RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014KAA3033 PENGURUSAN PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAKTAJUK TUGASAN 1/2TUGASAN INDIVIDU 2Anda dikehendaki
membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang tajuk Pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti.
DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK
NUR AMMALIN BINTI MOHD NOORD20102044735
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI 02 (A131 PJJ)NO UNTUK DIHUBUNGI:
012-5421581
NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN FAIRUZAIN BINTI HARUNTARIKH SERAH:
24HB NOVEMBER 2013
ISI KANDUNGANHALAMAN
SOALAN TUGASAN3Pengenalan3Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA)3-4Syarat-syarat Penubuhan Taska4-6Penubuhan Taska yang
Berkualiti6Rutin6-7Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran Di Task
7-8Pelan Lantai8 Pelan Lantai Dalam8-9 Pelan Lantai
Luar9Perancangan Keselamatan9 Ciri Ciri Keselamatan
Taska9-11Pematuhan Syarat Terhadap Jabatan-Jabatan12 Jabatan
Bomba12 Jabatan Kesihatan Awam13-14 Jabatan Kebajikan
Masyarakat14-15Pengurusan Rekod15-16Pengurusan Ruang Fizikal16
Bahagian Dapur16 Taman Permainan17 Bilik Air17Sudut Pembelajaran18
Ruang Belajar18 Sudut Kreativiti18 Sudut-sudut
Pembelajaran19Rumusan19BIBLIOGRAFI20
SOALAN TUGASAN
Anda dikehendaki membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang
tajuk Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti.
PengenalanMerujuk kepada soalan tugasan, saya telah pun membuat
atau menjalankan penyelidikan melalui pembacaan dan pemerhatian ke
atas salah sebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang telah saya pilih bagi tujuan
penulisan ilmiah ini ialah TASKA. Berdasarkan penyelidikan yang
telah dijalankan maka, di bawah ini dapatlah saya huraikan mengenai
cirri-ciri sesebuah TASKA yang berkualiti. Sesebuah TASKA yang
berkualiti haruslah menepati cirri-ciri atau kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan mengikut garis panduan penubuhan sesebuah
TASKA.
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat formatif dalam
perkembangan kanak-kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif
telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai
agenda dan program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat
usia 0 hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan menggerakkan pemikiran dan
juga minda serta meningkatkan kreativiti berbentuk kemahiran di
samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak.
Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak
dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk
mengendalikan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Antara program
asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang paling sinonim adalah
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Bimbingan/Didikan
Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan juga Kumpulan
Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik diwujudkan oleh pelbagai agensi
yang terlibat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan antara agensi
bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak
Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek
pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi
penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap
kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah
ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar. Pendekatan yang
digunakan oleh pihak TASKA ialah memberi tumpuan kepada keluarga
berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar di bawah pengawalan
standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan
1993. Ia bertujuan menjamin semua kanak-kanak akan mendapat
pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan wajib.
Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang telah ditetapkan di
bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
(KAAK). Perkhidmatan Taska termasuk di bawah Program Kesejahteraan
Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi
peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan
taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui Taska, program
pendidikan keibubapaan secara tidak langsung dapat dilaksanakan
untuk ibu bapa dan masyarakat. Program asuhan kanak-kanak Taska
merupakan salah satu program induk yang merangkaikan beberapa
program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang melibatkan agensi
kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan satu
tujuan yang sama dan yang membezakan kesemua program ini adalah
dari segi pendekatan yang dilaksanakan. Taska juga dapat
didefinisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada
satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Hal ini
bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia
empat tahun dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan.
Objektif Taska ini adalah seperti; Menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat,
ceria dan selesa. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Menyediakan
makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati
dan mengamalkannya sejak kecil. Menggalakkan kecerdasan dan
kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan
keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. Tempoh masa
pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang
berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA,
terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30
pagi hingga 1.00 tengahari yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli
Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini
mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat
setempat.
Syarat-syarat Penubuhan TaskaSebelum sesebuah taska itu
ditubuhkan , ia mestilah didaftarkan di bawah Pejabat Kebajikan
Masyarakat. Pengusaha sesebuah taska haruslah mempunyai Sijil
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Mengikut peraturan yang
telah ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan, semua pengusaha hendaklah
mempunyai kelayakan;- Warganegara Malaysia Berusia 18 tahun keatas
Lulus kursus asas asuhan kanak-kanak.Setiap pengusaha hendaklah
melantik apa-apa bilangan pengasuh yang mencukupi mengikut nisbah
yang ditetapkan. Memastikan pengurusan taman berlangsung mengikut
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.Bagi mendaftarkan
sesebuah taska, pengusaha perlulah mengikuti prosedur yang berikut
: Mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan
Penubuhan Taska yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan
Masyarakat Daerah atau Negeri dengan harga RM10.00. Buku ini secara
amnya menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan
Kesihatan. Mendaftarkan operasi taskanya dengan Pejabat Pendaftaran
Perniagaan atau pertubuhan. Mengemukakan permohonan kepada agensi
teknikal seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Majlis
Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan
Kesihatan bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan
permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.
Menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti
bersama ibu bapa, pelan lantai berserta pengiraannya dan
melengkapkan borang permohonan (Jadual 2 rujuk lampiran).
Mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Jabatan
Kebajikan Masyarakat Daerah dengan memastikan dokumen-dokumen di
bawah disertakan :
Jadual 2 telah dilengkapi Kelulusan dari 3 agensi teknikal
(Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan
Kesihatan) Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar
dalam meter berserta dengan pengiraannya. Senarai aktiviti harian
Senarai menu Senarai aktiviti bersama ibu bapa. Perakuan
Pendaftaran Perniagaan. Senarai kakitangan (nama, nombor kad
pengenalan,jawatan dan sijil) Wang Pos atau cek atas nama Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak
lengkap pemohon akan diminta oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan
untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. Bagi
permohonan yang lengkap , seliaan oleh Pegawai Taska di daerah
berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Permohonan akan disemak oleh
Pegawai Penyelaras Taska Negeri sebelum permohonan dikemukakan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan akan
diproses dan sekiranya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan
Taska, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah
setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan. Bagi permohonan pendaftaran
semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula
pada harga RM4 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu
beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i)
kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. Pemohon
adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya
setelah permohonannya lengkap.
Penubuhan Taska yang BerkualitiPenjenamaan sesebuah taska juga
merupakan antara komponen terpenting dalam penubuhan sesebuah
taska. Nama sesebuah taska yang dibuat haruslah menunjukkan
ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti sesebuah taska tersebut. Dalam
sesebuah taska yang berkualiti juga perlulah dipamerkan Carta
Organisasi, logo, motto, visi dan misi, dan rutin harian taska.
RutinRutin merupakan aktiviti sehaarian yang berjalan di
sesebuah taska seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya
perlualah dipamerkan sebagai panduan dalam menjaga kualiti sesebuah
taska. Sebagai contoh kita lihat pada tempoh pengajaran dan
pembelajaran di sesebuah taska sekurang-kurangnya adalah tiga jam
hingga tiga jam setengah selama lima hari seminggu. Namun begitu,
terdapat kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun yang
ditempatkan di taska dan diambil oleh ibu bapa atau penjaga mereka
selepas mereka pulang bekerja. Susunan aktiviti dan peruntukan masa
bagi kanak-kanak di taska adalah fleksibel. Jadual di bawah
menunjukkan contoh aktiviti rutin di sesebuah taska. Jadual yang
disediakan di bawah adalah termasuk bagi kanak-kanak di bawah umur
4 tahun :MASAAKTIVITI
7.00 pagi 9.00 pagiMenanti kehadiran kanak-kanak
8.15 pagi 8.45 pagiMandi
8.45 pagi - 9.30 pagiSarapan / Minum susu
9.30 pagi 11.30 pagiAktiviti pembelajaran
11.30 pagi 12.30 t/hariAktiviti Bebas ( bermain, menonton tv
)
12.30 t/hari - 1.00 petang
Mandi
1.30 petang 3.30 petangWaktu tidur
3.30 petang 4.00 petangMinum Petang
4.00 petang 4.30 petangMandi / Belajar mengaji
4.30 petang 5.00 petangBeriadah / bersiap untuk pulang
Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran Di Taska
Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak di sesebuah
Taska yang berkualiti mestilah dapat merangsang perkembangan minda
kanak-kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak, berminat
untuk meneroka, menjelajah mencuba dan berfikir secara kreatif,
sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuat daripada bahan
semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula
hendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut
situasi, mudah di ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh
dipelbagai guna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.Persekitaran
sesebuah Taska yang berkualiti dan selesa, menarik serta kemas
dapat membantu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak. Ruang persekitaran sesebuah Taska yang berkualiti ini
dapat dibahagikan kepada dua iaitu ruang dalam bangunan dan luar
bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi : Ruang Belajar Ruang
Penyediaan Makanan Ruang Bilik Air Ruang Pertukaran Lampin (
Diapering Area ) / Bilik Tidur Bayi Bilik Sakit Dan Bilik Rehat
Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang minda
kanak-kanak di mana perlu disediakan ruang bermain pasir dan air
supaya kanak-kanak dapat meneroka sambil bermain. Ruang bermain
(outdoor playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah
sesuai dan tidak merbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan,
buaian dan gelongsor serta ruang untuk beriadah penting bagi
meningkatkan perkembangan kanak-kanak semasa bermain.
Ruang Luar bangunan pula adalah persekitaran luar Taska iaitu :-
Pusat Permainan Luar Pusat Mainan Pasir Pusat Mainan Air Pusat
Tanaman
Pelan LantaiPelan Lantai DalamPengurusan pelan dalam sesebuah
taska yang berkualiti hendaklah mengambil kira keperluan dan hak
kanak-kanak. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dipertimbangkan di dalam merancang pengurusan bentuk pelan
penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Perlu
diingatkan keluasan lantai bagi setiap kanak-kanak adalah 3.5 meter
persegi. Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur
ruang dalaman untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif.
Penyusunannya hendaklah mengambil kira keluasan sesebuah bilik dan
dibahagi mengikut domain-domain perkembangan setiap kanak-kanak.
Guru bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi
dan kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang
bersesuaian dengan kanak-kanak antaranyanya ialah domain
perkembangan kognitif, domain perkembangan sosio-emosi, domain
perkembangan literasi dan domain perkembangan kreatif. Kanak-kanak
memerlukan ruang yang mencukupi untuk bergerak bebas dan
berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang pembelajaran
melibatkan ruang luar dan dalam kelas serta ruang penyediaan
makanan.
Pelan Lantai LuarRuang luar perlu disusun dan dirancang dengan
rapi. Ruang luar juga hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Ruang
luar hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk
memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
fizikalnya. Segala peralatan yang digunakan di taska hendaklah
mengikut kesesuaian, meningkatkan kemahiran, meningkatkan konsep
kendiri yang positif, mengembangkan interaksi sosial, dan
menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan bahan.
Peralatan yang disediakan juga hendaklah mempunyai ciri-ciri
keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan lama untuk
digunakan oleh kanak-kanak.
Perancangan KeselamatanCiri Ciri Keselamatan TaskaDari segi
keselamatan pula, pengusaha sesebuah taska yang berkualiti perlulah
mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (1984). Antara
peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang digariskan oleh
Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah :1.Kehendak Bangunana) Keadaan
bangunan yang dibenarkan :i) Mempunyai lebih daripada satu tangga
bagi bangunan bertingkat.ii) Tidak mengandungi bahan-bahan
bahaya.iii) Kedudukan taska tidak melebihi had kelengkapan tangga
jentera bomba iv) Bukan bangunan tingkat basement :b) Ciri-ciri
keselamatan bangunani) Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi
taska yang terletak dalam bangunan bertingkat.ii) Mematuhi
perjalanan maksimum Tiada sistem sprinkler 30 meter Mempunyai
sistem sprinkler 45 meter Had jalan mati 9 meter Jarak minimum
antara 2 pintu 5 meter.iii) Mematuhi had maksimum mengikut bilangan
pintu keluar. Bilangan orang maksimum bagi 1 pintu - 12 orang
termasuk pengasuh. Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu 23 orang
.v) Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis. Mengadakan
tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam premis
tersebut. Mengadakan troli nisbah 1 : 6 kawasan terlindung dalam
kawasan taman asuhan . vi) Mengadakan alat pencegahan kebakaran 2
bilangan 4.5 kg alat pemadam api mudah alih jenis debu. Alat
pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)
2) Kehendak Operasia) Kehendak-kehendak langkah keselamatan.
Tidak dibenarkan menggunakan lilin atau pelita. Tidak dibenarkan
menggunakan ubat nyamuk. Tidak dibenarkan merokok dalam premis.
Tidak dibenarkan pembakaran terbuka. Tidak dibenarkan kanak-kanak
masuk / dibawa ke dalam ruang bilik penyediaan. Plug point yang
rendah hendaklah ditutup dengan kemas. Tidak dibenarkan menggunakan
penyambung wayar.1. Susun atur ruang pembelajaran di dalam taska
mengambil kira keselamatan kanak-kanak dengan; Pembahagian ruang
mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan
pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat
pergerakan kanak-kanak. Pastikan peralatan yang merbahaya seperti
gunting disimpan di tempat yang selamat. Pastikan peralatan
elektrik ditutup selepas digunakan. Pastikan jeriji besi sentiasa
ditutup. Pastikan lantai sentiasa kering. Pastikan peti pertolongan
cemas sentiasa lengkap. Pastikan ada alat pemadam api dan
berkeadaan baik. Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan
kepada kanak-kanak.
2. Kawasan bilik penyediaan makanan. Peralatan yang tajam perlu
disimpan di tempat yang selamat seperti pisau dan gunting.
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan
diletakkan ditempat yang selamat seperti cerek elektrik dan
pembakar roti. Lantai dapur sentiasa kering. Tabung gas sentiasa
dalam keadaan baik.3. Kawasan bilik air Lantai bilik air dalam
keadaan selamat untuk digunakan. Pencuci tandas disimpan di tempat
yang selamat. Pam tandas dalam keadaan baik.
4. Kawasan luar taska Ruang di luar taska harus dipagar.
Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mestilah
ditutup. Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber
tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain. Rumput
mestilah sentiasa dipotong pendek. Pastikan benda-benda yang tajam
dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekolah. Pastikan peralatan
permainan luar dalam keadaan selamat
Pematuhan Syarat Terhadap Jabatan-JabatanJabatan Bomba
Sesebuah taska yang berkualiti haruslah mempunyai lampu tanda
KELUAR kecemasan seperti yang telah di tetapkan oleh Jabatan Bomba.
Selain dari itu taska juga haruslah mempunyai lampu kecemasan.
Lampu ini digunakan apabila taska mengalami masalah black out di
permis.
Selain itu sesebuah taska yang berkualiti haruslah mengikuti
syarat- syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh jabatan bomba
dan penyelamat .Dengan mengadakan 2x 5kg alat pemadam api jenis
debu kering yang disangkut di depan dan belakang permis.Jabatan
Kesihatan Awam
Papan Tanda DILARANG MEROKOK perlu dipamerkan. Sesebuah taska
yang berkualiti pastinya akan mengikuti syarat yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam ini.
Penggunaan tong sampah yang bertutup juga merupakan antara
peraturan yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan awam.
Sesebuah taska yang berkualiti pastinya akan mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan ini. Dari aspek keselematan, tong sampah yang
tidak bertutup, adalah tidak selamat kerana di khuatiri kanak-kanak
mengambil sampah dari tong sampah tersebut.
Bahagian dalaman sesebuah taska yang berkualiiti haruslah berada
dalam keadaan kemas dan bersih. Mempunyai pengcahayaan dan
pengudaraan yang mencukupi. Hal ini bagi menunujukkan yang sesebuah
taska yang berkualiti itu telah mengikuti syarat yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sesebuah taska yang berkualti pasti akan menyediakan Jadual Menu
Harian mengikut peringkat umur seperi bayi baru lahir 6 bulan, 6
bulan hingga 1 tahun,1 tahun hingga 3 tahun dan 3 hingga 4 tahun.
Gambar di atas menunjukkan salah sebuah taska yang telah menepati
criteria taska berkualiti kerana telah menyediakan jadual menu
harian seperti mana garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu, sesebuah taska yang berkualiti juga harus mempunyai
perancangan aktiviti penglibatan ibu bapa mengikut syarat yang
telah dikeluarkan oleh JKM.
Pengurusan Rekod
Pengurusan rekod sesebuah taska amatlah penting. Oleh hal yang
demikian, sesebuah taska yang berkualiti haruslah mempunyai semua
rekod yang berkaitan seperti contoh di atas. Antaranya ialah rekod
prestasi kanak-kanak, rekod peribadi kanak-kanak dan rekod
pekerja.
Pengurusan Ruang FizikalBahagian Dapur
Ruang dapur sesebuah taska yang berkualiti juga haruslah kemas
dan bersih. Mempunyai cukup pengudaraan dan pengcahayaan. Luas
sertaa selesa untuk kanak-kanak.
Taman Permainan
Sesebuah taska yang berkualiti seharusnya mempunyai kawasan atau
taman permainan yang dilengkapi dengan alatan permainan. Taman
permainan penting untuk kanak- kanak melakukan aktiviti
fizikal.
Bilik Air
Sesebuah taska yang berkualiti juga harus memastikan lantai di
bilik air tidak licin. Pengusaha taska perlu meletakkan alas kaki
getah supaya lantai tidak licin. Hal ini bertujuan menjaga
keselamatan kanak-kanak apabila mereka mandi atau menggunakan bilik
air ini.
Sudut PembelajaranRuang Belajar Ruang pembelajaran sesebuah
taska yang berkualiti haruslah kondusif dan selesa serta dilengkapi
dengan Alat Bantu Mengajar yang pelbagai. Sesebuah taska yang
berkualiti juga perlu menggunakan alatan dan perabot yang sesuai
dengan kanak-kanak. Alatan dan perabot yang digunakan menepati
ciri-ciri keselamatan sesebuah taska.
Sudut Kreativiti
Sudut kreativiti merupakan antara sudut atau ruang belajar yang
paling digemari oleh kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, sesebuah
taska yang berkualiti harulah menyediakan ruangan atau sudut ini.
Hasil kerja kanak-kanak boleh di pamerkan di sudut ini. Bilik atau
ruang ini amat sesuai dengan aktiviti mewarna, melukis dan seni
yang lainnya.
Sudut-sudut Pembelajaran
Sesebuahn taska yang berkualiti pastinya akan meyediakan
beberapa sudut pembelajaran seperti sudut agama, sudut bahasa,
sudut kognitif dan sudut fizikal. Di setiap sudut ini haruslah
dilengkapi dengan bahan- bahan yang menarik dan sesuai untuk
kanak-kanak aktiviti pembelajaran kanak-kanak.
RumusanPendidikan awal kanak-kanak adalah perkara penting yang
tidak boleh dipandang remeh oleh setiap pengusaha taska dan tadika.
Kanak-kanak memerlukan pengasuhan, pemupukan dan tindak balas
persekitarannya. Kanak-kanak perlukan rasa selamat, dihargai dan
keperluan fizikalnya dipenuhi. Keadaan ini akan membentuk rasa
selamat, mengetahui mereka dijaga dan diasuh. Pengusaha perlu
mengikut segala peraturan yang termaktub di dalam Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 ( Akta 308) bagi memberi perkhidmatan yang
berkualiti untuk kanak-kanak. Memberi perkhidmatan berkualiti bukan
sahaja melibatkan kualiti prasarana di taska tetapi juga latihan
pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan
pengasuh hendaklah diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh
dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai asas perkembangan
pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak
sebelum melangkah ke pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat
dalam bidang ini perlu jelas tanggungjawabnya dan kualiti
perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.Selain itu juga
pelbagai perancangan perlu dilakukan bagi memastikan segala yang
dirancang berjalan dengan lancar. Segala kelemahan perlu diatasi
bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Sesebuah taska yang berkualiti
bukan sahaja dapat meningkatkan profesiolisme dalam pengasuhan
malah dapat melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak,
seimbang dan harmonis pada masa akan datang.
BIBLIOGRAFI
Azizah Lebai Nordin, (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori
dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (2005). Pendidikan
Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan Dan Keselamatan
Kanak-Kanak.Kuala Lumpur.Utusan Publications & Diatributors Sdn
Bhd.
Buku Panduan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ( Akta 308).
Peraturan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di rumah) 2007.
Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang, Maalaysia, (2006).
Undang-undang Malaysia. Akta kanak-kanak 2010. Kuala Lumpur.
Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Azila Alias, Anis Norma Jaafar, Sheah Siok Peh, Dr Nodin Mamat,
Norly Jamil dan Ilya Diyana.Modul 1 KAA 1013 Dasar, Polisi
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
1