KAND UN GAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DIJA W AB DI DALAM DEW AN (SOALAN N0.3, N0.9 HINGGA NO. 59 ) NOTA: [RUJUKPENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)] NURELFIRA BINTI MOHD DAUD SEKSYEN PERUNDANGAN & PROSIDING P ARLIMEN MALAYSIA
14
Embed
KAND UN GAN · kand un gan jawapan-jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan yang tidak dija w ab di dalam dew an (soalan n0.3, n0.9 hingga no. 59 ) nota: [rujukpenyata rasmi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KAND UN GAN
JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB
LISAN YANG TIDAK DIJA W AB DI DALAM DEW AN
(SOALAN N0.3, N0.9 HINGGA NO. 59 )
NOTA: [RUJUKPENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)]
NURELFIRA BINTI MOHD DAUD SEKSYEN PERUNDANGAN & PROSIDING P ARLIMEN MALAYSIA
SOALAN NO: 3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KETIGA BELAS,
MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA:
TARIKH:
SOALAN:
YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN SALLEH
30 MAC 2017
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan keadaan dan persekitaran kerja di ladang-ladang dan tapak pembinaan di negara ini sudah cukup bagus hingga boleh menarik rakyat tempatan untuk bekerja dalam industri ini.
PR-1351-L01385
1
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua,
1. Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan terima
kasih di atas keprihatinan YB Kalabakan terhadap aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor pembinaan dan
perladangan dimana kedua-dua sektor ini dikategorikan sebagai
sektor "3D" iaitu "Dangerous, Difficult and Dirty".
2. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan menguatkuasakan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. Di
bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514),
adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan untuk memastikan
keadaan dan persekitaran tempat kerja adalah selamat tanpa risiko
kepada pekerjadan orang-orang lain selain daripada pekerjanya.
Penguatkuasaan Di Sektor Perladangan 3. Usaha berterusan telah dilakukan oleh Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan melalui penguatkuasaan, penetapan
standard dan aktiviti promosi dalam memastikan dan meningkatkan
tahap kesedaran berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan kepada pihak majikan, pekerja dan orang awam di kedua
dua sektor ini.
4. Dari tahun 2011 hingga 2016 Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan telah menjalankan sebanyak 2,981
2
pemeriksaan dan audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
sektor perladangan.
5. Daripada 2,981 pemeriksaandan audit yang telah dijalankan
disektor perladangan, 1,397 (47%) ladang telah mendapat gred yang
baik iaitu gred A dan 8. Bakinya sebanyak 1,551 (52%) ladang
mendapat gred sederhana iaitu gred C dan D manakala selebihnya
sebanyak 33 (1 o/o) ladang mendapat gred yang rendah iaitu gred E.