1.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun
1
Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninKelas: 1 PermataMasa :
7.45 pagi 8.45 pagi (60 minit)Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti: Renjisan dan Percikan (Corak Tidak Terancang)Tema : Alam
Semula Jadi Tajuk : Pembalut HadiahTunjang Utama : Fizikal dan
EstetikaMedia : Alat : berus gigi, palet, ranting kayu Bahan :
kertas lukisan, warna airBahan Bantu Mengajar: Kad imbas teknik
renjisan dan percikan, lagu Tanya Sama Pokok, carta alirEMK:
Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 1.
Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
rekaan : rupa, warna, jalinan, kontra, ritma, dan harmoni) yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan
corak menggunakan teknik renjisan dan percikan2. Aplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam penghasilan corak3. Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak4.
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budayaSTANDARD PEMBELAJARAN2.1 Persepsi
EstetikMurid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni2.1.1Unsur seni2.1.1.1Warna primer
dan sekunder2.1.1.2Rupa organik 2.1.1.3Jalinan tampak dan
sentuh2.1.2Prinsip rekaan2.1.2.1Kontra warna2.1.2.2Ritma dan
pergerakan rawak 2.1.2.3Harmoni bentuk
2.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni2.2.1Mengenal dan
menyatakan jenis-jenis media2.2.1.1Alat berus gigi, palet, ranting
kayu2.2.1.2Bahan kertas lukisan, warna air2.2.2Mengetahui
penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
karya2.2.2.1Teknik renjisan dan percikan (corak tidak
terancang)
2.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni2.3.1Memilih dan mempelbagaikan bahan secara
kreatif2.3.2Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya
2.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual2.4.1Mempamerkan
karya yang dihasilkan2.4.2Menceritakan karya sendiri secara
lisan2.4.3Menghargai karya sendiri dan rakan
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru menunjukkan
contoh-contoh corak yang terhasil daripada teknik renjisan dan
percikan Murid memberi respon terhadap soalan guru- jalinan apakah
yang wujud dalam karya ini?- warna apakah yang digunakan?- apakah
rupa yang terdapat dalam karya ini?- adakah kontra wujud?- apakah
ritma dan pergerakan yang terhasil dalam karya ini?- adakah karya
ini mengandungi unsur harmoni? Guru mengaitkan contoh karya dengan
tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah menghasilkan
pembalut hadiah mengikut teknik renjisan dan percikan menggunakan
berus gigi dan ranting kayu
Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk
menghasilkan karya teknik renjisan dan percikan* berus gigi, palet,
ranting kayu, warna air, kertas lukisan Guru memaparkan proses
tunjuk cara menggunakan carta alir* carta alir dilekatkan pada
papan putih Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan
percikan pada kertas lukisan menggunakan warna air dan ranting kayu
di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam
kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Aplikasi Seni (10 min) Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan
mengambil warna air, kertas lukisan dan palet untuk diedarkan
kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa berus gigi
dan ranting kayu agar membersihkan kelas setelah selesai proses
pembelajaran
Ekspresi Kreatif (40 min) Murid menghasilkan corak teknik
renjisan dan percikan dengan bimbingan guru berdasarkan
langkah-langkah berikut :Langkah 1 Sediakan sekeping kertas lukisan
Sediakan motif yang diinginkan (ranting kayu) Murid perlu berkongsi
palet dan warna air bersama rakan Guru membimbing murid yang lemah
serta memberi galakan semangat kepada merekaLangkah 2 Susun ranting
kayu di atas kertas lukisanLangkah 3 Sapukan warna pada berus gigi
dan percikan warna pada permukaan kertas dengan menggunakan jari*
Warna dibancuh oleh guruLangkah 4 Ulangi langkah 3 menggunakan
warna yang berbeza mengikut kesukaan Langkah 5 Setelah siap,
alihkan ranting kayu daripada kertas lukisan dan jemur hingga
kering Pendekatan : Chapman Kaedah : projek Teknik : memberi
arahan,
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Tanya Sama
Pokok sambil membuat gayaTanya Sama Pokok Tanya sama pokok, Apa
sebab goyang,Nanti jawab pokok, Angin yang goncang,Tanya sama
angin, Apa sebab hujan,Nanti jawab angin, Tanyalah awan,Awan nanti
kata, Aku kandung air,Sampai tempat sejuk, Aku pun cair,Lihat dalam
air, Nampak bayang-bayang,Campak satu batu, Bayang pun hilang. Dua
orang murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan kelas Murid
diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan
yang dipamerkan dengan bimbingan guru* pemilihan warna dan
kepelbagaian ton Murid diminta bertukar karya dengan rakan sebagai
tanda hadiah persahabatan Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal
jawab, nyanyian Lirik lagu dilekatkan pada papan putih
2.0Rancangan Pengajaran Harian KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun
2
Tarikh / hari : 13 Mac 2014 / KhamisMasa : 7.45 pagi 8.45 pagi
(60 minit)Bidang : MenggambarAktiviti: GosokanTema : Objek Buatan
Manusia Tajuk : RumahMedia : Alat : pelbagai jenis permukaan
berjalinBahan : lembaran kerja gambar rumah, pensel warnaBahan
Bantu Mengajar: kad imbas contoh-contoh karya gosokan, carta alir
proses tunjuk cara, bahan sebenar pelbagai jenis permukaan, audio
dan lirik lagu Saya Ada Rumah BesarEMK: Keusahawanan, Kreativiti
dan InovasiStandard Kandungan : 5. Persepsi dan pemahaman bahasa
seni visual seperti rupa, bentuk, warna, jalinan, serta kontra, dan
kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan
manusia, dan karya menggambar teknik gosokan6. Aplikasi pengetahuan
dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam aktiviti menggambar teknik gosokan7. Penzahiran idea
melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
gosokan8. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya
STANDARD PEMBELAJARAN1.1 Persepsi EstetikMenghasilkan gambar
menggunakan media basah dengan teknik gosokan yang menekankan aspek
jalinan1.1.1Unsur seni 1.1.1.1Jalinan sentuh1.1.1.2Warna primer dan
sekunder1.1.2Prinsip rekaan1.1.2.1kepelbagaian jalinan dan ton
warna
1.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar
dengan teknik gosokan1.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media1.2.1.1Alat pelbagai jenis permukaan berjalinan1.2.1.2Bahan
kertas lukisan, pensel, pensel warna1.2.2Mengetahui penggunaan
media, teknik dan proses dalam penghasilan karya1.2.2.1Teknik
gosokan
1.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni1.3.1Memilih dan memanipulasi
bahan secara kreatif1.3.2Mengaplikasikan proses dan teknik gosokan
dalam penghasilan karya1.3.3Menggunakan bahasa seni visual:
jalinan, kontra dan kepelbagaian dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual1.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2Menceritakan karya
sendiri secara lisan
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan
Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru memperdengarkan lagu
Saya Ada Rumah BesarSaya Ada Rumah BesarSaya ada rumah besar,Iya
iya oDinding kasar, lantai licin,Iya iya oGosok sana, gosok
sini,Sana sini gosok gosok,Saya ada rumah besar,Iya iya o Murid
berdiri dan menyanyi bersama guru lagu Saya Ada Rumah Besar sambil
membuat gaya Murid memberi respon terhadap soalan guru :* apakah
jenis permukaan yang terdapat di dalam lagu?* apakah objek yang
mempunyai jalinan sentuh di dalam lagu? Guru mengaitkan lagu dengan
tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah mewarna
lukisan rumah menggunakan teknik gosokan pelbagai permukaan Guru
menerangkan definisi teknik gosokan Guru memaparkan pelbagai contoh
karya gosokan menggunakan kad imbas Guru bertanya asas seni reka
yang terdapat di dalam karya. Antaranya : * jenis jalinan dan
kepelbagaiannya* pemilihan warna dan kepelbagaian ton* lirik lagu
Saya Ada Rumah Besar dilekatkan pada papan putih* lagu dinyanyikan
tanpa iringan muzik tetapi mengikut melodi Pak Mamat Ada Kebun*
guru boleh menepuk tangan selain membuat gaya semasa menyanyi
mengikut lirik lagu
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan
Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk
menghasilkan karya teknik gosokan* pensel warna, lembaran kerja
gambar rumah, pelbagai jenis permukaan berjalin * Guru menunjukkan
pelbagai jenis permukaan berjalin menggunakan bahan sebenar(sikat,
,klip kertas, daun, dinding, duit syiling) Guru memaparkan proses
tunjuk cara menggunakan carta alir* carta alir dilekatkan pada
papan putih Guru membuat tunjuk cara gosokan untuk mendapatkan
kesan pelbagai jalinan pada gambar rumah yang telah disediakan
dengan menggunakan pensel warna di hadapan kelas Tunjuk cara yang
lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang
faham Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil lembaran
kerja, alat dan bahan untuk diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan
murid yang tidak membawa alat dan bahan agar membersihkan kelas
setelah selesai proses pembelajaran
Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Murid memilih permukaan yang
sesuai untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan sama ada
menggunakan objek yang dibawa dari rumah atau objek yang terdapat
di persekitaran bilik darjah* sikat, duit syiling, dinding, Kaedah
: projek Teknik : memberi arahan
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan
Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Murid dibenarkan mencari
objek di luar bilik darjah dengan pantauan guru* daun, kulit kayu
Murid perlu berkongsi alat dan bahan bersama rakanLangkah 2 Murid
membuat gosokan pada gambar rumah bagi mendapatkan pelbagai kesan
jalinan yang menimbulkan bentuk Guru membimbing murid yang lemah
serta memberi galakan semangat kepada mereka
Penutup(5 min)Apresiasi Seni Visual Murid menyanyi bersama guru
lagu Saya Ada Rumah Besar sambil berdiri dan membuat gaya Dua orang
murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan kelas Murid
diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan
yang dipamerkan dengan bimbingan guru* jenis jalinan* pemilihan
warna Karya murid ditampal pada sudut Pendidikan Seni di dalam
kelas Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal jawab
3.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun
3
Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninMasa : 7.45 pagi 8.45
pagi (60 minit)Bidang : Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti:
BonekaTema : Alam Semula Jadi Tajuk : IkanTunjang Utama : Fizikal
dan EstetikaMedia : Alat : gunting, berus, palet Bahan : pinggan
polisterin, gam, warna air, lidiBahan Bantu Mengajar: Kad imbas
boneka pelbagai jenis, carta alir, lirik lagu Ikan Kekek, boneka
siapEMK: Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 9. Persepsi dan
pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan
yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam
penghasilan boneka10. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan
boneka11. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan
teknologi dalam penghasilan boneka12. Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya
STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal,
menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada
boneka3.1.1Unsur seni3.1.1.1Bentuk konkrit3.1.1.2Jalinan
sentuh3.1.1.3Warna primer dan sekunder3.1.2Prinsip
rekaan3.1.2.1Imbangan simetri
3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan
karya3.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1Alat
gunting, berus3.2.1.2Bahan pinggan polisterin, gam, palet, warna
air, lidi3.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya
3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya3.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara
kreatif3.3.2Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan
dan imbangan dalam penghasilan karya3.3.3Mengaplikasikan proses dan
teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual3.4.1Mempamerkan
karya yang dihasilkan3.4.2Menghargai dan menceritakan karya sendiri
dan rakan
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru menunjukkan beberapa
contoh boneka menggunakan kad imbas Murid memberi respon terhadap
soalan guru :* apakah bentuk boneka yang ditunjukkan?* nyatakan
jenis jalinan boneka* warna apakah yang terdapat pada boneka?*
apakah jenis imbangan boneka ini? Guru mengaitkan kad imbas boneka
dengan tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah
membuat boneka lidi ikan Guru menyatakan definisi boneka dan
menunjukkan boneka ikan yang telah siap
Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk
menghasilkan boneka lidi* pinggan polisterin, gam, lidi, gunting,
warna air, berus, palet Guru memaparkan proses tunjuk cara membuat
boneka lidi menggunakan carta alir Guru membuat tunjuk cara membuat
boneka lidi ikan di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas
dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham Guru
meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil alat dan bahan untuk
diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa
alat dan bahan agar membersihkan kelas setelah selesai proses
pembelajaran
* carta alir dilekatkan pada papan putih
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Ekspresi Kreatif (40 min) Murid menghasilkan boneka berpandukan
langkah-langkah yang telah dinyatakan dengan bimbingan guru Langkah
1 Bancuh cat air dalam palet Buat bancuhan warna primer dan
sekunder Sediakan sekeping pinggan polisterin dan guntingLangkah 2
Gunting pinggan polisterin secara segi tiga untuk membentuk mulut
ikan Lekatkan hasil guntingan tersebut pada hujung badan boneka
untuk dijadikan ekor ikanLangkah 3 Lekatkan lidi pada belakang
boneka sebagai pemegangLangkah 4 Lukis dan hias boneka menyerupai
ikan menggunakan cat air Pendekatan : Chapman Kaedah : berkumpulan
Teknik : memberi arahan
Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Ikan Kekek
sambil menggerakkan boneka masing-masingIkan KekekIkan kekek mak
ilui-ilui,Ikan gelama mak ilai-ilai,Nanti adik mak ilui-ilui,Pulang
sama mak ilai-ilai, Lirik lagu dilekatkan pada papan putih
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Penutup(5 min)Apresiasi Seni
Tenang-tenang air di lautSampan golek mudik ke tanjungHati
terkenang mulut tersebutBudi yang baik rasa dijunjung
*Ulang rangkap 1
Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan boneka lidi di hadapan
kelas Murid menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan
rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru* kepelbagaian warna dan
jalinan Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal jawab
4.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun
4
Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninMasa : 7.45 pagi 8.45
pagi (60 minit)Bidang : Mengenal Kraf TradisionalAktiviti:
TembikarTema : Alam Semula JadiTajuk : CawanTunjang Utama : Fizikal
dan EstetikaMedia : Alat : berus Bahan : doh, warna airBahan Bantu
Mengajar: kad imbas pelbagai jenis tembikar, lagu Tembikar, carta
alirEMK: Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan :
13. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk,
jalinan, warna, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi
atau objek buatan manusia dalam penghasilan tembikar teknik
picitan14. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penggunaan media dan teknik dalam menghasilkan tembikar
teknik picitan15. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan tembikar teknik picitan16.
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya
STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal,
memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
tembikar4.1.1Unsur seni4.1.1.1Bentuk konkrit4.1.1.2Jalinan sentuh
dan tampak4.1.2Prinsip rekaan4.1.2.1Imbangan simetri atau tidak
simetri
4.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa
seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
tembikar4.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media4.2.1.1Alat
berus4.2.1.2Bahan doh, warna air4.2.2Mengetahui penggunaan bahan
serta proses dan teknik dalam penghasilan karya4.2.2.1Teknik
picitan
4.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan tembikar secara kreatif4.3.1Memilih dan memanipulasi
bahan secara kreatif4.3.2Menggunakan bahasa seni visual dalam
penghasilan karya4.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan tembikar
3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual4.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan4.4.2Memperkenalkan
tokoh-tokoh seni tembikar tempatan4.4.3Menghargai dan menceritakan
karya sendiri dan rakan secara lisan
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru memperdengarkan lagu
TembikarTembikarTepung gandum 2xJadi tembikar 2xJom buat tempayan
2xBersama 2x Murid berdiri dan menyanyi bersama guru lagu Tembikar
sambil membuat gaya Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran*
karya yang akan dihasilkan adalah tembikar tempayan menggunakan
teknik picitan Guru menerangkan definisi tembikar teknik picitan
Guru memaparkan pelbagai contoh tembikar menggunakan kad imbas Guru
bertanya asas seni reka yang terdapat di dalam kad imbas. Antaranya
:* bentuk dan imbangan tembikar* jenis jalinan Lirik lagu Tembikar
dilekatkan pada papan putih Lagu dinyanyikan tanpa iringan muzik
tapi mengikut melodi The Family Finger
Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk
menghasilkan tembikar tempayan teknik picitan* doh, berus, warna
air Guru memaparkan proses tunjuk cara menggunakan carta alir Guru
membuat tunjuk cara membuat tembikar teknik picitan di hadapan
kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil
bagi murid yang kurang faham
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Aplikasi Seni (10 min) Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan
mengambil alat dan bahan untuk diedarkan kepada rakan Guru
mengarahkan murid yang tidak membawa alat dan bahan agar
membersihkan kelas setelah selesai proses pembelajaran
Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Sediakan doh yang mencukupi
untuk semua murid Murid menguli doh untuk menyebatikannyaLangkah 2
Bentukkan doh menjadi bentuk tempayan dengan cara memicit
menggunakan jari Guru membimbing murid yang lemah serta memberi
galakan semangat kepada merekaLangkah 3 Hias tempayan menggunakan
berus dan warna air mengikut kreativiti masing-masing Pendekatan :
Chapman Kaedah : memberi arahan, berkumpulan Teknik : tunjuk
cara
Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Tembikar
berselang seli mengikut jantina sambil membuat gayaP : tepung
gandum 2xL : jadi tembikar 2xP : jom buat tempayan 2xL : bersama 2x
Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan
kelasKaedah : mendengar arahanTeknik : nyanyian
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti
Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid diminta menyatakan bahasa
seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan
bimbingan guru* imbangan dan pemilihan warna Murid mempamerkan
tempayan masing-masing pada rak sudut hasil kerja murid Kaedah :
sumbang saran Teknik : soal jawab
16