1 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 BULETIN BIL. 4/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) BOS DAN ANDA: PERSPEKTIF PSIKOLOGI 2) 5 TAHAP PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU 3) 3 JENIS STRES 4) GAMBAR PROGRAM 5) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI JULAI-OGOS Perhubungan baik di antara bos dan kakitangan merupakan perkara yang amat penng bagi mewujudkan suasana keseronokan serta kepuasan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi. Bagi sesetengah kakitangan, mereka menghadapi kesukaran dalam membina hubungan yang baik dengan bos yang akhirnya cenderung mengalami kemurungan serta menjejaskan laluan kerjaya mereka seper kesukaran kenaikan pangkat. Situasi pada masa kini yang semakin kompleks, yang mana amat memerlukan pembinaan hubungan yang baik iaitu saling kebergantungan di antara kaiktangan dengan bos untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan seterusnya mampu mencapai ke arah Budaya Kerja Kelas Pertama. Mereka juga berhadapan dengan implikasi psikologi iaitu mereka akan terdedah kepada tekanan emosi yang hebat, penghargaan kendiri yang rendah serta dak mempunyai movasi dalam merancang kerjaya pada masa depan. Pengenalan
9
Embed
Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018
BULETIN BIL. 4/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
1) BOS DAN ANDA:
PERSPEKTIF
PSIKOLOGI
2) 5 TAHAP
PEMBENTUKAN
TINGKAH LAKU
3) 3 JENIS STRES
4) GAMBAR
PROGRAM
5) DIREKTORI
WAKIL AKRAB /
SPPSI
JULAI-OGOS
Perhubungan baik di antara bos dan kakitangan merupakan perkara
yang amat penting bagi mewujudkan suasana keseronokan serta
kepuasan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi.
Bagi sesetengah kakitangan, mereka menghadapi kesukaran dalam
membina hubungan yang baik dengan bos yang akhirnya cenderung
mengalami kemurungan serta menjejaskan laluan kerjaya mereka
seperti kesukaran kenaikan pangkat.
Situasi pada masa kini yang semakin kompleks, yang mana amat
memerlukan pembinaan hubungan yang baik iaitu saling
kebergantungan di antara kaiktangan dengan bos untuk meningkatkan
semangat kerja berpasukan seterusnya mampu mencapai ke arah
Budaya Kerja Kelas Pertama.
Mereka juga berhadapan dengan implikasi psikologi iaitu mereka akan
terdedah kepada tekanan emosi yang hebat, penghargaan kendiri yang
rendah serta tidak mempunyai motivasi dalam merancang kerjaya
pada masa depan.
Pengenalan
2
BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018
Ciri-ciri personaliti bos
Oleh itu, tindakan bijak perlu diambil untuk memahami bagaimana mengurus hubungan bos dan kakitangan. Proses memperbaiki hubungan di antara bos dengan kakitangan boleh dipertingkatkan dengan memahami ciri-ciri personaliti seperti yang berikut:
Prihatin
Bos dan kakitangan seharusnya perlu sensitif serta peka terhadap situasi atau mood seseorang. Peka melihat kecenderungan mood misalnya seseorang yang berada dalam mood gembira boleh menerima arahan pada bila-bila masa namun jika mood yang agak bercelaru pada masa itu menyebabkan mereka tidak fokus dengan arahan. Bos seharusnya bijak dalam melihat perubahan emosi anak buahnya bagi memastikan semua arahan dan tugasan dilaksanakan dengan lancar.
Kreatif Seseorang bos merupakan seorang yang mampu melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut serta mempunyai idea penyelesaian yang kreatif atau pemangkin yang luar biasa. Perkara ini akan membuatkan kakitangan lebih menghormati serta mengkagumi kredibiliti bos tersebut. Komunikasi Antara Bos dan Anda Elemen penting tentang bagaimana untuk mengurus hubungan di antara bos dan anda bagi memudahkan kedua-dua pihak mencapai kepuasan yang maksimum dalam kerjaya.
Jati Diri Seseorang bos yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi, bermotivasi, berusaha dan dinamik jika menghadapi cabaran serta sifat tidak mudah menyerah kalah malah terus bersemangat dengan keyakinan dalam membuat keputusan dan ia sangat membantu dalam kecemerlangan kakitangan dan organisasi.
Asertif Seorang bos seharusnya mempunyai sifat yang tegas, tidak mudah mengalah namun bertindak mengikut situasi. Beliau mampu mengawal emosi, tegas dengan peraturan yang ditetapkan namun tidak agresif jika terdapat segelintir kakitangan yang ingkar. Beliau seharusnya mampu bertindak adil tanpa pilih kasih.
Gaya komunikasi yang digemari bos anda?
Adakah bos anda kerap mahu mendengar pandangan daripada anda?
Adakah bos anda mahu mendengar tentang setiap isu atau hanya masalah utama?
Bagaimana bos anda mahu mendengar tentang pencapaian anda?
Bagaimana anda mengharapkan cara bos anda berkomunikasi?
Adakah bos anda mengharapkan jawapan kepada setiap komunikasi?
Proaktif Bagi menggalakkan para kakitangan untuk proaktif seseorang bos seharusnya tidak hanya menunggu peluang tetapi aktif mencari atau mencipta peluang yang ada.
tinggi serta mudah bekerjasama perlu dipupuk bagi menarik minat kakitangan untuk terus bermotivasi dalam meningkatkan produktiviti. Semangat kepimpinan sangat diperlukan oleh para kakitangan dari seorang bos kerana pada mereka bos merupakan idola mereka.
Analitikal Seorang bos yang baik seharusnya mempunyai
kemahiran menyelesaikan masalah kerana bos adalah sumber rujukan kakitangan terutamanya dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, bos seharusnya mempunyai pemikiran lateral, manakala bagi kakitangan pula seharusnya mengenalpasti isu serta menyediakan pelan penyelesaian sebelum berbincang dengan bos dan ini akan mampu mencapai keputusan dengan menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti.
3
BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018
Medium berkomunikasi dengan seseorang bos adalah bergantung kepada kaedah yang anda selesa. Melalui kaedah telefon, e-mel, sidang video, bersemuka secara perundingan dua hala atau mengadakan mesyuarat. Medium komunikasi ini penting bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara bos dan anda serta dapat mengelakkan risiko yang timbul apabila berlaku gangguan dalam komunikasi tersebut. Antara risiko gangguan dalam komunikasi adalah apabila wujud salah tanggapan di antara bos dan kakitangan contohnya jika anda berfikir secara singkat iaitu tidak perlu menunjukkan kesungguhan mencapai prestasi kerja yang baik, sekadar dengan hanya mengampu atau menarik perhatian bos semata-mata. Perkara ini akan memberi kesan terhadap kakitangan yang cekap dalam organisasi sehingga mewujudkan ketidakselarasan dalam matlamat semangat kerja berpasukan.
Cara-cara Menangani Hubungan Bos dan Anda
Kaedah untuk mengenali perwatakan bos dan mempertingkatkan hubungan yang baik (dari aspek emosi, pemikiran dan tingkahlaku) boleh dilihat berdasarkan gaya kepimpinan mereka.
Bos Diktator
Perlu membina kepercayaan antara bos dan anda. Kebiasaanya perlu meminta izin sebelum
melakukan apa-apa tugasan.
Menjaga tahap prestasi kerja melalui pengemaskinian laporan kemajuan.
Anda seharusnya menunjukkan keikhlasan dan semangat kerja yang tinggi.
Bos Berkarisma
Bos yang menjadi sumber inspirasi melalui visi dan impian masa depan sesuatu organisasi.
Anda sebagai pekerja perlu bersemangat bagi memajukan organisasi.
Anda perlu menunjukkan kesetiaan kepada bos dan organisasi.
Bos Sebagai Sumber Rujukan
Seorang bos yang berminat untuk berkongsi dalam proses membuat keputusan.
Anda perlu berani memberikan pandangan yang bernas.
Sering memberikan sokongan dan pujian kepada bos.
Turut melibatkan bos dalam aktiviti di organisasi tersebut.
Bos Birokrasi
Apabila mengemukakan sebarang permohonan perlu secara rasmi.
Sentiasa mengemukakan cadangan kepada pihak bos dengan merujuk peraturan apabila perlu bagi membantu mereka membuat sebarang keputusan.
Menyimpan rekod bagi setiap tugasan.
Bos laissez-faire
Menunjukkan kebolehan bahawa anda boleh dipercayai untuk melaksanakan sesuatu tugasan menghantar e-mel untuk memberitahu bos tentang pencapaian anda.
Mendapatkan bantuan bos hanya apabila wujud kesulitan besar dalam organisasi. Tidak mengganggu bos dengan isu-isu organisasi yang remeh.
Kebiasaan pengurus, pemimpin atau lebih mesra dipanggil sebagai bos mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan pelbagai tugas demi memastikan kemajuan serta perkembangan sesuatu organisasi. Bos yang hebat boleh merangsang prestasi kakitangan dengan lebih baik seperti memperbaiki kehidupan mereka iaitu dari aspek kepuasan kerja, beban kerja yang selaras dengan kemampuan atau potensi seseorang serta diiringi dengan penghargaan dan pengiktirafan terhadap kakitangan. Namun kerjasama yang erat antara bos dan kakitangan sangat penting bagi memastikan produktiviti dan perkembangan sesebuah organisasi.