BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Kejayaan Atau Kegagalan An- tara Dua Pilihan 2. Langkah- langkah Relaksasi Otot 3. Direktori Wakil AKRAB 4. Sambungan Langkah- Langkah Relaksasi Otot BULETIN BIL. 142/ MAC 2015 Sumber : Internet. Hari demi hari kita merentasi kehidupan antara senyuman dan tangisan yang menghiasi setiap langkah dalam perjuangan. Ada yang jatuh kemudian dapat bangun semula dan ada yang terus jatuh dalam penyesalan. Dalam kehidupan kita, susah dan senang pastinya silih berganti. Selepas satu kesusahan datang satu kesulitan yang lain pula. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesulitan itu terletak antara dua kesenangan. Begitulah roda kehidupan yang sentiasa berputar, gagal tidak bererti kita tewas dan berjaya tidak semestinya kita menang. Jangan terlalu kecewa ketika kegaga- lan mengundang suasana. Apa yang telah berlaku telah ditakdirkan. Untuk itu, anggaplah segalanya adalah ujian Tuhan semata-mata, untuk menilai sekuat manakah keimanan kita ketika menghadapi kegagalan dan sejauh mana redha kita menerimanya. Berusahalah untuk bangkit semula agar mendapat kejayaan. Mungkin ada yang berkata “Berat mata memandang berat lagi bahu yang mem- ikul”. Adakah ini bermakna kita cuba memprotes ketentuan yang telah ditetap- kan Ilahi? Aduhai teman, timbanglah segala keputusan dengan neraca keimanan, pandanglah dengan mata hati dan putuskanlah berlandaskan Al-Quran dan As- Sunnah, nescaya kita akan dapat melihat seribu satu hikmah. Fahami dan tero- kailah dengan hati yang redha di mana letaknya diri kita “antara dua pilihan” ini, menjadi hamba yang redha dan bersyukur walau diberi nikmat yang sedikit atau menjadi hamba yang kufur: Jalan mana yang ingin kita pilih? Tepuk dada tanyalah iman. Ketahuilah bahawasanya kemenangan itu akan terhasil selepas merasai kesabaran dan kejayaan pula akan tercapai selepas merasai kegagalan. Ingatlah, kita yang pernah merasai betapa peritnya sebuah kegagalan pastinya akan lebih mengecapi manisnya sebuah kejayaan. Berbanding mereka yang mengecapi manisnya se- buah kejayaan tanpa didahului dengan kegagalan. Kemanisan dapat juga dirasai tetapi tidak semanis manusia yang pernah merasai kegagalan. Sesungguhnya ti- ada manusia yang tidak pernah merasai kegagalan.
6
Embed
ISU KELUARAN - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Mac 2015...otot-otot biceps menjadi tegang. Gerakan Ke-4 Bertujuan untuk melatih otot-otot
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 142/ MAC 2015
1. Kejayaan Atau
Kegagalan An-
tara Dua Pilihan
2. Langkah-
langkah
Relaksasi Otot
3. Direktori Wakil
AKRAB
4. Sambungan
Langkah-
Langkah
Relaksasi Otot
BULETIN BIL. 142/ MAC 2015
Sumber : Internet.
Hari demi hari kita merentasi kehidupan antara senyuman dan tangisan yang
menghiasi setiap langkah dalam perjuangan. Ada yang jatuh kemudian dapat
bangun semula dan ada yang terus jatuh dalam penyesalan.
Dalam kehidupan kita, susah dan senang pastinya silih berganti. Selepas satu
kesusahan datang satu kesulitan yang lain pula. Kesenangan itu terletak antara
dua kesusahan dan kesulitan itu terletak antara dua kesenangan.
Begitulah roda kehidupan yang sentiasa berputar, gagal tidak bererti kita tewas
dan berjaya tidak semestinya kita menang. Jangan terlalu kecewa ketika kegaga-
lan mengundang suasana. Apa yang telah berlaku telah ditakdirkan. Untuk itu,
anggaplah segalanya adalah ujian Tuhan semata-mata, untuk menilai sekuat
manakah keimanan kita ketika menghadapi kegagalan dan sejauh mana redha
kita menerimanya. Berusahalah untuk bangkit semula agar mendapat kejayaan.
Mungkin ada yang berkata “Berat mata memandang berat lagi bahu yang mem-
ikul”. Adakah ini bermakna kita cuba memprotes ketentuan yang telah ditetap-
kan Ilahi? Aduhai teman, timbanglah segala keputusan dengan neraca keimanan,
pandanglah dengan mata hati dan putuskanlah berlandaskan Al-Quran dan As-
Sunnah, nescaya kita akan dapat melihat seribu satu hikmah. Fahami dan tero-
kailah dengan hati yang redha di mana letaknya diri kita “antara dua pilihan”
ini, menjadi hamba yang redha dan bersyukur walau diberi nikmat yang sedikit
atau menjadi hamba yang kufur: Jalan mana yang ingin kita pilih? Tepuk dada
tanyalah iman.
Ketahuilah bahawasanya kemenangan itu akan terhasil selepas merasai kesabaran
dan kejayaan pula akan tercapai selepas merasai kegagalan. Ingatlah, kita yang
pernah merasai betapa peritnya sebuah kegagalan pastinya akan lebih mengecapi
manisnya sebuah kejayaan. Berbanding mereka yang mengecapi manisnya se-
buah kejayaan tanpa didahului dengan kegagalan. Kemanisan dapat juga dirasai
tetapi tidak semanis manusia yang pernah merasai kegagalan. Sesungguhnya ti-
ada manusia yang tidak pernah merasai kegagalan.
BULET IN BIL. 142/ MAC 2015 Mukasurat 2
Relaksasi merupakan salah satu teknik yang efektif untuk mengurangkan ketegangan pada diri seseorang. Dengan melakukan relaksasi juga boleh membantu menurunkan tekanan darah pada penderita hipertensi.
Gerakan Dan Penjelasan Mengenai Otot-Otot Yang Dilatih
Gerakan Pertama (Mengenggam tangan)
Untuk melatih otot tangan, sambil membuat suatu genggaman. Se-
makin lama genggaman semakin kuat.
Gerakan Ke-2 ( Untuk tangan bahagian belakang)
Gerakan ke-2 untuk melatih otot tangan bahagian belakang.
Gerakan dilakukan dengan cara menekuk kedua lengan ke belakang
pada pergelangan tangan sehingga otot-otot di tangan bahagian
belakang dan bawah tangan menegang, jari-jari menghadap ke atas.
( Gambar 2)
Gerakan Ke-3
Untuk melatih otot-otot Biceps. Otot biceps adalah otot besar yang
terdapat di bahagian atas pangkal lengan (lihat gambar 3).
Gerakan ini dimulakan dengan cara menggengam kedua tangan sehing-
ga menjadi kepalan kemudian bawa kedua kepalan ke bahu sehingga
otot-otot biceps menjadi tegang.
Gerakan Ke-4
Bertujuan untuk melatih otot-otot bahu. Relaksasi otot-otot bahu
dapat dilakukan dengan cara mengangkat kedua bahu setinggi-
tingginya dibawa hingga menyentuh kedua telinga.
Fokus perhatian gerakan ini kita dapat merasakan ketegangan yang
terjadi di bahu, punggung atas dan leher.
BULET IN BIL. 142/ MAC 2015 Mukasurat 3
Sambungan...
Gerakan ke 5 – ke 8
Bertujuan untuk melatih otot-otot wajah.
Otot-Otot wajah yang dilatih adalah seperti otot-otot dahi, mata, rahang dan mulut.
Gerakan ke-5
Gerakan pada dahi dilakukan dengan cara mengerutkan dahi.
Gerakan ke-6
Bertujuan untuk mengendurkan otot-otot mata.
Dimulakan dengan menutup mata sekuat-kuatnya sehingga dapat dirasakan ketegangan di sekitar
mata dan otot-otot pada pergerakan mata.
Gerakan ke-7
Bertujuan untuk mengendurkan ketegangan yang dialami oleh otot-otot rahang dengan cara
mengatupkan rahang, diikuti dengan menggigit-gigit gigi sehingga ketegangan di sekitar otot-otot
rahang.
Gerakan ke-8
Dilakukan untuk mengendurkan otot-otot sekitar mulut.
Bibir dimuncungkan sekuat-kuatnya sehingga dirasakan ketegangan di sekitar mulut.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pen-galaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )