BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Dari Meja Kaun- selor. 2. Terapi Muzik 6. Hubungi RP Anda 10. Kaca Mata Hitam BULETIN BIL. 117/ FEBRUARI 2013 Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri. 1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mem- pamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain. 2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. Ia berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan juga kahak. 3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Sero- tonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis. 4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormon Kortisol yang terhasil semasa stress. 5. German Chamomile. Ia berfungsi mengurangkan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfungsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim. INTERNET
10
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 117/ FEBRUARI 2013rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin feb 2013.pdf · Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 117/ FEBRUARI 2013
1. Dari Meja Kaun-
selor.
2. Terapi Muzik
6. Hubungi RP Anda
10. Kaca Mata Hitam
BULETIN BIL. 117/ FEBRUARI 2013
Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan
kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi
dengan fungsi-fungsinya tersendiri.
1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda.
Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan
yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mem-
pamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.
2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. Ia berkesan dalam mengubati
demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan
hingus dan juga kahak.
3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan terhadap
makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Sero-
tonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan
yang manis.
4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender
dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan
hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan
tahap hormon Kortisol yang terhasil semasa stress.
5. German Chamomile. Ia berfungsi mengurangkan senak perut dan
sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfungsi sebagai
anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.
INTERNET
BULET IN BIL. 117/ FEBRUARI 2013 Mukasurat 2
TERAPI MUZIKAL MENCETUS KESEIMBANGAN
ROHANI DAN FIZIKAL
Muzik adalah sesuatu yang dekat di hati manusia. Kata hikayat seribu satu
malam, muzik umpama makanan bagi sesetengah orang, umpama ubat bagi
sesetengah yang lain dan bagi yang lain pula ia umpama kipas.
Rasulullah SAW sendiri pun pernah suatu ketika berkata kepada Abu Musa
Al-Ash’ari yang bersuara merdu: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari-
pada seruling Nabi Daud.” Sebagaimana yang diketahui umum, Nabi Daud
memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan saja manu-
sia bahkan haiwan sekali pun, apabila baginda menyanyi. Ini bermakna ba-
hawa Rasulullah SAW mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang
indah.
Islam, dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik adalah harus,
dengan syarat, bertujuan ke arah pembentukan peribadi dan sebagai tali pen-
ghubung ke arah ketaqwaan. Sebaliknya nyanyian dan muzik yang melalai-
kan manusia daripada melaksanakan kewajipan kepada Allah, adalah di-
haramkan.
Bunyi-bunyian yang indah, bukan sahaja mempunyai seni hiburan, bahkan
juga terkandung di dalamnya seni terapeutik yang hebat. Siapa sangka di se-
balik muzik, sebenarnya tersimpan daya penyembuh kepada kelemahan dan
kesakitan yang sering kita alami?
BULET IN BIL. 117/ FEBRUARI 2013 Mukasurat 3
Oleh : RP Tuan Haji Rosli bin Zabidi APMM
MUZIK DAN KESIHATAN
Sejak zaman berzaman, muzik telah digunakan sebagai terapi perubatan.
Ahli-ahli falsafah Greek mempercayai bahawa muzik mempunyai daya
penyembuh yang utuh bagi tubuh dan jiwa. Sementara ubat-ubatan yang
selalunya digunakan untuk mengurangkan simptom-simptom penyakit,
tidak akan lari daripada kesan-kesan sampingan.
Aspirin contohnya, bukan sahaja berpotensi menyebabkan gastritis,
malahan juga Sindrom Reye’s yang menyerang hati dan urat saraf kanak-
kanak. Ubat steroid yang digunakan untuk menyembuhkan pelbagai pen-
yakit pula mampu menjejaskan tumbesaran. Manakala, ubat-ubatan yang
digunakan untuk menyembuhkan penyakit darah tinggi pula berkait rapat
dengan mati pucuk!
Kata orang, muzik boleh meresap dari telinga ke tulang. Hakikatnya, se-
belum sampai ke tulang, muzik telah pun terlebih dahulu menyimpang
ke jantung, paru-paru, otak dan otot. Mari kita lihat bagaimana muzik
boleh meresap ke seluruh badan, seterusnya bertindak sebagai terapi pe-
rubatan!
KESEIMBANGAN ALAM DAN TUBUH BADAN
Berhadapan dengan bunyi-bunyi yang membingitkan seperti di jalan-
jalan raya, kawasan pembinaan dan perindustrian, pasar dan sebagainya
adalah sesuatu yang tidak menyenangkan dan perlu diatasi dengan
segera. Beralih kepada bunyi bersumberkan alam semulajadi adalah pili-
han yang terbaik.
Mendengarkan bunyi-bunyi alam seperti unggas, air terjun dan pantai
contohnya, berupaya mencetuskan respons fisiologikal dalam badan
pendengar, seterusnya menyeimbangkan fungsi tubuh badan kembali
kepada normal.
KESEIMBANGAN ALAM DAN TUBUH BADAN Berhadapan dengan bunyi-bunyi yang membingitkan seperti di jalan-jalan
raya, kawasan pembinaan dan perindustrian, pasar dan sebagainya adalah
sesuatu yang tidak menyenangkan dan perlu diatasi dengan segera. Ber-
alih kepada bunyi bersumberkan alam semulajadi adalah pilihan yang ter-
baik.
Mendengarkan bunyi-bunyi alam seperti unggas, air terjun dan pantai con-
tohnya, berupaya mencetuskan respons fisiologikal dalam badan penden-
gar, seterusnya menyeimbangkan fungsi tubuh badan kembali kepada nor-
mal.
MENGURANGKAN KETEGANGAN, MENINGKATKAN
KETENANGAN Muzik mempunyai keupayaan tersendiri dalam mempengaruhi bahagian-
bahagian otak tertentu. Dalam terapi ini, muzik bertindak dengan mem-
pengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, seterusnya mengurang-
kan ketegangan dan meningkatkan ketenangan.
Dalam pesakit-pesakit Alzheimer contohnya, terapi muzikal berjaya men-
gurangkan ketegangan dan tindakan agresif mereka dengan signifikan!
MENINGKATAN KEUPAYAAN MINDA Muzik yang menenangkan bukan sahaja memberi kerehatan kepada minda
setelah penat bekerja sehari-harian, bahkan terbukti berupaya meningkat-
kan fungsi-fungsi kognitif seperti fungsi memori, fokus dan konsentrasi.
Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang mengambil pela-
jaran muzik sebagai subjek tambahan, berjaya meninggikan IQ mereka,
juga meningkatkan kebolehan dalam bidang-bidang selain muzik!
MENGATASI INSOMNIA (SUKAR UNTUK TIDUR)
Terapi muzikal dengan menggunakan muzik berentak ‘binaural’ boleh
merangsang minda ke peringkat bawah sedar, seterusnya membantu men-
gatasi insomnia. Rentak binaural adalah rentak yang mempunyai frekuensi
tertentu yang telah disetkan untuk merangsang kawasan otak tertentu yang
dapat membenarkan seseorang yang mengalami masalah kesukaran untuk
tidur supaya dapat tidur dengan lebih cepat.
Page 5
MENINGKATKAN FUNGSI KARDIOVASKULAR
Muzik ternyata memberi manfaat yang besar kepada jantung kita. Ia ber-
tindak dengan mengurangkan tekanan darah, mengurangkan denyutan jan-
tung dan mengurangkan ketegangan otot, seterusnya memperbaik fungsi
jantung!
TERAPI JIWA
Terapi muzikal juga mampu membuka jalan ke arah pembentukan jiwa
dan rohani yang mantap. Ia mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta
Yang Maha Esa.
“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan
khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama
percikan api yang terdapat dalam besi. Tiada jalan lain yang mengeluar-
kan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan
yang menghubungkan hati selain dari telinga, kerana sebaik saja semangat
muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa saja yang menguasainya.” –
Al-Ghazali.
KESIMPULAN
Generasi awal muslimin amat menghargai nilai-nilai keindahan bunyi dan
rahsia-rahsia yang tersirat di sebaliknya. Maka, dari situ timbullah kekua-
tan, kekuatan dan ketenangan yang tiada tolok bandingnya!
“Suara yang indah menggerakkan tubuh dan mengalir ke dalam salur da-
rah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang, jiwa menjadi
galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu
kanak-kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan den-
gan muzik dan nyanyian.” – Muhammad Ibnu Abd Rabbihi.
Sudahkah kesihatan fizikal, mental dan spiritual anda bertambah dengan
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Haji Zakaria bin Zawawi Mohammed Kamal bin Hj.Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )