Top Banner
JBEA2311 Retorik Bahasa Melayu Nama: Zarinah binti Kamaldeen (JEA080159) Siti Khadijah Binti Haji Bara (NEJ 100236) Rohana Binti Charley (NEJ100237) Nurul Safwanah Binti Mohd. Salleh (NEJ100238)
39

unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Jun 24, 2015

Download

Documents

hak cipta terpelihara :) oleh puteri Khayla dan kengkawan Nana, Safwanah n khatee
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

JBEA2311Retorik Bahasa Melayu

JBEA2311Retorik Bahasa Melayu

Nama:Zarinah binti Kamaldeen (JEA080159)

Siti Khadijah Binti Haji Bara (NEJ 100236)Rohana Binti Charley (NEJ100237)

Nurul Safwanah Binti Mohd. Salleh (NEJ100238)

Page 2: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir
Page 3: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Definisi RetorikRetorik berasal daripada bahasa Greek/Yunani, rhetor, iaitu

‘orator’ atau pemidato. Salah satu drpd 3 subjek kesenian liberal atau

trivium. Trivium merangkumi nahu, dialektik dan retorik.

Retorik sering didefinisikan sbg seni pembujukan/ kebolehan menggunakan bahasa untuk memujuk supaya bersetuju dgn pendirian pengucap menggunakan bahasa secara persuasif

dan indah

dll

Page 4: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Menurut Kamus Dewan pula, retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan

dan pertuturan

Selain itu, retorik juga bermaksud seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik utk memujuk atau

mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato

Page 5: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Unsur2 retorik :

jenis retorik

Situasi retorik

Khalayak

Pisteis dan lima fakulti retorik

Page 6: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Jenis retorikTerbahagi kepada 3 :

Retorik forensik/ perundangan merujuk kepada seni berpidato yang digunakan di mahkamah, iaitu penggunaan retorik untuk tujuan pembelaan atau pendakwaan dalam perundangan.

retorik deliberatif Berkaitan dengan perhimpunan popular dan perhimpunan Politik. Tugas pemidato adalah mempengaruhi khalayaknya.

retorik demosnstratif/epideiktik Wujud drpd majlis umum atau upacara ritual yang menuntut pemujaan terhadap dewa-dewi dan tokoh manusia.

Page 7: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Situasi retorik

•Secara dasarnya, retorik melibatkan komunikasi secara lisan mahupun tulisan.

•Situasi retorik merujuk kepada rangsangan ataupun tujuan tertentu.

Khalayak • sesebuah wacana retorikat sememangnya dihasilkan dengan mengambil kira faktor keperluan dan jangkaan respons khalayak sasarannya.

Page 8: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Pisties konsep ini telah digagaskan oleh Aristotle melalui bukunya “Rheteoric”. 1 cabang pembuktian yang dapat bantu keberkesanan sesuatu hujah

Terbahagi kepada 3 :• Etos secara ringkas etos berkait dengan peribadi retor/penghujah. Berhubungan dengan akhlak dan perwatakan penghujah.• Patos pemujukan emosi pendengar atau audiens. Merujuk emosi yang berupaya dicetuskan dalam diri khalayak dan reaksi positif terhadap kata2 retor. Terdapat 28 fitur patos ( dibincangkan nanti)• Logos rekacipta yang merujuk kepada pembuktikan secara logik dan rasional. Terdapat 17 fitur logos

Page 9: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Fakulti retorik

Terdapat 5 fakulti Retorik

•Penyusunan Fakulti kedua ini menekankan aspek penyusunan/organisasi ucapan agar ia bersesuaian & menepati keperluan dan kehendak khalayak serta matlamatnya.

•Gaya mengutamakan pemilihan kata2 dan penggunaan bahasa yg tepat, benar, jelas dan indah serta bersesuaian dgn konteks ucapan, khalayak dan retor.

•Reka cipta merupakan thp pencarian/penemuan bhn yg berkaitan dgn tujuan pengucapan retor dan bersesuaian dgn keperluan khalayaknya. 3 cbg utama : pembuktian, topik dan kelaziman.

Page 10: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

•Ingatan mengkehendaki retor menghafal dan mengingati apa yang ingin disampaikan dgn mengatur bahan2 ucapannya utk memudahkan dan merangsang daya ingatannya, daya ingatan pula dikaitkan dengan pengalaman dan deria.

•Penyampaian merujuk kpd aspek penyampaian dlm retorik lisan. Thp ini mengkehendaki retor menyampaikan ucapannya secara lisan.

Page 11: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir
Page 12: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

FORENSIK Perundangan

Contoh:“Saya fikir jumlah jenayah yang berlaku sekarang ini lebih daripada dahulu dan satu perkara yang terpaksa kita sebut ialah penjenayah jarang sekali didapati bersalah. Kita dapati orang yang bunuh didapati tidak ada kes. Orang yang menyogok wang, tidak mengaku dia menyogok, dengan itu tidak ada kes juga. Jadi kalau kita bunuh orang dan kita mengaku kita tidak bunuh maka tidak ada kes lah!”

(Hlm: 4)

•“Tidak mengaku salah” boleh membebaskan kita dari tuduhan.• persepsi retor yang menganggap bahawa undang-undang Negara sangat longgar sehingga membebaskan lebih ramai pesalah.

“Sebabnya ialah kalau kita terlibat dengan rasuah, kalau mereka itu adalah orang pembesar atau orang yang kaya, mereka dapat service lawyer yang cekap dan walaupun dibicara setahun, dua tahun atau lima tahun kita tak mungkin dapat satu keputusan bahawa mereka bersalah”.

(Hlm: 15)

ö Kesalahan bagi orang-orang yang berkedudukan tinggi yang mudah terlepas daripada sebarang hukuman

ö Ketidakadilan dalam memberi hukuman atau keputusan itu berlaku berdasarkan status pesalah atau orang yang didakwa

Page 13: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

DEMONSTRATIF / EPIDEIKTIK• Retorik deliberatif berorientasikan dasar dan memperlihatkan soal masa depan sama ada sesuatu undang-

undang itu akan memanfaatkan atau memudaratkan masyarakat. Ini dapat dilihat melalui petikan berikut:

“Mungkin ‘observation’ ini datang daripada satu orang yang frustrated (kecewa) pasal dia tak berkuasa lagi, tak boleh buat apa-apa sebab itu semuanya tidak betul. Kalau nak berbuat baik dengan negara tertentu sampai nak minta kebenaran daripada negara tertentu kalau nak buat apa-apa dalam negara sendiri, ini perkara biasa dan patut kita terima. Inilah politik sebuah negara yang merdeka.”

(hlm. 12)

• Didapati bahawa retor cuba mempersoalkan tentang dasar undang-undang Kerajaan Malaysia yang terpaksa meminta kebenaran daripada negara tertentu untuk membangun negara walaupun telah mencapai kemerdekaan.

• Retor cuba mempengaruhi khalayak sama ada mempersetujui dasar pembentukkan Kerajaan ini atau tidak dan sama ada situasi yang dihadapi itu mendatangkan faedah atau tidak kepada negara.

Page 14: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Fakulti Retorik

Fakulti Penyampaian • Merujuk kepada aspek penyampaian khususnya dalam retorik lisan. Dalam fakulti ini, yang ditekankan adalah nada, kelantangan, penekanan dan jeda retor ketika berucap. Misalnya, dalam petikan di bawah ini diperlihatkan bagaimana retor menyampaikan alasannya dengan nada lantang mengenai dengan cara pengendalian ekonomi yang dijalankan membawa kesan buruk kepada pembangunan negara:

• “Bau busuklah jugak yang ini. Tapi kita tak boleh soal yang ini. ‘We should not ask’. Ini kerana pengurusannya baik. Memang orang yang mempunyai semangat kebangsaan cukup kukuh. Sebab itu mereka rela menyelamatkan Proton daripada rugi dengan menjual dengan harga RM4!”

(hlm. 10)

• Merujuk kepada aspek penyampaian khususnya dalam retorik lisan. Dalam fakulti ini, yang ditekankan adalah nada, kelantangan, penekanan dan jeda retor ketika berucap. Misalnya, dalam petikan di bawah ini diperlihatkan bagaimana retor menyampaikan alasannya dengan nada lantang mengenai dengan cara pengendalian ekonomi yang dijalankan membawa kesan buruk kepada pembangunan negara:

• “Bau busuklah jugak yang ini. Tapi kita tak boleh soal yang ini. ‘We should not ask’. Ini kerana pengurusannya baik. Memang orang yang mempunyai semangat kebangsaan cukup kukuh. Sebab itu mereka rela menyelamatkan Proton daripada rugi dengan menjual dengan harga RM4!”

(hlm. 10)

Fakulti Reka cipta • Merujuk kepada tahap pencarian atau penemuan bahan yang berkaitan dengan tujuan pengucapan retor dan bersesuaian dengan keperluan khalayak.

• Menurut Aristotle dalam fakulti jenis ini, pembuktian adalah tahap yang mampu mempengaruhi khalayak dan dapat dikategorikan kepada dua jenis bukti ialah bukti tulen dan bukti palsu. Dalam hal ini, pembuktian yang paling ketara sekali ialah bukti palsu yang juga dikenali sebagai konsep Pisteis. Konsep pisties ini digerakkan oleh Aristotle melalui Rhetoric.

• Dalam konsep Pisteis ini, retor berhujah dengan membuat pembuktian-pembuktian untuk tujuan pembujukan. Konsep pisteis yang terkandung dalam teks ucapan retor dalam petikan ini terdiri daripada Patos dan Logos.

• Merujuk kepada tahap pencarian atau penemuan bahan yang berkaitan dengan tujuan pengucapan retor dan bersesuaian dengan keperluan khalayak.

• Menurut Aristotle dalam fakulti jenis ini, pembuktian adalah tahap yang mampu mempengaruhi khalayak dan dapat dikategorikan kepada dua jenis bukti ialah bukti tulen dan bukti palsu. Dalam hal ini, pembuktian yang paling ketara sekali ialah bukti palsu yang juga dikenali sebagai konsep Pisteis. Konsep pisties ini digerakkan oleh Aristotle melalui Rhetoric.

• Dalam konsep Pisteis ini, retor berhujah dengan membuat pembuktian-pembuktian untuk tujuan pembujukan. Konsep pisteis yang terkandung dalam teks ucapan retor dalam petikan ini terdiri daripada Patos dan Logos.

Page 15: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir
Page 16: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

ECPHONESIS• Luahan emosi• Contohnya,“Dan saya lihat bahawa yang hadir ini terdiri daripada pelbagai

kumpulan termasuk juga ahli parti lawan dan mereka yang sudah tentu tidak bersetuju dengan saya.”

(Hlm: 2)

SYNONYMA• penggunaan kata pada situasi sama untuk menegaskan perkara

yang disampaikan.

“Kita dengar berapa ramai yang terbunuh, dibunuh, kanak-kanak dibunuh dan macam-macam jenayah yang berlaku”

(Hlm: 3)

Page 17: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

DESCRIPTO• penerangan yang mengandungi unsur pendedahan.

Ianya berkaitan dengan akibat sesuatu perbuatan dan mampu mengerakkan perasaan khalayak.

“Dia berkata Polis terbahagi kepada dua, satu dipimpin oleh IGP, satu lagi dipimpin oleh seorang director polis bersama-sama dengan Timbalan Menteri. Ini ditulis dengan terang. Demikian juga kegagalan AG (Peguam Negara) umpamanya membawa kes ke mahkamah, mendapat kemenangan dalam mahkamah juga disebut, dan kreadibiliti AG juga dipersoalkan.”

(Hlm: 4)

Page 18: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

CATAPLEXIS• ayat yang bernada ancaman atau berupa ramalan terhadap sesuatu perbuatan

negatif.

“Banyak lagilah yang ditulis dalam rencana ini yang memberi gambaran bahawa keadaan sosial dalam Negara kita ini tidak begitu baik, bahkan Malaysia boleh dikatakan tidak lagi selamat kerana jenayah berlaku dimana-mana sahaja dan apabila jenayah berlaku penjenayah kalaupun tidak ditangkap tidak kena hukum walaupun kita nampak terang bahawa yang membunuh ialah sipolan-sipolan tetapi akhirnya didapati oleh mahkamah, evidence, bukti yang didakwa oleh pihak prosecutor (pendakwaraya) tidak mencukupi.”

(Hlm: 4)

“Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah sebagai amalan biasa maka lama-kelamaan Negara akan hancur. Kita boleh tunjuk contoh-contoh yang tentu kita semua tahu. Negara dimana rasuah adalah perkara biasa dan walaupun kaya tidak dapat dibangunkan”

(Hlm: 15)“Kalau kita jual undi kita dengan begitu murah, begitu mudah, maka sudah tentulah

calon-calon yang kaya akan menggunakan wang dalam pilihanraya yang akan datang ini”.

(Hlm: 16)

Page 19: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

AGANATECSIS• keluhan penghujah atau retor turut terdapat dalam ucapan beliau.

“Tetapi tak mengapa kerana kita buat tak salah tapi orang lain buat yang itu memanglah salah kalau buat benda yang sama. Ekonomi Negara dikatakan baik tetapi ramai daripada peniaga-peniaga, kontraktor-kontraktor mengeluh. Mereka tidak dapat projek, tidak dapat perniagaan, perniagaan tidak begitu baik, tetapi mereka enggan menyuarakan pendapat mereka secara terbuka kalau jumpa mereka memang bisik sesuatu dan ada yang minta supaya saya lakukan sesuatu.”

(Hlm: 5)

“Saya dicalonkan dan saya, bukanlah saya nak jadi sangat wakil, tetapi nak tengok apa akan jadi. Dan saya dicalonkan dan saya kalah dan saya tahu saya kalah kerana disogok RM200 kepada tiap-tiap ahli supaya tidak mengundi saya”

(Hlm: 15)

Page 20: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

MEMPHIS• Luahan tidak puas hati oleh retor dan kadangkala meminta bantuan.

“GLC adalah, sebahagian sekurang-kurangnya milik kerajaan dan kalau kerajaan beri pada badan milik kerajaan tak mengapalah. Tetapi badan milik kerajaan ini tidak ada keupayaan untuk melaksanakan projek. Tak boleh nak buat jambatan, tak boleh nak buat jalan, tak boleh nak bangun apa-apa badan-badan GLC ini. Tentulah terpaksa nak memberi kontrak kepada sesiapa.”

(Hlm: 6)EPLIPLEXIS• Soalan untuk tunjuk kemarahan, kesungguhan atau sedih terhadap sesuatu perkara.

“Apakah kontrak itu diberi secara terbuka, dengan telus, dengan transparent ataupun diberi secara tertutup, dirahsiakan kepada syarikat-syarikat tertentu yang kita tidak kenali kadang-kadang dan ada juga kita kenali tetapi kita tak tahu siapa pemegang sahamnya, siapa beneficiaries-nya.

Kalau dianya terlibat dengan keluarga pemimpin tertentu, yang memberi (kontrak) bukan Kerajaan, (tetapi) yang memberi ialah GLC. Ini salah GLC.

Jadi ini adalah cara mengelak daripada dituduh menyalah guna kuasa untuk memperkayakan keluarga sendiri. Satu perbuatan yang dianggap tidak baik dahulu, mungkin sekarang dianggap sebagai baik”

(Hlm: 6)

Page 21: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

CORIDUPLICATO

• Coriduplicato merupakan pengulangan kata, klausa atau ayat untuk memberi maklumat yang jelas terhadap apa yang disampaikan pleh retor atau penghujah.

“Tetapi sekarang ini kita dapati bahawa rasuah berleluasa”.

“Apabila kita dapati sekarang ini ada galakan oleh Kerajaan dan parti Kerajaan supaya rasuah diamalkan”.

“Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah sebagai amalan biasa maka lama-kelamaan Negara akan hancur. Kita boleh tunjuk contoh-contoh yang tentu kita semua tahu. Negara dimana rasuah adalah perkara biasa dan walaupun kaya tidak dapat dibangunkan”

(Hlm: 15)

Page 22: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• APAGORESIS iaitu kalimat untuk mencegah seseorang daripada melakukan sesuatu tindakan. Hal ini dapat dilihat apabila retor cuba menghalang masyarakat untuk tidak mempertikaikan keadaan politik Malaysia di bawah:

“And then there is politics of course. I do not want to talk much about politics because I think you know very well today politics is not something we can discuss because the people who are in charge of politics know everything already. So don’t ever suggest that anything is wrong with Malaysian politics.”

(hlm. 11)

• ECPHONESIS merujuk kepada luahan emosi. Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan berikut:

“Kita tak hendak dah. Kita marah pasal kita tak boleh buat jambatan, kita marah sehingga kita sekarang ini tidak akan berunding lagi berkenaan dengan masalah-masalah dengan Singapura. Itu marahlah”.

(hlm. 12)

Page 23: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• PAENISMUS berupa pujian iaitu luahan gembira terhadap sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan dan sesuatu perkara yang dielakkan. Perkara ini dijelaskan oleh retor pada halaman 14 yang berbunyi:

“Kita dapat lihat kren dimana-mana sahaja dan bangunan pencakar langit pun bertambah dengan begitu pesat. Sebabnya bukan kerana kita berjaya menghapuskan rasuah melalui undang-undang, tetapi kita berjaya memendekkan proses ‘approval’ sehingga peluang untuk terlibat dengan rasuah berkurangan.”

(hlm. 14)

Page 24: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir
Page 25: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

PROECTHESIS• rumusan yang dibuat oleh penghujah melalui bukti yang sahih atau tepat.

“Kita tidak buat perhitungan. We have not done a study to count the number of cases during 1981-2003 compared to post period. But impression kita, perception kita ialah jenayah semakin banyak, sehingga ada orang yang takut keluar dari rumah.

Kalau keluar dari rumah mungkin mereka disamun dengan cara yang kasar sehingga ada yang mati kerana beg tangannya diragut oleh penjenayah.

Saya baru dengar bahawa, seorang yang terkenal juga, semalam saya dengar…orang dewasa, apabila berjalan seorang diri disatu jalan maka dianya melihat sebuah motosikal dengan dua orang dan kemudian percubaan dibuat untuk menyamunnya.

Jelas sekali jalanraya kita tidak menjadi selamat lagi. Ramai yang hidup dalam ketakutan. Kalau ada duit banyak pun takut juga, kalau rupa cantik pun takut juga, yang tak cantik pun takut juga kerana mereka ini tidak begitu memilih.”

(hlm 3)

Page 26: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

“Kalau orang lain kata baru kita boleh, kononnya tambak Johor ini kita tak boleh tempuh barang satu ketul batu pun tanpa mendapat izin daripada jiran.

Tapi kalau jiran nak tempah tambak ini ataupun nak rosakkan tambak ini ataupun nak buat apa, mereka tak pula berkata mereka perlu mendapat izin daripada kita.

Jadi nampak keizinan ini menguntungkan sebelah pihak sahaja. Itu persepsi sayalah. Mungkin saya salah tetapi inilah yang ternampak dan saya yakin bahawa Koridor Utara dan Koridor Timur tidak dapat dilakukan kerana tidak mendapat nasihat daripada negara asing.”

(Hlm: 7)

Page 27: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

SYLLOGISMUS• kata atau imej yang mengajak khalayak untuk membuat rumusan

yang nyata.

“Ternampak seolah-olah didalam Negara kita pun tidak perlu minta keizinan daripada jiran kerana nak jaga hati jiran. Ini penting, kita mesti jaga hati jiran. Kita tak hendak bermusuh dengan jiran, jadi kalau nak buat apa-apa pun kita mesti tanya kepada jiran bahkan kalau boleh kita lantik menteri-menteri jiran untuk menentukan pembangunan dalam Negara kita.

Dahulu kita tak mungkin bangun Negara kita kalau tak tanya jiran, sebab itu kita tak dapat bangun Putrajaya ini kerana kita tidak ada jawatankuasa Menteri jiran. Kita tak dapat bangun Langkawi, kita tak dapat bangun mana-mana tempat di Malaysia ini. Yang terjadi, jadilah tapi tengok Putrajaya tak elok sama sekali kerana kita tak minta nasihat daripada Menteri jiran jadi kita sekarang ini tak boleh.”

(Hlm: 7)

Page 28: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• APOPHASIS pula merujuk kepada penolakan sebab musabab mengapa sesuatu perkara itu perlu atau tidak dilakukan serta membuat keputusan kukuh. Hal ini dapat dilihat melalui ucapan yang dibuat oleh retor yang menyatakan bahawa harga air mentah yang diberikan tidak perlu dipersoalkan kerana menurut beliau “that is fair price” dan jangan dipertikaikan lagi harga tersebut:

“Soal air umpamanya kita tak perlu runding. Tiga sen untuk 1,000 air mentah adalah satu harga yang berpatutan. Kalau nak beli nasi lemak dengan tiga sen mungkin kita dapat tiga biji nasi. Tapi untuk nak jual 1,000 gelan air mentah kepada orang dengan harga tiga sen, that is fair price. Don’t dispute it!”

(hlm. 12) • PROSAPODOSIS pula menjelaskan bahawa retor memberikan sebab bagi setiap kata

yang diucapkan. Dalam hal ini, retor kerap kali memberi sebab bagi setiap ucapan yang diutarakannya. Misalnya dalam petikan dari halaman ke 13 hingga ke 14 di bawah ini, retor menjelaskan mengenai kemerosotan negara adalah disebabkan oleh gejala rasuah yang sukar untuk dihapuskan:

“… Kita dapati bahawa negara kita ini sudah merosot moralnya. Dan ini yang saya khuatir sangat. Kerana kita sedar sejak merdeka lagi ada rasuah dalam negara kita. Ini kita semua tahu. Rasuah adalah sesuatu yang cukup susah untuk dihapuskan. Rasuah ada di mana-mana sahaja. Tetapi kita dapati di sesetengah negara rasuah menjadi amalan…”

Page 29: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• PAROMOLOGIA pula menjelaskan bahawa retor mengakui kelemahan sesuatu perkara bagi mengukuhkan perkara yang lain. Dalam hal ini, retor ada menjelaskan bahawa beliau tidak begitu pasti mengenai dengan alasan yang diberikan. Misalnya dalam petikan di bawah:

“Tapi saya dengar cerita. Ini cerita orang mulut tak baik lah tu. Kerana mereka cerita kononnya VW nak beli dengan harga RM1 untuk 51% saham dengan proton. Sebab itu tak dapat dijual. Dulu boleh jual MV Agusta dengan harga RM4 sahaja jadi wajarlah VW minta beli Proton 51% at RM1, not RM1 per share, but RM1. Ini cerita orang, saya mengaku saya tak boleh confirm.”

(hlm. 7)

Page 30: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Teknik Retorik

13 teknik Lee Ai Chat, 2001• Teknik pernyataan maklumat • teknik penerangan • teknik mengumpan • teknik menakut-nakutkan• Teknik didaktif• Teknik pengukuhan • teknik pengukuhan• Teknik kepastian • teknik pernyataan perasaan• Teknik pernyataan retorik• Teknik menghasut• Teknik menyindir• Teknik imbas kembali• Teknik kesopanan

Page 31: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

TEKNIK RETORIK• Teknik Kesopanan dengan memulakan ucapan beliau

menggunakan kata-kata aluan seperti:

“Bismillahirrahmanirrahim”

“Assalam’alaikum Warahmatullahiwabarakatuh”

“Terlebih dahulu saya ucap berbanyak terima kasih kepada PRIMA”

“Saya ucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap sedikit pada pagi ini.”

Page 32: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Teknik beranalogi sebagai sindiran:

“Tetapi kita tahu bahawa setelah diumumkan koridor-koridor ini dan gambar-gambar berkenaan apa yang akan dilaksanakan, on the ground nothing is happening. So I do not know whether this is a fact or not but that is the impression I get but mega project yang dilakukan dahulu adalah satu kesalahan besar tetapi mega projek dulu Cuma dua billion atau tiga billion tetapi sekarang ini berbelas billion. Jadi sekarang lebih mega lagi daripada dahulu.”

(Hlm: 5)

• Teknik mengumpan sokongan - mendedah kelemahan atau menuduh individu atau pihak-pihak yang tertentu

“Jadi saya tak dapatlah kemenangan. Jadi ini saya tahu walaupun pihak jawatankuasa disiplin Umno berkata pemilihan di Kubang Pasu itu cukup bersih, very clean, Ketua Bahagiannya pun bersih betul-betul, tapi saya tahu dia tak bersih”.

(Hlm: 16)

Page 33: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Teknik Didaktif - memberi amaran, sokongan atau nasihat

“Percayalah kalau amalan ini dibuat oleh pihak Kerajaan, dalam pilihanraya yang akan datang dan mereka dapat kemenangan kita akan ditadbir oleh Kerajaan yang secara terang-terang terlibat dengan rasuah”.

(Hlm: 17)

• Teknik Pernyataan Perasaan - Perasaan gembira, harapan, kecewa, bimbang, takut atau khuatir

“Tapi bila Negara kita sudah terima amalan rasuah sebagai perkara biasa Negara kita ini akan hancur akhirnya. Inilah yang menakutkan saya. Walaupun bila saya cakap macam ini orang akan kata; “Oh! Zaman awak dulu pun samalah”

(Hlm: 18)

Page 34: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Teknik Menyindir - Menyindir pihak-pihak tertentu

“Dan saya boleh dihukum. Jadi bila ada decision on this allegation, bahawa orang ini tak bersalah barulah saya lega sedikit. Tapi entahlah kerana sekarang ini ada orang membuat keputusan-keputusan yang tidak ada asas perundangan sama sekali”.

(Hlm: 19)

Page 35: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Teknik menakut-nakutkan- melibatkan pemberian contoh, pernyataan fakta, meramal dan membuat kesimpulan. Dalam halaman yang ke 9 iaitu:

“Kita rugi mungkin satu billion ringgit kerana tidak menggunakan bangunan CIQ yang telah kita bina tetapi ini tak mengapa…

Itu menjadi keuntungan yang besar! Itu perkiraanlah. Saya yang bodoh ini anggap kita rugi. Tak tahulah. Itu perhitungan saya yang tak begitu bijak…”

(hlm. 9) • Teknik imbas kembali- dilihat berdasarkan petikan pada halaman yang ke

14 iaitu apabila retor ada menyebut tentang gejala rasuah yang berlaku sebelum dan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan:

• “… di Malaysia di waktu kita mencapai kemerdekaan tak adalah rasuah yang ketara seperti itu. Sebabnya di zaman British dahulu mereka tidak memberi kuasa kepada pengawal kita. Apabila kita merdeka maka ternampak kemungkinan rasuah berlaku maka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah menubuhkan sebuah badan untuk mencegah rasuah iaitu Badan Pencegah Rasuah(BPR).”

(hlm. 14)

Page 36: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Ada dua jenis unsur retorik:1.Retorik Forensik2.Retorik Demonstratif.

•Ada dua jenis fakulti retorik:1.Fakulti Penyampaian2.Fakulti Reka Bentuk:

i. Patosii. Logos.

KESIMPULANKESIMPULAN

Page 37: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

Patos:

i. Ephoneisisii. Synonymaiii. Descriptoiv.Cataplexisv. Aganactesisvi.Memphisvii.Epiplexisviii.Coriduplicatoix.Apagoresisx. Ecphonesisxi.Paenismus

Logos:

i. Proecthesisii. Syllogismusiii. Apohasisiv.Prosapodoisv. paromologia

Page 38: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir

• Ada empat teknik retorik:

1.Teknik Kesopanan.2.Teknik Beranalogi Sebagai Sindiran.3.Teknik Mengumpan Sokongan.4.Teknik Didaktif.5.Teknik Pernyataan Perasaan.6.Teknik Menyindir.7.Teknik Menakut-nakutkan.8.Teknik Imbas Kembali

Page 39: unsur retorik dan teknik retorik yang digunakan dalam ucapan Dr mahathir