Top Banner
ISI KANDUNGAN 1 Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas 2 2 Pengertian dan Konsep Semantik 6 3 Perbincangan 12 4 Kesimpulan 20 5 Bibliografi 22 1
23

Tugasan semantik

May 03, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tugasan semantik

ISI KANDUNGAN

1 Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas

2

2 Pengertian dan Konsep Semantik 6

3 Perbincangan 12

4 Kesimpulan 20

5 Bibliografi 22

1

Page 2: Tugasan semantik

Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada

perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan

tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik

bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna atau

maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau

sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean,

meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang

boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini

berasal daripada bahasa Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini

digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19 lagi. Semantik amat

berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji

makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda.

Hal ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan

bukan makna. Disebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan

bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud mengkaji penggunaan

tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik

juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam

sistem tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi

makna. Misalnya, Pensyarah Bahasa Melayu saya Encik Rani . Dalam ‘ ’konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan yang boleh

dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam

2

Page 3: Tugasan semantik

dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada

tanda tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep.–

Seterusnya, menurut Stalnaker (1972: 383), menyatakan bahawa

sintaksis mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini

telah menjelaskan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk

menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan.

Dalam semua perkara, peraturan tersebut sememangnya tidak mendapat

penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian

ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan.

Lantaran itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), sematik ialah

bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik.

Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus,

iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu

bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis.

Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana

berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.

Sehubungan itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik

yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat diketengahkan

secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang

menanalisis makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau

wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna

diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan

daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna

merupakan situasi apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak

balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Makna ujaran atau

ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata mata, tetapi juga faktor –

3

Page 4: Tugasan semantik

lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan

pendengar. Pendapat lain mengenai semantik mengikut pendapat tokoh,

iaitu menurut Sperber dan Wilson (1980), memberi pengertian semantik

sebagai kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat

dari segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk

logik.

Manakala puisi melayu tradisional pula merujuk kepada pendapat

Za ba ialah susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau ’suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding

dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-

hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan

logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih

dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi

tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam

kesenian rakyat. Setengah-setengah bentuk puisi tradisional seperti

mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

Warisan ini merupakan pusaka bangsa melayu yang mengandungi nilai

peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.

Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa

masyarakat melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang

sangat harmonis, rukun dan beretika.

Rakaman kelembutan komunikasi, hubungan jiran tetangga,

kemanisan mendidik anak dan apa sahaja yang melatari kehidupan

mereka dapat dikesani dan ditelusuri dengan penuh bermakna di dalam

puisi-puisi tersebut. Rakaman ini juga menampilkan citra masyarakat

melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin

dan halus dalam teguran. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan puisi-

puisi warisan ini dengan amat cepat memesrai masyarakat Melayu dan

masyarakat lain hari ini tanpa mengira batas budaya dan peringkat usia.

4

Page 5: Tugasan semantik

Malah, puisi-puisi tetap utuh melandasi kaedah pendidikan baik pada

peringkat awal kanak-kanak hinggalah mendirikan rumah tangga serta hal-

hal keagamaan , kenduri kendara dan kematian. Segala-galanya

mengunkap corak-corak dan bentuk pemikiran dan falsafah hidup mereka

yang tinggi nilainya

Puisi tradisional adalah yang lebih menjurus kepada pantun, syair,

gurindam dan juga mantera. Dalam kertas kerja ini yang bertajuk Aspek“Semantik Dalam Puisi Tradisional saya akan menumpukan pada satu ”aspek sahaja iaitu pantun dengan menggunakan teori semiotik iaitu ilmu

yang mempelajari tentang tanda. Ini kerana, pantun merupakan puisi

melayu tradisional yang paling popular berbanding dengan jenis-jenis puisi

tradisional melayu yang lain. Perkataan pantun dikatakan berasal

daripada Indonesia yang dianggap sebagai satu bentuk karma dari

perkataan Jawa parik yang beerti pari yang membawa maksud paribhasya

dalam bahasa sanskrit atau peribahasa dalam bahasa melayu.

5

Page 6: Tugasan semantik

Pengertian dan konsep semantik

Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif “ ”bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau ‘ ’bererti . Semantik pula, secara ringkas dapat dijelaskan sebagai suatu ‘ ’

bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.

Semantik dalam bahasa, pada umumnya dapat diteliti dari pelbagai sudut.

Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-

aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan

makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik

dalam nahu.

Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang

kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam

bidang linguistik. Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah

kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu

perkataan.

6

Page 7: Tugasan semantik

Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata “Yunani sema yang bererti tanda dan lambang . Oleh yang demikian, “ ” “ ”semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-

tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta

ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa

Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik

mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique.

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah

M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of

Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Menurut Radiah Yussof,

Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna lingustik

untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia

(O Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)’

Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik ,

semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

Mnakala dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik –dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat

atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-

bentuk linguistik.

Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah

kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem,

kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan

emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh

dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat

gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II –semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan

makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

7

Page 8: Tugasan semantik

Sperber dan Wilson (1980) pula, Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan –semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek

makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat

tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang

merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian

daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik.

Manakala menurut R. H. Robins (1992:24) mendefinisikan semantik

sebagai Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan “pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna

dinamakan semantik . Seterusnya Aminuddin (1988:15) menyatakan ”Semantik berasal daripada bahasa Yunani mengamdungi makna untuk “

memaknainya.

Teori semantik yang menjadi pilihan

Dalam kertas kerja ini yang bertajuk Teori semantik dalam puisi “tradisional , teori yang paling sesuai untuk menghuraikan kajian ini ialah”teori semiotik.Teori segitiga semiotik dipelopori oleh Richard dan Ogden.

Teori Semiotik bermula pada 1960-an di Eropah, khususnya Perancis.

Teori ini percaya bahawa ilmu tanda merupakan satu sains sosial yang

penting kerana ia dapat mendatangkan atau menzahirkan makna-makna

dan signifikasi tertentu. Pemikiran tentang lambang` ini terus meluas

terutama apabila karya pemikir Perancis diterjemahkan.

Teori ini menitikberatkan soal kebahasaan dengan penumpuan

kepada sistem perlambangan dan petanda dalam teks. Semiotik mungkin

bermula awal, iaitu semenjak zaman Plato lagi. Namun, untuk beberapa

tempoh waktu, ia tidak dipentingkan terutamanya dalam era penolakan

8

Page 9: Tugasan semantik

epistimologi teori ini. Walau bagaimanapun, selepas kurun ke-17, Semiotik

muncul semula dengan lebih bertenaga. Beberapa cadangan supaya kajian

secara mendalam tentang bahasa yang lebih sistematik perlu diwujudkan

telah disuarakan oleh ramai pemikir falsafah seperti Ferdinand de

Saussure dan Charles Sander Peirce. Idea Semiotik bertolak daripada idea-

idea struktural Fredinand de Saussure seorang ahli linguitik Perancis yang

sangat terkenal dengan kajian ilmu kebahasaan.

Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa,

bahasa terbina dalam struktur yang mengandungi tanda-tanda dan setiap

tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang tersendiri. De Saussure

mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam

sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa

adalah suatu sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah koda operasional

oposisi binari (Mana Sikana,2005: 34). Oposisi binari inilah yang

menghasilkan makna-makna.

Seorang lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander Pierce. Tidak

sebagaimana De Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau

dianggap sebagai tokoh pertama yang menggunakan dan mempopularkan

istilah semiotik ini yang kemudiannya dikenali dengan nama teori

Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik menghubungkan tanda-tanda

dengan psikologi manusia, manakala semiologi De Saussure

memisahkannya.

Istilah Semiotik berasal daripada perkataan Greek daripada akar kata

semeion yang membawa maksud sains umum yang mengkaji sistem

perlambangan dalam segenap kehidupan manusia. Istilah telah digunakan

oleh Charles Sander Peirce untuk merujuk kepada satu cabang

autonomous sains. Beliau membezakan tiga jenis lambang iaitu ikonik,

indeksikal dan simbolik (Terry Eagleton,1993: 111). Di antara Peirce dan

9

Page 10: Tugasan semantik

Saussure ada perbezaan yang jelas dalam penekanan terhadap lambang

ini. Saussure merujuk lambang secara wewenang kepada penandanya.

Idea semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce

dan De Saussure terus dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain

yang turut mendokong idea ini. Antara tokoh-tokoh yang telah

menggunakan dan mengembangkan idea semiotik ini ialah Umberto Eco,

Roland Barthes, Jonathan Culler, Charles Morris, Micheal Rifatarre, Jurij

Lotman dan lain-lain.

Pengasas utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M.

Lotman yang menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori dan

metodologi semiotik (Mana Sikana,1990: 18). Lotman memberi perhatian

kepada semantik sastera dengan melakukannya atas dasar dan tanggapan

bahawa setiap tanda harus memiliki makna. Menurut Lotman lagi, karya

sastera mempunyai sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus

bersandarkan kepada struktur linguistik dan dihubungkan dengan

fenomena budaya dan pemikiran masyarakat. Dengan ini, kita dapat

menyatakan Lotman menganggap teks semiotik meliputi teks kesusasteraan

dan teks linguistik.

Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga

unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-

tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan dan konsep

seperti dalam rajah dibawah.

Teori segi tiga semiotik Ogden dan Richards (1949)

Fikiran

10

Page 11: Tugasan semantik

Simbol (Perkataan)

Rujukan ( Benda atau perkara)

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct

relationship) dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata

(lambang) atau (referen). Bentuk kata (lambang) mempunyai hubungan

yang tidak langsung ( indirect relationship) dengan rujukan lain iaitu

(benda). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis

yang putus.

Kajian ini dijalankan untuk melihat aspek penggunaan teori ilmu

semiotik dalam puisi tradisional iaitu pantun. Toeri semiotik merupakan

ilmu yang mencakup pelbagai disiplin ilmu yang ada seperti kajian bahasa

terutamanya, tanda (sign), simbol, seni bina dan reka bentuk visual.

Banyak kajian-kajian terdahulu dijalankan berkenaan dengan semiotik baik

semiotik terhadap bahasa, reka bentuk lambang atau logo mahupun .

Kerangka

konsep dalam penelitian ini menggunakan semiotik Peirce (1839-1914),

seorang tokoh

falsafah Amerika yang paling asli dan argumentatif (Alex, 2009). Tanda

Peirce (1839-

1914) memberi fokus pada tiga aspek iaitu ikon, indeks dan simbol.

11

Page 12: Tugasan semantik

PERBINCANGAN

Pantun ditinjau dalam hubungannya dengan pertumbuhan serta

perkembangan puisi Melayu lama yang mempunyai kedudukan istimewa.

Keistimewaan pantun terletak pada keserhanaan serta kepadatan bentuk

dan strukturnya. Sebait pantun memancarkan keindahan pengucapan yang

merangkum ketinggian budi, keluasan serta kedalaman pemikiran. Justeru

itu, dalam pantun dibawah akan dianalisis penggunaan semiotik.

Contoh pantun tradisional ialah seperti dibawah :

Pisang emas dibawa belayar,

12

Page 13: Tugasan semantik

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Secara umumnya, dua baris pembayang berkenaan menceritakan

bahawa ada sesisir/setandan pisang emas dibawa oleh seseorang sewaktu

belayar. Pisang itu diletakkan di atas peti. Pisang itu kemudiannya masak.

Walau bagaimanapun,pisang tersebut tidak masak sekaligus tetapi sebiji-

sebiji.

Pada baris 3 dan 4 di bahagian maksud, kisah orang yang

berhutang. Ada dua bentuk hutang iaitu hutang barangan emas dan

hutang budi. Jika seseorang berhutang barangan emas, hutang tersebut

boleh dibayar oleh si pemiutang, tetapi kalau ia berbentuk budi, maka

hutang itu tidak dapat dibayar melainkan dibawa mati.

Melalui rangkap pantun ini, ia dikaitkan dengan 4 kisah berlainan

yang kelihatannya tidak saling berhubungan antara satu sama lain iaitu :

1. Kisah orang belayar.

2. Kisah pisang emas masa di atas peti.

3. Kisah hutang emas.

4. Kisah hutang budi.

13

Page 14: Tugasan semantik

Justeru itu, signifikannya perkataan utamanya yang menjadi penanda

untuk baris pembayang dan baris maksud. Pembayang ditandai kata kunci

'belayar' dan maksud ditandai kata kunci 'hutang'. Dalam konteks ini,

'belayar' adalah akibat dan 'hutang' adalah sebab. Seseorang harus belayar

untuk membawa hutangnya. Hutang menjadi sebab untuk seseorang

belayar. Dengan ini 'belayar' menjadi kandungan yang boleh diertikan

kekayaan/kekuasaan. Oleh itu, 'belayar' mengandungi maksud 'hutang'.

Pembayangnya membayangkan maksud pada bahagian maksudnya.

Bahagian maksud baru mendapat makna penuh sebagai semiotik dalam

kontrasnya dengan latar pembayang yang ditransformasikannya.

Dalam pantun ini timbul pelbagai persoalan iaitu :

Kenapa pisang bukannya buah lain seperti rambutan, durian dan

sebagainya?

Mengapa pisang emas tidak pisang lain ?

Mengapa harus dibawa pisang emas belayar bersama?

Mengapa dengan cara belayar bukan dengan pelbagai cara lain?

Mengapa harus belayar?

Mengapa pisang itu harus dimasakkan sewaktu dalam pelayaran?

Mengapa masaknya sebiji/sebiji-sebiji sahaja tidak semua sekali?

Mengapa pisang diletakkan di atas peti tidak di bawah/di dalam

peti?

Mengapa peti bukan benda atau tempat lain?

Mengapa berhutang?

14

Page 15: Tugasan semantik

Apakah bezanya hutang emas dengan hutang budi?

Apakah emas, apakah budi itu?

Mengapa boleh? Bolehkah kalau tidak boleh?

Mengapa dibayar? Bolahkah kalau tidak dibayar?

Mengapa harus mati, tidak sakit atau dihidupkan terus?

Apakah yang mati itu?

Mengapa harus dibawa mati?

Seperti di dalam rangkap pantun dibawah yang menimbulkan

persoalan :

Pisang emas dengan bawa belayar?

Hutang emas dengan bawa belayar?

Masak sebiji dengan di atas peti?

Hutang budi dengan di bawa mati?

Apakah makna semua kod kata yang saling berkait secara tumpang-

tindih, simpang-peranang dan sirat-jala tersebut. Untuk menghuraikannya ,

oleh itu teori semiotik telah digunakan. Ini bagi mencari, memberi,

menjenis dan memaknakan pantun, bukan hanya pada perkataan tapi

hubungan antara kata ke kata, kata ke baris, baris ke baris dan bahagian

ke bahagian.

Dalam pantun ini penanda-penanda pada kod-kod lambang sama ada

berupa ikon, indeks atau simbol akan dianalisis untuk mendapatkan

maknanya.

15

Page 16: Tugasan semantik

Oleh itu, pisang emas sebagai pembayang kepada hutang emas “ ’ ‘ ’bukan sahaja secara linguistik tetapi berdasarkan maksud antara antara

keduanya iaitu berhutang emas sama sedapnya seperti memakan pisang

emas.

Hutang merujuk kepada pemilikan harta yang menandakan ‘ ’pertentangan kelas antara kaya dan miskin. Si kaya sebagai penghutang

sementara si miskin menjadi pemiutang. Hutang biasa ditanggap dalam

dua bentuk iaitu hutang barangan (benda) dan hutang budi (emotif).

Pada umumnya, hutang emas boleh dibayar, (kerana ia berbentuk

barangan), namun hutang budi akan kekal abadi hingga ke akhir hayat

kerana berbentuk emotif. Begitu juga hal-hal yang berbentuk emotif

seperti budi yang akan dikenang oleh seseorang walaupun sudah

meninggal dunia. Dalam masyarakat, setiap manusia secara sedar atau

tidak pasti berhutang dalam hidupnya, paling tidak berhutang dengan ‘ ’tuhan secara emotif.

Untuk keseluruhan makna pantun ialah Pisang adalah sejenis ‘ ’buahan popular yang dimakan oleh orang Melayu. Ini kerana budaya

pemakanan Melayu ada 3 jenis makanan yang boleh bertukar ganti (pada

keadaan tertentu menjadi makanan ruji) iaitu padi/beras/nasi, ubi dan

pisang. Pisang adalah simbol kemiskinan. Orang kaya lebih kerap

menjadikan pisang hanya sebagai pembasuh mulut sahaja. Pisang banyak

ditanam dan dianggap penting oleh petani kampung yang secara amnya

digambarkan miskin. Orang kaya menanam pisang hanya kerana hobi atau

16

Page 17: Tugasan semantik

sebagai penghias halaman rumah sahaja. Ternyata pisang amat penting

dan berpengaruh dalam kehidupan orang Melayu.

Sifat pisang yang sedemikian rupa membawa maksud dengan sifat

hutang bukan sahaja secara linguistik tetapi juga secara semantik. Seperti

mana pisang , hutang juga merupakan simbol kemiskinan. Orang ‘ ’ ‘ ’miskin kebanyakannya terpaksa berhutang demi meneruskan kelangsungan

hidup mereka. Dalam pengertian yang lebih luas, semua orang sebenarnya

berhutang. Hutang menjadi simbol kepada keperluan hidup manusia. ‘ ’Kita tidak hanya berhutang wang/barangan tapi budi dan emosi. Oleh itu,

sama seperti pisang yang menjadi keperluan jasad, maka hutang pula‘ ’ ‘ ’bukan sahaja merupakan keperluan untuk meneruskan kelangsungan

hidup jasad malah batiniah juga. Jelasnya pisang dan hutang sama-‘ ’ ‘ ’sama penting dalam hidup kita.

Seterusnya pisang emas dipilih walaupun pelbagai jenis pisang‘ ’kerana pisang emas adalah pisang yang rasanya paling sedap berbanding

pelbagai jenis pisang yang ada. Warna segar keemasannya sangat

memikat, walaupun ia adalah antara pisang yang bersaiz kecil. Dari aspek

botani, warna buah, susun atur buah disisir dan ditandannya serta bentuk

fizikal pohonnya lebih cantik dari pohon-pohon pisang lain. Secara

linguistik dan semantiknya, pisang emas menbawa maksud dengan‘ ’hutang emas . Berhutang memang sedap dan memikat. Tidak kiralah‘ ’

sama ada hutang yang besar seperti hutang emas mahupun hutang yang

kecil seperti hutang budi. Malah semakin kecil (seni) hutang tersebut,

makin tinggi nilainya. Pandangan masyarakat Melayu terhadapa

keperkasaan di kecil telah lama berakar umbi dalam cerita-cerita rakyat.

17

Page 18: Tugasan semantik

Sang Kancil berbadan kecil tapi lebih perkasa (pintar) dari Sang Harimau

yang berbadan besar.

Seterusnya dalam pantun ini mengapa pula harus pisang emas ‘yang dibawa belayar? Apakah pula kaitannya antara pisang emas-belayar-‘hutang emas-hutang budi? Dalam penerangan diatas telah dijelaskan ’bahawa pisang adalah simbol kemiskinan dan kekayaan. Orang miskin ‘ ’terpaksa belayar di atas kapal kepunyaan orang kaya untuk membayar

hutangnya. Belayar adalah simbol yang sekaligus membawa maksud ‘ ’kekayaan. Orang akan belayar mencari kekayaan. Orang kaya akan belayar

untuk mencari kekayaan dan kekuasaan.

Hal ini banyak tergambar dalam cerita rakyat atau cerita penglipur

lara. Si Tenggang belayar untuk mencari kuasa dan harta. Pelayaran

memakan masa yang lama. Untuk mengharungi masa yang getir meredah

lautan luas. Mereka harus membawa bekalan. Dan bekalan terbaik

tentulah pisang, dan pisang yang terbaik tentulah pisang emas. Dalam

masyarakat melayu, pelayaran orang melayu lazimnya hanya pisang emas

sahaja yang dibawa bersama oleh pelayar untuk belayar.

Dunia pelayaran adalah dunia yang lengkap. Di atas kapal tersebut

terbentuk suatu komuniti yang saling bergantungan antara satu sama lain

dalam meneruskan keperitan hidup di samudera raya yang luas. Tentu

sahaja kebergantungan tersebut menjadikan mereka harus berhutang‘ ’antara satu sama lain sama ada dalam bentuk barangan (emas) mahupun

maksud (budi). Semua hutang tersebut pada dasarnya akan dijelaskan oleh

mereka apabila habis belayar nanti. Mereka mungkin akan meninggal

sewaktu pelayaran. Ini berikutan dunia pelayaran adalah dunia penuh

risiko. Oleh itu mereka telah memperingati diri sendiri dan orang lain

juga bahawa hutang yang nantinya sempat dibayar dan akan ada juga‘ ’

18

Page 19: Tugasan semantik

yang tidak sempat dibayar tidak kiralah sama ada hutang barangan (emas)

atau hutang budi.

Latar dan suasana belayar yang secara luasnya dapat disimbolkan ‘ ’sebagai hidup dan perjuangan mengajar mereka untuk berhati-hati,

bersyukur dan memuliakan hasil jerih perih mereka. Kerana itulah

pisang yang penuk nikmat tersebut harus dimasakkan secara berdikit-‘ ’ ‘ ’dikit (sebiji/sebiji demi sebiji) agar mereka dapat menikmati hasilnya

semaksimum mungkin. Sifat berjimat cermat ini membolehkan mereka

mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin untuk dibawa pulang, yang

akhirnya membolehkan menjadi kaya-raya, punya kuasa dan dihormati.

Itulah versi dan misi hidup yang mereka muliakan dan seringkali

diingatkan. Kerana itulah pisang tersebut diletakkan di atas peti . ‘ ’ ‘ ’Kalau disimpan pisang tersebut di dalam atau di bawah peti, mereka

mungkin lupa diri dan tujuan pelayaran mereka kerana pisang yang ‘ ’ ‘ ’menjadi visi dan misi mereka terselindung dari pandangan mata.

Sememangnya perjuangan hidup tidak akan selesai. Semakin getir

hidup kita, semakin tabah semangat dan perasaan kita. Semakin lama

hidup, semakin kaya kita dengan aneka ragam pengalaman. Ada yang

boleh kita bayar iaitu manfaatkan di dunia dan ada yang menjadi ‘ ’nostalgia abadi yang tersemat disanubari kita sahaja dimana kita akan

ingat, kenang dan sanjung sampai mati kerana ianya nanti mengulit

mimpi-mimpi indah kita di alam barzakh. Maka budi baik yang ‘ ’diterima sewaktu di dunia akan dikunci di peti hati lalu bersemadilah ‘ ’budi dan ;kematian kita di dalam peti untuk selama-lamanya. ‘ ’ ’ ‘ ’

19

Page 20: Tugasan semantik

Dengan ini peti , budi dan mati adalah simbol saling berhubungan ‘ ’ ‘ ’ ‘ ’yang menjadi lambang antara dua dunia iaitu dunia kehidupan dan dunia

kematian.

Demikian juga apabila dilihat pujangga dahulu kala ianya sarat

dengan keindahan, keajaiban dan kekreatifannya yang

mentransformasikan realiti kehidupan yang direnungi dan ditafsir

kepada teks yang penuh seni dan kiasan

Dengan ini terdirilah serangkap pantun sebagai satu kesatuan bentuk

yang membawa makna yang utuh tanpa perlu memisahkan struktur

pembayang dan maksudnya. Sememangnya, keunikan, kepujanggaan dan

kesarjanaan pantun Melayu yang sarat dengan pemikiran aras tinggi

Melayu yang masih tidak berjaya dicerobohi atau diciplak oleh penyair

dan tokoh-tokoh Barat.

KESIMPULAN

20

Page 21: Tugasan semantik

Melalui kajian semantik iaitu dengan menggunakan teori semantik

dapat disimpulkan bahawa pantun merupakan khazanah bangsa yang

amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam

mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan

minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial

secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu

dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun

meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu

itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam

pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang

terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan

sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam.

Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian

pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk

dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala

bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona

jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka

dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara

lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan

dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan

kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam

jiwa generasi hari ini.

Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to

the point, ataupun lebih berterus terang dalam mengungkapkan atau

meluahkan maksud, sama ada dalam pantun mahupun dalam bahasa

seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang semakin

merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. Perubahan masa

bukanlah satu alasan untuk generasi hari ini merosakkan dan

memperlecehkan keindahan dan kehalusan pantun. Sepatutnya perlu ada

21

Page 22: Tugasan semantik

kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk

memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam

pantun. Adat muda semestinya ada bentuk-bentuk yang baru, tetapi

janganlah sehingga mengetepikan khazanah lama yang ternyata indah dan

halus. Membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun serta

berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan

Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

Bibliografi

22

Page 23: Tugasan semantik

1)Abdul Halim Ali, Mendekati puisi melayu

tradisional, (2006) , Penerbitan Profesional Baharu,

Tanjung Malim

2)Nor Hashimah Jalaluddin, Semantik Dan Pragmatik Satu

Pengenalan, (1992) , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur

3)Uegene A. Nida, Menerokai Struktur Semantik,

(1996) , Dewan

Bahas aDan Pustaka, Kuala Lumpur

4)Prof Dr Henry Guntur Tarigan, (1985) , Pengajaran

Semantik, Angkasa, Bandung

5)Maxim Stamenov terjemahan Rusli Abd. Ghani, (1998),

Perkembangan Semasa Teori Semantik, Dewan Bahasa Dan

Pustaka, Kuala Lumpur

23