalah bahasa yang lentur serta kaya
dengan khazanah kosa dan istilah yang banyak. Penyerapan atau
peminjaman unsur daripada bahasa luar menyebabkan bahasa ini anjal
dengan ketamadunan global. Menurut Haugen, sejarah bahasa
memperlihatkan bahawa tidak terdapat bahasa yang secara semulajadinya
tidak mampu atau terencat kerana semua bahasa yang maju pada hari ini
suatu ketika dahulu tidak maju, tetapi kerana peluang diberikan kepada
bahasa itu untuk berkembang, bahasa berkenaan dapat mencapai taraf
kemodenan, kecanggihan dan keintelektulan seperti hari ini.
Menjadi paradoks besar kepada bahasa Melayu selaku Bahasa
Kebangsaan jika bahasa ini tidak dinobatkan serta dijalinkan dengan sosial
masyarakat Malaysia secara harmoni. Metos yang mengatakan Bahasa
Inggeris sebagai agen utama dan satu-satunya jalan untuk pencapaian
ketamadunan adalah suatu metos besar yang akan membawa petaka
paranoid kepada generasi akan datang. Keterhakisan nilai setempat, aura
Islam dan ketamadunan Melayu dalamnya akan menimbulkan simptom
jelas pada masa akan datang. Bahasa yang inklusif adalah suatu klausa
yang salah. Inklusifnya bahasa bergantung kepada sikap pendeta dan
21
pemikir bahasa itu sendiri untuk bersikap inklusif atau eksklusif. Sifat
keterbukaan perlu ada di kalangan pemikir bahasa melayu untuk
menyelamatkan bahasa ini daripada hanyut terus daripada arus
perkembangan global.
Kita telah melihat bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat
ketiadaan transaksi kosa kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa
lain yang menguasai dunia. Hal ini turut menimpa bahasa Sanskrit yang
hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta mematikan
terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit
tidak lagi ditutur luas apatah lagi untuk difahami.
Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun
India, Buddha dan Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang
telah memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa tersebut serta
menjadikan ianya relevan untuk digunapakai. Indonesia berjaya menjulang
bahasa Melayu-Indo melalui sikap inklusif di kalangan pendeta bahasa
mereka sehingga sebegitu banyak perkataan Inggeris yang diIndonesiakan.
Penterjemahan filem dan buku-buku secara pesat menjadikan rakyat amat‘bergantung dengan bahasa tersebut sekaligus menjadi bukti penataran’bahasa Melayu di sana. Transaksi dan transisi bahasa Melayu untuk
menerima unsur-unsur bahasa asing adalah suatu sikap dan keterbukaan
yang akan membawa kembali Bahasa Melayu ke persada dunia glokal
Apabila membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa
Melayu, masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada
membincangkan soal cabaran bahasa Melayu terutamanya untuk bersaing
dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Walaupun bahasa Melayu ketika ini
menerima hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan
supernasional. Kita sebagai pengguna, penutur, dan pencinta bahasa
Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha lebih gigih untuk meletakkan
bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi
dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa.
Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan
bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa
dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu
dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah22
Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan
menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap
hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan
moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini
masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk
memartabatkan bahasa Melayu.
Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha
perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih
proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat
bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi
bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi
sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai
kewujudannya. Manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83)
mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak
dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk
dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan.
Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat
terpenting menyediakan individu-individu untuk menjadi
masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa.
Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem
pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu
dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh
pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu
sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika
kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
Negara.
23
Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa
Inggeris sebagai alat kemajuan negara atau sebagai alat untuk
mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu dalam
agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil
kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya
menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa
yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa
Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa
Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang
diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris
ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah.
Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa
kelemahan pelajar
Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara
seolah-olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar
utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan
pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi.
Hal ini, menyebabkan bahasa Melayu turut mengharungi
satu cabaran getir dalam bentuk dimensi baru yang memerlukan
perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang-pejuang dan
aktivis-aktivis bahasa. Apabila kita melihat negara-negara
yang sudah sememangnya maju dari segi sains dan teknologi
seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka membangun dengan
pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai
bahasa ilmu. Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan
24
bahasa ibunda mereka dan menjadikan bahasa berkenaan sebagai
bahasa wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi.
Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu sebagai
Bahasa ilmu Pelita Bahasa 1995, petikan syarahan Prof.Dr.Abdul
Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah faktor yang
menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau
rakyatnya akan menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam
hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang menggunakan bahasa
itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-
benar mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita
perlu mengubah sikap negatif dan keraguan kita terhadap bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklah dalam bidang sains dan
teknologi. Ramai melihat potensi bahasa Melayu sebagai bahasa
peneraju dunia keilmuan, bahasa sains teknologi adalah masih
lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah sebenarnya bukan
cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang rakyat yang tidak
mengetahui keupayaan untuk memajukan bangsa dengan
menggunakan bahasa sendiri sebagai alat yang utama.
Masyarakat memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting
menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat
terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Melalui pendidikan
sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan
yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi
pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan
pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya
usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem
Pendidikan Negara.
25
Kerancuan Bahasa
Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Hal ini sebenarnya berlaku tanpa
disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa
ini juga mendapat jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh
(2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh
sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata
yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja.
Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam
berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak
langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka.
Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu,
golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam
berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan
mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka
menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira
secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu
kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang
baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering 154 digunakan
oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak,
atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan
profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota
komuniti bahasa yang lain.
26
Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang
mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang
menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek,
bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para
pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu
pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya
berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk
memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan
pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada
pembangunan negara.
Kekurangan Buku-buku Rujukan
Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun
pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh
digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya
menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan
terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar
universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana
tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku
ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para
pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di
dalam diri masyarakat di negara Malaysia.
Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk
menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa utamanya. Peranan Kerajaan Untuk Memartabatkan
Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Menurut Abdullah
27
Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu
dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu
ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu
badan berkanun yang berperanan penting dalam memartabatkan
bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya
bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat
terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu,
menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan penerbitan buku dan
jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan
pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan,
mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan bahasa
kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa
kebangsaan.
Pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan perlu
dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerajaan, melalui semua
kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak
swasta serta secara aktif dan terancang menyertai program
pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah
dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,
khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan
setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan
kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan
menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan
bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan
supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam
28
sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam
bidang bahasa dan sastera.
Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai
apabila semua bidang yang penting diberi perhatian yang sama
beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks
pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar
yang bersifat endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang
disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di negara
dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak
seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan
industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman
bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara
semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta
dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu
oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk
memastikan pencapaian yang seimbang.
Walaupun Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa
pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
namun masih banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan
bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan
seharusnya memandang serius setiap isu yang berkaitan dengan
bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bidang
pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya
akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan
berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu,
generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati
dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah.
Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk29
mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah bahasa Melayu
terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.
Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang
dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu
memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan
yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat
sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang
kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa
menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah bangsa.
RUJUKAN
30
Abdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
Melalui Latihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Publishing
Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi Bahasa
Melayu. KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid
Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa –
Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa
Melayu. Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada
21.10 .2013.
31
Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era
Globalisasi: Upaya dari Sudut Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf
Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim. 1978. Bahasa Malaysia syntax: some of aspects
to standardization.Kuala
Sapir, E. 1921. Language. New York.Theodora Bynon. 1994.
Linguistik sejarawi. Terj. Noor Ein Moh. Noor. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Weinreich, U. 1968. Language in contact. The Hague: Mouton.
Yingying Shan. 2009. Borrowed words in English and Chinese
vocabulary. Guangzhou:Guangdong University of Foreign Studies.
Yun Yan & Tianbai Deng. 2009. On Chinese loan words from
English language. China:Yangzhou Vocational College of
Environment & Resources.
Dari laman web:
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa32
http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-
memartabatkan-bahasa-melayu-perlukan-kesungguhan Dilayari pada
20 Oktober 2013
http://anelyza.blogspot.com/2010/11/usaha-usaha-memartabatkan-
bahasa.html. Dilayari pada 20 Oktober 2013.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=articles&ArticleID=769
Dilayari pada 20 Oktober 2013
33