BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Tips Beza Cin- ta, Sayang, Minat dan Suka 2. Pengurusan Ke- marahan. 3. Direktori Wakil AKRAB 4. 14 Tips Memiliki Mental Yang Baik. BULETIN BIL. 145/ JUN 2015 Sumber : Internet. CINTA Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Kalau boleh kita ingin dia tahu segala apa yang kita buat dan kita mungkin tidak ingin menyakiti hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorng yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita mencin- tainya sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak en- dah sahaja.) SAYANG Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepa- da masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan ma- salah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepa- danya.) MINAT Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat peribadi atau barang yang kita ma- hukan.) tetepi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan cinta pada seseorang itu. SUKA Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa mahu tergelak sampai mahu pecah perut. Tapi, kita tidaklah rindu sangat dekat dia apabila tidak berjumpa seminggu. (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.
6
Embed
ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/-buletin Jun 2015.pdf · Contohnya, pejamkan mata dan ba-yangkan anda berada
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 145/ JUN 2015
1. Tips Beza Cin-
ta, Sayang,
Minat dan Suka
2. Pengurusan Ke-
marahan.
3. Direktori Wakil
AKRAB
4. 14 Tips Memiliki
Mental Yang
Baik.
BULETIN BIL. 145/ JUN 2015
Sumber : Internet.
CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Kalau boleh kita ingin dia tahu
segala apa yang kita buat dan kita mungkin tidak ingin menyakiti hati dia. Kita akan
sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorng
yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita mencin-
tainya sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak en-
dah sahaja.)
SAYANG
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan
kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepa-
da masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh
membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan ma-
salah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepa-
danya.)
MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain :
minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat peribadi atau barang yang kita ma-
hukan.) tetepi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan
cinta pada seseorang itu.
SUKA
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia,
kita rasa mahu tergelak sampai mahu pecah perut. Tapi, kita tidaklah rindu sangat
dekat dia apabila tidak berjumpa seminggu. (dalam erti lain : suka di tujukan kepada
seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.
BULET IN BIL. 145/ JUN 2015 Mukasurat 2
Antara salah satu perkara yang boleh membuatkan seseirang itu menjadi orang yang berjaya
ialah apabila dia boleh mengawal sikap amarahnya. Jika sikap marah tidak dapat dikawal
dengan baik, ia akan memberikan kesan buruk kepada individu terbabit seperti kehilangan
kerja, kerugian dan kadang-kala boleh menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang.
Oleh itu, berikut merupakan 8 langkah dalam mengawal kemarahan:
1) Berfikir dahulu sebelum bertindak.
Sebelum melepaskan kemarahan anda, fikir seketika sama ada kemarahan anda bersi-
fat sementara atau dalam jangka masa yang lama. Beri ruang kepada diri anda untuk
berfikir dengan rasional dengan mengetepikan emosi. Anda pasti mampu untuk
mengawal kemarahan anda.
2) Kenalpasti kesan yang akan berlaku.
Cuba untuk memikirkan kesan yang akan berlaku jika anda melepaskan kemarahan
anda. Adakah tindakan melepaskan kemarahan anda akan memberi kesan yang lebih
lama berbanding dengan tempoh rasa marah anda? Jika ya, lebih baik anda bertenang
dan cuba memaafkan orang lain.
3) Imbas kembali kebaikan yang telah dilakukan
Cuba fikirkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang tersebut kepada diri anda
sebelum anda memarahinya.
4) Fikirkan kelemahan diri sendiri.
Cuba fikirkan kelemahan diri sendiri. Sama ada perkara tersebut berlaku disebabkan
kelemahan atau kecuaian diri sendiri atau tidak.
BULET IN BIL. 145/ JUN 2015 Mukasurat 3
Sambungan...
5) Kira 1 hingga 10
Ketika kemarahan anda sedang memuncak, cuba kira daripada satu hingga sepuluh
secara tenang di dalam hati tanpa berkata apa-apa. Walaupun ia tidak dapat mem-
bantu dalam memadamkan kemarahan anda serta merta, sekurang-kurangnya ia
dapat meredakan kemarahan anda.
6) Membayangkan perkara yang indah
Cuba bayangkan tentang perkara yang membuatkan anda rasa gembira dan boleh
menenagkan anda ketika anda sedang marah. Contohnya, pejamkan mata dan ba-
yangkan anda berada di sebuah pulau percutian yang indah bersama dengan orang
yang tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan anda untuk memejamkan mata,
cukup hanya membawa fikiran anda jauh ke bayangan anda. Kaedah ini sangat
berkesan untuk menenangkan diri.
7) Pernafasan
Antara cara yang mudah untuk melegakan kemarahan ialah dengan menumpukan
kepada cara pernafasan. Tarik nafas anda secara perlahan-lahan dan sedalam-
dalamnya. Dengar bunyi masuk dan keluar pernafasan anda. Ia pasti dapat mene-
nangkan sesiapa yang sedang marah.
8) Luahkan kepada orang lain.
Jika cara-cara di atas tidak dapat membantu anda dalam mengawal kemarahan, an-
da boleh meluahkannya kepada orang yang terdekat seperti suami/isteri, kawan,
saudara mara atau pakar kaunseling/psikologi agar kemarahan anda tidak terus
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pen-galaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )