P encegahan bunuh diri kekal menjadi cabaran sejagat. Setiap tahun, bunuh diri menjadi antara 20 penyebab utama kematian sedunia melibatkan semua peringkat umur. Bunuh diri mengorbankan 800 000 nyawa setiap tahun, bersamaan dengan 1 kematian setiap 40 saat! S etiap nyawa yang terkorban mungkin pasangan, anak, ibu bapa atau rakan kepada seseorang. Untuk setiap bunuh diri, hampir 135 orang yang lain akan merana atau terkesan, menjadikan hampir 108 juta orang terjejas daripada kelakuan bunuh diri setiap tahun. K elakuan bunuh diri merangkumi: 1. kematian akibat bunuh diri, 2. cubaan bunuh diri – 25 ganda lebih kerap berbanding kematian bunuh diri, 3. terfikir untuk bunuh diri – paling kerap berlaku B unuh diri adalah akibat interaksi pelbagai faktor iaitu genetik, psikologi, sosial, budaya dan faktor risiko lain seperti trauma atau kehilangan. Mangsa bunuh diri meliputi kumpulan demografi (heterogenous) yang pelbagai dengan faktor penyebab bunuh diri yang berbeza dan unik. Kepelbagaian (heterogeneity) ini merupakan cabaran dalam pencegahan bunuh diri dan dapat diatasi dengan mengambil langkah yang padu (cohesive) di pelbagai peringkat masyarakat. J usteru, anda boleh memainkan peranan penting dalam usaha mencegah bunuh diri! Anda boleh melakukan perubahan sebagai anggota masyarakat, anak, ibu bapa, sahabat atau jiran. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan secara harian atau khusus pada Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day – WSPD) seperti: • Meningkatkan kesedaran tentang bunuh diri • Mendidik diri dan orang lain tentang punca-punca serta tanda amaran bunuh diri • Prihatin dengan mereka yang mengalami masalah dan berisiko untuk bunuh diri • Mempersoalkan stigma berkaitan kelakuan bunuh • Berkongsi pengalaman sendiri diri dan kesihatan mental P encegahan bunuh diri memerlukan usaha. Kesan baik dari usaha ini adalah tidak terbatas, berterusan dan mampu memberikan impak yang besar. Usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang berisiko bunuh diri; malah keluarga/rakan mereka, golongan yang terlibat dalam pencegahan bunuh diri dan masyarakat umum. Kita juga perlu berusaha untuk mewujudkan aktiviti pencegahan bunuh diri yang terbukti keberkesanannya (evidence-based) serata dunia. P encegahan bunuh diri memerlukan strategi yang bersepadu (integrative) pada peringkat individu, masyarakat dan sistem. Ini melibatkan kerjasama ramai pihak meliputi institusi kekeluargaan, rakan, anggota masyarakat, ketua-ketua agama, kakitangan kesihatan, ahli politik dan kerajaan. Kajian menunjukkan pencegahan bunuh diri adalah jauh lebih efektif apabila melibatkan pelbagai peringkat (multiple levels) dan pelbagai usahasama (multiple interventions). Pencegahan bunuh diri memerlukan usahasama di peringkat komuniti, penambahbaikan polisi serta usahasama khusus untuk individu yang berisiko. Untuk mencapai matlamat ini, kita sebagai anggota masyarakat, organisasi atau penggubal undang-undang perlu bekerjasama dan berkolaborasi secara bersepadu dari segenap disiplin (multidisciplinary). S etiap orang boleh menyumbang dalam pencegahan bunuh diri termasuk mereka yang terkesan atau pernah terlibat dengan kelakuan bunuh diri. Pengalaman membuatkan mereka mempunyai pandangan tersendiri dan unik dalam isu ini. Input dan pandangan mereka amat berharga dalam memberikan kita maklumat dalam merangka langkah pencegahan bunuh diri dan sokongan buat mereka yang berisiko. Penglibatan mereka dalam penyelidikan, penilaian dan intervensi adalah sangat utama dalam usaha pencegahan bunuh diri. Pengetahuan, Perkembangan, Peluang, Mentorship, Inklusif, Pencegahan, Bersama, Kemahiran, Kesedaran, Ketahanan, Bukti, Kajian, Dengar, Memupuk, Memimpin, Strategi, Latihan, Kolaborasi Kolaborasi dalam pencegahan bunuh diri 1. Mereka yang terkesan oleh kelakuan bunuh diri 2. Mangsa kelakuan bunuh diri 3. Kakitangan kesihatan 4. Organisasi kesihatan mental 5. Perkhidmatan sosial 6. Kerajaan 7. Jabatan kesihatan 8. Perkhidmatan kecemasan 9. Badan-badan khusus untuk penyalahgunaan bahan terlarang (alkohol/dadah) 10. Majikan 11. Penyelidik 12. Pendidik 13. Anggota badan keagamaan