MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUALTAHUN 2
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual (KSSR)Tahun : 2 IkhlasTarikh:
26 Februari 2015Bilangan Murid: 30 OrangBidang : Membuat Corak dan
RekaanAktiviti : CetakanTema : Alam BendaTajuk: Corak Beg
KertasMasa : 60 minitMedia : Alat: Selipar, tali parcel, berus
lukisan, palet, pisau, gunting, pensel Bahan: gam UHU, kertas
lukisan, dan warna posterBahan Bantu Mengajar: Contoh-contoh karya
teknik cetakan, slaid PowerPoint dan klip video proses mencetak
corak baju.EMT: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual
seperti rupa, warna, dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan
Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan corak
menggunakan teknik cetakan.2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik
dalam membuat corak.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber,
kajian, dan teknologi dalam membuat corak.4. Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1Persepsi Estetik Murid dapat menyatakan unsur rupa, warna
serta imbangan pada corak rekaan.2.1.1Unsur seni2.1.1.1Rupa organik
dan geometri2.1.1.2Warna primer (kuning, biru dan merah)
2.1.2Prinsip rekaan2.1.2.1Harmoni pengulangan motif
2.2Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak
teknik cetakan.2.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media2.2.1.1Alatan selipar, tali parcel, berus lukisan, palet, dan
surat khabar2.2.1.2Bahan gam UHU, kertas lukisan, dan cat poster
atau tempera
2.2.2Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya2.2.2.1Teknik cetakan
2.3Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan
teknik dalam penghasilan corak cetakan.2.3.1Memilih dan
mempelbagaikan bahan secara kreatif2.3.2Mengaplikasikan proses dan
teknik cetakan dalam penghasilan corak2.3.3Menggunakan bahasa seni
visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya
2.4Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual. 2.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan2.4.2Menyatakan karya
sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi estetik Guru menunjukkan video klip penghasilan corak
pada baju T-shirt. Guru bersoal jawab berkenaan video klip
tersebut. Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan. Guru
berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa,
bentuk dan warna
Aplikasi seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang
sesuai untuk membuat corak teknik cetakan. Guru menunjukkan bahan
dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti membuat corak teknik
cetakan. Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik
cetakan.
Ekspresi kreatif
Langkah 1 Murid memotong bahagian selipar dengan ukuran segi
empat.
Murid melukis motif pada selipar.
Lekatkan tali parcel pada motif yang dilukis menggunakan gam UHU
dan biarkan selama lima minit untuk kering.
Langkah 2 Murid melekat tali parcel mengikut motif dengan
teliti.
Murid mewarna permukaan blok cetakan dan mencetak pada permukaan
kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti murid.
Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna yang
berbeza.
Murid menilai hasil karyarakan dari segi kekemasan dan unsur
seni. Murid membuat apresiasi dengan bimbingan. Murid menghargai
karya sendiri dan rakan.
Apresiasi seni visual
Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri
serta rakan. Murid menyatakan hasil corak cetakan yang boleh
dijadikan beg kertas dan hiasan pada rekaan lain seperti pembalut
kertas, bingkai gambar dan kad ucapan.
Rujuk Video Klip Proses Mencetak Corak Pada Baju.
REFLEKSIMenurut Dewey (1933) kemahiran membuat refleksi adalah
proses berfikir secara aktif, berterusan dan teliti yang bertujuan
menyelesaikan isu ataupun masalah dengan mengambil kira
kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Dalam erti
kata lain, membuat refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri
dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahan yang dirasakan perlu.
Mengukit Jay dan Johnson (2002), proses membuat refleksi boleh
berlaku secara sendirian atau kolaboratif.Secara keseluruhannya,
Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Mereka
sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat capan. Semua murid
telah berjaya menyiapkan hasil corak dan rekaan mereka dengan
kemas. Standard pembelajaran tercapai. Sesi pengajaran saya pada
hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat
menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik membuat corak dan
rekaan.
Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh
murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan
aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang
dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Kelebihan dan kekuatan
yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan tugasan untuk pengajaran
mikro. Pengajaran ialah penggunaan video klip juga menarik minat
murid. Mereka begitu teruja apabila melihat video klip yang
ditayangkan pada hadapan kelas. Murid juga faham kehendak guru
dengan jelas dan dapat mengaitkan set induksi dengan isi
pelajaran.Selain kelantangan suara juga banyak membantu dalam
pengajaran ini. Suara yang lantang akan dapat memudahkan murid
mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga
menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian
akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga
akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Kejelasan
memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan
dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan
susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham,
seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan
kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi
pelajaran.Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh
rekaan sebagai panduan murid. Murid-murid sangat teruja dan seronok
untuk membuat aktiviti ini. Murid-murid telah menghasilkan pelbagai
corak yang menarik dan kreatif. Murid telah bekerjasama dengan guru
dengan mendengar penerangan guru dengan teliti. Ini menyebabkan
P&P berjalan dengan lancar.Terdapat 7 orang murid yang berjaya
menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik membuat
corak dan rekaan .
Kelemahan Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas
dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam
masa yang pantas. Tetapi perkara ersebut dapat diatasi dengan
mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan
diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Pengurusan masa
kurang baik. Saya telah menghabiskan terlalu banyak masa membuat
penerangan serta tunjuk ajar sedangkan kemahiran hari ini mudah
sahaja. Saya terlalu asyik sehingga tidak memberi peluang kepada
murid untuk menyoal saya atau meluahkan perasaan mereka di awalan
P&P. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam
pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas
sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru
seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui
cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan
lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih
dekat
Pemanbahbaikan:Untuk mengatasi masalah ini dari berulang, saya
akan memastikan saya sentiasa peka kehendak murid dan tidak telalu
asyik di masa hadapan. Untuk pengajaran yang lebih baik pada masa
akan datang setiap kelemahan dan kekurangan haruslah di atasi.Ini
bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan
datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan
pengajaran mikro ini saya harus lebih peka dengan masa. Masa
memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pengajaran. Pengajaran
yang baik adalah menepati masa seperti yang dirancang di dalam
Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan terlebih awal.
Ketepatan masa harus diambil kira dari awal hinggalah tamat sesi
pengajaran. Selain itu guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke
setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang
dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada
mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid
terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan
oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan
interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Guru seharusnya bijak untuk mengawal kelas dan tidak membiarkan
murid hilang tumpuan di dalam kelas. Di samping itu juga, kaedah
tayangan video klip tidak begitu sesuai untuk pengajaran yang
singkat. Seharusnya guru menggukan kaedah yang lain selain tayangan
video klip itu contohnya menunjukkan gambar yang sedia ada atau pun
menggunakan bahan maujud. Set induksi seharusnya tidak memakan masa
yang panjang kerana ia boleh mengganggu masa guru untuk langkah
yang seterusnya.