PENGENALAN KONSEP SDP Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan
yang penting ke arah perkembangan kanak- kanak melalui peningkatan
daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati
diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan
insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Terdapat
beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan
memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan
pandangan daripada tokoh-tokoh:(a) Teori
konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh
pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara
aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan
dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran
dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek
atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai
wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif. bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan
yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan
pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya kebanyakan sekolah
hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik logik
sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori
Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang
digabungseperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan.
Pengabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda
kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana kecerdasan minda
murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan
baik dan berkesan.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
mengesyorkan
(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan
digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat
bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang
berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. KONSEP DAN
LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN (d) Hermann (1991) di dalam
Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu. (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang
sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan
untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan
perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan
yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan
intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik,
emosional dan fi zikal dan intelektual. (f) Leonardo da Vinci
merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau
adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya. Menyedari dan menghargai
suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan
hidup. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
Mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain
melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan
hasrat kurikulum kebangsaan. Membina dan mengamal nilai-nilai murni
melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Seni Dalam
Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil
peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan
murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain
itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea,
pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi
inspirasi. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini
mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagaisubjek teori
pembelajaran. Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang
membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Einstein juga
sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri. Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff,
Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan
teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun
setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza
tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada
penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini
menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran
berfi kir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.
Seni Pergerakan Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan
mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui
proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakanpergerakan kreatif
sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan
pertimbanganpertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin
lakukan. Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif
seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai
masalahnya. Seni Visual Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak
menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman
yang disediakan. Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan
keupayaannya untuk membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila
kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan dan otak
kirinya difungsikan. Eisner (1980) juga mendapati bahawa
kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya
dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang
sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat
pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina
konsep. Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat
meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya
perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Brown (1980)
mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka
dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang
perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling
mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang
kritis. Teori Pembelajaran Teori penting yang perlu diketahui dalam
Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut: (a) Teori
Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
menciptapenyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea,
buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses
inkuiri akan terhasil.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid
bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai
satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 3.
Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan
menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada
murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar 6. Menggalakkan
soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai
panduan merancang pengguna 7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap
yang dibawa oleh murid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang
bagaimana murid belajar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri
murid melalui kajian dan eksperimen sedia ada Menyusun atur
maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan
bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan
persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep
pembelajaran kanak-kanak melalui: (b) Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983). Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and
understandingn life beliau membuat kajian terhadap pelbagai
masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istemewa, juga kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah
menjadi penjana kecerdasan serta defi nisi konsep yang relevan
dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai: Kebolehan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan Kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan: Verbal
linguistik Logik Matematik Visual ruang Kinestetik Muzik
Interpersonal Intrapersonal Naturalis
KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Seni merupakan asas
perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka
tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini
membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang
kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap
persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan
pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan
kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut
digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu
kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang
perbezaan. Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas
kepada kanakkanak. Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran
Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fi
siologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada
kanak-kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum
menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan
kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada takad mana
keperluankeperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai
objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fi
siologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik
darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan
kasih sayang Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar
serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai Merancang aktiviti
pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi
diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri
dan melibatkan diri secara aktif. Selain daripada itu kanak-kanak
juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranya ialah; Jasmani
dan fi zikal yang sihat Tubuh badan yang sihat akan membuatkan
pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan
pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fi
zikal pelajar yang sihat. Emosi yang stabil Emosi pelajar perlulah
stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah
menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama
mereka. Kerohanian yang membanggakan Tahap kerohanian yang dimiliki
adalah tinggi Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai
tahap intelek yang tinggi dan dapat berfi kir dengan tepat sebelum
membuat sesuatu tindakan. Perhubungan sosial yang menggalakkan
Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang
harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada
perbalahan
Kefahaman tentang nilai-nilai estetik Setiap kanak-kanak perlu
mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang
terdapat didalam pendidikan seni visual. PERKEMBANGAN DAN
PERTUMBUHAN KANAK-KANAK Perkembangan ialah satu proses di mana
individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti
iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti
tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat
yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.
Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku
daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat
organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi
perkembangan juga berlaku berterusan. Manakala pertumbuhan adalah
suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap
yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat dibuat
di bauat ke atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah
seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur.
Pertumbuhan juga boleh didefi nasikan sebagai perubahan di dalam
struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses
kematangan. Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan dan
pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan
adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat
lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku
dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari
tengah ke tepi (proximodistal). Susunan perkembangan adalah serupa
bagi semua ahli dalam satusatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara
berperingkat. Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh
kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti tidak dapat
diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga
akhir hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan
saling berkait antara pertumbuhan fi zikal dan pembelajaran.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. 2.2.2
Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi Aktiviti seni dapat
direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja
dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka
secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak
terkongkong. Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati
keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat
sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh,
menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi,
menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka
bermain. Seperti telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu
aktiviti yang penting bagi
kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung
dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan
sosialnya. Untuk itu aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika
bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan
diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya. 2.2.3
Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Victor Lowenfeld dan
Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,
kandungan subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut
peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak
kanakkanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya
perkembangan menyeluruh kanakkanak. Beliau juga menyarankan bahawa
pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang
sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah
menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan
yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila
pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi, kognisi dan pembelajaran
akan berlaku secara semula jadi. Aktiviti seni yang memuaskan
keperluan asas kanak-kanak dari segi fi zikal, mental, sosial,
emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam
perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian,
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan
sihatnya dan secara tidak sedar. 2.2.4 Kreativiti Pengalaman dalam
melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanakkanak
meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat
membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam
kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta
sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta
sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam
pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti
kanak-kanak. Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman
kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak
melalui interaksi dan tindakan yang diambil Kebolehan kanak-kanak
meluahkan perasaannya secara lahiriah. Matlamat guru-guru sekolah
rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan
arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama. Melalui
aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat
dipertingkatkan.Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan
tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan
bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,
kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran
terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina
konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri
mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanakkanak akan
bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan
alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Pemahaman Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep
pemahaman dalam dirinya. Untuk itu kekerapan mengadakan
aktiviti-aktiviti di sekolah dandi rumah akan dapat memperkukuhkan
lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk pemahaman boleh
dilakukan dalam pelbagai aktiviti, seperti; Aktiviti Pergerakan
Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanakkanak akan mendapat lebih
kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang,
masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran. Aktiviti Bermain
Semasa bermain kanak-kanak akan memperkembangkan konsep pembentukan
kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi.
Sosialisasi, kebudayaan, fi zikal, rohani dan nilai-nilai murni.
Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan
diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang
tepat, menjadi lebih kreatif apabila dan menjadi seorang yang
bertangungjawab. Aktiviti Lakunan Semasa berlakun kanak-kanak akan
dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Di mana
ketika berlakon ia akan cuba memahami sesuatu watak secara tidak
langsung ini akan dapat menjadikannya sebagai seorang yang kreatif,
inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan
tinggi. Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas pemahaman
tentang sesuatu konsep atau perkara dapat dipertingkatkan. 2.2.6
Kesedaran Kendiri Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah
laku manusia ke arah penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan atau
penolakkan dan penghargaan kendiri Seseorang dapat mempertingkatkan
kesedaran kendiri dengan menggunakan cara berkongsi kasih sayang
dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan yang dirasai ialah
bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang
berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan
menghargai diri. Sebaliknya jika seseorang individu merasa kurang
mendapat penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya maka
dia akan mengalami perasaan penolakkan kendiri. Manakala
penghargaan kendiri adalah timbul daripada penilaian terhadap
kebolehan dalam kebaikan diri sendiri. Dengan itu seseorang itu
akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran kendiri melalui pengaruh
konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya
seseorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah
mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehah
dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Di samping itu guru
memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran
kendiri yang positif. Antaranya ialah: Memberi dorongan, bantuan,
dan sokongan kepada usaha pembelajaran Memberi bimbingan yang wajar
dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran
Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka
sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan
perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. Menerima
pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya Menggalakkan interaksi
positif dikalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepadanya
memainkan peranan yang penting Memupuk nilai-nilai yang baik
daripada rakan sebaya dan guru
PENGENALAN Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan
deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk
mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat
disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat
kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting.
Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan
hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual. 3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN
DERIA Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari
peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor
perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran
yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan
deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri
setiap individu. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2.
Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 3.
Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
pembelajaran; 4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh
pelajar melalui deria; dan 5. Memahami tentang penggabungjalinan
aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. SENTUHAN
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan
aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh
kanak-kanak. Sebelum kanak- kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui
sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh
dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk
melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik
pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza.
Apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana
pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau
mengubah suaikan satusatu perkara baru. Manakala di dalam
pergerakan pulamereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama
ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Perkembangan deria
sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui
sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui
sentuhan juga kanak- kanak akan berasa selamat. Berdasarkan
aktiviti di bawah. Cuba anda buatkan aktiviti tersebut berdasarkan
deria sentuh melalui ekspresi melalui seni dengan masa yang
berbeza. 3.1.2 Dengar Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk
aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada
persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktiviti ekspresi
melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah
berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan.
Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta
bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam
bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat
interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. 3.1.3 Lihat
Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan
pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata
itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk,
ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya melihat dengan
melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan kepada
pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang
warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya
tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni
visual. Dengan melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi
kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih
tepat. 3.1.4 Rasa Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar.
Dengan menggunakan deria ini pelajar akan dapat membuat sesuatu
persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat
interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima
oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting
individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt
merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung
mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian
yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah
mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual pelajar akan
dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah
diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila
mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini
adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik
tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat
rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan
melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran
jenis ini. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif
terhadap aktiviti pembelajaran Dalam proses pembelajaran,
pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus
digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. 3.1.5 Hidu Hidu
lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak
berlaku secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi
untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya ini boleh dilakukan
dengan caracara berikut: Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini
penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran
optima mengenai konsep yang diajar oleh guru Pendekatan Pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan
olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah;
Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri
mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan
berfi kir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang
sebenar.
Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep
secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. Pendekatan
Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam
sesuatu konsep dengan dikiuti dengan contoh-contoh spesifi k yang
mengukuhkan konsep tersebut. 3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA Hasil
dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi
dalam bentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai
pengamatan. Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi mata,
telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada
rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya. 3.2.1 Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria pelajar. Jika pelajar yang ada dipersekitaran
yang banyak mendapat dorongan dan galakkan maka ia akan menjadi
seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak ia akan
berlaku sebaliknya. Untuk itu menjadi tanggungjawab guru untuk
menyediakan sebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya
dapat membantu persekitaran yang menarik ketika berada dialam
persekolahan pelajar Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek
utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan
peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah
sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan
kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja
pelajar guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam
bilik seni. Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang
kondusif adalah tanggungjawab guru untuk meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran
dan pembelajaran juga perlu dititik beratkan. Selain daripada itu
guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan
pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan
tampak kanak-kanak. Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan
Seni visual haruslah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan
tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah: (a) Aspek Fizikal
Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya
semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya
dapat menerangi ruang bilik darjah. Peredaran Udara Bilik darjah
harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat menimbulkan
suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. Stor
Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta
hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari. Panel dan
Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang
pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. Perabot Kerusi
dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai
dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi
saiz dan jumlah murid Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik
diubahsuai agar dipasang ditempat yang sesuai dengan kebanyakan
aktiviti pendidikan seni visual (b) Aspek Emosi Hiasan Dalaman
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik
darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta
menggalakkan lagi interaksi pelajar Ruang Jumlah perabot dan
peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat
menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan
kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. Peragaan
Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk
memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina
keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. (c)
Aspek Sosial Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas
dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat
menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru.
Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah
supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut
jenisnya seperti: Unsur Seni; Menggambar/Melukis Warna Lukisan Alam
Semula Jadi. Seni huruf dan sebagainya. Di dalam pengurusan bilik
seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya:
Keselamatan. Kebersihan Susunan perabot Pameran hasilkerja
Kelengkapan bilik seni Pengagihan tugas Pengumpulan alat/bahan
Jadual waktu penggunaan bilik seni Pengurusan bilik seni haruslah
melibatkan pelajar dengan tujuan untuk
memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin Pelan Bilik
Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi)
yang disertakan merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik
seni yang sesuai. Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Jangkaan (rajah) Hubungan
latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas
Pengalaman Susunan objek 3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika Proses
estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat
iaitu: (a) merupakan proses individu melalui penajaman daya
intuisi, (b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan
reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia
juga merupakan proses intepretasi maklumat yang diterima oleh
organ-organ deria manusia. Contohnya apabila anda terhidu minyak
wangi otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya kepada
seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia
(mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat
daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua
utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui system saraf.
Seperti contoh rajah dibawah iaitu apabila seorang individu
mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi ini
diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Jangkaan Hubungan latar
depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman
dan Susunan objek (c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau
kemampuan menggambarkan sesuatu didalam angan-angan atau mencipta
sesuatu secara khayalan atau bayangan. (d) Konsepsi pelajar Proses
konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan
maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai
perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu
idea yang spesifi k tentang peristiwa atau fenomena, sama ada
maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya
konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai
ciriciri berikut; berkulit keras hidup di air atau didarat
menetas telur Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,
membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf
tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif
yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek
gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan
dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam
kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan
didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang
tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu
yang diperolehi bersama.
PENGENALAN SENI VISUAL Pendidikan Seni visual di sekolah rendah
menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni
teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi .
Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses
ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang
disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi
empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,
membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih
untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada
dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas,
pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah
dalam konteks seni warisan bangsa. 4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni
Visual Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
terdiri daripada: Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak
Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional (i) Melukis dan
Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap
aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik
dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada
kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kandungan subjek atau
hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk
merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanakkanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang
atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar
dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan
fi siologi dan psikologi pelajar. (ii) Membuat Rekaan dan Corak
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak
ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara
terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: Alam
semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan
buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting Geometri
seperti bulat, segi tiga dan segi empat Rupa barangan kraf
tradisional seperti wau, gasing dan keris. Jenis Susunan Corak
Terdiri Daripada: Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun
separa Sisik ikan Selang seli Tampak dam dan tampak catur Siku
keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng
Berombak Jidar Berjalur Cerminan Teknik Corak Dibuat secara
terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian
motif dan tujuan corak ini dihasilkan. (iii) Membentuk dan Membuat
Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu
model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi
secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses
penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di
sekolah rendah merangkumi; Arca timbul Arca assemblaj Arca
mobail
Arca stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami Tema dan Subjek
1. Alam semulajadi 2. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si
pelukis 3. Aliran dan tema sejagat 4. Keperluan dan pengalaman
harian (iv) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefi nisikan
sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan seni yang melibatkan
kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif
masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Jenis-jenis Kraf 1. Alat domestik 2. Alat permainan 3. Alat
mempertahankan diri 4. Batik 5. Seni tekat 6. Tembikar 7. Anyaman
8. Kelarai 9. Ukiran 4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan
pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan
itu reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada
bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya
yang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni melalui
pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan
perasaanyangakhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru
setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang
ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang
terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu
keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila
pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya
pelukis juga memikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan.
(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam
berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan
nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek
atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut
sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi
tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini,
namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan. (b) Ekspresi dalam
Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso,
Monet, Degas, Van Gough dan Goya sering mengekspresikan lukisannya
mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang
berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan
kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara
ditampilkan di kanvas dan arca- arca mereka. Kebolehan
mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai
estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. (c)
Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini
menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur
seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,
warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya
digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni,
pergerakan, kontra, kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan.
Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas,
menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan
ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk
menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang
kelihatan gah, berprestij dan agong. (d) Keaslian Dalam berkarya,
keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.
Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang
ditegah dan dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan
pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan
idea atau gagasan. 4.2 ASAS SENI REKA 4.2.1 Unsur Seni Unsur seni
terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. (a)
Garisan Garisan merupakan cantuman satu siri titik Garisan boleh
jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi,
beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Merupakan unsur yang
terpenting dalam kerja melukis dan menggambar Melalu garisan kita
boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan
membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik
seperti; 1. Teknik koyakan 2. Teknik tampalan 3. Teknik kolaj 4.
Teknik gosokan 5. Teknik cetakan 6. Teknik capan (b) Warna Warna
terdiri daripada; 1. Warna asas 2. Warna sekunder 3. Warna tertier
Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak
boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama
lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna
sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder
ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk
sekunder oren atau jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila
dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya warna
asas adalah ibu segala
warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan pelajar untuk
kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan. LATIHAN 4.1 (c)
Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan
objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud
secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud
secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan
Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah
gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar,
slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia
wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara
sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat
maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu,
cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi.
Jalinan boleh dihasilkan melalui, Teknik cetakan Teknik pualaman
Teknik kolaj Teknik campuran Teknik binaan Teknik cantuman (d) Rupa
Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan
garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu
objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa
organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran
yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar
objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa
geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat
segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa
contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan
berbantukan alat geometri. Jenis-jenis rupa; Rupa positif dan
negatif Rupa dan corak Rupa dan lambang Rupa dan muka taip (e)
Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap
jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika
dilukis atau digambarkan kerana ton, jalinan ruang diaplikasi
sekaligus. Bentuk terdiri dari dua jenis; (i) Bentuk ilusi (maya)
(ii) Bentuk konkrit Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan,
cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya
dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya
permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit
bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan
mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola,
durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.
(f) Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di
sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek
atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau
sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan
menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang
dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.
Prinsip-prinsip Rekaan Prinsip rekaan terdiri daripada; Harmoni
Penegasan Imbangan Kontra Pergerakan Kesatuan Kepelbagaian (a)
Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik,
nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep
keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal
balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang
saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.
(b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual
bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si
pemerhati. Cara ini bolehdilakukan dengan mewujudkan kelainan atau
keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsurunsur seni
seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan
unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. (c) Imbangan
Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika
ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek
berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni.
Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan,
rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan
simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang
kiri dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan
tidak simetri. (d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau
perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek
karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan
reaksi sipemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk,
garisan, warna dan corak. (e) Pergerakan Selain perhatian yang
dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh
menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu
kenderaan bermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila
ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti
bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang
dan warna.
(f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud
gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh
menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh
dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila
penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni
dan saksama ia akan menwujudkan kesatuan. (g) Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan
pesembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur
seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan
membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu
diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah
dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. Struktur
Rekaan Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian
ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan
untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifi kasi
karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran
asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan.
Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu
garisan grid dan garisan struktur. Garisan grid adalah
garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentuk
dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan struktur
pula ialah garisan yang terbentuk mengikur sifat objek yang
dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya
terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu.
Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya
dan berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerjakerja
menggambar diteruskan. Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah
Rendah Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan
pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman
Saleh (1976) menyarankan agar sebuah sekolah yang berkesan dapat
dicapai dengan menggunakan asas-asas dikdaktik dalam usaha
membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif,
penyajian ilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak
pasif. Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia boleh dilaksanakan dengan
beberapa cara. (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan
operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan
tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh
dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa
lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafi k
yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan
seni tersebut. (b) Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini
berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru Besar
sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan
Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-
guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar
Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks
mentarbiyah pelajar dengan seni lengkap, canggih dan sentiasa
mendapat perhatian pihak sekolah. (c) Menggunakan peralatan dan
bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin
melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan
menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik. hadiah atau
ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni
yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan,
sport check, kempen atau agenda tahunan sekolah. Seterusnya
perlaksanaan pendekatan dikdatik di sekolah akan dapat dilaksanakan
ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut: (a) Pelajaran seni
harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai hubungan dengan
kehidupan sehari-hari (b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan
jelas sehingga murid dapat mempelajari penyelesaian sendiri
masalah-masah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu struktur
pelajaran mesti dirancang dengan baik. (c) Antara guru dan murid
harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan
mendorong kegiatan belajar pelajar, dapat membangkitkan persaingan
dengan kerjasama murid. (d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya
kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah
dan dididik untuk berdikari. (e) Penyajian bahan harus diatur
berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas.
Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut
sekuen. (f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang
telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah
diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada
mengajar. Dr. Wan Zahid (1993) mencadangkan beberapa langkah untuk
mengatasi antaranya: (a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta
dan konsep yang menyeleweng (b) Orientasi (Orientation) Memasukkan
pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran
ini. (c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras displin-displin
ilmu yang mengganggu dan menggagalkan. (d) Kesepaduan (integration)
Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang
berteraskan tawhid. Namun begitu kejayaan ini menurut Peter
Mortimore (1995) boleh berlaku jika: (a) Peranan Guru Besar sebagai
pemimpin utama sekolah (b) Perkongsian wawasan dan tujuan (c)
Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat (d) Jangkaan kejayaan
yang tinggi (e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan
dalam amalan pembelajaran (f) Pemantauan kemajuan dan menilai
prestasi pelajar (g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang
dipelihara dan dihormati (h) hubungkait antara rumah dan sekolah
penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus (i)
Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menakluk
dan membina pengalaman. Akhirnya, hasil (out-come) sekolah dalam
penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya
ada kerjasama secara total.
AKTIVITI SENI VISUAL 4.3.1 Menggambar Kegiatan menggambar
melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian.
Berikut disenarikan jenis teknik dan bahan serta alat yang
terlibat. Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas,
kain, plywood Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil pastel,
krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, Berus,
pisau palet, easel, linseed, air, turpentine kadbod, papan 3. Kolaj
Kertas warna, gam, kapas, Gunting, pisau, mangkuk bahan- bahan
tampalan 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau,
pembaris khabar, gam 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine,
Penggelek, papan, Spatula, minyak tanah, minyak linseed, cermin,
kertas surat khabar papan 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air,
Berus, scrapper warna air 7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna,
Kain, papan pensel, oil pastels 8. Stensilan Profi lm, kertas,
dakwat cetak, Squeezy, penggelek dan kain dye 9. Percikan Warna,
air, kertas, Berus, strew, berus gigi 10. Gurisan Kayu, kertas,
lilin, dakwat Alat geometri, pembaris 11. Capan Warna, dakwat,
kertas, Papan, gunting, pisau bahan-bahan terbuang, gam 12. Mozek
Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau 4.3.2 Membuat Rekaan
dan Corak (a) Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1.
Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus 2. Tiupan
Kertas, kanvas, warna air, warna batik Strew, berus 3. Titisan
Warna air, lilin, api Pembaris keluli 4. Ikatan, tisu, warna batik,
getah gelang,kain Besen warna, berus 5. Renjisan dan percikan Warna
air, kertas, Kanvas Berus, bekas warna (b) Corak Terancang Jenis
Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,plywood Pensel,
pensel warna, pen teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus 2.
Catan Kertas, kanvas, kain, plywood, linseed, air, turpentine
Berus, pisau palet, easel, kadbod, papan 3. Kolaj Kertas warna,
gam, kapas, bahan-bahan tampalan Gunting, pisau, mangkuk 4. Montaj
Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Gunting, pisau, pembaris
5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak tanah, minyak
linseed, papan Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat
khabar 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus,
scrapper 7. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam
Papan, gunting, pisau 8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen
kaligrafi , buluh, resam
Membentuk dan Membuat Binaan Jenis Teknik Bahan Alat 1. Arca
timbul Kepingan kayu, plaster of Pahat, penukul, alat pengukir,
paris, batu, kayu, plastik, pengikis, kikir pari, kertas lumat,
papier mashe, kertas pasir tanah liat alat 2. Asemblaj Kayu, logam,
batu, simen, Alat patri, skru, paku, gergaji, bongkah kayu,
spare-part ragum, kenderaan, bahan kutipan, besi 3. Mobail Besi,
dawai, kertas, tali temali, Gunting besi, alat patri, plastik,
kepingan logam, zing, sepana, gerudi, pemutar skru kad bod 4.
Stabail Simen, kepingan logam, Alat patri, skru, paku, plastik,
spare-parts gergaji, ragum, gerudi, kenderaan, besi, logam, sepana
hidup, papan pemutar skru 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa,
Gunting besi, alat patri, plywood, zing, akar kayu, sepana, gerudi,
papan pemutar skru 6. Diorama Plywood, papan, zing, cermin Gunting
besi, alat patri, lutsinar, patung, karangan sepana, gerudi, laut
pemutar skru 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, Gunting,
pisau, playar, spray warna, gam dunlop pemutar skru /UHU 8. Topeng
Papier mashe, plastik, kertas Gunting, pisau, besen surat khabar,
habuk papan, gam, piring plastik, warna 9. Origami Kertas, tekstil,
benang Gunting, pisau Kraf Tradisional Jenis Teknik Bahan Alat 1.
Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, Pahat, penukul, alat
pengukir, besi, kayu, manik pengikis, kikir pari, kertas pasir,
gergaji kecil 2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam,
Gunting, pisau, gam, gergaji kertas warna, kayu kecil, pemutar
skru, skru 3. Alat pertahanan Kayu, timah, besi, plumbum, Gunting
besi, alat patri, diri loyang sepana, gerudi, pemutar skru 4. Alat
perhiasan Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji
kecil, diri butang,kayu pemutar skru, ragum 5. Batik Kain putih,
campuran lilin, Canting, pemidang kayu, pewarna, pemati warna, debu
berus, dapur atau plat soda, pelembut kain/fabrik pemanas, periuk,
besen besar 6. Tekat Benang emas, benag putih, Pemidang kayu
berkaki, kain dasar, baldu, kertas tebal, cuban gam, rotan saga 7.
Tembikar Tanah liat, kaolin Tanah liat, Pisau, span,penggelek,
papan kaolin golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu
ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus 8. Anyaman
Pandan, mengkuang, daun Parang, alat jangka, pelurut, nipah, buluh,
paku pakis, tempayan, besen, periuk, daun serdang, rotan, rumput
penyisip, pisau kecil rampai 9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan,
cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus,
syelek RUMUSAN
Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting
dipelajari oleh pelajar semasa berada di alam persekolahan. Ia
merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada
murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya mendalami
Sen Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang sedemikian pada
jangka panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya,
mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam topik ini
pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan
perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi
boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bilabila
masa sahaja. PENGENALAN ASAS MUZIK Biasanya apabila disebut muzik,
kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat
muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya; atau mendengar
lagu-lagu dari radio, televisyen kaset, cakera padat dan lain-lain.
Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu
pada hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya bekata Saya tidak
suka muzik. Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan
menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian,
kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan.
Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun boleh
menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.
Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat
penting. Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang
meluas dan sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan
persefahaman kemanusiaan. Definisi Muzik Hampir semua orang pernah
mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan
yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang defi nisi muzik mungkin tidak begitu mudah.
Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga
sains yang menggabungkan bunyibunyi vokal dan atau instrumental
termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yangdianggap memuaskan mengikut estetika, corak
pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu
budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid,
bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi- bunyi lain yang didengar
dipersekitaran boleh didefi nisikan sebagai muzik juga. Bahasa
Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud
kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya muzik ialah satu
perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman
puba Yunani diberi nama sebagai Muses yang bemaksud semua bentuk
seni halus ermasuk muzik. Tetapi pada hari ini perkataan muzik ini
digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Mengikut Principles of
the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan
pembelajaran muzik adalah seperti berikut: Mengajar bunyi-bunyian
dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum
catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari
notasi muzik. Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada
mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, seeta membezakan
bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan
menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada
bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar
atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan
yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang
aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan kendiri).
Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi,
bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus
dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan
unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan
setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi,
sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang
berikut. (pembelajaran mengikut urutan). Prinsip-psinsip dan segala
teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan Dengan
itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan
usaha sendiri. (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi
peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat
latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri
supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan
berkonsep). Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental
harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan. Kaedah-kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Contoh Peta Minda Kebanyakkan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah
diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff,
Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap
pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi
setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada bagaimana
konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan kepada pelajar-pelajar.
Diantara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh
dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential.
Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan
penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah
rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik
instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar
prasekolah. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti
eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu,
gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam
pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan
kebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa
tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktivitiaktiviti muzik
pada peringkat awal pelajar. Baginya aktiviti-aktiviti formal
seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek
sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri
tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau
sensitiviti terhadap aspek- aspek muzik seperti irama, rangkai
lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik dikalangan pelajar.
Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan
yang rapat dengan otak melalui satu sistem
urat saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan
penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bunkti
kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan
eurhytmics. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika
jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam
pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau
dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semula jadi
kanak- kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan
Orff. Ide-ide Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah
mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang
berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat
bahawa Irama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya
boleh bayak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan
lebih berkesan tentang konsep- konsep muzikal. Pelajar yang
mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang
mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan
muzik dengan cara penemuan sendiri. Pendekatan Orff boleh
dibahagikan kepada empat komponen utama: (i) Imitasi (Mengajuk
Balik) Berkait dengan perkembangan kemahirankemahiran asas dengan
menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan
yang dimaksudkan adalah melalui aktivitiaktiviti bertepuk tangan,
petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua
aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan
bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang
berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing,
loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah
rekoder. (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan
supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat
gerakan dengan usaha sendiri. (iii) Improvisasi Pelajar digalakkan
supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan
kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik
disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada
peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon.
Cuma memainkan not tonik do dan not yang kelima soh kesemua notnot
lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan
skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat
fah. Skel Pentatonik Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima
ton. (iv) Creation (Mencipta) Pada tahap ini pelajar akan melakukan
penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa diatas.
Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme
and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan
sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan
pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat
muzik Orff. (v) Literasi Pada tahap ini pelajar akan belajar
menulis dan membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis
corak irama dan skor muzik. Kodaly telah mengasaskan satu
pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia.
Beliau telah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan
sekolah dimana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga
enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat
sekolah menengah Program muzik ini diaturkan secara berperingkat
atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti
nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik.
Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca
dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti
nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan
isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian
lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).
Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki
menamakan kaedanya talent education atau pendekatan bakat. Seperti
pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas
iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki
termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa
pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanakkanak dan
pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal
rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal note.
Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara
bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki.
Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih
dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
muzik. Latihan solfa isyarat tangan: Curwin Hand Signs The Kodly
approach emphasizes the importance of learning how to sing on
pitch. In the 18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed
hand signs to go with the solfege syllables (do re mi, etc.). Kodly
integrated these hand signs into his teaching methods. Hand sings
are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The low
do begins at your midsection. Each pitch is then above the previous
one. Thus, you have the hand signs going up when the pitch goes up.
The upper do is at eye level. Do Sol Re La Mi Ti Fa Do Pendekatan
Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka
panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di
peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal
berbanding kepada pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly
yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon
mengutamakan prinsip sound before symbol di mana keutamaan
diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu
sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,
pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar
dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai audiation iaitu
satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya
mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi
yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu punca
bunyi dalam audiation adalah
dari akal fi kiran sendiri dan bukan dari persekitaran fi zikal.
Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara
perperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek
kognitif juga diberi keutamaan yang sama sengan aspek-aspek
pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh membezakan
irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat
muzik, membaca notasi atau menghayati muzik. 5.2 KONSEP MUZIK Muzik
ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan
konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi
Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi.
Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. LATIHAN
1.1 Unsur-unsur Muzik (a) Melodi Peta Minda Melodi Melodi
mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu Rasa
Sayang. Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. Jeda
ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda
tiga). Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan
mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major. Solfa ialah
nyanyian pic menggunakan sebutan not C. (b) Harmoni Harmoni:
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama
atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan
kod adalah untuk mengiringi melodi Triad: Gabungan tiga not maka
terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not
asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel. Arpeggio: Not-not
dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau
menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.
Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain,
ianya disebut sebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang
lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini dinamakan
sebagai kod primer. (c) Irama Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai
not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza. Detik
: Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung. Meter : Masa bagi
muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut 23426 44428
Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah
menentukan jenis detik. Corak : Gabungan nilai not yang berbeza
akan menghasilkan corak Irama irama yang berbeza. Rentak : Corak
irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau
permainan alat. Contoh rentak masri.
Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro
(cepat) moderato (moderate pace). (d) Ekspresi Peta Minda Ekspresi
Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah
dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal
boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. Dinamiks :
Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam
Muzik P (piano) lembut (soft) Fforte) Kuat (loud) Istilah : Tempo
berkaitan dengan kelajuan dalam muzik Alla marcia berentak mac
Andante sederhana cepat Allegro rancak dan cepat Coda ( ) bahagian
tambahan dalam sesuatu ciptaan Da capo (D.C) dari permulaan Dal
Segno (D.S) dari tanda segno Fine tamat Moderato sederhana Segno
tanda Tanda : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik
dengan Syarat maksud khusus. (e) Bentuk Karya muzik mempunyai
susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua
bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Contohnya: Penyusunan
idea muzik dalam bentuk berikut: Bentuk dua bahagian Bentuk tiga
bahagian Bentuk rondo Bentuk strofi k Bentuk tradisional (f) Warna
Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan
warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang
berbeza ialah: Suara lelaki dengan suara perempuan; Suara perempuan
dengan suara pelajar; Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
Tepukan tangan dengan petikan jari; Ketukan batu dengan ketukan
kayu; Kicauan burung dengan salakan anjing; Geseran gelas dengan
ketukan kayu; Paluan gong dengan gesekan biola; dan Petikan gitar
dengan tiupan trumpet Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan
bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton
dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam
sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna
ton bunyi ialah seperti lembut,
kasar, nyaring, garau, halius, gekap, terang, ringan dan berat.
Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis
iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan
dalam tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara
ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang
mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik
dan harmonis. Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan
orkestra terdapat alat tali, alat tiup brass, alat tiap kayu dan
perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri
yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya
dalam permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabungan
warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu an alat tiupan
buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini
boleh menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar. (g)
Jalinan Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan
bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan
boleh dibahagikan kepada; Monofoni Homofoni Polifoni Jalinan
Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada
iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja.
Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan
sebagainya. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi
dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. 5.2.1
Kemahiran Muzikal Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat
muzik secara solo dan ensemble dengan teknik yang betul melalui
aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar
mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik serta
mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan
kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Kemahiran
Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran
muzikal Permainan alat muzik. (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian (i)
Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen
berikut: postur pernafasan sebutan artikulasi ekspresi penghasilan
ton (register) memfrasa (ii) Membina kemahiran menyanyi Kemahiran
Individu
menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda,
arpeggio menaik dan menurun menyanyikan semula keratan lagu yang
didengarkan menyanyi serta merta mengikut skor muzik Kemahiran
Ensemble menyanyi dalam ensemble vokal secara unison menyanyi
secara ensemble vokal secra berharmoni dalam lapisan suara.
Sporano, alto dan tenor. Mendengar secara aktif dan selektif (b)
Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan Bergembira bergerak dengan
muzik Melibatkan diri secara aktif Mendengar secara aktif dan
selektif Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan Memahami
konsep muzik melalui pegerakan Mengenali aspek budaya yang
berkaitan dengan pergerakan dengan muzik Meneroka dan
menginterpretasi muzik melalui gerakan Memupuk nilai yakin diri,
disiplin diri dan daya estetika muzik. (c) Kemahiran Muzikal
Permainan Alat Muzik Bergembira bermain alat muzik Melibatkan diri
secara aktif Mendengar secara aktif dan selektif Bermain alat muzik
secara muzikal dan terkawal Memahami dan mengaplikasi konsep muzik
dalam permainan alat Mengenali alat muzik tradisional Membuat
improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti permainan
Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKA 5.3.1 Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek
postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran
suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan
semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai
murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan
dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk
melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah
air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang
nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan
adalah seperti berikut; (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang
digemari-lagu beraksi lagu berentak tradisional lagu pusingan dan
lagu suara berlapis TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 95 (ii)
Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan
menggunakan skor muzik
(b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai
meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan
berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan
kepada: pic, tempo,corak irama, melodi; dan ekspresi mengikut mud
dan dinamik. (c) Teknik dan Cara Menyanyi (i) Membuat latihan vokal
dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton (ii)
Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada; pernafasan
pengeluaran suara artikulasi sebutan, dan postur. (d) Meneroka dan
Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa
jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. (ii) Membuat
pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic,
irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. (iii) Mendengar dan
menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek; Lirik; Melodi;
cara menyanyi: dan cara persembahan (iv) Mendengar secara bebas dan
berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis
muzik vokal (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup,
alam sekitar, lagenda dan tokoh. (vi) Memberi respon mengikut lagu
dari segi perasaan dan pengalaman diri. (vii) Mendengar dan
mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu
dari negara lain. 5.3.2 Muzik dengan Gerakan Muzik dengan pegerakan
memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai
respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan
kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi
diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep
muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan
pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari
yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti
berikut: Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan mengikut konsep muzik
Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik; dan
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan
ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan
iaitu;
Imbangan berat badan Ruang Masa Daya/ aliran. (a) Imbangan Berat
Badan Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang
dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat
ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota
atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan.
Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot
tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga
otot. (b) Ruang Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari
satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata
arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan.
Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut: Dari jauh
menuju ke pusat badan Dalam ruang yang ada mengelilingi badan,
bergerak mengikut aras Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari
badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang,
badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas
dan sebagainya Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan
umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti
ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai
dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai. (c) Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila
membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa,
pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang
lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau
punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan
boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan
dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta. Mengawal kederasan
pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan
mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu
pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran
dalam pergerakan. (d) Aliran Aliran pergerakan boleh dikawal atau
bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh
diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan
bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran
pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh
berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh
melicinkan gerakan itu. 5.3.3 Permainan Alat Permainan alat muzik
melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor
melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen
pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka.
Seterusnya
kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk
pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti
melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai
hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.
Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan
bekerjasama yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara
ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah
corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik
yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini ialah
alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat
tradisional tempatan yang difi kirkan sesuai. PENGETAHUAN ASAS
DALAM PERGERAKAN PENGENALAN Penekanan kepada pergerakan kini banyak
tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan
terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin
kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan
pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah
untuk menyediakan pengalaman- pengalaman yang berkaitan bagi
membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang
bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.
Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang
menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk
sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi
dan estetik pelajar berdasarkan kepada model wholistik perkembangan
kanak-kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi
keberkesanan dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang
mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan, kreativiti,
proses-proses berfi kir dan penyelesaian masalah serta pembentukan
konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan
pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan
prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada
landasan konsep kanak-kanak total.Pendidikan pergerakan bukanlah
sesuatu yang boleh dianggap sebagaitambahan kepada kurikulum
sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan suatu pendekatan
dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah perkembangan
pelajar itu dengan cara seperti berikut: 1. membentuk dan
memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran
pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. 2. memantapkan
tahap kecerdasann fi izikal, pengetahuan dan sikap. 3. memantapkan
keupayaan pengamatan motor melalui pengalamanpengalaman pergerakan
terarah. 4. memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi
masyarakat. 5. memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi
pengintergrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fi
zikal. 6. meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti
pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti
pergerakan diperingkat sekolah rendah dan menengah yang terbahagi
kepada empat bidang kandungan utama, iaitu: Permainan berunsur
pendidikan Pergerakan berunsur pendidikan Sukan dan atletik
Kecergasan jasmani. 6.1 PERGERAKAN ASAS Istilah pergerakan
membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara
literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan
ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan
dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai
belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pendidikan
pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di bahagikan kepada dua
kategori. 1. Pergerakan kreatif 2. Gimnastik Setiap satu mempunyai
fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan
pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila
diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia,
memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam
kategori aktiviti berirama. Pengalaman- pengalaman ini ada
diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri seperti,
Pengalaman tidak berstruktur Pengalaman separuh berstruktur
Pengalaman berstruktur Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti
pergerakan yang terdapat dalam pergerakan kreatif dan gimanastik
jika berdasarkan kepada pengalamanpengalaman diatas. Program
pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang
antara KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan
pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada
aspek-aspek berikut; 1. ritma asas 2. ritma kreatif 3. lagu
pergerakan 4. permainan dan 5. kemahiran gimnastik Pergerakan asas
yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan
ialah berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang
dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan
melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas
dalam tarian zapin dan joget. Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor
Lokomotor Membongkok Meregang Memulas Berpusing Mengangkat
badan
Merebah Menghayun Berjalan Berlari Meloncat Melompat Lari skip
Galop Meluncur Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan
di prasekolah ialah untuk membantu kanak-