BAB 1 PENJELASAN MASALAH Pendahuluan Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja. Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENJELASAN MASALAH
Pendahuluan
Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan
ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti
dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti
seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja.
Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan
dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian
tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang
berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk
kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang.
Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan
sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan,
keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas
1
fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan
terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, sistem ini telah
terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem
psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang
dibuat oleh seseorang kanak-kanak.
Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang
serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa.
Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun.
Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun.
Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh
tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut
mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil
dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya
daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran
terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan,
didikan agama dan gaya hidup ( Ahmad Tarmizi Zakaria, 2008 ).
Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-
nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi
kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi
kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan
al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
2
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta
kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya,
kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-
jauhnya.” (An-Nisa’ : ayat 136)
Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses
pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali (1974),
personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja
terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran
mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai
kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses
pembelajaran.
Penjelasan Masalah
Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor penting dalam pembentukan
personaliti remaja. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan
ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat
menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi
bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis.
Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam
pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.
3
Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja
khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya,
adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan
perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber
utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat
ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang
tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan
berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja
tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi
personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca
kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.
Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ
yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti
permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. (Goldfarb dalam Wan Azmi, 1987).
Faktor kedua pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir
seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding
dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan
pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk,
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan
masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik
(T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi
4
perkembangan personaliti remaja. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan
pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi
pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas
atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970).
Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan
dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap
perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun
penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok
teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi
pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya
mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di
sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Remaja yang berasal daripada
keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib
dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat.
Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan
personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja
yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk
menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya
kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan
remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin
5
ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh,
mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk
terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai
masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh
membawa kepada masalah sosial ini.
Tujuan Penyelidikan
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama:
1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti
remaja.
2. Untuk mengenal pasti tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar.
3. Untuk mengenal pasti pembentukan personaliti remaja berkait dengan adab-adab
belajar.
6
Beberapa Persoalan Yang Akan Dijawab
1. Apakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti
remaja?
2. Adakah terdapat tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar?
3. Adakah pembentukan personaliti remaja itu berkait rapat dengan adab-adab
belajar?
Kepentingan Penyelidikan Ini
Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat
berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru dalam menghadapi
dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan permasalahan-permasalahannya.
Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah untuk
menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang
pentingnya adab-adab belajar ketika menuntut ilmu bagi membentuk personaliti yang
positif.
7
Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang lebih mendalam
dalam bidang yang sama.
Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar dapat
membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi remaja yang sihat
dari segi mental, fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan matang dalam pembentukan
personaliti remaja.
Batasan Kajian
Kajian ini menfokuskan kaedah konstruktif dalam pembentukan personaliti remaja
berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa
Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks
pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud
diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu
pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
aktif dalam merealisasikan teori ini.
8
Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian perpustakaan iaitu koleksi jurnal serta
buku-buku tentang tajuk yang dikemukakan dan maklumat-maklumat yang didapati
melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan.
Istilah
Pembentukan : Perihal perbuatan atau usaha membentuk.
Personaliti : Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang
membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu
merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.
Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran,
kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport
1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep
personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal
setiap individu yang menentukan tingkah laku dan
pemikiran.
Remaja : Dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada
perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar”
atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Ini
bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan
9
bukannya jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ialah
proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan
yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam
masyarakat. Secara praktikalnya, zaman remaja dilihat
sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan
berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan
suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak dengan
zaman dewasa.
Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman
‘storm and stress’. Ini kerana remaja akan mengalami
perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon
tubuh badan dan perlu disesuaikan dengan harapan dan
kehendak masyarakat. Oleh itu, remaja akan sentiasa
menghadapi konflik dalam memenuhi keperluan
kejantinaan, perkembangan egoistik, tingkah laku tidak
menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja
juga bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil
baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa,
biasanya pelajar-pelajar ini berumur di antara 12 hingga 17
tahun.
10
Berdasarkan : Berasakan, bersandarkan atau berlandaskan.
Islam : Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kesimpulan
Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung
kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan
yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses
perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga
walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah
satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu
bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan
mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.
Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-
nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi
kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi
kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan
al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.
11
Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim.
Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang
sunat. Imam Syafi’i r.a. berkata “menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat.”
Dalam perkembangan yang sama Abu Darda’ pula diriwayatkan berkata “kiranya saya
dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun
beribadat sepanjang malam. Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua
orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain dari keduanya
adalah sia-sia belaka, tiada berguna sama sekali”.
12
BAB II
KAJIAN LAMPAU
Pendahuluan
Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung
kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan
yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses
perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga
walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah
satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu
bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan
mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.
Tahap remaja merupakan satu jangkamasa yang penuh dengan cabaran di mana di
peringkat awal, remaja mula belajar meneroka kehidupan sosial secara berdikari
walaupun masih berada dalam lingkungan kawalan keluarga. Semakin lama remaja
berada di dalam alam persekolahan semakin luas dunia persekitaran mereka sehingga
13
melangkaui lingkungan keluarga dan jiran-jiran terdekat. Sesuai dengan tuntutan emosi
mereka, remaja mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari luar
kawasan tempat tinggal mereka serta persekitaran yang lebih kompleks (Harre & Lab
dlm. Iran 1996).
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),
keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan
pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam
alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di Barat telah menunjukkan
bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup
remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan
pencapaian akademik (Fatanah, 1997).
Proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini
disebabkan zaman remaja adalah zaman di mana jiwa mereka mudah memberontak,
mereka sering mengalami keadaan ketidaktentuan emosi, konflik dengan keluarga,
mengasingkan diri dan bersikap menentang nilai-nilai murni keluarga dan masyarakat
(Papalia, Old & Feldman 1998). Di peringkat ini juga personaliti remaja terbentuk yang
kebiasaannya dipengaruhi oleh rakan sebaya dan keluarga.
Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak
kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan
pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
14
Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah
mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang
kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah
dalam membentuk keperibadian manusia, orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian
manusia, membentuk sifat-sifat yang khas dan mengarahkan tingkah lakunya ke satu arah
tertentu.
Menurut Imam Al-Ghazali (1083M) dari jiwa terbit semua perbuatan yang senang
dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul
perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan
personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka
dinamakan personaliti yang buruk. (Al–Ghazali disebut dalam Tajul Ariffin Noordin,
1990).
Definisi Personaliti
Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan dan melahirkan
personaliti mereka. Oleh sebab itu, bagaimanakah kita hendak mentakrifkan personaliti?
Kepada orang biasa, konsep personaliti mungkin merupakan satu pertimbangan nilai atau
huraian yang subjektif. Jika kita suka akan seseorang, ia adalah disebabkan kita
mengatakan dia mempunyai personaliti yang baik dan begitulah sebaliknya.
15
I. Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger (1930).
Menurut beliau, personaliti ialah “apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan
tentang seseorang”. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan
fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas.
II. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren
& Carmichael (1930). Menurut mereka, personaliti ialah “organisasi dinamik
dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang
menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya”.
Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain
tentang personaliti. Misalnya, Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima
puluh definisi. Memandangkan terlalu banyak definisi yang telah dikemukakan maka
tidak hairanlah sekiranya tidak ada satu definisi personaliti pun yang dipersetujui umum.
Yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa
perkara iaitu:
I. Kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam
mengkaji personaliti.
II. Setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.
16
Aspek Kajian Personaliti
Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang
mempengaruhi tingkah laku. Ia juga boleh merujuk kepada individu dan memperhatikan
tingkah laku mereka, manakala personaliti boleh juga ditakrifkan dari segi ciri yang
hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak boleh diperhatikan secara
langsung. Ia juga merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan individu lain. Maka
yang demikian, beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman
bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan
antara individu.
Adalah jelas bahawa kita boleh memberikan beberapa definisi tentang personaliti.
Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan
penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut ada yang
konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan
tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi
sesama mereka. Ia mungkin juga menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan
secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.
17
Pembahagian Personaliti
Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Allport (1961) telah
membahagikan personaliti kepada tiga bahagian: kesan luaran, struktur dalaman, dan
pandangan positif.
I. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan
topeng. Ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana
ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia
juga merujuk kepada kecekapan sosial. Definisi ini tidak mengambil kira ciri-ciri
dalaman yang terdapat pada seseorang.
II. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng
semata-mata, tetapi merangkumi struktur psikologi atau psikofizikal. Pendekatan
ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Banyak definisi personaliti
tergolong dalam pendekatan yang kedua ini. Namun, pendekatan ini dikritik
kerana ciri dalaman tidak boleh diperhati, oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara
saintifik.
III. Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar,
seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti adalah satu
konstruk dan sistem konstruk yang kompleks. Sebagai satu konstruk, ia ditafsir
daripada pemerhatian tingkah laku. Pada masa yang sama, ia terdiri daripada
beberapa bahagian kecil, setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Setiap
18
satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan
setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.
Konsep Personaliti
Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan
pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
I. Pengertian pertama tentang personaliti merujuk kepada kemahiran sosial.
Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya
mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi.
Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang
lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya, sekiranya
seorang guru mengatakan dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
masalah personaliti dalam kelasnya, ini bermakna pelajar berkenaan tidak
mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk membolehkannya berhubung
dengan cara yang memuaskan dengan guru dan juga rakan-rakan dalam kelasnya.
II. Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan
oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh sebab itu, seseorang itu
boleh dikatakan mempunyai “personaliti agresif” atau “personaliti submisif” atau
“personaliti penakut”. Bagi setiap satu contoh yang diberikan tadi, kita telah
memberikan atribut atau kualiti untuk menerangkan seseorang. Atribut atau kualiti
19
tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain.
Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti, adalah jelas bahawa
konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang.
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas.
Yang dimaksudkan dengan persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yang
ada pada seseorang. Walau bagaimanapun, maksud ini tidak kekal kerana perkataan
persona kemudiannya memberikan beberapa pengertian, antaranya termasuklah ciri-ciri
dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran.
Perkembangan Personaliti
Konsep perkembangan memberi implikasi bahawa terdapat perubahan. Oleh itu,
konsep perkembangan personaliti merujuk kepada perubahan yang berlaku, sama ada
secara perlahan atau mendadak, dalam kehidupan atau personaliti seseorang. Segala
perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat atau tahap. Ahli psikologi
menggunakan konsep tahap apabila membicarakan zaman peralihan dalam kehidupan
manusia.
Misalnya, Freud (1949), membahagikan personaliti kanak-kanak kepada tiga
tahap psikoseksual, iaitu tahap mulut, dubur, dan zakar. Bagi setiap satu tahap tersebut
akan terdapat pembentukan emosi yang unik.
20
FREUD
Tahap Mulut (Oral) Tahap Zakar (Falik)
Bayi umur 3-6 tahun
Tahap Dubur (Anal)
umur 1-3 tahun
Mengikut Erikson (1962) pula, perkembangan personaliti boleh dibahagikan
kepada lapan tahap psikososial. Empat tahap pertama dalam model perkembangan
Erikson berlaku pada zaman bayi dan kanak-kanak; tahap kelima merupakan zaman
peralihan yang berlaku pada zaman remaja; dan tiga tahap lagi berlaku pada zaman
dewasa iaitu awal dewasa, umur pertengahan dan umur tua. Setiap satu daripada tahap
tersebut mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri.
ERIKSON
Zaman Bayi & Kanak-Kanak Zaman Dewasa
Bayi Awal Dewasa (18-35 tahun)
Umur 1-3 tahun Usia Pertengahan
Umur 3-6 tahun (35-60 tahun)
Umur 6- 12 tahun Umur Tua
(60 tahun keatas)
Zaman Remaja
(12-18 tahun)
21
Proses Pembentukan Personaliti
Teori kognitif sosial memberi penekanan kepada dua proses yang berlainan
daripada teori pembelajaran lain tentang personaliti iaitu pembelajaran dengan cara
pemerhatian dan pengawalan diri sendiri. Pembelajaran pemerhatian melibatkan
kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatikan orang lain. Pengawalan
diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan
bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Kedua-dua proses ini melibatkan proses
pemikiran (kognitif), dan kedua-dua proses di pengaruhi oleh dendam dan ganjaran, tetapi
tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut.
Membentuk Personaliti Muslim
Dalam sesebuah masyarakat dan negara yang ingin menjadi aman dan makmur
adalah penting bagi setiap individu dibentuk berteraskan Islam. Setiap individu Muslim
perlu dibentuk mengikut ajaran Allah s.w.t. Seorang Muslim akan menjadi mukmin yamg
menghayati seluruh ajaran Islam dan berusaha menerapkan nilai-nilai hidup Islam dalam
kehidupan.
Setakat mengubah nama atau adat resam lahir sahaja tidak mencukupi bagi
individu Muslim mencapai objektifnya. Yang lebih penting ialah mengubah hati
nuraninya supaya menjadi benar-benar mengenali dan memahami hakikat Islam.
Kesedaran itu mesti lahir dari jiwa seseorang supaya Islam dijadikan satu cara hidup yang
22
menyeluruh. Islam harus dijadikan obor yang dapat menerangi liku-liku dalam hidup dan
juga sebagai teras kekuatan untuk bertahan terhadap ancaman-ancaman ke atas
kesejahteraan umat Islam. Islam sebagai cara hidup boleh dijadikan nilai pengukur untuk
membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik.
Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk
daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat
dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan
peribadi yang teguh dan lupus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang
hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudah mengalah kepada sebarang tipu daya di
dunia ini.
Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti
dan kesopanan serta malarang akhlak yang buruk. Iman dalam Islam tidak akan sempurna
tanpa menghasilkan amal soleh dan akhlak yang mulia. Menurut seorang tokoh Islam,
Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya khuluq al-Muslim,
Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya, kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terjerumus pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain.
23
Personaliti Mengikut Pandangan Islam
Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara
umumnya akhlak. Secara ringkasnya personaliti atau akhlak boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Dipetik dalam psikologi
personaliti, (2006).
Personaliti mengikut perspektif Islam tidak bertentangan dengan teori
behaviourisme. Sebagai contoh, Islam mengakui pengaruh alam sekitar ke atas
perkembangan fitrah, seperti sebuah Hadis yang bermaksud, “Setiap kanak-kanak
dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi”. Tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia itu menjadi hamba
kepada alam sekitar, seperti pendapat pakar-pakar behaviourisme. Tidak dinafikan
bahawa alam sekitar memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku
seseorang, tetapi al-Quran tidak menganggapnya sebagai satu faktor sahaja yang
mempengaruhi tingkah laku .
Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan
personaliti individu Islam ialah taubat, takut kepada Allah s.w.t. sabar, syukur, ikhlas,
tawakal, cinta kepada Allah s.w.t., redha qadak dan qadar Allah dan mengingati mati.
Sifat-sifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu Islam ialah tamak kepada
makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil atau kedekut, megah, cinta kepada dunia,
marah, takbur dan riak atau menunjuk-nunjuk. (Habibah Elias dan Noran Fauziah
Yaakub, 2006).
24
Sebagai contoh, sabar ialah satu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh
individu Muslim. Seorang Muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa
melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya.
Menurut kaca mata Islam, orang yang perkasa bukanlah seorang yang mempunyai
kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Sebaliknya, orang
yang perkasa ialah orang yang dapat bertindak dengan pertimbangan dan sabar serta
mampu mengawal nafsunya ketika marah.
Seorang yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika kusut,
menguasai diri ketika dalam kesulitan sebenarnya menunjukkan kekuatannya.
Rasulullah s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat
marah (Hadis riwayat Bukhari). Seorang Muslim yang sebenar tidaklah marah, sebaliknya
dia mudah redha. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan balas dendam untuk
mempertahankan harga dirinya, kecuali terhadap orang yang tidak menghormati hak-hak
Allah seperti menghalalkan apa-apa yang diharamkanNya.
Dengan latihan dan didikan yang betul, individu Muslim memperoleh sifat-sifat
yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat
terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Anggota
termasuklah mata, telinga, mulut, perut, kaki dan tangan. Apabila seseorang dapat
mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat yang baik, dia tidak terdorong untuk
melakukan sesuatu yang tercela, maka anggota badannya akan mengikut kata hati dan
lebih berhati-hati supaya tidak sampai melakukan perbuatan yang tercela. Kawalan hati
25
boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila
berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain.
Konsep fitrah dalam Islam memastikan bahawa pendidikan Islam haruslah
bertujuan menguatkan hubungan yang mengaitkan antara manusia dengan Allah. Walau
apa pun yang dipelajari oleh kanak-kanak tidak boleh bercanggah dengan prinsip ini.
Membentuk Personaliti Remaja
Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’in hingga kurun ketiga
hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan
sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi
benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian.
Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik
sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak
dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang
teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui
sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud :
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji. (Al-Qalam 68 :4)
26
Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu
memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu
dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya
membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa
yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian
ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-
aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu
menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka
terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.
Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak
dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu,
keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai
pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini
bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan
kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan
pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati.
Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan
mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan
kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah
dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka
mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.
27
Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka
belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul
berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh
perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap
diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan
fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka
timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara
berlainan jantina.
Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga
dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya
yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau
peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang
penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut
kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar
mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.
Kejadian Manusia
Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu
unsur rohani dan jasmani. Setelah melalui beberapa fasa penciptaan iaitu dari tanah
lumpur hitam yang diberi bentuk, dan kemudian menjadi tanah kering seperti tembikar,
Allah kemudian meniup roh kepadanya sehingga tercipta Adam a.s. Rohani dianggap
28
sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari
kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran.
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.( Shaad 38:71-72)
Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam
kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan
terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai
alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami
pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus
diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang
sempurna.
Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan
seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.
Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan,
percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik
oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali
29
ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh
sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman
dan generasi manusia.
Kedudukan Akal dan Hati
Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting
dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan
menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak
berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna.
Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh
mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut
Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber
kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkah laku remaja
dan memainkan peranan penting dalam tingkah laku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud :
30
Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.
Iman dan Personaliti
Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Iman
menjadi tunjang kepada rahsia memiliki personaliti yang unggul iaitu di mana kedudukan
dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang. Lukman Thaib dalam
bukunya Iman dan Keperibadian Muslim, mengungkapkan hubungan saling perlu antara
iman dan amal (tingkah laku) sebagai dua jentera yang beroperasi bagi memproses
Tidak dapat dinafikan, iman memainkan peranan dalam mencatur tingkah laku
seseorang. Menurut Yusuf Qardhawi (2001), orang yang beriman tiada rasa dengki dan
khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur dan tidak mementingkan diri.
Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada
kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para
sahabat yang digelar sebagai ‘generasi Quran’.
Iman mempunyai tiga ciri iaitu keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan
mengamalkan dengan anggota badan. Iman juga mempunyai beberapa tingkat. Tingkat
pertama adalah iman Tasdiqi. Peringkat kedua adalah iman Hali. Di peringkat ini, iman
31
menjadi sebati dalam hati seseorang dan tiada lagi keraguan pada dirinya sebagaimana
yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 15.
Keperluan manusia kepada iman umpama tubuh yang memerlukan makanan. Ini
dibuktikan melalui surah al-A’araf, ayat 172 di mana roh yang akan dimasukkan ke dalam
janin mengakui Allah adalah tuhan yang patut diimani. Dalam kata lain, beriman kepada
Allah adalah fitrah manusia. Pastinya, satu masa dalam hidup manusia, akan timbul jua
keinginan untuk mendalami fitrah ini.
Bukti iman dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia terlakar dalam
sejarah dunia apabila masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah dapat
ditransformasi kepada tamadun Abbasiyyah yang unggul. Tamadun ini dinobatkan
sebagai yang paling cemerlang dalam sejarah peradaban manusia.
Iman Merangsang Tingkah Laku Positif
Abdul Hadi Awang (1985) mengatakan bahawa manusia mempunyai perwatakan
yang dapat dilihat melalui tindak-tanduknya, sama ada dalam bentuk perkataan ataupun
perbuatan. Ini adalah kesan penghayatan iman terhadap sikap dan pemikiran individu. Ia
adalah tanda iman seseorang yang dapat dijadikan ukuran secara fizikal. Sayyid Sabiq
(1987) pula menyatakan, baik buruknya kehidupan manusia bergantung kepada keimanan
seseorang.
32
Iman dapat memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi apa sahaja
kesulitan. Perasaan takut mereka hanyalah kepada kemurkaan Allah. Justeru, mereka
tidak gentar menghadapi musuh yang ramai ataupun kekurangan harta benda.
Iman juga dapat memelihara kesucian hati. Ini disebabkan kerana orang yang
beriman meyakini Allah sentiasa melihat tingkah lakunya dan mendengar setiap gerak
hatinya. Dalam surah al-Mujadalah ayat 7, Allah menyatakan Dia Maha Mengetahui apa
yang ada di langit dan bumi. Percaya bahawa Allah melihat segala gerak-geri juga dapat
melahirkan sifat amanah dan jujur. Akhirnya, segala kegiatan harian seperti perniagaan,
pemerhatian dan pergaulan akan ditunjangi akhlak yang baik.
Antara dorongan iman yang paling besar adalah dorongan untuk beramal. Iman
dan amal adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Iman menjadi teras kepada
amal soleh dan amal soleh menjadi penyempurnaan kepada iman. 70 ayat Quran yang
mengaitkan iman dengan amal adalah bukti perkaitannya. ( Mohd Sulaiman Yasin,1987).
Dalam buku Iman dan Keperibadian Muslim, Lukman Thaib menyatakan iman
dan amal adalah dua alat yang sentiasa bergerak bagi memproses kesempurnaan dan
ketinggian keperibadian seseorang. Tambah Lukman Thaib lagi, keimanan kepada Allah
dan keesaannya turut memainkan peranan dalam membina jiwa yang mulia kerana ia
menyedari Allah adalah pemilik hakikat setiap kekuatan yang terdapat dalam alam ini.
Seorang yang beriman akan bekerja tanpa paksaan dari luar, tetapi didorong oleh
semangat dari dalam iaitu atas kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi.
33
Di atas kesungguhan orang yang beriman dalam beramal, mereka memperoleh
kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan ini tercapai kerana setiap amalannya dilakukan
dengan sebaik mungkin supaya memperoleh keredaan Allah. Di dalam ayat 105 surah at-
Taubah, Allah menyeru manusia yang baik itu akan diungkit kembali.
Hubungan Ilmu Dengan Personaliti
Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu.
Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu
merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku
dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan
adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan
golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan
dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada
pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini.
Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada
yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang
dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang
diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah.
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali
dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para pelajar dan yang mengajarkannya. Adab-
adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah
34
bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di
antaranya adalah:
1. Ikhlas kerana Allah.
Para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas
bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama
manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa
mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama,
namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia
sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan
sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai
satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia
mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman
yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al-Mujadalah 58:11).
35
Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang yang berlapang dada itulah kelaknya
Allah akan mengangkat iman dan ilmunya sehingga darjatnya bertambah. Orang yang
patuh dan sudi memberikan tempat kepada orang lain itulah yang akan bertambah
ilmunya. Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang kebanyakan,
pertama kerana imannya, kedua kerana ilmunya. Setiap hari pun dapat dilihat pada raut
wajah , pada sinar mata orang yang beriman dan berilmu. Terdapat tanda-tanda yang
dapat dibaca oleh orang yang arif bijaksana bahawa seseorang itu ialah seorang yang
beriman dan berilmu. Iman memberi cahaya pada jiwa, sedangkan ilmu pengetahuan
memberi sinar pada mata. Iman dan ilmu membuat seseorang itu menjadi lebih mantap
dan agung.
Ini amat penting bagi para pelajar adalah mengamalkan ilmu yang telah
diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun
muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata.
Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk akhirat.
Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan
kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang
seumpamanya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam
sabdanya:
36
Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat". (HR: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).
2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan
kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus
mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan
tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat
mengambil faedah dari ilmu kita.
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.
Sudah menjadi keharusan bagi para pelajar berniat dalam menuntut ilmu untuk
membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada
seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Pelajar harus membela
agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntutan yang
diajarkan Rasulullah s.a.w. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang
yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
37
4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya pelajar menerima perbezaan itu
dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalan
aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di
kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman
sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita
menghina orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.
5. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Pelajar harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi
di kalangan ulama’. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama’ yang kebetulan
keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk
dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama’.
6. Mencari kebenaran dan sabar.
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang pelajar adalah
mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita-berita
yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah
hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut.
38
Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi
mencari makna (pengertian) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus
sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai
kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti
lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang
kita tuntut.
7. Menjauhi Maksiat
Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan
suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur
yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan
najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu
kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka
jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan
endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan
kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang
maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan)
serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara
yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya
dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai
maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
39
8. Memilih teman yang soleh
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah
hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri
samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi
setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan
keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama
orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya
kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan
lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang
tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang
ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman
Allah dalam surah Az-Zukhruf 43: 67 yang bermaksud :
Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya.
Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
40
9. Banyakkan Zikrullah.
Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid
serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa
wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak
berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang
telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat
lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat.
Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala
ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup
yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan
makhluk-Nya.
10. Menjaga Kehormatan.
Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala
ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain
kepada diri kita. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan
rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan
perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana
41
doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Firman Allah dalam
surah Al-Hujuraat 49: 12 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
11. Doa dan Keredhaan Ibu bapa.
Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati
mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan
mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian
mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai
kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada
keredhaan ibu bapa terhadap kita. Firman Allah dalam surah Al-Israa' 17: 23-24 yang
bermaksud :
42
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
12. Menghormati Guru
Pelajar juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana
tidak menyalahi kehendak Islam. Pelajar mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau
pendapat kita berbeza. Pelajar pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi'e walaupun
berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh ( kena sujud sahwi jika tidak
melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran
maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. Guru janganlah dianggap
sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi pelajar mestilah
menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti
dihormati walaupun di mana berada. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud
antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan
seharian. Oleh itu pelajar hendaklah membina kembali keutuhan dan mahabbah dengan
guru agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara
negatif dalam kehidupan.
43
Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana
sesungguhnya pembawa berita kadang-kadang mempunyai maksud yang tidak benar, atau
barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.
Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu
ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk
bahagia di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Alaq 96:
1-4 yang bermaksud :
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam.
Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran
memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu.
44
Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya
Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Imam al-Ghazali begitu memberikan
penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut
yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka
lakukan.
Adab-adab Ketika Belajar
• Membaca Doa Penerang Hati
Dalam ajaran Islam telah disyariatkan supaya seseorang itu berdoa
sebelum memulakan sesuatu urusan. Ini adalah bertujuan untuk memohon
keredhaan dari Allah s.w.t. Seseorang pelajar juga tidak ketinggalan, ini
kerana melalui amalan berdoa seseorang pelajar itu dapat membentuk
personaliti yang terpuji.
• Sabar ketika belajar
Sebagai seorang pelajar Islam, bersabar dan bersyukur ketika belajar
amatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar yang
memilih sifat personaliti yang terpuji selalu bersyukur, bersabar, reda dan
bertaubat (insaf) terhadap kesilapan yang telah dilakukan.
46
• Menghormati guru
Setiap pelajar harus berbuat baik dan menghormati guru di dalam
menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari itu diredhai. Guru juga
merupakan orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan personaliti pelajar .
Adapun hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat”.
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi
setiap orang tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairanlah pada
masa sekarang lelaki dan perempuan sama-sama bersaing di Universiti, di kolej dan
pusat-pusat pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki
masing-masing.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan
mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan
ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaAllah kita akan
menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan
hidup di dunia dan akhirat.
47
Adab-adab Belajar Menurut Pandangan Islam
Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut mengutarakan beberapa adab belajar
mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh kerana belajar sebagai salah satu tuntutan
agama maka ia hendaklah didahului dengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk
menuntut keredhaan Allah Ta’ala selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. (hadis sahih
Bukhari dan Muslim) yang bermaksud “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat
dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan”. Ini bermakna dalam
mengejar ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai
tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan, mengatasi kawan-kawan yang
sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia. Firman Allah dalam surah Asy-
Syuura 42:20 yang bermaksud :
Barang siapa yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yang mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian daripadanya dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti.
48
Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak
Mempunyai Adab Belajar.
PERSONALITI PELAJAR YANG
MEMPUNYAI ADAB BELAJAR
PERSONALITI PELAJAR YANG
TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR
Belajar mengikut jadual yang
ditetapkan
Belajar hanya dengan mengikut
mood
Menguruskan masa belajar dengan
baik
Tidak pandai menguruskan masa
belajar dengan baik
Menghormati Guru Tidak menghormati Guru
Tidak menangguhkan waktu belajar Suka belajar disaat akhir
Rajin belajar Malas belajar
Bermotivasi Tidak bermotivasi
Mempunyai cita-cita Tidak mempunyai cita-cita
Merancang sistem pembelajaran Tidak pandai merancang
Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai
adab belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan
begitu jelas sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka
49
belajar secara bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa
personaliti pelajar ini cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka
yang tidak mempunyai adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana
mereka melakukan sesuatu dengan mengikut kata hati mereka.
Pembentukan Personaliti Melalui Pemakanan
Intipati dari Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan
pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan muslim. Sudah pasti ia boleh
dijadikan pedoman, baik dalam bab memilih makanan, sumber mendapatkan makanan,
jenis makanan dan juga adab makan. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar
kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman
yang serba moden ini, kita seringkali dilalaikan dengan memilih makanan yang bertujuan
hanya untuk pertumbuhan jasmani sahaja yang semata- mata berbentuk luaran tetapi kita
lupa untuk mencari makanan yang seimbang kesannya dalam pembentukan lahiriah dan
rohaniah iaitu pembentukan akal cemerlang dan peribadi yang gemilang.
Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
yang semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang
terakhir ialah otak manusia. Selaras dengan itu, ketiga- tiga unsur penting ini memerlukan
kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan
yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk
digunakan oleh tubuh badan manusia. Disini, jelas menunjukkan bahawa kepentingan
50
makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan hati, jantung dan
otak yang merupakan organ penting di dalam jasad manusia dan ia juga diperlukan dalam
pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang berlandaskan lunas- lunas
Islam.
Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi
badan. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar
dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi
dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh
Imam Bukhari:
Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati.
Oleh itu, jelas kepada kita bahawa dari sudut pandangan sains, makanan yang baik
adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi penting untuk
tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan-
bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah , menukarkan
glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi- fungsi khusus
lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Manakala dari sudut pandangan
Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang
yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah yang terbilang.
51
Pemakanan amat penting di dalam membentuk personaliti seseorang itu.
Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pembentukan personaliti seperti hilang minat
dalam berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Ibu bapa
bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang seimbang dan secukupnya kepada
anak-anak. Antara makanan yang paling kerap seorang pelajar mesti amalkan ialah
kismis, air kacang soya, kurma dan kacang pistachios. Ini adalah bertujuan untuk
membentuk personaliti yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat
yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota
seseorang.
Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana
gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam
menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini
akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.
Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani dan sosial perlu dirangkumkan agar ia
dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara
menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan
tanggungjawab masing- masing secara harmoni.
Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek
rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang
itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada
gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala
kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan
52
antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun
masyarakat umumnya. Gabungan antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap
individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang
kini kian menular dalam masyarakat kita.
Sihatnya manusia itu tidak terlalu bergantung pada zat pemakanan sehari-hari,
tetapi pengabdiannya kepada Allah. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab.
Namun begitu, manusia perlu ingat bahawa salah satu sifat Allah adalah maha berkuasa.
Dia menciptakan hukum, tetapi tidak tertakluk kepada hukum. Dia bebas berbuat apa
sahaja. Oleh itu, pengetahuan tentang pemakanan yang baik adalah usaha untuk hidup
sihat.
Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk kita memelihara kesihatan anugerah
Allah ini, seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan
dengan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab.
Pemakanan yang sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan
masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang
dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang
paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan
ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh.
Kepentingan Makanan Kepada Fungsi Otak
53
Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak
dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh
berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat,
vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.
Protein
Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk
membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari
protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga
terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada
bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein.
Lemak
Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel
(membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak
adalah penting untuk otak.
Glukos
54
Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan
sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.
Garam galian
Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium
adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan
sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.
Vitamin
Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-
bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting