PROFESIONALISME PERGURUAN PENGENALAN Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROFESIONALISME PERGURUAN
PENGENALAN
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia
yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang
Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia
dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang
dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke
arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan
tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa
segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat,
sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh
terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu
pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran
secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar
dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang
gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara
tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber
dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran
yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan
menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU
Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah
diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-
muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan
agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah
laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek,
akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan
memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri
murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan
diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-
murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-
ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara
yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Seorang Guru
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang
lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah
mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik
kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru
membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara
dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWATAN DAN PROFESION
PERGURUAN
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa
berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya
mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati
orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan
agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang
sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.
4.0 Pengetua yang cemerlang
Pengetua yang cemerlang dijelmakan sebagai … a decisive, hard-working individual one, who
kept close contact with people and who acted as an informer center. Hemphill et a. (1962).
Effective principals recognize the unique styles and needs of teacher and help them to achieve
their own performance goals. Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang pengetua
di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang yang sentiasa:berfikiran terbuka
(open-minded) dan berpandangan jauh (far-sighted).menjalinkan hubungan yang mesra dengan
pegawai-pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya. (The greatness of a big man
lies in the way he treats little men).mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan
sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa.tidak menggunakan semata-mata pangkat dan
kuasa untuk bertindak.bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan cadangan
pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan.sedia menerima hakikat bahawa ada
orang lain yang mungkin lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu
bidang atau perkara.tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur sacara membina,
sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat kesalahannya.mengeksploitkan
kekuatan-kekuatan setiap pegawainya, bukannya kelemahan-kelemahan mereka.mempunyai
pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian khas kepada idea-idea yang baru.bersikap
positif, sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.berani dan sedia
mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak
atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.Wan Mohd Zahid (1990). Kunci
kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada kemampuan tenaga kerja dalam
menggerakkan pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kemampuan kepimpinan pengurusan
untuk mengerakkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih kepada tahap yang
maksimum. Semua ini memerlukan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pengetua di sekolah
untuk menentukan pengeluaran tenaga manusia terlatih yang secukupnya. Datuk Wira Abdul
Rahman Arshad (1990) menyatakan, sistem pendidikan di Malaysia luas. Penyertaan untuk
menjayakannya harus dibuat oleh semua pihak. Pengurusan pendidikan itu harus mengalakkan
gabungan segala pandangan dari semua lapisan masyarakat. Asas kejayaan ketua itu ialah
kebolehan pemikirannya sebab dia mengetuai orang lain bukan dengan kerja bahkan dengan
otaknya. Oleh kerana ini berupa satu sistem yang berterusan. Oleh itu harus jangan diadakan
suatu ketuanan dalam masyarakat, harus diadakan kekeluargaan dalam pendidikan.
5.0 Kekuatan Pengetua dalam Pengurusan dan Kepimpinannya
Beberapa petunjuk yang boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan terdapatnya kekuatan-
kekuatan dikalangan pengetua dalam mengurus dan memimpin sesebuah sekolah ialah
penghasilan pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Manakala kewujudan sekolah
dengan pelbagai gelaran dan sebagainya membuktikan keupayaan dan kebolehan seseorang
pengetua itu dalam memimpin sesebuah sekolah.Pengiktirafan dan penganugerahan yang
diberikan kepada sebilangan pengetua oleh Kementerian Pendidikan menguatkan lagi kenyataan
tadi. Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta
mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada yang cukup berpengalaman dalam
menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah menjadikannya kekuatan untuk mencapai
kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan kualiti
pengurusan dan kepimpinan yang baik. Perkara ini jelas sekiranya terdapat rungutan masyarakat
melalui akhbar-akhbar tempatan. Seorang bekas pengetua disebuah sekolah berkata: "segala
kejayaan adalah kejayaan anak buah dan segala kesilapan adalah kesilapan saya"Dalam keadaan
sekarang pengetua sekolah tidak boleh disalahkan jikalau prestasinya sebagai pentadbir sekolah
tidak mencapai taraf yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi apakah ‘taraf yang
diharapkan? Kementerian Pendidikan perlulah menetapkan kriteria-kriteria untuk memilih dan
menilai pengetua-pengetua sekolah jikalau harapannya ialah mendapat kecekapan dan
keberkesanan dalam pentadbiran sekolah.Hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan
kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu :Stail kepimpinan