BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) MENYEMAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA 2) TIP ELAK SINDROM SICK BIULDING 3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI 4) PENGGUNA BIJAK BERBELANJA 5) GAMBAR PROGRAM BULETIN BIL. 162/ JUL-OGOS Sumber : Internet (Utusan) Oleh DR. AMINUDIN MANSOR (Jun 2014) MENCINTAI negara adalah manifestasi cinta yang teragung selain cinta kepada Allah dan Rasul, agama, ibu bapa dan diri sendiri. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya mencintai negara. Semangat cinta negara mesti dididik sejak di bangku sekolah lagi dan disuburkan dalam jiwa rakyat secara berterusan. Rasa cintakan negara akan menjadikan setiap rakyat merasa bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang sama ada sosial, ekonomi, politik, agama, budaya, sastera atau pendidikan. Apa yang kita nikmati sekarang adalah berkat kesabaran dan kita harus bersyukur dengan nikmat negara yang merdeka, aman makmur dan sejahtera. Jika tidak ada semangat tersebut akan hilanglah rasa cintakan negara dan semangat patriotisme. Menurut Hamka, agama dengan kekuasaan bertambah kuat, kekuasaan dengan agama bertambah kekal. Melalui kekuatan beragama akan timbul semangat patriotisme dan dapat mewujudkan agenda penting iaitu agenda pembinaan bangsa. Dalam hal ini, setiap rakyat perlu menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan apatah lagi tindakan. Kemajuan serta pencapaian Malaysia dalam konteks pembinaan negara bangsa telah wujud dengan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar menjadi tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh setiap warganegara adalah unsur cinta akan negara. Dalam Islam, mempertahankan keselamatan harta dan keluarga menjadi tuntutan agama.Nabi Muhammad SAW berpesan: "Orang yang tewas melindungi keselamatan hartanya, mati syahid dan yang membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan dan jiwanya), juga mati syahid." (Riwayat Ahmad). Membina generasi terutama anak- anak muda ke arah ketakwaan dan cintakan negara adalah tanggungjawab semua ibu bapa, guru dan juga pemimpin masyarakat. Pemupukan rasa cinta ini perlu berlaku secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja. Unsur cintakan negara perlu disemai di kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan kesukarelaan, perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanah air. MENYEMAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
9
Embed
MENYEMAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Jul-Ogos 2017.pdf · umatnya mencintai negara. Semangat cinta negara
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
1) MENYEMAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
2) TIP ELAK SINDROM SICK BIULDING
3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI
4) PENGGUNA BIJAK BERBELANJA
5) GAMBAR PROGRAM
BULETIN BIL. 162/ JUL-OGOS
Sumber : Internet (Utusan)
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR (Jun 2014)
MENCINTAI negara adalah manifestasi cinta yang teragung selain cinta kepada Allah
dan Rasul, agama, ibu bapa dan diri sendiri. Agama Islam sangat menggalakkan
umatnya mencintai negara. Semangat cinta negara mesti dididik sejak di bangku
sekolah lagi dan disuburkan dalam jiwa rakyat secara berterusan. Rasa cintakan
negara akan menjadikan setiap rakyat merasa bertanggungjawab untuk memajukan
negara dalam pelbagai bidang sama ada sosial, ekonomi, politik, agama, budaya,
sastera atau pendidikan. Apa yang kita nikmati sekarang adalah berkat kesabaran dan
kita harus bersyukur dengan nikmat negara yang merdeka, aman makmur dan
sejahtera. Jika tidak ada semangat tersebut akan hilanglah rasa cintakan negara dan
semangat patriotisme. Menurut Hamka, agama dengan kekuasaan bertambah kuat,
kekuasaan dengan agama bertambah kekal. Melalui kekuatan beragama akan timbul
semangat patriotisme dan dapat mewujudkan agenda penting iaitu agenda pembinaan
bangsa. Dalam hal ini, setiap rakyat perlu menghargai amalan demokrasi di Malaysia
termasuklah tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui
perkataan apatah lagi tindakan. Kemajuan serta pencapaian Malaysia dalam konteks
pembinaan negara bangsa telah wujud dengan semangat perpaduan dan kerjasama
antara kaum. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar menjadi
tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh
setiap warganegara adalah unsur cinta akan negara. Dalam Islam, mempertahankan
keselamatan harta dan keluarga menjadi tuntutan agama.Nabi Muhammad SAW
berpesan: "Orang yang tewas melindungi keselamatan hartanya, mati syahid dan yang
membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan
dan jiwanya), juga mati syahid." (Riwayat Ahmad). Membina generasi terutama anak-
anak muda ke arah ketakwaan dan cintakan negara adalah tanggungjawab semua ibu
bapa, guru dan juga pemimpin masyarakat. Pemupukan rasa cinta ini perlu berlaku
secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja. Unsur cintakan
negara perlu disemai di kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian,
rela berkorban dan kesukarelaan, perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat
Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanah air.
MENYEMAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
B U L E T I N B I L . 1 62 / JU L - OG O S 2 01 7 Mukasurat 2
Sambungan…(m/s 1)
B U L E T I N B I L . 1 62 / JU L - OG O S 2 01 7 Mukasurat 3
GEJALA:
Mukasurat 4 B U L E T I N B I L . 1 62 / JU L - OG O S 2 01 7
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan
Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )