KRB3033: PENGANTAR BAHASA MELAYUTAJUK
KUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. IDNO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:
PENGENALAN
Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa
kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Oleh itu, semua warga
Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan Bahasa Melayu kerana
bahasa itu ialah bahasa kebangsaan mereka. Sesiapapun tidak dapat
menyangkal atau mempertikaikan fakta yang telah sekian lama wujud
bahawa tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai kebangsaan negara.
Kedudukan bahasa Melayu juga sangat jelas di sisi perlembagaan
sebagai bahasa rasmi negara. Bagi mengekalkan kedaulatan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, program-program yang dianjurkan
bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat
kementerian dan jabatan sahaja tidak mencukupi malah ia perlu
mengakar ke segenap lapisan masyarakat terutamanya di
institusi-institusi pendidikan. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu
dengan berkesan maka pelbagai kempen dan gerakan media massa perlu
dijalankan.
FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH
1. DASAR BAHASA
Pemilihan satu bahasa rasmi bagi negara Malaysia timbul kerana
perlunya satu agen penyatuan bangsa. Pemilihan ini adalah dengan
harapan bahawa bahasa ini dapat menjadi dasar bagi satu
identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan
disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan. Di samping
peranannya sebagai lambang penyatuan, pemilihan satu bahasa
kebangsaan negara juga timbul akibat daripada desakan rakyat yang
mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera iaitu
Bahasa Melayu. Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting
bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dengan adanya dasar
bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya iaitu pembinaan dan
peluasan penggunaannya. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
seperti yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar bahasa negara ini wujud bagi membentuk satu bangsa yang
bersatu yang mempunyai ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatifnya
seragam disamping menobatkan Bahasa Melayu sebagai sarana
komunikasi yang berkesan dalam pelbagai sektor di negara ini.
(Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz,1999).
2. BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN
Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan Bahasa Melayu
dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab
dan universiti terlaksana dengan lancar. Bahasa Melayu telah
terbukti dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu
serta dapat mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak
dan jelas. Bahasa Melayu juga berkemampuan untuk berfungsi sebagai
bahasa akademik yang begitu lengkap dengan laras-laras bahasanya,
pelbagai perbendaharaan kata dan istilah untuk menerangkan pelbagai
hal baharu dalam aneka bidang ilmu seperti ilmu Sains, Teknologi,
Ekonomi, Kejuteraan, Kedoktoran dan Undang-Undang di samping ilmu
Kemasyarakatan dan Keagamaan.
Bahasa Melayu hari ini sudah hampir mencapai taraf bahasa ilmu
yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan. Peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyempurnakan dan mengembangkan
Bahasa Melayu agar bahasa ini dapat memainkan peranannya dengan
baik dalam dunia pendidikan di negara ini bukanlah sedikit. Sejak
Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956, tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan ke atasnya seperti pembinaan bahasa,
pembinaan istilah saintifik, penyediaan kamus umum definitif,
pembentukan sistem ejaan baharu, penyusunan buku tatabahasa dan
pembinaan sebutan baku telah pun dilaksanakan dengan jayanya.
Penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu
menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka yang sentiasa bersifat produktif dalam
pembinaan Bahasa Melayu dari segi penstandadisasian dengan
negara-negara berbahasa Melayu yang lain menerusi penyertaan
bersama dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang
mewarisi Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) sebelum itu.
Terdapat begitu banyak buku teks, kamus, majalah dan bahan-bahan
bacaan yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk kegunaan di
sekolah-sekolah, maktab dan universiti telah menunjukkan bahawa
bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranan dalam pendidikan
di negara ini (Abdul Hamid Mahmood, 2002).
3. BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH
Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang
berintelek berteraskan Bahasa Melayu tidak akan berjaya selagi
rakyat tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Usaha untuk
mencapai matlamat ini telah bermula sejak peringkat sekolah lagi
kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah sepenuhnya mulai tahun
1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira menggunakan pengantar Bahasa Melayu di samping
mendidik generasi seterusnya dalam pembinaan sahsiah diri yang baik
serta pemupukan kemahiran berfikir. Peranan yang boleh dibawa oleh
Bahasa Melayu juga terbukti dengan jelas apabila PPSMI dimansuhkan.
Bahasa Melayu digunakan semula sebagai bahasa pengantar bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik.
Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan di sekolah juga
bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan dan
bersedia menimba ilmu serta mempunyai akhlak yang tinggi. Asimilasi
ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran
pelbagai displin ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan
objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini lebih
menitikberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan
ketetapan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap
variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan
gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Ia
memberi tumpuan dan penekanan dalam membimbing pelajar kearah
pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni
masyarakat Malaysia yang universal. (Kamarudin Husin & Siti
Hajar Abdul Aziz, 1999).
KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM KEBANGSAAN
Rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak
pada tahun 1956, jelas memperlihatkan bahawa bagi mencapai
pembentukkan negara yang maju dan berdaulat juga mempunyai kaitan
yang kuat dengan aspek bahasa. Laporan Razak ini telah menegaskan
peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan
lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa
ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan
diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.
Peranan atau kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila Bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa ilmu maka jurang pencapaian dalam
pendidikan antara masyarakat yang berlainan bangsa dapat
dikurangkan. Sebenarnya sistem pendidikan kebangsaan juga secara
tersiratnya berperanan untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa
Melayu yang masih ketinggalan sejak negara ini mencapai kemerdekaan
sehinggalah hari ini.
Kejayaan hasil daripada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dapat dibuktikan dengan jelas daripada kelahiran ribuan ahli
intelektual, korporat, professional dan lain-lain tenaga
pembangunan negara dalam pelbagai bidang sejak Akta Pendidikan
diwartakan. Apatah lagi generasi X dan Y yang dilahirkan sekian
lama setelah negara mencapai kemerdekaan. Kejayaan dan kepentingan
semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar
generasi masa kini Bahasa Melayu. Melalui Bahasa Melayu juga
prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.
Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa
Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara. Ini
kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan
dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali
sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati
diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan.
1. LAMBANG JATI DIRI
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Hasrat ini
terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa
Melayu secara langsung telah menjadi sebagai lambang jati diri
warganegara Malaysia. Pekara ini sangat penting kerana setiap
negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan
Bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara
Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh itu, Bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia.
Justeru itu Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian
bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan
sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
2. BAHASA PERPADUAN
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan.
Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara
berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal
Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus
daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa
Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini
wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa
utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan
sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa
dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan
persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang
kaum.
3. MENJADI BAHASA YANG UTAMA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
MALAYSIA
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang utama dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini
mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa
kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan
perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih
baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk
menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan
kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian,
penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh
keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan
bahasa ini di persada antarabangsa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah
usaha murni kerajaan dalam menguatkan perpaduan rakyat. Manakala
penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa haruslah
dilihat dengan lebih telus dan serius. Oleh yang demikian
memartabatkan Bahasa Melayu adalah satu tanggungjawab yang tidak
boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kemajuan dari segi
budaya, komunikasi dan pendidikan membuatkan kedudukan Bahasa
Melayu semakin tercabar dan terhimpit. Perlu diperhalusi, bahasa
Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan
amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di
kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini.
1,519 patah perkataan
RUJUKAN:1. Ahmad Mohd. Yusof et al, (1992). Laporan Kaji Selidik
Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kehakiman dan Undang-Undang.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
2. Hj. Mohd. Khusairi Hj. Abdullah, (1983). Pelaksanaan Bahasa
Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran, Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
3. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1999).
Bahasa Kebangsaan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur..
4. Guru dan Bahasa Melayu, Percetakan Zafar Sdn.Bhd: Kuala
Lumpur.
5. Azmy Mohamed. Budayakan Bahasa Melayu Tanda Patriotik, Utusan
Malaysia diperolehi pada 1/8/2010, Ku Seman Ku Hussain.
6. Martabatkan Bahasa Jiwai Bangsa, Utusan Malaysia diperolehi
1/08/2010Zaidi Ismail.
KONSEP TATABAHASA
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang
menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau
sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain
daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi
bidang morfologi dan sintaksis.Tatabahasa merupakan satu cabang
daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan
penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa
menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut
dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu.
Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina
perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan
perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa
bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan
dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang
betul.
Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi
asas untuk pelahiran bahasa yang indah dan difahami oleh
penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk
mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,
tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah
difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang
ideal.Dalam menghuraikan konsep tatabahasa kita tidak dapat lari
daripada menyentuh pendapat-pendapat ahli-ahli bahasa. Menurut
Robin (1971) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang
menitik beratkan struktur pertuturan atau penulisan dan dengan
penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang
berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A. Koutsaudas
(1969) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan
untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul (Chai Chuen, 2007). Menurut
Siti Hajar (2008) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana
sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang
gramatis. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh
kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada
bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian
di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di
peringkat ayat disebut sintaksis.Morfologi ialah bidang yang
mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa
dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu
disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait
secara langsung dengan proses pewujudan hukum. Tatabahasa adalah
bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan
bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang
mempelajari bahasa iaitu linguistik.pembentukan kata dan golongan
kata. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik
Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata.Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (2008) dengan tegasnyamendefinisikan morfologi ialah kajian
tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau
imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Dalam morfologi, unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga
perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.
Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau
nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu
unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi
dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya,
kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan
minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa
morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan
morfem terikat.
Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan
ciri bahasa yang tersendiri, justeru panduan dan peraturan
tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan
mengelakkan penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa
yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang
bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial,
politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi
tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran,
kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk
ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh yang demikian, fungsi
tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang
berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan
fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa
secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan
dan lain-lain.EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI
DALAM BILIK DARJAH
Kesalahan pengunaan tatabahasa ialah sesuatu bentuk binaan atau
penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa. Binaan yang
dimaksudkan itu, meliputi binaan ayat, klausa, frasa dan perkataan.
Walaupun jenis kesalahan yang dinyatakan sedikit sahaja, tetapi
sebenarnya setiap jenis itu meliputi pelbagai sub-jenis. Ada
beberapa kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di bilik darjah
yang meliputi aspek penguasaan bahasa (Money et al., 2004; Aini,
2007). Walaubagaimanapun analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
dalam kalangan murid dibilik darjah ini hanya menjurus kepada dua
bidang tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Seperti yang telah
dinyatakan tadi bahawa jenis kesalahan yang dinyatakan sebenarnya
meliputi pelbagai sub-jenis. Sub-jenis kesalahan penggunaan
tatabahasa yang akan disentuh dalam bidang morfologi ialah
kesalahan pembentukan kata dan kesalahan penggunaan aspek kata.
Manakala, Sub-jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang akan
disentuh dalam bidang sintaksis adalah kesalahan penggunaan aspek
frasa dan kesalahan penggunaan aspek ayat.
KESALAHAN PEMBENTUKAN KATA
i) SebutanKesalahan penggunaan tatabahasa yang sering dilakukan
oleh murid di dalam bilik darjah adalah kesalahan sebutan. Terdapat
kesalahan sebutan dalam kalangan penutur bukan Melayu untuk
kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang),
ba-niak (banyak) dan sebaginya. Bahagian morfologi juga menimbulkan
masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti :
peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakaian)
dan sebagainya (Amat Johari, 1985; Aini, 2007).ii) Ejaan
Selain daripada itu, murid-murid juga sering melakukan kesalahan
yang sama dalam aspek ejaan. Kesalahan ejaan berlaku disebabkan
tidak arif tentang peraturan-peraturan Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Melayu (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1984; Siti Hajar,
2008).Tidak mematuhi hukum keselarasan vokal (Aini, 2007).
Kesalahan berkait dengan cara mengeja kata sendi nama dan awalan.
Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang
mengikutinya, manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar.
Murid-murid terkeliru dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke
dengan awalan di- dan ke-. Kesalahan ini merupakan yang masih umum
dilakukan oleh murid walaupun Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
sudah lama dilaksanakan. Kebanyakan murid ridak dapat membezakan
antara di dan ke yang berfungsi sebagai imbuhan dengan fungsinya
sebagai kata sendi nama. Jika kata sendi nama yang menunjukkan arah
atau tempat, maka ejaannya mestilah dijarakkan. Jadual 1 dibawah
menunjukkan kesalahan ejaan.SALAHBETUL
DisanaDi sana
DiKualaSepetangDi Kuala Sepetang
DiklinikDi klinik
Jadual 1
KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK KATA
i) Kesalahan penggunaan imbuhan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar
yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi
bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Dalam Bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan
pengimbuhan (Nik Safiah et al., 2003; Siti Hajar, 2008). Oleh itu,
banyak kesalahan bahasa yang dibuat oleh murid-murid berhubung
dengan penggunaan imbuhan.
Dalam ayat di bawah, penggunaan imbuhan apitan meN an menyalahi
imbuhan pada kata dasar baca. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan
awalan meN- iaitu membaca dan mendengar untuk membentuk kata kerja
aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud
iaitu bacaan Al-Quran. Kata bacaan ditambah supaya ayat tersebut
lebih gramatis. Jadual 2 dibawah menunjukkan kesalahan tatabahasa
kerana murid kerana tidak mengimbuhkan kata kerja
dasar.SALAHBETUL
Saya suka mendengaran radio ERA.Saya suka mendengar radio
ERA.
Saya mahu kongsi masalah.Saya mahu berkongsi masalah.
Jadual 2
Awalan beR- dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja
kongsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan
objek sebagai pelengkap maksud iaitu cerita.ii) Kesalahan
penggunaan kata hubung
Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk (Siti Hajar, 2008).
Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan dan,
kata hubung pancangan relatif yang dan kata hubung komplemen
bahawa. Berdasarkan jadual 3, murid didapati tidak menggunakan kata
hubung dengan baik. Jadual 3 dibawah murid didapati tidak
menggunakan kata hubung.
SALAHBETUL
Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong mak mengemas
rumah.Dia ialah budak yang rajin dan suka
menolong emak mengemas rumah.
Jadual 3
Murid melakukan kesalahan tatabahasa kerana tidak menggunakan
kata hubung gabungan dan dalam ayat di atas. Kata hubung dan perlu
untuk menghubungkan dua klausa ayat di atas. Selain itu, murid
turut melakukan kesalahan pada kata kerja tolong dan kata nama mak.
Di dalam jadual 4, murid didapati mengulang kata hubung dan
sebanyak dua kali. Ini ditunjukkan oleh jadual 4 dibawah iaitu
murid didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua
kali.SALAHBETUL
Adik-beradik saya baik dan ramai dan lucu.Adik-beradik saya
ramai, baik dan lucu.
Jadual 4
Kata hubung dan perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas
bagi menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya iaitu Keluarga
saya ramai, Keluarga saya baik dan Keluarga saya lucu.KESALAHAN
PENGGUNAAN ASPEK FRASA
Menurut Nik Safiah et al. (2003), dari sudut nahu, frasa boleh
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar
dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu
subjek dan predikat. Menurut Siti Hajar (2008), Unsur-unsur yang
membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu adalah
seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Murid-murid juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek
frasa. i) Kesalahan penggunaan frasa namaFrasa nama ialah binaan
yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa nama, satu perkataan
bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan
lain merupakan penerang kepada inti tersebut. Di dalam jadual 5,
murid didapati melakukan kesalahan frasa nama. Jadual 5 dibawah
menunjukkan kesalahan penggunaan frasa nama.
SALAHBETUL
Itu negara ada banyak perayaan.Negara itu ada banyak
perayaan.
Jadual 5
Frasa nama Itu negara dalam ayat di atas tidak tepat kerana
unsur penerang iaitu Itu mendahului unsur ini iaitu negara. Oleh
itu binaan frasa nama yang tepat ialah Negara itu. ii) Kesalahan
penggunaan frasa kerjaMenurut Siti Hajar (2008), frasa kerja ialah
binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata
kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mesti
diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak
transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan. Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah
seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 86.
SALAHBETUL
Kakak memiliki sangat cantik kereta.Kakak memiliki kereta yang
sangat cantik.
Jadual 6
Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana
kata kerja transitif memiliki perlu diikuti oleh objek yang terdiri
daripada kata nama iaitu kereta. Oleh itu, frasa kerja yang tepat
bagi ayat di atas ialah memiliki kereta.Selain itu, penggunaan kata
hubung yang perlu untuk memancangkan dua ayat.Ayat yang pertama
ialah Kakak memiliki kereta dan yang kedua ialah Kereta sangat
cantik.Dalam ayat pancangan, pengulangan kata Kereta hendaklah
digugurkan.KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK AYAT
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan (Nik
Safiah, 2003; Aini, 2007; Chai Chuen, 2007.i) Kesalahan ayat
tunggalYang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di
dalam Jadual 7.SALAHBETUL
Saya nama FarizanNama saya Farizan
Jadual 7
Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat
kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama
yang tepat dalam ayat ini ialah Nama sebagai unsur inti dan saya
sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku
disebabkan gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua murid. Murid
menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris iaitu My name yang
diterjemahkan sebagai Saya nama dalam bahasa Melayu.Dapatlah
dirumuskan bahawa dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa
perlu olah dengan terperinci iaitu bidang morfologi dan sintaksis.
Konsep tatabahasa sangat penting untuk difahami agar pengguna
bahasa tidak melakukan sebarang kesalahan penggunaan tatabahasa.
Selain itu, tugasan ini memerlukan penulis untuk menjelaskan dan
menghuraikan permasalahan yang wujud tentang kesalahan penggunaan
tatabahasa oleh murid di bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun
penulisan. Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid yang telah
dianalisi terbahagi kepada empat aspek iaitu kesalahan pembentukan
kata, kesalahan penggunaan kata, kesalahan penggunaan aspek frasa
dan kesalahan penggunaan aspek ayat yang tergolong dalam dua bidang
tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis.
1963 patah perkataan
RUJUKAN:
1. Lee Chai Chuen, (2007). Analisis kesilapan sintaksis di
kalangan pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Tesis
sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya..
2. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah
Menengah, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
3. Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu,
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
4. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu
(Perkataan), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
5. Abu Bakar Hamid (Drs), (1983). "Morfologi" dalam Rencana
Linguistik (penyunting Dr.Abdullah Hassan), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia
Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Zulkifley Hamid (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu di Malaysia : Hambatan dan Permasalahan dlm. Dewan Bahasa
44: 8 Ogos hal.818-825.
7. Ahmad Mahmood Musanif (2000). Huraian Penambah Bahasa Melayu
Dari Pendekatan Semantik dalam Monograf bil.3. Mei 2000 Jabatan
Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Unversiti Putera
Malaysia.
8. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, (1984). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.9. Money, J. N. J. S., (2004). Kesalahan
Bahasa Dalam Karangan Murid Tamil Yang Mempelajari Bahasa Melayu Di
Sekolah Menengah, Tesis PhD. yang tidak diterbitkan.
Serdang:Universiti Putra Malaysia
10. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007).
Linguistik Melayu,. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
PEMARKAHAN
BAHAGIAN A
1. Tiga fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah.
2. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
kebangsaan.
BAHAGIAN B
Menghuraikan konsep tatabahasa
Menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di
dalam bilik darjah.
SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A (20%)
Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan
murid yang berlainan bangsa bawah satu sistem pendidikan kebangsaan
dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, aspirasi tersebut wajar
diinterpretasikan secara lebih jelas dengan berasaskan Laporan
Razak 1956.
SOALAN TUGASAN BAHAGIAN B (30%)
Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi
dan sintaksis. Permasalahan masih wujud tentang kesalahan
penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah, sama ada
dalam lisan mahupun penulisan.
18