Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013 CSL2013 PEMAHAMAN KOMSAS SPM 2013 SOALAN 2(b) : CERPEN / DRAMA 1 IBU DAN CEPER (T4) 1. Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”? Berikan tiga alasan anda. o ya / wajar o bapa “aku” tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka o bapa “aku” tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga o bapa “aku” lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan masalah tanaman padi yang ditenggelami air 2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. o berjaya dalam pelajaran o memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan o patuh kepada arahan dan nasihatnya o membantunya ketika ada masa lapanh o tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya 3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan sungai dapat mengekalkan fungsinya? o setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air pertanian dan tempat tinggal habitat ikan o kempen `Sayangi Sungai Kita` hendaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan kepentingan sungai dalam kehidupan manusia o pihak berkuasa hendaklah menjadikan sungai sebagai tempat riadah dengan menyediakan kemudahan yang perlu 4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada ibu dibandingkan dengan Sungai Ceper yang "memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya”? o Keistimewaan ibu sangat istimewa kerana tulang empat kerat ibu bertenaga. o Ibu sentiasa cergas dan cekap melakukan kerja-kerja seperti mengejar burung apabila padi menguning dan menuai padi. o Ibu juga pandai menganyam tikar mengkuang serta bergaul dengan masyarakat semasa kenduri ataupun ada kematian. 5. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga pendapat. o Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan o Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam o Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan petani
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau sebelum ini dikenali KBKK
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
PEMAHAMAN KOMSAS SPM 2013
SOALAN 2(b) : CERPEN / DRAMA
1 IBU DAN CEPER (T4)
1. Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”?
Berikan tiga alasan anda.
o ya / wajar
o bapa “aku” tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka
o bapa “aku” tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
o bapa “aku” lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan
masalah tanaman padi yang ditenggelami air
2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan
hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan
cerpen di atas.
o berjaya dalam pelajaran
o memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan
o patuh kepada arahan dan nasihatnya
o membantunya ketika ada masa lapanh
o tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya
3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan sungai
dapat mengekalkan fungsinya?
o setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air
pertanian dan tempat tinggal habitat ikan
o kempen `Sayangi Sungai Kita` hendaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan
kepentingan sungai dalam kehidupan manusia
o pihak berkuasa hendaklah menjadikan sungai sebagai tempat riadah dengan
menyediakan kemudahan yang perlu
4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada ibu dibandingkan dengan Sungai
Ceper yang "memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas
dari busurnya”?
o Keistimewaan ibu sangat istimewa kerana tulang empat kerat ibu bertenaga.
o Ibu sentiasa cergas dan cekap melakukan kerja-kerja seperti mengejar burung apabila
padi menguning dan menuai padi.
o Ibu juga pandai menganyam tikar mengkuang serta bergaul dengan masyarakat
semasa kenduri ataupun ada kematian.
5. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan?
Berikan tiga pendapat.
o Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan
o Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam
o Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan
petani
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
6. Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu?
Nyatakan tiga usaha anda.
o Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu
o Membantu jiran saya berpindah ke pusat pemindahan
o Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan
7. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sungai kepada kehidupan manusia? Nyatakan
tiga kepentingannya.
o Sungai membekalkan sumber protein
o Sungai membekalkan sumber bekalan air untuk kegunaan manusia
o Sungai menjadi jalan pengangkutan, khususnya di kawasan pedalaman
8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya?
Kemukakan tiga cadangan anda.
o Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa
o Selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan
o Menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua
9. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan unutk memastikan sungai
dapat mengekalkan fungsinya?
o Setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air
pertanina dan tempat tinggal habitat ikan
o Kempen ”Sayangi Sungai Kita” hendaaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar
akan kepentingan sungai dalam kehidupan manusia
o Pihak berkuasa hendaklah berusaha menjadikan sungai sebagai tempat riadah, dengan
menyediakan kemudahan yang perlu, yang menyebabkan masyarakat berusaha untuk
menjaganya
10. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak pada zaman sekarang menghantar ibu
bapa mereka yang sudah tua ke rumah kebajikan?
o Mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa mereka
o Mereka malu untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua
o Mereka beranggapan menjaga ibu bapa akan membebankan mereka
o Mereka beranggapan ibu bapa mereka akan dijaga dengan lebih baik di rumah
kebajikan
11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini kurang menghargai sungai?
Nyatakan tiga sebab.
o Masyarakat kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai
o Masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang kotoran dan sisa industri ke
dalam sungai
o Tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas
12. Penulis menyatakan bahawa dia amat mencintai ibu. Bagaimanakah sewajarnya
beliau menunjukkan rasa kecintaan itu?
o Membantu ibu bekerja di rumah seperti mengemas rumah untuk emlegakan hatinya
o Membantu ibu di sawah untuk meringankan tugasnya
o Menyediakan makanan atau minuman untuk ibu semasa bekerja di sawah bagi
memberikan semangat kepadanya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
2. DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (T5)
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan remaja
tidak terpengaruh dengan gejala negatif yang datangnya dari negara Barat?
o kerajaan hendaklah mengawal kemasukan media Barat yang banyak memaparkan
unsur negatif
o ibu bapa hendaklah selalu menegur pelakuan anak, terutama fesyen pakaian anak-
anak
o guru hendaklah menekankan nilai barat yang boleh dicontohi dan yang perlu dihindari
2. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Man boleh mengeluarkan idea yang bernas
sedangkan dia hanyalah nelayan biasa?
o kerana hasil pergaulan dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang kerjaya dan pendidikan
o Pak Man suka berfikir mengenangkan nasib nelayan yang tidak berubah walaupun
bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan
o ramai anaknya sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup, dan hasil perbincangan
dengan anak-anaknyalah pengetahuannya semakin luas
3. Wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga mereka ditimpa musibah?
Berikan tiga alasan anda.
o tidak wajar
o bapa mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan
o emak mereka bersusah payah membesarkan mereka
o menjadi tanggungjawab anak menjenguk keluarga apabila ditimpa musibah
4. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meneruskan niatnya untuk pulang bekerja di
Kuala Lumpur ketika keluarganya berada dalam
musibah?
o Tidak wajar
o Ayahnya yang hilang di laut belum lagi ditemui
o Peristiwa kehilangan ayah kandungnya di laut bukanlah perkara yang boleh dibuat
main-main
o Sebagai seorang anak, Shahrul sepatutnya banyak memberi perangsang/semangat
kepada ibunya
o Shahrul tidak sepatutnya membebani ibunya dengan masalah baharu
5. Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada
mangsa-mangsa bencana alam seperti
banjir dan tsunami? Nyatakan tiga bentuk bantuan itu.
o Bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya
o Bantuan pakaian kerana pakaian basah, kotor, hilang
o Bantuan ubat-ubatan dan alat kebersihan diri
o Bantuan kewangan untuk pembelian barang-barang keperluan yang rosak
o Bantuan sokongan psikologi/motivasi untuk memulihkan mangsa daripada trauma
sebagai akibat kesan bencana alam tersebut
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
6. Sebagai seorang anak, nyatakan tiga cara untuk membalas jasa ibu bapa.
o Saya akan menggembirakan hati ibu bapa saya
o Saya akan sentiasa menyayangi mereka
o Saya akan menjaga mereka semasa mereka tua nanti
7. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
walaupun mengetahui malapetaka yang bakal
menimpa apabila berada di tengah-tengah laut?
o Kerana pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja, jadi sudah sebati dengan jiwa
mereka
o Golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja
o Mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan Allah, jadi masalah tempat bekerja
bukan menjadi halangan untuk terus mencari rezeki
8. Sekiranya anda sebagai anak Jimah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan
untuk membahagiakan ibu bapa anda itu.
o Selalu menziarahi mereka di kampung
o Memberikan bantuan dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan oleh
mereka
o Membawa mereka ke rumah saya atau melancong ke tempat lain untuk
menggembirakan hati mereka
9. Sebagai pelajar, jelaskan tiga perkara yang dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan
dan keinginan anda dalam kehidupan
seharian.
o Saya akan mengambil kira kemampuan diri.
o Sebagai contoh, saya membeli pakaian sekolah mengikut kemampuan dan bukan
keinginan untuk memiliki pakaian yang cantik dan berjenama
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan kesan yang akan
saya terima
o Sebagai contoh, saya akan membahagikan masa untuk bermain atau menonton
televisyen dengan masa untuk belajar di rumah agar tidak terlalu membuang masa
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan peraturan dan
undang-undang
o Sebagai contoh, saya akan memastikan pilihan dan tindakan saya itu tidak menyalahi
peraturan dan undang-undang negara
10. Punca yang menyebabkan berlakunya penggangguran dalam kalangan siswazah di
negara ini.
o Sikap memilih pekerjaan
o Berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran
o Banyak syarikat swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah
berpengalaman bekerja
o Saingan daripada pekerja asing/upah tenaga kerja asing lebih rendah.
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
3. CERPEN ISRAK (T4)
1. Kita selalu diingatkan bahawa malang itu tidak berbau.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut kita lakukan untuk mengelakkan
daripada menerima nasib seperti Israk?
o mandi di kawasan cetek dan diakui tidak berbahaya
o mandi perlu berteman agar rakan dapat menolong kita jika kita lemas
o perlu mempunyai kemahiran berenang sebagai persiapan diri menghadapi sebarang
kemungkinan
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada
di tempat orang?
o bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun
o berusaha memahami adat dan budaya di tempat tersebut
o menghormati orang yang lebih tua daripada kita
3. Sekiranya anda ialah mahasiswa dalam bidang pertanian, jelaskan usaha-usaha yang akan
anda lakukan untuk memajukan bidang
pertanian di kampung.
Berikan tiga cadangan anda.
o Bantuan nasihat agar petani dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
o Menggunakan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian
o Mengurus pinjaman modal melalui bank
4. Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan agar Israk berusaha untuk
menyesuaikan diri di rumah Wah?
o Pada peringkat awal Israk hendaklah diberi penjelasan berkaitan cara hidup dan
makanan penduduk kampung
o Mikraj perlulah bijak memujuk agar hati Israk lembut dan menurut katanya
o Mikraj seharusnya menasihati Israk agar bersopan santun dengan orang yang lebih tua
kerana itu adalah adat orang timur
5. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan
orang tua kita, selain melawati mereka? Berikan tiga tindakan.
o Menjaga kebajikannya dan membawa orang tua bersiar-siar
o Menjaga hati mereka
o Cuba memenuhi permintaan mereka
6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampung itu
mundur? Berikan tiga faktor.
o Letaknya jauh dari bandar
o Tiada kemudahan asas, terutama jalan raya
o Tiada sebarang hasil yang menguntungkan
7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melayan orang tua seperti Wah?
o Melayan beliau dengan penuh kasih dan sayang
o Membantu beliau dalam melakukan sesuatu kerja
o Melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
o Menghulurkan duit supaya beliau tidak terbeban untuk membuat kerja
8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik seseorang itu
menghormati orang tua? Kemukakan tiga cadangan anda.
o Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak supaya anaknya itu
sedar akan kepentingan menghormati golongan tua
o Kempen kesedaran tentang kepentingan menghormati golongan tua digiatkan
o Sambutan Hari Warga Tua diadakan secara besar-besaran supaya masyarakat
menghormati golongan tua
9. Pada pendapat anda, mengapakah sesekali kita perlu menziarahi keluarga kita y ang
berada di kampung?
o Untuk mengeratkan tali silaturahim
o Kita belajar memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain agar kita lebih
bersyukur akan nasib baik yang kita lalui
o Kita boleh memanfaatkan pengalaman tesebut unutk digunakan dalam pembelajaran
di kelas atau kehidupan kita seharian
10. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan
mata pelajaran Sastera di sekolah?
o Memperkenalkan mata pelajaran ini di peringkat sekolah rendah
o Membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran ini untuk menarik minat para pelajar
mempelajarinya
o Mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran ini
11. Andaikan diri kamu Mikraj, nyatakan tiga kesan sekiranya kamu berbalah dengan
Israk.
o Keluarga akan berpecah-belah
o Menjatuhkan nama baik dan imej keluarga
o Memutuskan ikatan silaturahim
o Menjejaskan kesihatan dan emosi Wah
4. CERPEN BIARKAN SAMUDERA (T4)
1. Jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kaum nelayan.
o memberikan bantuan peralatan dan perkakasan perikanan
o mewujudkan perkampungan nelayan yang bersih, selesa, dan lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas
o menubuhkan koperasi nelayan
2. Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk
memulihkan semanngat Mir?
o mengajak dia melancong
o selalu menemaninya berbual
o mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga
o membawanya berjumpa dengan pakar
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
3. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
o bersaing dengan rakan itu daripada aspek kecemerlangan dalam akademik supaya
rakan lebih menghormati saya
o mencungkil rahsia kejayaan keluarga rakan saya itu untuk dijadikan motivasi
4. Pada pendapat anda, adakah tindakan Hakimah yang selalu mendampingi Amirah itu
betul? Berikan alasan anda.
o Tindakan Hakimah itu betul dan memberikan faedah kepada Amirah
o Kerana sekurang-kurangnya Amirah ada tempat untuk mengadu masalahnya atau
berbual-bual
o Puan Kaunselor telah mengklasifikasikan kes Amirah sebagai pneyakit skizofrenia
awal yang bosan untuk hidup
o Jikalau Hakimah membiarkan Amirah keseorangan dan menurut perasaan kecewanya,
tidak mustahil Amirah akan membunuh diri
5. Jika anda sahabat baik Mir, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
menggembirakan sahabat anda itu? Nyatakan tiga tindakan.
o Saya akan mengajaknya bersiar-siar untuk menenangkan fikiran
o Saya juga akan menasihatnya agar bersabar menghadapi cabaran
o Saya akan selalu menemaninya agar dia tidak keseorangan
6. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada
samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera.
o Saya akan berbakti kepada samudera dengan cara menulis makalah tentang keburukan
mencemari samudera
o Saya juga akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihakn samudera
o Saya akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera
7. Pada pendapat anda, apakah perbuatan manusia yang boleh mencemari laut dan
hidupannya?
o Membuang sampah sarap ke laut
o Mengambil batu karang
o Membuang sisa toksik dan minyak ke laut
o Menyalurkan air kumbahan ke laut
o Menambak laut untuk membangunkan sesuatu projek
8. Sekiranya anda Hakimah, apakah tindakan yang anda ambil untuk membantu Mir
mengatasi tekanan perasaan yang dialaminya? Kemukakan tiga cadangan anda.
o Meminta Mir meluahkan masalahnya untuk mendapatkan pandangan
o Membawa Mir berjumpa dengan kaunselor di kolej
o Membawa Mir melancong ke tempat-tempat yang menarik
9. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o Saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
o Saya ”berlawan” dengan rakan saya itu daripada aspek kecemerlangan dalam
akademik supaya rakan saya itu lebih menghormati saya
o Saya mengorek rahsia akan kejayaan keluarga rakan saya itu unutk dijadikan motivasi
10. Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu
membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir.
o Hakimah sangat kasihan akan diri Mir
o Mir ialah sahabat rapat Hakimah
o Hakimah telah dididik menjadi orang yang berbudi oleh ibunya
11. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?
o Menegur kesilapan yang dilakukan oleh rakannya
o Bersama-sama dengan rakannya semawsa senang dan susah
o Tidak memburuk-burukkan nama rakannya di hadapan orang laiin
o Sentiasa mengajak rakannya melakkukan perkara y ang berfaedah
5. CERPEN MELLISA (T4)
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut
anda ambil.
o memohon bantuan pihak keselamatan
o berlindung di balai polis atau di kem tentera
o berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman
2. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain
3. Jelaskan kesan polarisasi perkauman yang digambarkan dalam petikan tersebut.
o Kesan polarisasi perkauman menyebabkan pengenalan kaum semakin jelas
o Hal ini terbukti apabila Inggeris menjalankan dasar devide et empera, setiap kaum
akan mementingkan kaum masing-masing
o Contohnya, kaum baba peranakan yang mempunyai identiti sendiri dan sudah
berasimilasi dengan masyarakat setempat, telah berubah secara mendadak
o Kalau dahulu gadis mereka memakai baju panjang dan jaket dalam serta berkainarung
dan bersanggul siput, tetapi sekarang tidak lagi
o Apabila mereka berpakaian begitu, mereka kelihatan seperti orang Melayu dan
identiti tersebut tidak melambangkan identiti kaum
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
4. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara.
Nyatakan tiga masalah.
o Menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
o Membantutkan usaha kerajaan untuk membangunkan negara
o Imej negara juga akan terjejas
5. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui
Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
o Tidak akan mencari perempuan lain kerana
o Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
o Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
o Saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri
6. Pada pendapat anda, mengapakah dia merasakan cintanya kepada Hisyam adalah cinta
yang benar? Berikan tiga alasan anda.
o Hisyam terlalu menyayanginya
o Hisyam tidak pernah melukai hatinya
o Hisyam terlalu baik orangnya
o Hisyam tidak pernah melepaskannya
7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada peristiwa rusuhan kaum terhadap
negara kita? Nyatakan tiga kesan.
o Banyak nyawa terkorban
o Keadaan politik menjadi tidak stabil kerana rakyat bersengketa
o Aktiviti ekonomi lumpuh kerana urus niaga tidak dapat dijalankan dengan lancar
8. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o Kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o Kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o Kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain
9. Pada pendapat anda, siapakah penjajah yang dimaksudkan pengarang dan mengapakah
penjajah itu mengamalkan sistem devide ae empera (pecah dan perintah)?
o Penjajah yang dimaksudkan pengarang ialah Inggeris
o Kerana hendak memastikan rakyat yang dijajah mereka hidup berasingan dan tidak
bersatu padu
o Dengan cara ini, kaum yang berbeza tidak akan bersatu untuk menentang penjajahan
mereka
10. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja?
o Kempen kesedaran
o Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah
o Didikan daripada ibu bapa
o Penglibatan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
11. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha
yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
o Melalui sistem pendidikan yang sama
o Kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan
o Melalui sambutan perayaan secara bersama
o Peranan media massa yang selalu memaparkan kepentingan perpaduan
12. Pada pendapat anda, apakah perasaan Farid apabila rakannya itu tertarik pada
Syahid? Berikan tiga alasan anda berpendapat sedemikian.
o Farid berasa cemburu
o Kerana dia mempunyai perasaan terhadap rakannya itu
o Rakannya itu telah lama dikenali
o Rakannya itu selalu bersama-sama dengannya
o Rakannya itu anak gadis dan dia pula masih bujang
13. Cadangkan tiga langkah untuk memajukan kampung tersebut.
o Bina jalan raya berturap yang lebar untuk memudahkan perhubungan kampung
tersebut dengan masyarakat luar
o Tanah sawah di kampung tersebut dinaikkan taraf menjadi tanah sawah moden yang
diusahakan dengan jentera dan teknik pertanian moden
o Pihak berkuasa juga perlu memajukan tanah terbiar untuk dijadikan kilang atau
tempat industri desa bagi memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan
14. Cadangkan usaha-usaha untuk menarik minat remaja menyertai pasukan keselamatan?
o Pihak polis/tentera menyampaikan penerangan terperinci kepada remaja
o Membuat promosi/kempen di media massa
o Pihak sekolah mewajibkan penyertaan pelajar dalam badan beruniform seperti
polis/tentera/JPA
o Dorongan daripada ibu bapa
o Kerajaan menyediakan gaji/elaun/kemudahan yang lebih baik
6. CERPEN MEMORI SEORANG TUA (T4)
1. Pada pendapat anda, mengapakah tokoh yang berjasa kepada negara patut kita kenang
dan hargai?
o kerana daripada perjuangan merekalah negara memperoleh kemerdekaan dan kini
terus maju
o dapat membalas jasa mereka walaupun tidak dalam bentuk wang ringgit
o sekiranya mereka masih hidup, kita akan memperoleh ganbaran yang sebenar tentang
sejarah perjuangan pahlawan tanah air satu ketika dahulu
2. Sekiranya anda Pak Mat, apakah yang akan anda lakukan untuk memujuk dan
menenangkan hati Pak Itam?
o bercerita tentang kemeriahan sambutan hari lahirnya
o berbual-bual dengan Pak Itam tentang perjuangannya sewaktu menuntut kemerdekaan
tanah air
o memberikan alasan kukuh tentang kesibukan tugas seorang wartawan
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
3. Sekiranya anda ialah Pak Itam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda lakukan untuk
mengisi kemerdekaan sebagai sumbangan kepada kemajuan negara.
o menyahut seruan kerajaan untuk mengisi kemerdekaan
o membimbing anak muda agar mampu merealisasikan hasrat kerajaan
o menyokong rancangan kerajaan mengadakan pembangunan di kampung
4. Pada pendapat anda, mengapakan Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib
anak-anaknya?
o kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-anaknya
o dia tidak mengetahui nasib anak-anaknya kini, sama dalam keadaan sihat atau
sebaliknya
o naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak
5. Jelaskan matlamat dan perjuangan Pak Itam.
o Pak Itam ingin menyedarkan orang Melayu tentang hak mereka, menjaga maruah, dan
mentadbirkan negara mereka sendiri
o Segala kekayaan di tanah air perlu dinikmati oleh orang Melayu bukannya penjajah
6. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dihormati. Berikan tiga kesan.
o Kesejahteraan hidup akan terjejas
o Perasaan tidak puas hati sesetengah pihak akan timbul
o Imej negara pasti terjejas
7. Sekiranya di kampung anda terdapat seorang orang tua yang tinggal bersendirian seperti
Pak Itam, apakah pertolongan yang dapat anda berikan? Nyatakan tiga jenis pertolongan.
o Menziarahinya pada masa lapang untuk berbual-bual bagi menghilangkan
kesunyiannya
o Memberinya makana dan minuman mengikut kemampuan
o Membawanya ke hospital sekiranya orang tua itu uzur
8. Pada pendapat anda, apakah sikap Tuk Mat yang wajar dicontohi?
o Sikap prihatin Tuk Mat menjaga kebajikan Pak Itam
o Kesungguhan Tuk Mat mengetuai penduduk kampung membuat persediaan untuk
menyambut ulang tahun hari lahir Pak Itam.
9. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan
generasi muda?
o Kempen Patriotisme dalam kalangan pelajar dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum
10. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam ingin membela bangsanya? Nyatakan
empat alasan anda.
o Bangsa Pak Itam telah ditindas oleh Orang Putih
o Bangsa Pak Itam hidup melarat dengan kemiskinan
o Bangsa Pak Itam tidak maju seperti bangsa lain
o Penjajah orang putih tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap bangsa Pak Itam
o Pak Itam mahu bangsanya menerajui tanah airnya sendiri
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat melupakan jasa seseorang pejuang?
Kemukakan tiga sebab.
o Masyarakat selesa akan keadaan sekarang yang aman
o Masyarakat leka oleh kemewahan yang dinikmati pada masa ini
o Masyarakat tidak mengenalinya sebagai pejuang
12. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib
anak-anaknya?
o Mengenangkan anak-anaknya kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-
anaknya
o Dia tidak mengetahui akan nasib anaknya kini, sama ada dalam keadaan sihat atau
sebaliknya
o Naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak
13. Berikan pendapat anda tentang sebab-musabab Pak Itam berjuang untuk
memelayukan orang Melayu?
o Pada waktu itu sudah ada orang Melayu yang meniru cara kehidupan orang Inggeris
yang menjajah Tanah Melayu
o Ada orang Melayu pada ketika itu yang bersekongkol dengan orang Inggeris untuk
menentang pejuang kemerdekaan
o Pada ketika itu, sudah ada orang Melayu yang berpendidikan Inggeris enggan
membantu bangsa Melayu, malah memandang jijik terhadap bangsa sendiri
14. Sekiranya anda ialah Tuk Mat, jelaskan tiga tindakan untuk mententeramkan Pak
Itam yang kerisauan kerana tetamu tidak datang ke majlisnya.
o Saya akan mendampingi Pak Itam dan berbual-bual dengannya
o Saya akan memberitahu Pak Itam bahawa tetamu akan tiba sebentar lagi
o Saya akan menasihati Pak Itam supaya bersabar
15. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Mat ingin membela dirinya apabila melihat
keredupan wajah Pak Itam? Nyatakan empat sebab.
o Tuk Mat berasa bersalah kerana tidak dapat membantu menunaikan hajat Pak Itam
o Tuk Mat tidak mahu dianggap gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan oleh Pak Itam dengan baik
o Tuk Mat mendapati Pak Itam bersedih pada hari lahirnya
o Tuk Mat mendapati rancangan yang telah diatur tidak berjalan lancar
7. CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (T5)
1. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Husain terkejut apabila mendapati ayah Khalid
sudah meninggal dunia?
o kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dan harapannya untuk bertemu tidak
kesampaian
o dia terasa baru sahaja menemui ayah Khalid, sedangkan hakikatnya sudah berpuluh-
puluh tahun tidak bertemu
o dia masih mengingati kenangan manis bersama ayah Khalid dan berharap kenangan
itu dapat dikongsi dengan anak cucu
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
2. Sekiranya anda ialah penulis, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda ambil untuk
membalas jasa Pak Husain.
o membawa Pak Husain tinggal bersama
o menjaga kebajikan Pak Husain
o berusaha mendapatkan pengiktirafan atas keberanian Pak Husain
3. Sekiranya anda ialah pakar psikologi, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda lakukan
untuk memulihkan semangat Pak Husain
kembali.
o Menemani Pak Husain sepanjang masa dengen cerita yang menggembirakan
o Menasihati Pak Husain agar tabah dan tenang menghadapi peristiwa lalu
o Mengajak Pak Husain mendekati diri dengan perintah Allah/ suruhan agama
o Meminta kerjasama daripada ahli keluarganya untuk sama-sama memulihkannya
4. Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan?
o Kerana peperangan boleh memisahkan mereka sekeluarga
o Peperangan boleh menyebabkan kalangan mereka ada yang terbunuh
o Peperangan menyusahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat
5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh generasi kini
untuk mengisi kemerdekaan negara?
o Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencurahkan bakti kepada negara
o Menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat
o Tidak melakukan perbuatan jenayah yang mengancam kemakmuran dan keselamatan
rakyat serta negara
8. CERPEN PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG (T5)
1. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak suka memelihara anak
angkat?
o kerana bimbang apabila dewasa kelak, anak angkat tersebut akan kembali kepada ibu
kandungnya
o proses mendapatkan anak angkat melalui karenah birokrasi menyebabkan masyarakat
menjadi bosan
o masyarakat kurang yakin dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya
terhadap anak yang baru dipelihara
2. Sekiranya anda ialah Mak Timah, apakah usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk
memastikan Pungut mendapat kehidupan yang
lebih baik? Kemukakan empat tindakan tersebut.
o menghantarnya ke sekolah khas
o mendaftarkan Pungut dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasibnya terbela
o mengajar Pungut berdikari
o meminta bantuan pakar perubatan untuk membantu Pungut
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
3. Sekiranya anda ialah Mak Timah, adakah anda akan menjaga dan memelihara Pungut
hingga ke akhir usia anda?
Nyatakan tiga alasan anda.
o Ya
o Pungut merupakan amanah Allah/Tuhan yang harus dijaga
o Saya telah menganggap Pungut sebagai anak kandung
o Saya telah memelihara dan mengasuh Pungut dari bayi hingga sekarang
o Nasib Pungut pasti tidak terbela sekiranya dia dihantar ke rumah jagaan orang
kelainan upaya
4. Sekiranya anda Mak Timah, nyatakan tiga nasihat yang akan anda berikan kepada Bibik
agar Bibik dapat menerima kelahiran anak Siew
Lan yang cacat.
o Saya akan meminta Bibik agar bersabar dengan dugaan Tuhan.
o Saya juga akan menasihati Bibik agar menjaga anak itu dengan sebaik yang mungkin
o Saya akan memberitahu Bibik mungkin terselit rahmat di sebalik kelahiran anak cacat
itu
5. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak suka memelihara anak
angkat?
o Kerana bimbang apabila besar kelak, anak angkat tersebut akan kembali kepada ibu
kandungnya
o Seterusnya proses mendapatkan anak angkat melalui kerenah birokrasi menyebabkan
masyarakat menjadi bosan
o Masyarakat kurang yakin dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya
terhadap anak yang baru dipelihara
6. Sekiranya anda Bibik, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk memastikan
Siew Lan tidak membuang bayinya itu.
o Saya akan memujuk Siew Lan dengan mengatakan bahawa bayi itu ialah anak
kandungnya sendiri dan dia perlu memeliharanya sendiri walaupun cacat
o Jika Siew Lan menghadapi masalah kewangan, saya akan cuba membantunya dengan
mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
o Sekiranya Siew Lan masih berdegil dan mahu membuangnya, saya akan mencari
orang yang benar-benar mahukan anak atau menyerahkan bayi itu kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat
7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu orang-orang yang kurang
upaya seperti Pungut agar kebajikan mereka
terjamin?
o Mendaftarkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan
bulanan
o Pungut boleh didaftar di sekolah khas yang mengajar murid-murid yangkurang upaya
sepertinya
o Pungut juga hendaklah dirujuk kepada pakar untuk mengetahui masalahmya dan
mencari jalan untuk membantunya berdikari
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
8. Pada pendapat anda, adakah Siew Lan wajar dikenakan tindakan sekiranya dia membuang
anaknya? Kemukakan tiga alasan anda.
o Wajar
o Kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap anak sendiri/mengabaikan anak sendiri
o Kerana dia mendiskriminasi anak sendiri
o Kerana dia menafikan hak anak itu untuk hidup
9. DRAMA DATO’ ONN (T5)
1. Pada pendapat anda, apakah yang patut masyarakat lakukan untuk membantu keluarga
yang tiada tempat bergantung, contohnya ibu tunggal?
o membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan yang
sewajarnya
o ketua kampung atau ketua taman perumahan perlu mengenal pasti golongan ini dan
berbincang bersama-sama dengan penduduk yang lain untuk meringankan beban yang
dihadapi
o bagi mereka yang berkemampuan, hendaklah terus membantu dalam bentuk makanan,
tempat tinggal, dan kewangan
2. Pada pendapat anda, mengapakah cadangan Dato’ Onn tidak diterima oleh ahli-ahli
UMNO?
o ilmu dan pengetahuan ahli-ahli masih rendah
o Dato’ Onn tidak menjelaskan matlamat cadangan itu kepada semua ahl dengan
sebaik-baiknya
o Dato’ Onn tidak mengambil kira faktor kesesuaian masa untuk memberikan cadangan
o Dato’ Onn tidak memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk membahaskan
cadangannya itu sebelum dibuat keputusan
o ahli-ahli takut UMNO menjadi tidak stabil
3. Pada pendapat anda, wajarkah Onn mempertahankan tanah miliknya daripada dirampas
oleh pihak Inggeris?
o Wajar
o Tanah itu ialah tanah pusaka milik ayahnya
o Tanah itu dikurniai Sultan Johor kepada ayah Dato’ Onn sebagai menghargai jasa
ayahnya sebagai Menteri Besar Johor
o Tanah itu juga merupakan tanah anak negeri
o Lagipun, pihak Inggeris tiada kena-mengena dengan pemilikan tanah anak negeri
tersebut yang kuasanya sepenuhnya terletak di tangan Sultan
4. Sebagai seorang pelajar, nyatakan tiga cara untuk memastikan negara kita dapat
mempertahankan kemerdekaan.
o Pelajar perlu menghargai kemerdekaan negara
o Para pelajar perlu belajar dengan bersungguh-sungguh kerana para pelajarlah yang
akan menerajui pemerintahan negara pada suatu masa nanti
o Para pelajar juga mesti sanggup berkorban nyawa demi negara
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
5. Sebagai seorang rakyat Malaysia, bagaimanakah cara anda membantu negara ini untuk
maju setanding dengan negara-negara maju
yang lain?
o Bekerja dengan rajin dan tekun untuk meningkatkan produktiviti negara
o Tidak membazirkan masa dan tenaga dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah
o Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca buku dalam
pelbagai bidang
10. DRAMA FORUM REMAJA 2020 (T4)
1. Jelaskan tiga usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan bahawa rakyat
negara ini hidup bersatu padu dan harmoni.
o mewujudkan sekolah satu aliran
o mewujudkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
o merealisasikan slogan 1Malaysia dalam pelbagai lapangan kehidupan
2. Mewujudkan bahasa kebangsaan merupakan salah satu usaha memperkasakan integrasi
nasional. Cadangkan empat usaha lain yang dapat dilakukan untuk memperkasakan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat negara ini.
o melalui PLKN yang dapat mengukuhkan jati diri remaja
o melalui sukan
o melalui sistem pendidikan satu aliran
o melalui aktiviti kemasyarakatan dan sambutan perayaan
3. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan
pembangunan fizikal?
o untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan
4. Pada pendapat anda, mengapakah, Salmah, Chandran dan Chong begitu yakin bahawa
Malaysia mampu menjadi sebuah negara model?
o Rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan budaya dapat hidup bersama-sama dalam
suasana yang aman damai, menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan, dan mengamalkan satu budaya nasional
o Walaupun negara Malaysia mempunyai satu agama rasmi, teatapi agama-agama lain
boleh diamalkan juga
5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa?
o Berilmu dalam bidang akademik dan berpendidikan agama
o Berfikiran terbuka, bertoleransi dan adil
o Mentadbir negara secara demokrasi
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
6. Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
o Mewajibkan murid-murid mempelajari mata pelajaran sejarah di sekolah
o Menyiarkan lagu patriotik melalui media elektronik dan media cetak
o Memulihara tempat-tempat bersejarah
7. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh generasi kini untuk memastikan
pencapaian negara terus terjamin?
o Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama
o Menguasai ilmu dan teknologi terkini untuk membangunkan negara
o Menghayati aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020
o Menjauhkan diri daripada najis dadah dan gejala sosial
o Mengukuhkan semangat jati diri dan patriotik
8. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja harus bersedia menerima kritikan?
Kemukakan tiga sebab.
o Supaya mereka dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan
o Supaya mereka dapat membaiki segala kelemahan mereka
o Supaya fikiran mereka matang dan tajam
9. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mengujudkan pembangunan
fizikal?
o Untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o Pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara,
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o Sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan
10. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan ibu bapa dalam menangani gejala
keruntuhan moral dalam kalangan remaja?
o Memberikan didikan agama yang sempurna
o Memberikan kasih sayang yang secukupnya
o Menasihati anak-anak ke arah kebaikan
o Memantau segala akitiviti anak-anak
11. Berdasarkan hemat anda, kemukakan empat contoh usaha yang diambil oleh kerajaan
dalam menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
o Mengadakan Kempen Budi Bahasa
o Mewujudkan mata pelajaran Sivik di sekolah
o Menekankan aspek nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
o Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara untuk membentuk jati diri remaja
12. Anda sebagai anak muda, bagaimanakah tindakan anda apabila melihat rakan anda
berkelakuan tidak bermoral?
o Menegur dan menasihati mereka agar tidak berkelakuan demikian
o Mengajak mereka untuk membuat perkara yang berfaedah dan mengamalkan nilai-
nilai murni untuk diri, keluarga, masyarakat, dan negara
o Memberitahu ibu bapa mereka atau pihak berkuasa sekiranya perbuatan anak-anak
muda itu boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman orang ramai.
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
13. Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat yang akan berlaku jika masalah sosial
dalam kalangan remaja tidak diambil perhatian.
o Negara dan masyarakat akan kehilangan bakal pemimpin yang berkualiti
o Imej negara tercemar
o Negara akan kekurangan sumber tenaga untuk membangunkan ekonomi
o Akan lahir masyarakat yang tidak bermoral
11. DRAMA TUK WALI (T4)
1. Pada pendapat anda, apakah kelebihan khazanah hutan khususnya pokok dipelihara?
o untuk mengekalkan ekosistem yang melibatkan interaksi suatu komuniti haiwan dan
tumbuhan dengan alam sekitar yang tidak bernyawa
o pokok dapat dimanfaatkan untuk generasi akan datang sebagai sumber perubatan dan
kajian
o dapat membantu menyimpan air di dalam tanah untuk mengelakkan banjir dan
hakisan
2. Adakan anda bersetuju dengan tindakan Siak yang mengajak Tuk Wali “berusul”?
o setuju
o berbincang dapat menyelesaikan pelbagai masalah
o berbincang dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan
o berbincang dapat meredakan kemarahan seseorang
o berbincang dapat mengenal pasti pihak yang melakukan kesilapan
3. Jelaskan empat usaha yang dapat anda lakukan untuk memelihara khazanah budaya
bangsa.
o menjadikannya sebagai ilmu untuk dipelajari
o membimbing generasi baru untuk menghargai khazanah budaya bangsa
o mempromosikan/mengiklankan dalam internet
o menjadikannya hobi pada waktu lapang
4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan
tradisional walaupun perubatan moden mampu mengubati pelbagai penyakit?
o kerana perubatan tradisional diakui masih mampu mengubati sesetengah penyakit
o harga ubat-ubatan tradisional masih murah
o diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna
5. Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan diri daripada dua orang yang
bergaduh itu? Berikan alasan anda.
o Mak Umi sewajarnya menjauhkan diri daripada dua orang yang bergaduh itu kerana
mereka sudah lama memusuhi antara satu dengan yang lain, iaitu sejak Tuk Wali
berkahwin dengan Mak Umi
o Sekiranya Mak Umi terus berada di situ, hal ini boleh menambah kemarahan dalam
diri Tuk Wali dan Siak kerana kedua-duanya terlalu menurut perasaan yang boleh
mencetuskan pergaduhan
o Hal yang demikian kerana Tuk Wali dan Siak tidak mahu mengalah sebaliknya tetap
mahu menegak pendirian masing-masing
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
6. Nyatakan langkah-langkah untuk menyemai semula minat mempelajari ilmu persilatan
dalam kalangan generasi muda.
o Mewajibkan pelajar mempelajari ilmu pertahanan diri dalam aktiviti kokurikuklum di
sekolah
o Kementerian Kebudayaan membayar gaji yang tinggi kepada guru silat yang
mengajar para belia
o Mengadakan persembahan persilatan kepada masyarakat umum
7. Pada pendapat anda, mengapakah Imam dan Siak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali?
o Ripin yang berdiri bersebelahan mayat Tuk Wali
o Ripin sedang memegang keris yang berlumuran darah
o Ripin yang kononnya sangat memerlukan keris itu untuk menjadi guru silat
8. Sekiranya anda ialah Ripin, adakah anda akan meninggalkan Tuk Wali dan Siak dalam
keadaan begitu? Berikan empat alasan anda.
JAWAPAN : Ya
o Untuk mengelakkan diri daripada terbabit dalam pergaduhan tersebut
o Tidak mahu dituduh orang sebagai penghasut
o Percaya pergaduhan tersebut akan diselesaikan oleh Tuk Wali dan Siak dengan baik
o Mengelakkan diri daripada menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak
diingini
JAWAPAN : Tidak
o Tuk Wali ialah guru saya
o Ingin meleraikan pergaduhan itu
o Ingin menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tideak diingini
o Ingin membantu Tuk Wali, jika beliau mengalami masalah dalam pergaduhan itu
9. Pada pendapat anda, adakah wajar Ripin dan Mariam menolak cadangan Tuk Wali hendak
menyerahkan tugas mengajar silat kepada mereka? Kemukakan tiga sebab.
o Wajar:
o Ripin dan Mariam belum mahir sangat tentang ilmu silat
o Tugas itu sangat berat untuk dipikul oleh mereka yang masih muda
o Mereka sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada murid-murid silat
Tuk Wali yang lain
o Tidak wajar:
o Ripin dan Mariam anak murid Tuk Wali yang paling hebat
o Mereka mempunyai kemahiran silat yang tinggi
o Dapat menimba pengalaman untuk memperkasakan seni warisan melalui
peluang tersebut
10. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan
tradisional, walaupun pelbagai penyakit perubatan moden mampu mengubatinya?
o Diakui perubatan tradisional masih mampu mengubati penyakit
o Harga ubat-ubatan tradisional masih murah
o Diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
11. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri?
o Dapat digunakan untuk mempertahankan diri semasa berada dalam keadaan
kecemasan
o Satu cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
o Dapat mewarisi seni mempertahankan diri nenek moyang seperti seni silat
12. Sekiranya anda ialah Siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di
gelanggang berikan empat alasan anda.
o Ya:
o Tuk Wali telah menampar cucu saya
o Bertindak bersendirian
o Tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja
o Sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya
o Tidak:
o Tindakan Tuk Wali adalah betul
o Masalah itu boleh diselesaikan menerusi muafakat
o Perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran
o Dia tidak melakukan perbuatan yang melulu
13. Pada pendapat anda, mengapakah Mak Umi menyindir Imam dan Siak?
o Tindakan yang dilakukan itu tidak kena pada masanya. Pada waktu itu, sembahyang
asar hampir masuk waktu, Imam sepatutnya sudah berada di masjid
o Tidak berani bersemuka dengan Tuk Wali sendiri untuk menyampaikan nasihat itu.
14. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan yang diperoleh apabila seseorang
mempelajari seni silat?
o Dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh/ orang yang tidak dikenali
o Menyihatkan badan kerana melakukan pelbagai aktiviti kecergasan
o Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
SOALAN 2(c) : PROSA TRADISIONAL
1. HIKAYAT LANGLANG BUANA (T5)
1. Pada pandangan anda, mengapakan tuan puteri terlalu ingin bertemu Raja Indera
Bumaya?
o Tuan puteri membayangkan raja itu seorang yang kacak
o Tuan puteri memperoleh gambaran bahawa raja itu seorang yang penuh kesaktian
o Tuan puteri sudah lama tidak menemui lelaki sejak dia tinggal di mahligainya
2. Pada pendapat anda, mengapakan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berpantun di hadapan
Raja Indera Bumaya?
o untuk memikat baginda agar menyukainya
o sebagai mukadimah sebelum dia dapat meluahkan hajat di hatinya
o sebagai cara memujuk baginda dengan bahasa yang lembut agar baginda tergerak hati
untuk memenuhi hasrat hatinya makan bersama-sama
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
3. Pada pendapat anda, mengapakah watak Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki
kuasa sakti?
Kemukakan empat alasan anda.
o untuk menunjukkan kehebatan golongan bangsawan
o untuk menunjukkan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh anak raja itu
o untuk membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa
o sudah menjadi kebiasaan watak bangsawan memiliki kuasa sakti
4. Pada pendapat anda, wajarkah menteri yang mengawal mahligai itu mengadu perilaku
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi kepada Raja
Bahrum Dewa? Berikan empat alasan anda.
o wajar
o perbuatan tuan puteri itu menyalahi hukum agama
o perbuatan tuan puteri membenarkan lelaki berada di mahligainya boleh mengundang
fitnah
o perbuatan tuan puteri itu mencemar maruah RBD
o menteri-menteri itu menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka
5. Pada pendapat anda, wajarkah Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi yang sedang menangis?
o Wajar
o Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ialah kekasih hatinya
o Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memerlukan seseorang untuk mententeramkan
hatinya yang sedang gundah dan bimbang
o Raja Indera Bumaya mesti bertanggungjawab atas perbuatannya
o Menceroboh ke kediaman Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi hingga membawa
kemurkaan kepada Raja Bahrum Dewa
6. Sekiranya anda sebagai Raja Bahrum Dewa, apakah tindakan anda setelah mengetahui
bahawa Tuan Puteri membenarkan lelaki
memasuki mahligainya?
o Saya akan menyiasatkan perkara itu, iaitu dengan memanggil saksi-saksi yang melihat
perkara itu sendiri
o Saya akan menjatuhkan hukuman yang sepatutnya diterima oleh Tuan Puteri
berdasarkan undang-undang yang ada
7. Raja Indera Bumaya tidak mahu bertemu secara berdepan dengan Tuan Puteri Mandu
Ratna Dewi. Pada pendapat anda, mengapakah
Raja Indera Bumaya bersikap sedemikian?
o Kerana dia bimbang puteri itu tidak mahu berkomunikasi dengannya sebab dia
berpakaian seperti orang kebanyakan.
o Dia tidak dapat mengetahui kedudukan yang sebenar tentang hati puteri berkenaan
o Dia bimbang misinya untuk mengetahui keadaan negeri yang dinaungi ayahanda
puteri tersebut bakal menemui kegagalan
8. Pada pendapat anda, apakah kelebihan burung bayan pada zaman dahulu?
o Boleh dijadikan sebagai teman
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
o Dapat menghiburkan hati dengan cerita yang menarik
o Memberikan nasihat
9. Sekiranya anda Raja Bahrum Dewa, bagaimanakah cara yang berkesan untuk
menewaskan Raja Indera Bumaya itu?
o Mengkaji kelemahan sendiri dan mengatur strategi peperangan, iaitu mengkaji
kelemahan dan kekuatan lawan serta persiapan yang rapi terlebih dahulu
o Saya akan meminta bantuan daripada tentera dari negara lain dan menggunakan
senjata atua peralatan ketenteraan yang lebih canggih
10. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pertempuran seperti dalam
petikan di atas?
o Kedua-dua pembesar, iaitu Raja Indera Bumaya dan Raja Bahrum Dewa perlu
bersemuka dan membuat perbincangan bagi menyelesaikan masalah mereka
o kedua-dua pihak menghantar wakil untuk mengadakan perundinga.
o Jika Raja Indera Bumaya meninggalkan tempat tersebut
o Baginda seharusnya tidak menyuruh jin itu menyerang Raja Bahrum Dewa,
sebaliknya menghantar utusan untuk membuat perundingan
2. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA (T4)
1. Pada pendapat anda, mengapakan kedatangan rombongan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
(TPDSJ) disambut dengan penuh meriah?
o kerana TPDSJ daripada keturunan raja yang berpengaruh
o untuk menunjukkan negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat
o sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan
raja perlu disambut meriah
2. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata
orang bawahannya tanpa usul periksa?
o timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas
o hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah
o berlaku perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan,
dan sebagainya
3. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung?
Berikan tiga sebab.
o kerana Awang Sulung mempunyai sifat yang mulia
o seorang yang sangat bijaksana
o seorang pahlawan yang handal
o suka memaafkan kesalahan orang lain
o seorang yang sangat merendah diri
4. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.
Pada pendapat anda, mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika
bertanding?
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
o untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya berusaha untuk
memenangi pertandingan
o untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu musuh mudah
untuk mengalahkan kita
5. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina, dan
Awang Sulung Merah Muda tidak mengalami nasib yang sama dengan isi geliung yang
lain?
o mereka memiliki ilmu sakti
o ketiga-tiga mereka sudah biasa berlayar dengan kelajuan begitu
o mereka bertiga mengamalkan petua tertentu untuk mengelakkan diri daripada mabuk
atau muntah
6. Berdasarkan petikan di atas, ramalkan kesudahan dan masa depan kehidupan Awang
Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
o Selepas Tuanku Nakhoda Tua mengakui kesilapannya, Awang Sulung Merah Muda
pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
o Selepas itu kapal tersebut pun meneruskan pelayaran ke Tanah Jawa
o Awang Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hidup bahagia dan
aman sentosa kerana kedua-duanya saling mengasihi antara satu sama lain.
7. Pada pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang
besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana? Kemukakan empat pendapat
anda.
o Tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah
o Meningkatkan rasa hormat tetamu kepada ketua negeri
o Menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut teatamu kehormat
o Mengelakkan tetamu rasa tersinggung
8. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun itu sangat takut kepada Awang Sulung?
Kemukakan tiga sebab.
o Awang Sulung ialah anak Tuanku Si Helang Laut dan cucu Tuanku Si helang Mawai,
iaitu raja mereka
o Baginda pahlawan yang gagah dan berani
9. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi. Pada pendapat anda,
mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding?
o Untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o Untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya bermati-matian
memenangi pertandignan yang dijalankan
o Untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu mudah
musuh untuk mengalahkan kita
10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila
kita merantau di tempat orang?
o Kita tidak akan dipandang serong
o Orang lain akan menghormati kita
o Kita mudah mendapat kawan
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
11. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan apabila
Awang Sulung menyatakan hasratnya hendak pulang ke Bandar Mengkalih?
o Terkejut apabila mendengar hasrat Awang Sulung itu
o Kecewa/sedih kerana Awang Sulung akan meninggalkannya
o Terlalu sayang akan Awang Sulung sehingga tidak sanggup berpisah
12. Wajarkah tindakan Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan
jurumudi?
Wajar
o Jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
o Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan
geliung itu.
o Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat keris jurumudi yang
berlumuran darah.
Tidak wajar
o Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata
jurumudi.
o Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain/puterinya
dalam membuat keputusan.
o Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang
berdarah.
3. MERAH SILU (T4)
1. Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam.
Jika anda ditempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
o membawa diri bertenang kerana yang mati tidak akan kembali lagi
o memanggil Raja Muhammad untuk mengetahui kedudukan perkara yang sebenar
o jika Raja Muhammad didapati bersalah, saya mahu dia membayar denda mengikut
kemampuan dan darjatnya
2. Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara Merah Silu dengan Merah
Hasum, apakah yang akan anda lakukan?
o bersemuka dengan Merah Silu untuk mendengar penjelasannya
o menasihati Merah Silu agar mengubah tabiatnya yang suka bermain kerbau liar
o memberikan cadangan kepada Merah Silu, iaitu membina kandang kerbau supaya
tidak mengganggu orang kampung
3. Pada pendapat anda, wajarkan Merah Silu dijadikan raja di Rimba Jerun?
Berikan tiga alasan.
Wajar:
o Merah Silu mempunyai sifat seorang pemimpin
o Berketurunan raja/hartawan
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
o Seorang yang baik hati/dermawan
Tidak wajar:
o meminggirkan bangsawan di Rimba Jerun
o rakyat belum mengenali peribadi sebenar Merah Silu
o menutup peluang orang tempatan untuk dilantik sebagai raja
4. Sekiranya anda ialah Raja Ahmad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil setelah
mendapat tahu tentang kematian anakanda Merah Gajah?
Kemukakan tiga tindakan tersebut.
o menyiasat terlebih dahulu kejadian tersebut
o berunding dengan Raja Muhammad
o melaksanakan hukuman secara adil
5. Merah Silu mahu membunuh Sultan Maliku’l-Nasar dan rakyatnya.
Pada pendapat anda, mengapakah Merah Silu mengambil tindakan sedemikian?
o jika dibiarkan tentera raja itu akan bertambah kukuh lalu menyerangnya semula
o Merah Silu mahu membuktikan bahawa dirinya bakal raja yang hebat
o Merah Silu mengajar kepada orang lainjangan ada sesiapa yang berani menentangnya,
kelak dibunuh seperti yang dilakukan terhadap Sultan Maliku’l-Nasar
6. Pada pendapat anda, wajarkah Megat Iskandar mempelawa Merah Silu tinggal bersama-
samanya? Berikan alasan anda.
o Wajar
o Dia haruslah menghormati tetamu
o Merah Silu pula tidak mempunyai tempat untuk tinggal
o Megat Iskandar juga mempunyai kawasan yang luas untuk kerbau-kerbau Merah Silu
mencari makan dan hal tersebut tidak mendatangkan masalah kepadanya dan
penduduk kampung
7. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelah mendengar
khabar tentang saudaranya?
o Hairan bagaimana cacing boleh bertukar menjadi emas dan perak
o Berasa dengki kerana Merah Silu menjadi kaya-raya dengan sekelip mata
o Bimbang pada suatu hari nanti Merah Silu lebih kaya daripada dirinya
8. Pada pendapat anda, siapakah yang bersalah, Puteri Betong atau Merah Gajah dalam isu
rambut Puter Betong dibantun oleh suaminya? Berikan tiga alasan anda.
o Merah Gajah yang bersalah:
o Beliau tidak mendengar kata isterinya
o Tidak bertanya secara terperinci tentang rambut tersebbut
o Tidak mendapatkan nasihat daripada ayahanda Puteri Betong
o Puteri Betong yang bersalah:
o Baginda tidak menjelaskan secara terperinci tentang rambutnya
o Tidak menyembunyikan rambutnya dengan baik
o Tidak membuat perjanjian dengan suaminya sebelum mereka berkahwin
berhubung rambutnya itu
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
9. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Merah Hasum menghalau Merah Silu dari
kawasan itu? Berikan tiga alasan anda.
o Tidak wajar
o Kerana tindakan Merah Hasum itu memalukan abangnya
o Kerana akan memutuskan hubungan kekeluargaan kerana dapat menimbulkan
kemarahan abangnya
o Tindakannya itu dapat menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan penduduk
10. Merah Silu mahu membunuh Sultan Maliku’l-Nasar dan rakyatnya. Pada pendapat
anda, mengapakah Merah Silu mengambil tindakan sedemikian?
o Jika dibiarkan tentera raja itu akan bertambah kukuh lalu menyerangnya semula
o Merah Silu mahu membuktikan bahawa dirinya bakal raja yang hebat
o Merah Silu mengajar kepada orang lain jangan ada sesiapa yang berani
menentangnya, kelak dibunuh seperti yang dilakukan terhadap Sultan Maliku’l-Nasar
11. Selain menggunakan bubu, nyatakan tiga cara untuk menangkap ikan secara
tradisional?
o Dengan menggunakan pukat
o Menggunakan jala
o Memancing dengan mata kail
12. Megat Iskandar bercadang untuk menjadikan Merah Silu sebagai raja. Sejauh
manakah anda bersetuju dengan cadangan Megat Iskandar itu. Berikan alasan anda.
o Setuju:
o Merah Silu seorang raja yang baik hati.
o Baginda dikasihi oleh semua golongan lapisan rakyat
o Merah Silu juga menjadi tempat rakyat menumpang kebahagiaan
o Tidak bersetuju:
o Merah Silu suka bersabung ayam yang dianggap perbuatan tidak
berperkemanusiaan
o Suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
o Beliau juga suka membazir harta membiayai permainan laga ayam
13. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh oleh Merah Silu dan
Merah Hasum dengan berpindah ke tempat lain?
o Dapat memperbaiki dan mengubah nasib diri dan keadaan hidup mereka
o Dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
o Dapat membina kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup
4. DUA GELIGA HIKMAT (T5)
1. Pada pandangan anda, mengapakan Inderaputera mahu bertemu tuan puteri?
o kerana ingin mengetahui akan kebenaran cerita tentang kecantikan tuan puteri
o ingin menambahkan kenalan daripada orang yang mempunyai latar belakang yang
berbeza
o ingin membuktikan bahawa dirinya masih mampu memikat puteri yang cantik
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013
2. Keadaan di dalam kota digambarkan terlalu indah.
Pada pendapat anda, mengapakah pengarang memberi gambaran yang begitu istimewa?
o kerana kota tersebut merupakan pusat pentadbiran raja yang berdaulat
o digambarkan raja yang memerintah kota tersebut bukan sembarangan raja
o untuk memberi bayangan kepada Inderaputera bahawa beliau bakal berhadapan
dengan seorang raja yang mempunyai kehebatan luar biasa
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera?
Berikan tiga kebaikan.
o geliga Mayan Bedi banyak memberikan kebaikan kepada Inderaputera dalam
pengembaraannya
o membolehkan dia pergi ke sesuatu tempat dengan cepat