BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Semangat 2. Kawal Emosi Tenangkan Jiwa. 3. Sambungan... 4. Hubungi Rakan Pembimbing Anda 8. Kongsi Perasaan Anda. BULETIN BIL. 135/ OGOS 2014 Ogos adalah bulan kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dengan kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi di negara bertuah ini. Wa- laupun berbeza kaum, bangsa dan agama kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Melalui semangat cinta akan negara, kita dapat membentuk negara bangsa yang bersatu-padu, harmoni dan saling menga- sihi. Semangat ini juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Justeru, anak-anak kita sejak kecil harus disemai semangat ini kerana mereka lah yang akan meneruskan kehidupan di masa akan datang dan mampu menjaga kemerdekaan nega- ra kita. Masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dapat bertoleransi antara satu sama lain dan hidup bermasyarakat demi mencapai cita-cita negara. Semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negara agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk, perasaan cinta akan Negara akan berkurang dan menyebabkan hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah ber- ganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dikalangan masyarakat. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 Sumber : internet.
8
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 135/ OGOS 2014 - …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Ogos... · waktu pejabat dan jangan selalu membuat kerja lebih
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 135/ OGOS 2014
1. Semangat
2. Kawal Emosi
Tenangkan Jiwa.
3. Sambungan...
4. Hubungi Rakan
Pembimbing Anda
8. Kongsi Perasaan
Anda.
BULETIN BIL. 135/ OGOS 2014
Ogos adalah bulan kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur
dengan kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi di negara bertuah ini. Wa-
laupun berbeza kaum, bangsa dan agama kita sebagai rakyat Malaysia perlu
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Melalui semangat cinta akan negara,
kita dapat membentuk negara bangsa yang bersatu-padu, harmoni dan saling menga-
sihi. Semangat ini juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, hidup dalam
keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Justeru,
anak-anak kita sejak kecil harus disemai semangat ini kerana mereka lah yang akan
meneruskan kehidupan di masa akan datang dan mampu menjaga kemerdekaan nega-
ra kita. Masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
dapat bertoleransi antara satu sama lain dan hidup bermasyarakat demi mencapai
cita-cita negara. Semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang
cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negara agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk, perasaan cinta akan Negara akan
berkurang dan menyebabkan hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah ber-
ganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dikalangan masyarakat.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57
Sumber : internet.
BULET IN BIL. 135/ OGOS 2014 Mukasurat 2
Anda beremosi? Jiwa anda berasa tidak tenang? Kawal emosi anda dan tenangkan jiwa. Ada
pelbagai langkah bagi mengurangkan tekanan sama ada berpunca daripada keluarga, kerjaya
atau persekitaran anda. Antara panduannya adalah seperti berikut :
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pen-galaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Haji Zakaria Bin Zawawi Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )