Top Banner

of 23

Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

Oct 11, 2015

Download

Documents

HAdi NewRole
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    1/23

    PENGENALAN

    Acara lari berpagar merupakan satu acara larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Pada peringkat antarabangsa acara yangdipertandingkan ialah 100 meter (wanita), 110 meter (lelaki) dan 400 meter (lelakidan wanita). Acara lari berpagar 80 meter pula dikhususkan kepada pelajar

    bawah 12 tahun di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia. Dalamacara lari berganti-ganti, setiap peserta harus menghabiskan larian satu pusinganyang jaraknya seperti 100 meter, 200 meter dan 400 meter sambil membawa

    baton. Kesemua empat peserta dalam satu-satu pasukan akan menghabiskankesemua pusingan secara bergilir.

    TTooppiikk

    66 Lari Berpagar

    dan LariBerganti-ganti

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan mengenai pelaksanaan acara lari berpagar dan lariberganti-ganti;

    2. Menyatakan dengan jelas keperluan dari segi fizikal dan peralatanacara lari berpagar dan lari berganti-ganti;

    3. Membincangkan perbezaan ciri-ciri dalam teknik larian bagi setiapacara;

    4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam kedua-dua acara; dan

    5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan denganberkesan.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    2/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI118

    LARI BERPAGAR

    Acara lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar

    yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi.Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergasan fizikal iaitukepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa,imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.

    Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasipertandingan. Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapafasa yang berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikalatlet. Dengan itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan

    pelbagai pengetahuan tentang perancangan dan pelaksanaan satu programlatihan jangka masa panjang supaya program itu boleh mendatangkan kesanyang positif di samping memastikan kejayaan yang cemerlang pada musimpertandingan.

    6.1.1 Sejarah Acara Lari Berpagar

    Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula diGreat Britain pada abad ke-19. Walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidakmenyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, ramaipula mendakwa bahawa larian terawal yang menggunakan pagar bermula padapertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di Bandar Eton, London.

    Pada peringkat awal, lari berpagar diadakan untuk jarak 120 ela, 200 ela dan 440ela, menggunakan 10 pagar pada setiap acara itu. Undang-undang dan peraturanini diikuti dan kekal hingga kini. Pertukaran ukuran daripada sistem Inggeriskepada sistem metrik diaplikasikan dalam semua acara termasuk lari berpagar.Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110 meter dan 400 meter.

    Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak

    melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlet Don Finlay telah memenangi pingatgangsa semasa Sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam Sukan Olimpik 1936dalam acara 110 meter berpagar. Manakala pada tahun 1968 di Mexico City,David Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia.Pada tahun 1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow.Bagi atlet wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perakdalam acara 100 meter berpagar di Los Angeles.

    6.1

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    3/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 119

    Pemegang rekod dunia bagi acara 110 meter lelaki dengan catatan masa 12.87saat dipegang oleh Dayron Robles dari Cuba di Ostrava (Republik Czech) padatahun 2008. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 110 meter lelaki

    dengan catatan masa 13.73 saat dipegang oleh Nur Herman Majid di Hiroshima(Jepun) pada tahun 1994. Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meterperempuan dengan catatan masa 12.21 saat dipegang oleh Yordanka Donkovadari Bulgaria di Stara Zagora (Bulgaria) pada tahun 1988. Manakala pemegangrekod kebangsaan bagi acara 100 meter perempuan dengan catatan masa 13.27saat dipegang oleh Moh Siew Wei di Kassei (Jerman) pada tahun 2004.

    6.1.2 Kategori Acara Lari Berpagar

    Aktiviti ini memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yangmempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya. Ia terdiri daripada

    beberapa kategori iaitu:

    (a) 80 meter (lelaki dan perempuan) bawah umur 12 tahun.

    (b) 100 meter (perempuan)

    (c) 110 meter (lelaki)

    (d) 400 meter (lelaki dan perempuan)

    Berikut adalah jadual perbezaan antara acara lelaki dan wanita.

    Jadual 6.1: Perbezaan antara Acara Lelaki dan Wanita

    Acara

    Tinggi Pagar

    meter)

    Jarak Antara Garisan

    Permulaan Dengan

    Pagar Pertama

    meter)

    Jarak

    Antara

    Pagar

    meter)

    Jarak Antara

    Pagar Akhir

    Dengan

    Garisan

    Penamat

    meter)

    80m lelaki /wanita

    0.762 12 8 12

    100m wanita 0. 84 13 8.5 10.5

    110m lelaki 1.067 13.72 9.14 14.02

    400m wanita 0.76 45 36 40

    400m lelaki 0.914 45 35 40

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    4/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI120

    6.1.3 Teknik Lari Berpagar

    Bagi acara lari berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan

    berlarinya. Pelari juga perlu menunjukkan kemampuan melepasi halanganmengikut ritma tertentu. Bagi acara ini kemahiran yang baik amat diperlukan

    bagi membantu larian antaranya seperti:

    (a) Memiliki kemahiran yang baik dalam mengkoordinasi pergerakan tangandan kaki.

    (b) Lenturan badan yang baik dan kemampuan bertindak secara automatikdalam melenturkan badan ketika larian.

    (c) Teknik larian yang baik. Dalam acara ini, teknik yang digunakan adalahsama dengan larian pecut, kecuali teknik ketika melepasi pagar (lihat Rajah6.1).

    Rajah 6.1:Seorang atlet sedang berlari lompat berpagar

    Berikut adalah teknik-teknik dalam lari lompat pagar:

    (i) Menuju pagar pertama

    Berikan tumpuan kepada pagar pertama (lihat Rajah 6.2).

    Berlari dengan bilangan langkah yang tetap.

    Berlari dengan pantas seperti dalam gaya lari pecut. Lonjakan yang dibuat dalam cubaan melepasi pagar perlu dilakukan

    dalam jarak yang sesuai dan tidak terlalu hampir dengan pagar keranacara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasamelepasi pagar.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    5/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 121

    Rajah 6.2:Seorang atlet bersedia di garisan permulaan

    (ii) Melepasi pagar

    Rajah 6.3:Gaya melepasi pagar

    Luruskan kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar danpastikan ia telah mengarah ke hadapan (rujuk Rajah 6.3).

    Bongkokkan badan ke hadapan.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    6/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI122

    Selari dan hulurkan tangan yang bertentang dengan kaki yangmelangkah.

    Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapanmelangkah melepasi pagar.

    Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kakihadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

    (iii) Berlari antara pagar

    Bilangan langkah antara pagar mestilah tetap.

    Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

    Rajah 6.4

    : Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama

    (iv) Mengakhiri larianTeknik yang harus diikuti pada peringkat ini adalah sama dengan teknikyang digunakan lari pecut jarak dekat (rujuk Rajah 6.4).

    6.1.4 Latihan Ansur Maju Lari Berpagar

    Sebagai acara pecut, faktor utama yang perlu difahami ialah konsep berlari. Olehitu, latihan ansur maju ini hendaklah dimulakan dengan berlari tanpa halangansehinggalah kepada penggunaan pagar sepenuhnya. Kaedah latihan ansur majuadalah seperti berikut:

    (a) Latihan Tanpa Alatan

    (i) Lompat sebelah kaki dan angkat ke hadapanPelajar melompat dengan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke hadapandengan mengaplikasikan teknik tendangan yang betul.

    (ii) Angkat sebelah kaki belakangPelajar mengangkat kaki belakang dan melipatkan paha dan kakiselari dengan padang.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    7/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 123

    (iii) Berlari sebelah kaki angkat ke hadapanPelajar berlari dan mengangkat satu kaki ke hadapan dengan tekniklonjakan dan tendangan yang betul.

    (iv) Berlari sebelah kaki angkat ke belakangPelajar berlari dan mengangkat kaki belakang denganmembengkokkan paha selari dengan padang.

    (b) Latihan Menggunakan Alat Ganti

    (i) Lari merentasi satu kayuPelajar diberi sedikit rintangan untuk membiasakan diri dengankeadaan larian sebenar. Sediakan kayu, rotan atau tali yangdisusun merintangi lorong larian. Jarak susunan bersesuaian dengan

    jarak acara 110m (lelaki) dan 100m (perempuan). Ulang aktiviti iniantara 2 hingga 10 kali. Latihan bertujuan supaya atlet dapatmenanam idea bahawa terdapat rintangan semasa membuat larianserta memberi keyakinan.

    (ii) Lari merentasi dua batang kayuAktiviti ini sama dilakukan seperti lakuan di atas. Dua batang kayudiletakkan di antara tempat pagar yang sebenar. Jarak dua kayu inidisesuaikan dengan lonjakan pelajar lebih mendapat rintangan. Inimembuat pelajar melompat sedikit. Pelajar dikehendaki berlari tanpamengurangkan kelajuan apabila membuat lonjakan. Semasa membuat

    lonjakan, langkah kaki hendaklah dibesarkan. Tujuan aktiviti inidilakukan supaya pelajar dapat membuat lonjakan dan mendarat.

    (iii) Berlari merentasi palang merahAktiviti ini dibuat bagi memperkenalkan pelajar kepada ketinggiansebagai rintangan. Palang yang rendah diletakkan pada tempatsebenar pagar atau lebih dekat sesuai dengan langkah pelajar. Kayupenanda untuk lonjakan masih dikekalkan bagi memudahkan pelajaruntuk membuat lonjakan. Setiap pergerakan kaki dan tanganhendaklah diseimbangkan supaya dapat membuat ayunan yang baik.

    (iv) Berlari melintasi palang yang lebih tinggiUlang aktiviti seperti di atas tetapi ketinggian palang perlu diubahmenjadi lebih tinggi. Pergerakan tangan dan kaki perludiseimbangkan dengan latihan membongkok ke hadapan semasamelintasi palang. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajardapat koordinasi yang baik ketika melintasi halangan danmembongkokkan badan ketika melintasinya.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    8/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI124

    (v) Melintasi pagar terbalikDalam aktiviti ini, pagar terbalik diletakkan pada jarak yang sesuai.Pagar ini hendaklah diarahkan kepada pelajar bagi mengelakkan

    pelajar memijak palang besar ketika mendarat. Dalam aktiviti inirentak larian diperkenalkan antara jarak pagar pertama danseterusnya. Setelah mendapat rentak langkah, jumlah pagar bolehlahditambah. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajarmendapat koordinasi lonjakan kaki hadapan dan belakang serentakdengan pergerakan badan ketika melintasi halangan.

    (c) Dengan Alatan Sebenar

    (i) Berjalan di sisi pagar kaki kiri dan kanan)Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan

    ketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berjalan di luar sisipagar. Apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuatlonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila

    berpatah balik, pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula.Semasa kaki hadapan dan belakang diangkat, teknik yang betulhendaklah diaplikasikan.

    (ii) Berlari di sisi pagar kaki kiri dan kanan)Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar danketinggian yang sederhana. Pelajar dikehendaki berlari di luar sisipagar dan apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan membuatlonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila

    berpatah balik, pelajar dikehendaki mengangkat kaki belakang pula.Semasa kaki depan dan belakang diangkat, teknik yang betulhendaklah diaplikasikan.

    (iii) Berjalan melintasi pagar rendahDalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berjalandan apabila sampai di tempat lonjakan, lonjak penuh pagar denganteknik yang betul. Tujuannya adalah supaya pelajar dapatmembetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan.

    (iv) Berlari melintasi pagar rendah / tinggiDalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berlari danapabila sampai di tempat lonjakan, lonjak penuh pagar dengan teknikyang betul. Apabila pelajar telah dapat melakukan aktiviti denganteknik yang sempurna, ketinggian pagar hendaklah ditambah sedikitdemi sedikit hinggalah ke ketinggian sebenar. Tujuannya adalahsupaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan danpendaratan. Ansur maju ini dapat meningkatkan lagi keyakinanpelajar dalam melepasi rintangan ketinggian pagar.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    9/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 125

    (d) Ansur Maju antara Dua PagarUntuk menggilap larian antara dua pagar, bolehlah dimulakan denganpagar yang rendah berserta jarak antara pagar yang lebih dekat. Tiga

    langkah antara pagar adalah teknik yang terbaik. Apabila teknik asas initelah dikuasai, jarak pagar dan ketinggian pagar haruslah disasarkankepada jarak dan ketinggian yang sebenar, sedikit demi sedikit mengikutkemampuan pelajar.

    6.1.5 Kesalahan Teknik Biasa Dilakukan dalam LariBerpagar

    Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mendapat larian dan lompatan yang baik

    dan licin dalam acara 110m lari berpagar ini bukan mudah. Apatah lagi denganketinggian pagar dan kedudukannya seakan-akan bersambung antara pagar dilorong pertama, kedua dan seterusnya. Dengan keutamaan diberikan kepadakepantasan larian, seseorang peserta dalam acara ini harus mempunyai ciri-ciriserta kualiti tertentu yang menjadikannya lebih lengkap dan lebih terlatihdaripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara lain.

    Dalam sesuatu kejohanan olahraga, pelari sering melakukan kesalahan yangselalunya tanpa disengajakan. Kemungkinan pelari melakukan kesalahan dalamacara lari berpagar adalah lebih tinggi dibandingkan dengan acara-acara lain. Ini

    tidak dapat dinafikan memandangkan kelainan acara lari berpagar terutama darisegi perlakuan pelari yang tepaksa membuat larian dan pada masa yang samamembuat lompatan. Mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

    Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu dapat berlari dan melompat denganbetul dan tepat pada masanya serta menggunakan teknik lompatan yangberkesan, dia dapat mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan ini.

    Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari lari berpagar yangkadang-kadang bukan sahaja boleh menjejaskan kepantasan larian tetapimungkin menyebabkan larian batal dan antaranya adalah seperti berikut (lihatRajah 6.5):

    (a) Pelari membuat lompatan menggunakan gaya seperti gunting yangsememangnya tidak sesuai untuk acara ini.

    (b) Pelari tidak dapat mengekalkan jumlah atau bilangan langkah antara duapagar. Pelari perlu berlari dengan bilangan langkah yang sama.

    (c) Pelari berada terlalu dekat dengan pagar ketika hendak melepasi pagar.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    10/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI126

    (d) Pelari tidak membongkokkan badannya ketika melepasi pagar dan pelarimelakukannya dalam keadaan badan yang menegak.

    (e) Pelari cuba menyentuh pagar dengan kaki bagi tujuan mendapatkantolakan.

    (f) Pelari tidak menarik kaki belakangnya dengan pantas ke hadapan ketikahendak membuat lompatan.

    (g) Pelari berlari dan melakukan lompatan dengan teragak-agak atau tidakmempunyai keyakinan diri.

    (h) Pelari memperlahankan larian ketika hendak membuat lompatan.

    (i) Pelari membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar.

    (j) Pelari cuba menghalang pelari lain ketika berlangsungnya perlawanan.

    Rajah 6.5: Pelari ini melompat terlalu rendah

    6.1.6 Peraturan Asas Acara Lari Berpagar

    Walaupun pada dasarnya lari berpagar 100m wanita, 110m lelaki dan 400m

    lelaki dan wanita ini adalah hampir sama, tetapi dari segi peralatan, jarak,kedudukan pagar dan teknik berlari adalah berbeza-beza. Berikut adalah antaraperaturan larian untuk acara ini:

    (a) Pelari dikehendaki berlari dan melompat melepasi semua pagar yangdisediakan mengikut lorong masing-masing.

    (b) Pelari boleh membuat lompatan menggunakan cara atau teknik yang sesuaidan selesa baginya asalkan lompatan itu tidak melanggar peraturan danundang-undang perlumbaan.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    11/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 127

    (c) Pelari hendaklah menamatkan larian bermula dari garisan permulaan yangditetapkan.

    (d) Pelari hanya dibenarkan memulakan perlumbaan selepas isyarat berlepasdiberikan oleh pegawai pelepas.

    (e) Pelari dibolehkan menjatuhkan tidak lebih daripada dua pagar. Jika lebihdaripada itu, larian pelari itu dibatalkan.

    (f) Penggunaan blok permulaan digalakkan bagi mendapatkan lonjakan yangbaik bagi memulakan perlumbaan ini.

    (g) Pelari hendaklah mengenakan pakaian dan peralatan yang sesuai untukacara ini.

    (h) Pelari dilarang sama sekali cuba melakukan sesuatu terhadap pelari lain

    sehingga boleh menjejaskan larian mereka.

    LARI BERGANTI-GANTI

    Lari berganti-ganti merupakan acara larian yang melibatkan empat pelari dalamsatu pasukan yang bergilir-gilir berlari dalam satu pusingan trek sambilmembawa baton. Kita akan membincangkan acara ini bermula dengansejarahnya sehinggalah kepada peraturan asas acara ini.

    6.2.1 Sejarah Lari Berganti-ganti

    Acara ini dikatakan berasal dari Amerika Syarikat. Punca-punca lahirnya acaraini adalah berdasarkan kepada catatan berikut:

    (a) Perjalanan kereta kuda jarak jauh (Pony Express) di mana surat-surat atauberita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain.

    6.2

    1. Senaraikan kategori yang dipertandingkan dalam acara lariberpagar.

    2. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam acara lariberpagar?

    3. Jelaskan apakah teknik yang boleh digunakan dalam acara lariberpagar.

    SEMAK KENDIRI 6.1

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    12/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI128

    (b) Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera danmenyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulakan diUniversiti Pennsylvania, Amerika).

    (c) Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akanberlari dengan pantas dan menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyaratkepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

    Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukandipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

    Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter lelaki dengan catatan masa 37.04saat dipegang oleh kuartet dari Jamaica yang terdiri daripada Nesta Carter,Michael Frater, Yohan Blake, Usain Bolt di Daegu (Korea Selatan) pada tahun

    2011. Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 400 meter lelaki dengan catatan masa2:54.29 minit dipegang oleh kuartet dari Amerika Syarikat yang terdiri daripadaAndrew Valmon, Quincy Watts, Harry Reynolds, Michael Johnson di Stuttgart(German) pada tahun 1993.

    Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter perempuan dengan catatan masa41.37 saat dipegang oleh kuartet dari Jerman Timur yang terdiri daripada SilkeGladisch-Mller, Sabine Rieger-Gnther, Ingrid Auerswald-Lange, Marlies Ghrdi Canberra (Australia) pada tahun 1985. Pemegang rekod dunia bagi acara 4 x400 meter perempuan dengan catatan masa 3:15.17 minit dipegang oleh kuartet

    dari Russia yang terdiri daripada Tatyana Ledovskaya, Olga V. Nazarova,Mariya Kulchunova-Pinigina, Olga Vladykina-Bryzgina di Seoul (Korea Selatan)pada tahun 1988.

    Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 100 meter lelaki dengan catatan masa39.83 saat dipegang oleh kuartet yang terdiri daripada Watson Nyambek, AzmiIbrahim, Nazmizan Muhamad dan Raman Ganeshwaran di Kuala Lumpur padatahun 2001. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 400 meterlelaki dengan catatan masa 3:06.64 minit dipegang oleh kuartet yang terdiridaripada Azhar Hashim, Mohd Yazid Parlan, Vellabouy Samson dan Nordin

    Jadi di Kuala Lumpur pada tahun 1991.

    Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 100 meter perempuan dengancatatan masa 45.33 saat dipegang oleh kuartet yang terdiri daripada Yee Yi Ling,Nurul Sarah A. Kadir, Norjannah dan Siti Zubaidah Adabi di Zgorzelec (Poland)pada tahun 2010. Manakala pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4 x 400meter perempuan dengan catatan masa 3:35.83 minit dipegang oleh kuartet yangterdiri daripada Ramachandran Shanti, Josephine Mary, Govindasamy Shantidan Rabia Abdul Salam di Singapura pada tahun 1993.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    13/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 129

    6.2.2 Kategori Acara Lari Berganti-ganti

    Acara ini memerlukan sekumpulan pelari yang terdiri daripada empat orang,

    berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yangmampu (lihat Rajah 6.6) dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

    (a) 100 meter

    (b) 200 meter

    (c) 400 meter

    Rajah 6.6: Keadaan ketika sukan larian berganti-ganti

    6.2.3 Teknik Lari Berganti-ganti

    Dalam acara ini beberapa teknik utama yang sering digunakan dapat membantuanda dalam memantapkan kemahiran dalam acara ini. Berikut adalah beberapateknik penting yang perlu dikuasai oleh pelari:

    (a) Teknik Penukaran Baton

    Dalam teknik penukaran baton terdapat dua cara yang digunakan iaitu:

    (i) Gaya selang-seli tanpa pandang

    Gaya ini biasa diamalkan oleh pelari-pelari 4 x 100 meter. Dalamgaya ini pelari pertama dan ketiga diperlukan untuk membawa

    baton dengan menggunakan tangan kiri dan pelari seterusnyaiaitu yang kedua dan keempat menerima baton dengan tangankanan.

    Pelari tidak boleh menoleh ke belakang ketika larian.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    14/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI130

    Apabila pembawa baton sampai di tandaan, pelari yang sedangmenunggu akan mula berlari.

    Seterusnya pembawa baton akan memberi isyarat supaya pelarihadapan bertindak cepat menghulurkan tangan ke belakang dan

    bersedia menerima baton daripada pembawa (rujuk Rajah 6.7).

    Rajah 6.7: Menerima baton gaya selang-seli tanpa pandang

    (ii) Gaya selang-seli cara pandang

    Nama gaya ini adalah berdasarkan kaedahnya yang memerlukanpelari ketika berada di zon penukaran baton, penerima baton akanmenoleh ke belakang dan memerhatikan pembawa baton.

    Pembawa baton bertanggungjawab menyerahkan baton ke dalam

    tangan penerima dengan sebaik mungkin (rujuk Rajah 6.8).

    Rajah 6.8: Memberi dan menerima baton gaya selang-seli cara pandang

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    15/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 131

    (b) Cara Memberi Baton

    Rajah 6.9: Cara penerimaan dan letakkan baton

    (i) Kepantasan larian terus dikekalkan semasa menerima baton.

    (ii) Beri isyarat pada penerima.

    (iii) Hulurkan tangan secara lurus semasa penyerahan baton.

    (iv) Perhatikan tangan penerima dan letakkan baton tepat padatangannya (rujuk Rajah 6.9).

    (c) Menerima Baton

    Rajah 6.10: Pastikan tangan berada dalam keadaan sedia untuk menerima baton

    (i) Sentiasa berada dalam keadaan siap sedia (lihat Rajah 6.10).

    (ii) Toleh sambil melihat pelari yang sedang membawa baton.

    (iii) Sediakan tandaan dan bersedia untuk memecut sebaik sahajapembawa baton sampai di tandaan.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    16/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI132

    (iv) Jika menggunakan teknik tanpa pandang pastikan anda tidakmenoleh ke belakang.

    (v) Setelah anda mendengar isyarat daripada pembawa baton segerahulurkan tangan secara lurus ke belakang.

    (vi) Pastikan pegangan baton dilakukan dengan kuat di pangkalnya(rujuk Rajah 6.11).

    Rajah 6.11: Zon penukaran baton

    6.2.4 Panduan Mengatur Pelari Untuk Perlumbaan

    Susunan pelari juga dapat membantu kejayaan dalam acara ini, keranapenyusunan pelari yang memiliki ciri-ciri dan kemampuan yang berbeza dapatmencetus peluang yang cerah dalam acara ini. Berikut adalah susunan pelari danciri-ciri yang perlu ada bagi setiap pelari:

    (a) Pelari Pertama

    Rajah 6.12: Pelari pertama memulakan larian dengan baik, manakala pelari keduabersedia menerima baton daripada pelari pertama

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    17/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 133

    (i) Mampu memulakan larian dengan baik (lihat Rajah 6.12).

    (ii) Memiliki kepantasan dan berkemahiran berlari di bahagian selekoh.

    (b) Pelari Kedua

    Rajah 6.13: Pelari pertama sedang memberi baton kepada pelari kedua

    (i) Adalah seseorang yang boleh berlari di lorong yang lurus.

    (ii) Memiliki keupayaan dan kecekapan menerima dan memberi baton

    menggunakan tangan kiri (lihat Rajah 6.13).

    (c) Pelari Ketiga

    Rajah 6.14: Seorang pelari sedang memberi dan seorang lagi menerima baton(pelari ketiga kepada pelari keempat)

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    18/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI134

    (i) Mampu berlari pantas dan mahir berlari di bahagian selekoh.

    (ii) Memiliki keupayaan dan kecekapan menerima dan memberi batondengan tangan kanannya.

    (d) Pelari Keempat

    Rajah 6.15: Pelari-pelari terakhir (keempat)

    (i) Pelari ini adalah antara pelari yang paling pantas dalam pasukannya(lihat Rajah 6.15).

    Rajah 6.16: Pelari keempat yang berusaha hingga ke garisan penamat

    (ii) Memiliki ciri-ciri seorang yang tidak putus asa, azam yang tinggi danmampu bertindak tenang ketika larian terakhir (lihat Rajah 6.16). Ciri-ciri ini perlu ada kepada pelari kerana di saat ini mungkin pelariperlu mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari lain.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    19/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 135

    6.2.5 Latihan Ansur Maju Lari Berganti-ganti

    Ansur maju merujuk kepada latihan fizikal yang bersifat progresif. Progresif

    pula merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan secara beransur-ansur.Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan individu. Dalam setiapperingkat peningkatan, beban kerja akan ditambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang pelajar yang menjalani latihan.Berikut dicadangkan latihan ansur maju yang boleh dilaksanakan semasamengajar kemahiran lari berganti-ganti.

    (a) Latihan Mendorong

    (i) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggulkawan yang berlari di hadapan.

    (ii) Berlari berpasangan depan-belakang. Pelari hadapan hulur tangan kebawah dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelarihadapan. Ulang.

    (iii) Ulang latih tubi (ii). Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelaribelakang meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelaribelakang menepuk tapak tangan pelari hadapan dan berlari kehadapan. Ulang.

    (iv) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat)

    memberi isyarat up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapaktangan yang dihulurkan. Selepas itu pelari ketiga melakukan perkarayang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini.Ulang beberapa kali.

    (b) Latihan Hantaran Baton Secara Statik Mudah)

    (i) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter di antara pelari.

    (ii) Pelari kedua menghulur tangan ke belakang (lihat Rajah 6.17).

    (iii) Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua.

    (iv) Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelariketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

    (v) Ulang langkah (i) hingga (iv) menggunakan baton.

    (c) Latihan Hantaran Baton Secara Statik Sukar)

    (i) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter di antara pelari.

    (ii) Pelari pertama mula dengan memberi isyarat up.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    20/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI136

    (iii) Bila isyarat up diberi, pelari kedua menghulurkan tangan kiri untukdisentuh oleh pelari pertama.

    (iv) Pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari ketiga.Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

    (v) Ulang langkah (ii) hingga (iv) menggunakan baton.

    Rajah 6.17: Latihan ansur maju - hantaran baton statik

    (d) Latihan Mendorong Mudah)

    (i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.

    (ii) Pelari kedua menghulur tangan ke belakang.

    (iii) Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua.(iv) Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari

    ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

    (v) Ulang langkah (i) hingga (iv) menggunakan baton.

    (e) Latihan Mendorong Sukar)

    (i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.

    (ii) Pelari pertama memberi isyarat up kepada pelari kedua.

    (iii) Pelari kedua menghulurkan tangan selepas mendengar bunyi updaripada pelari pertama.

    (iv) Pelari pertama menyerahkan baton ke tangan pelari kedua yangdihulurkan. Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang samakepada pelari ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang

    beberapa kali.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    21/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 137

    (f) Latihan Hantaran Baton Secara Dinamik

    (i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang.

    (ii) Pelari pertama menyerahkan baton kepada pelari kedua sehingga ke pelarikeempat.

    (iii) Pelari keempat menjatuhkan baton ke tanah.

    (iv) Pelari pertama mengutip baton tersebut dan langkah (i) hingga (iii)diulang beberapa kali.

    6.2.6 Peraturan Asas Acara Lari Berganti-ganti

    (a) Terdiri daripada empat orang pelari (kuartet) dalam satu kumpulan.

    (b) Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasapertandingan.

    (c) Baton hendaklah diberikan kepada setiap pelari di zon-zon dan pada jaraktertentu yang telah ditetapkan (20 meter).

    (d) Pelari hendaklah berlari mengikut lorong (lihat Rajah 6.18).

    Rajah 6.18: Contoh berlari mengikut lorong

    (e) Pelari juga perlu memastikan baton yang dipegang tidak jatuh ketikaperlumbaan.

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    22/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI138

    Rajah 6.19: Baton kuartet ini terjatuh ketika perlumbaan

    (f) Jika peraturan ini dilanggar, ia akan menyebabkan kuartet itu disingkirkandaripada perlumbaan (lihat Rajah 6.19).

    Bagi acara lompat berpagar kategori yang dipertandingkan ialah 100 meter(perempuan), 110 meter (lelaki) dan 400 meter (lelaki dan perempuan).

    Bagi acara lompat berpagar kemahiran yang amat diperlukan bagimembantu larian antaranya seperti memiliki kemahiran yang baik dalammengkoordinasi pergerakan tangan dan kaki, lenturan badan, kemampuan

    bertindak secara automatik dalam melenturkan badan ketika larian danteknik lariannya. Dalam acara ini teknik yang digunakan adalah samadengan larian pecut kecuali teknik ketika melepasi pagar.

    1. Jelaskan apakah cara yang baik untuk memberi dan menerimabaton bagi acara lari berganti-ganti.

    2. Apakah peraturan asas dalam acara lari berganti-ganti?

    3. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelaridalam acara lari berganti-ganti?

    SEMAK KENDIRI 6.2

  • 5/21/2018 Topik 6 Lari Berpagar Dan Lari Berganti Ganti

    23/23

    TOPIK 6 LARI BERPAGAR DAN LARI BERGANTI-GANTI 139

    Teknik lari berpagar dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti menujupagar pertama, melepasi pagar, berlari antara pagar dan mengakhiri larian.

    Teknik penukaran baton yang sering digunakan bagi acara lari berganti-gantiialah gaya selang-seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang.

    Aturan pelari bagi acara lari berganti amat penting bagi memastikan setiappelari memiliki ciri-ciri fizikal yang boleh disesuaikan dengan keperluanpertandingan.

    Ke garisan

    Sedia

    Baton

    Lari berganti-ganti

    Lari berpagar

    Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

    British Amateur Athletic. (1975). Athletic for school.B.A.AB Pulication, Surrey,United Kingdom.

    Farley, E., Bible, N. P., & Tonkin, A. E. Teaching physical education in primaryschool. Western Australia: Youth, Sport & Recreation DepartmentPublication.

    Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.

    Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

    Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruanMalaysia. Selangor: Pearson Education.