Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
1 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan
Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kes
Oleh
Zaliha binti Musa
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Kota Samarahan
ABSTRAK
Miskonsepsi banyak dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sehubungan
itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsepsi tentang jirim dalam kalangan murid
sekolah rendah. Ujian rangsangan yang mengandungi soalan terbuka tentang pepejal,
cecair dan gas telah ditadbirkan bagi mengumpul data kualitatif sebelum miskonsepsi
murid diteroka menggunakan temu bual separa berstruktur. Peserta kajian ialah enam
orang murid Tahun 5 terdiri daripada murid pelbagai tahap kebolehan. Triangulasi data
dibuat melalui analisis dokumen, temu bual terhadap guru dan nota kajian lapangan
pengkaji. Data kajian dianalisis mengikut tema menggunakan ATLAS-Ti. Keputusan
kajian menunjukkan wujud miskonsepsi tentang konsep jirim dalam kalangan semua
peserta kajian tanpa mengira tahap kebolehan. Tahap miskonsepsi tentang konsep
pepejal, cecair dan gas adalah setinggi 83% hingga 100%. Dapatan kajian
mencadangkan guru menggunakan pendekatan konstruktivisme agar miskonsepi pelajar
dapat dicabar bagi membantu mereka membina konsep sains yang lebih diterima secara
saintifik.
PENGENALAN
”If students construct new knowledge out of the experiences they
encounter, then it makes sense for the teacher to grasp some part of their
experience and connect it to the knowledge to be taught”
Toh Kok Aun, 2003)
Kajian konsepsi tentang konsep-konsep jirim dan yang berkaitan dengan
jirim seperti atom, molekul dan sebatian telah banyak dilakukan (Salem,
2007; Hannah, Laurinda, Jose Mendoza & Aldo Borsese, 2007) namun
kebanyakannya tertumpu dalam kalangan pelajar sekolah menengah atau
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
2 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
peringkat yang lebih tinggi. Di Malaysia, kajian konsepsi tentang jirim
dapat dilihat dalam kajian oleh Mohammad Yusof Arshad et al. (2002).
Kajian tentang konsepsi jirim dalam kalangan murid sekolah rendah
kurang diberi tumpuan dan belum banyak dilakukan terutamanya di
Sarawak. Tajuk jirim penting dikuasai di peringkat sekolah rendah sebab
konsep zarah merupakan konsep asas kepada tajuk yang seringkali sukar
difahami di peringkat menengah iaitu konsep mol.
Masalah pembelajaran dalam kalangan murid dikatakan berpunca
daripada fahaman awal yang tidak ditangani oleh guru sebelum
memulakan poses pengajaran (diSessa, 2006 dalam Hsu, Wu & Hwang,
2008). Pemahaman konsep yang kabur di peringkat rendah selalunya
akan menyumbang kepada kesinambungan pemasalahan pembelajaran
konsep yang sama di peringkat yang lebih tinggi di mana kesukaran
menerima pelajaran yang baru akan berlaku (Ozmen, 2004). Apabila
konsep yang baru tidak memberi makna kepada mereka, pelajar akan
cenderung mengekalkan fahaman mengikut pandangan sendiri. Keadaan
ini kadangkala didorong oleh faktor guru yang kurang mempunyai latar
belakang saintifik dan seterusnya menyumbang kepada miskonsepsi
dalam kalangan pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Leite, Mendoza &
Borsese, 2007). Faktor-faktor ini menunjukkan pentingnya miskonsepsi
tentang jirim yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran KBSR Sains
Tahun 5 diselidiki agar strategi yang relevan dapat diformulasikan bagi
mencabar kefahaman pelajar yang sedia ada demi membantu pelajar
membina konsep sains yang lebih diterima secara saintifik.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
3 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti apakah idea pelajar tentang
konsep jirim dan apakah miskonsepsi yang wujud dalam kalangan murid
sekolah rendah yang menyumbang kepada permasalahan pembelajaran.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi
pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim melalui kebolehan pelajar
sekolah rendah mengkelaskan bahan-bahan mengikut kategori pepejal,
cecair dan gas. Soalan kajian yang cuba dijawab ialah apakah konsepsi
pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim dari aspek keupayaan
membezakan bahan-bahan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas?
TINJAUAN LITERATUR
Persetujuan dicapai dalam kalangan pendidik sains bahawa setiap pelajar
pergi ke sekolah dengan pelbagai pengalaman, mempunyai idea tentang
sesuatu dan penjelasan tersendiri tentang sesuatu fenomena. Idea dan
penjelasan yang dibina oleh kanak-kanak terhadap konsep sains selalunya
berbeza daripada pandangan saintis. Konsep-konsep yang berbeza ini
dipanggil ”kerangka alternatif” (Lin & Cheng, 2000), “sains kanak-
kanak” (Gilbert, Osborne & Fensham, 1982) atau miskonsepsi (Huddle,
White, & Rogers, 2000). Miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak
dilaporkan bersifat meluas, stabil dan sukar untuk diubah (Fisher, 1985).
Kajian oleh Margel, Eylon dan Scherz (2008) mendapati masa diambil
untuk membetulkan miskonsepsi pelajar tentang struktur jirim ke tahap
partikel (particulate explaination) ialah dua tahun.
Miskonsepi dalam kalangan kanak-kanak dikatakan mungkin berpunca
daripada hubungan pelajar dengan masyarakat, bahasa pertuturan
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
4 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
seharian yang diucap dan didengar, dan melalui aktiviti dan interaksi
mereka dengan alam sekeliling (Johari Surif & Mohammad Yusof, 2003).
Mengikut Leite, Mendoza dan Borsese (2007), the persistence of
students’ learning difficulties in the domain of liquids and liquid-state
phenomenon is also associated with their teachers’ conceptual
knowledge (muka surat 350). Kajian oleh Nakhleh dan Samarapungavan
(2005) mendapati pelajar tidak dapat menjelaskan ciri-ciri bahan secara
konsisten berdasarkan pengetahuan mereka tentang kandungan bahan.
Penyelidik lain mencadangkan guru yang tidak mempunyai latar
belakang saintifik yang kukuh boleh memperkenalkan miskonsepsi
kepada pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Kokkotas, Vlachos & Koulaidis,
1998). Johnson (1998) pula menyatakan beberapa permasalahan
pembelajaran juga disebabkan kaedah pengajaran guru. Ini menunjukkan
bahawa guru juga berperanan kepada berlakunya miskonsepsi dalam
kalangan pelajar.
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang digunakan oleh
guru perlu berupaya mengatasi permasalahan pelajar seperti kewujudan
miskonsepsi melalui penguasaan konsep pada tiga aras pengkonsepan
dan menerapkan pembangunan strategi metakognitif pelajar (Johari Surif
& Mohammad Yusof, 2003). Johari Surif dan Mohammad Yusof (2003)
mencadangkan aplikasi model generatif-metakognitif dalam persekitaran
konstruktisvisme untuk mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan
pelajar Kimia. Kajian Salem (2007) mendapati bahawa penggunaan
”conceptual change text oriented instruction” yang mengambil kira
miskonsepsi pelajar telah berjaya mengatasi masalah miskonsepsi pelajar
berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Sekali lagi pendekatan
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
5 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
konstruktivisme yang menekankan aktiviti hands-on dan minds-on adalah
dicadangkan. Ini menunjukkan bahawa mengenali apakah miskonsepsi
pelajar adalah penting sebelum sesuatu intervensi dapat dilakukan.
METODOLOGI
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan rekabentuk
kajian kes iaitu singlecase singlesite study. Kes merupakan pelajar yang
dikaji dan fokus kajian ialah tentang miskonsepsi. Kaedah kualitatif
menerusi temu bual membolehkan penerokaan mendalam tentang
sesuatu fenomena, dalam kes ini ialah konsep jirim, dapat dilaksanakan
(Margel et al., 2008; Yin, 1984).
PERSAMPELAN
Kaedah persampelan yang digunakan ialah purposive sampling
(Merriam, 2001) dan melibatkan 6 orang murid Tahun 5 SK Permai,
Sarawak (bukan nama sebenar). Murid Tahun 5 dipilih sebab tajuk Jirim
terkandung dalam sukatan pelajaran KBSR Sains Tahun 5. Pemilihan
enam orang murid Tahun 5 adalah bersesuaian berdasarkan kemampuan
pengkaji dari segi kos dan masa. Kriteria ditetapkan untuk pemilihan
peserta kajian ialah murid pada tahap prestasi baik, memuaskan dan agak
lemah; serta boleh membaca dan menulis. Murid pada tahap prestasi baik
(cemerlang) adalah mereka yang memperolehi markah dalam julat 81-
100; memuaskan ialah 41-60 dan prestasi lemah (perlukan pembaikan)
ialah dalam julat 21-40, seperti digariskan dalam buku Laporan Penilaian
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
6 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Kendalian Sekolah. Selain dari itu seorang guru Sains yang mengajar
murid-murid ini turut dipilih untuk ditemu bual.
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu menggunakan ujian
rangsangan, temu bual dan analisis dokumen yang menjadi data
sekunder. Nota kajian lapangan pengkaji juga menjadi sumber rujukan.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian digunakan dalam kajian kes ini berupa ujian rangsangan
mengandungi item tentang subtopik States of Matter dalam Tema
Menyiasat Alam Bahan KBSR Sains Tahun 5. Idea kanak-kanak tentang
konsep jirim diukur dan dinilai melalui kebolehan mengkelaskan bahan-
bahan kepada kategori pepejal, cecair dan gas. Bahan-bahan digunakan
untuk aktiviti pengkelasan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas
dipilih berdasarkan sifat-sifat bahan yang mempunyai jisim, isipadu dan
bentuk dan yang biasa dijumpai oleh kanak-kanak dalam pengalaman
seharian.
Item dalam ujian rangsangan ini adalah adaptasi idea daripada Pavol et
al. (2007) yang telah menggunakan kaedah pengkelasan untuk melihat
miskonsepsi pelajar tentang burung. Kaedah pengkelasan juga digunakan
untuk mengkaji miskonsepsi dalam mata pelajaran kimia (Marilyne &
Vicente, 2007). Instrumen ini telah diterjemahkan menggunakan kaedah
back to back translation bagi memastikan kesahannya. Pensyarah
berkelayakan dalam bidang Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
7 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
digunakan untuk proses ini sebelum instrumen dimurnikan dan
ditadbirkan ke atas pelajar.
Temu Bual
Temu bual separa berstruktur telah digunakan untuk meneroka
miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian. Protokol temu bual untuk
peserta kajian bagi mencungkil idea atau konsepsi tentang jirim dalam
kalangan pelajar telah disediakan bagi membantu proses temu bual.
Protokol temu bual untuk guru sains juga disediakan bagi mendapatkan
maklumat latar belakang guru, kaedah mengajar yang diamalkan;
konsepsi guru tentang jirim, dan bagi mengetahui miskonsepsi dalam
kalangan peserta kajian yang diajar oleh beliau. Segala perbualan telah
dirakamkan secara audio dan ditranskripkan.
Analisis Dokumen
Data sekunder telah diperolehi melalui analisis dokumen bagi
mengetahui latar belakang sekolah; prestasi sekolah dan prestasi peserta
kajian yang terbabit dalam mata pelajaran Sains. Data yang dikumpulkan
ialah pencapaian sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan analisis peperiksaan pada penggal satu tahun 2008 serta prestasi
peserta kajian dalam PKS untuk mata pelajaran Sains.
INTERPRETASI DAN ANALISIS DATA
Setelah ujian rangsangan ditadbirkan, analisis terhadap jawapan peserta
kajian seterusnya dibuat sebelum temu bual dijalankan ke atas peserta
kajian yang terlibat. Analisis data yang berterusan adalah disarankan
dalam kajian kualitatif (Merriam, 2001). Verbal protocol analysis telah
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
8 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
dibuat terhadap hasil temu bual. Data temubual telah ditranskripkan bagi
melihat apakah idea peserta kajian tentang konsep jirim.
Analisis kandungan telah dilakukan terhadap jawapan-jawapan pelajar
daripada ujian rangsangan dan hasil temu bual. Bagi membantu
penganalisisan dan interpretasi data tentang miskonsepsi, suatu skema
jawapan yang lengkap dan terperinci berdasarkan fakta saintifik telah
digunakan (Low Swee Neo, 2000; Evans & Ellis, 2008). Perisian
ATLAS-Ti digunakan untuk menganalisis data pengkelasan jirim dan
bagi melihat tema-tema yang dominan dan perkataan atau frasa yang
memberi makna kepada konsep jirim seperti difahami oleh peserta kajian.
Rubrik tentang pola miskonsepi dalam kalangan peserta kajian
disediakan bagi menilai tahap berlakunya miskonsepsi dalam kalangan
peserta kajian. Mengikut cadangan Miles dan Huberman (1984), antara
kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian kes ialah
tabulating the frequency of events. Kaedah pengiraan yang digunakan
ialah melihat peratus miskonsepsi yang berlaku menggunakan formula :
Bilangan konsep yang salah X 100%
Jumlah konsep yang dinyatakan
Skala yang digunakan ialah tahap miskonsepsi paling rendah berlaku (%
miskonsepsi rendah) apabila peserta kajian mempunyai konsepsi tentang
jirim adalah baik dan kurang miskonsepi berlaku; manakala tahap
miskonsepsi adalah tinggi (% miskonsepsi tinggi) jika peserta kajian
mempunyai konsepsi tentang jirim banyak bercanggah dengan pandangan
saintis ataupun fakta saintifik yang sebenarnya.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
9 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
KAEDAH VERIFIKASI DATA
Kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan item dalam ujian
rangsangan dan soalan temu bual separa berstruktur. Sebuah sekolah
rendah yang mempunyai ciri-ciri sampel yang sebenar telah digunakan.
Hasilnya ialah satu bahan dalam senarai untuk pengkelasan di dalam
ujian rangsangan telah digugurkan iaitu nylon sebab semua murid
didapati tidak biasa dengan bahan ini. Manakala soalan temu bual telah
dimurnikan dari segi struktur dan aras soalan. Kesahan item dalam
instrumen telah diverifikasikan mengguna khidmat pensyarah opsyen
Kimia yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Kimia. Jawapan
pelajar yang diperolehi dan dianalisis, telah ditriangulasi dan disahkan
(validate) menggunakan khidmat pensyarah opsyen Kimia yang sama.
HASIL KAJIAN
KONTEKS KAJIAN
Sejarah SK Permai bermula pada tahun 1963. Pada asalnya, sekolah ini
hanya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Bermula
pada tahun 1965 sehinggalah sekarang, sekolah ini mengalami
pertambahan bilik darjah dan kini terdapat 51 orang guru, 4 orang
kakitangan sekolah dan 26 bilik darjah. Enrolmen murid seperti
dicatatkan sehingga 19 Jun 2008 ialah seramai 803 orang (Lampiran
Pengesahan Data Sekolah, 2008).
Semua peserta kajian meminati mata pelajaran Sains. Nurul menyatakan
“Mata pelajaran Sains sangat menyeronokkan kerana kita dapat
mengetahui tentang apa yang ada di bumi dan dapat membuat
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
10 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
eksperimen”. Mengikut Din, “Sains adalah mata pelajaran yang lojik dan
berkaitan dengan benda hidup dan bukan benda hidup yang telah dan
masih wujud di bumi. Saya juga meminati mata pelajaran Sains sebab
ianya berada di sekeliling saya dan ramai dari keluarga saya tidak berapa
faham tentang Sains”.
Lisa meminati Sains sebab ” Sains memberitahu kita tentang alam sekitar
dan luar bumi, sistem solar, antara planet-planet dan eksperimen dan lain-
lain”. Manakala Ros menulis ” Ia (Sains) banyak memberitahu kita
tentang alam sekitar, haiwan dan lain-lain. Ia juga menyeronokkan.
Mengajar kita tentang sistem solar.”
Zack meminati Sains sebab ” Mata pelajaran Sains bagus untuk diri kita.
Banyak kepentingannya. Bahasa Sains menyeronokkan saya dan rakan-
rakan”. Akhir sekali Haris menyatakan ” Saya meminati pelajaran Sains
sebab saya bercita-cita menjadi ahli Sains. Ia (Sains) menyeronokkan
saya. Ia juga senang dipelajari”.
Analisis terhadap laporan prestasi PKS menunjukkan bahawa setiap
peserta kajian mempunyai prestasi Sains yang trendnya tidak konsisten
seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Nurul dan Din adalah murid pada
tahap prestasi baik (cemerlang); Lisa dan Ros adalah pada tahap
memuaskan; manakala Zack dan Haris mewakili murid yang agak lemah
(perlukan pembaikan).
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
11 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 3.1: Pelaporan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) Untuk
Mata Pelajaran Sains, 2006 – Semester 1/2008
Petunjuk:
A 81-100 Cemerlang D 21-40 Perlu pembaikan
B 61-80 Baik E < 20 Perlu perhatian khusus
C 41 -60 Memuaskan
Sumber: Laporan Prestasi PKS 2006 hingga Semester 1/2008
Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR SK Permai untuk
tempoh 2005 sehingga 2007 adalah menurun dengan sekata tahun demi
tahun. Pada tahun 2005, pencapaian UPSR sekolah untuk mata pelajaran
Sains ialah 72.1%; menurun kepada 69.8% pada tahun 2006 dan
seterusnya kepada 62.9% pada tahun 2007 (Laporan analisis keputusan
UPSR 2005-2007).
Analisis peperiksaan penggal satu yang diadakan pada 20 Mei hingga 23
Mei 2008 juga menunjukkan pola yang sama. Pada keseluruhannya,
peratus murid yang lulus ialah 56.4%. Peratus murid Tahun 5 yang lulus
NAMA 2006 2007 2008
Sem 1 Sem 2 Sem 1 Sem 2 Sem 1
Nurul A A A 67 (B) 71 (A)
Din A A A 72 (B) 75 (A)
Ros A B A 61 (B) 50 (C)
Lisa A B B 50 (C) 44 (C)
Zack A B C 37 (D) 32 (D)
Haris B C C 42 (C) 34 (D)
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
12 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
hanya 14.7% dan 85.3% lagi gagal (N=115). Hanya dua orang murid
mendapat Gred B dan majoritinya memperolehi Gred D (Jadual 3.2)
Guru opsyen Sains yang mengajar kelas peserta kajian ialah Cikgu
Susana (bukan nama sebenar). Beliau telah berkhidmat sebagai guru
Sains selama 12 tahun. Penempatan pertama beliau ialah pada tahun
1996. Sehingga kini, beliau telah berkhidmat di tiga buah sekolah rendah
dan mula berkhidmat di SK Permai pada tahun 2002.
Jadual 3.2 : Analisis Peperiksaan Penggal Satu (20 Mei-23 Mei 2008)
Kelas Jumlah Gred Jumlah
Lulus
%
Lulus
Jumlah
Gagal
%
Gagal A B C D E
1 141 16 44 48 29 4 108 76.6 33 23.4
2 128 5 33 66 18 1 104 81.3 28 18.7
3 122 17 28 43 33 0 88 72.1 33 27.9
4 121 0 10 44 61 6 54 44.6 67 55.4
5 116 0 2 15 57 41 17 14.7 98 85.3
6 135 0 7 52 56 19 59 43.7 75 56.3
Jumlah 763 38 124 268 254 71 430 56.4 334 43.6
Sumber: Laporan prestasi sekolah
Menurut Cikgu Susana, beliau jarang menghadiri kursus-kursus berkaitan
dengan pedagogi mahupun konten mata pelajaran Sains kecuali pada
tahun 2008 sahaja. Alasan diberikan ialah kadang-kadang masa kursus
tidak sesuai dengan jadual mengajar beliau (Ref/GS/TB1/18-32). Kaedah
mengajar yang Cikgu Susana amalkan ialah kaedah eksperimen dan lebih
banyak menggunakan soal jawab. Kebiasaannya kaedah soal jawab lebih
banyak digunakan untuk menarik perhatian murid-murid sebelum
memulakan sesi pengajaran (Ref/GS/TB1/35-51). Soal jawab digunakan
untuk mengetahui sama ada murid-murid tahu atau belum tajuk yang
akan diajarkan iaitu mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Memberi
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
13 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
penerangan sebelum memulakan sebarang pengajaran atau aktiviti dan
seterusnya memberi nota paling banyak dilakukan (Ref/GS/TB2/37-41;
Ref/GS/NKL/191-192).
Penjanaan idea biasanya dilakukan setelah guru menerangkan sesebuah
topik pelajaran. Apa yang Cikgu Susana lakukan ialah mengedarkan
lembaran kerja, kemudian murid berbincang dalam kumpulan dan
seterusnya pembentangan dilakukan di papan hitam. Penjanaan idea
hanya berlaku sewaktu sesi perbincangan kumpulan (Ref/GS/TB1/52-
58). Ini diberitahu sendiri oleh beliau iaitu ”Memang sudah masuk
mengajar tajuk, kemudian baru minta mereka menjana idea”
(Ref/GS/TB1/59-65).
Beliau juga mengakui jarang melakukan penjanaan idea sewaktu P&P
(Tef/GS/TB1/66-67). Kesedaran tentang idea murid yang betul atau salah
diketahui apabila ada murid-murid cuba memberi idea sewaktu pelajaran
sedang berlangsung, namun keadaan ini hanya kadang-kadang sahaja
berlaku (Ref/GS/TB1/68-75). Guru lebih banyak mengetahui kesalahan
murid apabila ada peperiksaan (Ref/GS/TB2/18-21; Ref/GS/NKL/207-
208) ataupun daripada latihan dibuat oleh murid (Ref/GS/TB2/28-29; 40-
42).
Cikgu Susana juga didapati mempunyai pengetahuan tentang pendekatan
konstruktivisme 5 fasa apabila beliau menyebut, ”Ya, ikut fasa...ikut
turutan” (Ref/GS/TB1/88) apabila ditanya tentang kaedah pengajaran
yang beliau laksanakan di bilik darjah.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
14 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Apabila ditanya tentang konsep jirim, berikut adalah jawapan yang beliau
berikan :
Tajuk jirim belum lagi diajar kepada murid sewaktu kajian ini dijalankan.
Apabila disoal lebih lanjut tentang strategi yang akan digunakan bagi
menerangkan konsep jirim beliau menjelaskan dengan panjang lebar :
”Bagaimana pula cara menangani sekiranya berlakunya miskonsepsi
dalam kalangan murid?” tanya pengkaji selanjutnya. Beliau menjelaskan
:
Faktor bahasa dikatakan penghalang kepada penyampaian pelajaran oleh
guru dan penerimaan pembelajaran oleh murid. Perkara ini banyak kali
disebutkan dalam temu bual. Malahan Cikgu Susana turut merasakan
Saya ingat jirim ini terdiri daripada 3 iaitu pepejal, cecair dan gas. Contoh yang paling
sesuai kita gunakan ialah air sebab air boleh berubah dari cecair kepada pepejal iaitu
berbentuk ais. Daripada ais ia boleh melebur menjadi air. Kalau air kita didihkan ia
menjadi wap air...mengikut pemeluwapan. Kalau wap air disejukkan ia menjadi air
semula... proses kondensasi kalau tidak silap.
(Ref/GS/TB1/100-105)
Pepejal kita nampak bendanya, ia ada berat sendiri, ia nampak bentuk; gas ia memenuhi
ruang , ia tidak nampak, tapi ada berat, ada mass bukan? Cecair, ia ikut bentuk benda
tersebut. Kalau dimasukkan dalam botol, ia mengikut bentuk botol, itu cecair.
(Ref/GS/TB1/108-124)
Saya bawa benda maujud. Saya tunjukkan, kemudian kita jalankan eksperimen. Air kita
didihkan menjadi wap air.
(Ref/GS/TB1/116-117)
Kita tidak boleh katakan salahkan? Kita akan terima juga tapi kita cuba beritahu
mereka, macam ini rupa pepejal. Kita ubah konsepnya, macam ini rupa pepejal. Kita
tidak boleh katakan Oh..salah, bukannya pepejal, tidak bolehkan? Atau kita
murnikan lagi, kita beritahu mereka pepejal bentuk ia macam ini, ia mesti ada berat
kan?
(Ref/GS/TB1/120-124)
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
15 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
bahawa bahasa berkemungkinan punca kepada miskonsepsi dalam
kalangan pelajar. Beliau menyebut, ”saya rasa mereka tidak faham
bahasa. Bahasa Inggeris kita gunakan, mereka tidak faham. Kita terpaksa
translate ke Bahasa Melayu. Mereka memang tidak faham”
(Ref/GS/TB2/48-50; Ref/GS/TB1/128-137). Terjemahan perlu banyak
dilakukan terutamanya untuk kelas yang lemah.
Semua ujian adalah dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Menurut beliau,
perkara ini turut menyumbang kepada prestasi murid yang tidak
membanggakan. “Kelas hijau dan kuning 100% gagal. Kelas merah,
kelas yang terbaik, separuh sahaja yang lulus,” ujar beliau
(Ref/GS/TB1/145-146). Pernyataan ini memperjelaskan data prestasi
pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Sains, khususnya dan dalam
pencapaian UPSR, amnya.
KONSEPSI TENTANG JIRIM
Pengkelasan Bahan Kepada Pepejal, Cecair Dan Gas
Didapati bahawa konsepsi peserta kajian tentang bahan-bahan yang
dikelaskan sebagai pepejal, cecair dan gas adalah berbeza jika
dibandingkan dengan sebelum dan selepas temu bual dijalankan.
Sebelum temu bual dijalankan, semua peserta kajian mengkelaskan wap
air dan sutera sama ada sebagai pepejal, cecair dan gas. Lebih ramai yang
mengkelaskan wap air sebagai gas dan sutera sebagai pepejal. Plastik,
kayu, jeli, logam, dan kertas dikelaskan sama ada sebagai pepejal atau
cecair. Dapatan yang ketara ialah sebahagian besar peserta kajian
mengkelaskan jeli sebagai cecair manakala plastik, kayu, logam dan
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
16 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
kertas sebagai pepejal. Ada peserta kajian mengkelaskan belon sebagai
pepejal dan sebahagian lagi mengkelaskan belon ialah gas. Manakala
minyak dikelaskan oleh sebahagian besar peserta kajian sebagai cecair
dan hanya seorang mengkelaskan ia sebagai gas.
Bagaimanapun, selepas temu bual dijalankan, sebahagian konsepsi yang
dipegang oleh peserta kajian telah berubah. Wap air lebih cenderung
dikelaskan sebagai gas daripada cecair; dan sutera lebih cenderung
dikelaskan sebagai pepejal daripada gas. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa, hanya jeli yang masih dikelaskan oleh sebahagian peserta kajian
sebagai pepejal dan sebahagian peserta kajian mengkelaskan ia sebagai
cecair. Manakala plastik, kayu, logam dan kertas telah dikelaskan sebagai
pepejal. Lebih ramai mengkelaskan belon sebagai pepejal dan minyak
sebagai cecair.
Konsep Pepejal
Konsep pepejal yang dipegang oleh kebanyakan peserta kajian ialah
pepejal keras; pepejal lembut; pepejal tidak hancur dan pepejal ada
bentuk. Analisis terhadap data temu bual menunjukkan bahawa
sebahagian besar peserta kajian mengkelaskan bahan yang mereka
tandakan sebagai pepejal sebab cirinya keras. Bahan yang keras adalah
pepejal. Pernyataan ini dikongsikan bersama oleh Nurul, Lisa, Ros, Zack
dan Haris.
Sebahagian peserta kajian menyatakan pepejal adalah bahan yang lembut|
Contohnya, kapas, benang bulu dan sutera. Pernyataan ini banyak kali
disebut oleh Nurul, Lisa, Ros, Zack dan Haris. Nurul mempunyai
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
17 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
pandangan tersendiri tentang pepejal. Selain daripada sifat keras, bahan
yang bersifat lembut juga boleh jadi pepejal. Sebelum temu bual, Haris
telah menandakan sutera sebagai cecair tetapi mengubah konsepsi beliau
apabila ditanyakan lebih lanjut.
Idea bahawa pepejal mempunyai bentuk dikongsikan bersama oleh
Nurul, Din dan Ros sahaja. Mempunyai bentuk adalah konsep pepejal
yang diterima dalam sukatan mata pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, KBSR (2006), selain daripada mempunyai isipadu yang
tetap dan mempunyai jisim.
Konsep Cecair
Konsep cecair yang dipegang oleh peserta kajian mempunyai taburan
frekuensi yang agak tidak ketara di mana bilangan yang menyatakan
cecair di bawah tema cecair dibuat daripada air dan cecair tidak ada
bentuk adalah ketara tinggi berbanding dengan tema cecair dapat
diminum ; cecair boleh beku dan cair ; dan cecair adalah campuran bahan
dan air, yang taburannya agak sama rata.
Hampir semua peserta kajian menggunakan istilah “cair”; “macam air”;
“berair ” dan “dibuat daripada air” bagi menerangkan konsep cecair.
Malahan ada juga yang mencampuradukkan istilah air dan cecair,
sehinggakan pengkaji sendiri pun menjadi keliru dan sentiasa perlu
mendengar dengan penuh hati-hati ketika menemubual.
Nurul memulakan ceritanya tentang cecair dengan menyatakan jeli, wap
air, air, susu, jus, minyak masak dan minyak adalah cecair sebab
semuanya diperbuat daripada air. Walaupun ragu-ragu sama ada minyak
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
18 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
masak dan minyak adalah dibuat daripada air, Nurul masih mengekalkan
minyak masak dan minyak sebagai cecair sebab beliau yakin itulah
jawapannya!
Lisa pula melihat sifat cecair adalah pekat tetapi mempunyai air iaitu
menggunakan istilah “berair” untuk menjelaskan mengapa susu, jus dan
jeli adalah cecair. Ros menghubungkaitkan sifat cecair sebagai lecak
(lembut) sebab dibuat daripada air. Beliau mengambil contoh air dan susu
apabila menerangkan sifat-sifat ini. Bagaimanapun Ros menjadi keliru
dengan istilah “air” dan “cecair” yang beliau gunakan bagi menerangkan
air adalah cecair sehinggakan susu pun dikatakan diperbuat daripada
cecair dan bukannya air lagi.
Pelbagai konsep tentang cecair dijelaskan oleh Zack. Banyak
perbandingan juga dibuat bagi menjelaskan mengapa bahan-bahan yang
beliau senaraikan terletak dalam satu kumpulan. Penjelasan Zack agak
kurang konkrit. Seterusnya Zack menyatakan pula jeli adalah cecair
sebab ia lembut. Menurut Zack, jus adalah dibuat daripada buah-buahan
maka ia cecair sebab ia cair (Ref/P5/76-78). Minyak, selain bersifat licin,
adalah juga ”cecair sebab ia macam cecair”, satu pernyataan yang kurang
jelas.
Haris memberikan dua sebab sahaja mengapa bahan-bahan yang beliau
senaraikan iaitu jeli, air, susu, jus dan minyak masak adalah cecair.
Pertama, benda yang cair sahaja adalah cecair (Ref/P6/61-62). Keduanya,
benda yang cair tidak dapat dipegang dan hanya dapat dipegang apabila
ia beku sahaja. Pernyataan beliau boleh diinterpretasikan sebagai cecair
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
19 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
adalah bahan yang cair dan boleh dipegang apabila ia beku. Agak
menarik apabila beliau menggunakan air dan susu sebagai contoh.
Cecair tidak ada bentuk adalah kefahaman yang dikongsikan bersama
oleh Nurul, Din dan Ros sahaja. Mengikut Nurul, sifat cecair yang ketara
ialah ia tidak ada bentuk (Ref/P1/84-85). Din, dengan gaya seorang
saintis menjelaskan dengan yakin bahawa cecair tidak ada bentuk tetapi
mengambil bentuk bekas ia ditempatkan. Ros pula menjelaskan ”kalau
tidak ada bentuk, ia (adalah) cecair” (Ref/P4/197-198). Apabila
ditanyakan kepada Haris, “Apakah sifat bahan yang beliau kategorikan
sebagai cecair ?” Haris secara konsisten menjelaskan bahawa jus, air,
susu adalah cecair sebab ia dapat diminum (Ref/P6/92-93 ; 96-99). Cecair
merupakan campuran bahan dan air disebut oleh Ros dan disokong oleh
Zack yang secara spesifik menyebut bahawa bahan-bahan lain yang
dimaksudkan adalah buah-buahan.
Konsep Gas
Sebahagian besar peserta kajian mengaitkan gas dengan sesuatu bahan
yang boleh dihidu dan mengeluarkan bau; gas sebagai bahan yang tidak
dapat dilihat dan gas adalah panas. Idea bahawa gas bersifat
mengeluarkan bau dijawab oleh hampir semua peserta kajian sebaik
sahaja ditanyakan mengapa mereka mengkelaskan udara, oksigen dan
bau minyak wangi sebagai gas.
Nurul banyak mengaitkan bau pada bahan-bahan disenaraikan dengan
bau petrol dan bau gas untuk memasak. Lisa menyatakan bau gas boleh
dirasa dan disedut (Ref/P3/163-169). Menurut beliau, sifat inilah yang
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
20 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
membezakan gas daripada pepejal dan cecair. Walaupun gas tidak boleh
dilihat tetapi “memang kita dapat rasa...menyedut,” beritahu beliau.
Sungguhpun gas adalah bahan yang ada bau, menurut Ros, ada juga gas
yang tidak mempunyai bau seperti wap air dan oksigen (Ref/P4/142-
144). Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam jawapan yang beliau
berikan. Pada awalnya Ros mengkelaskan oksigen sebagai gas yang
boleh dihidu (Ref/P4/114-115) tetapi kemudian mengubah konsepsi
beliau kepada oksigen adalah gas yang tidak boleh dihidu.
Zack dan Haris mempunyai idea yang agak berbeza daripada Nurul, Lisa
dan Ros. Mengikut Zack, “minyak wangi adalah gas sebab ia wangi dan
berminyak” (Ref/P5/130-135) dan “berbau kuat” (Ref/P5/178-184). Haris
juga sependapat dengan Zack bahawa bau minyak wangi adalah gas
sebab bila dihidu baunya wangi (Ref/P6/201-206).
Jawapan kedua Nurul selepas ciri bau ialah gas tidak dapat dilihat. Nurul
mengemukakan idea ini sebagai sebab mengapa beliau tidak dapat
melukiskan struktur oksigen. Sungguhpun Din mempunyai kefahaman
yang mantap tentang konsep pepejal dan cecair mengikut sukatan
pelajaran Sains KBSR (2006), beliau juga menyenaraikan bau minyak
wangi gas sebagai gas sebab gas adalah bahan yang tidak dapat disentuh
dan tidak dapat dilihat, sama seperti wap air dan udara (Ref/P2/186-190).
Lisa pula menyatakan udara, oksigen dan bau minyak wangi tidak dapat
dilihat. Ros juga berkongsi idea yang sama. Oleh sebab gas tidak dapat
dilihat, maka Ros berpendapat bahawa gas tidak mempunyai bentuk
(Ref/P4/163-165).
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
21 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Zack tidak dapat menjelaskan apakah ciri udara sebenarnya. Oleh itu
konsepsi Zack tentang gas tidak begitu jelas. Haris mempunyai
penerangan yang logik dan konsisten bahawa gas mempunyai ciri panas.
Zack juga sependapat dengan Haris dengan menyatakan minyak adalah
gas sebab ia ada gas.
PERBINCANGAN
Pelbagai ciri yang terdapat pada bahan telah digunakan oleh peserta
kajian untuk mengkelaskan bahan kepada pepejal, cecair dan gas, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Bagaimanapun, konsepsi tentang pepejal
yang dominan ialah pepejal keras, pepejal lembut, pepejal tidak hancur
dan pepejal ada bentuk. Konsepsi untuk cecair ialah cecair dibuat
daripada air, cecair tidak ada bentuk, cecair dapat diminum, cecair boleh
beku dan cair dan cecair adalah campuran bahan dan air. Gas pula
dikonsepsikan sebagai bahan yang ada bau, tidak dapat dilihat dan
bersifat panas.
Pada keseluruhannya, didapati bahawa semua peserta kajian mempunyai
miskonsepsi tentang pepejal, cecair dan gas. Peratus miskonsepsi adalah
setinggi 83% (Nurul) sehingga 100% (Lisa, Zack dan Haris); manakala
Din mempunyai tahap miskonsepsi yang paling rendah (25%).
Nurul mempunyai pegangan yang konsisten tentang konsep pepejal.
Haris mempunyai konsep gas yang tekal, manakala Din menyatakan
konsep pepejal dan cecair dengan tepat dan tidak berganjak daripada
idea awalnya sehinggalah temu bual djalankan. Ros juga mempunyai
konsep pepejal dan cecair yang tepat.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
22 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 3.3 : Konsepsi Peserta Kajian tentang Pepejal, Cecair dan Gas
Petunjuk : √ Ada dinyatakan • Tiada dinyatakan Konsep yang betul
Konsep Nurul Din Lisa Ros Zack Haris
Cecair ada berat • √ • • • •
Cecair boleh beku dan cair √ • • • • •
Cecair campuran bahan • • • √ √ •
Cecair dapat diminum • • • • • √
Cecair dibuat daripada air √ • √ √ √ √
Cecair dapat dilihat • • √ √ • •
Cecair dapat dimakan • • • • • √
Cecair lembut • • • √ √ √
Cecair licin • • √ • √ •
Cecair memenuhi ruang • √ • • • •
Cecair mudah mengalir √ • • • •
Cecair tidak ada bentuk √ √ • √ • •
Gas ada air • • • • √ •
Gas ada bau √ • √ √ √ √
Gas ada berat • √ • • • •
Gas ada oksigen • • √ • √ •
Gas berasap • • • √ • •
Gas berminyak • • • • √ •
Gas memenuhi ruang • √ • • • •
Gas panas • • • • • √
Gas tidak ada bentuk • √ • √ • •
Gas tidak dapat dilihat √ √ √ √ √ •
Gas tidak dapat disentuh • √ • • • •
Gas tidak ada bau • • • √ • •
Gas untuk pernafasan √ • √ • • •
Pepejal ada bentuk √ √ • √ • •
Pepejal ada berat • √ • • • •
Pepejal ada bunyi • • √ • • •
Pepejal berkarat √ • √ • • •
Pepejal boleh berubah jadi air • • √ • • •
Pepejal dapat dilihat • • √ • • •
Pepejal dapat disentuh • √ √ √ • •
Pepejal dari plastik √ • • • • •
Pepejal keras √ • √ √ √ √
Pepejal lembut √ • √ √ √ √
Pepejal licin • • √ • • •
Pepejal mudah dicari • • • • √ •
Pepejal mudah putus • • √ • • √
Pepejal nipis • • √ • √ •
Pepejal ringan • • • √ • •
Pepejal senang dibentuk • • • √ • √
Pepejal sifat liat • • √ • √ •
Pepejal tidak hancur √ • • • • •
Konsep Betul 2 9 0 2 0 10
Konsep Salah 10 3 18 15 14 8
% miskonsepsi 83% 25% 100% 88% 100% 100%
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
23 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Peserta kajian menggunakan satu ciri yang dapat dilihat pada sesuatu
bahan, kemudian membandingkan ciri ini dengan bahan-bahan lain dalam
kumpulan yang sama semasa membuat pengkelasan. Ciri dilihat atau
diketahui digunakan untuk meramal atau meneka bahan yang manakah
pepejal, cecair ataupun gas. Hasilnya, konsep pepejal, cecair dan gas
yang dimiliki oleh mereka menjadi pelbagai dan rencam, terpesong
daripada konsep jirim yang sebenarnya.
Pada amnya, hasil kajian ini dapat dihuraikan menggunakan dapatan
kajian Talanquer dan Stains (2008) yang juga menggunakan kaedah
pengkelasan untuk unsur, sebatian dan campuran. Menurut mereka,
kebanyakan daripada miskonsepsi adalah hasil daripada pemberian sebab
(reasoning) berdasarkan common sense. Common sense reasoning adalah
set pemikiran yang dibina berasaskan alam sekeliling dan sifat-sifat
semula jadi bahan dan bergantung kepada strategi mental untuk membuat
keputusan dan membina inferen menggunakan maklumat yang sedia ada.
Peserta kajian ini didapati cenderung menggunakan common sense untuk
membuat keputusan semasa mengkelaskan bahan kepada pepejal, cecair
dan gas. Prosedur mengenal pasti sebab sesuatu bahan dikelaskan
sedemikian rupa dengan cara yang cepat dan dipanggil heuristik berlaku
dengan mengurangkan beban pemprosesan maklumat. Apabila kaedah
heuristik digunakan untuk pengkelasan dimana jawapan diperolehi
dengan cepat tanpa usaha yang banyak, biasanya akan mengarah kepada
ralat atau bias. Kebanyakan miskonsepsi dalam kalangan pelajar kimia
berlaku adalah disebabkan oleh jenis pemberian sebab berdasarkan
common sense. Pada umumnya, kesilapan dalam proses mengkelaskan
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
24 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
bahan berlaku apabila pelajar mengurangkan bilangan ciri-ciri bahan
yang relevan (reduction) atau gagal membezakan antara konsep-konsep
(undifferentiation).
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa miskonsepsi berlaku dalam
kalangan semua peserta kajian tanpa mengira tahap kebolehan. Dapatan
ini adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang mendapati miskonsepsi
adalah kekal dan mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan
seseorang; sukar diubah melalui pengajaran secara konvensional;
miskonsepsi berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan oleh
guru dan kesannya hasil pembelajaran yang tidak dijangkakan;
mempunyai persamaan tanpa mengira tahap umur, kebolehan dan jantina
dan miskonsepsi juga berlaku dalam kalangan guru dan juga pelajar
(Fisher, 1985)
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil kajian ini mempunyai implikasi terhadap dunia pendidikan
terutamanya pengajaran dan pembelajaran Sains yang berkesan. Guru
harus memainkan peranan lebih aktif dalam mengubahkan miskonsepsi
dalam kalangan pelajar mereka. Miskonsepsi dikatakan sebagai tembok
yang menghalang murid menerima pelajaran yang baru.
Penggunaan istilah yang tidak tepat dan konsep yang kabur harus
ditangani melalui strategi pengajaran yang sesuai. Contohnya, melalui
conceptual change model, generative learning model dan sebagainya
(Salem, 2007) ataupun pendekatan yang dapat memenuhi proses
pembelajaran pelajar yang mempunyai miskonsepsi. ”We do science..
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
25 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
We do not teach science” harus dijadikan pegangan dalam merangka
aktiviti hands-on dan minds-on dalam Sains.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cergas mahupun pelajar
lemah mempunyai miskonsepsi tentang jirim. Keadaan ini harus
difikirkan semula oleh para pendidik dan pentadbir sekolah dalam usaha
mendemokrasikan pendidikan. Pelajar lemah tidak seharusnya diabaikan.
Pelajar yang sering dapat markah tinggi tidak semestinya mempunyai
konsepsi yang betul tentang sesesuatu konsep seperti ditunjukkan dalam
hasil kajian ini. Oleh itu, implikasinya guru harus mengambil kira
miskonsepsi semua pelajar tanpa mengira kebolehan agar mereka yang
lemah dapat dicungkil potensi mereka.
Guru juga harus peka dengan punca-punca berlakunya miskonsepsi
dalam kalangan pelajar mereka. Guru sendiri juga boleh menjadi punca
kepada miskonsepsi. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme adalah
disarankan dalam pengajaran sains yang mengambil kira idea pelajar dan
guru boleh melemahkan tembok miskonsepsi ini melalui penstrukturan
semula idea pelajar. Kaedah pengajaran yang diakui digunakan oleh guru
sains dalam kajian ini adalah senario biasa dalam amalan pengajaran di
bilik darjah di Malaysia (Hashimah Mohd Yunus, Zurida Ismail & Raper,
2004). Oleh itu, peningkatan profesionalisme diri guru harus
dibangunkan secara berterusan agar selari dengan perkembangan
pendidikan sains dan dapat mengubah paradigma pengajaran guru sains
kepada kaedah pengajaran yang lebih memberatkan proses pembelajaran
daripada pengajaran semata-mata.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
26 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Kajian kes yang telah dijalankan hanya mengambilkira konsepsi 6 orang
murid sekolah rendah. Hasil diperolehi adalah data awal bagi kajian
lanjutan untuk para pengkaji yang berminat tentang miskonsepsi dalam
kalangan pelajar. Satu kajian kualitatif yang lebih komprehensif dengan
bilangan sampel yang lebih besar merangkumi pelbagai peringkat umur
dan bangsa adalah dicadangkan supaya generalisasi terhadap miskonsepsi
dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dibuat dan pihak-pihak yang
berkenaan, seperti guru, pentadbir sekolah dan juga Kementerian
Pendidikan Malaysia dapat mengambil usaha ke arah menjadikan proses
pembelajaran dalam kalangan murid dapat berlaku dengan maksimum.
Tempoh pengumpulan data yang lebih panjang juga akan membantu
pengkaji memahami dengan mendalam miskonsepsi dalam kalangan
peserta kajian. Pengumpulan data melalui pemerhatian adalah disarankan
bagi mengesahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan
oleh guru.
Data kajian ini telah memberi gambaran awal tentang miskonsepsi murid
sekolah rendah tentang konsep jirim iaitu pepejal, cecair dan gas. Oleh
itu, kajian bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah intervensi yang
terpilih bagi membetulkan miskonsepsi pelajar adalah dicadangkan. Di
sini pengkaji boleh melihat apakah kaedah berkesan bagi menangani
miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Hasil kajian kelak dapat dijadikan
panduan oleh guru sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka.
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
27 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
RUJUKAN
Del Pozo, R. M. (2001). Prospective teacher’s ideas about the
relationship between concepts describing the composition of
matter, Journal of Science Education. 23:353-371
Evans, E. dan Ellis, L. (2008). Science made easy, Materials and their
properties. London: Darling Kindersley Limited.
Fisher, K.M. (1985). A misconception in biology: amino acids and
translation. Journal of Research in Science Teaching. 22:53-62
Gilbert, J.K., Osborne, R.J., & Fensham, P.J. (1982). Children’s science
and its consequences for teaching. Science Education. 66: 623-
633l
Hashimah Mohd Yunus, Zurida ismail & Raper, G. (2004) Malaysian
primary teachers’ classroom practice of teaching and learning
science. Journal of Science and Mathematics Education in
S.E.Asia. 27(1): 166-203
Hsu, Y-S, Wu, H-K, dan Hwang, F-K (2008). Fostering high school
students’ conceptual understandings about season: The design of
a technology-enhanced learning environment. Research Science
Education, 38: 127-147
Huddle, P.A., White, M.D. dan Rogers, F. (2000). Using teaching model
to correct known misconceptions in electrochemistry. Journal of
Chemical Education. 77:104-110
Johari Surif dan Mohammad Yusof Arshad. (2003). Aplikasi model
generatif-metakognitif dalam persekitaran konstruktivisme bagi
proses pengajaran dan pembelajaran sains: peranan guru sebagai
pengamal refleksi dalam buku Proceeding International
Conference on Science and Mathematics Education: Which Way
Now? 2003. 121-128
Johnson, P. (1998). Progression in children’s understanding of a “basic”
particle theory: A longitudinal study. International Journal of
Science Education. 20:412-493
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
28 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Kokkotas, P., Vlachos, I., dan Koulaidis, V. (1998). Teaching the topic of
the particulate nature of matter in prospective teachers’ training
courses. International Journal of Science Education. 20:291-303
Leite, L., Mendoza, J., dan Borsese, A. (2007). Teachers’ and prospective
teachers’ explaination of liquid-state phenomenon: A comparative
study involving three European countries. Journal of Research in
Science Teaching. 44: 349-374
Lin, H. dan Cheng, H. (2000). The Assessment of students’ and teachers’
understanding of gas laws. Journal of Chemical Education. 77:
235-238
Low Swee Neo (2000). Fokus Sains UPSR. Selangor, Malaysia:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Margel, H.; Eylon Bat-Sheva dan Scherz, Z. (2008). A longitudinal study
of junior high school students’ conceptions of the structure of
materials. Journal of Research in Science Teaching. 45: 132-152
Marilyne, S., dan Vicente, T. (2007). Classification of chemical
substances using particulate representations of matter: An analysis
of student thinking. International Journal of Science Education.
29: 643-661
Merriam, S.B. (2001). Qualitative research and case study applications
in education. San Francisco; Jossey-Bass Pub.
Miles, M., dan Huberman, M. (1984). Qualitative data analysis: A source
book for new methods. Beverly Hills, CA: Sage Publications
Mohammad Yusof Arshad, Johari Surif, Utahayakumari, Tan Soo Yin
dan Dalina Daud (2002). Kefahaman pelajar mengenai konsep
zarah – perbandingan respon pelajar di Malaysia dan pelajar di
United Kingdom. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. 8: 8-10
Nakhleh, M. B. dan Samarapungavan, A. (2005). Middle school students’
belief about matter. Journal of Research in Science Teaching.
42:581-612
Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif
29 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Pavol, P., Milan, K. dan Jana, F. (2007). Why do cocks crow? Children’s
concepts about birds. Research Science Education. 37:393-405
Salem, A.A. (2007). Facilitating conceptual change in ninth grade
students’ understanding of human circulatory system concepts.
Journal of Research in Science Teaching. 12(1): 12-24
Yin, R. (1984). Case study research: Design and methods (1st ed.).
Beverly Hills, CA: Sage Publishing