1 BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018 BULETIN BIL. 3/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) GANGGUAN TIDUR 2) KESAN EMOSI TERHADAP MANGSA GANGGUAN SEKSUAL 3) TIPS RAMADHAN DAN RAYA 4) GAMBAR PROGRAM 5) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI Pengenalan Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk: Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain. Penyalahgunaan dadah dan alkohol Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang Tanda-tanda dan gejala Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia) Tidur yang terlalu sedikit (insomnia) Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth- grinding) dan sebagainya. Kesan dan akibat Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal. Anda akan : Letih dan mengantuk pada siang hari Cepat menjadi marah Sukar mengawal emosi Sukar memberi tumpuan/perhatian Kerap membuat kesilapan Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan MEI-JUN
10
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 3/ 2018 MEI JUNrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Mei&Jun... · BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018 BULETIN BIL. 3/ 2018BULETIN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018
BULETIN BIL. 3/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
1) GANGGUAN
TIDUR
2) KESAN EMOSI
TERHADAP
MANGSA
GANGGUAN
SEKSUAL
3) TIPS
RAMADHAN
DAN RAYA
4) GAMBAR
PROGRAM
5) DIREKTORI
WAKIL
AKRAB / SPPSI
Pengenalan
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.
Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk:
Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur
Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Tanda-tanda dan gejala
Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.
Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal. Anda akan :
Gangguan seksual adalah salah satu masalah yang berlaku di dalam masyarakat samada di tempat kerja atau di rumah. Lelaki selalunya dianggap sebagai pemangsa manakala perempuan sebagai mangsa gangguan seksual. Namun tidak dapat dinafikan bahawa perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Pemangsa tidak mengira umur, agama, bangsa serta status mangsa. Apa yang agak memalukan adalah kanak-kanak turut menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid dalam bukunya “Gangguan Seksual” menyatakan bahawa gangguan seksual adalah merupakan perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu individu lain. Keadaan ini menyebabkan mangsa berasa terancam, dihina, dipermalukan, dicabul maruah atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman di sesuatu tempat. Manakala Wilson (1955) mengaitkan gangguan seksual ini dengan perilaku pekerja lelaki yang berbentuk seksual dan biasanya atas dasar kuasa jawatan yang disandang oleh lelaki berkenaan.
Faktor – faktor
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya isu atau masalah gangguan seksual ini. Antara faktor atau penyebab tersebut adalah tarikan fizikal atau personaliti yang menarik. Bentuk badan yang menarik dan seksi adalah menjadi idaman setiap individu terutamanya golongan wanita. Pemangsa yang tertarik dengan bentuk fizikal seseorang individu akan mencuba untuk menghampirinya dan melakukan gangguan seksual.
Selain itu, cara pemakaian individu turut mengundang ke arah gangguan seksual yang tidak diingini. Ada wanita yang suka berpakaian seksi dan mencolok mata. Mereka dengan sengaja ingin mendedahkan bahagian badan mereka dengan anggapan ia adalah seksi dan menarik. Namun secara tidak langsung perbuatan mereka menyebabkan gangguan pada diri mereka dari pelbagai aspek. Tapi terdapat juga gangguan kepada mereka yang berpakaian sopan.
Pergaulan sosial yang tidak ada batasan juga merupakan penyebab gangguan seksual. Dalam zaman moden ini lelaki dan perempuan beramah mesra dan bergaul tanpa mengira batasan. Ekoran daripada pergaulan itu akan mendorong kepada berlakunya gangguan seksual.
Selain itu kuasa turut menjadi faktor gangguan seksual. Di kebanyakan tempat, lelaki biasanya memegang kuasa atau jawatan yang tertinggi berbanding wanita. Kuasa yang dimiliki boleh mendorong mereka memenuhi naluri seksual dengan melakukan gangguan seksual terhadap anggota bawahan.
Di samping itu, budaya masyarakat setempat juga turut merupakan pendorong ke arah gangguan
seksual. Lelaki yang takut hilang status/kuasa akan bersikap ego apabila dicabar oleh individu lain. Hal
ini disebabkan lelaki mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan mereka
membuli secara seksual golongan perempuan yang lemah. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan
4
BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018
Kesan – kesan
1) Psikologi
Kesan gangguan seksual bukan hanya pada masa gangguan tersebut berlaku. Malah ia turut memberi kesan yang mendalam dan adakalanya untuk jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa kesan yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual, antaranya adalah kesan psikologi dan kesan emosi.
Kesan psikologi adalah seperti mangsa akan hilang motivasi. Individu yang rajin bekerja akan hilang motivasi untuk berbuat demikian selepas menjadi mangsa gangguan seksual selain hilang minat dalam sesuatu perkara atau dirinya sendiri.
Kemungkinan besar individu tersebut juga akan mempunyai parasaan untuk membunuh diri, mengasingkan diri dan suka berada berseorangan. Dia akan mengalami kemurungan dan trauma. Ada juga mangsa yang akan berasa rendah diri dan bersalah serta dirinya tidak lagi sempurna seperti sebelum gangguan seksual dan menjijikkan. Mereka juga turut dipinggirkan oleh masyarakat.
2) Emosi
Dari segi emosi, mangsa gangguan seksual akan menanggung malu kerana masyarakat akan memandang serong terhadap mereka. Mereka juga akan hidup dalam ketakutan mengenangkan perkara yang telah berlalu dan takut untuk meneruskan kehidupan seperti dahulu. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan negatif terhadap kerjaya individu tersebut. Mangsa tersebut akan mengalami tekanan dan sekiranya tidak dirawat berkemungkinan besar akan menjurus kepada komplikasi yang lain.
Peranan Individu dan Organisasi Dalam Mengendalikan Gangguan Seksual
1) Individu
Isu ini perlu ditangani secara bersama demi menjamin keharmonian dan ketenteraman masyarakat terutamanya golongan wanita. Namun ia memerlukan peranan dan sokongan pelbagai pihak untuk mengatasinya. Antaranya adalah penglibatan diri sendiri dan organisasi yang amat penting dalam menangani isu ini. Kaum wanita perlu mengelak daripada bekerja lebih masa terutamanya apabila berseorangan. Cuba mencari alternatif lain seperti membawa balik kerja yang belum disiapkan ke rumah. Namun sekiranya terpaksa atau tiada pilihan lain pastikan kehadiran diketahui oleh orang lain.
Cara pemakaian yang mencolok mata serta yang tidak sesuai turut mengundang bahaya. Berpakaianlah secara sopan dan sesuai mengikut keadaan.
Gaya komunikasi dan perilaku turut menjadi elemen yang penting dalam konteks gangguan seksual. Ada kebarangkalian penyampaian mesej dengan bahasa lisan dan bukan lisan yang tidak betul disalah anggap oleh penerima mesej. Jadi, adalah menjadi tanggujawab seseorang individu untuk menyampaikan mesej dengan gaya yang betul.
Kita juga seharusnya menjadi asertif. Sekiranya kita berasa diri kita menjadi mangsa gangguan seksual maka adalah lebih elok untuk kita berterus terang memberitahu perkara tersebut kepada pemangsa dan kawan-kawan yang lain agar mereka sedar akan perkara tersebut. Mangsa perlu tampil ke depan dan adukan setiap gangguan seksual kepada pihak atasan atau pengurus sumber manusia. Keadaan ini dapat mengelak peristiwa tersebut berlaku secara berulang-ulang serta mempastikan pemangsa menerima hukuman setimpal.
2) Organisasi Organisasi merupakan rumah kedua bagi sesetengah pekerja tidak kira swasta atau kerajaan. Oleh itu, majikan perlu mempastikan tempat dan suasana bekerja adalah selamat. Contohnya kedudukan ruang kerja (work station) seseorang individu tidak terasing daripada pekerja yang lain.
Selain itu, organisasi juga bertanggungjawab untuk menyediakan peraturan bertulis mengenai isu tersebut dan pastikan ia sampai ke semua golongan pekerja.Tidak hanya cukup setakat mengadakan peraturan bertulis tetapi organisasi perlu memastikan peraturan tersebut dikuatkuasakan. Misalnya jangan memandang remeh aduan-aduan berkaitan gangguan seksual yang diterima. Majikan perlu menyiasat perkara ini dan melaporkan kepada pihak berkaitan dengan segera.
Kesimpulannya kerjasama semua lapisan masyarakat adalah amat penting untuk membendung masalah ini.
5
BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018
6
BULETIN BIL. 3/ MEI-JUN 2018
Hari Raya Aidilfitri akan bakal menjelang, namun dalam meyambut perayaan itu anda seharusnya bijak mengawal perbelanjaan. Ketahui tips untuk elak pembaziran sewaktu anda bersiap untuk menyambut Hari Raya.
Berikut adalah tips untuk anda jimatkan wang dan supaya anda tidak perlu mengikat perut selepas menyambut musim perayaan yang akan datang.
Sediakan dan jangan lari dari bajet anda!
Ini adalah perkara paling asas namun penting dalam menjimatkan wang. Ketepikan sebahagian dari wang simpanan anda untuk perbelanjaan hari raya, selain untuk kecemasan. Walaupun begitu, jangan belanjakan wang anda untuk barang-barang yang mahal.
Ketika anda ingin berbelanja, ingat 3 perkara ini:
Adakah ia keperluan atau kehendak?
Adakah anda mampu?
Ada pilihan lain yang lebih murah?
Selain daripada itu, sentiasa peka dengan tawaran diskaun, potongan harga serta jualan murah.
Jika anda inginkan lebih penjimatan, berbelanjalah pada saat-saat akhir. Kebiasaannya, untuk menghabiskan stok, peniaga akan menawarkan potongan harga dan kadar diskaun yang amat tinggi. Namun, bersiap sedia untuk bersesak-sesak kerana ramai orang turut mempunyai strategi yang sama! Namun kaedah ini mungkin tidak sesuai kepada anda.
Rancang dari awal
Perancangan awal amat penting, terutama sekali untuk perjalanan pulang ke kampung. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, tiket akan menjadi lebih mahal dan habis pada saat-saat akhir. Untuk lebih penjimatan, tempah tiket anda secara berkumpulan. Kadang-kala,ia melayakkan anda untuk mendapat diskaun. Rancang la perjalanan balik kampung anda.
Anda juga boleh berjimat jika anda memandu sendiri. Jika anda mempunyai rakan-rakan yang menuju ke destinasi yang sama, kongsi kenderaan untuk menuju ke destinasi anda. Jangan lupa untuk sediakan pelan alternatif untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
Dari perspektif yang lain, rancang juga perbelanjaan untuk kuih raya. Anda tidak perlu menyediakan atau membeli semua kuih raya yang anda inginkan. Rancanglah bersama keluarga anda, dengan setiap orang menyediakan sejenis kuih. Dengan cara tersebut, anda akan dapat menikmati berbagai jenis kuih pada kos yang lebih rendah.
Suai padan barang-barang anda
Bagaikan menjadi satu tradisi, setiap kali Aidilfitri menjelang, akan ada kecenderungan untuk menukar perabot dan pakaian baru. Apa kata pada tahun ini, tukar cara perbelanjaan anda dengan menyuai padankan pakaian dan ubah tatarias rumah anda untuk menimbulkan suasana serba baru.
Jika anda tidak boleh mengelakkan dari berbelanja, sediakan bajet anda secukupnya. Elak dari berbelanja secara berlebihan. Senaraikan keperluan yang anda mahu dan bandingkan harga barangan tersebut. Lebih banyak anda beli maka lebih banyak juga duit yang digunakan.
Gunakan langkah-langkah ini, ikut perancangan anda dan bersedia untuk pengalaman Aidilfitri yang lebih bermakna sebalik berjimat secara bijak!
Walaupun kita masih lagi dalam bulan Ramadhan, tidak salahnya untuk bersedia lebih awal. Gunakan langkah-
langkah ini, ikut perancangan anda dan bersedia untuk pengalaman Aidilfitri yang lebih bermakna.