-
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB
LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN (SOALAN NO. 10
HINGGA 69 )
NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 9
[RUJUK PENYATA RASMIHARIAN (HANSARD)]
Nuraishah Abdullah CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA
-
SOALAN NO: 10
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LiSAN
DARIPADA: Y.B. DATO’ SERI MOHAMMAD NIZAR BIN
JAMALUDDIN
TARIKH: 26 MAC 2012
SOALAN:
Data’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan senarai jumlah terkini kilang
yang telah berhenti operasi atau ditutup di negeri Perak serta
jumlah pengangguran atau hilang pekerjaan dan tindakan diambil
setakat ini, di setiap Kawasan Parlimen di Perak di
sepanjang tahun 2011.
PR-1251-L47535
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebanyak 11 majikan di negeri Perak telah melakukan
pemberhentian kerja melibatkan sebanyak 1,318 orang pekerja
pada tahun 2011. Daripada jumlah itu, 1,289 merupakan
pekerja
tempatan manakala 29 merupakan pekerja asing. Dari 7 Pejabat
Tenaga Kerja
l
(PTK) di Perak, PTK Ipoh mencatatkan pemberhentian tertinggi
-
3
dengan jumlah 1,135 pemberhentian. Tiada pemberhentian
dicatatkan oleh PTK Sitiawan, Teluk Intan dan Grik seperti di
Jadual
1 di bawah.
2. Daripada 11 majikan tersebut, sebanyak 7 kilang (majikan)
telah berhenti operasi atau ditutup dan melaksanakan
pemberhentian terhadap 1,043 pekerja terdiri daripada 1,016
pekerja tempatan dan 27 pekerja asing seperti di jadual 2 di
bawah.
JADUAL 1: STATISTIK PEMBERHENTIAN BAGI NEGERI PERAK PADA TAHUN
2011 MENGIKUT PEJABAT TENAGA KERJA
PEJABAT TENAGA KERJA
Majikan Pekerja Tempatan
Pekerja Asing
Jumlah Pemberhentian
IPOH 2 1,108 27 1,135
■ ■
■
n
88SSI1 l i- 129 . 0. . 4% W -v
KUALA KANGSAR 1 11 2 13
TAPAH , '* < 41 0 4,
SITIAWAN 0 0 0 0
TELUK INTAN 0 ■ ® 0
1 in
GRIK 0 0 0 0
1,289 ■ ■ ■■■ -
•'
29
Sumber: Bilik Gerakan JTKSM
-
4
Tuan Yang Di Pertua,
3. Kerajaan sentiasa memantau aktiviti majikan untuk
memastikan
pemberhentian kerja adaiah langkah terakhir diambil majikan.
Untuk
itu, Jabatan Tenaga Kerja telah menerbitkan “Garis Panduan
Pengurusan Pemberhentian Pekerja” yang menggariskan langkah-
langkah yang perlu diambil oleh majikan untuk mengelakkan
pemberhentian pekerja mereka dilakukan.
Tuan Yang Di Pertua,
4. Jabatan Tenaga Kerja negeri Perak telah mengambil
langkah-
langkah untuk membantu mereka yang diberhentikan dan
penganggur untuk mendapat pekerjaan. Sepanjang tahun 2011,
seramai
14,130 orang pencari kerja di Perak telah berjaya ditempatkan
dalam
JADUAL 2: STATISTIK KILANG YANG TELAH BERHENTI OPERASI/DITUTUP
DAN MELAKSANAKAN PEMBERHENTIAN PEKERJA BAGI NEGERI PERAK PADA TAHUN
2011 MENGIKUT PEJABAT TENAGA KERJA
PEJABAT TENAGA KERJA
Majikan Pekerja Tempatan
Pekerja Asing
Jumlah Pemberhentian
IPOH 2 875 27 902 '} ' .*• i! ; 110 o :* 110,- •
' KUALA KANGSAR 0 0 0 0
' 31 . • . .
o
& ^Mi , ,
SITIAWAN 0 0 0 0
TECUK INTAN i : o t I 0 ‘p'.CU - 0
GRIK 0 0 0 0 K t ,016
>*: i ' : v-* 'rii.
* yc- f ̂ , W '5 Sumber: Bilik Gerakan JTKSM
-
5
alam pekerjaan. Maklumat lengkap seperti di rajah 3.
Sumber: JobsMalaysia Centre (JMC) Negeri Perak
Tuan Yang Di Pertua,
5. Antara langkah lain yang diambil oleh JTK Perak dalam
membantu
mereka yang diberhentikan kerja dan penganggur untuk
mendapat
pekerjaan ialah melalui program Homeworking. Pada tahun
2011,
sebanyak 24 syarikat di Perak menyertai program
Homeworking ini dan telah melibatkan 226 orang peserta.
Maklumat
lengkap adalah seperti di rajah 4:
Rajah 3 : Jumlah Penempatan Pencari Kerja Melalui Program
Yang
Dilaksanakan Pada Tahun 2011 di Negeri Perak Bil
Program Jumlah Penempatan
Peratusan (%)
1 Portal JobsMalaysia 1,319 Tiada sasaran
2 3P/Karnival Pekerjaan 2,696 134.08 3 Penempatan Dengan
Kerjasama APS 61 Tiada
sasaran 4 Temuduga Terbuka 2,509 125.45 5 Penempatan Melalui
Client Account 5,407 270.35 6 Penempatan Melalui Kerjasama
Agensi
Luar 1,007 100.7
7 Emplobility Programme 0 0 8 Penempatan Melalui Separa Masa
1,115 111.5 9 Program Khas 16 Tiada
sasaran 10 Integrasi JobsMalaysia Sektor Awam
SPA/SPP 0 0
Jumlah 14,130 741.45
-
6
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA TAN SRI DATO’ SERI ONG KA TING [ KULAI ]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN 11
Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan strategik yang telah
dirancang untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
(LTAS)
sebagai satu pintu masuk dan keluar ke destinasi rantau Asia
yang aktif dan
membawa impak kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lapangan Terbang
Antarabangsa
Senai telah dikendalikan oleh Senai Airport Terminal Services
Sdn. Bhd.,
sebuah syarikat swasta mulai pada tahun 2003 untuk memberi
fokus
Rajah 4 : Program Homeworking di Perak sehingga Disember 2011
Negeri Bilangan
Syarikat Purata
Gaji
yang
Diterima
Bilangan Peserta
OKU Suri
Rumah
Ibu
Tunggal
Keluarga
Miskin
Jumlah
PERAK 24 RM 300
RM 600
41 171 12 2 226
-
2
kepada pembangunan lapangan terbang tersebut sebagai pintu
masuk
dan keluar di selatan Semenanjung Malaysia dan membangunkan
ekonomi negeri Johor khususnya Iskandar Malaysia. Dalam
mencapai
objektif tersebut, strategi-strategi yang telah dirancang dan
dilaksanakan
adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan rundingan udara dua hala dengan negara-negara
asing
pada setiap tahun bagi mewujudkan/meningkatkan hak-hak
trafik
penerbangan di antara lapangan-lapangan terbang negara
termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan
lapangan-
lapangan terbang negara asing;
(ii) Senai dimasukkan sebagai salah satu destinasi yang
diliberalisasikan
di bawah Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of
Passenger
Services. Di bawah Perjanjian ini, yang telah ditandatangani
dan
diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 2011,
syarikat-syarikat
penerbangan negara-negara ASEAN dibenarkan untuk mengadakan
penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN, tanpa had
kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat;
(iii) Penaiktarafan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur-
infrastruktur yang bertaraf dunia di Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai seperti berikut:
(a) Pembaikpulihan bangunan terminal;
(b) Pembinaan kompleks kargo dan blok agen kargo;
(c) Pemanjangan runway dan aerodrome;
-
3
(d) Pembinaan aviation park dan free zone area; dan
(e) Pembinaan aeromall.
(iv) Pemberian pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat
penerbangan
yang ingin mengadakan operasi ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai.
Ho- p.
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA
BELAS TAHUN 2012 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT
MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' ZULKIFLI BIN
NOORDIN
(KULIM BANDAR BARU)
TARIKH : 26 MAC 2012
SOALAN
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan:-
-
(a) Apakah tindakan dan langkah yang telah, sedang
dan akan diambil untuk memperkasa kegiatan
perniagaan dan ekonomi Bumiputera di aked, kedai
dan bangunan MARA yang kebanyakannya kelihatanuzur dan lesu
termasuk di kawasan
Parlimen Kulim Bandar Baru; dan
-
(b) Apakah langkah dan rancangan yang diambil untuk
meningkatkan program usahawan Bumiputera, (termasuk
usahawan graduan) yang lebih efektif.Tuan Yang di Pertua;
MARA amat berterima kasih dan menghargai keperihatinan
Ahli Yang Berhormat terhadap aktiviti- aktiviti yang
dijalankan oleh MARA dalam pembangunan ekonomi
Bumiputera khususnya di premis perniagaan MARA. Sehingga
kini MARA mempunyai 476 premis perniagaan yang
mengandungi 7,250 ruangsewa premis perniagaan di seluruh
negara. Premis tersebut terdiri dari lot komersil, kompleks,
arked, rumah kedai, bengkel, bazar, bistro, medan selera
dan kompleks industri makanan. 90% dari ruangsewa premis
perniagaan tersebut; iaitu 6,544 dari 7,250 telah disewa
setakat 29 Februari 2012. Baki 10% dari premis tersebut
sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan
penyelenggaraan. Ini membuktikan prestasi pengisian
ruangsewa premis perniagaan MARA adalah tinggi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARA sentiasa
berusaha untuk memperkasakan kegiatan perniagaan dan
ekonomi di premis MARA di seluruh Malaysia. Antara
program-program yang dianjurkan adalah program
-
Jawapan (a):
promosi seperti karnival jualan mega dan promosi satu
produk. MARA juga sentiasa mengadakan aktiviti
pembangunan penyewa melalui pengendalian
kursus/seminar seperti kursus susunatur barangan dan
produk dan khidmat runding cara kepada penyewa-
penyewa sedia ada.
Tuan Yang Di Pertua,
Terdapat 788 ruangsewa premis perniagaan MARA di
negeri Kedah dan sebanyak 659 telah disewakan. Bagi
memperkasakan perniagaan di premis MARA di kawasan
Parlimen Kulim Bandar Baru pula, MARA Negeri Kedah
sedang menjalankan kerja-kerja menambah baik dan
menyelenggara Arked MARA Kulim Mall, Medan Selera
MARA (Bistro) dan Rumah Kedai Dataran UMNO di Bandar
Baru Kulim. Usaha yang sama akan diteruskan dari semasa
ke semasa di seluruh negara demi untuk meningkatkan
perniagaan di premis MARA.
-
Jawapan (b):
5
Tuan Yang di Pertua;
Dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah
negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,
program pembangunan usahawan telah dijadikan antara
agenda terpenting. Sehubungan itu, Program
Pembangunan Usahawan MARA akan diperkasa dan
dilipatgandakan melalui pendekatan dari pelbagai dimensi
yang berani dan terkini.
Transformasi Sektor Keusahawanan MARA adalah
pemacu ke arah melahirkan usahawan baru, memperkasakan
usahawan sedia ada dan membangun enterprise. Program
Pewujudan & Peningkatan
adalah untuk kumpulan sasar yang terdiri dari bakal
usahawan, usahawan kecil, serta graduan institusi
pendidikan tinggi yang ingin menceburi bidang perniagaan.
Program ini adalah program sedia ada yang telah dijalankan
sekian lama dan telah menampakkan keberkesanannya
dalam mewujudkan usahawan
Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing di pasaran
dalam dan luar negara. Pada tahun 2011, seramai 3,341
bakal usahawan termasuk graduan lepasan institusi tinggi
telah mengikuti Latihan
-
6
Pembentukan Usahawan (LPU) yang memberi
pendedahan asas kepada bidang perniagaan. Disamping itu,
seramai 4,007 usahawan sedia ada telah dimantapkan
meialui program-program peningkatan, pembiayaan,
pemasaran, penjenamaan, latihan perindustrian dan
penyediaan peluang perniagaan.
Justeru, sebagai satu organisasi yang berfokuskan
keusahawanan, Program Pembudayaan
Keusahawanan yang mengandungi Latihan
Pembentukan Usahawan, Program Inkubator, Program
Usahawan Muda dan Program Teknousahawan dijadikan
modul wajib dalam pembentukan budaya keusahawanan di
peringkat Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti MRSM,
IKM, KKTM, KPM, UniKL dan GIATMARA semasa dan selepas
pengajian mereka.
-
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARA
menganjurkan program-program pemiawaian yang
membolehkan usahawan-usahawan mengembangkan dan
meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat
antarabangsa seperti Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan
Pensijilan Halal. MARA juga mengadakan insentif karnival
jualan dan ekspo perdagangan di peringkat negeri dan
kebangsaan bagi memberi peluang kepada usahawan
memperluaskan barangan dan membuat jualan.
Kesemua usaha-usaha ini bertujuan untuk mencapai
matlamat MARA mewujudkan usahawan korporat,
teknousahawan, usahawan peruncitan, usahawan
pembuatan dan kontraktor wibawa.
-
NO. SOALAN: 13
I
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah untuk mengimbang pembangunan Kota
Iskandar
dan kawasan luar Bandar khasnya Kampung Simpang Arang.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam perancangan
pembangunan di Iskandar Malaysia, pendekatan yang diamalkan
adalah
secara holistik yang mana setiap lapisan masyarakat akan
dilibatkan
dalam pembangunan melalui pelbagai program yang telah
direncanakan
dalam pelan pembangunan modal insan Iskandar Malaysia, la
bertujuan
supaya tiada ahli masyarakat yang terpinggir dan memastikan
seramai
mungkin rakyat mendapat manfaat berikutan program
pembangunan
tersebut.
Di antara program yang telah dijalankan adalah Belia
Tempatan
Mahir (BERTAM) yang mana ianya merupakan satu program
latihan
kemahiran dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM).
Program
ini antaranya telah dijalankan di kawasan Kg. Simpang Arang
dengan
melatih belia-belia orang asli dalam kemahiran pembinaan.
Hasilnya
seramai 20 orang peserta telah mendapat sijil daripada ABM.
Selain itu,
terdapat juga program-program lain seperti pembangunan
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
LISAN
PUAN TAN AH ENG[GELANG PATAH] 26
MAC 2012 (ISNIN)
-
2
usahawan, kemahiran bahasa dan penganjuran karnival kerjaya,
perniagaan dan kemahiran atau KEPAK bersama kerajaan negeri.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bekerjasama rapat dengan
kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat terkini pembangunan
di
Iskandar Malaysia melalui inisiatif memaklumatkan barisan
pimpinan akar
umbi iaitu ketua kampung dan penghulu.
-
NO SOALAN :^2
DARIPADA
LISAN
TARIKH
PEMBERITAHUAN
PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT, MALAYSIA
Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
(MACHANG)
PERTANYAAN
26.03.2012
Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [ MACHANG ] minta
MENTERI
KEWANGAN menyatakan darihal Skim Pinjaman Rumah Pertamaku
merujuk
perkara berikut jumlah kes yang dipohon dan diluluskan, pecahan
umur
penerima dan nilai pinjaman bagi negeri-negeri Kelantan, Kedah,
Terengganu,
Perlis, Sabah dan Sarawak.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melancarkan
Skim
Rumah Pertamaku pada bulan Mac 2011. Skim ini diperkenalkan
bertujuan
membantu golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah
sendiri. Di
bawah skim ini, Cagamas akan memberi jaminan sebanyak 10%
daripada
jumlah pembiayaan kepada institusi kewangan yang terlibat atas
pembiayaan
yang lebih dari 90%. Skim ini membolehkan mereka mendapat
pembiayaan
sepenuhnya (100%) daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli
rumah
pertama mereka.
2. Sehingga 31 Januari 2012, sejumlah 1,623 permohonan yang
bernilai
RM238.9 juta telah diterima untuk mendapatkan pembiayaan di
bawah skim ini.
Daripada jumlah tersebut, 280 permohonan telah berjaya diberikan
jaminan
dengan nilai pinjaman RM41.1 juta. Sebahagian besar peminjam
adalah terdiri
-
daripada kaum Cina iaitu seramai 152 peminjam atau 55%, diikuti
kaum Melayu
seramai 93 peminjam (33%) dan kaum India seramai 29 peminjam
(10%).
3. Jika dikategorikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan
jumlah
tertinggi iaitu 96 permohonan bernilai RM14.4juta, diikuti oleh
Kuala Lumpur
(57 permohonan; RM8.5 juta), Johor (32 permohonan; RM4.8 juta),
Pulau
Pinang (21 permohonan; RM2.9 juta), Perak (20 permohonan; RM2.8
juta),
Melaka (17 permohonan; RM2.4 juta), Sabah (13 permohonan; RM1.9
juta),
Kedah (8 permohonan; RM1.1 juta), Negeri Sembilan (7 permohonan;
RM916.5
ribu), Pahang (6 permohonan; RM966.9 ribu), Terengganu (2
permohonan;
RM265 ribu) dan Sarawak (1 permohonan; RM192 ribu). Bagi negeri
Perlis,
Kelantan serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, masih
tiada
permohonan diterima sehingga 31 Januari 2012.
4. Pecahan mengikut bank dan umur pemohon, sebahagian besar
permohonan diterima daripada Public Bank Berhad (65 permohonan),
Alliance
Bank Berhad (62 permohonan), Malayan Banking Berhad (36
permohonan) dan
Alliance Islamic Bank (35 permohonan). Manakala mengikut umur,
sebahagian
besar penerima jaminan adalah dalam lingkungan umur antara 24
dan 29 tahun
iaitu seramai 187 orang.
Tuan Yang Di-pertua,
5. Sambutan rakyat di Sabah terhadap Skim Rumah Pertamaku
adalah
menggalakkan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, seramai 13
peminjam
adalah dari negeri Sabah dengan jumlah pinjaman bernilai RM1.9
juta. Selain
daripada skim ini, Kerajaan juga menyediakan pelbagai inisiatif
lain bagi
membantu rakyat memiliki rumah yang selesa dan mampu milik
termasuk
Program Perumahan Rakyat dan Program Rumah Mesra Rakyat.
Adalah
diharapkan rakyat dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya
bagi
membaiki taraf hidup mereka. Soalan No:
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN
KEDUA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PEWAN
-
RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA YB DATUK ALEXANDER NANTA
LINGGI (KAPIT)
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN
Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
menyatakan setakat masa kini apakah sudah dibuat atau
dilaksanakan untuk memulakan penanaman getah sebagai
strategi dan langkah-langkah tertentu yang bertujuan untuk
membasmikan kemiskinan di kawasan Kapit yang merangkumi
Daerah Kapit dan Daerah Song. JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan operasi RISDA
setakat ini adalah meliputi keseluruhan Negeri Sarawak.
Kawasan Kapit yang merangkumi Daerah Kapit dan Song
terletak di bawah pengurusan Pejabat RISDA Bahagian Sibu.
Kempen Tanam Semula di Bahagian Kapit telah dipergiatkan
di kampung-kampung dan rumah panjang dalam usaha untuk
memastikan penyaluran maklumat mengenai bantuan RISDA
-
kepada kumpulan sasar. Sejak RISDA meluaskan operasinya
di Sarawak, sehingga kini seluas 340 hektar permohonan
tanam semula telah diterima dan seluas 67 hektar telah
dibayar bantuan pertama sebanyak RM5,300 sehektar di
daerah Kapit. Manakala bagi Daerah Song pula, seluas 32
hektar permohonan telah diterima dan seluas 9 hektar
telah dibayar bantuan pertama sebanyak RM5,300
sehektar.
Melalui kempen tanam semula ini juga, RISDA telah menerima
permohonan baru untuk Program Tanam Semula Tahun 2012
bagi Daerah Kapit seluas 639 hektar melibatkan 120 orang
peserta dan Daerah Song seluas 132 hektar yang melibatkan 51
orang peserta. Selain dari itu, RISDA juga menerima 2
permohonan untuk program Aktiviti Ekonomi Tambahan iaitu
bagi aktiviti pengeluaran makanan ringan dan ikan air tawar.
Aktiviti Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil juga dalam proses
untuk diwujudkan yang melibatkan penyertaan pertama seramai
27 orang
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN NGA KOR MING [ TAIPING ]
TARIKH : 26 MAC 2012
-
JAWAPAN:
2
SOALAN
TUAN NGAR KO MING [ TAIPING ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk
menyelesaikan kelewatan mengeluarkan hak milik strata kepada
pemilik
rumah pangsa dan bangunan bertingkat yang semakin hari
semakin
bertambah bilangannya di tanah air kita. Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan yang
mengawal
rumah-rumah pangsa dan jenis apartmen serta jenis-jenis
pembangunan
skim strata bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah
Akta
Hakmilik Strata 1985 (AHS 1985). Akta ini merupakan akta
yang
mewajibkan pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata
apabila
berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang
melibatkan
perjanjian jual beli, dan syarat-syarat asas bagi permohonan
hakmilik
strata telah dipenuhi. Isu kelewatan pengeluaran hakmilik strata
yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut bukan
disebabkan
kelewatan oleh pentadbiran tanah. Sebaliknya sebahagian besar
kes
disebabkan oleh kegagalan tuan tanah atau pemaju
mengemukakan
permohonan hakmilik strata kepada Pengarah Tanah dan Galian
Negeri.
Sekiranya permohonan yang dikemukakan teratur dan memenuhi
syarat,
proses pengeluaran hakmilik strata akan memakan masa 170
hari.
Dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik
strata,
-
3
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
telah
mencadangkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata secara
serentak
bersama vacant possession. Draf Rang Undang-Undang bagi
pindaan
kepada Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS 1985) telahpun disediakan
oleh
pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan
dijangka
untuk dibentangkan di Parlimen dalam sesi yang akan datang.
Pindaan kepada Akta ini dijangka akan dapat mengatasi
masalah
kelewatan pengeluaran hakmilik strata dengan memendekkan
masa
pengeluaran hak milik strata daripada 170 hari bekerja kepada
kurang
daripada 100 hari bekerja. lanya akan memberi impak yang besar
kepada
industri pembangunan dan pemajuan hartanah.
Melalui cadangan pindaan ini juga, bagi pemilik tanah yang gagal
untuk
mengemukakan permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang
ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan dengan
hukuman
yang lebih berat berbanding hukuman yang diperuntukkan melalui
Akta
Hakmilik Strata 1985 yang berkuatkuasa pada masa kini.
Sekian, terima kasih.
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN
KEDUA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA YB DATUK HA3AH NORAH BINTI
ABD RAHMAN (TANJONG
-
MANIS)
TARIKH 26.03.2012
SOALAN :
Minta PeixlHn-a-Meittert-'menyatakan:
(a) adakah Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme
supaya Kerajaan dapat memastikan kualiti rumah-
rumah PPRT dan PBR adalah baik dan sempurna
kerana banyak rumah-rumah PPRT dan PBR yang
dibina di kawasan Tanjung Manis adalah tidak
sempurna apabila diserahkan kepada pemilik; dan
(b) kenapa sebilangan rumah-rumah tersebut tidak
dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air. JAWAPAN :
Tuan Yang Dipertua,
(a) Kementerian ini sememangnya memantau dan
mengambil tindakan bagi menangani permasalahan
kualiti dan mutu kerja pembinaan rumah yang rendah
ekoran kenaikan kos bahan pembinaan khasnya di
kawasan-kawasan pedaiaman. Justeru itu,
-
SOALAN NO.
Kementerian telah melaksanakan Kajian Semula
Kadar Bantuan Rumah dan telah mendapat kelulusan
Jemaah Menteri pada 21 Disember 2011 untuk
menaikkan kadar bantuan Rumah 3 Bilik daripada
RM40,000 kepada RM50,000 bagi Negeri Sabah dan
Sarawak. Selain itu, Kerajaan juga telah meluluskan
kadar kos ekstrem sehingga RM 12,000 bagi
menampung peningkatan kos pengangkutan bahan
binaan di kawasan-kawasan yang terpencil.
Berdasarkan kadar bantuan yang baru ini,
Kementerian yakin dan percaya ianya dapat
menangani isu-isu kenaikan harga bahan binaan
-
yang boleh menjejaskan kualiti dan mutu kerja binaan
rumah-rumah PBR khasnya di kawasan pedalaman.
Dalam konteks mewujudkan mekanisme penyelarasan
dan pemantauan yang rapi, Kementerian ini telah
mewujudkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sarawak dan Pejabat-
pejabat Daerah bagi menangani dan menyelesaikan isu
dan permasalahan membabit pelaksanaan PBR di Negeri
Sarawak. Selain itu, dalam usaha memastikan kualiti
dan mutu kerja binaan rumah PBR yang baik,
Kementerian ini juga telah menyediakan Pelan
Standard Rumah PBR dan ianya diperincikan lagi
melalui Garis Panduan Pelaksanaan PBRTahun 2012.
(b) Bagi kes rumah-rumah PBR tidak dilengkapi dengan
kemudahan bekaian air retikulasi dan bekalan elektrik
talian grid, ianya adalah disebabkan masalah jarak
capaian kemudahan berkenaan yang berada terlalu jauh
dan memerlukan kos yang tinggi. Namun demikian,
dalam konteks pembinaan rumah PBR, Kementerian
tetap berusaha menyediakan
-
4
kemudahan bekalan alternatif seperti kemudahan
tangki air untuk tadahan air hujan dan pembekalan
genarator elektrik (genset) bagi bekalan elektrik
alternatif.
-
NO SOALAN :17 y
DARIPADA
TARIKH
PEMBERITAHUAN
PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT, MALAYSIA
: Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD
(KUALA SELANGOR)
PERTANYAAN : LISAN
: 26.03.2012
Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD [ KUALA SELANGOR ] minta
MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat
nisbah
KDNK yang terkini dan berapakah jumlah hutang yang telah
ditanggung oleh
Kerajaan Pusat setelah 'contingent liabilities' benar-benar
menjadi liabiliti ketika
GLC yang membuat pinjaman yang dijamin Kerajaan, tidak membayar
hutang
atau 'defaulted payment'.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2011, jumlah
hutang
Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5
peratus
kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Daripada jumlah
tersebut,
sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang
dalam
negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 peratus daripada
jumlah
keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0 peratus
merupakan
hutang luar negeri. Jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah
selaras
dengan dasar Kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri
yang
mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah
serta dapat
meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing. 2. Kerajaan dari
semasa ke semasa memberikan jaminan kepada badan
-
berkanun dan syarikat Kerajaan untuk meminjam bagi membiayai
projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan ini
diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)
1965.
3. Sehingga 31 Disember 2011, jumlah contingent liability
Kerajaan
Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan
adalah sebanyak
RM116.76 bilion terdiri daripada pinjaman domestik RM109.14
bilion (93.5%)
dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Jaminan berkenaan
melibatkan 2
badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.
4. Pinjaman berkenaan digunakan untuk membiayai projek strategik
negara
yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan
peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk projek
pembangunan
modal insan, bekalan air dan elektrik serta pengangkutan
awam.
5. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 31 Disember 2011,
semua
syarikat yang dijamin oleh Kerajaan telah membayar hutang mereka
dengan
baik dan teratur.
-
SOALAN NO
PERTANYAAN
DARIPADA
KAWASAN
TARIKH
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
LISAN
YB. TUAN DING KUONG HUNG SARIKEI
26 MAC 2012 (ISNIN)
SOALAN:
YB. TUAN DING KUONG HUNG (SARIKEI) minta MENTERI
KER]A RAYA menyatakan status terkini penaiktarafan ]alan Bukit
Huang-
Sekumang ke Tanjung Manis. Nyatakan juga status kelulusan dari
Unit
Perancang Ekonomi (EPU), jabatan Perdana Menteri kepada
Kementerian.
-
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua;
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya
sememangnya memberikan keutamaan untuk melaksanakan projek
Jalan
Bukit Huang - Sekumang, Tg. Manis, Sarawak dalam tempoh RMKe-10
ini.
Projek dengan anggaran kos sebanyak RM75 juta itu melibatkan
skop
menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 15 kilometer dengan reka
bentuk
piawaian JKR R3. Cadangan projek berkenaan telah dikemukakan
kepada
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, ]PM)
untuk
pertimbangan dalam Rolling Plan ke-2, RMKe-10. Walau
bagaimanapun
projek ini tidak tersenarai sebagai antara projek baru yang
diluluskan dalam
tempoh tersebut. Sehubungan itu, kementerian akan berbincang
dan
memohon semula dengan UPE, jPM untuk kelulusan, sekurang-
kurangnya
bagi tujuan mereka bentuk projek berkenaan dalam Rolling Plan
ke-3,
RMKe-10.
Sekian. Terima kasih.
PERTANYAAN : LISAN
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’
SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
NO. SOALAN: 20
II
DARIPADA TUAN MANICKAVASAGAM A/L SUNDARAM
[KAPAR]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN
Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [Kapar] minta MENTERI
KESIHATAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melanjutkan
waktu
operasi Klinik Kesihatan Kapar memandangkan jumlah penduduk yang
kian
meningkat dan keperluan waktu lanjutan sekurang- kurangnya
sehingga
pukul sepuluh. Sekiranya ya, bilakah ianya akan dilaksanakan dan
sekiranya
tidak, nyatakan sebab-sebab dan apakah polisi Kerajaan untuk
membina
hospital baru.
Tuan Yang DiPertua
Di negeri Selangor, sebanyak sembilan (9) buah klinik kesihatan
ada
menyediakan perkhidmatan klinik selepas waktu pejabat di mana
klinik
melanjutkan waktu operasi mulai jam 5.00 petang hingga 9.30
malam
-
2
setiap hari, manakala, pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi
hingga 12
tengahari. Untuk daerah Klang, dua (2) buah klinik telah pun
memulakan
perkhidmatan ini iaitu Klinik Kesihatan Anika Klang dan Klinik
Kesihatan
Pandamaran untuk membantu mengurangkan kesesakan di unit
kecemasan
hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Klinik
Kesihatan
Anika Klang yang terletak kira-kira 25 km dari Klinik Kapar
telah memulakan
perkhidmatan selepas waktu pejabat sejak tahun 2008, manakala,
Klinik
Kesihatan Pandamaran yang terletak 30 km dari Klinik Kesihatan
Kapar
memulakannya pada tahun 2009.
Bagi meningkatkan kemudahan kesihatan untuk masyarakat
setempat,
sebuah Klinik 1 Malaysia juga telah beroperasi di Klang iaitu
Klinik 1 Malaysia
Kampung Delek yang terletak kira-kira 25 km dari Klinik
Kesihatan Kapar.
Klinik 1 Malaysia ini menyediakan perkhidmatan mulai jam 10.00
pagi hingga
10.00 malam setiap hari dan anggaran kedatangan pesakit ke
klinik ini ialah
75 pesakit sehari.
Klinik Kesihatan Kapar menerima purata kedatangan 400 pesakit
sehari dan
mempunyai kemudahan untuk perkhidmatan atas panggilan (on call)
bagi
kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat. Purata 8-10 kes
sehari
mendapatkan rawatan di luar waktu pejabat di mana; 2 hingga 3
kes
kecemasan ini memerlukan rujukan ke hospital berhampiran iaitu
HTAR.
Dengan kedatangan pesakit yang sedia ada, waktu operasi Klinik
Kesihatan
Kapar yang sedia ada dengan kemudahan perkhidmatan atas
panggilan 24
jam sehari adalah memadai.
Kementerian Kesihatan sentiasa prihatin dan memahami
keperluan
masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan hampir
dengan
-
3
mereka (close to homes) sejajar dengan hasrat “People First
Performance
Now”. KKM akan terus berusaha menambahbaik perkhidmatan
kesihatan
dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan
rakyat
di negara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
melaksanakan
pelbagai pendekatan termasuk mewujudkan lebih banyak
klinik-klinik
kesihatan di dalam komuniti, meningkatkan serta menambahbaik
perkhidmatan di hospital-hospital sedia ada, serta membina
hospital baru
sekiranya perlu.
Pembinaan sesebuah hospital baru dirancang berdasarkan
beberapa
kriteria, antaranya termasuklah faktor kepadatan dan jumlah
penduduk,
kemudahan-kemudahan kesihatan serta hospital sedia ada,
kemudahan
jalan raya dan pengangkutan serta taraf kesihatan penduduk.
Tumpuan
diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk
yang
tinggi seperti di bandar-bandar utama seluruh negara, di samping
daerah
serta kawasan yang terletak agak jauh dari bandar bagi
memastikan
rakyat negara ini mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan
yang
disediakan.PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DATO' SERI HAJI AZMI BIN KHALID
[PADANG BESAR]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN
-
NO. SOALAN: 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’
SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
ii
Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan hospital baru di negeri Peril's
berkemungkinan
dibina tidak berapa jauh dari Hospital Besar yang sedia ada di
Kangar;
sekiranya soal tanah menjadi masalah, adakah Kerajaan
sanggup
mengiklankan keperluan ini, bagi membolehkan seberapa ramai
rakyat
yang memiliki tanah membuat tawaran, demi memperkotakan
dasar
keterbukaan dalam perlaksanaan projek-projek Kerajaan.
-
Tuan Yang di-Pertua
Kerajaan sememangnya bercadang untuk membina sebuah hospital
baru di
Kangar bagi menampung keperluan semasa yang semakin meningkat
serta
keperluan di masa hadapan. Tapak hospital baru Kangar sedia ada
terlalu
sempit bagi menampung keperluan pembangunan disamping kerap
mengalami masalah banjir.
Kementerian kini sedang mengkaji cadangan membina hospital baru
di
sebuah tapak yang terletak di Utan Aji tidak jauh daripada
hospital sedia
ada. Sekiranya tapak tersebut didapati sesuai, perolehan tanah
akan
dilaksanakan. Manakala peruntukan bagi pelaksanaan projek ini
akan
dipohon bersama senarai permohonan projek bagi Rolling Plan 3
RMKe-10.
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DATUK CHUA SOON BUI [TAWAU]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’
SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SOALAN NO: 22
II
Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan:
(a) Apakah keputusan penyiasatan terhadap kematian seorang
budak
lelaki berumur 7 tahun dan seorang lelaki berumur 21 tahun
di
Hospital Tawau pada bulan Januari 2012; dan
(b) Memandangkan Pengarah Kesihatan Sabah telah menyatakan
bahawa kekurangan doktor-doktor kanan adalah faktor yang
menyumbang kepada kematian-kematian itu terutama sekali
dalam
kes kematian budak lelaki, apakah tindakan yang diambil
Kementerian dan adakah sebarang pampasan yang diberikan
kepada
keluarga-keluarga yang terlibat itu.
-
Tuan Yang di-Pertua
2
Bagi kedua-dua kes tersebut,Jawatankuasa Penyiasatan Bebas
(JKPB)
telahpun ditubuhkan dan telah bersidang. Untuk kes pesakit yang
berumur
21 tahun,mesyuarat JKPB telah bersidang di Hospital Tawau pada
17
Januari 2012 dan di Hospital Queen Elizabeth pada 14 Februari
2012.
Untuk kes pesakit berumur 7 tahun pula, mesyuarat JKPB telah
bersidang
di Hospital Tawau pada 5 Mac 2012.
Penjelasan tentang hasil siasatan telah diberi kepada keluarga
mendiang
bagi kedua-dua kes dan mereka berpuashati dengan hasil
siasatan
tersebut.
Memandangkan kedua-dua kes ini adalah berpotensi medikolegal
dan
pihak keluarga mendiang bagi kedua-dua kes ini membuat tuntutan
ganti-
rugi.maka, kedua-dua kes tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Ex
Gratia
KKM bagi mempertimbangkan tuntutan yang dibuat berdasarkan
kepada
laporan JKPB yang telah dijalankan.
-
DARIPADA
KAWASAN
TARIKH
NO. SOALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
YB. Tuan Chua Tian Chang Batu
26.03.2012 (Isnin)
23
YB. Tuan Chua Tian Chang minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan:
(a) apakah pendirian Kerajaan Malaysia dalam
perdagangan antara Malaysia-lsrael yang semakin
meningkat termasuk berpangkalan di Malaysia
seperti ZIM Integrated Shipping Service; dan
(b) berapakah jumlah nilai dagangan Malaysia-lsrael
sejak tahun 1990-2011
-
2
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ke hari
ini, dasar luar negara adalah tidak mempunyai sebarang
hubungan diplomatik dengan negara Israel.
Sehubungan itu, pada masa ini, bentuk perhubungan
Malaysia dan Israel adalah melalui rangkaian bekalan
antarabangsa (international supply chain) yang
kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan
komponen elektronik. la dikendalikan oleh syarikat-
syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di Rantau
Teluk termasuk Israel. Ini adalah sebahagian dari
amalan perniagaan antarabangsa yang di bawah
kawalan syarikat- syarikat MNC itu sendiri. Dalam masa
yang sama produk- produk yang ingin dieksport ke
negara Palestin hanya boleh dibawa melalui pelabuhan
Ashdod di Israel.
Berdasarkan semakan Kementerian, syarikat Zim
Integrated Shipping Services tidak berpengkalan di
Malaysia sebaliknya di Singapura dengan nama Zim
-
3
Integrated Shipping Services Ltd.
PEMBERITAHUAN
PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT, MALAYSIA
DARI PADA : Y.B. DR. LEE BOON CHYE
(GOPENG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 26.03.2012
Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai tapak tanah miliki Kerajaan Persekutuan yang
dijual
kepada pihak swasta, serta harga jualan dan pembeli sejak tahun
2009.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini hanya satu (1)
lot tanah
sahaja yang telah dijual iaitu kepada Lembaga Tabung Angkatan
Tentera
dengan harga RM538,078,167.00. Sebanyak 12 lagi lot tanah telah
dipersetujui
untuk dijual. Daripada jumlah ini, (8) lot tanah adalah dalam
peringkat akhir
penyediaan perjanjian jual beli, (1) lot dalam peringkat tawaran
manakala (3)
lot lagi dalam peringkat penyediaan Memorandum Jemaah Menteri.
Penjualan
tanah-tanah ini akan memberi pendapatan tambahan sebanyak
RM1.555 bilion.
-
NO. SOALAN:-?:?
l
DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA,
PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA BELAS (2012)
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED
JAAFAR ALBAR (KOTA TINGGI)
TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)
SOALAN :
TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR (KOTA
TINGGI)
minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil
Kerajaan
untuk memastikan integriti dan urus tadbir baik diamalkan dalam
pengurusan
zakat di Malaysia supaya dana terkumpul digunakan mengikut Asnaf
dalam
hukum syarak dan akaunnya diaudit untuk tatapan umat Islam.
JAWAPAN: (YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN
HAJI
BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah
Butiran (1),
Senarai Kedua, Jadual kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal
ehwal Agama
Islam termasuklah kutipan dan agihan zakat adalah terletak di
bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis
Agama Islam
Negeri (MAIN) masing-masing.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan zakat yang
dikendalikan oleh
MAIN adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan arahan yang
dikeluarkan
-
2
oleh negeri masing-masing dari masa ke semasa. Pengurusan zakat
bagi setiap
negeri adalah tertakluk kepada auditan sama ada diaudit secara
dalaman,
luaran dan juga oleh Jabatan Audit Negara. Sebagai contoh bagi
Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pengurusan zakat diaudit oleh
tiga pihak
iaitu oleh audit dalaman Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan MAIWP,
audit luaran dan
Jabatan Audit Negara. ..
Pada setiap tahun, laporan kewangan zakat yang telah diaudit
akan diedarkan
untuk makluman orang ramai. Di samping itu, laporan-laporan
kutipan dan agihan
secara berkala dikeluarkan untuk meningkatkan lagi tahap
keyakinan orang ramai
terhadap pengurusan institusi zakat ini.
Disamping itu JAWHAR selaku penyelaras bagi pelaksanaan dasar
serta program
pembangunan institusi zakat, telah berfungsi sebagai pemangkin
bagi menghasil
dan menerbitkan manual-manual pengurusan berkaitan zakat sebagai
panduan
dan rujukan yang seragam kepada pusat zakat Majlis-Majlis Agama
Islam Negeri.
Antara manual berkaitan zakat yang telah diterbitkan sehingga
kini ialah:
-
i) Manual Pengurusan Pengiraan Zakat;
ii) Manual Pengurusan Zakat Perbankan;
iii) Manual Pengurusan Agihan Zakat; dan
iv) Manual Pengurusan Model Perundangan Zakat.
Usaha-usaha yang dijalankan itu telah dapat sedikit sebanyak
meningkatkan
prestasi pengurusan zakat di negeri-negeri.
Selain itu, usaha promosi dan publisiti turut dijalankan dengan
membuat liputan
melalui televisyen, radio dan surat khabar bagi program-program
agihan zakat
seperti program kembara asnaf, bantuan bencana, bantuan
perkahwinan,
bantuan persekolahan, bantuan hari raya, bantuan mualaf dan
Iain-lain bantuan
yang berkaitan untuk meyakinkan orang ramai bahawa agihan zakat
ini dibuat
secara telus daripada wang zakat yang telah ditunaikan.
Sekian, terima kasih.
NO. SOALAN : 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA
[PARIT BUNTAR]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN
-
Minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan
yang
diluluskan kepada Parlimen Parit Buntar dari tahun 2008 hingga
kini. Sila
senaraikan perbelanjaan peruntukan tersebut.
JAWAPAN :
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah
meluluskan
sebanyak 39 program/ projek di bawah RMK-9 (2006-2010) dengan
peruntukan
sebanyak RM 31.3 juta bagi Parlimen Parit Buntar. Daripada
peruntukan tersebut
sebanyak RM28.8 juta telah dibelanjakan. Manakala bagi Rolling
Plan 1, RMK-10
(2011) Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 7 program/
projek
dengan peruntukan sebanyak RM 2.8 juta dan daripada jumlah
tersebut sebanyak
RM 1.7 juta telah dibelanjakan.
Senarai projek yang diluluskan dari tahun 2006-2011 adalah
seperti berikut:
-
SENARAI PROGRAM/ PROJEK RMK-9 (2006-2010) PARLIMEN PARIT
BUNTAR
BIL
NAMA PROJEK SILING PROJEK
1 GELANGGANG RAKYAT KBS - TITI SERONG 159,000.00
2 GELANGGANG RAKYAT KBS - KUALA KURAU 159,000.00
3 PUSAT GIAT PARIT BUNTAR 500,000.00
4 JAMBATAN BARU KUALA KURAU, KERIAN 6,000,000.00
5 PPB KERIAN 60,000.00
6 N/T MAKMAL KP KERIAN 84,000.00
7 N/T KLINIK PERGIGIAN KUALA KURAU, KERIAN 233,000.00
8 N/T KP STATIK SM (C) KERIAN, PARIT BUNTAR 80,000.00
9 N/T KP STATIK SR SIN HUA, PARIT BUNTAR 80,000.00
10 SMK MUZAFFAR SHAH 1,612,460.00
11 SMK Kuala Kurau 880,000.00
12 SK KUALA KURAU 50,000.00
13 SK SRI SIAKAP 50,000.00
14 SK TELOK PIAL 50,000.00
15 SK KAMPONG KEDAH 19,988.00
16 SK SUNGAI BAHARU 17,146.00
17 SKSUNGAI MEGATARIS 19,920.00
18 SK SRI KERIAN 50,000.00
19 SKSUNGAI BURONG 50,000.00
20 SK TANJONG PIANDANG 50,000.00
21 SK METHODIST PARIT BUNTAR 50,000.00
-
PARLIMEN PARIT BUNTAR
BIL
NAMA PROJEK SILING PROJEK
22 SK KUALA KURAU 100,000.00
23 SKTITI SERONG 35,460.00
24 SMKSRI PERAK 30,000.00
25 SK BARU, KERIAN 15,595.00
26 SK PARIT TOK NGAH 151,915.00
27 SK KAMPONG KEDAH 149,315.00
28 SKSUNGAI BURONG 151,915.00
29 SKTITI SERONG 134,755.00
30 SK SUNGAI BAHARU 2,763,022.26
31 SK KAMPONG KEDAH 1,543,476.00
32 RG SK SUNGAI BAHARU 1,212,882.00
33 PPD KERIAN 5,471,997.30
34 SMK METHODIST PARIT BUNTAR 50,000.00
35 NAIK TARAF KLINIK LPPKN PARIT BUNTAR, PERAK 255,697.00
36 NATIONAL FOOD SECURITY: Menaiktaraf taliair dan parit tanah
R4A1 dan R4A2 serta kerja-kerja berkaitan di blok G, IADA Seberang
Perak
1,818,000.00
37 PEMBANGUNAN LANDSKAP SUNGAI KERIAN, FASA 2, PARIT BUNTAR,
PERAK
17.00
38 KONSERVASI BURUNG LAUT DI KUALA GULA 459,331.00
39 BINA/PASANG - LOJI/KOLAM DAN PAIP UTAMA DAERAH KERIAN
6,700,000.00
JUMLAH 31,297,891.56
-
SENARAI PROGRAM/ PROJEK ROLLING PLAN 1, RMK-10 (2011)
PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARI PADA : DATO' SERI TENGKU AZLAN IBNI ALMARHUM SULTAN ABU
BAKAR [ JERANTUT ]
TARIKH : 26 MAC 2012
SOALAN
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
[Jerantut] minta
PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek yang telah
dirancang dan diberi keutamaan dalam beberapa tahun yang akan
datang
demi masa depan rakyat.
JAWAPAN
BIL
NAMA PROJEK SILING RP1
1 GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA PARIT BUNTAR 150,000.00
2 PEMBINAAN BARU TANDAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA LOPE NOR
RASHID DI DAERAH KERIAN, PERAK
614,501.73
3 PEMBINAAN BARU TANDAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI WAHAB
DI DAERAH KERIAN, PERAK
583,023.64
4 PEMBAYARAN AKAUN MUKTAMAD SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUZAFFAR
SHAH, KERIAN, PERAK
20,000.00
5 PEMBINAAN 1 KELAS PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI
SETAR, PERAK
300,000.00
6 PEMBINAAN 1 KELAS PRASEKOLAH DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
SAINT MARY'S, PERAK
300,000.00
7 PEMBINAAN 1 BLOK BARU 3 TINGKAT PPD KERIAN, PARIT BUNTAR,
PERAK
839,491.99
JUMLAH 2,807,017.36
-
Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan telah mensasarkan
agihan
siling peruntukan mengikut sektor, iaitu 55% bagi Sektor
Ekonomi, 30%
Sektor Sosial, 10% Sektor Keselamatan dan 5% Sektor
Pentadbiran.
Siling keseluruhan bagi tempoh lima tahun Rancangan Malaysia
Kesepuluh
telah ditetapkan sebanyak RM230 bilion. Sehingga tahun 2013,
siling
peruntukan sebanyak RM147.6 bilion telah disediakan. Daripada
jumlah
tersebut, Sektor Ekonomi diberi peruntukan yang paling tinggi,
iaitu
sebanyak 61% bagi tempoh rolling plan pertama dan rolling plan
kedua
(2011-2013). Tindakan ini selaras dengan hasrat Kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan
tinggi
dan maju menjelang 2020.
Bagi rolling plan kedua, antara projek di bawah Sektor Ekonomi
yang
diberi keutamaan oleh Kerajaan ialah projek di bawah National
Key
Economic Area (NKEA) bernilai RM8 bilion dan juga
projek-projek
Strategic Reform Initiatives (SRI) bernilai RM174 juta. Bagi
Sektor Sosial
pula, Kerajaan terus memberi keutamaan kepada projek sosial
seperti
Pendidikan dan Latihan bernilai RM12.5 bilion serta
projek-projek
kesihatan RM3.7 bilion dan juga projek-projek di bawah National
Key
Result Area (NKRA) sebanyak RM10 bilion,
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
-
JAWAPAN:
2
PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA YB TUAN GWO-BURNE LOH (KELANA JAYA)
TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)
SOALAN
YB Tuan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI
PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan jumlah mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur
di
kaki lima dari tahun 2006-2011. Apakah langkah-langkah yang
diambil
untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku.
-
Tuan Yang Di Pertua,
3
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM)
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin dan
memandang
serius akan isu golongan gelandangan terutama di bandar-bandar
besar.
Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan yang mula
digunakan oleh JKM pada tahun 2007, terdapat seramai 7,833
orang
gelandangan yang telah diselamatkan oleh JKM bagi tempoh 2007
hingga
Disember 2011. Pecahannya adalah seperti berikut:
Tahun 2007
Tahun 2008
Tahun 2009
Tahun 2010
Tahun 2011
Jumlah
- 1
,261 orang
- 1
,796 orang
- 1
,934 orang
- 1
,434 orang
- 1,408 orang
7,833 orang
-
JAWAPAN:
4
-
Tuan Yang Di Pertua,
5
JKM telah membuat kajian profil awal ke atas 1,387 orang
gelandangan di
bandar raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran sebenar
isu
serta merancang tindakan yang sesuai bagi membantu golongan
gelandangan tersebut.
Daripada kajian tersebut, antara faktor seseorang itu hidup
bergelandangan adalah disebabkan:
i. Ketiadaan Pekerjaan (seramai 646 orang atau 46.6%);
ii. Miskin Berpendapatan Rendah (seramai 245 atau 17.7%);
iii. Miskin, Tua, dan Sebatang Kara (seramai 145 orang atau
10.5%);
iv. Penagihan Dadah (seramai 66 orang atau 4.8);
v. Pengabaian (seramai 61 orang atau 4.4%);
vi. Miskin dan Tua (seramai 50 orang atau 3.6%);
vii. Masalah Mental (seramai 30 orang atau 2.2%);
viii. Sakit Melarat (seramai 29 orang atau 2.1 %);
ix. Tiada Tempat Tinggal (seramai 27 orang atau 1.9%);
x. Bekas Banduan (seramai 16 orang atau 1.2%);
-
JAWAPAN:
6
xi. Ketidakupayaan (seramai 15 orang atau 1.1%);
xii. Lari dari Rumah (seramai 14 orang atau 1.0%);
xiii. Masalah Keluarga (seramai 8 orang atau 0.6%);
xiv. Kemurungan (seramai 7 orang atau 0.5%);
xv. Penagihan Arak (seramai 7 orang atau 0.5%);
xvi. Warga Asing Terdampar (seramai 5 orang atau 0.4%); dan
xvii. Penerimaan Keluarga (seramai 3 orang atau 0.2%).
Selain itu seramai 13 orang (1.0%) gelandangan tidak dapat
dikenal pasti
sebab-sebab mengapa mereka bergelandangan.
Rumusan daripada kajian tersebut mencadangkan keperluan
untuk
mewujudkan Pusat Sehenti Intervensi dalam menangani isu
gelandangan
ini.
Tujuan Pusat Sehenti Intervensi adalah untuk:
-
7
a. Menyediakan tempat berlindung sementara kepada
gelandangan
produktif bekerja yang tiada tempat tinggal;
b. Memudahkan golongan gelandangan dikesan dan dihubungi,
serta
mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan
dan
merancang program pembangunan;
c. Mengadakan intervensi awal kepada semua golongan
gelandangan
(penganggur, pesakit mental, penagih dadah, pengemis, kutu rayau
dan
Iain-lain) melalui pendekatan multi-sektor;
d. Memudahkan penyelarasan dan penyaluran bantuan serta
perkhidmatan
kepada golongan gelandangan; dan
e. Membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat
melalui
jawatankuasa khas dalam merancang program pemulihan dan
pengintegrasian semula golongan ke dalam masyarakat.
Bagi merealisasikan hasil cadangan kajian tersebut, maka KPWKM
telah
menubuhkan Pusat Sehenti Intervensi yang pertama bagi
membantu
golongan ini dikenali dengan nama ANJUNG SINGGAH yang terletak
di Jalan
Hang Lekiu, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 9 April
2011.
-
8
Semenjak memulakan operasi hingga 29 Februari 2012, seramai 458
orang
gelandangan telah mendapat perkhidmatan di Anjung Singgah.
Selain penubuhan Anjung Singgah, golongan gelandangan yang
diselamatkan
susulan operasi pengemisan oleh JKM boleh ditempatkan di Desa
Bina Diri
(DBD), manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula
diberikan
perlindungan di Rumah Seri Kenangan (RSK). Langkah ini adalah
bagi
memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup
mereka
terjamin.
Di kedua-dua DBD dan RSK ini, mereka akan menjalani proses
pemulihan
bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun. Mereka diberikan rawatan
perubatan,
penjagaan kesihatan dan bimbingan kaunseling. Sebagai tambahan,
mereka
turut mengikuti latihan vokasional, pertanian, kraftangan,
bimbingan agama,
dan juga rekreasi. Bagi golongan gelandangan yang mempunyai
keluarga
pula, mereka akan diserahkan kepada keluarga masing-masing dan
akan
dipertimbangkan bantuan kebajikan yang bersesuaian sekiranya
layak.
-
JAWAB LISAN
DARI PADA
TARIKH
RUJUKAN
VJo-SoALAfJ: 2^
NOnWfV1-i-2- N€^AUP-i-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :
DATUK HAJI BAHARUM BIN MOHAMED [ SEKIJANG ]
26 MAC 2012
4480
SO ALAN:
Datuk Haji Baharum bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini telah berapa kalikah
program pemutihan kepada pendatang tanpa izin telah dilakukan
di
negara ini dan apakah sebab-sebabnya.
-
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari
Sekijang
di atas soalan yang dikemukakan.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia, setakat
ini
Program Pemutihan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI)
pernah
dilaksanakan sebanyak dua kali. Pertama, pada 15 Ogos sehingga
31
Disember 1996 dan kedua, di bawah Program 6P bermula 10
Oktober
2011 dan akan dilaksanakan sehingga 10 April 2012.
Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan yang mulia, selain
daripada Program Pemutihan, Kerajaan juga pernah
melaksanakan
Program Pengampunan iaitu membenarkan PATI pulang ke negara
asal
pada 24 Oktober 2004 hingga 31 Januari 2005. Kerajaan juga
pernah
melaksanakan Program Pendaftaran PATI di Negeri Sabah pada 1
Ogos
2008 sehingga 31 Oktober 2008 dan pada 27 Julai 2009 sehingga
31
Oktober 2009.
Tujuan Program ini dilaksanakan adalah bagi menangani isu
kebanjiran
PATI melalui kaedah pendaftaran dan pengumpulan data serta
maklumat PATI yang berada di negara ini. Melalui data dan
maklumat
PATI yang diperolehi, Kerajaan berupaya untuk mengenalpasti
bilangan
PATI yang berada di dalam negara dan seterusnya memudahkan
tindakan pemantauan dan penguatkuasaan. Selain daripada itu,
Proses
Pemutihan ini juga
bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
-
dari luar dengan menggunakan sumber PATI yang telah pun
berada
di dalam negara.
-
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
Soalan No : 30
LISAN DARIPADA
TARIKH
PERT
ANYAANY.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L
R.SANTIAGO (KLANG)
26.03.2012
SOALAN:
Y.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L R.SANTIAGO [ KLANG ] minta Menteri
Pelajaran menyatakan kenyataan Perdana Menteri (ucapan Thaipusam
2012, di Batu Caves) bahawa sebanyak RM 2 billion telah
disumbangkan ke sekolah sekolah Tamil dalam 3 tahun yang lalu.
Senaraikan sekolah yang telah menerima sumbangan Kerajaan.
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Peruntukan mengurus sahaja
bagi
semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk tahun 2009
ialah
sebanyak RM 50,640,561, manakala untuk tahun 2010 pula ialah
sebanyak RM
43,044,477 dan bagi tahun 2011 ialah sebanyak RM 48,108,533.
Peruntukan ini
ialah peruntukan yang disalurkan kepada SJKT melalui semua
Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN).
Rjm 45
-
1
PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
Dato’ Abdul Manan Bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri
Pengajian Tinggi
menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian berhubung
sindiket
penjualan Baucar Buku 1 Malaysia yang dilakukan oleh pihak yang
tidak
bertanggungjawab dengan menukarkan Baucar tersebut kepada
wang
ringgit di IPTA.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan
pelaksanaan
pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) ini berjalan dengan
lancar dan
tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan,
Kementerian
Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah
mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya
kepada semua pelaksana. Selain daripada itu, beberapa siri
taklimat juga
telah diberikan kepada pihak yang terlibat.
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SOALAN
JAWAB LISAN
DATO' ABDUL MANAN BIN ISMAIL 26
MAC 2012 (ISNIN)
NO. 31
-
2
Berhubung dengan kenyataan terdapatnya sindiket penjualan
BB1M,
sehingga kini Kementerian tiada makiumat yang boleh dikaitkan
dengan
wujudnya sindiket penjualan BB1M. Hanya terdapat dua kes
penjualan
Baucer Buku 1 Malaysia atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi
kepada
Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang
pelajar
Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web
mudah.com.
Bagi kes ini, pihak pengurusan UM telah menjalankan siasatan dan
pelajar
tersebut telah dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut
kemudiannya
telah menarik balik iklan penjualan BB1M yang masih belum
terjual. Kes
kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang
melibatkan
seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi sepasang
suami
isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh pihak
pengurusan
UUM, manakala pasangan suami isteri tersebut telah dilaporkan
kepada
pihak Polis.
Sebagai langkah pemantauan, Kementerian senantiasa
bekerjasama
dengan semua pihak, khususnya pihak polis agar mereka yang
tidak
bertanggungjawab dalam penjualan BB1M ini diambil tindakan
yang
sewajarnya.
-
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
Soalan No : 32
LISAN DARIPADA
TARIKH
PERTANYAANY.B. DATO' SERI TIONG KING
SING (BINTULU)
26.03.2012
SOALAN:
Y.B. DATO’ SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta Menteri
Pelajaran
menyatakan
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula sistem
penempatan guru terlatih dalam negara ini dan berapakah jumlah guru
yang memohonkan pertukaran tempat perkhidmatan dalam tahun 2010 dan
2011; dan
(b) apakah cara lain yang dapat mengatasi perkara ini
memandangkan pertukaran kakitangan mengajar dengan kerap adalah
tidak digalakkan dalam sistem pendidikan.
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
a) dan b)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini satu kertas
cadangan
Penambahbaikan Dasar Penempatan dan Pertukaran Guru sedang
disediakan.
Sesi “engagement bersama-sama pihak berkepentingan telah
diadakan pada 14
dan 20 Mac 2012. Sesi engagement ini bertujuan mendapatkan
maklum balas
dan pandangan dalam usaha untuk menambahbaik dasar
penempatan
-
Rjm 43
dan pertukaran guru. Pendekatan ini penting bagi memastikan
dasar yang akan
digubal akan lebih komprehensif dan boleh diterima oleh semua
warga pendidik.
Dasar ini juga diharap dapat memastikan penempatan seseorang
guru dengan
tepat berdasarkan keperluan opsyen seterusnya dapat mengatasi
kekurangan
guru.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pertukaran antara
negeri
bagi Sekolah Rendah pada 2010 ialah 11,935 orang dan pada 2011
ialah 10,792
orang. Sementara bagi Sekolah Menengah Harian pula pada 2010
ialah seramai
11,418 orang dan tahun berikutnya ialah 13,340 orang.
-
Soalan No : 43
PEMBER1TAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
LISAN DARIPADA
TARIKH
PERT
ANYAANY.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD.MUTTALIB
(MARAN)
26.03.2012
SOALAN:
Y.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB [ MARAN ] minta
Menteri Pelajaran menyatakan mengapakah guru-guru yang tamat
pengajian mengambil masa yang agak lama untuk mendapat pengesahan
ke jawatan gred hakiki. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya
galakan untuk guru-guru meneruskan pengajian mereka. Apakah
langkah-langkah pihak Kementerian dalam mengatasi masalah ini.
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap isu
pengesahan
ke jawatan gred hakiki dalam kalangan guru yang baru tamat
pengajian.
Berdasarkan Peraturan 27, P.U.(A) 176/2005, guru-guru yang telah
tamat
pengajian dan telah dilantik ke jawatan hakiki akan melalui
tempoh percubaan
selama 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Syarat-syarat bagi membolehkan seseorang pegawai disahkan
dalam
perkhidmatan adalah seperti berikut:
i. Menjalani tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun;
ii. Hadir dengan jayanya kursus induksi; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
-
Rjm 44
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan
Pendidikan (SPP) perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai
dalam tempoh
satu bulan dari tarikh pegawai itu didapati memenuhi
syarat-syarat di atas.
Walau bagaimanapun, sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan
perakuan
bagi seseorang pegawai yang telah memenuhi syarat, pegawai itu
boleh
memohon terus kepada SPP untuk disahkan. Bagi memastikan urusan
ini
dilaksanakan dengan teratur di peringkat negeri, pihak KPM telah
melaksanakan
pemantauan secara berkala berdasarkan laporan yang dikemukakan
oleh setiap
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
-
NO. SOALAN : 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
TUAN LIM KIT SIANG [ IPOH TIMUR ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasional
mengapakah
Kerajaan melemahkan EconomicTransformation Programme (ETP) yang
bertujuan
mempertingkatkan peruncit-peruncit kecil menerusi program TUKAR
dengan
memupuk persaingan yang tidak adil menerusi subsidi yang
diberikan kepada
peruncit-peruncit besar dan pemborong-pemborong seperti Mydin
untuk
mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR bertujuan untuk
memodenkan kedai
runcit tradisional sedia ada bagi meningkatkan tahap daya saing
dalam persekitaran
perniagaan peruncitan yang kompetitif. Program ini dilaksanakan
dengan kerjasama
hypermarket tempatan dan asing sebagai tanggungjawab sosial
syarikat terbabit
membangunkan peruncit-peruncit tempatan.
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
LISAN
TUAN LIM KIT SIANG [ IPOH TIMUR ]
26.03.2012 (ISNIN)
-
Manakala Kedai Rakyat 1 Malaysia atau KR1M telah diilhamkan oleh
Y.A.B. Dato’ Sri
Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, di atas
keperihatinan beliau
mengenai peningkatan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan
rendah
khususnya di kawasan Bandar. Konsep KR1M adalah menjual produk
keperluan
berjenama 1 Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) pada harga sehingga 50%
lebih rendah
berbanding produk sama berjenama lain, namun kualiti tetap
diutamakan. Kerajaan
mensasarkan untuk membuka 85 buah KRIM sehingga penghujung tahun
2012.
Sehingga 1 Mac 2012 sebanyak 568 buah kedai runcit termasuk
kedai runcit
koperasi telah berjaya dimodenkan dibawah program TUKAR manakala
sebanyak 31
buah KR1M telah beroperasi di seluruh Malaysia dengan 250 produk
1MKR telah
berada dipasaran. Ini bermakna, taburan kedai TUKAR adalah lebih
meluas
berbanding dengan KR1M dan kedai TUKAR juga turut berada di
kawasan
pedalaman.
Untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa pemilik kedai TUKAR
turut
digalakkan agar menjual produk 1MKR di premis mereka supaya
pengguna di
kawasan yang tidak mempunyai KR1M juga akan berpeluang menikmati
produk
1MKR. Sehingga kini, 477 kedai runcit telah turut menjual produk
1MKR dan
daripada jumlah tersebut, 103 buah adalah kedai TUKAR.
-
DARI PADA
KAWASAN
TARIKH
NO. SOALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT,
MALAYSIA
YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Permatang Pauh
26.03.2012 (Isnin)
35
YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan senarai syarikat-syarikat Malaysia yang
dibenarkan berdagang terus dengan Israel meskipun
bertentangan dengan dasar Kerajaan yang tidak
mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan
Israel dan nilai dagangan tersebut.
-
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ke
hari ini, dasar luar negara adalah tidak mempunyai
sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel.
Sehubungan itu, pada masa ini, bentuk perhubungan
Malaysia dan Israel adalah melalui rangkaian bekalan
antarabangsa (international supply chain) yang
kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan
komponen elektronik. la dikendalikan oleh syarikat-
syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di
Rantau Teluk termasuk Israel. Ini adalah sebahagian
dari amalan perniagaan antarabangsa yang di bawah
kawalan syarikat- syarikat MNC itu sendiri. Dalam
masa yang sama produk- produk yang ingin dieksport
ke negara Palestin hanya boleh dibawa melalui
pelabuhan Ashdod di Israel.
-
LISAN DARIPADA
TARIKH
RUJUKAN
too.eoAiAtO • ?>fo UQ-AUM : 27 ne-k^p-r
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DATUK ERIC ENCHIN MAJIMBUN [SEPANGGAR]
26 MAC 2012
4481
SOALAN :
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilangan warga asing yang diberi permit kerja
dalam
setiap bidang perusahan di seluruh negara khasnya di Sabah dan
Sarawak
dalam masa 5 tahun ini.
-
JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sepanggar yang
mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pekerja asing dibenarkan untuk
bekerja
dalam enam sektor pekerjaan iaitu sektor perkilangan,
pembinaan,
perladangan, perkhidmatan, pertanian dan pembantu rumah.
Mengikut statistik Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pekerja
asing yang
digaji secara sah dan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara
(PLKS)
adalah seramai 2,062,596 orang bagi tahun 2008, 1,918,146 orang
bagi
tahun 2009, 1,817,871 orang bagi tahun 2010 dan 1,573,061 orang
bagi
tahun 2011.
Manakala, secara khususnya bagi negeri Sabah, bagi tahun 2011
seramai
168,568 orang pekerja asing direkodkan iaitu 10,926 orang bagi
sektor
Pembantu Rumah, 9,221 orang bagi sektor Pembinaan, 13,948
orang
sektor Pembuatan, 6,347 orang sektor Perkhidmatan, 92,226 orang
sektor
Perladangan dan 35,900 orang sektor Pertanian.
Bagi negeri Sarawak pula, bagi tahun 2011, seramai 119,310 orang
pekerja
asing direkodkan iaitu 5,118 orang bagi sektor Pembantu
Rumah, 14,196 orang bagi sektor Pembinaan, 32,968 orang
sektor
-
Pembuatan, 6,225 orang sektor Perkhidmatan, 55,021 orang
sektor
Perladangan dan 5,782 orang sektor Pertanian.
NO. SOALAN:37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA [PARIT]
TARIKH : 26 MAC 2012
SOALAN
Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [Parit] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah tenaga kerja mahir rakyat Malaysia
di
bawah Program Returning Expert telah memenuhi keperluan
kerja
mengikut National Key Economic Areas (NKEA) dalam mencapai
aspirasi
negara selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
menjelang
tahun 2020.
JAWAPAN
1. Selaras dengan aspirasi Kerajaan yang menitikberat
pembangunan
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), salah satu kriteria
kelayakan untuk memohon insentif di bawah program Returning
Expert Program (REP) ialah pemohon perlu menyumbang dalam
sektor utama negara, terutamanya sektor NKEA setelah mereka
-
2 / 2
kembali bekerja di Malaysia.
2. Sehubungan itu, tenaga kerja mahir rakyat Malaysia yang
telah
kembali ke negara ini kini sedang berkhidmat dalam pelbagai
bidang NKEA khususnya sektor Perkhidmatan Kewangan;
Perkhidmatan Perniagaan; Minyak, Gas dan Tenaga; Kandungan
Komunikasi dan Infrastruktur; serta Elektrik dan Elektronik.
Antara
golongan yang kembali berkhidmat termasuklah para profesional
yang
berkualiti tinggi yang kini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif di
syarikat tersenarai serta sebagai anggota pengurusan terkanan
di
syarikat multinasional.
-
NO SOALAN : 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
000000000000000000
LISAN
DARI PADA
TARIKH
JAWAPAN
PERTANYAAN
YB TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
26 MAC 2012
SOALAN
Minta PERDANA MENTERI adakah saham FGV yang dimiliki oleh
KPF
dalam penyenaraian FELDA nanti saham ‘Ordinary Shares' atau
‘Preference Shares’
DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN TIMBALAN MENTERI
DI JPM
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang
struktur
pemilikan saham KPF di dalam FGVH adalah dimaklumkan bahawa
struktur penyenaraian FGVH masih belum dimuktamadkan. Maka,
struktur pemilikan saham FGVH hanya akan dapat didedahkan
selepas
mendapat kelulusan dari pihak-pihak berkuasa yang terlibat.
-
SOALAN NO: 39
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN ER TECK HWA
[BAKRI]
TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)
SOALAN
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
rumah kediaman pegawai Kerajaan yang tidak dihuni di kawasan
bandar
Muar
(a) jumlah rumah dan bangunan berdasarkan pecahan
Kementerian
yang memiliki; dan
(b) senaraikan lokasi rumah dan bangunan tersebut dan alasan
mengapa ia tidak dihuni.
-
JAWAPAN: DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Rumah kediaman pegawai Kerajaan di kawasan Muar sebagai mana
yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah di bawah seliaan
Kerajaan
Negeri. Sementara itu, rumah kediaman pegawai Kerajaan di
kawasan
Yang Berhormat yang melibatkan kawalan secara langsung di
peringkat
Kementerian pula dimiliki oleh pelbagai Agensi/Jabatan.
Antaranya ialah
Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai
contoh, terdapat 144 buah rumah kediaman pegawai Kerajaan milik
JKR
dan Pejabat Daerah Muar yang diselenggara oleh JKR Daerah
Muar.
Rumah kediaman yang tidak dihuni sebagai mana pemerhatian oleh
Yang
Berhormat melibatkan 97 buah rumah. Daripada jumlah tersebut,
54
adalah milik JKR, 43 pula merupakan rumah kediaman pegawai
Kerajaan
di bawah kawalan secara langsung Pejabat Daerah Muar.
Manakala Kementerian Pelajaran Malaysia pula, terdapat
sebuah
kompleks institusi pendidikan (rumah kediaman guru) yang
mengandungi 16 unit rumah. Daripada jumlah tersebut hanya 10
yang
tidak dihuni.
-
Senarai lokasi rumah dan bangunan tersebut serta alasan ianya
tidak
dihuni adalah seperti berikut:
Kementerian Kerja Raya : (i) Rumah Kediaman Pegawai Kerajaan
Yang Diselenggara oleh JKR
(JKR Muar)
(ii) Rumah Kediaman Pegawai Kerajaan Yang Diselenggara oleh
JKR
(Pejabat Daerah Muar)
Bil. Alamat/Lokasi Bilangan Kuarters
(unit)
Sebab Tidak Dihuni
1. Jalan Daud 4 Usang dan dalam proses disyor roboh 2. Pagoh
1
3. Batu 9, Jalan Panchor 2
4. Lenga 12
5. Sungai Balang 1 Memerlukan
pembaikan 6. Pangsapuri Persona Jalan Bakri
31
7. Jalan Khalidi 2
8. PTt Hj Ali, Jin Abd
Rahman
1
Bil. Alamat/Lokasi Bilangan
Kuarters (unit)
Sebab Tidak Dihuni
1. Jalan Abd Rahman 6 Usang dan dalam
proses disyor roboh 2 Pertukaran
pegawai
2. Jalan Timbalan 8 Usang dan dalam
proses disyor roboh 12 Memerlukan
pembaikan
-
iii. Kelewatan
kontraktor dalam
3. Jalan Sultanah 2 Proses Pengambilan oleh DYMM Sultan
4. Jalan Mejidi 1 Pertukaran
Pegawai
5. Pangsapuri Persona Jalan Bakri
12 Memerlukan
pembaikan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Alamat/Lokasi Bilangan
Kuarters (unit)
Sebab Tidak Dihuni
1. Kompleks Rumah Guru Sekolah Tinggi Muar, Jalan Abdul
Rahman
10 i. Amuan Pemotongan yang
tinggi menyebabkan warga
pendidikan lebih suka
membeli rumah sendiri
kerana harga rumah di
pinggir bandar yang masih
murah;
ii. Penghuni terpaksan
berkongsi membayar bil
meter air tangki dan meter
bomba, bil api pam
penggalak, bil api lampu
kompaun, bil
pembentungan dan bayaran
pembersihan kawasan
rumah guru;
-
mengambil tindakan
ke atas kerosakan
yang kritikal; dan
iv. Menyukarkan
pergerakan kerana
tiada lif disediakan.
-
PERTANYAAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
LISAN
NO. SOALAN
Y.B. PUAN NURUL IZZAH ANWAR minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah PROTON
akan terus menikmati status nasional walaupun peratusan
majoriti
saham syarikat tersebut dijual kepada individu yang tiada
kaitan
dengan Kerajaan.
Jawapan
Tuan Yang Di Pertua,
Status Nasional yang dimiliki PROTON bukan hanya disebabkan
oleh pemilikan Kerajaan terhadapnya, tetapi lebih kepada
sumbangan secara langsung dan tidak langsungnya kepada
pembangunan ekonomi negara.
PROTON sebagai pengeluar kenderaan berstatus nasional selama
ini bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti pemasangan
kenderaan, tetapi turut memfokuskan kepada aktiviti
penyelidikan
dan pembangunan produk, pembangunan pengeluar komponen dan
alat ganti tempatan, pembangunan jaringan pengedaran dan
DARIPADA PUAN NURUL IZZAH ANWAR
LEMBAH PANTAI
26.3.2012 (ISNIN)
KAWASAN
TARIKH
-
servis serta berjaya mewujudkan banyak peiuang pekerjaan
kepada
rakyat tempatan.
Sebagai contoh, PROTON sejak penubuhannya telah berjaya
mengeksport keluarannya ke kebanyakan negara di seSuruh
dunia.
Walaupun menghadapi persaingan yang kompetitif daripada
syarikat-
syarikat yang lebih besar dan lebih lama di dalam industri
automotif,
PROTON di sepanjang tahun 2011 masih mampu mengeksport dan
mengekalkan pasarannya ke 23 buah negara.
Oleh yang demiksan, berdasarkan sumbangan yang signifikan
ini,
adalah penting untuk Kerajaan terus mengekalkan PROTON
sebagai
projek nasional supaya PROTON mampu untuk terus membantu
menangkatkan daya saing industri automotif
negara.NO-SbAUtJ.’
MQ-AVP-+
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
[TENGGARA]
TARIKH 26 MAC 2012
RUJUKAN 4482
SOALAN :
-
NO SOALAN :^2
Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI
DALAM
NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah memiliki
kad
pengenalan diri atau Mykad baru dan nyatakan sejauh manakah
kualiti
dari segi cip dan bahan yang digunakan serta ciri-ciri
keselamatan
khususnya bagi mengelakkan kerosakan dan pemalsuan Mykad. Tuan
Yang Dipertua,
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen Tenggara
yang
bertanyakan soalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia,
Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) telah mula mencetak MyKad Struktur
Baru
bermula pada 3 Januari 2012. Sehingga 29 Februari 2012
sebanyak
283,390 MyKad baru telah dikeluarkan berdasarkan kepada
permohonan
yang dibuat. MyKad baru ini diperbuat daripada bahan
polikarbonat
sepenuhnya dan telah diuji ketahanannya di makmal yang diiktiraf
di
mana kualitinya adalah lebih tinggi dan lebih berdaya tahan
berbanding
dengan MyKad lama yang digunakan sebelum ini.
Cip pada MyKad baru ini juga telah diuji di peringkat pengeluar
dan telah
melalui beberapa peringkat pengujian iaitu sebelum proses
memasukkan
cip ke dalam MyKad. JPN juga telah melaksanakan peringkat
pengujian
semasa proses terakhir percetakan MyKad. Bagi mengelakkkan
kes
pemalsuan, JPN telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri
keselamatan
baru seperti berikut:
i) Turisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar
kecil (ghost image);
-
JAWAPAN :
ii) Microtext nombor kad pengenalan di bawah gambar
berwarna;
dan
Hi) Perubahan reka bentuk lapisan keselamatan (secureguard
hologram).
PEMBERITAHUAN
PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
(BALIK PULAU)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 26.03.2012
Y.B. TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF [ BALIK PULAU ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci status
perumahan
mampu milik di Teluk Kumbar oleh anak syarikat Bank Negara yang
dirasmikan
oleh Tun Abdullah Badawi pada tahun 2004.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, projek perumahan di Teluk
Kumbar
(Teluk Kumbar Height) adalah merupakan satu daripada projek
perumahan
mampu milik yang dibangunkan oleh TPPT Sdn. Bhd. (TPPT) di bawah
Tabung
Pusingan Perumahan Kos Rendah.
-
NO SOALAN :^2
2. Projek ini pada mulanya telah dilaksanakan secara usahasama
di
antara TPPT sebagai pemilik tanah dengan sebuah syarikat pemaju.
Mengikut
perjanjian usahasama yang telah dimeterai, syarikat pemaju
dikehendaki
memulakan kerja pembangunan projek pada Mei 2005 dan
menyiapkan
keseluruhan projek dalam jangka masa 6 tahun daripada tarikh
perjanjian
ditandatangani.
-
3. Namun begitu, syarikat pemaju telah gagal mematuhi terma dan
syarat
perjanjian usahasama berkenaan terutamanya dalam menyiapkan
projek
tersebut. Syarikat pemaju hanya dapat memulakan pembinaan 86
unit rumah
teres dua tingkat tetapi gagal menyiapkannya kerana masalah
kewangan.
Oleh yang demikian, TPPT terpaksa mengambilalih kerja-kerja
menyiapkan
rumah teres tersebut dan menyerahkannya kepada pembeli dalam
bulan
Oktober 2011.
4. TPPT telah menamatkan perjanjian usahasama dengan syarikat
pemaju
tersebut dan mengambilalih pembangunan Teluk Kumbar Height. Pada
masa
ini, TPPT dalam proses untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa
negeri bagi
meneruskan pembangunan projek tersebut. Ini termasuklah
pembinaan
sejumlah 984 unit rumah mampu milik dengan nilai kurang
daripada
RM118,000 seunit.
-
I
SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DATO’ RASHID BIN DIN [MERBOK]
TARIKH 26 MAC 2012
SOALAN:
Minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik secara terperinci
jumlah
keluarga miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar dan
bandar telah
dikeluarkan daripada senarai kemiskinan yang dibantu melalui
program
pembangunan sosio ekonomi dan pembasmian kemiskinan melalui e-
Kasih.
JAWAPAN:
eKasih adalah sistem maklumat bersepadu kemiskinan. Mulai 2007
sehingga 31
Disember 2011, daripada sejumlah 365,886 isi rumah yang telah
berdaftar dalam
eKasih, seramai 239,876 isi rumah atau 65.5% telah dikategorikan
sebagai
melepasi pendapatan garis kemiskinan.
Jika dilihat dari segi bandar dan luar bandar pula, daripada
239,876 isi rumah,
sejumlah 81,267 isi rumah atau 33.8% di bandar telah melepasi
pendapatan
garis kemiskinan. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 158,609 isi
rumah di
luar bandar atau 66.1% telah melepasi pendapatan garis
kemiskinan.
-
2
Walau bagaimanapun, pada tempoh yang sama, daripada sejumlah
365,886
isi rumah yang telah berdaftar dalam eKasih masih terdapat
seramai 17,106 isi
rumah atau 4.6% adalah dikategorikan sebagai miskin tegar.
Daripada
jumlah tersebut juga, 12,234 isi rumah atau 71.5% adalah di luar
bandar dan
selebihnya 4,871 atau 28.5% di bandar.
Sebagai sistem yang robust, walau pun 65% isi rumah ini telah
melepasi
kemiskinan, namun untuk pemantauan yang berterusan isi rumah
berkenaan
masih tersenarai dalam eKasih untuk tujuan pengesanan dan
dijadikan
sasaran untuk Iain-lain bantuan sama ada dari kerajaan mahupun
bukan
kerajaan.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN KHALID BIN ABDSAMAD
(SHAH ALAM)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 26.03.2012
Y.B. TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [ SHAHALAM ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada ia benar dakwaan bahawa Syarikat
Takaful
yang di antara yang terbesar di negara kita, iaitu Etiqa,
melantik orang asing,
khususnya dari Belanda, sebagai pengurus-pengurus utama.
Sekiranya ianya
benar, adakah kepakaran tempatan tidak mencukupi.
JAWAPAN
-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya Bank Negara
Malaysia
menghendaki pengendali takaful memastikan Ketua Pegawai
Eksekutif dan
pegawai pengurusan kanan syarikat memenuhi kriteria 'layak dan
sesuai' yang
ditetapkan antara lainnya, termasuklah kelayakan pendidikan dan
pengalaman,
kompetensi serta kewibawaan seseorang calon.
2. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah pengendali takaful
bertanggungjawab untuk menilai dan memastikan Ketua Pegawai
Eksekutif dan
pegawai pengurusan kanan syarikat yang dilantik memenuhi
kriteria berkenaan
serta syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh syarikat
tersebut. Dalam
hal ini, Ketua Pegawai Eksekutif warganegara asing yang
dimaksudkan adalah
Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat induk dan bukan
Ketua Pegawai Eksekutif di Syarikat Etiqa Takaful Berhad atau
Syarikat Etiqa
Insurans Berhad.
-
SOALAN NO.: 45
SOALAN
Tuan Mohd.Nasir bin Zakaria [ PadangTerap ] minta MENTERI
PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan menyatakan perkembangan Projek Rancangan
Pengairan Bukit Sena Padang Terap serta nyatakan kos serta
masalah yang berlaku ketika ini.
JAWAPAN OLEH : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Skim Pengairan Bukit
Sena, Padang
Terap, Kedah telah dilaksanakan oleh kontraktor Sri Haruman JS
Sdn Bhd melalui
kontrak Rekadan Bina (Terhad) dengan kos kontrak berjumlah RM
22,985,000.00.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada 22 Mac 2008 dan disiapkan
pada 31 Disember
2010.Projekini menggunakan sistem paip bawah tanah. Projek ini
telah mendapat Sijil
Perakuan SiapKerja (CPC) pada 8 Februari 2011. Dengan siapnya
projek ini, para
petani dapat menanam padi sebanyak 2 kali setahun berbanding 1
kali setahun. Selain
itu, musim penanaman padi yang lepas menunjukkan peningkatan
hasil tanaman padi
dari 3.0 metrik tan/ha kepada 4.41 metrik tan/ha (Sumber dari
Pejabat Pertanian Daerah
Padang Terap).
Walaubagaimana pun, projek ini masih di dalam tempoh tanggungan
kecacatan (DLP)
iaitu selama 2 tahun sehingga 8 Februari 2013. Di dalam tempoh
ini, pihak BPSP
l
PARL1MEN MALAYSIA
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
LISAN
TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA [ PADANG TERAP ] 26 MAC
2012 (ISNIN)
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
-
dengan kerjasama MADA telah mengambil langkah untuk mengenal
pasti masalah-
masalah yang berlaku di tapak skim pengairan Bukit Sena
contohnya seperti
kerosakan pam, ‘offtake’ dan kebocoran paip. Pihak kontraktor
bertanggungjawab
untuk membaiki kecacatan dan ketidak fungsian struktur-struktur
pengairan di dalam
tempoh tanggungan kecacatan ini sehingga tempoh tamat pada 8
Februari 2013.
Selain itu, kontraktor juga akan menyelenggara semua sistem yang
terdapat di tapak
bagi membolehkan struktur pengairan dapat berfungsi dengan
lancar dan baik.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN
(PENDANG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 26.03.2012
Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ] minta
MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah kesan kenaikan insuran kenderaan
sejak 16
Januari 2012 kepada pemilik kenderaan dan jumlah kenaikan yang
terpaksa
dibayar oleh pengguna serta alasan kenaikan tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, penyelarasan premium insurans
motor