1 BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018 BULETIN BIL. 1/2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) KATA-KATA MOTIVASI 2) BULI (M/S 2&3) 3) WAYS POSITIVE THINKING CAN HELP YOUR CAREER 4) PUSAT KAWALAN INDIVIDU/ LOCUS OF CONTROL 5) GAMBAR PROGRAM 6) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI KATA-KATA MOTIVASI Mengekalkan kehidupan kita untuk terus mempunyai semangat seap hari kadang-kadang sukar bagi sesetengah orang. Perkara ini yang sering menghalang seseorang daripada melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya. Tiada semangat dan keyakinan bahawa dia mampu melakukan yang lebih baik dan lebih mencabar. Membina keyakinan diri anda adalah penng untuk meraih kejayaan atau kebahagian. Terutama apabila anda mempunyai impian untuk dapat mencapai sesuatu jangan berputus asa. Tetapkan matlamat anda, jika anda kurang bersemangat dan bermovasi untuk melakukannya, anda dak akan mencapai kejayaan matlamat itu. Untuk membantu anda mendapatkan movasi yang boleh mendorong anda untuk menjadi lebih bersemangat dan lebih yakin, berikut adalah beberapa perkara yang dapat mendorong anda untuk memulakan hari anda: 1) Bersyukurlah kerana anda berada dalam keadaan yang baik dan dalam kesihatan yang baik 2) Takut kegagalan bukanlah alasan untuk dak mencuba sesuatu 3) Ingatlah tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk diselesaikan dan dilaksanakan 4) Perjalanan kehidupan seseorang diukur dengan kebaikan yang telah dilakukannya, dan masa adalah emas untuk orang bijak menghargai masa yang ada 5) Bersikap tegas untuk diri sendiri, hilangkan pemikiran negaf dan berbuat baik lah kepada sesiapa sahaja. Elakkan sikap Kebimbangan yang berlebihan pada diri anda 6) Jangan terlalu mengharapkan seseorang dan bergantung padanya. Anda haruslah belajar untuk berdikari menjalani kehidupan seap masa kerana jika dia pergi, harapan anda akan hilang dan menyebabkan anda bersedih terlalu lama 7) Pemenang dak akan berhen mencuba dan orang yang berhen mencuba dak akan menjadi pemenang 8) Anda akan menjadi orang yang dalam kerugian jika anda dak bersedia untuk berubah dalam apa pun perkara 9) Apabila anda dalam keadaan yang marah, kesabaran adalah pilihan terbaik. Marah dak akan menyelesaikan masalah dan mengalah atau bertolak ansur bukan bermakna kalah 10) Hadapilah masalah dengan berani dan selesaikan dengan cara yang baik 11) Anda perlu bersedia mengahadapi apa juga masalah dan rintangan yang ada kerana semua itu senasa ada dalam kehidupan seharian 12) Berusahalah untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dan bahagia 13) Kejayaan seorang adalah atas bantuan orang lain. Bersyukurlah selalu dan hargailah mereka yang berada disekeliling anda yang senasa menyokong anda meraih kejayaan JAN-FEB Sumber : internet
9
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA KATA-KATA MOTIVASIrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Jan-Feb... · mendapatkan motivasi yang boleh mendorong anda untuk menjadi lebih
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
BULETIN BIL. 1/2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
1) KATA-KATA
MOTIVASI
2) BULI (M/S 2&3)
3) WAYS
POSITIVE
THINKING CAN
HELP YOUR
CAREER
4) PUSAT
KAWALAN
INDIVIDU/
LOCUS OF
CONTROL
5) GAMBAR
PROGRAM
6) DIREKTORI
WAKIL
AKRAB / SPPSI
KATA-KATA MOTIVASI Mengekalkan kehidupan kita untuk terus mempunyai semangat setiap hari kadang-kadang sukar bagi
sesetengah orang. Perkara ini yang sering menghalang seseorang daripada melakukan yang lebih baik
daripada sebelumnya. Tiada semangat dan keyakinan bahawa dia mampu melakukan yang lebih baik
dan lebih mencabar. Membina keyakinan diri anda adalah penting untuk meraih kejayaan atau
kebahagian. Terutama apabila anda mempunyai impian untuk dapat mencapai sesuatu jangan
berputus asa. Tetapkan matlamat anda, jika anda kurang bersemangat dan bermotivasi untuk
melakukannya, anda tidak akan mencapai kejayaan matlamat itu. Untuk membantu anda
mendapatkan motivasi yang boleh mendorong anda untuk menjadi lebih bersemangat dan lebih yakin,
berikut adalah beberapa perkara yang dapat mendorong anda untuk memulakan hari anda:
1) Bersyukurlah kerana anda berada dalam keadaan yang baik dan dalam kesihatan
yang baik
2) Takut kegagalan bukanlah alasan untuk tidak mencuba sesuatu
3) Ingatlah tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk diselesaikan dan
dilaksanakan
4) Perjalanan kehidupan seseorang diukur dengan kebaikan yang telah dilakukannya,
dan masa adalah emas untuk orang bijak menghargai masa yang ada
5) Bersikap tegas untuk diri sendiri, hilangkan pemikiran negatif dan berbuat baik lah
kepada sesiapa sahaja. Elakkan sikap Kebimbangan yang berlebihan pada diri anda
6) Jangan terlalu mengharapkan seseorang dan bergantung padanya. Anda haruslah
belajar untuk berdikari menjalani kehidupan setiap masa kerana jika dia pergi,
harapan anda akan hilang dan menyebabkan anda bersedih terlalu lama
7) Pemenang tidak akan berhenti mencuba dan orang yang berhenti mencuba tidak
akan menjadi pemenang
8) Anda akan menjadi orang yang dalam kerugian jika anda tidak bersedia untuk
berubah dalam apa pun perkara
9) Apabila anda dalam keadaan yang marah, kesabaran adalah pilihan terbaik. Marah
tidak akan menyelesaikan masalah dan mengalah atau bertolak ansur bukan
bermakna kalah
10) Hadapilah masalah dengan berani dan selesaikan dengan cara yang baik
11) Anda perlu bersedia mengahadapi apa juga masalah dan rintangan yang ada kerana
semua itu sentiasa ada dalam kehidupan seharian
12) Berusahalah untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dan bahagia
13) Kejayaan seorang adalah atas bantuan orang lain. Bersyukurlah selalu dan hargailah
mereka yang berada disekeliling anda yang sentiasa menyokong anda meraih
kejayaan
JAN-FEB
Sumber : internet
2
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
Kejadian buli perlu dipandang serius
kerana ia bukan sahaja mengganggu
e m o s i m a n g s a t e t a p i t u r u t
mencederakan dan meragut nyawa jika
tiada sebarang usaha dilakukan.
Lebih membimbangkan, ia dilakukan
oleh pelajar sekolah yang sepatutnya membesar menjadi
individu berakhlak mulia.
Pada usia itu, mereka sepatutnya tekun belajar untuk
mengejar cita-cita..
Pada 22 Julai lalu, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar
tingkatan satu yang dipercayai tidak tahan dibuli
bertindak menghidangkan mi goreng beracun kepada
rakan sekelas dalam satu kejadian di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Sri Aman, Sarawak.
Bagaimanapun, perbuatan itu memakan diri selepas
suspek diberkas pihak berkuasa setelah keluarga mangsa
membuat laporan polis.
Suspek berusia 13 tahun itu ditahan di rumahnya di
Taman Sri jaya pada pukul 2.30 pagi pada 21 Julai lalu.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek membawa bekas
berisi mi goreng dan sekotak racun lipas ke sekolah.
Semasa di dalam kelas, suspek mencampurkan serbuk
racun berwarna putih itu ke dalam mi goreng tersebut
dan menawarkannya kepada mangsa.
Mangsa kemudian memakan mi goreng tersebut dan
selang beberapa minit, dia mula muntah-muntah.
Datuk suspek turut membuat laporan polis bagi
memaklumkan kisah sebenar di sebalik kejadian itu.
Berdasarkan laporan, datuk suspek mendakwa mangsa
kerap membuli cucunya dan kadangkala meminta duit
serta makanan yang dibawa setiap hari.
Pensyarah Program Pembangunan Sumber Manusia,
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Malaysia Sarawak, Prof. Madya Dr. Zaiton
Hassan berkata, perbuatan buli akan mengganggu emosi
mangsa sehingga mendorong mereka bertindak di luar
kawalan.
“Mangsa buli akan menjadi seorang yang pemarah,
pendendam, berasa rendah diri dan mempersoalkan
mengapa dia harus diperlakukan sedemikian.
“Situasi itu melahirkan naluri mempertahankan
diri kerana tidak tahan dibuli dan bertindak
membalas dendam sebagai cara menyelesaikan
masalah.
“Dia (mangsa) beranggapan jika tiada pembuli
maka, tiada lagi kejadian buli,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
T a m b a h n y a ,
perbuatan buli
itu akan menjejaskan masa hadapan
mangsa kerana dia tidak yakin pada diri
sendiri, sentiasa curiga, buruk sangka
pada orang lain dan kemungkinan juga
akan menjadi seorang pembuli.
Sekiranya mangsa mengalami trauma
yang berpanjangan, mereka perlu dibawa berjumpa
dengan psikologi klinikal atau psikiatri.
Selain itu, mengikuti program tertentu seperti seni
mempertahankan diri juga dapat membantu membina
keyakinan diri kerana orang yang yakin pada diri
sendiri selalunya tidak akan dibuli.
Turut dinasihatkan ibu bapa agar peka dengan
perubahan sikap anak-anak bagi mengelakkan mereka
terus dibuli.
Antara tanda-tanda anak menjadi mangsa buli ialah :-
i. lebih pendiam
ii. takut ke sekolah
iii. menjadi pemarah di rumah untuk melepaskan
kemarahan
iv. berlaku penurunan prestasi akademik.
Mengulas mengenai perilaku pembuli pula, seseorang
yang mempunyai masalah dari sudut psikologi dan
inginkan perhatian, rasa kuat serta tidak cukup
perhatian daripada ibu bapa.
“Pembuli mempunyai konsep kendiri yang rendah dan
berbuat demikian untuk menunjukkan dirinya bagus.
“Dia juga berasa puas dan berkuasa melihat orang
takut, sekali gus memperoleh apa yang diinginkan,”
tuturnya.
Jelasnya, pembuli memerlukan bimbingan kaunseling
dan didikan agama. Namun, ada segelintir daripada
mereka lebih berkesan dengan tindakan disiplin yang
tegas.
Pembuli yang memerlukan pendekatan psikologi
bergantung kepada umur dan latar belakang.
Di antara saranan yang boleh dilakukan bagi
membanteras perbuatan buli iaitu. Anak-anak diajar
menghormati orang dan menyalurkan rasa marah
dengan cara yang baik.
“Paling penting adalah ibu bapa perlu memberi
perhatian kepada anak-anak kerana pembuli selalunya
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang.
“Selain itu, perhatian guru di dalam kelas juga sangat
penting. Lebih mudah jika bilangan pelajar dalam satu
kelas sedikit.
“Sebagai contoh di Britain, dalam satu kelas terdapat
25 orang murid dengan seorang guru dan seorang
pembantu. Malah, mereka juga dibantu oleh
sukarelawan atau pelajar praktikal,” jelasnya.
Adalah dinasihatkan juga, agar
ce r i ta - ce r i ta berunsurkan
samseng dikurangkan kerana
watak itu kelihatan sangat hebat
ketika menakut-nakutkan orang
sehinggakan remaja mempunyai
role model yang salah.
PEKA PERUBAHAN SIKAP ANAK-ANAK ELAK DIBULI
TRAUMA
3
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
Ibu bapa perlu
p ek a d an
k e n a l p a s t i
perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh anak-
anak di rumah.
Ibu bapa perlu mengenal pasti tingkah laku anak-anak
mereka dan jika menyedari anak-anak lebih agresif dan
ganas tindakan segera perlu diambil dengan mendekati
mereka.
Ibu bapa perlu sentiasa rapat dan menjadi rakan baik
kepada anak-anak kerana keluarga adalah titik
tumpuan penting dalam proses memahami dan
menambahbaik nilai-nilai peribadi serta persekitaran
komuniti dalam kalangan anak-anak.
Jika ibu-bapa melihat perubahan ketara yang
ditunjukkan oleh anak-anak, anda boleh bawa anak-
anak berjumpa dengan kami Ahli AKRAB BPH, bagi
kami meneroka dan mengenalpasti permasalahan
tersebut.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang dan terus
kehilangan nyawa tidak berdosa, semua pihak
terutama ibu bapa, pihak sekolah, guru-guru dan kita
semua perlu memainkan peranan dan lebih peka
mengenai gejala ini.
Bawalah anak-anak berjumpa dengan kaunselor atau
Rakan AKRAB di jabatan masing-masing bagi
menangani permasalahan yang dialami oleh mereka.
Bagi ibu bapa yang diluar sana. Jika tiada laporan dan
tindakan yang diambil oleh ibu bapa sendiri, pihak
sekolah tidak mengetahui keadaan tersebut.
Untuk makluman, kejadian
buli bukan berlaku di dalam
kelas. Mungkin berlaku
sebelum sesi pembelajaran,
sesi rehat dan semasa
menunggu bas sekolah untuk
balik ke rumah. Jika ada
laporan, pihak sekolah terus
mengambil tindakan dan
menyiasat perkara tersebut.
Pihak sekolah selalu berpesan kepada ibu bapa, jika
berlaku kes buli ke atas anak mereka. Teruslah melapor
kepada pihak sekolah. Bukan melapor melalui surat
layang atau laman sosial. Ini menunjukkan ibu bapa
tidak pernah hadir dalam mesyuarat PIBG yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Untuk makluman ibu bapa kebanyakan anak - anak
kita amat memerlukan perhatian dan prihatin setiap
perubahan pada anak-anak.
Kita sebagai ibu bapa jugalah yang mencorakkan anak
kita. Anak-anak akan mengikut acuan kita, jika baik
didikan kita maka baiklah didikan mereka, tetapi jika
buruk didikan kita maka buruklah didikan mereka
juga.
Kita sebagai ‘role model’ di dalam keluarga dan ketua
keluarga haruslah memberi penekanan di dalam
didikan anak-anak kita sendiri. Ibu bapa yang berjaya
sentiasa menerima kehadiran anak, mendidik dan
memberikan kasih sayang serta menjalankan amanah
yang diberikan oleh Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Tugas ibu bapa adalah sepanjang hayat. Selagi
nyawa dikandung badan, selagi itulah bebanan
tugas dibawa. Ibu bapa yang berjaya mengendalikan
perhubungan antara ibu bapa dan anak, Insyaallah
akan lahirnya sebuah keluarga yang mesra dan
harmoni serta dapat menjadi contoh yang baik
kepada masyarakat dan genarasi seterusnya.
Maka, fikir-fikirlah corak
keibubapaan manakah
y a n g a n d a i n g i n
p r a k t i s k a n u n t u k
membentuk sahsiah anak-
anak. Sebelum itu, kita
sendiri perlu mengubah
dir i dan mengikut
peraturan yang telah
ditetapkan.
Anak-anak ini, belajar
daripada pemerhatiannya. Bak kata pepatah
'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
Sekian, terima kasih dari kami Rakan AKRAB BPH,
JPM. Semoga Artikel ini dapat memberi manfaat
kepada anda semua.
“Ingatlah Mencegah lebih baik
dari Mengubati”
Disediakan oleh :
Rozilawati binti Mamat @ Aziz
Ketua Biro Kertas Kerja dan Pendidikan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM
CADANGAN DARI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) BPH
4
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018 Sumber: Internet
5
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
6
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
Mesyuarat AKRAB JPM Bil.1/ 2018
9 Februari 2018 (Jumaat)
Bilik Mesyuarat, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya
7
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
Edited by: Norayu
Bengkel Pemurnian SOP Pelaksanaan AKRAB JPM
22 Februari 2018 (Khamis)
Bilik Serbaguna 1, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya
8
BULETIN BIL. 1/ JAN-FEB 2018
Menghubungi Rakan Pembimbing Anda Bagi Warga JPM dan
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui e-mail atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) , Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, JPM untuk sebarang pertanyaan :-