BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) PETUA CIPTA BAHAGIA BAGI PERKAHWINAN JARAK JAUH 2) PERCUTIAN VS PERSIAPAN SEKOLAH. MA- NA SATU MAK AYAH PATUT FOKUS? 3) MENANGANI STRES DENGAN BIJAK 4) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI 5) UJIAN DA- RIPADA ALLAH BULETIN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Sumber : Internet. Suami isteri tapi tak sebumbung malah tinggal berjauhan. Jarak beribu batu menjadi pemisah hubungan kasih dan sayang lantaran terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya mahu pun mengejar cita-cita. Meski rindu cukup menebal namun pengorbanan harus dilakukan. Habis macam mana nak cipta bahagia kalau pasangan tidak berada di depan mata? Perlukah berhenti kerja ataupun meninggalkan sahaja pengajian demi merapatkan jurang kasih sayang yang berjauhan? Semak jawapan ini... 1. Kena bertanggungjawab lebih Memanglah sukar membesarkan anak-anak tanpa kehadiran pasangan. Jika isteri belajar menerima keadaan itu, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Belajar daripada pengala- man dan situasi baru membuatkan para isteri lebih berani dan tabah hadapi setiap cabaran. Janji, sama-sama pegang tanggungjawab! 2. Jaga emosi Setiap hari asyik terkenang suami yang jauh di perantauan. Makankah suami, lenakah tidurnya, sedang buat apakah suami ketika ini? Bermacam persoalan bermain di ruang minda. Tak payah risau, zaman sekarang dah canggih. Cubalah rapatkan hubungi dengan internet. Kalau anda tenang dan tidak kelam kabut, anak-anak pun tak buat hal. 3. Fokus kepada anak Tanpa suami para isteri boleh mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri. Didikan ibu lebih terfokus dan anak-anak hanya perlu mendengar satu arahan sahaja. Gunakan waktu itu dengan berkualiti untuk membentuk dan melatih anak-anak mengikut acuan yang digariskan oleh landasan agama. 4. Jangan malu luah perasaan Kalau sayang pasangan, cubalah ingatkan diri bahawa pasangan sentiasa dekat. Ada peluang berbual, luahkan rasa sayang, rindu dendam, segala kata-kata yang boleh menguatkan emosi dan dalaman anda. Kongsi rasa tentang apa yang anda lakukan dengan anak-anak. Pasti suami akan rasa lebih dihargai dan bahagia walaupun tidak dapat turut serta membesarkan anak- anak bersama anda.
6
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Disember...RIPADA ALLAH BULETIN BIL. 158/ DISEMBER 2016 ... 3. Fokus kepada anak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
1) PETUA CIPTA BAHAGIA BAGI PERKAHWINAN JARAK JAUH
2) PERCUTIAN VS PERSIAPAN SEKOLAH. MA-NA SATU MAK AYAH PATUT FOKUS?
3) MENANGANI STRES DENGAN BIJAK
4) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI
5) UJIAN DA-RIPADA ALLAH
BULETIN BIL. 158/ DISEMBER 2016
Sumber : Internet.
Suami isteri tapi tak sebumbung malah tinggal berjauhan. Jarak beribu batu menjadi pemisah hubungan kasih dan sayang lantaran terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya mahu pun mengejar cita-cita. Meski rindu cukup menebal namun pengorbanan harus dilakukan.
Habis macam mana nak cipta bahagia kalau pasangan tidak berada di depan mata? Perlukah berhenti kerja ataupun meninggalkan sahaja pengajian demi merapatkan jurang kasih sayang yang berjauhan? Semak jawapan ini...
1. Kena bertanggungjawab lebih
Memanglah sukar membesarkan anak-anak tanpa kehadiran pasangan. Jika isteri belajar menerima keadaan itu, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Belajar daripada pengala-man dan situasi baru membuatkan para isteri lebih berani dan tabah hadapi setiap cabaran. Janji, sama-sama pegang tanggungjawab!
2. Jaga emosi
Setiap hari asyik terkenang suami yang jauh di perantauan. Makankah suami, lenakah tidurnya, sedang buat apakah suami ketika ini? Bermacam persoalan bermain di ruang minda. Tak payah risau, zaman sekarang dah canggih. Cubalah rapatkan hubungi dengan internet. Kalau anda tenang dan tidak kelam kabut, anak-anak pun tak buat hal.
3. Fokus kepada anak
Tanpa suami para isteri boleh mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri. Didikan ibu lebih terfokus dan anak-anak hanya perlu mendengar satu arahan sahaja. Gunakan waktu itu dengan berkualiti untuk membentuk dan melatih anak-anak mengikut acuan yang digariskan oleh landasan agama.
4. Jangan malu luah perasaan
Kalau sayang pasangan, cubalah ingatkan diri bahawa pasangan sentiasa dekat. Ada peluang berbual, luahkan rasa sayang, rindu dendam, segala kata-kata yang boleh menguatkan emosi dan dalaman anda. Kongsi rasa tentang apa yang anda lakukan dengan anak-anak. Pasti suami akan rasa lebih dihargai dan bahagia walaupun tidak dapat turut serta membesarkan anak-anak bersama anda.
BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 2
BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 3
Bulan Disember paling ditunggu-tunggu terutama buat pelajar-pelajar sekolah. Mana tidaknya, cuti sekolah
yang panjang sudah tentu mahu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga tercinta. Anak-anak
pasti sudah bijak bertanya ke mana destinasi percutian yang akan dikunjungi.
Bila ditanya soalan itu, anda haruslah bijak untuk menjawabnya kerana suda pasti anak-anak ini mahukan per-
cutian yang menyeronokkan bagi mengisi masa cuti sekolah mereka. Bagi ibu bapa yang belum ada apa-apa
rancangan bercuti melainkan pulang ke kampung kerana menghadiri majlis kenduri kahwin dan melawat
keluarga di kampung perlulah menjelaskan kepada mereka dengan baik. Sekiranya tuntutan kerja ibu bapa tid-
ak dapat dielakkan, berbincanglah sebaiknya dan rancanglah percutian anda dimasa cuti sekolah yang akan
datang tetapi jangan sesekali berjanji kerana pasti mereka menuntutnya kelak.
Sekurang-kurangnya bawalah mereka berhibur di taman permainan dan menonton wayang di waktu hujung
minggu atau cuti umum.
Memandangkan perbelanjaan pun sekarang ni semakin meningkat dengan keadaan ekonomi tidak menentu
jadi kawal perbelanjaan anda. Gunalah pendekatan membawa anak-anak bersiar-siar di kawasan berdekatan
tempat tinggal saja atau pergi ke tempat-tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Maklumlah
tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula. Sekarang ni musim cuti sekolah dan tidak lama lagi akan ber-
mula lah musim persekolahan baru maka persiapan sekolah amatlah diperlukan.
Berikut tips mengurangkan kos perbelanjaan persekolahan anak yang bakal naik sekolah yang turut menjadi
panduan sewaktu berbelanja.
1. Senarai Pendekan Keperluan Yang Wajib Dibeli
Barangan yang tersenarai dalam keperluan masuk alam persekolahan adalah seperti baju sekolah, beg sekolah,
baju sukan, buku-buku tulis, buku aktiviti dan latihan, kasut sekolah, stoking, tudung, skaf dan juga alat tulis.
Utamakan yang perlu sahaja, manakala barang-barang yang lain boleh dibeli dari semasa ke semasa apabila
diperlukan.
2. Pakaian Sekolah
Jika anak baru menginjak tahun 1 atau tingkatan 1, baju sekolah dan baju sukan memang wajib beli baru. Teta-
pi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan kain/seluar sekolah mereka jika masih elok dan tidak singkat
kita boleh gunakan semula untuk tahun baru persekolahan atau pun hanya perlu sediakan sepasang sahaja.
3. Buku tulis
Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun, kerana terlalu
banyak. Beli dulu mengikut subjeknya dan keperluan, andai tidak mencukupi, beli kemudian hari. Begitu juga
dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, guna semula.
4. Beli Barangan Lebih Awal
Disarankan anda membeli kelengkapan sekolah bermula awal November bagi mengelakkan masalah lain. An-
da juga boleh putuskan keperluan yang boleh dibeli untuk bajet gaji Oktober, November dan Disember. Con-
tohnya anda boleh beli kasut dan beg sekolah gaji bulan Oktober, baju sekolah, stokin, tracksuit gaji bulan
November, dan buku-buku serta alat tulis di beli pada gaji bulan Disember. Jadi tidaklah terlalu terbeban.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan
Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )