MODUL RUMUSAN TINKATAN 4
TEMA 1 : PELAJAR CEMERLANG
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang sikap yang perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang
dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru
tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru
berkenaan sebagai cerewet. Golongan pelajar ini tidak menyedari
bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama ada
berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian
ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri
pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap
pelajar tanpa sebarang alasan mesti menghadiri kelas setiap hari.
Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng akan akan
diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar
mengikuti pengajaran guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu.
Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia
untuk belajar. Ini kerana dengan berbekalkan serba sedikit
pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih
mudah memahami dan menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika
mengemukakan pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi
pelajaran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga membolehkan
pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran guru dengan cara
bertanya atau mengemukakan pendapat.
Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang
diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi
akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam
keadaan tergesa-gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung
kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari
isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah
diberikan oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang,
malam, cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan.
Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan.
Namun demikian pergaulan dan berkawan mesti memberi manfaat yang
baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar
mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain
itu pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan
tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi
pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan
meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi
mental pula, setiap pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan
sentiasa menenangkan fikiran semasa guru sedang mengajar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi
Akademik Pelajar, Fokus, Jun 2005)
Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.[2
markah]
iiApakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit
pengetahuan tentang tajuk yang akan diajar oleh guru?[3 markah]
iiiHuraikan pendapat anda tentang ungkapan Minda yang cerdas
berpunca daripada tubuh yang sihat[4 markah]
TEMA 2 : SEMANGAT KEJIRANAN
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faktor-faktor semangat kejiranan semakin terhakis
dalam masyarakat dan kebaikan-kebaikan hidup berjiran. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Antara budaya yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan anggota
masyarakat kini termasuklah budaya hidup berjiran. Jiran merujuk
kepada seseorang atau sekelompok orang yang tinggal berhampiran
atau bersebelahan dengan rumah kita. Oleh sebab jiran merupakan
orang yang dekat dengan kita, maka sudah menjadi tanggungjawab kita
selaku anggota masyarakat untuk berbaik-baik dan berhubungan antara
satu dengan yang lain.Sikap ini dapat memupuk budaya kejiranan yang
menjadi asas kepada keharmonian kehidupan masyarakat di negara
ini.
Namun, fitrah manusia yang memerlukan kehidupan berjiran telah
diselewengkan. Punca kepada kebobrokan yang berlaku adalah
disebabkan sikap mengutamakan kebendaan atau materialistik dalam
kalangan masyarakat. Selain itu, sikap individualistik, iaitu hanya
mementingkan diri telah menyekat manusia daripada bercampur gaul.
Malah, kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong,
bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri
masing-masing. Hubungan kemasyarakatan yang semakin renggang juga
ada kaitan dengan sikap masyarakat sekarang yang lebih suka hidup
bersendirian tanpa gangguan dan sikap ini begitu menular dalam
kalangan anggota masyarakat dewasa ini. Kemewahan yang dikecapi
oleh masyarakat kini juga menjadi punca yang menyebabkan seseorang
itu berasakan tidak perlu bergantung pada orang lain. Bagi mereka,
apa-apa yang dimiliki sudah mencukupi untuk menjalani kehidupan
tanpa bantuan jiran.
Hidup berjiran juga semakin renggang apabila aktiviti-aktiviti
gotong-royong seperti membersihkan kubur, membersihkan kawasan
perumahan dan sebagainya tidak lagi diamalkan selaras dengan
peredaran zaman. Begitu juga kerjasama dalam menjayakan sesuatu
majlis kenduri tidak lagi diamalkan kerana telah diambil alih oleh
pembekal makanan, restoran dan hotel yang menerima tempahan untuk
mengendalikan majlis-majlis kenduri. Akibatnya, hal ini telah
menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan tenaga bagi
menjayakan sesuatu majlis, menghalang anggota masyarakat untuk
bersua muka dan menyekat peluang mereka untuk menjalinkan kemesraan
sesama ahli masyarakat.
Kerenggangan dalam kalangan anggota masyarakat juga berlaku
kerana masing-masing sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak
berkesempatan untuk bertegur sapa antara satu dengan yang lain.
Selain itu, trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal ehwal
keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain turut
merenggangkan hubungan masyarakat. Seperkara lagi masyarakat hari
ini mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi kain orang lain
hingga menyebabkan mereka tidak langsung mempedulikan kehidupan
berjiran. Mereka lupa bahawa hidup berjiran adalah sesuatu yang
penting. Selain memenuhi tuntutan agama, kehidupan berjiran
mustahak untuk sesebuah negara kerana keutuhan dan kekuatan
sesebuah negara itu boleh diukur melalui semangat kejiranan yang
ada pada warganya.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencanaSikap
Individualistik Menghakis Amalan Kejiranan oleh Izani Hj
Daud,Milenia, Mei 2009.)Soalan 2(a) Pemahaman Petikan
UmumBerdasarkan petikan jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memupuk budaya. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada tiadanya
amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri.Nyatakan
dua kesan tersebut. [3 markah]
(iii) Andaikan jiran anda sedang sakit. Apakah tindakan yang
boleh dilakukan untuk membantu jiran tersebut.Berikan tiga
tindakan. [4 markah]
TEMA 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit dan punca-puncanya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Laporan mengenai penggunaan telefon bimbit di Malaysia yang
mencecah 5 juta pengguna mengesahkan bahawa alat tersebut merupakan
alat komunikasi terpenting. Telefon bimbit telah menjadi barang
keperluan dan turut dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.
Telefon talian tetap sedang berundur daripada pasaran. Timbullah
banyak aduan tentang kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh
rangkaian telefon selular, seolah-olah kehadiran alat itu sudah
menjadi hak asasi manusia.
Walaupun dikatakan penggunaannya dianggap pencetus kemajuan,
obsesi terhadap telefon ini sudah menjadi gangguan kepada kehidupan
seharian sehingga pengguna akan resah apabila telefon milik mereka
hilang atau tertinggal. Telefon tangan menyebabkan semua orang
merasakan berhak untuk saling menghubungi dan dilayan serta-merta.
Jika telefon bimbit, walaupun dalam bentuk sistem pesanan ringkas
(SMS) tidak dijawab, akan menimbulkan persoalan dan andaian-andaian
palsu yang boleh mengeruhkan persahabatan. Apabila diadakan
pertemuan, perbincangan antara hadirin sentiasa terjejas dengan
telefon tangan kerana salah seorang akan melayan panggilan yang
diterima sehinggakan perbincangan menjadi kurang menarik.
Sering kali juga tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada
perbualan kerana mata pengguna telefon terpaksa melirik kepada
mesej yang dikirim melalui SMS. Dalam mesyuarat dan ketika bersolat
berjemaah, orang lain akan terganggu apabila telefon berbunyi.
Walaupun seseorang itu berusaha mengetepikan panggilan telefon
tangan dengan meletakkannya pada mod senyap, namun tetap mengganggu
pengguna kerana otaknya sudah tentu tertanya-tanya kalau-kalau
panggilan tersebut penting. Jika dibuat perumpamaan, gangguan
daripada panggilan telefon tangan ini seperti iklan di televisyen
yang jalan ceritanya sentiasa terganggu dengan iklan yang semakin
hari semakin banyak, menyebabkan nikmat menonton filem di
televisyen bertambah luntur. Begitu juga dengan kehidupan seharian
seseorang pada hari ini. Ketika makan, seseorang itu tidak dapat
memberi tumpuan kepada makanan dan temannya di depan kerana pada
bila-bila masa sahaja panggilan telefon tangan akan menerjah
masuk.
Begitu juga dengan tidurnya. Apabila terjaga daripada tidur,
dengan spontan seseorang itu akan menjenguk skrin telefon tangan
untuk memerhati kalau-kalau ada panggilan atau pesanan. Masalah ini
sukar diatasi dalam keghairahan manusia menggunakan teknologi
moden. Tetapi kesedaran sivik akan penggunaan telefon tangan perlu
diuar-uarkan kepada masyarakat. Selain itu, tempat-tempat yang
penting seperti bilik mesyuarat wajar memasang alat yang menghalang
panggilan daripada dapat masuk. Seterusnya, masyarakat perlu
mendidik waktu yang sesuai untuk menggunakan telefon tangan supaya
telefon ini tidak menjadikan manusia seperti hamba.
(Diubahsuaikan daripada rencana Utusan Malaysia: Sisi Negatif
Budaya Telefon Tangan, oleh Zin Mahmud, 23 Disember 2004)
Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri..
1. Berikan maksud rangkai kata sedang berundur daripada
pasaran.[2 markah]
2. Bagaimanakah caranya membendung sikap negatif pengguna
telefon bimbit?[3 markah]
3. Berikan pendapat anda tentang feadah penggunaan telefon
bimbit.[4 markah]
TEMA 4 : AMBANG REMAJA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang kesan-kesan buli dan usaha-usaha mengatasi masalah buli di
sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli
dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung
dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah
aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli
secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau dengan kata-kata,
diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui
pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar
lelaki lebih banyak terbabit dalam kes buli berbanding pelajar
perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit
dalam kes buli berbanding pelajar tingkatan rendah yang lain.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang,
malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang
murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting,
malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa
buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional
sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan ahli
keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan
ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang
menyaksikan perbuatan itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden
Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan
Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan
merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa
juga takut ke sekolah.
Sebetulnya, perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan.
Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi
lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat
inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu
bapa. Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli
mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius
sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi
mangsa telah lama cedera akibat perbuatan pembuli atau mereka yang
tidak begitu mengendahkan aduannya. Atasi segera masalah berkenaan
supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi menangani
masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.
(Diubahsuai daripada Menangani masalah buli di sekolahDewan
Siswa, Ogos 2005.
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(iii) Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar. [ 2 markah
]
(iii) Takrifkan dengan jelas fenomena buli di kalangan pelajar.[
3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit
dalam kes-kes buli di sekolah?
[ 4 markah ]
TEMA 5 : KERANAMU MALAYSIA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu
rumusan tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia
merealisasikan slogan Malaysia Boleh dan faedah-faedah
merealisasikan slogan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Cogan kata Malaysia Boleh memang tidak dapat dinafikan mempunyai
signifikannya yang tersendiri untuk menaikkan semangat rakyat
Malaysia agar dapat berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai
bidang. Kejayaan pemimpin Malaysia mencipta nama di pentas dunia
telah menjadi pendorong kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh
kejayaan yang sama. Secara tidak langsung hal ini juga menunjukkan
bahawa kita berkemampuan dan berkebolehan untuk mencapai kejayaan
yang setanding dengan negara lain. Sungguhpun negara kita kecil,
kehebatan kita telah teruji di persada antarabangsa. Sikap tegas,
positif dan berani pemimpin kita membidas negara-negara maju
terhadap isu-isu antarabangsa telah membuka mata rakyat Malaysia
akan kebolehan pemimpin mereka.
Malaysia dengan penduduknya seramai 25 juta orang, dikira kecil
berbanding dengan beberapa negara lain tetapi mampu meletakkan
atlet negara kita di puncak kejayaan. Semangat juang yang jitu yang
dimiliki oleh beberapa orang atlet telah membuahkan kejayaan yang
membanggakan. Kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu
diseiringkan dengan kegigihan dan keberanian menempuh cabaran di
pentas antarabangsa. Oleh itu, slogan Malaysia Boleh menjadi kata
keramat dan laungan pembakar jiwa seluruh rakyat negara ini untuk
menjana kejayaan demi kejayaan di samping menjadi rangsangan kepada
generasi muda untuk terus memburu kejayaan. Justeru, pembabitan
secara langsung syarikat-syarikat gergasi dalam sukan pemotoran
telah berjaya memartabatkan imej Malaysia sehingga beberapa orang
jurutera tempatan terbabit secara langsung dalam sukan paling
berprestij itu.
Projek Everest 1997 berjaya memartabatkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang mampu bersaing dalam apa-apa jua bidang.
Rentetan itu, Program Misi Kibaran Jalur Gemilang Everest Camp 2007
diadakan. Sokongan padu rakyat Malaysia telah memacu kejayaan
program ini. Nama Malaysia sekali lagi bakal mengharum di dunia
apabila dua orang angkasawan negara yang bertuah akan membawa
agenda negara dengan jayanya. Berbekalkan kata-kata percaya dengan
kemampuan diri sendiri, mereka telah berjaya melepasi setiap ujian
yang ditetapkan. Selain itu, berpegang pada prinsip tiada apa-apa
yang tidak dapat dicapai dalam hidup ini menjadi faktor pendorong
kepada mereka untuk mengharumkan nama negara. Dalam aspek yang
lain, kerajaan membiayai kajian dan penyelidikan seperti penerokaan
ke kutub Utara dan kutub Selatan bagi mencari penemuan-penemuan
baru amat mengagumkan kita sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu,
penyelidikan dan pembangunan sememangnya menjadi suatu elemen yang
penting dalam menguja kemajuan sesebuah negara.
(Dipetik dan diubahsuaiakan daripada rencana Jalur Gemilang
Kembali Berkibar di Everest, Dewan Masyarakat, Ogos 2004 Soalan 2
(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)Berikan maksud rangkai kata memartabatkan imej Malaysia .[2
markah]
(ii)Apakah tujuan slogan Malaysia Boleh diperkenalkan? [3
markah]
(iii)Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk
mengharumkan nama sekolah?[4 markah]
TEMA 6 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang usaha-usaha pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan
mengekalkan hutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan. Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang
membelenggu Malaysia. Sekiranya pembalakan ini berterusan sehingga
lima tahun yang akan datang, bermakna jumlah pokok yang ditebang
akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu
dikawal agar tidak memusnahkan alam sekitar. Keadaan ini lebih
serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan
negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli
balak haram kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menyeludup
kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia. Seharusnya
Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di
sempadan kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras
aktiviti pembalakan haram. Kedua-dua negara tidak harus saling
menuding jari sehingga menjejaskan hubungan diplomatik yang telah
sedia terjalin. Teknik mengesan profil deoxyribonucleic acid (DNA)
pokok adalah salah satu cara untuk mengatasi aktiviti pembalakan
haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified Polymorphic DNA
(RAPD). Setiap spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang
berlainan dan tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain.
Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri dapat dipadankan dengan
tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah
digunakan dengan jayanya di beberapa buah negara maju. Walau
bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan
menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku
aktiviti pembalakan haram. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)
berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di negara ini
dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. Pada
1995-2000, sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah
digunakan untuk menjayakan Program Perhutanan Masyarakat yang
meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan
perkampungan, hutan bandar dan sebagainya. Selaras dengan usaha
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dalam taman dan
memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk
menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang tahun
2020 di negeri masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk
melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan
deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka
panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu.
Kerajaan memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu
seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain
itu, khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan
pendapatan yang lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran
kayu menjadi penyumbang pertumbuhan ekonomi dan merupakan eksport
ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan lebih
260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun
sekiranya aktiviti pembalakan tidak disekat, kesannya akan dirasai
oleh generasi akan datang. (Diubahsuaikan daripada rencana utama ,
Pembalakan Haram: Malaysia Terus Menjadi Mangsa, oleh Awang Azman
Awang Par. Dewan Masyarakat, Februari 2005)
Soalan 2 (a) Petikan UmumBerdasarkan petikan, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Terangkan maksud rangkai kata tidak harus saling menuding
jari seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
(ii) Nyatakan sumbangan-sumbangan sektor pembalakan dalam
meningkatkan pembangunan negara.[3 markah](iii) Pada pendapat anda,
huraikan cara-cara memupuk sikap generasi muda agar menyayangi alam
sekitar? [4 markah]
TEMA 7 : RIADAH
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang cara-cara mengisi masa lapang murid-murid dan masalah untuk
menjayakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Biasanya selepas murid-murid menghadapi peperiksaan penting,
masa untuk mereka di sekolah masih banyak terutama selepas
menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa yang panjang ini perlu diisi
dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bukannya dibiarkan
berlalu begitu sahaja. Oleh sebab murid-murid yang menduduki
peperiksaan UPSR dan PMR masih berada di sekolah selepas
peperiksaan, pihak sekolah mestilah mengadakan pelbagai program
termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik, perkhemahan serta
ceramah dan motivasi. Pada masa yang sama, menerusi Persatuan
Sejarah, lawatan ke tempat-tempat bersejarah sangat sesuai untuk
memberikan pendedahan kepada mereka tentang pelbagai ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan sejarah masyarakat dan negara di
samping menyemai semangat cinta akan negara.
Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai pertandingan yang
menawarkan hadiah yang menarik seperti pertandingan membaca, bahas,
kuiz dan berbalas pantun. Dalam hal ini, pihak sekolah mestilah
memastikan bahawa murid-murid yang telah selesai menghadapi
peperiksaan tidak akan ponteng sekolah kerana tindakan itu
merugikan diri mereka sendiri. Guru-guru pula mestilah memainkan
peranan dengan memberikan penekanan kepada murid-murid tentang
matlamat mereka berada di sekolah bukan hanya untuk lulus
peperiksaan, tetapi turut memanfaatkan peluang tersebut untuk
mempelajari pelbagai perkara positif yang lain. Sebaliknya, jika
masa dibiarkan begitu sahaja kemungkinan mereka terbabit dengan
gejala ponteng sekolah dan mereka terlibat dengan gejala negatif
seperti melepak di kafe siber, pusat snuker dan kompleks beli
belah.
Dalam pada itu, pelbagai pertandingan sukan boleh diadakan
antara sekolah kerana aktiviti ini boleh memberikan pendedahan
kepada murid-murid tentang kepentingan sukan sebagai aktiviti yang
mampu menyihatkan badan, mencerdaskan minda serta memupuk semangat
kerjasama, tabah dan berdaya saing. Walau bagaimanapun,
tanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid
lepasan sekolah tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak sekolah
seratus peratus. Masa seseorang murid di sekolah sangat terhad,
iaitu lebih kurang enam jam sehari. Sekolah hanya sebagai tempat
persinggahan sementara. Semua pihak mesti memahami keadaan ini.
Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan, sebaliknya mereka
mesti memainkan peranan untuk memastikan bahawa anak-anak mereka
yang telah tamat peperiksaan ini tidak terlibat dalam sebarang
gejala yang tidak sihat dengan cara ibu bapa perlu sentiasa
memantau pergerakan anak-anak. Mereka juga mestilah merancang
aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak supaya anak-anak
melakukan aktiviti yang berfaedah. Ibu bapa juga boleh turut serta
dalam aktiviti anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan
masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar, melancong dan
menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik di rumah. Hasil daripada
kerjasama pelbagai pihak, sudah tentu masa murid-murid sekolah
selepas tamat peperiksaan tidak disia-siakan begitu sahaja.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Manfaat Masa Lepas Peperiksaan,
Oleh M. Jasni Majed, Harian Metro, Oktober 2010)Soalan 2(a) Petikan
Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud mencerdaskan minda? [2 markah]
(ii) Mengapakah masa murid-murid yang telah selesai menduduki
peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh
dilakukan murid-murid untuk mengisi masa lapang? [4 markah]
TEMA 8 : GENERASI KITA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu
rumusan tentang faktor-faktor siswazah menganggur dan kesannya
kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM)
baru-baru ini mendapati bahawa peratus pengangguran di kalangan
siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di bawah
Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk
siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi
peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam
sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.
Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang
dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. Sering
kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan bahasa
Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah menyebabkan mereka
gagal mendapatkan pekerjaan. Menurut kajian yang dilakukan terhadap
3300 orang pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di Malaysia
mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat
mereka lemah berbahasa Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya
memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan
bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat
antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26 peratus siswazah ini
dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang
kurang menarik, manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah
mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.
Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang
penting oleh majikan dalam menemu duga seseorang calon bagi sesuatu
jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak
merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
utama. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan
ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup membingungkan.
Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi
merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya,
siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa
Inggeris malah tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi
dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana
siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu
keluar mencari kerja di tempat lain.
Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh
kerajaan dalam Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi
menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain
mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan
siswazah dalam sesuatu sektor ekonomi juga harus dikembangkan.
Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran
dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan
kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT).
Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak
dinafikan merupakan aset yang penting bagi seseorang siswazah
apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran
komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita
yang penting ialah perlunya berkomunikasi.(Dipetik dan diubahsuai
daripada rencana: Mengapakan SiswazahMenganggur, oleh Puteri
Roslinda Abdul Wahid,Dewan Masyarakat,Julai 2005)Soalan 2 (a) :
Petikan UmumBerdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam
petikan di atas. [2 markah ]
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah? [3 markah ]
iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang
anda akan lakukan untuk mengatasi masalah ini? [ 4 markah]
TEMA 9 : GAYA HIDUP SIHAT
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu
rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya
dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih
120 patah perkataan.
Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan
pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendahdan Menengah
merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak
manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukansahaja dapat
melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segijasmani, emosi, rohani
dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum amatmendukacitakan. Dalam hal ini,
kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada
kegiatan kokurikulum.Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan
aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti
yanglebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti
Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya
sentiasamenepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar
dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan
lebihbaik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat
berharga bak kata pepatah, masa itu emas.Aktiviti kokurikulum yang
disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan
berani dalam menghadapicabaran luar yang kian mencabar . Lihat
sahaja nama nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik
Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulumakan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang
minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajaryang
gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti
kokurikulum juga mampu membentuk disiplindan sahsiah diri pelajar
yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan
pakaian, disiplin amat dititikberatkan.Selain itu, penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar
cemerlang yang mempunyai pencapaianseimbang antara akademik dengan
aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
turut memperoleh satunilai tambah kerana kemahiran ini bukan
diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar
bilik darjah.Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum
dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dantolong -
menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai
nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setiakawan, jujur, rajin
banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya
kepimpinan, pengurusan dan seterusnyakaedah berorganisasi. Pelajar
yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh
dengan gejala sosial sepertimerokok, menghidu gam, melepak, seks
rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana,
pelajar yangaktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran
positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
lebihberfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan
menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah
mengambillangkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan
pelajar perlu menyokong penglibatan anak anak mereka denganaktiviti
kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru guru, peranan mereka
dalam usaha menarik minat pelajar menyertaiaktiviti kokurikulum
tidak kurang pentingnya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah faedah
MenyertaiAktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas. (2 markah)
(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar? (3 markah)(iii)Pada pendapat
anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai
aktivitikokurikulum? (4markah)
TEMA 10 : WARISAN BANGSA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu
rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik
dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua
stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya.
Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita
mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya
berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana
patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta
kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung
terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang
kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini
dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan
pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan
patriotisme.
Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa
fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula
dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang
mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata.
Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks
internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan
serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita
berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat
oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya
dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan
percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh
kuasa ekonomi asing.
Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah
dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi
usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme
diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya
mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah
menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul
tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya
diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di
kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti
dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai
sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini
mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini
ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap
individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab
mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai
patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan
mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat
setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat
kekitaan.
Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui
kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.
Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting
untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia.
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian
danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan
perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang
lebih cemerlang dan gemilang.
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2
markah]
ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga
Malaysia? [3 markah]
iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh
menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [4
markah]
TEMA 11 : INDUSTRI PELANCONGANBaca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan
kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru
yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak
hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu
bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana
kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India.
Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk
ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata
wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara
ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan.
Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah
bekerjasama dengan KementerianKesihatan
Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada
kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana
pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak
103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada
tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan
kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak
kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun
pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital
dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.
Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital
mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.
Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat
multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian
dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat
memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan
peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan
Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak
berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan
dan terapi asing serta pesakit.
Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di
institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal.
Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta
mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di
hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004,
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi
kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn.
Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan
kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan
Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.
Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi
menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat
kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut
dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah
Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat
dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan
mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil
kira keuntungan yang diperoleh.
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. [2
markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan
pelancongan kesihatan di Malaysia. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat
dalam proses pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]
TEMA 12 : KESELAMATAN JALAN RAYA
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang kesan-kesankemalangan jalan raya dan punca-punca berlakunya
kemalangan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sudah pasti, kejadian perlanggaran antara sebuah bas ekspres dan
sebuah bas sekolah berhampiran Merapoh di laluan Lipis - Gua Musang
ketika orang ramai berpusu-pusu menuju ke kota selepas seminggu
berhari raya mengundang polemik dan menjadi topik perbualan setiap
lapisan masyarakat.
Namun, statistik Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)
menunjukkan kes-kes kemalangan termasuk yang membabitkan kecelakaan
nyawa menurun dari setahun ke setahun antara 1996 hingga 2002.
Pengurangan ini mungkin sedikit sebanyak dibantu oleh keadaan jalan
raya yang bertambah baik termasuklah pelebaran jalan persekutuan
dan negeri, naik taraf jalan raya kepada lebuh raya dan pemasangan
tanda-tanda keselamatan di kawasan yang disenaraikan sebagai
kawasan kemalangan. Di samping itu, agensi penguatkuasaan seperti
Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan dari semasa ke
semasa mengadakan operasi-operasi pencegahan. Perkembangan akitviti
penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam industri automatif
telah membolehkan pengeluaran kenderaan terkini yang dilengkapi
dengan sistem pemanduan yang lebih sempurna dan sistem amaran awal.
Selain korban dan kecederaan, kemalangan jalan raya turut
menyumbang kepada implikasi negatif kepada sektor ekonomi.
Perangkaan MKJR menunjukkan bahawa kerugian kepada Keluaran Negara
Kasar (KNK) ialah RM6.1 juta (1997), RM5.6 juta hingga RM5.4 juta
(2002). Selain itu, setiap tahun kerajaan dan pihak-pihak berkaitan
membelanjakan RM6 bilionuntuk tujuan baik pulih, tuntutan insuran,
dan bil perubatan akibat kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja sewaktu ke
tempat bertugas boleh menjejaskan produktiviti negara. Kehilangan
seorang kakitangan dalam kemalangan jalan raya merupakan satu
perkhabaran yang tidak baik kepada mana-mana organisasi. Hal ini
kerana kos sumber manusia akan bertambah terutamanya yang
membabitkan perbelanjaan mengambil pekerja baru dan kos untuk
latihan semula. Jika diperincikan lagi, kebanyakan mangsa korban
kemalangan berusia antara 18-40 tahun. Golongan ini merupakan aset
masa hadapan negara. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan
kekurangan penduduk muda dan keperluan tenaga kerja terpaksa
bergantung kepada tenaga kerja asing.
Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku boleh menyebabkan
pelabur-pelabur asing berasa pelaburan mereka ini tidak
menguntungkan kerana proses penghantaran barang menjadi lambat
ekoran kemalangan jalan raya. Para pelancong asing juga mungkin
tidak mahu mengunjungi negara jika mereka menaiki kenderaan awam
yang dipandu oleh pemandupemandu yang tidak berhemah dan tidak
bertoleransi di atas jalan raya.
Diubahsuaikan daripada rencana Kesan Kemalangan Jalan Raya
Terhadap Ekonomi, Dewan Siswa, April 2004)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang polemik (2
markah)
(ii) Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya.(3 markah)(iii) Pada pendapat anda, apakah
sikap yang perlu dipupuk untuk membentuk pengguna yang
bertanggungjawab di jalan raya?(4 markah)
TEMA 13 : PENDATANG ASINGBaca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh
asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan
mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal
yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah
negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian
sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari
nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan
kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh
asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka
mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.
Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi
individu yangmembawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan
dari tanah asalmasing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh
asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi
menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak. Jika wabak
tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi
mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat
tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga
perlumenggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk
mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya
juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka
kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang
keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada
hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana
kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke
Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada
di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa
menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak
mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak
tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran
dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan,sekarang melebarkan
tumpuan mencakupi anak-anak pendatang.Bukan sedikit pula jenayah
yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak
pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan
jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh
sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak
berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini
terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut
peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil
masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan
jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa
yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang
praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang
minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus
dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang
mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.
(Diubah suai daripada rencana Pendatang, oleh Anwar Ridhwan,
Dewan Masyarakat, Oktober 2004)
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata melebarkan tumpuan.[2
markah]
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing
datang ke Malaysiauntuk bekerja?[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk
menggalakkan rakyatMalaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan
pekerja asing?[4 markah]
TEMA 14 : MASALAH DISIPLIN PELAJARBaca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab merosotnya
disiplin pelajar dan peranan guru dalam mengatasi masalah ini.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.Masalah disiplin pelajar sejak akhir-akhir ini amat
membimbangkan. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah
kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini. Punca utama ialah
pengaruh media massa. Filem, surat khabar, majalah, dan televisyen
yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para
pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras
dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang
rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.
Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana
masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan
anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka
berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal
disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya
pembentukan akhlak seseorang itu bermula di rumah. Sesetengah
pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan
segala masalah. Namun keadaan di sekolah bukanlah seperti yang
diimpikan oleh ibu bapa.Guru memang ingin membantu masalah yang
dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam
sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Hukuman atau
denda yang dikenakan kepada seseorang pelajar juga merupakan faktor
yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak
sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan
dengar pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, hal
ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana para pelajar
tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat
sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para
pelajar merosot. Ada pelajar yang terpengaruh dengan gaya hidup
rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini
mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan
alam persekolahan dan berlagak dewasa dengan menghisap rokok,
berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk
menarik perhatian.Pelajar yang lemah dalam pelajaran mempunyai
perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan
berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak
diikuti. Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung
kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang
dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan
peranan masing-masing. Negara kita menghadapi masalah kekurangan
guru lelaki. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada
kadai 4:6. Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah
rendah. Fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam
beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih
perempuan di institusi perguruan melebihi jumlah guru pelatih
lelaki. Kita akui semua ini salah satu puncanya ialah kemerosotan
moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan pembangunan negara
dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain itu, sikap
ibu bapa yang memberikan contoh negatif terhadap anak-anak juga
menjadi punca kemerosotan moral pelajar. Malah sikap kurang matang
remaja menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang
bertentangan dengan peraturan sekolah. Secara ringkasnya kita dapat
menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah
wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut dan pergaduhan.
Selain itu, persekitaran yang tegang dalam kalangan pelajar kerana
berasa terancam. Selanjutnya, masalah disiplin telah menjejaskan
imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan. Para pelajar harus sedar di samping belajar dan
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, mereka juga perlu
bertanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah,
masyarakat, negara, dan seterusnya kepada harta benda awam.(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada rencana "Awasi Anasir Jenayah Terhadap
Pelajar",oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 18 Mac 2010)[30
markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata hakikatnya pembentukan akhlak.[2
markah]
(ii) Nyatakan kesan-kesan yang wujud akibat berlakunya
keruntuhan disiplin dalam kalangan pelajar.[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa sukar
mengawal tingkah laku anak-anak mereka yang sedang meningkat
remaja? Berikan dua alasan anda.[4 markah]
TEMA 15 : PENGANGGURANBaca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam
kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Pengangguran merupakan
salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi membelenggu
negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan
pengajian di Institnsi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan
menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal namun, tidak
semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber
manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan
Tenaga kerja ialah 174.355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1
peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus)
merupakan pemegang diploma.Sikap terlalu memilih kerjaya
menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan
siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan
yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk
apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap
prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu
bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkuran yang baik.
Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih
bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin
dengan kemampuan dini dan kelulusan yang dimilikinya.Isu
pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap
majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka
tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan
kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan
mengurangkan kos upah. Sesetengah majikan melihat pengalaman dan
kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf
perididikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran
berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan
dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah
IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan
bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan
sebagainya.Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana
tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam
yang melanjutkan pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di
samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki
oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah
akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan
kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan
teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam
sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing dari Iuar negara untuk
bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu
menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu
pekerjaan.Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika
siswazah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga
untuk jawatan yang dipohon.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
"Dilema Pengangguran Siswazah, Dewan Masyarakat, Oktober 2009)
Soalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata semakin kompetetif.[2 markah]
2. Mengapakah majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan
yang tidak berpendidikan tinggi?
[3 markah]
3. Pada pandangan anda, apakah tindakan yang akan anda ambil
jika anda masih tidak bernasib baik memburu kerjaya idaman walaupun
anda telah memiliki segulung ijazah[4 markah]
TEMA 16 : SUKAN DAN PERKEMBANGANNYABaca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pendekatan memperkasakan
sukan dan kepentingan sukan kepada negara. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Kementerian Pelajaran
bercadang untuk merombak dan menstrukturkan semula kurikulum sukan
peringkat sekolah rendah dan rnenengah dalam usaha mengembalikan
kegemilangan sukan di negara mi. Usaha mengikuti beberapa negara
luar seperti Australia yang mewajibkan sukan dan pendidikan jasmani
diterapkan ke dalam kurikulum sekolah amatlah disanjung tinggi.
Untuk mengatasi masalah kekurangan kemudahan sukan, untuk sementara
waktu sekolah boleh berkongsi prasarana sukan dengan universiti
berdekatan. Sebagai contoh, beberapa buah sekolah rendah atau
menengah yang berdekatan dengan kampus induk atau kampus cawangan
mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara kita,
boleh mengguna pakai kaedah sama, sekurang-kurangnya bagi menampung
kos perbelanjaan prasarana sukan.Kita tahu, ada sekolah yang tidak
mempunyai kemudahan sukan tertentu dan dengan adanya kemudahan di
kampus berhampiran, pelajar boleh memanfaatkan kemudahan berkenaan.
Bagaimanapun, tidak semua universiti di negara kita ini mempunyai
kemudahan sukan yang lengkap berikutan sukan bukanlah dijadikan
keutamaan. Tindakan ini sebagai langkah sementara kerana
Kementerian Pelajaran berhasrat menaik taraf prasarana sukan di
sekolah-sekolah untuk memastikan pelajar dapat menggunakan
kemudahan yang ada untuk mengembangkan potensi pelajar dalam bidang
sukan. Dalam tempoh 20 tahun belakangan ini, aktiviti sukan sekolah
seolah-olah dipinggirkan, sering terkebelakang berbanding aktiviti
lain, sekali gus menenggelamkan kegemilangan sukan yang pernah
menjadi kebanggaan pelajar. Hasrat untuk menjadikan rakyat Malaysia
menggondol pingat emas dalam temasya besar dunia seperti Olimpik
tidak akan membuahkan hasil sekiranya aktiviti sukan tidak diberi
perhatian serius oleh pihak sekolah. Berikutan itu, semua aktiviti
sukan peringkat sekolah akan disusun semula supaya lebih teratur
dan padat dengan pelbagai program pembangunan peringkat akar umbi.
Kementerian mahu sekolah mengasingkan sukan daripada kokurikulum
lain serta melantik pegawai khusus menjaga pembangunan sukan
sekolah. Kita percaya langkah itu berada di landasan betul kerana
kegemilangan sukan seharusnya bermula di peringkat awal bagi
melahirkan pelapis pelbagai jenis sukan untuk negara pada masa akan
datang. Kita sedar baru-baru ini ramai kecewa apabila Majlis Sukan
Sekolahsekolah Malaysia (MSSM) menggugurkan 24 acara sukan dalam
kalendar tahunan 2010 tetapi Kementerian Pelajaran mengumumkan
peruntukan RM89 juta bagi mengembalikan semula acara
berkenaan.Masalah yang dihadapi di sekolah ialah ketiadaan
jurulatih sukan dan kebanyakannya ialah guru biasa yang ditugaskan
membimbing pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Keadaan diburukkan
lagi dengan rata-rata sekolah memberikan fokus yang berlebihan
terhadap akademik sehinggakan aktiviti sukan dipinggirkan. Pelajar
pula menganggap sukan sebagai aktiviti yang membuang masa, dengan
anggapan waktu sebelah petang patut diisi dengan mengikuti kelas
tuisyen. Bagaimanapun, kita mengharapkan ibu bapa berterusan
menggalakkan anak-anak melibatkan dini dalam aktiviti sukan yang
dianjurkan di sekolah. Kementerian Pelajaran juga memutuskan
pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuh pembangunan sukan di
sekolah mulai tahun depan, termasuk memberikan lima markah daripada
10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum. Sebelum
ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah.
Bermula 2011, dasar Satu Murid Satu Sukan akan dikuatkuasakan.
Langkah-langah yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tanpa
menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan
keperluan untuk memanj angkan waktu persekolahan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang
"Kecemerlangan Sukan TuntutSokongan Ibu Bapa", Berita Harian, 22
Februari 2010)
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata seolah-olah dipinggirkan.[2
markah]
1. Nyatakan sebab-sebab yang menjadi penghalang pembangunan
sukan di sekolah.[3 markah]
1. Pada pendapat anda, selain dinyatakan dalam petikan,
mengapakah ramai pelaj ar kurang gemar mengikuti aktivitl
kokurikulum? Kemukakan dua alasan anda.[4 Markah]
SKEMA JAWAPAN
TEMA 1 : PELAJAR CEMERLANG
Pendahuluan: [2 markah]Petikan membincangkan perlakuan yang
perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran di
Malaysia.
Isi tersurat; [12 markah]
1. Pelajar mesti menghadiri kelas setiap hari2. pelajar mesti
dalam keadaan siap sedia untuk belajar3. Pelajar mesti menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh yang ditetapkan
guru4. Pelajar mesti membuat rujukan untuk mencari isi tambahan5.
Pelajar mesti bijak memilih kawan6. Pelajar mesti menjaga
kesihatan7. Pelajar mesti melupakan segala masalah dan menenangkan
fikiran semasa guru mengajar
Isi Tersirat: [ 4 markah]
1. Ibu bapa sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran anak
mereka2. Ibu bapa mesti mengetahui dengan siapa anak mereka
berkawan3. Guru bukan sahaja mengajar tetapi sentiasa membimbing4.
Khidmat nasihat dari kaunselor sekolah secara berterusan5. Konsep
pembimbing rakan sebaya dimantapkan di sekolah-sekolah6. Melalui
aktiviti perkhemahan / kursus motivasi di sekolah7. Ibu bapa
sentiasa bimbang akan keselamatan anak gadis mereka.
Kesimpulan: [2 markah]
Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama dalam
hal pelajaran anak-anak agar anak-anak sentiasa mempunyai sikap
yang positif terhadap pelajaran..
Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Umum
( i )maksud rangkai kata diburu rasa bersalah ialah;-sentiasa
menanggap diri telah melakukan kesalahan [2 markah]
( ii )kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba-sedikit
pengetahuan tentang pelajaran yang akan diajar oleh guru ialah;
Pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran
Pelajar akan lebih yakin mengemukakan pendapat Pelajar akan lebih
berminat mengetahui isi pelajaran yang lebih mencabar. [3
markah]
( iii )Minda yang cerdas berpunca daripada badan yang sihat
kerana;
- Dengan badan yang sihat kita boleh menerima pelajaran dengan
berkesan kerana tiada gangguan kesihatan. -Dengan badan yang sihat
kita boleh pergi ke sekolah setiap hari-Dengan badan yang sihat
perkembangan mental berlaku dengan sempurna.-Dengan -badan yang
sihat, kita tidak mudah mengantuk / letih semasa mengulangkaji
pelajaran. [4 markah]
TEMA 2 : SEMANGAT KEJIRANAN
Pendahuluan / Pengenalan [2 Markah] Petikan membincangkan
sebab-sebab/punca-punca semangat kejiranan semakin terhakis dalam
kalangan anggota masyarakat di negara kita.
Isi Tersurat [12 markah]1. Sikap mengutamakan kebendaan (atau)
materialistik. 2. Sikap individualistik.3. Sikap masyarakat
sekarang yang suka hidup bersendirian tanpa gangguan. 4. Kemewahan
yang dikecapi oleh masyarakat kini. 5. Aktiviti-aktiviti
gotong-royong tidak diamalkan.6. Kerjasama dalam menjayakan sesuatu
majlis kenduri tidak diamalkan lagi.7. Masing-masing sibuk dengan
tugas seharian. 8. Trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal
ehwal keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain.9.
Masyarakat mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi kain orang
lain.
Isi Tersirat [4 markah ]1. Jiran dapat membantu ketika kita
menghadapi kesusahan.2. Jiran menjadi tempat untuk mengadu sesuatu
masalah. 3. Jiran dapat menolong mengawasi kediaman sewaktu
ketiadaan kita. 4. Merapatkan hubungan silaturahim. 5. Hidup
berjiran dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. (lain-lain
jawapan yang sesuai)
Penutup/ Kesimpulan[ 2markah]Semua pihak perlu berusaha
menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat
agar rakyat dapat hidup dengan harmoni.
Soalan2 (a) : Soalan Pemahaman
(i) Maksud rangkai kata memupuk budaya adalah
menyuburkan/menggalakkan cara hidup/ amalan masyarakat. [2 Markah]
(ii) Kesan tiada amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis
kenduri: menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan
tenaga bagi menjayakan sesuatu majlis menghalang anggota masyarakat
bersua muka menyekat peluang masyarakat untuk menjalin kemesraan
sesama ahli masyarakat [3 Markah]
(iii) Tindakan untuk membantu jiran: menziarahi jiran membawa
jiran ke hospital mendoakan jiran memberi bantuan kewangan
menasihati jiran supaya bersabar(lain-lain jawapan yang sesuai)[
Maksimum 4 Markah]
TEMA 3 : AMBANG REMAJAPendahuluan [2 markah]Petikan
membincangkan akibat/ impak/ implikasi masalah buli dalam kalangan
pelajar sekolah di Malaysia
Isi tersurat [12 markah]1. kesan negatif dalam jangka masa
panjang2. membunuh diri3 membunuh rakan4. seorang yang emosional5.
menimbulkan ketakutan kepada mangsa6. menimbulkan ketakutan kepada
rakan yang menyaksikan7. pemerhati tingkah laku buli akan mengalami
ganguan emosi8. mangsa buli merobah personaliti mereka menjadi
penakut9. mangsa takut ke sekolah10. mangsa menjadi lemah dan
kurang keyakinan
Isi tersirat [4 markah]1. mewujudkan persekitaran sekolah yang
mesra.2. menetapkan tingkahlaku yang tidak diterima di sekolah3.
dasar anti buli dimasukkan dalam kurikulum sekolah4. ibu bapa dan
guru bekerjasama mengatasi masalah buli5. pihak sekolah lebih
serius dalam memastikan kes buli tidak berlaku di sekolah
Kesimpulan [2 markah ]Kesimpulannya pihak sekolah dan ibu bapa
haruslah bersama-sama berusaha memastikan kes-kes buli di sekolah
tidak berlaku demi mendaulatkan institusi sekolah
Soalan 2 (a) Petikan Umum
i.- tuduhan-tuduhan tidak berasas [ 2 markah ]ii. - buli secara
langsung termasuklah diugut, disepak, ditumbuk, ditendang dan
sebagainya. - buli secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau
dengan kata- kata, diketawakan atau gosip-gosip liar[ 3 markah ]
iii. - kurang pemantauan daripada pihak sekolah - terpengaruh
dengan tindakan kawan-kawan pembuli - melepaskan tekanan perasaan -
membalas dendam [ 4 markah]
TEMA 4 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Pendahuluan[2 Markah]
Petikan membincangkan keburukan/implikasi penggunaan telefon
bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah negara ini.
Isi Tersurat [12 markah]
1. Telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak
senonoh.2. Menyebarkan khidmat pesanan ringkas [SMS] berantai.3.
Pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting.4.
Murid-murid dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.5. Murid dikhuatiri menggunakan telefon
bimbit untuk meniru dalam peperiksaan. 6. Mereka juga mungkin leka
menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).7. Mereka tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran. 8. Murid memut turun
perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.9. Kesan
psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu.10. Menimbulkan
suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah11.
Menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk.
Isi Tersirat[ 4 markah]
1. Sikap pelajar yang suka akan teknologi terkini2. Ibu bapa
tidak melarang anak-anak membawa telefon bimbit ke sekolah. 3.
Pengaruh rakan sebaya yang menggunakan telefon canggih.4. Harga
telefon bimbit yang mampu milik
Penutup[ 2 markah]
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama mengawal
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar agar pelajar lebih
berdisiplin
Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum
(i) Makna simbol status sosial : Lambang taraf / kedudukan
masyarakat [ 2 markah]
(ii) Cara memiliki telefon bimbit:- dihadiahkan oleh seseorang-
dibeli oleh ibu bapa - dibeli dengan duit simpanan sendiri [3
markah](iii) Langkah-langkah:- menguatkuasakan larangan membawa
telefon bimbit ke sekolah- menegur/memberi nasihat- menyediakan
telefon awam- mengadakan pemeriksaan mengejut- memberi
taklimat/penerangan kepada ibu bapa/penjaga berkaitannya
[4 markah]
TEMA 5 : KERANAMU MALAYSIA
Pendahuluan/ Pengenalan [2 markah]
Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia
merealisasikan slogan Malaysia Boleh
Isi Tersurat [12 markah] 1.Kejayaan pemimpin Malaysia mencipta
nama di pentas dunia. 2.Sikap tegas, positif dan berani pemimpin
negara kita. 3.Semangat juang yang jitu yang dimiliki oleh beberapa
orang atlet. 4.Kegigihan dan keberanian menempuh cabaran di pentas
antarabangsa. 5.Pembabitan secara langsung syarikat-syarikat
gergasi. 6.Sokongan padu rakyat Malaysia. 7.Kata-kata percaya
dengan kemampuan diri sendiri. 8.Berpegang pada prinsip tiada
apa-apa yang tidak boleh dicapai dalam hidup. 9.Kecenderungan
kerajaan membiayai kajian dan penyelidikan.
Isi Tersirat [4 markah]
1.Dapat memajukan pelbagai bidang. 2.Dapat meningkatkan
pendapatan negara. 3.Dapat meningkatkan mutu sukan negara. 4.Dapat
menaikkan imej negara. 5.Dapat menambah kan jumlah rakyat Malaysia
yang berjaya. 6. Dapat menambahkan bilangan yang terlibat dalam
bidang penyelidikan.
Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk
merealisasikan slogan Malaysia Boleh supaya negara akan menempa
lebih banyak kejayaan di persada antarabangsa.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
1. Maksud :-mengangkat/menaikkan maruah/nama baik
negara/Malaysia [2 markah]1. Tujuan :
1. untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia agar boleh berusaha
mencapaikejayaan dalam pelbagai bidang -menjadi kata keramat dan
pembakar jiwa seluruh rakyat negara ini untuk menjana
kejayaan-menjadi rangsangan kepada generasi muda untuk memburu
kejayaan
[3 markah] (iii) Peranan :-belajar bersungguh-sungguh/mencapai
kejayaan yang cemerlang -mematuhi peraturan sekolah -menghormati
guru -menempa kejayaan dalam aktiviti yang diceburi [4 markah]
TEMA 6 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pendahuluan [ 2 markah ]
Petikan membincangkan
langkah-langkah/cara-cara/tindakan-tindakan/pendekatan-pendekatan
menguruskan hutan di Malaysia.
Isi Tersurat [12 markah]
1.Malaysia dan Indonesia bekerjasama memantau kawasan hutan di
sempadan kedua-dua buah negara2.Mengatasi aktiviti pembalakan haram
dengan menggunakan teknik mengesan profil DNA/melalui teknik
RAPD3.Kerajaan membaik pulih sejumlah besar hutan kekal dan kawasan
pembalakan di Semenanjung Malaysia4.Kerajaan menjayakan Program
Perhutanan Masyarakat/menubuhkan dan menyelenggarakan hutan
lipur5.Kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu
pokok setahun/1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri
masing-masing6.Malaysia komited melaksanakan pengurusan hutan
secara berkekalan7.Memanfaatkan industri hiliran kayu.8.Memberikan
insentif kepada industri berasaskan kayu.9.Memperluas khidmat
nasihat dan kepakaran untuk sektor ini.
Isi Tersurat [4 markah]
1.untuk tatapan generasi akan datang2.dapat memelihara
kepelbagaian biologi serta sumber genetik3.mengekalkan kestabilan
ekosistem4.sumber ekonomi negara5.kawasan tadahan
hujan6.mengekalkan habitat flora dan fauna7.sebagai sumber
penyelidikan8.sebagai sumber perubatan tradisional9.mengelakkan
hakisan bumi
Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menyokong
usaha-usaha pengurusan hutan di negara ini agar hutan kekal sebagai
sumber alam negara.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
i. - Maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari
seperti yang terdapat dalam petikan ialah jangan selalu menyalahkan
antara satu sama lain/tuduh menuduh.[2 markah]ii. - Memberi
pendapatan lumayan kepada negara. Menyumbang pertumbuhan ekonomi
negara Eksport ketiga terbesar negara. Menyediakan peluang
pekerjaan[3 markah] iii. - Ibu bapa sebagai sebagai contoh/model -
mengadakan aktiviti lawatan ke hutan simpan dengan lebih kerap -
Media massa perlu menyebarluaskkan kepentingan alam sekitar. -
Kerajaan mengadakan kempen tentang penjagaan alam sekitar secara
berterusan[4 markah]
TEMA 7 : RIADAH
Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan langkah-langkah /
kaedah-kaedah / usaha-usaha mengisi masa lapang murid-murid dengan
bermanfaat..
Isi-isi Tersurat[12 markah]1.Pihak sekolah mengadakan pelbagai
program2.Lawatan ke tempat-tempat bersejarah.3.Sekolah mengadakan
pelbagai pertandingan.4.Guru memberi penekanan kepada murid-murid
tentang matlamat mereka ke sekolah.5.Sekolah menganjurkan pelbagai
pertandingan sukan antara sekolah.6.Ibu bapa perlu sentiasa
memantau pergerakan anak-anak.7.Ibu bapa merancang aktiviti yang
bersesuaian untuk anak-anak.8.Ibu bapa meluangkan masa untuk
bersama dengan anak-anak. Isi-isi Tersirat[4 markah]1.Murid-murid
kurang memberikan kerjasama menjayakan setiap program yang
dianjurkan oleh sekolah.2.Ibu bapa terlalu sibuk hingga tiada masa
bersama anak-anak.3.Kos yang tinggi diperlukan untuk menganjurkan
sesuatu aktiviti untuk anak-anak.4.Ibu bapa tidak menggalakkan
anak-anak pergi ke sekolah setelah selesai peperiksaan.Kesimpulan[2
markah]
Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama memastikan
anak-anak mengisi masa lapang dengan bermanfaat supaya mereka tidak
terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat. Soalan 2 (a) - Pemahaman
Petikan Umum
1. Maksud mencerdaskan minda
Mencerdikkan akal fikiran/ daya berfikir[2 markah]
1. Masa murid-murid selepas peperiksaan perlu diisi dengan
pelbagai aktiviti kerana
masa murid-murid di sekolah masih banyak selepas selesai
menduduki peperiksaan.
mengelakkan mereka daripada ponteng sekolah
tidak terlibat dengan gejala negatif / tidak sihat
masa mereka tidak disia-siakan begitu sahaja [3 markah]
1. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid-murid Membaca
Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong
Mengulang kaji pelajaran Mengunjungi perpustakaan Membantu ibu bapa
melakukan kerja-kerja rumah [4 markah]
TEMA 8 : GENERASI KITA
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan sebab berlakunya pengangguran siswazah di
Malaysia.
Isi tersurat [12 markah]
1. Siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon
sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. 2. Penguasaan
bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah.3. Siswazah
tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang
menarik.4. Kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran
yang lumayan.5. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar
majikan.6. Kelemahan kemahiran berkomunikasi.7. Tidak mempunyai
keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak.8. Siswazah
masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari
kerja di tempat lain.
Isi tersirat [4 markah]1. Berlaku pembaziran tenaga kerja
profesional2. Tenaga kerja profesional akan berhijrah keluar negara
untuk mencari pekerjaan.3. Masalah sosial/ jenayah semakin
meningkat.4. Imej negara akan tercemar.5. Menjejaskan perkembangan
Pusat Pengajian Tinggi (IPT) .
Kesimpulan [2 markah]
Sebagai kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil langkah segera
mengatasi masalah siswazah menganggur agar tenaga profesional
mereka dapat digunakan untuk pembangunan negara
Soalan 2 (a), Petikan Umum
i. Maksud rangkai kata cukup membingungkan ialah amat/ sangat
membimbangkan/ merisaukan [2 markah]
ii. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah
pengangguran kerajaan menyediakan Skim Latihan Siswazah Menganggur
(SLSM) mengembangkan penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor
ekonomi. Mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT)
[3 markah]iii. Sekiranya saya seorang siswazah menganggur
Menerima tawaran kerja walaupun pekerjaan tersebut tidak setaraf
dengan kelulusan yang dimiliki. Melakukan kerja sendiri seperti
bertani dan sebagainya. Berkongsi dengan rakan untuk memulakan
pekerjaan seperti berniaga. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. [4 markah]
TEMA 9 : GAYA HIDUP SIHAT
Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan manfaat-manfaat
menyertai kegiatan kokurikulum
Isi tersurat[12 markah]1. pelajar yang melibatkan diri dengan
aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti
yang lebih berfaedah2. Dalam pasukan unit beruniform pelajar
dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa.3. Aktiviti
kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar
untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar4.
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulumakan dapat menyemai
minat dan hobi mereka.5. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk
disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat.6. penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang
mempunyai pencapaianseimbang antara akademik dengan aktiviti
kokurikulum.7. perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai
melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara
satu sama lain
isi tersirat[4 markah]1. Melahirkan minda yang cerdas2.
Mewujudkan tubuh badan yang sihat
Kesimpulan[2 markah] Semua murid perlu melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum agar mereka dapat mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala yang tidak sihat.
Soalan 2(a) : Petikan Umumi) waktu itu berharga[2 markah]ii)
-aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan melalui aktiviti yang
terdapat dalam kegiatan tersebut contohnya perkhemahan, kawad kaki
dan sebagainya. -murid menjalankan aktiviti berkumpulan secara
langsung mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli kumpulan-melalui
semangat muafakat,kerjasama dan tolong-menolong[3 markah]
iii) - kurang aktiviti menarik dalam kokurikulum - tiada
sokongan oleh guru mahu pun ibu bapa - pengaruh rakan [4
markah]
TEMA 10 :WARISAN BANGSAPendahuluan[2 markah]
Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat
cinta akan negara dalam kalangan belia.Isi Tersurat [12 markah]
1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin
menular.2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara
nyata.3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan
bentuk baru.4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada
peringkat sekolah menengah.5. Belia tidak menghargai kemerdekaan
negara.6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.
Isi Tersirat [4 markah]
1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan
Kemerdekaan.2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang
berunsur patriotik di rumah.3. Ibu bapa sewajarnya membawa
anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam negara.
Kesimpulan[2 markah]
Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia
kembali ke pangkal jalan supaya mereka menyedari tanggungjawab
mereka kepada negara.Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar
disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka menyedari
tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.
Soalan 2(a) : Pemahaman Umum
i. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah[2
markah]ii. -.bangga menjadi rakyat Malaysia-bersemangat setia
kepada negara-menyanjungi semangat kekitaan[3 markah]iii.
-menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan-menentang usaha pihak
luar campur tangan hal ehwal negara kita-menghormati lagu
Negaraku-menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari
Pahlawan-berbangga menjadi anak Malaysia[4 markah]
TEMA 11 : INDUSTRI PELANCONGAN
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara meningkatkan
kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi untuk
berkembang di Malaysia.
Isi tersurat [12 markah]
1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan
tawaran hospital dan hotel.2. Membentuk rujukan rangkaian
antarabangsa. 3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan
pusat perubatan terkemuka di dunia.4. Menggalakkan pembentukan
syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. 5. Melonggarkan
syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta
pesakit. 6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan.
7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi
perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta
tempatan. 8. Mengadakan pemantauan secara berterusan. 9. Menubuhkan
Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. 10.
Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang
berkualiti.
Isi tersirat [4 markah]
1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara. 2. Imej negara akan
terkenal di seluruh dunia. 3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan.
4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat. 5. Pakar
perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.
Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan
supaya Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor
tersebut.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) -peranan untuk memajukan masyarakat [2 markah]
(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan
swasta-negara kita memiliki kepakaran yang tinggi-kos perubatan
rendah mengikut tukaran mata wang asing-negara kita memiliki
keindahan alam semula jadi[3 markah]
(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama-saingan daripada
negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri-sambutan
masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh-kos
untuk memajukan bidang ini sangat tinggi[4 markah]
TEMA 12 : KESELAMATAN JALAN RAYA
Pendahuluan[2 markah]
Petikan membincangkan isu kemalangan jalan raya di negara
kita.
Isi tersurat [12 markah]Keluaran Negara kasar mengalami
kerugianPerbelanjaan tinggi untuk tujuan baik pulih, tuntutan
insuran, dan bil perubatanKemalangan jalan raya yang menimpa
golongan pekerja menjejaskan produktiviti negaraKehilangan seorang
kakitangan menyebabkan kos sumber manusia akan bertambah.Negara
kekurangan penduduk muda dan tenaga kerjaNegara terpaksa bergantung
kepada tenaga kerja asingPelabur-pelabur asing berasa pelaburan
mereka tidak menguntungkanPara pelancong asing tidak mahu
mengunjungi negaraOrganisasi yang berkenaan akan kehilangan
kakitangan
Isi tersirat [4 markah]Pemandu memandu dengan cuai / lalai /
mangantukPemandu memandu dalam keadaan mabukPemandu tidak
berhemahPemandu memandu dalam keadaan panas baranPemandu melanggar
peraturan jalan raya / memandu dengan had laju maksimumKeadaan
jalan raya sempit / bengkang-bengkok / berlubang-lubang / kurang
selesaKereta tidak diselenggarakan dengan baik / betul / mengikut
jadualPemandu memandu mnegikut emosiPemandu tidak bertoleransi
Kesimpulan[2 markah]Kesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama
mengatasi kemalangan jalan raya agar keselamatan pemandu
terpelihara.
Soalan 2(a) : Petikan Umum (i) 1. -penguatkuasaan
undang-undang-Mengadakan kempen secara besar-besaran dan bukan
bermusim-Membaikpulih keadaan jalan yang rosak[3 markah]
(iii) -sikap bertoleransi -sikap penyayang -sikap menghargai dan
menghormati pengguna jalan raya yang lain
[4 markah]
TEMA 13 : PENDATANG ASING
Pengenalan [2 markah]
Petikan membincangkan implikasi negatif kemasukan buruh asing ke
negarakita
Isi tersurat [12 markah]
S1 berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan
wabakS2 kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi
mencegahnyaS3 kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi
sangat tragisS4 kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional
dalam bidang perubatanuntuk mengatasi masalah tersebut S5
Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan
negara iniS6 kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk
menyediakankemudahan persekolahanS7 Guru guru melebarkan tumpuan
mencakupi anak-anak pendatangS8 Bukan sedikit pula jenayah yang
terjadiS9 kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan
penjenayahtempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih
keras.S10 Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan
yangbesar daripada kerajaanS11 meninggalkan trauma yang mendalam
kepada mangsa yang terdiri daripadarakyat tempatanS12 mengganggu
ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini
Isi Tersirat[4 markah]
T1 Menggunakan lebih banyak teknologi robotik dalam sektor
perindustrian/pertanianMenggantikan tenaga kerja manusia kepada
tenaga kerja robotik berteknologi tinggi
T2 Mewajibkan setiap majikan mengaplikasikan sistem berkerja
dari rumah bagi pekerja wanita
Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, semua pihak perlu berpadu tenaga mengawal
kemasukanburuh asing agar/supaya kehidupan rakyat Malaysia lebih
harmoni dan selesa . rakyat Malaysia dapat menikmati sepenuhnya
keharmonian negara
Soalan 2(a) Petikan Umum
(i) Berikan maksud rangkai kata melebarkan tumpuan.- meluaskan
perhatian-memfokuskan perhatian- memberikan perhatian[2 markah](ii)
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke
MalaysiaUntuk bekerja?
- Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur-
faktor-faktor kedaifan hidup di negara asal- kekurangan peluang
kerja di negara asal mereka[3 markah]
TEMA 14 : KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan/memperkatakan/mendikusikan
punca-punca/faktor-faktor merosotnya disiplin pelajar di negara
kita.
Isi Tersurat [12 markah]S1 Pengaruh media massa.S2 Berlaku
kerana masalah keluarga.S3 Sesetengah ibu bapa menyerahkan soal
disiplin kepada pihak sekolah.S4 Sesetengah pelajar menjadikan
sekolah sebagai tempat melupakan masalah.S5 Hukuman kepada
seseorang pelajar menyebabkan seseorang pelajar menjadi semakin
liar.S6 Pengaruh rakan sebaya mempengaruhi disiplin pelajar
merosot.S7 Terpengaruh dengan gaya hidup rakan yang tidak
bersekolah.S8 Kemerosotan moral akibat kesan pembangunan negara dan
era teknologi maklumat dan komunikasi.S9 Ibu bapa yang memberikan
contoh negatif terhadap anak-anak.S10 Sikap kurang matang remaja
menyebabkan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang bertentangan
dengan peraturan sekolah.
Isi Tersirat [4 markah]T1 Guru lebih prihatin terhadap pelajar
yang menghadapi masalah keluarga.T2 Pelajar bermasalah hendaklah
diberi kaunseling yang menyentuh jiwa.T3 Kursus pendedahan hala
tuju hidup terhadap pelajar tidak berdisiplin.T4 Tindakan guru
lebih memberikan pengajaran bukan berbentuk mendera.
Penutup[2 markah]Sebagai kesimpulan/tuntasnya/konklusinya,
pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah agar/supaya
dapat memberikan fokus terhadap pelajaran.
Soalan (a) Petikan Umum
(i) Rangkai kata "hakikatnya pembentukan akhlak" bermaksud
kenyataannya melahirkan sahsiah.[2 markah]
(ii) Kesan daripada berlakunya keruntuhan disiplin pelajar ialah
wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut dan pergaduhan.
Selain itu, persekitaran yang tegang dalam kalangan pelajar kerana
berasa terancam. Akhir sekali, masalah disiplin telah menjejaskan
imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan. [Pilih dua isi sahaja. 1 markah untuk bahasa][3
markah]
(iii) Ibu bapa sukar megawal anak mereka yang sedang meningkat
remaja kerana sikap remaja yang suka melawan balik kata-kata
nasihat yang diucapkan. Selain itu, golongan remaja berasa bahawa
pendapatnya adalah benar, manakala pendapat orang tua ketinggalan
zaman. [Pendapat yang sesuai diterima.][4 markah]
TEMA 15 : PENGANGGURAN
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan/memperkatakan/mendikusikan sebab-sebab /
faktor-faktor pengangguran dalam kalangan siswazah.
Isi Tersurat [12 markah]S1. Sikap terlalu memilih kerjaya S2.
siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana
kerja.S3. sesetengah siswazah yang tidak