-
ARLIMEN
MALAYSIA ■
DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA P ARLIMEN
KEDUABELAS 2012
Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan
Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan
Rakyat Daripada Kementerian
HARIKHAMIS : 21JUN 2012
CAWANGAN
PERUNDANGAN PARLIMEN
MALAYSIA.
-
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB
LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DIDALAM DEWAN (SOALAN NO. 9
HINGGA 101)
NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 8 [RUJUK
PENYATA RASMIHARIAN (HANSARD)]
Nuraishah Abdullah CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA
-
NO. SOALAN:^
21 JUN 2012 [ KHAMIS ]
Y.B. DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD
[SIPITANG]
DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA
BELAS (2012)
PERTANYAAN LISAN
TARIKH DARI PAD A
SOALAN :
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA
MENTERI
menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan untuk
mendapatkan
tambahan kuota jemaah haji dari negara ini bagi membolehkan
masa
menunggu seseorang jemaah tidak terlalu lama.
JAWAPAN : (Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN
HAJI BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Kuota Haji yang ditetapkan oieh Pertubuhan Negara-negara Islam
(OIC)
adalah berasaskan 0.1% penduduk negara tersebut. Pada tahun
2011, seramai 27,900 rakyat Malaysia telah menunaikan fardu
haji. Ini
merupakan peningkatan berbanding jumlah bilangan 26,000 jemaah
haji
pada tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah
berdasarkan
kepada peningkatan daftar perangkaan penduduk negara
Malaysia
l
-
2
pada Daftar Penduduk Dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu,
daripada 26 juta kepada 27.9 juta orang.
Di samping itu, TH juga memberi keutamaan kepada bakal haji
yang
lanjut usia (75 tahun ke atas) dan menggalakkan agar
pendeposit
mendaftar haji pada usia yang muda sebaik sahaja simpanan
mencapai
jumlah RM1.300 atau melalui bukti caruman KWSP mereka.
Ibubapa juga digalakkan mendaftar haji bagi anak-anak mereka
agar
apabila anak-anak dewasa kelak, giliran untuk menunaikan haji
tidak
begitu lama.
Sekian, terima kasih.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN JAWAB LISAN
DARI PADA TUAN MOHSIN FADZLI BIN HAJI SAMSURI
[ BAGAN SERAI ]
TARIKH 21 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta
MENTERI
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh
manakah penggunaan komputer yang diagihkan kepada pelajar.
Apakah
pemantauan yang dijalankan.
JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
-
SOALAN NO: 10
Penerima Komputer 1 Malaysia amnya dan pelajar sekolah
khususnya
mendapat banyak manfaat dan faedah daripada Program Komputer
1
Malaysia ini. Komputer yang dibekalkan dapat digunakan bagi
membantu
memudahkan dan mempercepatkan pelajar mendapatkan maklumat
menerusi perkhidmatan jalur lebar. Maklumat yang diperolehi oleh
para
pelajar ini dapat digunakan bagi menghasilkan mutu kerja yang
berkualiti di
samping dapat mendedahkan pelajar kepada pengetahuan
teknologi
maklumat. Disamping itu, Program ini juga turut membantu
meningkatkan
kemahiran ICT dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat
luar
bandar.
Setakat ini, daripada 638,925 unit Komputer 1 Malaysia yang
telah
dibekalkan ke seluruh negara, terdapat sebilangan kecil komputer
sahaja
yang mempunyai masalah menyebabkan ia tidak dapat berfungsi
dengan
baik. Namun, perkara ini masih berada di tahap yang minimum
dan
terkawal. Sehubungan itu, laporan yang menyatakan sejumlah satu
juta
komputer dalam keadaan rosak dan tidak berfungsi diagihkan
kepada
pelajar adalah tidak benar sama sekali.
Semua Komputer 1 Malaysia yang dibekalkan mempunyai tempoh
jaminan
selama setahun. Sekiranya penerima menghadapi sebarang
masalah
kerosakan perkakasan atau perisian, penerima boleh terus
menghantar
komputer tersebut ke pusat servis yang berdekatan. Tiada kos
pembaikan
yang dikenakan kepada penerima di sepanjang tempoh setahun
jaminan
tersebut. Sekiranya terdapat komputer yang rosak dan tidak
dapat
berfungsi sepenuhnya semasa diagihkan, penukaran serta merta
dengan
-
SOALAN NO: 10
unit yang baru akan dibuat.
Setakat ini, Kementerian belum pernah menerima sebarang aduan
dan
maklumat rasmi berkaitan penjualan Komputer 1 Malaysia.
Pemantauan
berterusan dengan kerjasama SKMM, pihak sekolah dan ibubapa
sentiasa
dilaksanakan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA Y.B. TUAN MOHD NIZAR BIN
ZAKARIA
TARIKH 21 JUN 2012
NO. SOALAN 11
Y.B. TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA [PARIT] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
berapa ramai usahawan di kalangan mahasiswa memanfaat Tabung
Usahawan Siswazah (TUS) dan apakah program-program yang
perlu
diikuti usahawan siswazah bagi melayakkan mereka memohon TUS.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut
Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan
-
2
Antarabangsa dan Industri (MITI) yang merangkumi dua (2)
komponen
iaitu Latihan Asas Keusahawanan dan Tabung Usahawan
Siswazah.
Komponen pertama iaitu Latihan Asas Keusahawanan,
dilaksanakan
oleh INSKEN dengan kerjasama empat (4) universiti tempatan
yang
mempunyai kepakaran dalam bidang keusahawanan, iaitu
Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti
Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Abdul Razak
(UNIRAZAK).
Komponen yang kedua pula adalah pembiayaan melalui Tabung
Usahawan Siswazah (TUS) yang disediakan oleh Bank Perusahaan
Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) secara
pinjaman
mudah.
Bagi tempoh 2005 sehingga Februari 2012, sejumlah RM63 juta
nilai
pembiayaan telah diluluskan melibatkan 657 usahawan
siswazah.
Antara bidang-bidang yang diceburi oleh usahawan-usahawan
siswazah adalah perkhidmatan, teknologi maklumat, peruncitan
dan
pemborongan, pembuatan dan perkilangan, pembinaan, hotel dan
restoran, perlombongan/kuari/petroleum dan pengangkutan.
Terdapat tiga (3) program latihan yang perlu diikuti oleh
peserta bagi
melayakkan mereka memohon TUS, iaitu:
i. Latihan Asas Keusahawanan (SUS) dikendalikan oleh INSKEN;
ii. Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) dikendalikan oleh
IPTA, IPTS dan Politeknik dengan kerjasama INSKEN; dan
-
3
iii. Program Inkubator Usahawan Siswa (PIUS) dikendalikan
oleh
SME Bank.
Program-program latihan yang dilaksanakan tersebut adalah
selama
lima (5) hari, empat (4) malam secara sepenuh masa. Bagi
usahawan-
usahawan siswazah yang telah menjalankan perniagaan melebihi
dua
(2) tahun dan telah mempunyai akaun beraudit (bagi syarikat
pernigaan jenis Sdn. Bhd.) atau akaun pengurusan (bagi
syarikat
perniagaan jenis enterpris) boleh terus memohon TUS tanpa
perlu
menghadiri ketiga-tiga latihan berkenaan.
-
NO. SOALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
TUAN AZAN BIN ISMAIL [ INDERA MAHKOTA ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah kedudukan Indek harga pengguna yang terkini
dan
apakah langkah-langkah baru yang dicadangkan untuk
membendung
kesan negatif trend kenaikan kos yang berlaku di seluruh
dunia.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah petunjuk yang digunakan
untuk
mengukur peratus perubahan harga bagi sekumpulan barangan
dan
perkhidmatan isi rumah. IHP negara pada masa ini adalah pada
kadar
yang sederhana di mana IHP bagi April 2012 adalah sebanyak
105.4
berbanding IHP bagi April 2011 iaitu sebanyak 102.6. IHP April
2012
berbanding IHP April 2011 mencatatkan peningkatan sebanyak
1.9%.
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
LISAN
TUAN AZAN BIN ISMAIL [
INDERA MAHKOTA ]
21.06.2012 (KHAMIS)
-
Tuan Yang Dipertua,
Untuk membendung kesan negatif akibat dari kenaikan kos,
Kementerian
telah melaksanakan beberapa program secara berterusan. Bagi
memastikan pengguna tidak merasai kesan yang ketara serta
mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan dan
perkhidmatan
sewenang-wenangnya, Kementerian telah mengadakan siri
rundingan
dengan pihak industri yang terdiri daripada persatuan
pengilang,
pengimport, pemborong, peniaga, penjaja, pengusaha pasar raya
dan
restoran secara berterusan. Penglibatan pasar raya besar dan
syarikat-
syarikat pengeluar/pengilang barangan pengguna serta gedung
membeli-
belah dalam Kempen Penurunan Harga telah memberi impak besar
dalam
usaha membendung kenaikan harga barangan. Selain itu,
Kementerian
telah melaksanakan program Jualan Bersepadu 1 Malaysia (One
Malaysia
Unified Sale), Jualan Back to School dan jualan kilang yang
diadakan
secara berkala setiap tahun yang bertujuan untuk menawarkan
harga
yang berpatutan kepada pengguna dalam membeli barang
keperluan.
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah
melancarkan
dan mengeluarkan Kad Coop kepada ahli-ahli koprasi untuk
membolehkan mereka menikmati potongan harga ke atas
pembelian
barangan di kedai koperasi. Selain itu juga, Kementerian
akan
melancarkan Kad Diskaun Pelajar yang bertujuan membantu pelajar
untuk
mengurangkan kos sara hidup dan pengajian mereka di institusi
pengajian
tinggi. Para pelajar yang menggunakan kad diskaun ini boleh
mendapat
potongan harga ke atas beberapa barangan terpilih yang
ditawarkan oleh
pihak peniaga atau premis yang menyertai program ini.
-
Kementerian juga telah mewujudkan Portal 1 Malaysia Pengguna
Bijak.
Portal ini dapat membantu para pengguna untuk membandingkan
harga
barangan antara premis seperti pasar basah awam, pasar raya
besar dan
pasar mini bagi merancang perbelanjaan mereka. Menerusi portal
ini juga
pengguna boleh membuat aduan sekiranya timbul isu berhubung
kenaikan
atau penipuan harga selain daripada memaparkan informasi
mendidik
pengguna agar menggunakan hak dan kuasa mereka sebagai
pengguna
dengan bijak.
Tuan Yang Dipertua,
Selain dari program tersebut, Kementerian masih lagi
meneruskan
program yang sedia ada supaya pengguna masih dapat menikmati
harga
yang berpatutan. Pada tahun 2012, Kementerian masih
meneruskan
pelaksanaan Program Penyeragaman Harga. Melalui peruntukan
yang
diterima, Kementerian akan menanggung kos pengedaran gula,
tepung
gandum kegunaan am, minyak masak sawit campuran, beras Super
Tempatan 15% hancur dan bahan api petrol RON95, diesel serta
gas
memasak. Program ini bertujuan membantu rakyat di luar bandar
dan
pedalaman untuk turut mendapat faedah subsidi dan boleh
membeli
barangan kawalan pada harga seperti yang telah ditetapkan
oleh
Kerajaan.
Selain itu, inisiatif penting yang telah memberi impak besar
dalam usaha
membendung kenaikan harga adalah pewujudan Kedai Rakyat 1
Malaysia
(KR1M). Berdasarkan kepada 3 Modul dalam KR1M ini, penubuhan
kedai
rakyat ini akan ditambah dari masa ke semasa memandangkan
KR1M
telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana
menawarkan
produk berkualiti pada harga yang lebih murah. Selain daripada
KR1M ,
Kerajaan juga melaksanakan Kedai Coop 1 Malaysia yang juga
-
memasarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan untuk
seluruh
negara dengan slogan “1 Malaysia 1 Harga’. Kedai Coop 1 Malaysia
ini
adalah pelengkap kepada program KR1M.
Bagi memastikan harga makanan sedia masak khususnya menu
sarapan
pagi dan makan tengah hari ditawarkan pada harga berpatutan
pula,
program Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M) telah dilaksanakan.
Program ini
juga turut disertai oleh penjual makanan dan operator kafeteria
di
universiti sama ada IPT atau IPTS di seluruh negara.
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARI PADA Y.B. TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN
[HULU TERENGGANU]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN:
Y.B. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta
MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah Kerajaan bagi menempatkan
kira-kira 30,000 guru diploma seluruh negara yang melanjutkan
pengajian sehingga peringkat ijazah tetapi belum diserapkan sebagai
guru perkhidmatan siswazah
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi guru-guru Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah berjaya mendapat
ijazah dan
telah melepasi urusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP),
-
Soalan No : 14
mereka ini akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah
(PPPS). Pada masa ini sejumlah 7975 perjawatan telah pun
diluluskan oleh
agensi pusat bagi tujuan pelantikan tersebut. Kementerian
Pelajaran Malaysia
sedang menguruskan pelantikan guru-guru berkenaan bagi guru
PPPLD yang
telah berjaya mendapat ijazah pada tahun 2010 dan tahun
2011.
Rjm 65
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA Y.B. TUAN MANOGARAN A/L MARIMUTHU
[ TELOK INTAN ]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN:
Y.B. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta
MENTERI
PELAJARAN menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi
menangani masalah kekurangan Guru di Sekolah Cina dan Tamil;
dan
(b) apakah tahap kelayakan yang dikenakan bagi Guru-guru yang
mengajar bahasa ibunda di sekolah Tamil dan Cina
JAWAPAN
a) dan b)
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil perhatian yang
serius dalam
-
Soalan No : 15
menangani masalah kekurangan guru terlatih di SJKC dan SJKT.
Justeru,
Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi menangani isu kekurangan
guru di
SJKC dan SJKT yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri
Pelajaran 1 dan 2
secara berasingan. Jawatankuasa Khas ini juga turut dianggotai
oleh wakil-wakil
Persatuan dan Pertubuhan bagi Masyarakat Cina dan Tamil serta
Kesatuan
Guru bagi membincangkan isu secara terperinci untuk
mengenalpasti
pendekatan yang terbaik mengatasi masalah tersebut.
-
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan kelancaran
proses
pengajaran dan pembelajaran, KPM telah mengambil beberapa
langkah iaitu :
i. Memastikan guru-guru mempunyai kelayakan Dwibahasa
termasuk
Bahasa Cina atau Tamil untuk mengajar matapelajaran Bahasa
Melayu
dan Inggeris di Tahap 1.
ii. Memastikan Guru Kelas Pemulihan mempunyai kelayakan
dwibahasa.
iii. Menawarkan kepada guru-guru bekas SJKC yang berkhidmat di
Sekolah
Menengah untuk kembali mengajar di SJKC semula berdasarkan
syarat-
syarat tertentu yang ditetapkan.
iv. Menggerakkan guru-guru Kelas Pemulihan yang tidak
mempunyai
kelayakan dwibahasa mengikut kesesuaian.
v. Menempatkan 98 graduan Pendidikan IPTA yang mempunyai
kepujian
Bahasa Cina ke SJKC dan 18 yang mempunyai kepujian Bahasa Tamil
ke
SJKTpada 23 Mei 2012.
vi. KPM juga sedang mengadakan program latihan perguruan khas
bagi
memenuhi keperluan di SJKC yang telah pun bermula sejak tahun
2010
dan dijangka masalah kekosongan guru tersebut dapat diatasi
secara
berperingkat-peringkat apabila calon-calon menamatkan pengajian
mulai
tahun 2013-2017.
Bagi mengisi sementara kekosongan guru di SJKC dan SJKT, KPM
telah
melantik Guru Interim sementara menunggu bekalan guru tetap
dan
perkhidmatan mereka ini adalah sehingga 31 Disember 2012.
Rjm 63
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAICYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :15
DARI PADA
PERTANYAAN
TARIKH
Y.B. DATO1 DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN (LIPIS)
LISAN
21.06.2012
Y.B. DATO1 DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN [
LIPIS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah
matlamat Urus Tadbir di Malaysia telah mencapai pematuhan
antarabangsa
"Governance Report On The Observe Of Standard And Codes" dan
bagaimana
untuk menggalakkan dan memperkasakan budaya tadbir korporat
berintegriti.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Governance Report On The Observe
Of
Standard And Codes atau ROSC adalah penilaian secara sukarela
yang
dikendalikan oleh Bank Dunia. Matlamat inisiatif ROSC tersebut
ialah
mengenalpasti kelemahan yang boleh menyumbang kepada
ketidakstabilan
ekonomi dan kewangan sesebuah negara. Setiap penilaian ROSC
akan
menanda aras kerangka undang-undang dan kawal selia sesebuah
negara,
amalan dan kepatuhan syarikat yang tersenarai di pasaran saham,
berdasarkan
kepada Prinsip Tadbir Urus Korporat yang digariskan oleh
Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD).
-
2. Penilaian terakhir yang dilaksanakan oleh Malaysia ialah pada
tahun 2006.
Pada waktu itu, Malaysia mendapat markah penuh bagi piawai
perakaunan dan
didapati telah 'mematuhi sebahagian besar' daripada
prinsip-prinsip lain. ROSC
2006 mengakui bahawa pembaharuan penting terhadap tadbir urus
korporat
telah dilaksanakan di Malaysia selepas krisis kewangan melanda
Asia, dengan
menyatakan beberapa pembaharuan terpenting yang meliputi
pembangunan
menyeluruh pelan induk bagi memajukan pasaran modal,
demutualisasi Bursa
Malaysia, pengenalan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang
pertama, dan
perubahan kepada komposisi serta peranan lembaga pengarah.
3. Malaysia telah bersetuju untuk terlibat dalam penilaian
secara sukarela
ROSC pada tahun ini dan sedang memuktamadkan laporan
berkaitan
dengannya. Berdasarkan draf laporan, penilaian yang
dilaksanakan
mengesahkan bahawa Malaysia ialah pemimpin rantau ini dalam
bidang tadbir
urus korporat dan telah mencapai tahap-tahap tertinggi kepatuhan
dalam
beberapa bidang terpenting, seperti penglibatan pemegang saham
dalam
mesyuarat agung, larangan perdagangan orang dalam (insider
trading), dan
pelaksanaan kualiti tertinggi piawai perakaunan. Berbanding
dengan markah
tahun 2006, Malaysia telah menunjukkan kemajuan bagi semua
prinsip dalam
penilaiannya terkini.
4. Bagi mengalakkan serta memperkasakan budaya tadbir urus
korporat,
Suruhanjaya Sekuriti telah melancarkan Rangka Tindakan Tadbir
Urus Korporat,
atau CG Blueprint pada bulan Julai 2011. Secara asasnya, CG
Blueprint
diwujudkan bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dalam tadbir
urus korporat
melalui pengukuhan disiplin diri dan pasaran serta mempromosi
budaya
kepatuhan dan tadbir urus korporat yang terbaik.
5. Antara hasil penting yang utama CG Blueprint ialah penerbitan
Kod Tadbir
Urus Korporat Malaysia 2012 (MCCG 2012) pada 29 Mac 2012 oleh
Suruhanjaya
Sekuriti. MCCG 2012, yang menggantikan Kod Tadbir Urus Korporat
Malaysia
2007, menggariskan 8 prinsip am dan 26 cadangan kepada
struktur-struktur dan
proses-proses yang harus digunapakai oleh syarikat-syarikat
dalam usaha
menjadikan tadbir urus korporat yang baik sebagai sebahagian
penting daripada cara berurusniaga dan budaya mereka.
-
NO SOALAN :
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN CHONG CHIEN JEN
(BANDAR KUCHING)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 21.06.2012
Y.B. TUAN CHONG CHIEN JEN [ BANDAR KUCHING ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah household debt (hutang rumahtangga)
negara
kita setakat 31-5-2012 dan pecahan angka mengenai
kategori-kategori hutang
yang dirangkumi dalam household debt itu.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hutang isi rumah
meningkat
dengan kadar yang lebih perlahan pada bulan April 2012 pada
11.4% kepada
RM672.9 bilion (Disember 2011: 12.6%; RM653.5 bilion).
Sungguhpun demikian,
nisbah jumlah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK)
menurun kepada 74.6% pada suku pertama 2012 berbanding 76.6%
pada tahun
2011.
2. Sehingga April 2012, sebahagian besar pinjaman isi rumah
adalah
untuk pembelian harta kediaman (45.9%), diikuti oleh pembelian
kenderaan
pengangkutan (18.4%) dan pinjaman peribadi (14.9%). Selain itu,
hutang isi
rumah juga meliputi pembelian harta bukan kediaman (7.6%),
pembelian sekuriti
(5.4%), kad kredit (4.8%) dan bagi Iain-lain tujuan (3.0%).
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkembangan hutang
sektor
isi rumah sentiasa dipantau oleh Kerajaan dan langkah-langkah
yang
bersesuaian akan diambil bagi memastikan tahap keberhutangan isi
rumah
berada pada tahap yang mapan dan keupayaan membayar balik hutang
kekal
-
utuh.
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
SOALAN NO.: 17
PERTANYAAN
DARI PADA :
KAWASAN :
TARIKH
: LISAN
YB. DATUK IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON
TANGGA BATU
: 21 JUN 2012(KHAMIS)
SOALAN:
YB. DATUK IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON (TANGGA
BATU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
menilai pembinaan tapak kecemasan khas bagi
kenderaan-kenderaan
rosak di laluan lebuh raya untuk mengelakkan kemalangan
kenderaan
berhenti di laluan kecemasan serta menyediakan
bengkel-bengkel
membaiki kenderaan dan perkhidmatan kecemasan ketika
kenderaan
rosak di sepanjang lebuh raya.
JAWAPAN:
-
2
Tuan Yang Di-Pertua;
Kementerian Kerja Raya sememangnya sentiasa mengalu-alukan
cadangan dan pandangan oleh pelbagai pihak, khususnya pengguna
lebuh
raya bagi tujuan untuk menambah baik sistem perkhidmatan lebuh
raya di
negara ini. Maklum balas ini akan digunakan sebagai salah satu
bentuk
penilaian untuk meningkatkan prestasi syarikat-syarikat konsesi
lebuh raya
yang sedang beroperasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek keselamatan dan
keselesaan pengguna lebuh raya merupakan antara prioriti
atau
keutamaan Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan sesuatu
cadangan itu. Kementerian ini mengambil maklum mengenai
cadangan
Ahli Yang Berhormat supaya diwujudkan kawasan khusus dan
bengkel
kenderaan di sepanjang laluan lebuh raya bagi kemudahan pengguna
yang
menghadapi masalah kerosakan kenderaan. Walau bagaimanapun,
kos
untuk membina kawasan khas tersebut adalah tinggi kerana ia
melibatkan
pengambilan tanah di laluan tertentu lebuh raya. Di samping itu,
ia juga
dikhuatiri akan menimbulkan isu-isu berbangkit yang lain,
seperti kawalan
keselamatan dan aspek penguatkuasaan di sepanjang lebih kurang
1,700
kilometer lebuh raya di negara ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pembinaan reka
bentuk
lebuh raya di negara ini sebenarnya telah mengambil kira aspek
dan ciri-ciri
perkhidmatan kecemasan, seperti penyediaan lorong khas
kecemasan
dengan kelebaran 3 meter dan telefon kecemasan di setiap lebuh
raya
bagi memudahkan pengguna membuat panggilan ke Pusat
-
3
Kawalan Trafik. Di samping itu, Kerajaan juga telah menetapkan
syarat
pembinaan kawasan rehat dan rawat (RNR) atau hentian sebelah
untuk
sela jarak 20 kilometer hingga 30 kilometer bagi lebuh raya
yang
melibatkan jarak perjalanan jauh, seperti Lebuh Raya Utara
Selatan
(PLUS).
Untuk melicinkan lagi pengurusan trafik, syarikat-syarikat
konsesi
telah menaik taraf sistem kawalan trafik lebuh raya di mana
pergerakan
trafik sentiasa dipantau oleh Pusat Kawalan Trafik menerusi
paparan
kamera litar tertutup (CCTV). Manakala bagi membantu pengguna
yang
mengalami masalah dan kes luar jangka seperti kemalangan,
kerosakan
dan keperluan perkhidmatan trak tunda, syarikat-syarikat konsesi
telah
menubuhkan pasukan peronda lebuh raya yang beroperasi 24 jam
sehari.
Tempoh masa tindak balas atau respons time untuk pasukan peronda
tiba
di tempat kejadian ialah antara 7 minit hingga 20 minit,
tertakluk kepada
faktor lokasi dan waktu kejadian.
Sehubungan itu, sistem pengurusan trafik sedia ada yang
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi pada masa kini
adalah
memadai untuk menangani kes-kes kecemasan, seperti kemalangan
dan
kerosakan kenderaan. Walau bagaimanapun, kementerian ini
daripada
masa ke semasa sentiasa berbincang dengan syarikat-syarikat
konsesi dan
juga mendapatkan maklum balas daripada orang ramai bagi
meningkatkan
lagi kualiti tahap kepuasan pengguna lebuh raya di negara
ini.
Sekian. Terima kasih.
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN
DARI PADA
PERTANYAAN
TARIKH
Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (MACHANG)
LISAN
21.06.2012
Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [
MACHANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
nyatakan implikasi apabila "ratings" bagi bon-bon terbitan
Kerajaan Pusat
diturunkan ekoran kadar hutang negara menceceh kepada paras 54%
daripada
KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Saya memohon untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Jasin
serentak dengan soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang
Berhormat
Machang yang dijadualkan untuk dijawab pada 21 Jun 2012 kerana
menyentuh
perkara yang sama.
2. Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan penarafan
antarabangsa atau sovereign rating (dengan izin) Kerajaan
Persekutuan kekal
baik. Penarafan antarabangsa mengukur kemampuan dan
keupayaan
Kerajaan untuk membayar balik hutang mengikut jadual. Pada masa
ini,
Moody's Investors Service telah memberikan penarafan A3 (stable)
kepada
Kerajaan Persekutuan bagi long-term foreign currency
rating.Manakala
Standard and Poor's pada 7 Jun 2012 telah mengekalkan penarafan
tersebut
pada A- (stable).
-
Ini adalah selaras dengan kemampuan kewangan Kerajaan
Persekutuan yang
baik bagi membayar balik hutang. Penarafan antarabangsa yang
baik adalah
penting bagi memastikan tiada peningkatan kos dalam membuat
pinjaman
yang baru.
3. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2011,
jumlah
hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM456.1 bilion atau
51.8
peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kemampuan
membayar balik hutang kekal kukuh dengan jumlah bayaran khidmat
hutang
berada pada paras 9.6 peratus daripada hasil dan 9.7 peratus
daripada
perbelanjaan mengurus pada tahun 2011.
4. Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan hutang yang
berhemat
selaras dengan kemampuan untuk membayar balik hutang. Antara
langkah
utama yang diambil ialah memastikan paras defisit dan hutang
terus terkawal.
Kerajaan komited untuk memastikan paras hutang Kerajaan
Persekutuan tidak
melebihi 55 peratus daripada KDNK.
5. Bagi memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan kekal
terurus,
kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal akan diberikan
perhatian bagi
memastikan kedudukan fiskal yang mampan dan asas makroekonomi
yang
kukuh. Defisit fiskal telah dapat dikurangkan kepada 4.8 peratus
daripada
KDNK pada tahun 2011 berbanding dengan 5.4 peratus pada tahun
2010.
Pada tahun 2012, defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 4.7
peratus dan
disasarkan berada di bawah 3.0 peratus pada akhir tahun
2015.
6. Bagi mencapai sasaran defisit fiskal, tumpuan akan terus
diberikan untuk
mengawal perbelanjaan dan meningkatkan sumber hasil.
Perbelanjaan
Kerajaan akan dibuat selaras dengan kemampuan hasil Kerajaan.
Peruntukan
perbelanjaan akan disemak dengan teliti termasuk mengurangkan
perbelanjaan
yang bukan kritikal. Nilai setara atau value for money (dengan
izin) dalam
perolehan Kerajaan akan terus diberi penekanan. Perancangan
dan
pelaksanaan serta penyediaan siling program dan projek di bawah
Rancangan
-
Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10) secara rolling setiap dua tahun
dan
pengurusan nilai dalam perbelanjaan pembangunan juga akan
membantu
memperkukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan.
7. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan akan terus
dirancang,
dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.
Kerajaan
mempunyai prosedur, peraturan dan rancangan pengurusan kewangan
yang
baik dan teratur. Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit
fiskal serta
mengawal jumlah hutang pada paras yang terurus.
DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN
PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEDUA BELAS _ ______________________________ (2012)
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA YB DATUK ABD. RAHMAN BIN BAKRI [SABAK
BERNAM]
TARIKH 21 JUN 2012[KHAMIS]
SOALAN
Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh manakah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
(JAKIM) telah menjalinkan hubungan dengan maahad tahfiz swasta
rakan
strategik bagi menawarkan pengajian tahfiz.
JAWAPAN: (Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN
HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk maklum.an Ahli Yamng Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) telah menyediakan “Garis Panduan Permohonan
-
NO. SOALAN:
Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran Swasta Yang Ingin
Bekerjasama
Dengan Darul Quran, JAKIM”. Tujuan garis panduan ini sebagai
panduan
kepada Maahad/institut Tahfiz Swasta yang
l
ingin mengadakan kerjasama dengan Darui Quran. Setakat ini,
belum ada lagi
Maahad/lnstitut Tahfiz Swasta yang mewujudkan kerjasama dengan
DQ.
Darul Quran, JAKIM juga merancang untuk mengadakan Persidangan
Meja
Bulat antara Maahad Tahfiz Kerajaan dan Swasta bagi memberi
ruang pihak
pengurusan dan para akademik bertukar pandangan dan
membincangkan
halatuju Maahad Tahfiz di Malaysia. Persidangan ini dijangka
diadakan pada
September 2012.
Pada masa ini, Darul Quran sedang mengubal kurikulum Sijil
Tahfiz Malaysia
(STM) yang akan digunapakai oleh Maahad Tahfiz Swasta.
Rundingan
sedang dijalankan dengan pihak MQA untuk mendapat pengiktirafan
yang
setara dengan mana-mana sijil yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sekian, terima kasih.
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA DATO’ DR. HAJI MOHD HAY ATI BIN
OTHMAN
TARIKH 21 JUN 2012
-
NO SOALAN : 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
SOALAN
Minta PERDANA MENTERI menyatakan dari mana dana untuk
pemberian durian runtuh kepada peneroka FELDA seperti
diumumkan
Perdana Menteri dan jumlah keseluruhan pemberian tersebut.
DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN JAWAPAN
TIMBALAN MENTERI DI JPM
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian ‘durian
runtuh’
FELDA diberikan kepada semua peneroka FELDA yang berdaftar
iaitu
seramai 112,635. Pemberian RM15,000 ini dipecahkan kepada tiga
fasa
iaitu fasa pertama kepada peneroka berjumlah RM5,000, fasa
kedua
kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 dan fasa ketiga kepada
anak
peneroka berjumlah RM5.000.
-
Bagi fasa pertama pembayaran duit durian runtuh, ia dibiayai
oleh FELDA
dengan menggunakan dana dalaman sementara menerima imbuhan
melaiui
penjualan saham di FELDA Global Ventures Sdn. Bhd. (FGV) yang
perlu
disalurkan kepada FELDA selewatnya pada akhir Julai
2012.
Pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula akan menggunakan
wang
imbuhan yang akan diterima daripada FGV yang dijangka akan mula
dibayar
pada Julai 2012. Pembayaran bagi fasa pertama sebanyak RM5,000
telah
pun selesai dibayar pada Mei 2012. Secara keseluruhannya,
FELDA
memperuntukan sejumlah RM1.69 bilion bagi tujuan pemberian
durian runtuh
ini.
OOOOOOOOOOOOOOOOOO
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARI PADA DATUK HAJI BAHARUM BIN MOHAMED [SEKIJANG]
TARIKH 21 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN 21
-
Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah kajian telah
dijalankan
bagi penggunaan tayar celup (retread tyre) pada kenderaan di
negara ini
selamat.JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Analisis siasatan kemalangan yang telah dilakukan oleh
Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
mendapati,
kurang 4% daripada kes-kes berprofil tinggi yang terjadi pada
tahun
2007 sehingga 2012 adalah disebabkan oleh masalah yang
berkaitan
dengan tayar. Daripada peratusan kes tersebut, pengunaan tayar
celup
(retreaded tyre) yang tidak menepati spesifikasi-spesifikasi
teknikal yang
ditetapkan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor
penyumbang
kepada kemalangan tersebut.
-
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, tayar celup (retreaded tyre)
bagi
sesebuah kenderaan adalah selamat digunakan sekiranya
mematuhi
piawaian/spesifikasi yang ditetapkan oleh SIRIM dan
peraturan
antarabangsa seperti berikut:
(i) Malaysian Standard (MS) 224 bagi kenderaan penumpang dan
komersial;
(ii) United Nations Economic Commission for Europe (UNECE)
Regulation 108 - Peruntukan Seragam Mengenai Kelulusan untuk
Pengeluaran Tayar Celup Pneumatik bagi Kenderaan Motor dan
Trelernya; dan
(iii) UNECE Regulation 109 - Peruntukan Seragam Mengenai
Kelulusan untuk Pengeluaran Tayar Celup Pneumatik bagi
Kenderaan Perdagangan dan Trelernya.
Berdasarkan peruntukan dan piawaian yang ditetapkan, tayar
celup
masih selamat digunakan pada kenderaan. Walau bagaimanapun,
kemalangan yang berlaku akibat penggunaan tayar celup adalah
disebabkan oleh kerosakan berpunca daripada kurangnya
pemantauan
dan penyelenggaraan terhadap tayar tersebut dan bukannya
kerana
tayar tersebut tidak selamat. Untuk makluman, tayar celup
terbukti
selamat kerana selain digunakan oleh kenderaan komersial
secara
meluas, ia juga digunakan oleh kapal terbang yang mana tahap
keselamatannya adalah lebih tinggi.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT PERTANYAAN : LISAN
-
JAWAPAN: Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
DARIPADA TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
[BALIK PULAU]
TARIKH 21 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN:
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan di
dalam menangani isu keselamatan persempadanan Malaysia-
Thailand.MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di-Pertua,
-
JAWAPAN: Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
Kerajaan sememangnya telah melaksanakan pelbagai usaha bagi
memastikan keselamatan persempadanan negara terutamanya di
sempadan Malaysia-Thailand sentiasa di tahap terbaik. Pada masa
ini,
kerajaan dalam usaha memperkemaskan pengurusan keselamatan
sempadan terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand yang
dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Antaranya adalah:
1. Kerjasama bilateral bersama Kerajaan Thailand yang
dimeterai
melalui pelbagai platform jawatankuasa bersama yang
membincangkan isu-isu keselamatan serta pembangunan sosial
dan ekonomi di kawasan sempadan. Melalui jawatankuasa-
jawatankuasa ini, aktiviti/program yang dilaksanakan seperti
rondaan bersama di kawasan sempadan, latihamal, latihan
ketenteraan bersama, pertukaran maklumat, aktiviti-aktiviti
sosial diadakan bagi mempereratkan lagi hubungan rakyat di
kawasan persempadanan bertujuan memelihara keselamatan
dan ketenteraman di kawasan tersebut;
2. Penyelenggaraan projek-projek fizikal di sempadan
Malaysia-
Thailand seperti penyelenggaraan pagar dan tembok
keselamatan serta sistem kawalan keselamatan (CCTV) di
-
sepanjang persempadanan ini sentiasa diselenggara dari
semasa
ke semasa bagi menjamin fungsi dan keberkesanannya di
samping
pemasangan sistem kawalan keselamatan (CCTV) di beberapa
lokasi khas dan strategik di sepanjang sempadan;
3. Penambahan kompleks CIQS di negeri-negeri persempadanan
seperti Kompleks CIQS Bukit Bunga, Kelantan dan Kompleks
CIQS Durian Burung, Kedah (kompleks CIQS terbaru dan telah
dirasmikan pada Mei 2011) bertujuan memastikan kawalan
keluar
masuk negara sentiasa dikawal selia dan terurus. Selain itu,
beberapa Kompleks CIQS seperti Kompleks CIQS Bukit Kayu
Hitam sedang di dalam proses pembaikan dan penaiktarafan
bangunan dan kemudahan;
4. Kawalan dan penguatkuasaan di sepanjang persempadanan
Malaysia-Thailand turut dipertingkatkan bagi memastikan
sempadan negara bebas daripada ancaman penyeludupan
barangan kawalan, senjata api, dadah dan kemasukan pendatang
tanpa izin (PTI). Penubuhan Regimen Sempadan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan untuk mengawal
sepanjang persempadanan Malaysia-Thailand di lokasi
strategik
negara telah berjaya memberi impak positif kepada penurunan
statistik aktiviti penyeludupan dan kemasukan PTI; dan
5. Pada masa yang sama, operasi bersepadu melibatkan agensi
penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ATM,
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam DiRaja
-
Malaysia (JKDM) dan agensi-agensi lain diteruskan bagi
membanteras aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan
khususnya di sepanjang sungai (Sungai Golok).
Sekian. Terima kasih.
-
NO. SOALAN:'?.?
1
LISAN
21 JUN 2012 [ ISNIN ]
Y.B. TUAN KHAIRY JAMALUDDIN
[REMBAU]
DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
MESYUARAT KEDUA,
PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEDUA
BELAS (2012)
PERTANYAAN TARIKH
DARIPADA
SOALAN :
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah impak dan risiko yang perlu ditanggung oleh
Kerajaan
dan umat Islam di Malaysia lanjutan daripada perhimpunan Bersih
di
Mekah dan Madinah.
JAWAPAN : (Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN
HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Makkah dan
Madinah
adalah merupakan dua Tanah Suci umat Islam yang suci dan
tempat
tumpuan beribadah umat Islam dari seluruh dunia.
-
2
Sekarang ini, kebanyakkan negara seperti Syria, Libya dan
negara-
negara Arab lain mempunyai masalah dalaman yang serius namun
tiada
pihak dari negara-negara itu yang berani membuat demonstrasi
terang-
terangan di kota-kota suci Makkah dan Madinah.
Kerajaan Arab Saudi amat menitikberatkan soal keselamatan
dan
ketenteraman awam terutamanya di Tanah Suci Makkah dan
Madinah.
Tindakan keras boleh diambil ke atas sesebuah negara
sekiranya
rakyat negara itu didapati bersalah dalam menjalankan aktiviti
yang
menimbulkan huru-hara seperti demonstrasi jalanan dan
sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua persiapan
menunaikan
haji tahun ini seperti penyewaan kapal terbang, tempahan hotel,
serta
lantikan syarikat yang akan membekalkan makanan kepada
jemaah,
sudah diselesaikan sepenuhnya berdasarkan kuota yang
diperuntukkan
setiap tahun kepada rakyat Malaysia.
Risiko yang dihadapi adalah, jika sesuatu berlaku seperti
tidak
mendapat kuota seperti mana kebiasaan, maka impaknya bukan
saja boleh menyebabkan kerugian ke atas agensi Kerajaan
khasnya
Tabung Haji dan syarikat pengurusan haji, tetapi paling besar
ialah
kesusahan umat Islam yang kebanyakannya sudah selesai
menjalani kursus haji dan meletakkan harapan tinggi untuk
menunaikan haji pada tahun ini.
Jemaah Menteri juga telah memutuskan bahawa YAB Perdana
Menteri
hendaklah dirujuk jika Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk
mengurang atau menggantung kuota jemaah haji Malaysia supaya
YAB
-
3
Perdana Menteri boleh kelak membuat rayuan kepada Raja Arab
Saudi.
Dalam masa terdekat, Kerajaan melalui Tabung Haji, telah
menghantar
surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi menjelaskan
isu
perhimpunan BERSIH 3.0, serta menyampaikan harapan Kerajaan
Malaysia supaya Kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan
sebarang
tindakan terhadap kuota atau peruntukan-peruntukan yang
berkait
dengan pelaksanaan ibadat haji tahun ini.
Saya juga memohon jasa baik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib
Tun Abdul Razak, untuk berhubung dengan Kerajaan Arab Saudi
khususnya Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, untuk memaklumkan
kedudukan dan permohonan kuota haji.
Kesimpulannya, perhimpunan BERSIH 3.0 jelas boleh mengundang
banyak implikasi buruk kepada rakyat dan negara bukan sahaja di
dalam
negeri, malah di peringkat antarabangsa. Kerajaan mengambil
serius
perkara ini dan berusaha di peringkat tertinggi negara untuk
menanganinya, demi menjaga ibadah dan kebajikan bakal haji
serta
jemaah umrah.
Sekian, terima kasih.
SOALAN NO: 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN
DARIPADA TUAN MANICKAVASAGAM A/L SUNDARAM [KAPAR]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN :
Tuan Manickavasagam A/L Sundaram [Kapar] minta PERDANA
MENTERI
-
menyatakan gran-gran termasuk nilai dan kegunaan gran yang telah
diperuntukkan
kepada badan-badan bukan Kerajaan India oleh Jabatan Perdana
Menteri sejak tahun
2008 sehingga kini.
JAWAPAN:
Sejak tahun 2008 sehingga 18 Mei 2012, sebanyak 8,128
program/projek bernilai
RM76.56 juta telah diluluskan kepada masyarakat India di seluruh
negara. di bawah
Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri. Peruntukan ini digunakan
bagi melaksanakan
projek fizikal seperti menaik taraf kuil hindu, dewan serba
guna, sekolah Tamil dan Ian-
lain. Selain itu ia juga digunakan sebagai sumbangan kewangan
bagi melaksanakan
program/aktiviti sosial/aktiviti sukan, pembekalan/peralatan
seperti perabot serta
bantuan/sumbangan kepada pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
Ringkasan kategori program/projek yang telah diluluskan kepada
masyarakat India di
seluruh negara dari tahun 2008 hingga 15 Mei 2012 adalah di
Lampiran A.
-
LAM PI RAN A
RINGKASAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM/PROJEK KECIL DI BAWAH
PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI BAGI KAUM INDIA TAHUN 2008 -
2012 (* sehingga 18.05.2012)
KATEGORI 2009 2010 2011 *2012 . JUM BIL PROJEK
JUMLAH NILA!
PROJEK (RM) lIBttll
NILA! PROJEK
(RM) Bit NILA! PROJEK
(RM) BIL NIlAl PROJEK
(RM) BIL NIlAl PROJEK
(RM) BIL NJLA1 PROJEK
(RM) 1. PROJEK FIZIKAL
a. KUIL HINDU 1,924,000.00 79 2,045,000.00 4,410,500.00 104
2,202,000.00 325 13,532,000.00 857 24,113,500.00 b.TOKONG HINDU 0 -
1 30,000.00 0 - 2 6,000.00 1 22,000.00 4 58,000.00
c. DEWAN SERBAGUNA/8ALAIRAYA/DEWAN
MAKAN/DEWAN KOMUNITI fi WKB 2,162,500.00 10 538,000.00
267,000.00 19 1,165,000.00 12 1,024,500.00 72 5,157,000.00
d.SEKOLAH TAMIL 6 255,000.00 4 240,000.00 2 33,000.00 12
620,000.00 5 105,000.00 29 1,253,000.00 e.JALAN/JALAN
TAR/PEMBENTUNGAN Mim: 143,000.00 2 79,152.00 13,500.00 215,000.00 6
171,000.00 23 621,652.00 f. PARIT/LONGKANG/GABION 1 2,000.00 3
29,000.00 0 - I 25,000.00 1 5,000.00 6 61,000.00 g. PAGAR
KUBUR/DEWAN/KUIL 5,000,00 ISI
S
55,000.00 45,000.00 WM
99,000.00 7 170,000.00 374,000.00
h. PONDOK REHAT/PERKUBURAN/STOR
PERKUBURAN 6 44,000.00 2 18,000.00 3 22,000.00 2 25,000.00 1
8,000.00 14 117,000.00
i. BANG U NAN PEJABAT 53,000,00 MM
544,000.00 WM-
52,000.00 20,000.00 669,000.00 j. LAMPU JALAN/TIANG LAMPU 0 - 0
- 0 - 2 19,000.00 0 - 2 19,000.00
2, PROGRAM/AKTIVITI SOSIAL/AKTIVITI SUKAN 805 3,906,600,00 404
3,029,108.00 449 2,181,440.00 585 3,932,521.60 362 1,817,600.00
2,605 14,867,269.60
3. PEMBEKALAN/PERALATAN (perabot/t-
shirt/komputer dan Iain-lain) 764 2,900,930.00 504 1,969,341.60
619 2,699,732.50 323 1,174,477.00 175 677,478.00 2,385
9,421,959.10
4. BANTUAN/SUMBANGAN NGO 213 910,800.00 lliil 1,750,714.80 643
5,298,971.00 537 6,055,110.00 351 3,602,670.00 2,088
17,618,265.80
5. LAIN-LAIN (tempat bakar mayat, landskap, rumah
PPRT) 1 10,000.00 1 1,500,000.00 1 1,500.00 3 70,000.00 5
628,000.00 11 2,209,500.00
llfgM 1954 12,316,830.00 lltlll 11,283,316,40 1959
15,516,643,50 1604
15,660,108.60 1254
21,783,248.00 8128 76,560,146.50
-
NO SOALAN :
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARI PADA
PERTANYAAN
TARIKH
Y.B. DATO' DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN (LIPIS)
LISAN
21.06.2012
Y.B. DATO1 DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN [
LIPIS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah
matlamat Urus Tadbir di Malaysia telah mencapai pematuhan
antarabangsa
"Governance Report On The Observe Of Standard And Codes" dan
bagaimana
untuk menggalakkan dan memperkasakan budaya tadbir korporat
berintegriti.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Governance Report On The
Observe
Of Standard And Codes atau ROSC adalah penilaian secara sukarela
yang
dikendalikan oleh Bank Dunia. Matlamat inisiatif ROSC tersebut
ialah
mengenalpasti kelemahan yang boleh menyumbang kepada
ketidakstabilan
ekonomi dan kewangan sesebuah negara. Setiap penilaian ROSC
akan
menanda aras kerangka undang-undang dan kawal selia sesebuah
negara,
amalan dan kepatuhan syarikat yang tersenarai di pasaran saham,
berdasarkan
kepada Prinsip Tadbir Urus Korporat yang digariskan oleh
Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD).
-
2. Penilaian terakhir yang dilaksanakan oleh Malaysia ialah pada
tahun
2006. Pada waktu itu, Malaysia mendapat markah penuh bagi
piawai
perakaunan dan didapati telah 'mematuhi sebahagian besar'
daripada prinsip-
prinsip lain. ROSC 2006 mengakui bahawa pembaharuan penting
terhadap
tadbir urus korporat telah dilaksanakan di Malaysia selepas
krisis kewangan
melanda Asia, dengan menyatakan beberapa pembaharuan terpenting
yang
meliputi pembangunan menyeluruh pelan induk bagi memajukan
pasaran
modal, demutualisasi Bursa Malaysia, pengenalan Kod Tadbir Urus
Korporat
Malaysia yang pertama, dan perubahan kepada komposisi serta
peranan
lembaga pengarah.
3. Malaysia telah bersetuju untuk terlibat dalam penilaian
secara sukarela
ROSC pada tahun ini dan sedang memuktamadkan laporan
berkaitan
dengannya. Berdasarkan draf laporan, penilaian yang
dilaksanakan
mengesahkan bahawa Malaysia ialah pemimpin rantau ini dalam
bidang tadbir
urus korporat dan telah mencapai tahap-tahap tertinggi kepatuhan
dalam
beberapa bidang terpenting, seperti penglibatan pemegang saham
dalam
mesyuarat agung, larangan perdagangan orang dalam (insider
trading), dan
pelaksanaan kualiti tertinggi piawai perakaunan. Berbanding
dengan markah
tahun 2006, Malaysia telah menunjukkan kemajuan bagi semua
prinsip dalam
penilaiannya terkini.
4. Bagi mengalakkan serta memperkasakan budaya tadbir urus
korporat,
Suruhanjaya Sekuriti telah melancarkan Rangka Tindakan Tadbir
Urus
Korporat, atau CG Blueprint pada bulan Julai 2011. Secara
asasnya, CG
Blueprint diwujudkan bertujuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam tadbir
urus korporat melalui pengukuhan disiplin diri dan pasaran serta
mempromosi
budaya kepatuhan dan tadbir urus korporat yang terbaik.
5. Antara hasil penting yang utama CG Blueprint ialah penerbitan
Kod
Tadbir Urus Korporat Malaysia 2012 (MCCG 2012) pada 29 Mac 2012
oleh
Suruhanjaya Sekuriti. MCCG 2012, yang menggantikan Kod Tadbir
Urus
Korporat Malaysia 2007, menggariskan 8 prinsip am dan 26
cadangan kepada
struktur-struktur dan proses-proses yang harus digunapakai oleh
syarikat-
syarikat dalam usaha menjadikan tadbir urus korporat yang
baik
-
sebagai sebahagian penting daripada cara berurusniaga dan budaya
mereka.
-
PERTANYAAN
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
Soalan No : 26
DARIPADA
TARIKH
LISAN
Y.B. DATO' SERI ABDUL HADI BIN
AWANG [MARANG]
21 JUN 2012
SOALAN:
Y.B. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta
MENTERI
PELAJARAN menyatakan status sebenar Geran Perkapita Sekolah
Agama
Rakyat (SAR) yang telah diberhentikan oleh Perdana Menteri
Keempat, Tun Dr
Mahathir Mohamad, pada tahun 2003, adakah Geran Perkapita
tersebut telah
diberikan semula sepertimana difahami dari kenyataan Perdana
Menteri pada 9
Mac 2012, ketika merasmikan pembukaan Sekolah Agama Taman Molek,
Johor
Bahru.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sungguhpun Sekolah Agama Rakyat (SAR) bukan di bawah
tanggungjawab
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), namun atas keprihatinan
Kerajaan,
bantuan kewangan tetap disalurkan bagi membantu sekolah
berkenaan
menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih kondusif. Sehubungan
itu, dari
tahun 2006 hingga 2011 sejumlah RM312.8 juta telah disalurkan
kepada SAR.
Manakala untuk tahun 2012 pula, sebanyak RM10 juta telah
diperuntukan untuk
disumbangkan kepada SAR-KAFA.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa membuka ruang
kepada
semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk mendaftar sebagai Sekolah
Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) bagi melayakkan sekolah berkenaan
mendapat
segala kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Antara kemudahan
tersebut
termasuklah bantuan perkapita seperti mana yang dinikmati oleh
semua sekolah
-
Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan. Justeru, KPM berkeyakinan
dengan
penyaluran bantuan tersebut, SAR mampu memastikan kualiti
pendidikan
kebangsaan relevan dengan tuntutan semasa dan masa depan serta
akhirnya
dapat memenuhi keperluan pembangunan pendidikan negara.
Rjm 61
-
NO. SOALAN : 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DATO' SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE [ SETIAWANGSA ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian di dalam
memperkasa dan mempertingkatkan peranan koperasi di dalam
pembangunan ekuiti kaum Bumiputera khususnya di dalam bidang
perniagaan; memandangkan masih terdapat kekangan di dalam
usaha
pembangunan koperasi pada waktu ini.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Pembangunan ekuiti kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan
boleh
diperkasa dan dipertingkatkan melalui koperasi. Individu
Bumiputera yang
mendapati mereka kurang berkeupayaan menyertai bidang perniagaan
secara
persendirian, boleh bersatu dengan menubuhkan koperasi dan
seterusnya
menceburi bidang perniagaan melalui pengumpulan modal sesama
mereka serta
juga perkongsian pengetahuan dan kemahiran.
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
LISAN
DATO' SRI HAJI ZULHASNAN BIN
RAFIQUE [ SETIAWANGSA ]
21.06.2012 (KHAMIS)
-
Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
menyediakan:
i. bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah bagi
membantu
menampung keperluan perniagaan koperasi;
ii. program latihan bagi membina upaya modal insan dan
meningkatkan
pengetahuan perniagaan;
iii. galakan dan insentif kepada koperasi supaya menceburi
bidang pelaburan
berskala besar terutama dalam 5 sektor ekonomi di bawah NKEA
iaitu
perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan,
pelancongan,
penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani
serta
perladangan;
iv. pemadanan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan
koperasi.
-
LISAN DARIPADA
TARIKH
RUJUKAN
Nu s-t>A « âa/ • 2 ̂NO.
AUM :3ft
~NOrAUP-r“
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DATO' JOHARI BIN ABDUL [ SUNGAI PETANI ]
21 JUN 2012
4856
SOALAN:
Dato’ Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan:-
(a) adakah benar wujud kepincangan dalam sistem biometrik
dan kad berlepas sehingga berlakunya kekeliruan di antara
Kementerian
Pelancongan dan Jabatan Imigresen baru-baru ini; dan
(b) apakah Standard Operating Procedure (SOP) dalam
melaksanakan prosedur kad berlepas dan sistem biometrik di
pintu- pintu
masuk-keluar Negara.
-
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sungai
Petani
yang mengemukakan pertanyaan.
(a) Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang
mulia ini, Kementerian tidak jelas apakah kepincangan dan
kekeliruan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat di dalam
situasi ini.
Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Pelancongan
telah mengadakan beberapa siri perbincangan melibatkan
penggunaan Kad IMM.26 dan bersetuju untuk memansuhkan
penggunaan Kad IMM. 26 berkuat kuasa 1 Jun 2012. Ini adalah
kerana Kad IMM. 26 tidak lagi sesuai pada masa ini semenjak
pelaksanaan National Enforcement and Registration System
(NERS).
Pelaksanaan sistem NERS membolehkan KDN melalui JIM
memperkemaskan pemantauan pergerakan keluar/masuk warga
asing di negara ini melalui sistem biometrik. Penggunaan
sistem
NERS ini juga membolehkan JIM menyediakan perkhidmatan
secara paperless (dengan izin) memandangkan kesemua
maklumat yang diperolehi daripada Kad Ketibaan/Berlepas
(IMM.26) boleh di capture (dengan izin) terus daripada
pasport
pelawat tanpa perlu mengisi Kad IMM.26.
Tuan Yang di-Pertua,
(b) Sememangnya JIM menggunapakai Standard Operating
Procedure
-
(SOP) sedia ada dalam pelaksanaan sistem biometrik dan Kad
IMM.26. SOP tersebut memperincikan tatacara pemeriksaan
keluar
dan masuk pelawat yang melalui pintu-pintu masuk yang
diwartakan bagi memastikan pergerakan warga asing adalah
teratur dan terkawal.
-
NO.
SOALAN:29 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN
RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' SRI ONG TEE KEAT [PANDAN]
TARIKH : 21 JUN 2012
SOALAN
Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan:-
(a) sama ada Ujian Penilaian Impak Sosial (Social Impact
Assessment) wajib
dilangsungkan sebelum sesuatu projek pembangunan itu
dilaksanakan; dan
(b) jika ya, bilakah ujian penilaian berkenaan dijalankan bagi
Projek Lynas, Projek
MRT di Lembah Klang, Projek Petrokimia di Pengerang. Jika tidak,
mengapa.
JAWAPAN :
(a)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Ujian
Penilaian Impak Sosial
atau Social Impact Assessment (SIA) belum lagi dijadikan satu
syarat wajib
dikenakan sebelum sesuatu projek pembangunan itu
dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, sesuatu projek pembangunan berskala
besar/berimpak tinggi
boleh dikenakan syarat supaya Penilaian Kesan Ke atas Alam
Sekitar Terperinci atau
Detailed Environmental Impact Asssessment (DEIA) dijalankan dan
diluluskan oleh
Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Di dalam DEIA terdapat elemen-elemen impak sosial, termasuk
mengenal pasti
bahawa projek tersebut tidak bercanggah dengan pelan pembangunan
atau dasar
sedia ada Kerajaan Malaysia. Selain daripada itu, laporan
tersebut perlu mengenal
pasti:
• keadaan fizikal, chemical, biological dan persekitaran manusia
sedia ada; dan
• Kawasan alam sekitar yang sensitif, termasuk sosio-ekonomi
atau nilai-nilai
budaya (cultural values) yang mungkin menerima kesan dari projek
tersebut
-
2
1
DEIA juga perlu melalui proses public viewing selama sebulan di
mana orang awam
boleh memberi ulasan berkenaan sebarang impak, termasuk impak
sosial projek
tersebut kepada JAS.
(b)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Environmental Impact
Assesment
(EIA) bagi Projek Lynas. telah diluluskan pada 15 Februari 2008
setelah memenuhi
kehendak Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Laporan EIA Lynas ini
telah dipamerkan untuk perhatian awam selama satu bulan mulai 30
Mei 2011
sehingga 28 Jun 2011. Laporan EIA ini boleh juga dibaca melalui
laman web JAS.
Di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304), yang
dikuatkuasakan oleh
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), terdapat peraturan
subsidiari yang
menjamin keselamatan orang awam, pekerja dan alam sekitar
daripada aktiviti-
aktiviti yang melibatkan tenaga atom. AELB dengan kerjasama
International Atomic
Energy Agency (IAEA) telah menjalankan kajian berkaitan
keselamatan radiasi ke
atas Projek Lynas. Walau bagaimanapun, Akta 304 tidak
mensyaratkan Ujian
Penilaian Impak Sosial dijalankan dan oleh yang demikian, AELB
tidak menjalankan
kajian tersebut.
Bagi Projek MRT pula, Kajian Impak Sosial telah selesai
dilaksanakan bersama EIA
pada 6 April 2011. Kajian-kajian tersebut adalah sebahagian
keperluan sebelum
Projek My MRT diluluskan. Kajian tersebut telah mengenal pasti
semua impak negatif
dan menetapkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh
pemilik projek bagi
menghindarkan ataupun mengatasi mana-mana kesan negatif kepada
penduduk
setempat seperti memastikan kesesakan lalulintas adalah minimum
dan keselamatan
penduduk adalah terpelihara.
Projek Petrokimia di Penggerang juga perlu melalui prosedur DEIA
untuk kelulusan
pembangunan. Status laporan DEIA untuk dua projek di Pengerang
ketika ini ialah:
• Projek Pengerang Independent Deepwater Petroleum Terminal
(PIDPT) yang
dibangunkan oleh DIALOG Group dan Royal Vopak of Netherlands
telah
mendapat kelulusan DEIA daripada JAS pada Oktober 2011.
-
3
• Projek Refinery and Petrochemical Integrated Development
(RAPID) PETRONAS
telah mengemukakan laporan DEIA kepada JAS pada 4 Jun 2012. JAS
sedang
meneliti laporan tersebut dan status permohonan akan diketahui
kelak.
NO. SOALAN:
30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
TARIKH 21 JUN 2012 (KHAMIS)
DARIPADA DATUK CHUA SOON BUI
[ TAWAU ]
SOALAN :
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan:-
(a) mengapakah Kerajaan mengambil begitu lama untuk menyediakan
terma-terma rujukan (TOR) bagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)
berhubung pendatang tanpa izin di Sabah selepas kelulusan Kabinet
pada 8/2/2012; dan
(b) bilakah YAB Perdana Menteri akan mengumumkan RCI dan TOR.
Adakah panel bagi RCI meliputi wakil-wakil semua pihak
berkepentingan dari Sabah.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Penyediaan TOR mengambil masa kerana Kerajaan perlu
memastikan
bahawa ianya bukan sahaja akan menyiasat isu-isu yang
berbangkit
mengenai dokumen pengenalan diri dan pengurusan warga asing,
tetapi ia
juga melibatkan isu-isu lain yang perlu diberi perhatian. TOR
ini juga harus
memberikan cadangan penyelesaian secara menyeluruh bagi
menangani
isu-isu lain yang berkaitan dengannya. Isu-isu yang diberi
perhatian dan
diambil kira dalam penyediaan TOR ini adalah seperti
berikut:
i) Lanskap politik dan sosial negeri Sabah;
-
JAWAPAN: Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
ii) Keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian negara;
dan
iii) Pandangan wakil-wakil semua pihak berkepentingan di
Sabah
seperti NGO, parti politik, pemimpin tempatan dan paling
diutamakan
adalah pandangan rakyat Sabah.
Kerajaan berharap TOR ini akan dapat menyediakan satu rangka
kerja
(framework) yang komprehensif bagi menangani isu-isu yang telah
lama
dibangkitkan oleh semua pihak dengan hasil akhirnya diiktiraf
serta
dihormati. Oleh itu ia perlu mengambil kira sudut pandangan
dan
kepentingan semua pihak yang berkaitan. TOR ini juga diharap
dapat
merangka formula penyelesaian bersepadu bagi mengelakkan isu
ini
berulang.
Sekian, terima kasih.
-
f\JO- S.'D^
-NO. AUM : 1 -
^JSlQ. AUP ;—*
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :
DARIPADA
TARIKH
RUJUKAN
LISAN
DATUK HAJAH NORAH BINTI ABD RAHMAN [ TANJONG MANIS ]
21 JUN 2012
4849
SOALAN:
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian
dapat menyediakan balai polis untuk Pulau Bruit di mana
bilangan
penduduknya sebanyak 12,000 orang dan mula menghadapi
masalah sosial.
-
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong
Manis yang telah mengemukakan pertanyaan.
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini,
buat masa ini, Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan
Balai
Polis di Pulau Bruit memandangkan kadar jenayah dan tahap
pembangunan di kawasan berkenaan masih rendah dan tidak
menjadi sasaran penting kepada ancaman keselamatan.
Walau bagaimanapun, PDRM sentiasa melaksanakan langkah-
langkah bagi menangani masalah sosial dan mencegah sebarang
kemungkinan berlakunya jenayah di kawasan berkenaan termasuk
dengan mengadakan perjumpaan dengan penduduk tempatan dan
menjalankan rondaan secara berkala.
-
NO SOALAN :4 %
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA
PERTANYAAN
TARIKH
Y.B. DATO1 SRI DR. MUHAMMAD LEO MICHEAL TOYAD ABDULLAH
(MUKAH)
LISAN
21.06.2012
1
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
Soalan No.33
Y.B. DATO1 SRI DR. MUHAMMAD LEO MICHEAL TOYAD ABDULLAH [
MUKAH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa unit Rumah
Mesra
Rakyat yang telah dan akan diperuntukkan di Bahagian Mukah
Sarawak dalam
Rancangan Malaysia ke-10.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, semenjak diperkenalkan pada tahun
2002 s
ehingga April 2012, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
telah
membina 17,516 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara.
Bagi
tempoh tersebut, sebanyak 451 unit RMR telah dibina di Negeri
Sarawak.
Berdasarkan Bajet 2012, SPNB telah diberi tanggungjawab untuk
membina
10,000 unit RMR di seluruh negara termasuk di kawasan Mukah.
Pelaksanaan
program ini adalah bergantung kepada jumlah permohonan yang
diterima dari
kawasan-kawasan parlimen tersebut. Sehingga Mei 2012, SPNB
telah
menerima 100 permohonan dari kawasan Mukah dan daripada jumlah
ini, 25
permohonan telah siap dibina manakala baki 75 permohonan RMR
lagi
dijangka akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.
-
NO SOALAN :4 %
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : YB Datuk Aaron Ago AnakDagang (Kanowit)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 21.06.2012
YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang(Kanowit) minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah permohonan RAYUAN BR1M yang
berjaya
di seluruh negara dan negeri Sarawak khasnya. Berapakah
peruntukan
tambahan untuk tujuan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua,
1. Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilaksanakan buat
julung
kalinya atas usaha Kerajaan yang bertujuan untuk meringankan
beban rakyat
Malaysia terutama keluarga yang berpendapatan rendah. Bantuan
ini diberi
secara one-off kepada isirumah berpendapatan RM3.000 dan ke
bawah.
Pelaksanaan program BR1M berjalan lancar dan usaha murni
Kerajaan ini
telah mendapat sambutan baik daripada rakyat. Bantuan tunai
RM500 bagi
setiap isirumah yang layak ini telah dapat membantu meringankan
beban
belanja harian mereka.Dalam masa yang sama, pemberian bantuan
ini juga
dapat merancakkan aktiviti ekonomi domestik.
-
2
2. Pengedaran borang serta pendaftaran BR1M telah bermula 10
Disember
2011 sehingga 31 Mac 2012. Pengedaran dan pendaftaran BR1M
telah
diadakan di lokasi terpilih bagi memudahkan rakyat mendapatkan
borang dan
membuat pendaftaran. Manakala pengagihan baucar BR1M telah
bermula
pada 15 Januari 2012 sehingga 15 Mei 2012. Walaubagaimanapun,
tempoh
sah laku baucar BR1M telah dilanjutkan sehingga 31 Julai
2012
memandangkan masih terdapat sebilangan kecil penerima yang masih
belum
lagi menerima baucar.
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2012,
pendaftaran BR1M yang telah diterima adalah sebanyak 5.0 juta
permohonan.
Penerima yang berjaya adalah seramai 4.3 juta atau hampir 86.4%
daripada
keseluruhan permohonan. Jumlah ini adalah termasuk kelulusan
rayuan dan
juga kelulusan kategori khas yang merangkumi penerima bantuan
E-Kasih,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Orang
Asli
(JAKOA). Manakala permohonan yang tidak berjaya adalah seramai
682 ribu
atau 13.6% daripada keseluruhan pemohonan.Program BR1M
melibatkan
peruntukan sebanyak RM2.1 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta
isirumah atau
66% daripada jumlah keseluruhan isirumah negara.
4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, definisi isi rumah
bagi BR1M
adalah berbeza berbanding dengan definisi isi rumah oleh
Jabatan
Perangkaan Malaysia. Ini adalah untuk memastikan lebih ramai
keluarga yang
dapat menerima bantuan BR1M. Bagi tujuan BR1M, definisi ketua
isi rumah
adalah seorang lelaki atau wanita yang
menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua
keluarga. Ini
merangkumi individu yang sudah berkahwin termasuk anak yang
berkahwin
-
3
dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang
mempunyai
tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas
sebatang
kara.Oleh yang demikian, semasa merangka program BR1M,
adalah
dianggarkan sebanyak 5.2 juta isi rumah atau 79.5% keluarga
layak
memohon BR1M.
5. Bagi negeri Sabah, sebanyak 477,200 permohonan telah
diterima.
Daripada jumlah tersebut, 408,927 atau 85.7%permohonan telah
diluluskan
yang berjumlah RM204,463,500. Manakala, bagi negeri Sarawak,
permohonan yang diterima adalah sebanyak 561,743 di mana 82.5%
atau
463,237 permohonan telah diluluskan yang berjumlah
RM231,618,500.
Secara keseluruhan jumlah kelulusan mengikut negeri adalah
seperti berikut:
Negeri JumlahKelulusan Peratus Lulus Keseluruhan
Selangor 530,977 12.71%
Johor 466,367 11.17%
Sarawak 463,237 11.09%
Perak 429,231 10.28%
Sabah 408,927 9.79%
Kedah 363,139 8.69%
Kelantan 303,579 7.27%
Pulau Pinang 244,846 5.86%
Pahang 229,660 5.50%
Terengganu 199,918 4.79%
N.Sembilan 168,700 4.04%
Kuala Lumpur 166,362 3.98%
Melaka 134,904 3.23%
Perlis 50,132 1.20%
-
4
Untuk makluman, jumlah tersebut tidak termasuk jumlah kelulusan
bagi
kategori orang asli dan penerima bantuan JKM yang berjumlah
sebanyak
159,810 penerima.
Tuan Yang di-Pertua,
6. Kejayaan program BR1M ini adalah hasil kekukuhan ekonomi
negara
dan kemampuan mengurus kewangan negara dengan baik dan
cekap.
Kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dan perbelanjaan
adalah
secara berhemah serta dapat memberi manfaat dan pulangan kepada
rakyat.
Pahang 229,660 5.50%
Terengganu 199,918 4.79%
N.Sembilan 168,700 4.04%
Kuala Lumpur 166,362 3.98%
Melaka 134,904 3.23%
Perlis 50,132 1.20%
Labuan 11,608 0.28%
Putrajaya 4,835 0.12%
Jumlah 4,176,422 100.00%
-
PERTANYAAN
1
DARIPADA
TARIKH
NO.
SOALAN:34 PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
LISAN
DATO' DR. MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ]
21 JUN 2012
SOALAN
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan:
(a) mengenai dengan pernyataan YAB Perdana Menteri mengenai
dengan
“Persekitaran Perniagaan Yang Kondusif Dan Mesra Niaga’’;
dan
(b) apakah kadar kenaikan indeks keluaran dalam negara kasar
KDNK negara
sejak tahun 2010 sehingga sekarang ini
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan persekitaran
perniagaan yang
kondusif dan mesra niaga adalah amat penting bagi membolehkan
peningkatan daya
tahan dan produktiviti negara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
yang mampan
dan berterusan untuk jangka panjang. Malah ia merupakan teras
pertama
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). la juga adalah untuk
menjadikan
ekonomi Malaysia beralih daripada ekonomi yang bersaing
berdasarkan kos dan
sumber asli kepada ekonomi yang dipacu oleh produktiviti dan
inovasi. Peralihan ini
juga berupaya memupuk, menarik serta mengekalkan modal insan
berbakat, syarikat
dan modal. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah usaha
memodenkan peraturan
perniagaan, meliberalisasikan sektor perkhidmatan,
memperkenalkan rang undang-
undang perniagaan, memperkukuh sistem inovasi, merasionalisasi
penglibatan
Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam perniagaan,
menyerlahkan
potensi pertumbuhan dan inovasi Enterpris Kecil dan Sederhana
(EKS) dan
mewujudkan infrastruktur bertaraf dunia bagi menyokong aktiviti
ekonomi.
Usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan telah menampakkan kesan
positif. Antaranya
ialah kedudukan daya saing Malaysia berdasarkan IMD World
Competitive Yearbook
2012 telah meningkat kepada kedudukan ke-14 berbanding ke-16
pada tahun
-
2
sebelumnya. Prestasi kecekapan perniagaan Malaysia berada di
kedudukan antara 10
yang terbaik di dunia iaitu pada kedudukan ke-6 berbanding ke 14
pada tahun 2011.
Begitu juga kedudukan daya saing di tangga ke-21 pada tahun 2012
oleh Forum
Ekonomi Dunia (WEF) berbanding ke-26 pada tahun 2011 dan di
kedudukan ke-18
pada 2012 dalam Laporan Doing Business oleh World Bank
berbanding kedudukan ke-
21 pada 2011.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi ekonomi Malaysia
berdasarkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah berkembang pada kadar
7.2 peratus pada
tahun 2010 berbanding negatif 1.5 peratus pada tahun 2009 dan
5.1 peratus pada
tahun 2011. Pertumbuhan purata bagi tempoh 2010 hingga 2012
ialah sebanyak 6.1
peratus. Bagi suku pertama 2012 pula, ekonomi negara masih mampu
mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 4.7 peratus. Pertumbuhan ini masih mampan
dan
membanggakan dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar
terutama berikutan
beberapa ekonomi Eropah yang telah dilanda kemelesetan.
Pertumbuhan ekonomi
dalam suku pertama 2012, adalah disokong oleh kegiatan ekonomi
dalam negeri yang
kukuh terutamanya oleh pengguna dan pelaburan. Walau
bagaimanapun, berdasarkan
petunjuk terkini bagi keseluruhan 2012, KDNKdijangka berkembang
antara 4.0 hingga
5.0 berbanding jangkaan awal iaitu antara 5.0 hingga 6.0
peratus.
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA Y.B. DATO' LILAH BIN YASIN [ JEMPOL ]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN:
Y.B. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan
(a) apakah fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka; dan
(b) kenapakah Dewan Bahasa dan Pustaka gagal mencetak dan
menjual buku Bahasa Melayu lama yang sangat bernilai dalam
memartabatkan
-
Bahasa Melayu.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan
Akta DBP
1959 (disemak 1978) dan Akta DBP (Pindaan dan Peluasan)1995
adalah
seperti berikut:
i) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi;
ii) Memperkembangkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan;
iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan
atau
penerbitan buku, majalah.risalah, dan bentuk-bentuk
kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa
iv) Membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah
yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan;
v) Menggalakk
an penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
vi) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya
digunakan
secara meluas bagi segala maksud mengikut undang- undang
yang
sedang berkuat kuasa.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, DBP sentiasa berusaha
untuk
menghasilkan buku-buku yang bernilai tinggi. Sehingga kini, DBP
telah
menerbitkan lebih daripada 100 judul buku yang berasaskan
persuratan Melayu
lama, antaranya termasuk Sastera Hikayat, Sejarah Melayu,
Kesultanan Melayu,
Bahasa, Undang-undang dan Kebudayaan Melayu. DBP juga
sentiasa
-
Soalan No : 37
memastikan judul-judul tersebut sentiasa ada di pasaran dengan
mencetak
semula buku yang telah kehabisan stok serta menjenamakan semula
judul-judul
tersebut. Walaupun sebelum ini urusan pemasaran dan penjualan
buku-buku
tersebut agak perlahan, namun Syarikat Dawama Sdn. Bhd. di
bawah
pengurusan yang baru telah diberi ingatan agar memberikan
perhatian yang
serius terhadap perkara ini.
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB. IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
KAWASAN : LEDANG
TARIKH : 21 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN:
YB. IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI (LEDANG) minta MENTERI KERJA
RAYA
menyatakan jumlah kesalahan dan tindakan yang telah diambil oleh
CIDB
ke atas kontraktor-kontraktor binaan yang melanggar akta yang
berkaitan
CIDB.
-
SOALAN NO.: 36
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
JAWAPAN:
-
Tuan Yang Di-Pertua;
2
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
ditubuhkan
menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
1994
(Akta 520) bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan
industri
pembinaan negara.
Selaras dengan usaha meningkatkan Iagi tahap perkhidmatan
dan
fungsi CIDB sebagai agensi yang bertanggungjawab membangun,
memaju
dan mengawal selia industri pembinaan, Akta 520 telah dipinda
dan
diluluskan pada tahun lalu (2011). Akta 520 ini telah menetapkan
tindakan
tatatertib sivil dan jenayah terhadap mana-mana pihak yang
melanggar
peruntukan yang berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara bentuk-bentuk
kesalahan berkaitan pelanggaran Akta 502 ini ialah seperti
kesalahan
kegagalan membayar levi, kontraktor tidak berdaftar, tidak
memiliki kad
hijau dan melaksanakan kontrak tidak mengikuti gred atau bidang
yang
telah ditetapkan. Manakala subseksyen 34c, Akta 502 mengenai
'pelanggaran kewajipan oleh kontraktor' pula telah menetapkan
kesalahan
jenayah terhadap kontraktor yang melanggar kewajipannya di
bawah
subseksyen 34B.
Untuk tempoh dari tahun 2005 hingga 31 Mei 2012, CIDB telah
mengambil tindakan tatatertib terhadap seramai 522 syarikat
kontraktor,
-
3
iaitu melibatkan amaran bertulis dan penggantungan/pembatalan
lesen
pendaftaran bagi kes-kes kesalahan yang lebih serius. Manakala
untuk tempoh
yang sama, seramai 204 syarikat kontraktor telah didakwa atas
pertuduhan sivil
di mahkamah dan 67 syarikat kontraktor lagi atas pertuduhan
jenayah. Untuk
tahun 2011 sahaja, sebanyak 65 syarikat kontraktor telah diambil
tindakan
tatatertib, 45 syarikat atas pertuduhan sivil dan 21 syarikat
lagi atas pertuduhan
jenayah.
Sekian. Terima kasih.
-
SOALAN NO :
37 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA : Y.B. DATO' ABDUL MANAN BIN ISMAIL
[PAYA BESAR]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN
Y.B. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA
MENTERI
menyatakan tahap pencapaian Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)
sehingga kini
dan setakat mana Unit Perancang Ekonomi mengawal selia pelan
pelaksanaan
inisiatif RMKe-10 dan sistem pemantauan inisiatif RMKe-10.
JAWAPAN :
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana
Menteri (UPE,JPM), sentiasa mengawal selia pelaksanaan 85
inisiatif yang telah
digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Bagi
memastikan
pencapaian outcome yang disasarkan di bawah RMKe-10, Sistem
Pemantauan
Inisiatif RMKe-10 (SPI RMKe-10) telah dibangunkan secara
in-house oleh UPE, JPM.
Sistem ini membolehkan pemantauan yang lebih sistematik
dilaksanakan
memandangkan kementerian dan agensi boleh mengemaskini status
pelaksanaan
RMKe-10 secara atas talian. Tambahan pula, laporan berkala
secara suku tahunan
mengenai pencapaian pelaksanaan inisiatif RMKe-10 juga dapat
disediakan.
Berdasarkan maklumbalas sebagaimana dilapor dan dinilai melalui
Sistem SPI
RMKe-10, purata pencapaian keseluruhan 85 inisiatif di bawah
RMKe-10 pada tahun
2011 adalah sebanyak 84 peratus iaitu berada pada tahap exceed
target.
Pencapaian ini mengambilkira semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
bagi setiap key
milestone yang telah ditetapkan dalam sesuatu inisiatif.
Selain itu, pemantauan dari segi pelaksaan projek fizikal juga
dilakukan melalui
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II). Sehingga 18 Mei 2012,
daripada 3,891 projek
yang dijadual dilaksanakan dalam rolling plan kedua (bagi tahun
2012 - 2013),
sebanyak 3,506 projek (90 peratus) telah dilaksanakan dan 864
projek atau 25
-
2
peratus daripada keseluruhan projek telah siap dilaksanakan.
Dari segi perbelanjaan
pula, daripada RM98.4 bilion yang diperuntukkan bagi tahun 2011
dan 2012, sebanyak
RM60 bilion atau 61.2 peratus telah dibelanjakan.
Dengan adanya kedua-dua sistem pemantauan iaitu SPI RMKe-10 yang
memantau
pencapaian 85 inisiatif di bawah RMKe-10 serta SPP II yang
memantau pelaksanaan
projek fizikal dan prestasi perbelanjaan yang diperuntukkan,
pelaksanaan RMKe-10
dijangka dapat mencapai outcome yang disasarkan.('sJO S.O A
£
_JSIOr-AUM—r£9^
,^J67Atr
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DATO' ZULKIFLI BIN NOORDIN
[ KULIM BANDAR BARU ]
TARIKH 21 JUN 2012
RUJUKAN 4855
SOALAN:
Dato' Zulkifli bln Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta
MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang
mengharamkan buku bertajuk Kahwin Campur yang diterbitkan
oleh
Middle Eastern Graduate Centre dengan kerjasama sebuah
yayasan Parti Demokratik Kristian German iaitu Konrad
Adenauer
Foundation yang jelas bercanggah dengan Islam kerana
-
mengharuskan perkahwinan di antara wanita Islam dengan
lelaki
bukan Islam atas alasan Islam itu adalah satu konsep
penyerahan
diri kepada Tuhan dan penganut semua agama yang punya kitab
suci adalah Ahli Kitab, dan oleh itu Islam dari segi konsep dan
layak
berkahwin dengan wanita Islam.
-
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat
Kulim
Bandar Baru yang mengemukakan soalan.
Kementerian Dalam Negeri bertindak ke atas penerbitan
berdasarkan
peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 termasuk
juga
bahan-bahan penerbitan yang dibawa masuk dari luar negara.
Semua
penerbitan ini dipantau oleh Kementerian agar tidak menyiarkan
artikel
atau laporan yang memudaratkan ketenteraman awam,
memudaratkan
kemoralan, memudaratkan keselamatan, menggemparkan fikiran
rakyat, berlawanan dengan mana-mana undang-undang,
memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan
negara.
Bagi penerbitan Kahwin Campur, Kementerian mendapati bahawa
terdapat unsur-unsur yang diragui dan disyaki bertentangan
dengan
fahaman dan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah. Sehubungan
dengan itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan
kepada
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk kajian dan
perakuan
samada penerbitan ini sesuai atau tidak diedarkan di kalangan
umat
Islam dan tindakan akan diambil ke atas buku ini berdasarkan
cadangan dan perakuan JAKIM. Ini bertepatan dengan usaha
memelihara dan menjamin kesucian agama Islam sebagai agama
rasmi negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
-
Soalan No : 39
PERTANYAAN
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DARIPADA
TARIKH
LISAN
Y.B. DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM
[ PERMATANG PAUH ]
21 JUN 2012
SOALAN:
Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta
MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru yang dilatih, jumlah yang
dilantik dalam perkhidmatan setiap tahun bagi tempoh 2000-2012
serta jumlah lantikan mereka tertangguh dan sebab-sebab berlaku
demikian.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan guru baru pada
satu-satu
tahun adalah dengan merujuk kepada kekosongan perjawatan pada
tahun
berkenaan. Sebagai contoh pada tahun 2011 sejumlah 8425 calon
telah
ditempatkan dan pada tahun 2010 sejumlah 9501 guru baru dilantik
berkhidmat
di KPM. Bagi sesi tahun 2012 , sejumlah 439 graduan ospyen
Pendidikan Islam
telah ditawarkan pelantikan. Penempatan mereka tidak dapat
diuruskan pada
tahun 2011 disebabkan :
i. Pembekuan semua lantikan baru berkuatkuasa 20 Mei 2011
sehingga 31
Disember 2011 berikutan pelaksanaan dasar perkhidmatan awam yang
kejat;
-
ii. Perubahan mekanisme pelantikan guru baru di mana semua calon
yang
layak perlu lulus temuduga pelantikan tetap oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebelum dilantik dan
ditempatkan
berkhidmat di KPM.
Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian pada 2011
menjalani
temuduga SPP pada Januari hingga Mac 2012 dan calon yang telah
berjaya
dalam temuduga SPP telahpun ditempatkan mengajar pada 23 Mei
2012. Rjm 64
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA YB DR. HIEW KING CHEU [KOTA KINABALU]
TARIKH 21 JUN 2012 (KHAMIS)
SOALAN
YB Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta MENTERI
-
JAWAPAN:
PEMBANGUNAN WAN IT A, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan mengapa bangunan baru di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat di Batu 7, Jalan Tuaran tidak digunakan, dan bangunan
lama
yang rosak itu tidak dirobohkan dan dibersihkan.
Tuan Yang di-Pertua,
Bangunan baru Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Batu 7,
Jalan
Tuaran pada asalnya dibina sebagai Rumah Budak Laki-laki
Sabah.
Bangunan baru ini telah siap dibina pada 23 Ogos 2011.
Namun begitu, pada 26 Jun 2011 skop penggunaan bangunan ini
telah
diubah kepada Taman Seri Puteri berikutan bangunan Taman Seri
Puteri di
Menggatal yang sedia ada perlu diubah skop kepada Desa Bina Diri
Sabah.
Pembukaan Desa Bina Diri Sabah telah disegerakan kerana
pemanjangan
dan pemakaian Akta Orang-orang Papa 1977 di negeri Sabah yang
berkuat
kuasa pada 1 Julai 2011 yang menghendaki JKM menyediakan
tempat
perlindungan dan pemulihan bagi pengemis dan kutu rayau.
Berikutan perubahan skop bangunan JKM di Jalan Tuaran, maka
pihak
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM)
-
perlu melakukan pewartaan baru kepada kompleks tersebut serta
membuat
perubahan kepada peralatan dan perabot yang hendak dibuat
perolehan.
Kini, pihak Kementerian telah memperolehi kelulusan daripada
Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk perubahan skop
untuk
pembelian peralatan dan perabot.
Sehubungan itu, proses perolehan peralatan dijadualkan bermula
pada awal
bulan Julai 2012 dan penghantaran peralatan dijangka selesai
pada akhir
bulan Ogos 2012. Kementerian menjangkakan bangunan baru ini
dapat
mula beroperasi pada awal bulan September 2012.
Tuan Yang di-Pertua,
Berhubung bangunan lama yang bersebelahan dengan bangunan baru
ini,
ia adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah
kerana
bangunan dan tapak tanah tersebut adalah milik kerajaan
negeri.
Kementerian difahamkan bahawa tapak ini dicadangkan untuk
pembinaan
Kompleks Sehenti Orang Kurang Upaya Kota Kinabalu dalam
Rancangan
Malaysia Ke-10. Di samping itu, dimaklumkan bahawa Jabatan
-
Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan menyelenggara
pembersihan
kawasan berkenaan secara berkala sehingga cadangan pembinaan
kompleks tersebut dilaksanakan.
DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT
KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA BELAS (2012)
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT[HULU LANGAT]
TARIKH 21 JUN 2012
SOALAN :
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta PERDANA
MENTERI
menyatakan statistik umat Islam yang murtad dan menukar status
dalam kad
pengenalan mereka dan langkah-langkah yang diambil oleh JAKIM
dalam
mengatasi gejala murtad ini.
JAWAPAN: (Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL
KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI
JABATAN PERDANA M