BAB 2: SEBUTAN DAN INTONASI
BAHASA KEBANGSAAN (A)MPU3213
AIDA NASRIN BINTI NASARUDIN
PengenalanDalam tajuk ini, pelajar akan
diperkenalkan dengan sistem sebutan iaitu prinsip apa yang digunakan untuk membunyikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.
Hasil PembelajaranDi akhir pengajian, pelajar akan:
- Memahami prinsip-prinsip sebutan perkataan dalam bahasa Melayu- Boleh membunyikan perkataan-perkataan Melayu dengan betul mengikut prinsip-prinsip ejaan Bahasa Melayu.
Istilah Vokal – ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang
mempunyai bunyi dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan.
Konsonan – ialah huruf lain yang bukan huruf vokal.
Diftong – bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gaubungan dua huruf vokal yang berbeza.
Gugus Konsonan – Gabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.
Suku kata – bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Prinsip Sebutan1. Persembahan Sebuatan dalam bahasa Melayu adalah
berasaskan sistem sebuatan baku. Baku bermakna standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan).
Penggunaan sistem baku bermakna pemakaian bunyi ejaaan adalah sama sahaja di mana-mana bahagian di seluruh negara.
Oleh kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, mka pelajar perlu tahu empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul.
Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
i. Huruf vokal: a, e, e’, i o, uii. Huruf diftong: ai, au, oiiii. Huruf kosonan: huruf selain
huruf vokaliv. Huruf kosonan gabungan: gh,
kh, ny, ng, sy
Huruf Vokal1. Persembahan Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi
vokal standard iaitu
a, e, e’, i, o, u Huruf vokal ini juga disebut ‘huruf hidup’ atau
‘huruf saksi’. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga memberi bunyi kepada huruf-huruf kosonan.
Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Terdapat dua jenis ‘e’ dalam kumpulan huruf vokal iaitu e pepet (contoh; emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan e’ taling (contoh: teko,petak, sate)Huruf Fonem Di depan Di
tengahDi
belakang
a [a] a-pi pa-di ki-ta
e (pepet) [e’] e-mak se-na pris-me
e (taling) [e] e-nak pe-tak tau-ge
i [i] i-tu sim-pan si-ni
o [o] o-leh ko-ta pi-da-to
u [u] u-sik tu-nas si-ku
Kesalahan sebuatan sering berlaku dalam sebutan vokal /u/. Dalam perkataan ‘unik’ misalnya kerap kali disebut ‘yu-nik’. Lihat contoh di bawah:
Perkataan Sebutan salah Sebutan betul
Unik yu-nik u-nik
Unit yu-niy u-nit
Universiti yu-ni-ver-si-ti u-ni-ver-si-ti
Huruf Konsonan1. Persembahan Huruf konsonan ialah semua huruf
selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf.
Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melaui rongga mulut atau rongga hidung.
Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, , v, w, x,y, z
Terdapat tga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini.
Bunyi konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan /k/.
Bunyi konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/.
Contoh: Konsonan
QKonsonan
VKonsonan
Xbu-raqqa-dakqa-darqu-ranwu-quf
ver-sivi-ta-min
vo-ka-si-o-nal
re-vo-lu-sisub-ver-sif
xe-no-litxe-no-mofxi-lo-fonxi-lo-fajxe-ro-fit
Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf seperti rajah di bawah:
Bunyi Huruf di depan
di tengah
di belaka
ng /b//c//d//f//g/
bcdfG
bukacakapduafakirguna
sebutkacaada
tafsirtiga
adabMacabadmaafbeg
Bunyi Huruf di depan
di tengah
di -belaka
ng /h//j//k//l/
/m//n//p//q//r//s//t//v//w//y//z/
hjkl
mnpqrstvwy
i) Zii) X
harijalankamilekasmakanama
pasangQur’an
raihsampai
talivitaminwanitayang
zamanxenon
sahammanjapaksaalaskamianakapa
wuqufBaraAsli
matauniversiti
hawapayung
lazat-
tuahkolejkatakkesaldiamdaunsiap
buraqputarlemasrapat
---
Lafaz-
Gugus konsonan (konsonan gabung)Gugus konsonan ialah gabungan
dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru. Apabila digabungkan konsonan pertama dan konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.
Contoh:
Dalam contoh di atas, bunyi perkataan ‘khusus bukanlah disebut ‘khusus’ (4 suku kata) tetapi disebut ‘khu-sus’ (dua suku kata).
Bunyi Huruf di depan
di tengah
di belaka
ng/g’/ gh Ghaib Maghrib Mubalig
h/x/ kh Khusus Akhir Tarikh/n/ ng Ngilu Angin Pening /n’/ ny Nyata Hanya -/s’/ sy Syarat Isytihar Quraisy
Huruf DiftongHuruf diftong ialah gabungan dua
bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.
Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:
Berdasarkan contoh di atas, perkataan ‘auto’ disebut ‘au-to’ (dua suka kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/.
Bunyi Huruf diftong
di depan di tengah di belakang
/ai/ ai Aising Ghairah Pandai Petaitirai
/au/ au AuratAutoAudit
SaudaraGaulana
HarimauAtauRisau
/oi/ oi Oidium Boikot AmboiSempoiKonvoi
Suku kataSuku kata ialah pembahagian
unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.
Contoh:
Berdasarkan contoh di atas, perkataan ‘engkau’ mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/dan/kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka dan si
Perkataan Jumlah suku kata
Contoh suku kata
Eh 1 (1)EhEngkau 2 (1) Eng (2) kauKetawa 3 (1) Ke (2) ta (3)
waImplikasi 4 (1) Im (2) pli (3)
ka (4) siKeselarasan 5 (1) Ke (2) se (3)
la (4) ras (5) anKebarangkalian 6 (1) Ke (2) ba (3)
rang (4) ka (5) li (6) an
Ringkasan Sistem bunyi adalah perkara asas dalam
pengajian bahasa MelayuBunyi dalam perkataan Melayu dihasilkan oleh
empat jenis iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong dan gugus konsonan.
Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabung
Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vokal
Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru.
Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.
Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.
Tamat